You are on page 1of 11

UNIVERSITI PENDIDIKAN

SULTAN IDRIS

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

SEMESTER 1 TAHUN 2011

KUMPULAN EL-P04

NAMA KURSUS

PEMBANGUNAN SAHSIAH
KOD KURSUS
KKD 2063
TAJUK

TUGASAN 3
NAMA PELAJAR

Nama Pelajar No. Matrik


ABDUL HARIS BIN ROMLI D20102045992

PENSYARAH

DR AHMAD ZAINUDDIN
Fakulti Kenegaraan
J A D U A L    K A N D U N G A N

 
1 Pendahuluan ................................ 1

2 Huraikan satu (1) isu yang melanggar etika ................................ 2


profesion perguruan.
3 Huraikan  kesan isu tersebut kepada pembangunan ................................ 4
sahsiah guru.
4 Kaitkan isu tersebut dengan satu (1) teori ................................ 5
pembangunan sahsiah
5 Ciri BITARA 3: Semangat Berpasukan Melalui ................................ 6
Amalan Bekerjasama Dalam Menyelesaikan
Masalah

6 Ciri BITARA 4: Perihatin Kebajikan Anggota ................................ 7


Melalui Pewujudan Suasana Dan Persekitaran
Sekolah Yang Kondusif

7 Ciri BITARA 5: Kreativiti Dan Inovatif Melalui ................................ 8


Interaksi Antara Guru Dan Murid Di Dalam Bilik
Darjah Secara Berkesan

8 Kesimpulan ................................ 13

9 Rujukan ................................ 14

i
1.  Huraikan satu (1) isu yang melanggar etika profesion perguruan.

2.  Huraikan  kesan isu tersebut kepada pembangunan sahsiah guru.

3.  Kaitkan isu tersebut dengan satu (1) teori pembangunan sahsiah.

RUANG LINGKUP

“Etika” boleh ditakrifkan secara mudah sebagai satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah
laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995). Etika adalah prinsip moral atau set
prinsip moral (Kamus Oxford, 1994). Secara amalinya etika merujuk kepada
tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku benar berasaskan Al-Quran dan
ketakwaan kepada Allah.

“Etika Profesional” pula adalah semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap
kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap
semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah
laku profesion dalam masyarakat.

“Skop Etika Profesional” mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali
hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll. Dalam
Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan
hidupnya.

“Etika Perguruan” bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap
masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.

Profesion Keguruan

Menurut Kamus Dewan ‘profesion ialah suatu bidang pekerjaan khas yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan
khas (contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain).

Laman|2
Menurut Mok Song Sang (1996), konsep profesionalisme boleh dirumuskan
sebagai ‘Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai
kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi,
bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai otonomi bertugas serta
mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya’.

Bidang keguruan dianggap sebagai suatu profesion kerana sebelum menjadi


seorang guru, dia perlu menerima latihan sebelum diiktiraf sebagai guru bertauliah.
Sebagai contoh, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma
Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di
mana-mana sekolah kerajaan. Di samping itu seorang guru mestilah mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya.
Profesion perguruan juga memerlukan seseorang yang mempunyai sahsiah yang
baik dan dapat dicontohi oleh murid. Sahsiah dan ciri-ciri kualiti peribadi yang
terpuji ini tercatat di dalam Kod Etika dan Tatasusila Profesion Keguruan.

1.  Huraikan satu (1) isu yang melanggar etika profesion perguruan.

Dewasa ini, banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek yang berlaku di
sekeliling kita. Sama ada kita sedar atau tidak, perkembangan dan pembangunan yang kita
lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat terutamanya golongan profesional.
Antara bidang profesional yang terlibat adalah keguruan, perubatan, kejuruteraan,
perundangan dan lain-lain.

Apa yang dimaksudkan dengan profesional? Menurut Ornstein dan Levine (1993), konsep
profesional merujuk kepada ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion.
Antara ciri-ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang
mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah laku
ahli.

Laman|3
Guru juga adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalah seorang yang
mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi
serta ada kod etika yang tersendiri.

Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin
goyah kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah
sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu mengenai salah laku guru tersiar
di internet dan dada-dada akhbar. Ini sudah tentu akan menganggu gugat martabat
profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia. Oleh itu, esei ini akan
membincangkan mengenai dua isu salah laku guru yang melanggar kod etika keguruan
iaitu penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang.

Isu pertama adalah berkenaan penyalahgunaan masa. Di Malaysia, waktu bagi satu sesi
persekolahan yang umum adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 1.15, iaitu lebih kurang enam
jam tidak termasuk aktiviti kokurikulum pada sebelah petang. Sepanjang tempoh ini,
murid-murid dan guru terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini timbul isu penyalahgunaan masa di kalangan
guru di sekolah. Memang benar isu penyalahgunaan ini jarang tersiar di media massa
kerana ianya lebih menjurus kepada hal ehwal dalaman sekolah, tetapi adalah penting bagi
kita untuk membendung isu ini daripada terus menular. Antara contoh penyalahgunaan
masa di sekolah adalah guru tidak menepati masa memasuki kelas, guru tidak
menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguh-sungguh, guru mengajar tidak mengikut
sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian, guru tidak menepati masa keluar
daripada kelas, guru menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak
berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari facebook, ber’chatting’, bergosip, melepak
di kantin, guru melakukan kerja sambilan di malam hari (misalnya mengajar tuisyen,
berniaga di pasar malam) hingga menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan P&P
di siang hari dan banyak lagi.

Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan, terdapat dua punca utama kenapa masalah
ini boleh berlaku iaitu individu dan pentadbir. Pertama, indivdu dalam konteks ini iaitu
guru mempunyai sikap yang tidak seperti mempunyai sikap malas dan tidak ambil peduli,
kurang komitmen dalam kerja, kurang nilai dalam kehidupan, dan etika kerja yang lemah.
Apabila sikap ini wujud, maka individu tersebut mengambil ringan tugas yang telah

Laman|4
diamanahkan sehinggakan tiada lagi rasa tanggungjawab untuk bersungguh-sungguh dalam
mendidik anak bangsa dan apa yang penting bagi mereka hanyalah gaji yang bakal
diterima pada setiap bulan.

Punca seterusnya adalah daripada pihak pentadbir. Penguatkuasaan yang lemah dan
kurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorong kepada berlakunya permasalahan
ini. Apabila tiada pemantauan dan penguatkuasaan juga lemah, maka guru-guru menjadi
lebih berani untuk menyalahgunakan masa kerana mereka tidak perlu risau akan akibat
daripada tindakan mereka.

Masalah ini jika tidak dibendung akan mendatangkan kesan yang amat buruk kepada
banyak pihak terutamanya kepada guru sebagai ahli profesional dan murid-murid. Antara
kesan yang boleh dilihat daripada permasalahan ini adalah merosotnya prestasi kerja guru
dan pencapaian pelajar di sekolah. Masyarakat juga akan memandang sinis akan profesiaon
keguruan dan tidak yakin dengan kebolehan guru dalam mendidik anak-anak mereka.

Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika permasalahn ini tidak dibendung, maka
semua pihak termasuk pihak pentadbir, rakan sejawat, dan individu itu sendiri perlu
memainkan peranan bagi memastikan permasalahan ini tidak terus menular dan menjadi
semakin teruk.

Pertama, pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa
terhadap prestasi kerja guru-guru di sekolah. Dengan adanya pemantauan secara
berterusan, maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa di sekolah adlah terbatas.
Seterusnya, pihak pentadbir juga perlu berusaha mngenal pasti dan bersedia memberikan
khidmat nasihat kepada guru yang bermasalah. Jika pihak pentadbir tidak mampu, maka
bolehlah merujuk guru tersebut kepada kaunselor. Akhirnya, pihak pentadbir boleh
mengambil tindakan tegas dengan memberikan amaran dan mngenakan tindakan tatatertib
kepada guru yang terlibat jika masalah yang dilakukan adalah serius dan berulang. Dengan
cara ini, guru-guru akan sedar akan kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi.

Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan dalam maenangani masalah ini. Rakan
sejawat perlulah menjadi teladan kepada rakan-rakan yang bermasalah memberikan nasihat

Laman|5
dan dorongan supaya guru yang terlibat dalam penyalahgunaan masa itu dapat mengubah
dirinya.

Selain itu, individu yang terlibat juga perlu memainkan peranan dalam usaha untuk
berubah menjadi lebih baik. Antara cara yang boleh dialkukan adalah dengan cara sentiasa
muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan. Dengan cara ini, segala kekuatan dan
kelemahan dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Ia juga akan menimbulkan kesedaran untuk
berusaha menjadi lebih baik. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang
mampu menjadi teladan agar diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifat - sifat yang
ideal sebagai seorang guru. Akhir sekali, guru juga boleh menyediakan log aktiviti supaya
tugas dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada pembaziran masa.

Isu kedua adalah berkenaan penyalahgunaan wang. Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak
isu mengenai penyalahgunaan wang di kalangan guru disiarkan dalam media massa.
Sebagai contoh, seorang guru telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana memalsukan invois
dan pesanan kerajaan yang mengandungi butir palsu (Berita Harian, 2008). Antara contoh
lain penyalahgunaan wang yang berlaku di sekolah adalah seperti memaksa murid
membeli buku aktiviti tambahan untuk dapatkan komisyen daripada pengedar, melakukan
pembelian tanpa mengikut tatacara pembelian, mengemukakan tuntutan perjalanan yang
mengandungi butiran yang palsu, guru mengutip yuran khas daripada pelajar tetapi tidak
menyerahkannya kepada pihak sekolah dengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk
kepentingan diri, guru tidak mengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dilakukan
murid dan banyak lagi.

Ada beberapa sebab kenapa masalah ini berlaku. Pertama adalah berpunca dari individu
yang menguruskan wang itu sendiri. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang
biasanya mempunyai sikap tamak dan ingin hidup mewah. Apabila tamak dan kehendak
yang tidak kesampaian menguasai diri, maka guru menjadi gelap mata dan bertindak
menggelapkan wang yang telah diamanahkan kepadanya. Ini berkait rapat dengan
penghayatan nilai murni dan keimanan dalam diri. Guru yang menyalahgunakan wang
tidak menghayati nilai kejujuran dalam hidup dan lemah imannya untuk menepis godaan
syaitan. Seterusnya adalah guru tersebut kurang faham akan prosedur dalam menguruskan
wang menyebabkan guru tersebut secara sambil lewa menguruskan wang yang dikutip dan

Laman|6
diperuntukkan. Akhir sekali, guru tersebut biasanya lemah dalam menghayati kod etika
profesionnya yang menggariskan batas-batas tatacara pengurusan kejayanya.

Punca yang kedua mengapa masalah ini boleh berlaku adalah dari pihak pentadbir.
Antaranya ialah penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dijalankan
oleh pihak pentadbiran terhadap pengurusan wang di sekolah. Apabila kurangnya
pemantauan dan penguatkuasaan juga adalah lemah, maka guru-guru menjadi lebih berani
untuk menggelapkan wang kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan
yang diambil. Tidak kurang juga pihak pentadbir yang kurang jelas mengenai prosedur
pengurusan perbelanjaan di sekolah yang menyebabkan guru-guru mengambil kesempatan
menipu atau memalsukan butir-butir perbelanjaan untuk kepentingan diri.

Masalah ini jika dibiarkan berterusan akan menjurus kepada permasalahan yang lebih
besar dan kesannya amatlah buruk. Menyedari hakikat ini, maka langkah yang sesuai dan
berkesan perlu diambil. Pertama, pihak pentadbir perlu mempertingkatkan lagi sistem
pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap
dengan cara sentiasa memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit bagi mengelakkan daripada

berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang sekolah. Seterusnya guru besar


hendaklah mengambil tindakan segera terhadap segala kelemahan yang dibangkitkan,
menyelia tugas-tugas pungutan sekolah dengan lebih cekap bagi mengelakkan
penyelewengan dan penyalahgunaan pendapatan sekolah, membuat penyelidikan yang rapi
terhadap guru-guru di bawah jagaan bagi memastikan mereka memahami undang - undang,
peraturan kewangan, pekeliling - pekeliling dan arahan - arahan yang diedarkan dari masa
ke semasa supaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan akhir sekali guru
besar hendaklah peka terhadap teguran dan nasihat Audit agar dapat mempertingkatkan
kualiti pengurusan kewangan di sekolah.

Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam membendung masalah ini dengan
cara memberi nasihat kepada rakan yang menyalahgunakan wang supaya sedar akan
kesalahan yang telah dilakukan dan melaporkan kepada pihak pentadbiran tentang
kesalahan yang telah dilakukan oleh rakan serta tidak bersubahat dalam menyalahgunakan
wang.

Laman|7
Akhir sekali adalah bergantung kepada individu itu sendiri untuk berubah. Guru yang
terlibat dalam penyalahgunaan wang perlu sentiasa bermuhasabah diri dan hidup mengikut
kemampuan. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang boleh menjadi
teladan dan mampu memberi nasihat agar dapat terus memperbaiki kelemahan diri, bekerja
dengan ikhlas dan tekad menolak rasuah dengan tegas.

Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh kepada kod
etika yang telah digariskan. Isu–isu pelanggaran kod etika keguruan seperti isu
penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang di sekolah perlu dibendung daripada
terus menular kerana ianya membawa kesan yang buruk terhadap profesion keguruan,
pembangunan modal insan dan masa depan anak bangsa.

Laman|8
RUJUKAN

Electronic Ministry of Education (2010). Integriti dan Akauntabiliti Dalam


Perkhidmatan Awam. Retrieved May 3, 2011, from: http://apps.emoe.gov.my
/bppk/nota/NOTA%20TK4/INTEGRITI%20DAN % 20AKAUNTABILITI%20DALAM
%20PERKHIDMATAN%20AWAM.pdf

Farizal (2008). BPR Sarawak Tahan Guru Disyaki Rasuah. Retrieved on

August 2, 2010 from http://cikgufarizal.com/category/keratan-akhbar/page/3/

Fuad Razali (2009). Pengetua Cadang Bantuan KWAPM Guna Kaedah dan Prosedur
Beri Biasiswa. Retrieved on May 3, 2011from
http://sekalibicara.blogspot.com/2009/01/pengetua-cadang-bantuan-

kwapm guna.html

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (2010). Nilai dan Etika
Dalam Perkhidmatan Awam. Retrieved on May 3, 2011 from
www.townplan.gov.my/.../nilai%20&%20etika%20dlm%20pkdmtn
%20awam.ppt

Noriati A. Rashid, Boon, P.Y, & Wong, K. W (2010).Siri Pendidikan Guru Asas
Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Selangor: Oxford Fajar

Wapedia (nd*). Audit Sekolah. Retrieved on August 2, 2010 from


http://wapedia.mobi/ms/Audit_Sekolah

Wikipedia (nd*). Audit Kewangan Sekolah. Retrieved on August 2, 2010 from


http://ms.wikipedia.org/wiki/Audit_Kewangan_Sekolah

Laman|9
Mok Soon Sang(2005), Siri Pendidikan Ptk (Teras Dan Profesional) –Multimedia-

Es Resources Sdn Bhd

Mok Soon Sang (2005), Siri Pendidikan Ptk (Pengurusan Pengajaran Dan

Pembelajaran) –- Multimedia-Es Resources Sdn Bhd

L a m a n | 10

You might also like