You are on page 1of 9

ISU WANITA DAN SUKAN

FAKTOR-FAKTOR KURANG
PENGLIBATAN WANITA DALAM SUKAN
• Kekurangan pendedahan serta peluang untuk
menyertai kegiatan sukan
• Kurang keyakinan dalam kalangan wanita sendiri yang
merasa tidak yakin dan tidak pasti sejauh mana
sumbangan yang dapat mereka berikan di bidang
sukan
• Pakaian masa kini yang kurang sesuai, sedikit
sebanyak telah menggurangkan minat wanita
khususnya wanita Islam untuk aktif dalam bidang
sukan berprestasi tinggi walaupun mereka mempunyai
keinginan dan potensi untuk mempamerkan
kecemeriangan dalam bidang sukan.
• Perwakilan wanita dalam kepimpinan,
pengurusan, kejurulatihan dan kepegawaian
terutamanya di peringkat atasan juga masih
di tahap yang rendah. Tanpa perwakilan di
peringkat ini, peluang persamaan untuk
kaum wanita serta keperluan khusus atlit-atlit
wanita tidak diberi perhatian yang
sewajarnya.
• Negara juga kekurangan jurulatih di
kalangan wanita dan bagi memastikan
insiden gangguan seksual oleh jurulatih lelaki
terhadap attit wanita tidak akan berlaku
• Kurangnya kemudahan sukan yang boleh
dinikmati oleh setiap golongan wanita.
Kemudahan-kemudahan untuk bersukan yang
boleh disertai oleh setiap golongan wanita
tanpa mengira kedudukan, usia dan kumpulan
etnik terutamanya di kawasan-kawasan
perumahan masih belum mencukupi. Selain
daripada itu, kemudahan-kemudahan sukan
juga perlu disesuaikan bagi menepati
keperluan-keperluan khusus wanita.
Umpamanya kolam-kolam renang yang
berasingan atau lebih tertutup perlu
disediakan untuk kegunaan wanita.
Tindakan-tindakan bagi menggalakkan
penglibatan wanita dalam sukan
• Menerima pakai Deklarasf Brighton yang
mengemukakan. Prinsip-prinsip bertujuan
untuk memperbaiki ketidakseimbangan yang
berlaku di dalam aspek penyertaan dan
pembabitan wanita di dalam sukan;
• Memupuk minat dan potensi wanita dalam
bidang sukan rekreasi dan berprestasi tinggi
dengan menyediakan kemudahan-
kemudahan sukan yang sempuma dan
mencukupi di kawasan-kawasan perumahan;
• Mengadakan polisi, program dan struktur yang dapat
meningkatkan jumlah wanita sebagai .jurulatih, pengadii,
penasihat, pembuat keputusan, pegawai, pentadbir dan
kakitangan sukan di semua peringkat;
• Melantik lebih ramai jurulatih wanita bagi menjamin ahfi-
ahli sukan wanita dilatih oleh jurulatih wanita bagi
mengelakkan kemungkinan berlakunya perbuatan-
perbuatan yang sumbang seperti gangguan seksual atas
nama latihan;
• Memperkenalkan pakaian sukan yang lebih bercirikan
kesopanan dan selaras dengan tuntutan agama;
• Memastikan keperluan khusus wanita diberi perhatian
dalam menyediakan kemudahan-kemudahan sukan seperti
kolam renang khusus untuk wanita dan sebagainya; dan
• Wanita diwakili di dalam badan-badan sukan negara.
TINDAKAN AGENSI
TINDAKAN PELAKSANA

1.Memperbanyakan program • Kementerian Belia dan


latihan dalam semua jenis Sukan
sukan yang boleh diceburi • Pertubuhan-pertubuhan
oleh Sukan
wanita • NCWO dan NGO-NGO lain
yang berkaitan

2.Membina lebih banyak • Kementerian Belia dan


kompleks sukan di setiap Sukan
kawasan perumahan • Majlis-majlis Tempatan
• Kerajaan-kerajaan Negeri
TINDAKAN PELAKSANA
3. Menyediakan kawasan • Penguasa-penguasa
tanah lapang untuk aktiviti Tempatan
Tai • Kementerian Belia dan
Chi, Senamrobik dan Sukan
sebagainya
4. Menambah perwakilan • Kementerian Belia dan
wanita dalam pertubuhan Sukan
sukan • Majlis Sukan Negara
• Pertubuhan-pertubuhan
Sukan
5. Mewujudkan Kod Etika • Kementerian Belia dan
bagi Sukan
jurutatih ahli sukan • Majlis Sukan Negara
• Pertubuhan-pertubuhan
Sukan
TINDAKAN PELAKSANA
6. Memastikan ahli-ahli sukan • Kementerian Belia dan Sukan
wanita dilatih oieh jurulatih • Majlis Sukan Negara
wanita • Pertubuhan-pertubuhan
Sukan
7. Mewujudkan perkhidmatan • Kementerian Belia dan Sukan
kaunseling untuk ahli-ahli • Majlis Sukan Negara
sukan wanita • Pertubuhan-pertubuhan
Sukan
8. Mengadakan pakaian yang • Kementerian Belia dan Sukan
sesuai untuk ahli sukan wanita
9.Menyediakan kemudahan- • Majlis Sukan Negara
kemudahan sukan yang • Pertubuhan-pertubuhan
sensitif terhadap keperluan Sukan
wanita

You might also like