You are on page 1of 1

SPAKS ( SISTEM PENGURUSAN AKTIVITI KOKURIKULUM SEKOLAH ) adalah mudah

digunakan. Menggunakan platform Ms Access, boleh dipelajari dengan menggunakan manual


yang diberikan melalui buku dan juga cd.

SPAKS menggunakan aturan kerja yang standard dan sistematik. Jika sebelum ini banyak guru
menggunakan Ms Excell untuk memproses dan mengira markah kokurikulum, dan selepas guru
tersebut bertukar ke sekolah lain akan menimbulkan kesukaran untuk guru penolong kanan yang
menggantikan tugas beliau untuk menyambung tugas pengiraan markah kokurikulum. Ini kerana
tugas mengumpulkan markah kokurikulum bermula dari Tingkatan 1 hinggalah ke Tingkatan 6.
Jika guru hanya bergantung kepada buku aktiviti kokurikulum pelajar, bermacam kemungkinan
boleh berlaku, antaranya buku tersebut berkemungkinan hilang, tersalah letak dan rosak akibat
bencana alam. Bagi pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum,jika buku tersebut hilang
bermakna rekod penglibatan beliau akan turut hilang kerana sekolah hanya bergantung kepada
buku tersebut.

SPAKS diwujudkan supaya semua data aktiviti pelajar sepanjang berada di alam persekolahan
dapat direkodkan dalam satu pangkalan data. Rekod tersebut boleh dipindah masuk ke dalam
‘thumb drive’ sebagai jaminan keselamatan jika berlaku kerosakan komputer. Oleh kerana
SPAKS digunakan di kebanyakan sekolah, pihak sekolah boleh saling mendapat pengetahuan
tentang teknik penggunaannya kerana mungkin ada antara guru tersebut baru mengambil alih
tugas mengumpul markah dan rekod aktiviti kokurikulum.

SPAKS menyediakan pelbagai teknik mengisi markah kokurikulum. Antaranya,ikut kelas,ikut


individu,ikut unit – unit yang disertai. Untuk memudahkan lagi tugas, guru boleh import
maklumat kokurikulum pelajar daripada SMM.

Untuk maklumat lanjut berkenaan aplikasi ini sila hubungi:


Zulkifli Abu Bakar
019 5606066 / 012 5504455
Emai: zulsystem@yahoo.com

You might also like