P. 1
LI Computer)

LI Computer)

|Views: 694|Likes:
Published by Sue Hana-San

More info:

Published by: Sue Hana-San on May 19, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/02/2012

pdf

text

original

Sections

  • 1.1 OBJEKTIF
  • 1.2 LATARBELAKANG MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU
  • 1.3 OBJEKTIF MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU
  • 1.4 VISI DAN MISI
  • 1.5.1 Taman Rekreasi
  • 1.5.2 Kawalan Pembangunan
  • 1.5.3 Tempat Letak Kereta
  • 1.5.4 Penyelenggaraan
  • 1.5.5 Kejuruteraan
  • 1.5.6 Sukan
  • 1.6.1 Kewangan
  • 1.6.2 Strategi Pembangunan
  • 1.6.3 Polisi Kebersihan
  • 1.6.4 Polisi Pengindahan
  • 1.7 STRUKTUR ORGANISASI MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU
  • 2.1.1 Memformat hard disk menggunakan CD Windows Vista :
  • 2.1.2 Memasang Microsoft Office 2003
  • 3.1.1 Pengujian set komputer
  • 3.1.2 Pemerikasaan paparan monitor
  • 3.1.3 Power On Self Test (POST)
  • 3.1.4 Memperbetulkan masalah ralat POST
  • 3.1.5 Memeriksa sambungan kabel
  • 4.1.1 Konfigurasi IP address pada komputer
  • 4.1.2 Membuat sambungan kabel rangkaian pada komputer
  • 5.1.1 Menyelenggara perisian komputer
  • 5.1.2 Menyelenggara komponen komputer
  • 5.1.3 Menyelenggara sistem rangkaian
  • 5.2 PENYELESAIAN

BAB 1

PENGENALAN DAN LATARBELAKANG ORGANISASI

1.1

OBJEKTIF

Latihan industri khususnya pelatih Institiut Kemahiran Showme. Seperti yang dimaklumkan, latihan industri merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelatih sebelum layak untuk dipertimbangkan bagi

penganugerahan Diploma Pembantu Jurutera Tahap 4. Oleh itu setiap pelatih perlu lulus menjalani latihan industri.

Antara objektif yang asas bagi latihan ini adalah seperti berikut :

a. Untuk membolehkan pelatih melihat dan mengambil bahagian dalam amalan-amalan selain daripada pelajaran teori yang dipelajari di dalam bilik-bilik kuliah. Ini juga akan memberikan mereka satu peluang yang lebih awal untuk mengguna dan mempraktikan pengetahuan serta pertimbangan mereka sendiri dalam menjalankan tugas.

b. Untuk membolehkan mereka mengenali melalui penglibatan secara langsung dalam berbagai-bagai aspek seperti konsep perancangan dan pengurusan projek.

c. Untuk mendedahkan pelatih kepada struktur organisasi jabatan atau firma tempat latihan dan dalam organisasi tersebut. mengenali peranan jawatan tertentu di

d. Latihan industri ini juga memberi peluang melatih pelatih menulis laporan teknikal yang lengkap dan teratur. Laporan-laporan yang mereka tulis itu tentunya akan menjadi latihan yang penting bagi kerjaya mereka di masa depan. 1

e. Para pelajar perlu mengamalkan etika dan peraturan kerja dan keselamatan dengan baik. Ini kerana pihak Intitusi Kemahiran Showme tidak akan bertanggungjawab ke atas keselamatan pelajar sepanjang latihan industri dijalankan.

2

1.2

LATARBELAKANG MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) atau dikenali dahulunya sebagai Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) sebelum negeri Terengganu dinaik taraf sebagai bandaraya pada 1 Januari 2008 telah diwujudkan melalui pengistiharan penubuhannya oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui Warta Kerajaan bilangan 650 bertarikh 21 disember 1978. Pengistiharan ini dibuat mengikut seksyen 3 Akta Kerajaan 1976, Akta 171.

Pada 18 Januari 1979, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah lahir dari penggabungan lima buah Majlis Tempatan dalam Daerah Kuala Terengganu iaitu Jumaah Bandaran Kuala Terengganu, Utara, Barat, Tengah dan Selatan.

Di awal penubuhannya, MBKT memiliki keluasan seluas 18712 hektar persegi namun pada 1 Januari 1985, Mukim Bukit Payong dan Alor Limbat ( Pekan Binjai Rendah dan Wakaf Tapai ) seluas 1908 hektar dimasukkan ke dalam kawasan Majlis Daerah Marang menjadikan keseluruhan kawasan MBKT pada masa itu seluas 16806 hektar persegi.

Walau bagaimanapun, berdasarkan Warta Kerajaan nombor 1483 bertarikh 19 Disember 1996, keseluruhan Daerah Kuala Terengganu

termasuk Pulau Redang dijadikan kawasan pentadbiran MBKT dan kini MBKT memiliki keluasan 60528.1 hektar persegi dengan kekuatan kakitangan seramai 961 orang. Dimana ianya terdiri daripada 553 orang kakitangan tetap, kakitangan sementara seramai 12 orang dan lain-lain seramai 96 orang. Daripada 961 orang ini terdapat 831 orang adalah kaitangan lelaki dan 130 orang adalah kakitangan perempuan.

3

Bilangan penduduk Daerah Kuala Terengganu semasa awal penubuhan MBKT pada tahun 1979 ialah 150,000 orang dan kini meningkat kepada 331,362 orang mengikut bancian pada tahun 2003. Pada tahun 2006, jumlah penduduk adalah 353 600 orang.Komposisi kaum pula adalah seperti berikut :

Kaum
Melayu Cina India Jadual 1.1

Peratusan
93.70% 5.60% 0.70%

4

1 5 .Rajah 1.

2 6 .Rajah 1.

7 . Menjadikan Kuala Terengganu sebagai bandar selamat. c.1. Memastikan Kuala Terengganu menjadi sebuah bandaraya yang bertaraf Antarabangsa. e. Membangunkan Bandar Kuala Terengganu sebagai bandaraya warisan pesisir air yang menjadi daya tarikan kepada industri pelancongan utama negara.3 OBJEKTIF MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU a. b. d. Menjanjikan perkhidmatan perbandaran yang terbaik dan memberikan keselesaan kepada seluruh warga MBKT serta rakyat Negeri Terengganu dan menjadi pemangkin kepada komitmen kerajaan negeri. Membangunkan bandar Kuala Terengganu sebagai pusat perniagaan dan perkhidmatan utama bagi Pantai Timur.

Lestari Bertaraf Dunia Menjelang Tahun 2018” MISI “Melaksanakan Tadbir Urus dan Pembangunan Modal Insan serta Prasarana Kelas Pertama bagi mewujudkan Bandaraya Warisan yang sejahtera dan makmur” 8 .4 VISI DAN MISI VISI “Menjadikan Kuala Terengganu Bandaraya Warisan Pesisir Air yang maju.1.

5.1 Taman Rekreasi Jenis . 9 . Memeriksa.2 Kawalan Pembangunan Jenis . Mengendalikan pendidikan kebersihan kepada pengendali makanan. melaksana.5 PERKHIDMATAN MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU 1. Menjalankan penyelidikan mengenai aspek penghijauan kawasan perbandaran serta memberi khidmat nasihat seni taman kepada orang ramai.1. menyelia dan menyelenggara projekprojek pembangunan seni taman dan penanaman di kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.5.jenis perkhidmatan utama ialah : Merancang. 1. mengawal dan menaikkan taraf kebersihan premis-premis perniagaan.jenis perkhidmatan utama ialah : Menyelaraskan dan mengeluarkan lesen-lesen bagi semua aktiviti-aktiviti perniagaan di dalam kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

jenis perkhidmatan utama ialah : Menyedia kemudahan tempat letak kereta yang mencukupi.jenis perkhidmatan utama ialah : Menyediakan dan menyelenggara kemudahan awam di bawah tanggungjawab MBKT. parit dan longkang dan menyediakan perkhidmatan sewa alatan.1. pihak majlis juga berperanan untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas dan letak kereta di kawasan pusat bandar dan kawasan tumpuan orang ramai. Contohnya menyelenggara kerusi. menyelia dan menyelenggara kemudahan infrastruktur asas seperti jalan-jalan. Selain itu. 1. 1.4 Penyelenggaraan Jenis . sempurna.jenis perkhidmatan utama ialah : Melaksana.5.5.3 Tempat Letak Kereta Jenis .5. bangku dan taman permainan. kemas dan tersusun.5 Kejuruteraan Jenis . 10 . agar sentiasa dalam keadaan baik dan selamat untuk kegunaan orang awam.

kolam renang.1. 11 .6 Sukan Jenis-jenis Perkhidmatan Utama ialah : Menyediakan kemudahan untuk aktiviti bersukan antaranya stadium.5. gelanggan badminton dan tenis. tapak permainan skateboard dan lain-lain.

perparitan. Strategi ini menginterpitasikan iaitu pembangunan akan ditumpukan kepada kawasan yang telah mempunyai prasarana asas bagi mewujudkan perseimbangan pembangunan dengan cara pusat bandar sedia ada dikekalkan pembangunannya dan pusat-pusat pertumbuhan baru dikenalpasti untuk pembangunan. jalan dan tempat letak kereta.6.1.6. 1.1 Kewangan Punca hasil MBKT yang utama hanya tertumpu kepada cukai kadar/cukai pintu. 12 . Selain itu.2 Strategi Pembangunan Bagi melicinkan pembangunan Majlis.6 AKTIVITI ORGANISASI MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU 1. Pihak Majlis juga menerima dana daripada agensi Kerajaan termasuk caruman kerajaan pusat dan caruman pembangunan. perkhidmatan dan bayaran sewaan lesen kepada pengusaha premis. MBKT telah membentuk strategi pembangunan melalui Rancangan Struktur iaitu ‘Strategi Pembangunan Isipenuh’.

13 . Bandar dalam taman juga turut memainkan peranan yang tersendiri dalam polisi pengindahan Bandar. Kekotoran bandaraya juga dapat dihindari dengan adanya teknologi yang cekap yang telah digunakan oleh Pihak Majlis.6.1. 1.3 Polisi Kebersihan MBKT akan memastikan kualiti persekitaran bandaraya terjamin bersih melalui kutipan sisa buangan yang cekap. Dengan mewujudkan bandar dalam taman ianya dapat menarik perhatian masyarakat dan seterusnya kepada para pelancong luar untuk melawat Terengganu kerana terpesona dengan keindahan dan kecantikan Terengganu. Kebersihan juga melambangkan personaliti yang bersih. iaitu teknologi Incenirator.4 Polisi Pengindahan Selaras dengan dasar Kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan Bandar dalam taman.6. MBKT berusaha keras menyahut cabaran tersebut dengan perancangan dan matlamat yang jitu. Melalui seruan kerajaan untuk memastikan persekitaran terjamin bersih akan terlaksana dengan adanya pihak MBKT untuk melaksanakan tugasan tersebut.

Jabatan Kemasyarakatan Jabatan Pejabat Cawangan Utara Tiap-tiap jabatan tersebut memainkan peranan dan melaksanakan fungsinya mengikut susunan yang ditetapkan. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ditadbir oleh Datuk Bandar dan dibantu oleh Setiausaha dan Penolong Setiusaha. Jabatan Khidmat Pengurusan b. Setiap Jabatan pula akan ditadbir oleh seorang Ketua Jabatan atau dipanggil Pengarah dan dibantu oleh beberapa kakitangan. Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan h. Sebelum rombakan baru ini diluluskan. ahli-ahli professional dan orangorang perseorangan yang munasabah dan berkelayakan. Majlis dipecahkan kepada tiga belas jabatan yang diletakkan di bawah lima bahagian utama. 14 . Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta d. Jabatan Perkhidmatan Perbandaran i. Jabatan Kawalan Bangunan g. Jabatan Lanskap f.1. Jabatan Perbendaharaan c. beberapa jabatan diwujudkan untuk melicinkan jentera operasi majlis. Majlis juga telah melantik 16 orang Ahli Majlis yang terdiri daripada bekas pegawai-pegawai kerajaan. j. Kini majlis dipecahkan kepada dua puluh lapan bahagian yang diletakkan di bawah sembilan jabatan utama. Oleh itu.7 STRUKTUR ORGANISASI MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU Majlis Bandaraya Kuala Terengganu merupakan sebuah organisasi memerlukan perkhidmatan yang cekap. Jabatan Perancangan dan Pembangunan e. Hasil daripada rombakan tersebut maka wujud jabatan-jabatan seperti berikut : a.

Rajah 1.3 15 .

1 Memformat hard disk menggunakan CD Windows Vista : 1. Selesai memformat partition barulah disusuli dengan memasang semula Windows Vista dari awal. 2. mungkin perlu mencipta semula partition. apa yang perlu disediakan ialah CD Windows XP. simpan backup data-data yang penting pada storan komputer lain. 2. Mulakan langkah dengan memastikan komputer tersebut telah ditetapkan agar dibootkan menerusi CD. ia mungkin memaksa untuk memformat semula hard disk. Sekiranya tidak ia perlu diubah prosedurnya menerusi ketetapan BIOS.BAB 2 MENYELENGGARA PERISIAN KOMPUTER 2. tertakluk kepada keperluan ) dan memformat hard disk. Oleh itu sebelum meneruskan proses berkenaan. ia boleh membuat partition sama ada ianya single partition atau berbilang. 3. Apabila komputer mula dibootkan. Melalui CD tersebut.1 PENGENALAN Seperti sistem operasi microsoft versi terdahulu. Windows Vista juga tidak terkecuali daripada terdedah kepada kerosakkan atau gangguan. Proses membuat partition dan memformat semula hard disk tentunya menyebabkan kehilangan fail dan data yang terdapat dalam partition tersebut. Jika sekira sudah memasukkan CD Windows Vista ke dalam CD ROM drive maka biarkan sahaja CD itu dan ia tidak perlu dikeluarkan. Sebelum itu. Apabila hendak melaksanakan proses . Di bawah ketetapan BIOS perlu mencari pilihan Boot Order. 29 . tekan kekunci untuk memasuki BIOS.1. Kemudian pastikan CD ROM drive ditetapkan untuk dibootkan dahulu sebelum disusuli pemacu lain. Jika kerosakkan tersebut serius tanpa mengira apa puncanya.proses tersebut.

english Pilih masa dan waktu format . ii. komputer akan meminta menekan mana-mana kekunci pada papan kekunci supaya komputer dapat dibootkan daripada CD.4. Pilih bahasa untuk install . Selepas CD Window VISTA dimasukkan paparan install window akan terpapar.US 30 . iii. Seterusnya SAVE ketetapan BIOS dan EXIT.malaysia Pilih bahasa papan kekunci . i. 6. 5. Jika proses tersebut dilaksanakan dengan betul.

7. b. Klik INSTALL NOW Rajah 2. Rajah 2.3 8.4 31 . klik NEXT. Tunggu sehingga paparan Type your product key for activation. Masukkan product key diruang yang disediakan Tandakan automatically activate windows when I’m online. a. c.

Klik YES. Rajah 2. kemudian klik NEXT.6 32 . Pilih Windows Vista Business. Rajah 2.5 10.9.

Apabila paparan Lesen terpapar tandakan I accept the license terms. Rajah 2.11. Klik CUSTOM apabila paparan pemilihan jenis yang hendak diinstall terpapar.8 33 . Rajah 2. dan klik NEXT.7 12.

Klik NEW sekiranya ingin membuat partition baru. klik NEXT. Rajah 2. Klik pada Drive option (advance) untuk membuat partition.10 34 . Tunggu sehingga install sistem operasi selesai dan komputer akan RESTART.13. a. b.9 14. Rajah 2.

Rajah 2. Rajah 2.15. Selepas selesai install paparan masukkan nama username dan password akan terpapar. Kemudian klik NEXT.11 16.12 35 . Pilih gambar background desktop dan tekan NEXT.

Rajah 2.13 18.14 36 .17. Tekan ask me later sekiranya komputer tidak mempunyai internet. untuk mengelakkan sistem operasi rosak. Rajah 2. Pilih waktu dan masa dan tekan NEXT.

19. Rajah 2. Selepas selesai tekan START.15 37 .

17 38 .2. Rajah 2.2 Memasang Microsoft Office 2003 a. Masukkan CD Microsoft Office 2003 dan ia akan Autorun Rajah 2.1.16 b. Masukkan nombor siri perisian Office 2003 dan tekan NEXT.

c. Klik pada kotak seperti gambarajah dibawah dan tekan NEXT.19 39 . Rajah 2.18 d. Masukkan maklumat yang berkaitan dan tekan NEXT. Rajah 2.

Rajah 2.21 40 . Klik Complete Install dan tekan NEXT. Kemudian. tekan Next.e. Rajah 2.20 f.

Proses menginstall Microsoft Office 2003 selesai dan tekan Finish Rajah 2.g. Tunggu sehingga selesai proses menyalin fail sistem ke dalam komputer.22 h. Rajah 2.23 41 .

Tugas-tugas ini juga dilakukan apabila berlaku seperti sebagai contoh. jabatan ingin memasang komputer baru dan sebagainya. d. Memeriksa pelompat atau jumper pada mainboard.1.2 Pemerikasaan paparan monitor. b. c. 3. Memeriksa hablur (soket berkristal ).1.BAB 3 MENYELENGGARA KOMPONEN KOMPUTER 3. a.1 PENGENALAN Tugas pertama semasa menjalani Latihan Industri ini adalah melakukan kerja-kerja penyelenggaraan termasuklah membaikpulih komponen. Kadangkala penyelesaian kepada masalah tersebut adalah dengan memformat komputer tersebut dan memasang semula sistem operasinya kembali kepada asal. apabila komputer pekerja MBKT mengalami masalah. Memeriksa modul RAM yang bersoket untuk memastikan ia tidak longgar atau tersalah letak. 42 . perisian dan sistem operasi komputer. Memeriksa bateri sama ada bocor. pecah dan lupus.1 Pengujian set komputer Pengujian merupakan cara penyelenggaraan komputer yang menghadapi masalah dimana ia gagal berfungsi dengan baik serta mengesan komponen komponen yang gagal untuk berfungsi atau mengalami kerosakan. Beberapa kaedah digunakan untuk menyelesaikan masalah terbabit termasuklah : 3.

Jika tidak diperiksa melalui POST ini akan menyebabkan MBKT mengalami kerugian masa dan wang.3 Power On Self Test (POST) Tugasan ini merupakan salah satu daripada kaedah pengujian set komputer. pintas. putus.2 menunjukkan beberapa mesej ralat yang dikenal pasti. POST merupakan pengujian terhadap komputer untuk mengesan masalah yang timbul.1. Jadual 3. 3. Memeriksa PCB sama ada ia bengkok.e.1 dan 3. ataupun burn out ada cip yang terbakar. Proses ini penting untuk memastikan komputer dalam keadaan baik dan tidak mengalami kerosakan terhadap komponen dalaman komputer.Ianya penting untuk menentukan langkah seterusnya bagi menyelenggara kerosakan tersebut dan ianya mestilah dibuat dengan teliti serta cekap. 43 . ia berlaku secara automatic dan berlaku sebelum memasuki paparan sistem operasi. sebab mesej ralat tersebut dan cara penyelesaiannya.

Diskette ( FDD ) configuration error Hard Disk ( HDD ) configuration error CMOS battery bad Diskette drive 1. Drive A atau B rosak atau tak dapat dikesan Floppy adapter gagal berfungsi Disket samada belum diformat atau rosak Penyelesaian Jalankan SETUP utility dan pilih setting yang betul. 2. Periksa CMOS. 4. No boot drive available strike F1 to boot Fail sistem rosak Cakera.0 seek failure Disk drive reset failure Diskette read failure 3. Bersihkan kepala dan periksa floppy drive . Periksa CMOS. 8. Jenis pemacu cakera tidak betul. Gantikan bateri CMOS. Konfigurasi tidak betul atau kerosakan pada floppy drive.1 44 . 6. Periksa hard disk dan floppy. Jenis paparan tidak dikonfigurasi dengan betul. Cuba pindahkan fail sistem dan boot. Periksa floppy drive. 7. Konfigurasi tidak betul atau kerosakan pada hard disk. Paparan mesej Invalid configuration information please run SETUP program Punca kerosakan Saiz modul RAM tidak betul. Bateri build – in CMOS RAM telah lemah. Periksa floppy. Betulkan konfigurasi.Bil 1. pemacu atau harddisk rosak Jadual 3. Periksa hard disk. 5. Betulkan konfigurasi. Periksa adapter floppy Periksa disket.

Partition C:\ mungkin belum diformat Kawasan sistem rosak. Pindahkan fail sistem. 10. Periksa papan kekunci dan sambungan kabel.Bil 9. jadual partition rosak Hard disk rosak. Format hard disk. Buka kunci papan kekunci . Keyboard failure 13. Hard disk failure 12. Cuba boot dan jalankan perisian diagnostic dan baiki fail sistem. Samada papan kekunci atau penyambungan kabel papan kekunci rosak. Periksa fail sistem hard disk. Ganti hard disk.2 Penyelesaian Ganti kad baru. Paparan mesej Hard Disk Controller failure No boot sector on hard disk Punca kerosakan Kad kawalan rosak Fail sistem partition C:\ rosak atau bukan bootable. 11. Kunci papan kekunci aktif. Keyboard is locked please unlock 45 . Jadual 3.

3. Ikuti segala arahan dalam panduan pemasangan. d.4 Memperbetulkan masalah ralat POST Untuk tugasan ini. Seperti peraturan yang biasa dilakukan. Memeriksa dengan cara melihat sama ada kipas bekalan kuasa berfungsi. Sebelum memasuki set semula nilai konfigurasi yang betul untuk sistem perlu diketahui terlebih dahulu dan juga perlu menulis konfigurasi yang betul sebagai rujukan. terutama bagi sistem yang baru. jika berlakunya mesej ralat seperti berikut “Press F1 to continue”. Periksa Jumper pada papan induk komputer dan kad tambahan di set dengan betul. Periksa semua penyambung video. Jika tidak berfungsi penyambungan bekalan kuasa ke unit sistem atau komputer diperiksa. ini adalah kerana masalah konfigurasi. c. yang mana mudah dapat diperbetulkan.1. 16 . a. Kesilapan konfigurasi semula adalah merupakan penyebab utama mesej ralat POST. Buka penutup unit sistem komputer. Pemeriksaan bahagian dalaman komputer adalah perlu jika masih mengalami masalah. Parallel port atau penyambung rangkaian supaya semuanya disambung dengan kemas dan sempurna. beberapa prosedur perlu dipatuhi dan diikuti. kerana ia dapat menjimatkan masa dan tenaga serta membendung berlakunya kerosakan lain. b. Di antara tindakan pembetulan untuk mesej ralat ialah seperti berikut. Selalunya peralatan yang tidak berfungsi akan menyebabkan ralat yang teruk seperti kegagalan sistem. Menjalankan set semula.

boleh cuba menggantikan peralatan dengan peralatan yang baru.5 Memeriksa sambungan kabel Masalah yang biasa berlaku pada perkakasan komputer ialah penyambungan kabel . pastikan penyambungannya tidak longgar. pemacu cakera dan peralatan dalaman yang lain serta kabel data dan kawalan pemacu cakera.kabel yang dipasang dengan tidak kemas. 17 . Masalah biasa sambungan kabel yang berlaku di Jabatan MBKT.e. f. Kadangkala ada juga pengguna yang cuba untuk memasang jenis kabel yang berbeza secara tidak sengaja atau memang tidak tahu. seperti kabel longgar.tercabut. g. Periksa semua kabel penyambungan seperti kabel kuasa ke papan induk komputer. Jika dapat mencapai cakera keras yang baru. 3. kabel rosak dan kabel berlainan jenis. Sekiranya masih lagi menerima mesej ralat. itu mungkin disebabkan oleh cakera keras belum lagi diformat. ia boleh merosakan komputer jika kabel tersebut dipasang.1. Oleh itu. Jika sekiranya kabel tersebut tidak sepadan. Secara amnya. oleh itu. semua peralatan komputer biasanya memiliki kabel kuasa dan data yang dihubungkan kepada komputer. ini mungkin disebabkan oleh peralatan yang tidak berfungsi.

Seperti. Seterusnya klik 2 kali pada ikon Network Connection. c. sistem dihubungkan melalui sistem rangkaian dari server ke jabatan – jabatan MBKT yang menggunakannya. Beberapa jenis tugasan dalam bidang dilakukan seperti : 4. Selepas itu klik kanan pada ikon local area connection dan pilih properties. Klikkan 2 kali pada ikon My Computer dan kemudian pergi ke Control Panel.1 PENGENALAN Tugasan ini dilakukan untuk memastikan sistem rangkaian bagi komputer Jabatan di MBKT berfungsi dan berada dalam keadaan baik. Sistem E-PBT dan sistem PIAM merupakan 2 contoh sistem digunapakai oleh MBKT. Ini kerana banyak urusan perkhidmatan MBKT melibatkan sistem rangkaian.BAB 4 PENYELENGGARAAN SISTEM RANGKAIAN 4.1. pusat maklumat.1 akan terpapar pada skrin paparan. kaunter tempat letak kereta dan Jabatan Khidmat Pengurusan MBKT. kaunter cukai.1 Konfigurasi IP address pada komputer a. Rajah tetingkap seperti rajah 4. 18 . b.

188.10.Rajah 4. Masukkan nilai 202.1 pada kotak IP address. Akan terpapar pada skrin tetingkap untuk properties Internet Protocol ( TCP/IP ). i. l. e.1.255.255. Masukkan nilai 255.1.5 untuk preferred DNS server. h. j. Kemudian masukkan pula nilai 202. Seterusnya masukkan nilai 192. Klik 2 kali pada Internet Protocol ( TCP/IP ). k. Biarkan kosong bagi kotak Default gateway.1. 19 . f.88.198. g.0 pada kotak Subnet Mask.133 untuk alternate DNS server. Kemudian pilih Use the following IP address.1 d. Selepas itu klik pada butang OK setelah selesai menkonfigurasikan nombor IP untuk server.

tekan butang OK. Jika sekiranya pengguna ingin memaparkan ikon pada taskbar apabila komputer disambungkan ke rangkaian klik pada kotak show icon notification area when connected.2 20 . Rajah 4.m. n. Selepas itu. Komputer akan meminta untuk RESTART jika perlu.

Contoh susunan kabel yang baik : a. Jarak antara komputer dengan switch.2 Membuat sambungan kabel rangkaian pada komputer Untuk membuat sambungan kabel rangkaian. untuk membuat sambungan kabel yang baik mestilah mematuhi beberapa langkah dan susunan kabel mesti betul supaya ia dapat berfungsi dengan baik. Peralatan yang cukup seperti kabel UTP. b. Selain itu. gunting.1. Kedudukan komputer dan switch. beberapa aspek perlu diambil berat : a. Susunan straight through cable : Rajah 4. crimping tool. c.4.3 21 . dan cap RJ – 45.

Susunan crossed over : Rajah 4.4 22 .b.

1 CABARAN 5. 5. b. Antara cabarannya : a.1.BAB 5 CABARAN DAN PENYELESAIAN 5. b. Komputer yang hendak dibaikpulih tidak mempunyai komponen gentian. Inisiatif pekerja MBKT dalam penggunaan komputer kurang. Kerosakan biasanya berlaku pada sistem E-PBT dan sistem PIAM.2 Menyelenggara komponen komputer a.1. Kebanyakan kerosakan yang berlaku biasanya pada sistem E-PBT dan sistem PIAM. Pekerja MBKT meminta perkara yang tidak logik berkaitan dengan baikpulih komputer.3 Menyelenggara sistem rangkaian a.1 Menyelenggara perisian komputer Dalam menyelesaikan tugasan ini. b. terdapat beberapa masalah dan cabarannya. c. Komputer yang diselenggara perlu disiapkan segera. d. Kerosakan disebabkan perkara yang tidak diketahui. Pekerja MBKT meminta perkara yang tidak logik berkaitan dengan baikpulih komputer. 5. Kerosakan yang berlaku disebabkan oleh server. 23 .1. c.

5. dan jadikan cabaran-cabaran sebagai sesuatu pengalaman baru dalam bekerja untuk mematangkan diri. memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap setiap kerja yang diberikan. berani menghadapi setiap situasi.2 PENYELESAIAN Cabaran-cabaran di atas telah saya hadapi dengan positif. 24 . Antara penyelesaian yang saya lakukan adalah kuatkan keyakinan diri. tidak mudah putus asa bila menghadapi sesuatu masalah.

25 . Selain itu juga. Selain itu. semasa menjalani latihan pelatih juga dapat mengetahui tentang dunia perniagaan yang berkait dengan teknologi komputer. Ini kerana setiap ilmu-ilmu dan pengalaman yang didapati dengan menjalani latihan industri dapat digunakan oleh pelatih apabila menempuh alam pekerjaan kelak. latihan industri merupakan salah satu program latihan yang memberikan kesan-kesan yang positif kepada pelatih.BAB 6 KESIMPULAN Kesimpulan yang dapat saya huraikan sepanjang menjalani latihan industri adalah pelatih dapat menanamkan sikap bertanggungjawab dan amanah. ia dapat merealisasikan matlamat negara yang memerlukan pakar-pakar IT yang berkebolehan tinggi untuk menuju ke negara maju. Ini kerana daripada program latihan industri ia dapat memberi peluang kepada pelatih untuk mempertingkatkan pengetahuan tentang teknologi komputer yang berkembang pesat dari bidang yang diceburi dan mungkin dapat melahirkan seorang pakar IT yang berkebolehan tinggi dan berkualiti. Pelatih dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari secara praktikal dan teknikal. Dengan itu. Dengan menjalani latihan industri juga pelatih dapat membentuk dan mengukuhkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan majikan dan pelanggan. Latihan industri ini juga dapat memperkenalkan pelatih kepada teknologi terkini dunia komputer yang berkembang pesat dari semasa ke semasa. pelatih telah dapat gambaran yang jelas mengenai apa yang dipelajari. ini dapat digunakan oleh pelatih apabila tamat pengajian dan menempuh alam pekerjaan yang sebenar. Ini kerana segala arahan dan tugas yang telah diamanahkan kepada pelatih harus dipertanggungjawabkan oleh pelatih dengan baik dan sempurna. Di dalam latihan industri pelatih dapat memperkaitkan di antara teori yang telah dipelajari di politeknik dengan kerja-kerja pratikal. Secara keseluruhannya. ia juga dapat membina hubungan baik dengan pegawai dan pekerja. Oleh itu. Pelatih juga dapat membiasakan diri dengan orang ramai dan pelanggan sepanjang menjalani latihan industri.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->