You are on page 1of 13

Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN) 2-4 JUN 2008

Ciri-ciri Buku Cerita yang Terdapat di dalam Bilik Darjah Prasekolah

Zainiah Mohamed Isa

Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak,


Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

zainiah@fppm.upsi.edu.my

Abstrak

zainiah@fppm.upsi.edu.my
Kesesuaian bahan bacaan memainkan peranan penting dalam proses pembacaan kanak-kanak.
Antara faktor yang menyumbang kepada tahap membaca yang rendah dalam kalangan murid
adalah bahan bacaan yang tidak menarik dan buku yang tidak sesuai. Oleh kerana bahan bacaan
yang sesuaian adalah penting maka kajian tinjauan ini bertujuan untuk melihat ciri-ciri buku
cerita dari segi jenis cerita, kategori buku, watak utama, latar cerita, jenis warna, saiz ilustrasi,
jenis gambar ilustrasi, saiz huruf dan saiz buku yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah.
Bagi tujuan kajian sebanyak 417 buah buku telah dianalisis. Dapatan kajian mendapati
kebanyakan buku cerita adalah tentang binatang (34.1%) dan tentang kehidupan harian kanak-
kanak (30.9%). Majoriti buku cerita mempunyai warna terang, ilustrasi satu muka surat penuh,
menggunakan saiz huruf besar dan buku menggunakan saiz yang kecil (1/2 A4). Jumlah muka
surat adalah tidak sesuai untuk pembaca baru tetapi sesuai untuk pembaca awal dan maju.Dari
segi jumlah ayat di dapati buku pembaca baru adalah sesuai jumlah ayatnya, berbanding dengan
pembaca awal dan maju.Bagi jumlah perkataan bagi setiap ayat pula, tahap pembaca baru dan
pembaca awal adalah tidak bersesuaian berbanding dengan tahap pembaca maju. Dari segi
panduan penekaan menerusi gambar majoritinya adalah sesuai.

Kata kunci:
Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN) 2-4 JUN 2008

1. PENGENALAN

1.1 Pendahuluan
Literasi membaca dalam kalangan rakyat menjadi salah satu agenda penting negara Malaysia
sejak merdeka. Penekanan akan pentingnya literasi membaca sangat jelas apabila penguasaan
kemahiran membaca menjadi salah satu penekanan dalam pelaksanaan kurikulum di peringkat
sekolah rendah di samping kemahiran menulis dan mengira. Frank Small & Associates (1996)
telah menjalankan kajian untuk Perpustakaan Negara untuk melihat kadar literasi membaca
rakyat Malaysia. Kajian Frank Small & Associates (1996) telah melibatkan 4,034 responden
yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 5 hingga 9 tahun yang mengkaji tabiat membaca
mengikut lokasi, jenis bahan bacaan, bahasa bacaan, kumpulan umur dan kekerapan membaca.
Hasil dapatan kajian menunjukkan hanya 56% kanak-kanak berumur 5-9 tahun mengamalkan

zainiah@fppm.upsi.edu.my
budaya membaca manakala bagi kumpulan umur 7-9 tahun 96% boleh membaca tetapi hanya
73% sahaja mengamalkan budaya membaca.
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP, 1997), Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menjalankan satu kajian kes tentang minat membaca dalam kalangan murid sekolah rendah pada
tahun 1997. Kajian Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP, 1997) menunjukkan bahawa tahap
membaca dalam kalangan murid sangat rendah. Faktor-faktor akan rendahnya tahap membaca
dalam kalangan murid adalah bahan bacaan tidak menarik, buku yang tidak mencukupi, murid
tidak mahir membaca, murid tidak mampu membeli buku, buku tidak sesuai, murid tidak
berpeluang ke Pusat Sumber, membaca dianggap membosankan dan tidak berminat membaca
sejak kecil.
Bagi mengatasi masalah tahap membaca yang sangat rendah dalam kalangan murid,
usaha telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memupuk minat membaca
sejak kanak-kanak dan remaja di bangku sekolah lagi. Program Nadi Ilmu Amalan Membaca
(NILAM) telah dilancarkan pada tahun 2000. Program NILAM bertujuan menggalakkan
pembacaan dalam kalangan murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Berdasarkan
Laporan Pencapaian Pelaksanaan Program NILAM Kebangsaan 2003, dilaporkan status
penglibatan murid sekolah rendah dalam program NILAM ialah 65.1% (1,934,280) daripada
keseluruhan enrolmen murid sekolah rendah. Daripada peratusan itu, hanya 25% (483,710)
murid mendapat pengiktirafan NILAM Tahap Jauhari. Bagi tahap Rakan Pembaca, penglibatan
murid sekolah rendah ialah 36.3% (1,189,992) dan pencapaian murid pada tahap Rakan
Pembaca hanya 12% (130,467). Laporan NILAM (2004) pula menunjukkan jumlah buku yang
dibaca oleh murid-murid sekolah rendah dan menengah masih sedikit walaupun setelah berada
selama empat hingga enam tahun di sekolah. Jumlah bacaan mereka berada pada kategori
terendah berbanding tahap pembacaan yang ditetapkan oleh Program NILAM. Mengenai bahan
bacaan pula, laporan menyatakan bahawa bahan yang disediakan agak mencukupi dan sesuai.
Oleh itu, dapat dirumuskan minat kanak-kanak terhadap pembacaan adalah amat
membimbangkan. Maka, usaha-usaha bagi mempertingkatkan minat kanak-kanak terhadap
pembacaan perlu dilakukan dan menyediakan buku yang bersesuaian adalah salah satu langkah
penting yang perlu dilaksanakan secepat mungkin.

1.2 Pernyataan Masalah


Berdasarkan kajian Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP, 1997) antara faktor yang
menyumbang kepada tahap membaca yang rendah dalam kalangan murid adalah bahan bacaan
Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN) 2-4 JUN 2008

tidak menarik dan buku yang tidak sesuai. Oleh itu pengkaji ingin melihat apakah ciri-ciri buku-
buku yang terdapat di prasekolah.

1.3 Objektif Kajian


Secara umumnya matlamat kajian ini adalah untuk melihat apakah ciri-ciri buku cerita yang
terdapat di dalam bilik darjah prasekolah.
Oleh itu objektif khusus kajian ini ialah:
1.3.1 Melihat ciri-ciri buku cerita dari segi jenis cerita, kategori buku, watak utama, latar
cerita, jenis warna, saiz ilustrasi, jenis gambar ilustrasi, saiz huruf dan saiz buku yang
terdapat di dalam bilik darjah.

zainiah@fppm.upsi.edu.my
1.4 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan apakah ciri-ciri buku cerita yang terdapat di
dalam bilik darjah dari segi :
1.4.1 jenis cerita
1.4.2 kategori buku
1.4.3 watak utama
1.4.4 latar cerita
1.4.5 jenis warna
1.4.6 saiz ilustrasi
1.4.7 jenis gambar ilustrasi
1.4.8 saiz huruf
1.4 9 saiz buku

1.5 Kepentingan Kajian


Kajian ini memberi maklumat kepada guru-guru prasekolah, penulis dan penerbit buku,
mengenai status buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah. Dapatan kajian juga
dapat membantu guru, penulis dan penerbit serta ibu bapa agar lebih serius dan teliti dalam
menyediakan bahan bacaan yang sesuai bagi merangsang proses membaca di peringkat awal
kanak-kanak.

1.6 Batasan kajian


Kajian ini hanya meliputi sebanyak 417 buah buku cerita kanak-kanak yangdipilih secara rawak
untuk dianalisa oleh pelajar-pelajar Program Pendidikan Awal Kanak-kanak. Berkemungkinan
terdapat banyak lagi buku cerita di prasekolah lain yang tidak didatangi oleh pelajar-pelajar yang
menjalani ROS. Oleh itu hasil keputusan kajian tidak merujuk kepada kesemua buku cerita yang
terdapat di setiap prasekolah di Malaysia, sebaliknya hanya terbatas kepada 417 buah buku cerita
yang telah dianalisa.. Satu kajian yang lebih menyeluruh dan terperinci bagi melihat keputusan
yang boleh merujuk kepada buku-buku cerita kanak-kanak prasekolah yang terdapat di pasaran
perlu dijalankan pada masa akan datang.
Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN) 2-4 JUN 2008

2. TINJAUAN LITERASI

Tinjauan literasi akan menfokus kepada kajian atau penulisan mengenai ciri-ciri buku kanak-
kanak dan juga mengenai pemeringkatan buku cerita menurut teori emergent literasi.

2.1 Ciri-ciri buku cerita kanak-kanak


Clay (1967) adalah pembuka jalan yang melihat pembacaan dan penulisan kanak-kanak dalam
konteks kajian pemerolehan bahasa (Teale & Sulzby, 1986). Pada tahun 1967, Clay telah
menjalankan penyelidikan ‘The reading behavior of five-year-old children: A Research Report’
yang juga merupakan desertasi kedoktoran beliau. Dapatan utama kajian Clay (1967)
menerangkan kanak-kanak secara beransur-ansur belajar untuk mengkoordinasikan isi, sintaksis
dan panduan visual sebagai cara untuk membaca. Beliau menyarankan supaya kanak-kanak

zainiah@fppm.upsi.edu.my
didedahkan dengan pelbagai teks kerana dikhuatiri jika kanak-kanak tidak didedahkan dengan
teks sejak awal lagi maka asas pengetahuan kanak-kanak ini akan terjejas.
Menurut Marohaini Yusoff (1999), terdapat banyak faktor yang mempengaruhi
kebolehbacaan bahan bercetak. Antaranya termasuklah perbendaharaan kata, pembentukan ayat
atau jenis ayat dan panjang pendek ayat serta perkataan. Penggunaan konsep-konsep, saiz dan
stail cetakan, penggunaan dan penyusunan idea atau isu minat pembaca dan pengetahuan latar
pembaca menjadi faktor penting. Penggunaan bahan grafik seperti carta, gambar, graf, jadual,
dan rajah juga dapat membantu kefahaman membaca.
Menurut Abdul Aziz (2000), bahan-bahan bacaan yang disediakan untuk murid–murid
terutama pada tahap mula membaca hendaklah beraneka jenis dan menepati minat murid-murid
untuk membacanya. Bahasa yang digunakan hendaklah sesuai dan mudah difahami supaya
murid-murid berasa seronok membacanya dan seterusnya sentiasa ingin membaca. Tulisan perlu
bersaiz besar bagi memudahkan dan menarik minat kanak-kanak membaca. Bahan bacaan juga
perlulah disertakan dengan ilustrasi yang menarik, gambar berwarna dan sekiranya lukisan
hendaklah gambar-gambar itu kelihatan hidup supaya dapat menarik dan memikat hati kanak-
kanak.
Perpustakaan Negara juga telah menjalankan kajian tentang jenis bahan bacaan yang
disukai oleh kanak-kanak dan kriteria dalam memilih buku oleh kanak-kanak. Kajian oleh
Perpustakaan Negara (1998) mendapati antara jenis bahan bacaan yang disukai oleh kanak-kanak
ialah 52% buku pengetahuan, 49% buku cerita, 15% buku berkaitan dengan hobi dan 11% lain-
lain bukan fiksyen. Bagi kriteria-kriteria yang penting dalam memilih buku oleh kanak-kanak
pula peratusan tertinggi ialah buku yang mempunyai gambar (24%); kedua, buku berbentuk
cerita dan cerita dongeng (15%) dan ketiga, buku yang mudah difahami (11%).
Dalam kajian yang dijalankan ini, tumpuan akan diberikan kepada kategori buku, watak
utama, latar cerita, warna, ilustrasi, jenis gambar ilustrasi, saiz huruf dan saiz buku. Ini kerana
kanak-kanak sepatutnya mendapat bahan bacaan yang bersesuaian dengan tahap bacaan mereka
(Fountas & Pinnell, 1996).
Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN) 2-4 JUN 2008

2.2 Tahap Buku Cerita


Mary Clay (1982) telah membahagikan pembaca kepada tiga tahap iaitu Tahap 1 (Emergent
Reader), Tahap 2 (Early Reader) dan Tahap 3 (Fluent Reader). Dalam kajian ini buku cerita
dibahagikan kepada Tahap 1, 2, dan 3. Garis panduan pemeringkatan buku yang akan dibuat oleh
pengkaji adalah berdasarkan apa yang telah ditetapkan oleh penulis-penulis sebelumnya.

2.2.1 Buku Cerita Tahap 1


Terdapat kriteria tertentu bagi bahan bacaan yang sesuai untuk pembaca baru. Menurut Clay
(1991) dan Hiebert (1999), bahan bacaan yang sesuai bagi pembaca baru adalah yang bermakna
kepada kanak-kanak, menggunakan bahasa kanak-kanak, dan mengandungi perkataan yang

zainiah@fppm.upsi.edu.my
berulang-ulang. Teks ini sepatutnya berjaya menarik minat kanak-kanak kerana mengandungi
ilustrasi yang menarik serta difahami. Hart-Hewins dan Wells (1990) telah mencadangkan buku
berbentuk konsep dan buku berbentuk urutan. Buku berbentuk konsep dan buku berbentuk
urutan dicadangkan kerana kanak-kanak cenderung untuk mempelajari sesuatu dan mereka akan
menyukai buku konsep yang berkaitan dengan pengetahuan sedia ada mereka. Sudah tentulah
juga isi kandungan buku adalah berkaitan dengan pengalaman harian kanak-kanak (Rog dan
Burton,2002). Gambar yang dipamerkan perlulah bertepatan dengan ayat di mana pembaca boleh
membuat penekaan tentang ayat berdasarkan gambar ilustrasi walaupun sebenarnya mereka
belum lagi membaca (Hart-Hewins & Wells, 1990). Rog dan Burton (2002) mencadangkan agar
illustrasi yang digunakan ringkas dan jelas serta menyokong teks sepenuhnya. Dari segi saiz
cetakan huruf pula, Hart-Hewins dan Wells (1990) berpendapat saiz huruf yang digunakan
hendaklah besar, jelas dan terasing daripada ilustrasi. Ini memudahkan kanak-kanak membuat
perbezaan antara ilustrasi dan huruf terutama di peringkat pembaca baru yang masih belum dapat
membezakan antara huruf dan gambar.

2.2.2 Buku Cerita Tahap 2


Hart-Hewins dan Wells (1990) pula menyatakan bagi buku untuk peringkat pembaca awal, saiz
cetakan tulisan tidak semestinya besar tetapi mestilah jelas. Gambar masih lagi memberi
sokongan yang sepenuhnya terhadap teks dan teks mesti berada di tempat yang sama setiap muka
surat. (Rog & Burton, 2002). Kanak-kanak pada peringkat pembaca awal ini memerlukan
sokongan agar mereka berasa yakin terhadap diri mereka sendiri. Oleh itu, penekaan yang dibuat
melalui gambar dan pengulangan perkataan ataupun ungkapan akan memudahkan kanak-kanak
meneka apa yang akan berlaku seterusnya. Ini akan mendatangkan keseronokan kepada mereka
kerana mereka dan juga akan menimbulkan kepercayaan kepada diri mereka sendiri yang mereka
‘telah’ boleh membaca seterusnya memotivasikan diri kanak-kanak untuk terus membaca
(Nolen, 2001).Dari segi isi kandungan pula, pada peringkat pembaca awal telah boleh mula
melangkah keluar dari lingkungan pengalaman seharian kanak-kanak dan mewujudkan
hubungan dengan individu yang lain ataupun perkara yang lain (Hewin & Wells, 1990).

2.2.3 Buku Cerita Tahap 3


Menurut Asselin (2000) teks bagi pembaca yang telah mula maju dalam pembacaan seharusnya
70 peratus ke 80 peratus daripada kandungan teks boleh didekod oleh kanak-kanak dan teks
sepatutnya menggunakan gaya bahasa yang standard tetapi yang boleh difahami oleh kanak-
kanak. Hart-Hewins dan Wells (1990) menyatakan bagi pembaca maju (Fluent Reader), teks
Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN) 2-4 JUN 2008

yang digunakan lebih panjang berbanding teks untuk pembaca baru dan pembaca awal, dan saiz
cetakan tidak perlu besar. Cerita pula lebih panjang dan boleh dibahagi-bahagikan kepada
beberapa perenggan dan gambar masih diperlukan bagi setiap mukasurat bagi menyokong teks.
Panjang buku boleh dibahagikan kepada beberapa bab, plot lebih kompleks dan boleh
mempunyai lebih ramai watak (Rog & Burton, 2002).

3. REKABENTUK KAJIAN

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan borang soal
selidik. Menurut Mohd Majid (1998) kajian tinjauan dijalankan dalam penyelidikan pendidikan
yang bermatlamat untuk mengumpul maklumat mengenai pembolehubah-pembolehubah yang

zainiah@fppm.upsi.edu.my
berkaitan dengan sesuatu fenomena tanpa menyoal mengapa pembolehubah tersebut wujud.
Menurut Mertens (1998) pula, kebaikan kajian tinjauan ialah kerana membolehkan maklumat
diperolehi dari bilangan sampel yang besar. Oleh itu teknik tinjauan ini dipilih kerana ia mampu
memenuhi keperluan kajian ini.

3.1 Populasi dan sampel kajian


Populasi bagi kajian ini ialah buku cerita kanak-kanak prasekolah yang terdapat di prasekolah di
Malaysia. Sampel kajian pula ialah buku-buku cerita yang terdapat di prasekolah-prasekolah di
mana guru-guru pelatih Program Pendidikan Awal Kanak-kanak, Universiti Pendidikan Sultan
Idris menjalani Rancangan Orientasi Sekolah (ROS). Oleh kerana guru-guru boleh menjalani
ROS di sekolah-sekolah berhampiran dengan rumah mereka, maka kajian melibatkan prasekolah
di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Bilangan sampel pula ialah 417 buah buku yang
dipilih secara rawak bagi kajian ini. Bilangan sampel ini mencukupi berdasarkan cadangan Crites
(1969) yang menyatakan bahawa saiz sampel yang kurang dari 100 tidak sesuai kerana akan
berlaku turun naik yang besar dalam pengiraan.

3.2 Instrumen kajian


Instrumen yang digunakan dalan kajian ini ialah soal selidik. Zainal (2003) menyatakan tujuan
utama soal selidik adalah untuk mendapatkan maklumat untuk memenuhi objektif kajian.
Instrumen kajian digubal oleh pengkaji di mana item-item soal selidik dibina mengikut keperluan
bagi menjawab soalan-soalan kajian. Interrater reliability test telah dilakukan dengan
mengambil beberapa orang penilai bagi menilai alat pengukuran yang dicadangkan (Mayers &
Hansen, 1997).

3.3 Kaedah pengumpulan data


Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data dalam kajian ini ialah menggunakan borang
soal selidik. Menurut Mohd Majid (1990), dengan menggunakan soal selidik pengkaji dapat
maklumat yang banyak dalam masa yang singkat dan ini sudah pasti menjimatkan perbelanjaan..

3.4 Prosedur penganalisisan data


Berdasarkan maklumat-maklumat daripada soal selidik yang telah lengkap diisi oleh guru-guru
pelatih, data dikumpulkan dan dikodkan bagi memudahkan kemasukan data ke dalam sistem
komputer. Data–data yang diperolehi ini diproses menggunakan Statiscal Package for Social
Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN) 2-4 JUN 2008

Sciencse (SPSS) berdasarkan kekerapan (frekuensi) dan peratus untuk membuat huraian tentang
ciri-ciri buku cerita tersebut.

4. ANALISIS DATA

Fokus analisis data adalah tentang ciri-ciri buku cerita dari segi jenis buku, kategori buku, watak
utama, latar cerita, warna ilustrasi, saiz ilustrasi, jenis gambar ilustrasi, saiz huruf dan saiz buku
secara keseluruhan dan mengikut tahap pembaca.

4.1 Jenis buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah

zainiah@fppm.upsi.edu.my
Jadual 1
Jenis Buku Cerita Bagi Setiap Tahap Pembaca dan Secara Keseluruhan
Pembaca Pembaca Pembaca
Jenis Buku Cerita Jumlah
Baru Awal Maju
3 1 0 4
Cerita Jenaka
(3.2) (0.6) (0.0) (1.0)
0 7 19 26
Cerita Dongeng
(0.0) (4.4) (11.7) (6.2)
0 0 6 6
Lagenda
(0.0) (0.0) (3.7) (1.4)
Cerita Penglipurlara 0 2 5 7
(Putera & Puteri) (0.0) (1.3) (3.1) (1.7)
Cerita tauladan / nilai 2 41 31 74
moral (2.1) (25.6) (19.0) (17.7)
5 61 76 142
Cerita Binatang
(5.3) (38.1) (46.6) (34.1)
0 3 6 9
Cerita Rakyat
(0.0) (1.9) (3.7) (2.2)
Cerita Kehidupan 71 40 18 129
Harian Kanak-kanak (75.5) (25) (11.0) (30.9)
Bukan Cerita / Non 13 5 2 20
Fiction (13.8) (3.1) (1.2) (4.8)
94 160 163 417
Jumlah
(100) (100) (100) (100)

Secara keseluruhan, 34.1% buku cerita adalah tentang binatang dan 30.9% tentang kehidupan
harian kanak-kanak. Bagi tahap pembaca baru, 75.5% buku adalah tentang kehidupan harian
kanak-kanak manakala 38.1% buku cerita tahap pembaca awal dan 46.6% buku cerita tahap
pembaca maju adalah tentang binatang.
Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN) 2-4 JUN 2008

4.2 Kategori buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah

Jadual 2
Kategori Buku Cerita Bagi Setiap Tahap Pembaca dan Secara Keseluruhan
Kategori Buku Cerita Pembaca Pembaca Pembaca Jumlah
Baru Awal Maju
Buku berunsur main 1 3 1 5
(1.1) (1.9) (0.6) (1.2)
Buku bergambar 69 135 141 345
(73.4) (84.4) (86.5) (82.7)
Buku konsep 10 8 5 23
(10.6) (5.0) (3.1) (5.5)

zainiah@fppm.upsi.edu.my
Buku meramal 7 13 15 35
(7.4) (8.1) (9.2) (8.4)
Buku bahasa 7 1 1 9
berirama (7.4) (0.6) (0.6) (2.2)
Jumlah 94 160 163 417
(100) (100) (100) (100)

Daripada 417 buah buku cerita kanak-kanak yang dikaji, majoriti buku (82.7%) merupakan buku
bergambar. Begitu juga bagi setiap tahap pembaca, majoriti buku merupakan buku bergambar
iaitu 73.4% bagi tahap pembaca baru, 84.4% bagi kategori tahap awal dan 86.5% bagi tahap
pembaca maju.

4.3 Watak utama dalam buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah

Jadual 3
Watak Utama dalam Buku Cerita Bagi Setiap Tahap Pembaca dan Secara Keseluruhan
Watak Utama Pembaca Pembaca Pembaca Jumlah
Baru Awal Maju
Kanak-kanak lelaki 45 23 11 79
(47.9) (14.4) (6.7) (18.9)
Kanak-kanak 19 28 13 60
perempuan (20.2) (17.5) (8.0) (14.4)
Orang dewasa lelaki 6 6 22 34
(6.4) (3.8) (13.5) (8.2)
Orang dewasa 0 1 7 8
perempuan (0.0) (0.6) (4.3) (1.9)
Binatang 11 92 102 205
(11.7) (57.5) (62.6) (49.2)
Kartun 7 9 8 24
(7.4) (5.6) (4.9) (5.8)
Tiada watak 6 1 0 7
(6.4) (0.6) (0.0) (1.7)
Jumlah 94 160 163 417
(100) (100) (100) (100)
Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN) 2-4 JUN 2008

Secara keseluruhannya, watak binatang mendominasi watak utama dalam buku cerita kanak-
kanak. Watak binatang juga mendominasi watak utama dalam buku cerita bagi tahap pembaca
awal (57.5%) dan pembaca maju (62.6%). Walau bagaimanapun, dalam buku cerita bagi tahap
pembaca baru, majoriti buku (47.9%) memilih watak kanak-kanak lelaki sebagai utama utama.

5. PERBINCANGAN

Perbincangan dapatan kajian akan dikemukakan dalam bentuk deskriptif mengikut aspek-aspek
kajian yang telah dijalankan. Manakala cadangan yang dikemukakan merujuk kepada penulis,
penerbit, ibu bapa dan guru-guru. Cadangan juga merangkupi aspek-aspek kajian lain yang boleh

zainiah@fppm.upsi.edu.my
dilakukan pada masa hadapan.

5.1 Jenis buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah
Kebanyakan buku cerita yang terdapat di bilik darjah prasekolah adalah tentang binatang dan
kehidupan seharian kanak-kanak. Jenis buku cerita ini bersesuaian dengan pendapat Hart-Hewins
dan Wells (1990) dan Rog dan Burton (2002) bahawa kanak-kanak akan menyukai buku konsep
yang berkaitan dengan pengetahuan sedia ada mereka.
Bagi tahap pembaca baru, majoriti buku adalah tentang kehidupan harian kanak-kanak.
Ciri ini juga bersesuaian dengan cadangan Rog dan Burton (2002) dan Clay (1967) iaitu bagi
buku tahap pembaca baru, isi kandungan buku adalah berkaitan dengan pengalaman harian
kanak-kanak. Manakala majoriti buku cerita bagi tahap pembaca awal dan pembaca maju adalah
tentang binatang yang dianggap sesuai bagi pembaca tahap ini (Hart-Hewin & Wells, 1990).
Oleh itu dicadangkan agar buku tahap satu adalah berkenaan kehidupan harian kanak-kanak dan
buku tahap dua dan tiga adalah mengenai binatang yang diberikan perwatakan manusia.
Dari segi isi kandungan pula, didapati buku kanak-kanak peringkat awal dan maju telah
keluar daripada kehidupan harian kanak-kanak sesuai dengan Hart-Hewin dan Wells (1990) yang
menyatakan pada peringkat pembaca awal telah boleh mula melangkah keluar dari lingkungan
pengalaman seharian kanak-kanak dan mewujudkan hubungan dengan individu yang lain
ataupun perkara yang lain. Namun begitu dapatan ini berlainan daripada dapatan kajian yang
dibuat oleh Perpustakaan Negara (1998) mendapati selepas 52% buku pengetahuan, buku cerita
dongeng turut menjadi pilihan utama kanak-kanak.

5.2 Kategori buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah
Bagi kategori buku pula majoriti buku yang terdapat di dalam bilik darjah adalah sesuai kerana
kebanyakannya buku dalam kajian ini adalah buku cerita bergambar yang amat sesuai bagi
semua peringkat pembaca di prasekolah. Bahan bacaan perlulah disertakan dengan ilustrasi yang
menarik, gambar berwarna, sekiranya lukisan gambar-gambar itu kelihatan hidup supaya dapat
menarik dan memikat hati kanak-kanak (Abdul Aziz, 2000). Menurut Rog dan Burton (2002)
pula, antara faktor-faktor yang diambil kira dalam pemeringkatan teks ialah sokongan illustrasi.
Begitu juga garis panduan yang ditetapkan oleh Reading Recovery (Peterson,1991), dalam
Guided Reading (Fountas & Pinnell, 1999) telah menetapkan kriteria kesepadanan gambar dan
teks sebagai kriteria yang penting dalam teks. Oleh itu buku bergambar adalah dicadangkan
sebagai kategori buku yang sesuai digunakan oleh kanak-kanak prasekolah.
Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN) 2-4 JUN 2008

5.3 Watak utama dalam buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah
Majoriti penulis buku cerita menggunakan watak kanak-kanak lelaki dan watak binatang sebagai
watak utama yang dianggap sesuai untuk pembaca di peringkat prasekolah. Watak utama yang
terdapat dalam buku tahap satu didominasi oleh watak kanak-kanak lelaki. Bagi tahap dua dan
tahap tiga kebanyakan buku cerita menggunakan watak binatang. Oleh itu dicadangkan
perwatakan bagi tahap satu adalah kanak-kanak dan bagi tahap dua dan tiga adalah watak
binatang.

5.4 Latar cerita dalam buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah
Buku cerita tahap pembaca baru menjadikan rumah sebagai latar cerita. Ini bertepatan dengan
kenyataan Hart-Hewins dan Wells (1990) yang telah mencadangkan buku berbentuk konsep dan
buku berbentuk urutan yang berkaitan dengan pengetahuan sedia ada mereka. Bagi buku cerita

zainiah@fppm.upsi.edu.my
tahap pembaca awal dan pembaca maju, lebih separuh daripada buku yang dikaji mempunyai
alam semula jadi sebagai latar cerita. Sehubungan itu, dicadangkan agar latar cerita bagi
pembaca baru hendaklah menggunakan latar yang dekat dengan diri kanak-kanak sementara bagi
pembaca awal dan maju pula boleh menggunakan watak alam semulajadi dan lain-lain latar.

5.5 Warna buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah
Secara keseluruhannya, warna terang digunakan dalam majoriti buku cerita kanak-kanak yang
dikaji. Dicadangkan penggunaan warna yang terang bagi setiap peringkat pembaca.

5.6 Saiz ilustrasi buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah
Majoriti buku cerita sama ada bagi tahap pembaca baru, pembaca awal atau pembaca maju
mempunyai ilustrasi satu muka surat penuh. Ilustrasi adalah penting teruatam bagi pembaca baru.
Ini kerana bagi pembaca baru gambar yang dipamerkan perlulah bertepatan dengan ayat bagi
membolehkan pembaca membuat penekaan tentang ayat berdasarkan gambar ilustrasi walaupun
sebenarnya mereka belum lagi membaca (Hart-Hewins & Wells, 1990). Rog dan Burton (2002)
mencadangkan agar illustrasi yang ringkas dan jelas serta menyokong teks sepenuhnya. Oleh itu,
dicadangkan agar ilustrasi perlu ditonjolkan dalam penghasilan buku cerita kanak-kanak kerana
ilustrasi sememangnya memainkan peranan penting dalam buku cerita bagi setiap peringkat bagi
kanak-kanak prasekolah.
5.7 Jenis gambar ilustrasi dalam buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah
prasekolah
Majoriti buku cerita sama ada bagi tahap pembaca baru, pembaca awal atau pembaca maju
mempunyai kecenderungan yang sama dari segi jenis gambar ilustrasi iaitu menggunakan
gambar tidak realistik.Dicadangkan agar gambar tidak realistik digunakan untuk mengisahkan
cerita kanak-kanak kerana ini memudahkan penghasilan gambar yang sesuai dengan jalan cerita
dan penggunaan imaginasi yang meluas dapat dilakukan.

5.8 Saiz huruf dalam buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah
Majoriti buku cerita sama ada bagi tahap pembaca baru, pembaca awal atau pembaca maju
menggunakan saiz huruf besar diikuti dengan saiz huruf sederhana. Hanya segelintir buku cerita
yang menggunakan saiz huruf kecil. Ini bertepatan dengan keperluan pembaca yang di peringkat
baru yang memerlukan saiz huruf yang besar, jelas dan terasing daripada ilustrasi. Namun,
menurut Hart-Hewins dan Wells (1990), bagi pembaca maju (fluent reader), saiz cetakan tidak
Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN) 2-4 JUN 2008

perlu besar. Oleh itu, dicadangkan agar saiz huruf tidak perlu besar tetapi perlulah jelas untuk
dibaca.

5.9 Saiz buku dalam buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah
Majoriti buku cerita sama ada bagi tahap pembaca baru, pembaca awal atau pembaca maju
mempunyai saiz yang kecil. Saiz buku yang kecil adalah sesuai kerana ianya mudah dipegang,
dibawa ke mana-mana dan mengurangkan kos.

6. RUMUSAN

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, dapatlah dibuat rumusan tentang buku-buku cerita
yang terdapat di bilik darjah prasekolah bagi setiap tahap pembaca. Bagi tahap pembaca baru,

zainiah@fppm.upsi.edu.my
kebanyakan buku-buku cerita yang dikaji adalah buku bergambar tentang kehidupan seharian
kanak-kanak. Kebanyakan watak utama yang menjadi pilihan penulis buku cerita tahap 1 ini
ialah watak kanak-kanak lelaki. Rumah pula seringkali dijadikan latar cerita. Dari segi pemilihan
warna, warna lembut digunakan dalam kebanyakan buku yang dikaji. Buku-buku yang dikaji
juga kebanyakannya mempunyai saiz ilustrasi satu muka surat penuh yang menggunakan gambar
tidak realistik. Walaupun kebanyakan buku tahap pembaca baru yang dikaji bersaiz kecil tetapi
saiz huruf besar sering digunakan.
Bagi tahap pembaca awal, kebanyakan buku-buku cerita yang dikaji adalah buku
bergambar tentang binatang. Watak utama yang biasa digunakan ialah watak binatang. Alam
semula jadi pula menjadi pilihan bagi kebanyakan penulis buku cerita tahap 2 yang dikaji. Bagi
kebanyakan buku, warna terang digunakan. Kebanyakan buku mempunyai saiz ilustrasi satu
muka surat penuh dengan gambar yang tidak realistik. Seperti kebanyakan buku tahap pembaca
baru, kebanyakan buku tahap pembaca awal yang dikaji juga bersaiz kecil tetapi saiz huruf besar
sering digunakan.
Bagi tahap pembaca maju, kebanyakan buku-buku cerita yang dikaji adalah buku
bergambar tentang binatang. Seperti buku tahap pembaca awal, watak binatang menjadi watak
utama bagi kebanyakan buku dan latar cerita kebanyakannya ialah alam semula jadi. Warna
terang juga sering digunakan. Dari segi ilustrasi, gambar, saiz buku dan saiz huruf, kebanyakan
buku yang dikaji mempunyai saiz ilustrasi satu muka surat penuh dengan gambar tidak realistik,
bersaiz kecil tetapi menggunakan huruf bersaiz besar, sama seperti buku-buku tahap pembaca
baru dan pembaca awal.

7. CADANGAN

Bagi meningkatkan lagi kualiti bahan bacaan prasekolah dicadangkan agar penulis dan penerbit
buku memperbanyakkan lagi buku cerita untuk kanak-kanak prasekolah yang menepati ciri-ciri
yang bersesuaian dengan setiap tahap pembaca bagi tujuan menarik minat mereka terhadap
pembacaan buku.
Kepada ibu bapa dan guru-guru juga perlulah juga sedar tentang perkara-perkara penting
yang perlu diberi perhatian dalam pemilihan buku-buku untuk kanak-kanak prasekolah.
Kegagalan ibu bapa dan guru-guru menyedia buku yang bersesuaian boleh menghilangkan minat
kanak-kanak untuk membaca. Oleh itu, ibu bapa dan guru-guru perlulah memilih dan
Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN) 2-4 JUN 2008

menyediakan buku-buku yang sesuai dengan tahap kebolehan membaca kanak-kanak agar dapat
terus menarik minat kanak-kanak untuk terus membaca.
Kajian yang telah dibuat melibatkan buku-buku yang terdapat di prasekolah yang terlibat
dalam kajian. Dicadangkan agar kajian dilakukan bagi mengkaji buku-buku cerita prasekolah
yang terdapat di pasaran. Kajian-kajian lanjut berkait buku cerita prasekolah juga boleh
dilakukan bagi menambah lagi hasil penyelidikan tentang prasekolah.

8. KESIMPULAN

Penggunaan buku yang sesuai amat penting dalam menjamin minat dan tumpuan kanak-kanak
terhadap pembacaan yang berkesan. Oleh itu adalah menjadi tugas penulis dan penerbit bagi

zainiah@fppm.upsi.edu.my
membina buku-buku mengikut ciri-ciri buku yang sesuai untuk kumpulan sasaran yang tertentu.
Bagi ibu bapa dan guru-guru pula perlulah bijak memilih buku yang sesuai untuk pembacaan
kanak-kanak mengikut ciri-ciri yang telah dicadangkan di dalam kajian ini. Semoga hasil kajian
ini memberi manafaat kepada bahan bacaan kanak-kanak dan seterusnya menanamkan minat
membaca yang mendalam dan berterusan kepada kanak-kanak prasekolah.

RUJUKAN

Abdul Aziz Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu;Prinsip, Kaedah dan Teknik, Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Allington, R. L. (1983). "The Reading Instruction Provided Readers of Differing Reading
Abilities." Elementary School Journal 82: 548-Allington, R. L. (2002). "What I've
Learned About Effective Reading Instruction." Phi Delta Kappan 83(10): 740.
Ambigapathy, P. (1997). Reading in Malaysia. Bangi, Universiti Kabangsaan Malaysia.
Armstrong, N., Campos, J. & Johnson, B. (2001). Increasing Student Reading Fluentcy Through
the Use of Leveled Book. Faculty of the School of Education. Chicago, IL, Saint Xavier
University: 127.
Asselin, M. (2002). "Texts for Beginning Readers: The Critical Match between Reader and
Text." Teacher Librarian 28(2): 58.
Bahagian Teknologi Pendidikan (1997), Laporan Pencapaian Pelaksanaan Program NILAM
1997. Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Teknologi Pendidikan (2004). Laporan Pencapaian Pelaksanaan Program NILAM
Clay, M. M. (1982). Observing Young Readers: Selected Papers. Portsmouth, NH, Heinemann.
Clay, M. M. (1991). "Introducing a new storybook to young readers." The Reading Teacher
45,4: 264-265.
Clay, M.M. (1967). The reading behavior of five-year-old children. A: Research report. New
Zealand Journal of Educatioanal Studies, 2, 11-31.
Crites (1969) dalam Sidek Mohd Noah (2002), Rekabentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan
Praktis. Serdang:Universiti Putra Malaysia
Fountas, I. C., & Pinnell, G.S. (1996). Guided reading: Good first teaching for all children k-3.
Portsmouth,, NH: Heinemann.
Fountas, I. C., & Pinnell, G.S. (1999). Matching books to readers: Using leveled books in guided
reading. Portsmouth, NH, Heinemann.
Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN) 2-4 JUN 2008

Hart-Hewins & Wells, J. “Real books for reading learning to read with children's literature”
Pembroke Publishers Limited, Markham,Ontario:
Klein.M.L, Peterson, S, & Simington, L (1990).Teaching reading in the elementary grades.
USA:Allyn and Bacon.
Marohaini Yusoff (1999), Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman ke arah Kemantapan
Pembelajaran di Sekolah Menengah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mertens, D. M. (1998). Research methods in education and psychology : integrating diversity
with quantitative and qualitative approaches. London : Sage Publications.
Mohd. Majid Konting (1998). Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Nolen, S.B. (2001). Constructing literacy in the kindergarten: Task structure,collaboration &
motivation. Cognition & instruction, 19(1). 95-142.

zainiah@fppm.upsi.edu.my
Perpustakaan Negara Malaysia (1998), Profil Membaca Rakyat Malaysia 1996, Kuala Lumpur:
PNM.
Pinnell, G. S. (1999). "Effective Literacy Programs." Council Connections Winter: 9-11.
Raphael,T & Hiebert, E. (1996) Creating an integrated approach to literacy instruction USA:
Allyn & Bacon.
Rog, L. J. & Burtan, W. (2002). "Matching Texts and Readers: Levelling early reading materials
for assessment and instruction." The Reading Teacher 55(4).
Sidek Mohd Noah (2002). Rekabentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan Praktis.
Serdang:Universiti Putra Malaysia
Sulzby, E. & Teale, W.H. (1987). Young Children's Storybook Reading: Longitudinal Study of
Parent-Child Interaction and Children's Independent Functioning. Final
Sulzby, E. (1989). Assessment of writing and of of children language while writing. Assessment
for instruction in early literacy. L. M. J. Smith. Englewood Cliffs, New Jersey, Prentice
Hall.
Swann, J. M. (1997). An Investigation into Effectiveness of the Emergent Reader Literacy
Instruction Model. Annual Meeting of the American Educational Research Association,
Chicago, IL. (March 24-28, 1997).
Teale, W. & Sulzby, E. (1986). Emergent Literacy : Writing and Reading. Norwood, N.J., Anlex
Pub. Corp.
Zainal Mat Saat (2003). Statistik Awalan. Kuala Lumpur: Pearson Prentice Hall.
Zainiah Mohamed Isa (2005). Tahap Bacaan dan Faktor-faktor Mempengaruhinya. Kod
penyelidikan : 03-13-19-04.

CITE AS….?

You might also like