You are on page 1of 21

1.

PENGENALAN SISTEM KABEL BERTEBAT DIUDARA

Sistem kabel bertebat diudara yang dilaksanakan terdiri daripada satu hingga
empat pengalir aluminium yang bersalut dan pengalir-pengalir tersebut membelit
disekeliling satu pengalir penggantung yang juga dikhususkan sebagai dawai
neutral.

Dengan menggunakan sistem kabel bertebat diudara keterusan bekalan kepada


pelanggan dapat dijamin dengan lebih berkesan disebabkan kurangnya berlaku
kerosakan. Kemungkinan berlakunya litar pintas tidak mudah terjadi disamping
itu kos-kos pembinaan dan senggaraan lebih murah.

Pemasangan talian dapat dilakukan dengan lebih cepat dan masalah untuk
mencatas dan menebang pokok-pokok kayu dapat dikurangkan.

Oleh kerana keseluruhan sistem pemasangan kabel ini bertebat sepenuhnya,


pemasangan sistem ini lebih selamat dan tidak memberi satu keadaan yang
merbahaya kepada pekerja dan orang awam yang menyentuh kabel tersebut.
Keterangan ringkas berikut adalah diantara beberapa perkara yang perlu
dilaksanakan didalam pembinaan talian kabel bertebat diudara :-

1. Terdapat dua saiz-saiz kabel bertebat diudara yang telah diseragamkan


penggunaannya sebagai sesalur talian utama

a) 3 x 185mm2 + 16mm2 + 120mm2


b) 3 x 95mm2 + 16mm2 + 70mm2

Pengalir 16mm per. terdapat pada kedua-dua kabel tersebut untuk kegunaan
pengalir lampu awam.

2. Terdapat dua saiz-saiz kabel bertebat diudara yang telah diseragamkan


penggunaannya sebagai sesalur sebis

a) 3 x 16mm2 + 25mm2 untuk bekalan 3 fasa


b) 1 x 16mm2 + 25mm2 untuk bekalan 1 fasa

3. Semua sambungan pada pengalir kabel bertebat diudara perlu menggunakan


penyambung bersalut Piercing.

4. Penggunaan Perangkai Fusable (mekanikal) diperkenalkan bagi melindungi


kabel dan pelbagai pepasangan lain daripada mengalami kerosakan sekiranya
dahan atau pokok-pokok kayu yang berat menimpa talian.

5. Dawai bersalut PVC perlu digunakan sebagai dawai bumi bagi memastikan
keseluruhan pepasangan sistem ini bertebat sepenuhnya.

Page 1 of 21
6. Tegangan kabel dibuat sehingga kelegaan kabel ke paras tanah sepertimana
yang diperlukan didalam kehendak peraturan diperolehi dengan cara membuat
pengukuran di tapak kerja dan tidak perlu menggunakan Dynamometer atau
papan kenduran.

Walaubagaimanapun didalam pemasangan kabel bertebat diudara, kadaran


fius-fius yang dipasang perlu ditentukan pada kadar yang betul bagi mengelak
berlakunya kerosakan pada bahan penebat. Semua sambungan sesalur
servis bagi tujuan pengimbangan beban pada setiap fasa perlu dibuat dengan
berhati-hati.

2. KABEL BERTEBAT DIUDARA VOLTAN RENDAH

2.1 Binaan dan Rekabentuk

Kabel ini mempunyai satu hingga empat pengalir aluminium bertebat


dengan Polyethylene. Pengalir-pengalir ini membelit disekeliling dawai
penggantunng bersalut aluminium Alloy. Dawai penggantung ini juga
dikhususkan sebagai dawai Neutral.

2.2 Pengalir Fasa

Bahan pengalir yang digunakan adalah Aluminium Tarik Kuat (Hard


Drawn Aluminium) dikeluarkan mengikut keadaan H68 mengikut panduan
BS 2627 Wrought Aluminium for Electrical Purposes. Pengalir-pengalir ini
dibentukkan dalam keadaan bulat, berlembar dan dipadatkan bersesuaian
seperti kehendak IEC228 : Conductors of Insulated Cables.

2.3 Dawai Penggantung / Neutral

Dawai penggantung / neutral diperbuat daripada bahan aluminium alloy


didalam bentuk dawai yang ditarik daripada rod yang sentiasa melalui
proses pengolahan dan pemasangan. Sambungan tidak boleh dibuat
samasekali pada dawai pengantung/neutral kecuali pada rod asas atau dawai
sebelum proses penarikan.

Dawai penggantung / neutral perlu mempunyai ciri-ciri fizikal berikut :-

Beban Putus ( sebelum dilembarkan ) 30 h Bar(Min)

Kerintangan pada suhu 20º C 0.0328 ohm mm2 /m

Ketumpatan pada suhu 20º C 2.70 kg/dm3


2.4 Penebat

Page 2 of 21
Semua pengalir termasuk dawai penggantung / neutral perlu disalut dengan
lapisan Polyethylene hitam penentang cuaca padatan tinggi.

2.5 Arah Pusingan Membelit Pengalir

Pengalir-pengalir membelit disekeliling dawai penggantung / neutral


mengikut arah tangan kanan susunan cara ( Z ). Semua teras-teras pengalir
perlu kemas dan rapat diantara satu sama lain.

2.6 Pengenalan Pada Teras

Semua teras-teras pada kabel perlu ditandakan dalam bentuk yang timbul
dipermukaan penebat. Untuk pengalir fasa ditanda dengan nombor 1, 2 dan
3
( 1-Fasa Merah, 2-Fasa kuning, 3-Fasa Biru ) dan bagi pengalir lampu jalan
ditanda dalam huruf S/L. Tanda-tanda ini boleh didapati pada setiap jarak
150mm atau tidak lebih daripada jarak ini.

Disepanjang dawai penggantung / neutral ditandakan dengan perkara-


perkara berikut :-

- Nama pengeluar
- Kadar Voltan
- Sekatan TNB

2.7 Saiz Kabel

Saiz-saiz kabel bertebat diudara voltan rendah di standardkan seperti


berikut:-

a) Untuk talian sesalur utama

i) 3 x 185mm2 + 16mm2 + 120mm2

ii) 3 x 95mm2 + 16mm2 + 70mm2

b) Untuk talian sesalur servis

i) 3 x 16mm2 + 25mm2 untuk bekalan 3 fasa

ii) 1 x 16mm2 + 25mm2 untuk bekalan 1 fasa

Page 3 of 21
3. DATA-DATA TEKNIKAL KABEL BERTEBAT DIUDARA

3.1 Ciri-Ciri Fizikal dan Ukuran Pengalir Fasa dan Lampu Jalan

1 x 16mm2 3 x 16mm2 3 x 95mm2 3 x 185mm2


Saiz Kabel + 25mm2 + 25mm2 + 16mm2 + 16mm2
+ 70mm2 + 120mm2

Bilangan Lembar 7 7 19 / 7 37 / 7

Garispusat lembar 4.7 4.7 11.5 / 4.7 16.2 / 4.7


Pengalir ( mm )

Tebal Penebat ( mm ) 1.05 1.05 1.7 / 1.05 2.2 / 1.05

Garispusat fasa / 6.8 6.8 14.9 / 6.8 20.6 / 6.8


Lampu jalan ( mm )

Garispusat 11.3 16.9 33.4 45.0


keseluruhan
Kabel ( mm )

Rintangan pada 300C 1.99 1.99 0.33 / 1.99 0.17 / 1.00


( ohm / km )

Berat keseluruhan 150 270 1500 2280


Kabel ( kg / km )

Page 4 of 21
3.2Ciri-Ciri Fizikal dan Ukuran Untuk Dawai Penggantung / Neutral

Saiz Dawai Penggantung ( mm2 ) 25mm2 70mm2 120mm2

Bilangan lembar 7 19 19

Garispusat Lembar Dawai 5.9 9.9 13.0


Penggantung ( mm )

Tebal Penebat ( mm ) 1.25 1.5 1.7

Garispusat Dawai Penggantung 8.4 12.9 16.4


(mm)

Rintangan pada 300C ( ohm / km ) 1.44 0.46 0.26

Modulus Keanjalan ( kg / mm2 ) 6300 6300 6300

Pengembangan Pengkalisuhu 23 x 10-6 23 x 10-6 23 x 10-6


( per0C )

Tegangan Putus ( kN) 7.4 20.9 35.9

Tegangan Selamat
= Tegangan Putus ( kN ) 2.96 8.36 14.36
25

Page 5 of 21
3.2Kadar Membawa Arus dan Litar Pintas

1x 3x 3x 3x
Saiz Kabel 16mm2 + 16mm2 95mm2 185mm2
25mm2 + 25mm2 +16mm2 +16mm
+70mm2 +120mm2

Keupayaan membawa arus pada 80A 70A 180A 300A


suhu udara 30ºC perfasa (A)

Kadar arus litar pintas maksima


fasa ( kA ), rintangan pada
300ºC ( ohm / km )

0.1 saat 3.08 3.08 18.33 35.69

0.5 saat 1.38 1.38 8.20 15.96

1.0 saat 0.98 0.98 5.80 11.29

3.0 saat 0.56 0.56 3.35 6.52

3.4 Rintangan Dan Aruhan Kabel Bertebat Diudara

Saiz Kabel Fasa Lampu Jalan Neutral Aruhan


mm2 ( ohm/km ) ( ohm / km ) ( ohm / km ) ohm/km/fasa

R30ºC R75ºC R30ºC R75ºC R30ºC R75ºC XL

1 x 16 + 25 1.99 2.33 - - 1.44 1.65 0.285

3 x 16 + 25 1.99 2.33 - - 1.44 1.65 0.105

3 x 95 + 16 + 70 0.33 0.39 1.99 2.33 0.46 0.591 0.095

Page 6 of 21
3.5 Susutan Voltan Kabel Bertebat Diudara

Saiz Kabel % Susutan Voltan Per kVA / km Untuk 3 Fasa Pada Pelbagai
mm2 Faktur Kuasa
1.00 0.95 0.9 0.85 0.80

3 x 16 + 25 1.35 1.30 1.24 1.18 1.12

3 x 95 + 16 + 70 0.226 0.232 0.228 0.222 0.214

3 x 185 + 16 + 120 0.116 0.127 0.128 0.127 0.126

4. BAHAN-BAHAN PEPASANGAN KABEL BERTEBAT DIUDARA

Bahan-bahan yang digunakan untuk pemasangan kabel bertebat diudara ialah: -

a) Penyangkok
b) Pencengkam gantungan
c) Penetap tamatan
d) Perangkai Fusable “ Fusable Link “
e) Tiub pemati hujung
f) Pengikat Nylon hitam
g) Penyambung bertebat “ Piercing “

4.1 Penyangkok ( Rajah 1 )

Penyangkok diperbuat daripada keluli yang diliputi oleh galvanis melalui


proses celup panas. Penyangkok ini digunakan untuk menahan dan
menyokong penetap tamatan dan pengcekam gantungan.

4.2 Pencengkam Gantungan ( Rajah 2 )

Page 7 of 21
Rekabentuk pencengkam gantungan adalah bersesuai untuk digunakan
pada dawai penggantung / neutral bersalut tanpa menyebabkan berlakunya
kerosakan pada penebat ( terdapat pelapik plastik yang dipasang pada
pencengkam gantungan ).

Pencengkam gantungan ini dipasang pada tiang sesalur terus dan tiang
sudut sehingga 30º. Bagi tiang sudut yang melebihi sudut ini, penetap
tamatan perlu digunakan.

Terdapat dua saiz yang dibekalkan bergantung pada saiz dawai


penggantung / neutral.

i) Pencengkam gantungan 25 - 70 mm2.


ii ) Pencengkam gantungan 120 mm2

Page 8 of 21
4.3 Penetap Tamatan ( Rajah 3 )

Penetap tamatan digunakan untuk menahan tegangan kabel pada tiang


tamatan, pembahagian dan tiang sudut dimana sudut peralihannya
melebihi 30º.

Penetap tamatan dipasang pada dawai penggantung / neutral bertebat


tanpa menyebabkan berlakunya kerosakan pada salutan penebat pengalir.

Terdapat tiga saiz yang dibekalkan bergantung pada saiz dawai


penggantung / neutral.

i) Penetap tamatan 25 mm2.


ii ) Penetap tamatan 70 mm2.
iii ) Penetap tamatan 120 mm2.

Page 9 of 21
4.4 Fusable Link ( Mekanikal ) - Rajah 4

Fusable link merupakan penyangkut berbentuk “ S “ yang diperbuat


daripada keluli lembut yang disalut dengan galvanis melalui proses celup
panas berpandukan B.S. 729.

Ia perlu dipasang diperantaraan penyangkok dengan pengcekam


gantungan. Fusable link ini perlu dipasang pada tiang sesalur terus dan
tiang sudut dimana sudut peralihannya kurang daripada 30º.

Fusable link direkabentuk supaya kekuatan pecahnya didalam linkungan


6kN (kiloNewton) supaya talian kabel bertebat dan segala bahan
pepasangan yang lain tidak mengalami kerosakan sekiranya pokok dan
dahan yang berat menimpa talian tersebut. Terdapat juga fusable link yang
telah dipasang secara siapbina pada pengcekam gantungan.

Page 10 of 21
4.5 Tiub Pemati Hujung ( Rajah 5 )

Tiub pemati hujung digunakan untuk menutup pengalir yang terdedah


pada bahagian hujungnya. Ia diperbuat daripada bahan EPDM hitam
penentang cuaca padatan tinggi.

Tiub ini dapat dipasang dengan menggunakan tangan tanpa perlu


dihangatkan atau menggunakan peralatan khas.

Saiz-saiz tiub yang terdapat adalah : -

i) Tiub pemati hujung 16 - 25 mm2.


ii) Tiub pemati hujung 70 mm2.
iii) Tiub pemati hujung 95 mm2.
iv) Tiub pemati hujung 120 - 185 mm2.

4.6 Pengikat Nylon Hitam ( Rajah 6 )

Pengikat nylon hitam digunakan untuk mengikat kembali teras pengalir ke


dawai pengantung / neutral disetiap tempat dimana pengalir tersebut
terombak keluar daripada gumpalannya apabila pemasangan bahan-bahan
dibuat pada kabel. Pengikat ini diperbuat daripada bahan plastik dengan
panjangnya lebih kurang 200 mm dan lebar 9 mm. Terdapat kemudahan
untuk mengunci ketat dan meleraikannya disatu hujung pengikat ini.

Page 11 of 21
4.7 Penyambung Bertebat “ Piercing “ ( Rajah 7 )

Penyambung bertebat Piercing digunakan untuk mendapatkan keterusan


sambungan elektrik diantara talian utama dengan pengalir tee-off. Pelit
sesentuh bergerigi yang disediakan dapat menembusi terus pada penebat
pengalir bagi mendapatkan sambungan elektrik yang baik tanpa perlu
membuang salutan penebat.

Dengan menggunakan saiz-saiz yang bersesuaian dengan pengalir, semua


bahagian logam penyambung ditutupi sepenuhnya dalam perumah yang
dapat menahan pada sebarang keadaan cuaca dan kalis air serta dapat
menahan voltan arus ulangalik 6kV untuk 1 minit setelah direndam 300
mm dalam air selama 1 jam.

Bol pengetat ditebat daripada menyentuh pelit penyambung dan kepala


ricih plastik lebihan dayakilas disediakan bagi memastikan ketatan
dayakilas yang dibuat mencukupi sepertimana yang dikehendaki oleh
pengeluar tanpa memerlukan peralatan khas.

Penyambung bertebat Piercing yang digunakan untuk menyambung


pelbagai saiz pengalir fasa dan dawai neutral / penggantung adalah seperti
berikut : -

i) Penyambung Piercing 185 - 120 mm2 / 185 - 95 mm2.


ii) Penyambung Piercing 185 - 120 mm2 / 25 - 16 mm2.
iii) Penyambung Piercing 120 mm2 / 70 mm2.
iv) Penyambung Piercing 95 - 70 mm2 / 95 - 70 mm2.
v) Penyambung Piercing 95 - 70 mm2 / 25 - 16 mm2.
vi) Penyambung Piercing 25 - 16 mm2 / 25 -16 mm2.

Page 12 of 21
5. PEPASANGAN TIANG UNTUK KABEL BERTEBAT DIUDARA
VOLTAN RENDAH

5.1 Cara Pepasangan Pada Tiang

Cara pemasangan kabel pada pelbagai kedudukan tiang ditunjukkan


didalam rajah-rajah dibawah: -

i. Tiang Sesalur terus - Rajah 8


ii. Tiang Sesalur Terus Bersudut - Rajah 9
iii. Tiang Pembahagian - Rajah 10
iv. Tiang Tamatan - Rajah 11
v. Tiang Sesalur Terus dengan Tamatan Tee - Rajah 12
vi. Tiang Sesalur Terus “ Beberapa Litar “ - Rajah 13

5.2 Penggunaan Tiang

Tiang spun kongkrit digunakan untuk menyokong talian kabel bertebat


diudara. Panjang tiang yang digunakan untuk menyokong kabel
dinyatakan seperti berikut : -

Panjang Tiang Saiz Kabel Bertebat

9 meter 3 x 185 mm2 + 16 mm2 + 120 mm2 dan


3 x 95 mm2 + 16 mm2 + 70 mm2

7.5 meter 3 x 16 mm2 + 25 mm2


1 x 16mm2 + 25 mm2

5.3 Panjang Span Maksima

Jarak span maksima bagi penggunaan tiang yang piawai seperti diatas bagi
kesemua saiz kabel ialah 50 meter.

Page 13 of 21
5.4 Bilangan Maksima Litar Per Tiang

Bilangan litar ( kabel ) yang digantung diatas tiang dihadkan oleh


rekabentuk tegasan kelenturan “ Design bending stress “ yang terjadi pada
tiang apabila berlakunya tiupan angin terhadap kabel dan tiang. Tiang
spun kongkrit yang digunakan sekarang mempunyai momen kelenturan
muktamad “ Ultimate bending moment “ lebih kurang 3.1 ton-meter.
Bilangan maksima litar yang dapat disokong oleh setiap tiang adalah
seperti berikut: -

Panjang Tiang Bilangan Litar dan Saiz Kabel Bertebat

9 meter 1 Litar 3 x 185mm2 + 16 mm2 + 120 mm2 dengan


1 Litar 3 x 95 mm2 + 16 mm2 + 70 mm2

3 Litar 3 x 95 mm2 + 16 mm2 + 70 mm2


7.5 meter 4 Litar 3 x 16 mm2 + 25 mm2

Di kawasan tanah lapang misalnya di kawasan tanah sawah, yang


berkemungkinan tiupan angin akan melebihi 96km/j, Umbang Angin
mungkin digunakan untuk mengimbangi penambahan beban yang terjadi
pada tiang.

5.5 Pembumian Di Tiang ( Rajah 14 )

Sistem pembumian neutral berbilang “ Multiple Earthed Neutral “ perlu


diamalkan. Dawai aluminium bersalut PVC saiz 7/2.14mm ( 7 / .083in )
digunakan sebagai dawai bumi. Cara pemasangan pembumian ini adalah
sama sepertimana pembumian pada talian tak bersalut. Untuk pemasangan
pada bahagian pangkal tiang, salutan penebat PVC perlu dikeluarkan dan
pengalir yang telah terdedah dililit disekeliling bahagian pangkal tiang
untuk memastikan sentuhan yang berkesan dengan tanah sekeliling. Pada
bahagian atas, cantuman dawai bumi dengan neutral dibuat dengan
menggunakan penyambung penebat “ piercing”.

6. KELEGAAN DAN LINTASAN KABEL BERTEBAT

Page 14 of 21
6.1 Kelegaan Talian Kebumi

Kelegaan minima kabel diatas paras tanah adalah seperti berikut : -

a) Merentangi jalan raya 5.49 meter

b) Merentangi kawasan tanah lapang 5.18 meter

c) Merentangi kawasan dimana kenderaan 4.57 meter


tidak mungkin boleh masuk

6.2 Kelegaan Dengan Bangunan

Oleh kerana kesemua pengalir termasuk dawai pengantung / neutral


adalah bersalut, kabel ini dapat ditempatkan dibangunan dan dilarikan
disepanjang bangunan sama seperti dawai PVC.

6.3 Penempatan Kabel Di Bangunan

Apabila kabel bertebat diudara direntang diperantara tiang ke bangunan,


kabel tersebut hendaklah ditempatkan pada bangunan dengan ketinggian
tidak kurang dari 2.7 meter daripada paras tanah.

6.4 Kelegaan Daripada Dahan Pokok dan Pokok-Pokok

Semua dahan pokok dan pokok-pokok yang berada dalam lingkungan 300
mm hendaklah ditebang atau dicantas. Sekiranya terdapat pokok-pokok
yang merbahaya terhadap talian. ( Pokok-pokok yang condong ke talian )
yang berada luar daripada jarak ini juga perlu ditebang.

6.5 Melintasi Talian Telekom

Page 15 of 21
Keadaan-keadaan berikut perlu dipatuhi apabila kabel bertebat diudara
melintasi talian telekom: -

a) Sudut minima yang perlu dibuat diantara talian pengalir dengan


talian telekom ditempat pelintasan tidak boleh kurang daripada
30º.

b) Jarak minima diantara kabel dengan talian telekom adalah 610


mm.

6.6 Melintasi Talian Atas Voltan Tinggi

Apabila talian voltan rendah perlu melintasi talian voltan tinggi, talian
tersebut akan disambung dengan menggunakan kabel bawah tanah. Cara
ini merupakan cara yang selalu diamalkan.

6.7 Melintasi Rel Keretapi

Kebenaran mestilah terlebih dahulu diperolehi daripada pihak berkuasa


Jabatan Keretapi. Kelegaan minima daripada tanah perlu diperolehi sama
seperti kelegaan talian melintasi jalanraya dan kelegaan dengan talian
telekom juga perlu dipatuhi sekiranya terdapat talian telekomunikasi
direntang disepanjang rel keretapi tersebut.

Page 16 of 21
7. PEPASANGAN UMBANG

7.1 Cara Pemasangan Umbang

Cara pemasangan umbang sama sepertimana diamalkan didalam


pembinaan talian tak bersalut.

7.2 Penggunaan Dawai Umbang

Dawai keluli galvanis berlembar grade 700 bersaiz 7/3.25 mm digunakan


sebagai dawai umbang.

7.3 Pemilihan Bilangan Umbang Yang Perlu Dipasang

Panduan mengenai pemilihan umbang yang perlu dipasang mengikut


penggunaan pelbagai saiz kabel bertebat diberi didalam jadual dibawah.
Bagi menyesuaikan dengan beban kerja umbang, keadaan tanah mestilah
kukuh dan sekiranya didirikan di kawasan tanah yang lembut,
penambahan bilangan umbang perlu dibuat.

Page 17 of 21
Bil Umbang Yang Digunakan

Bilangan Litar Dan Saiz Kabel Tiang Tiang Sudut Dengan Sudut
Tamatan Peralihan

0º- 30º 30º- 60º 60º- 90º

1 Litar 1 1 1 1
3 x 185mm2 + 16mm2 + 120mm2

1 Litar 1 1 1 1
3 x 95mm2 + 16mm2 + 70mm2

2 Litar 1 1 1 1
3 x 95mm2 + 16mm2 + 70mm2

3 Litar
3 x 95mm2 + 16mm2 + 70mm2
ATAU 2 2 2 2
1 Litar 3 x 185mm2 + 16mm2 +
120mm2
dengan
1 Litar 3 x 95mm2 + 16mm2 +
70mm2

4 Litar 1 1 1 1
3 x 16mm2 + 25mm2

Page 18 of 21
8. KERJA MERENTANG KABEL BERTEBAT

Cara merentang kabel adalah sama seperti merentang talian pengalir tak bersalut.
Semasa kerja merentang dilakukan, kabel bertebat ini akan dilalukan didalam
takal yang digantung pada setiap tiang. Perhatian perlu diambil supaya kabel
tidak bergesel dengan permukaan bumi atau sebarang objek yang kasar atau keras
bagi menjamin penebatan pada kabel tidak dirosakan.

9. TEGANGAN DAN KENDURAN KABEL

Kehendak minima kelegaan kabel dengan tanah yang diperlukan mengikut


peraturan perlu dipastikan dengan membuat pengukuran kelegaan tersebut ditapak
kerja. Semasa membuat kerja-kerja menegang kabel, kabel ini perlu ditegangkan
sehingga kenduran kabel tersebut memenuhi sekurang-kurangnya 305mm
melebihi kelegaan minima yang dinyatakan dalam 6.1. Lebihan kelegaan ini
dibuat bagi membolehkan pemanjangan pengalir yang akan terjadi disebabkan
kesan kerayapan (pengembangan) pengalir dan beban elektrik.

Oleh sebab pembesaran kenduran berkadar terus dengan puncaganda dua panjang
span, pemilihan span untuk pengukuran kelegaan kebumi ini perlu dibuat pada
span yang terpanjang atau jika span sama panjang pilihlah mana-mana satu yang
sesuai. Sekiranya talian tersebut membabitkan pelintasan dikawasan jalanraya,
pengukuran yang berasingan perlu dibuat bagi memastikan kelegaan tersebut
dipenuhi.

Semasa kerja-kerja menegang ini, tegangan bunuh tidak perlu dilakukan pada
dawai penggangtung / neutral.

10. PEPASANGAN LAMPU JALAN

Pepasangan peralatan lampu jalan dapat dibuat pada tiang dan sambungan dawai
dibuat dengan menggunakan penyambung bertebat Peircing ke pengalir lampu
jalan kabel bertebat diudara.

Page 19 of 21
11. FIUS DITIANG DAN KADAR FIUS

Penebat Polyethylene akan mengalami kerosakan yang berkekalan sekiranya


pengalir kabel dibenarkan membawa arus yang tinggi melebihi daripada kadar
maksima arus kabel. Dalam kes-kes yang tertentu kehangatan haba yang terjadi
disepanjang kabel tersebut boleh mengakibatkan berlakunya kebakaran. Bagi
memastikan penebat tidak akan mengalami kerosakan oleh penghasilan haba yang
keterlaluan disebabkan lebihan beban, fius-fius yang dipilih akan terputus
sebelum arus melebihi kadar keterusan maksima sesuatu kabel.

Untuk melindungi kabel-kabel ini, hanya fius-fius HRC yang mempunyai ciri-ciri
kelakuran fius pengeluar berpandukan spesifikasi B.S. 88 part 5 perlu digunakan.
Kadar fius maksima untuk pelbagai saiz kabel adalah seperti berikut

Saiz Pengalir Fasa Kadar Fius Maksima Arus Fius Sebenar


( Amp ) (Faktor Fius 1.5 Kali)
185 mm2 200 300
95 mm2 125 188
16 mm2 50 75

Untuk melindungi talian kabel bertebat terhadap beban lampau serta untuk
mendapatkan kemudahan pengasingan bahagian talian utama kabel bertebat
diudara, L.V outdoor fuse switch 400A dengan kadar fius maksima 200A dan
125A perlu digunakan bergantung kepada saiz kabel seperti jadual diatas.

Cara pemasangan fius di tiang sepertimana yang diamalkan sekarang pada talian
aerial voltan rendah dan sesalur serbis perlu diikuti.

12. TAMATAN DI PENCAWANG DAN ATAS TIANG

Seberapa praktikal yang boleh, kabel bertebat diudara hendaklah ditamatkan terus
pada unit punca bekalan keluar fius dipapan pembahagian voltan rendah atau peti
pembekal, dalam kes dimana kabel bawah tanah digunakan, kabel bertebat
diudara perlu disambung secara terus ke teras-teras kabel yang berkaitan dengan
menggunakan jenis “ ferrule “ yang boleh disambung secara pemampatan.
Sambungan ini hendaklah dilindungi sepenuhnya dengan tiub atau pita penebat
yang dapat mengekalkan kekuatan penebatan sistem tersebut.

Page 20 of 21
13. SENGGARAAN TALIAN KABEL BERTEBAT

13.1 Senggaraan Berkala

Talian perlu dibuat rondaan sekurang-kurangnya setahun sekali. semasa


rondaan talian dilaksanakan, perkara-perkara berikut perlu diberi
keutamaan :-

a) Kesan pemotongan atau kebakaran pada penebat kabel

b) Sebarang tanda lampau panas pada penyambung atau penamatan

c) Dahan atau lain-lain objek yang bersangkut pada kabel

d) Pokok-pokok yang merbahaya terhadap talian

13.2 Membaiki Salutan Penebat

Penebat polyethylene dapat dibaiki dengan membalut bahagian penebat


yang cacat atau rosak dengan pita penebat plastik berkualiti tinggi.

Page 21 of 21

You might also like