You are on page 1of 12

Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

“Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dalam Diversiti Sosial”. Universiti Malaya. 22 Februari 2005

PERANAN IBU BAPA DAN GURU DALAM MEMPERTINGKATKAN


TAHAP BACAAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Zainiah Mohamed Isa

Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak,


Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

zainiah@fppm.upsi.edu.my

zainiah@fppm.upsi.edu.my
Abstrak

Membaca merupakan satu tumpuan utama dalam komponen kurikulum prasekolah. Oleh kerana
membaca merupakan aspek yang sangat penting dalam pendidikan awal kanak-kanak kini
didapati banyak kajian telah dijalankan berkaitan dengan membaca dan perkaedahan membaca
bagi kanak-kanak prasekolah. Walaupun kebanyakan kajian menumpukan kepada perkaedahan
membaca tetapi kajian mengenai faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi tahap bacaan
kanak-kanak masih kurang. Oleh yang demikian pengkaji telah menjalankan kajian untuk
melihat perhubungan di antara peranan ibu bapa dan guru dengan tahap bacaan kanak-kanak
prasekolah. Di antara faktor-faktor yang dianalisis adalah latar belakang ibu bapa, bahan bacaan
di rumah dan juga di sekolah, peranan ibu bapa membaca buku di rumah serta peranan guru
dalam aktiviti bercerita di bilik darjah.
Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
“Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dalam Diversiti Sosial”. Universiti Malaya. 22 Februari 2005

1. Pengenalan

1.1 Pendahuluan
Bidang bacaan awal sentiasa menjadi tumpuan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ini kerana
kemahiran ini perlu didedahkan sejak lahir lagi. Menurut Greenberg (1990) dalam Ramlah dan
Mahani (2002) menyarankan bahawa kanak-kanak perlu didedahkan kepada kesusasteraan dan
bahasa di peringkat awal perkembangan lagi. Keadaan yang sama telah dijelaskan oleh Tatat
(1998) dalam Ramlah dan Mahani (2002), iaitu melalui pendedahan kemahiran membaca di
peringkat awal dapat membantu rasa ingin tahu kanak-kanak, membentuk sikap positif terhadap
membaca serta menimbulkan rasa seronok.

zainiah@fppm.upsi.edu.my
Oleh itu untuk menyemaikan pembacaan di peringkat awal ini memerlukan penglibatan
dari insan yang rapat dengan kanak-kanak, iaitu ibu bapa dan guru. Ini kerana kanak-kanak di
usia ini perlu belajar dalam persekitaran yang baik dan memerlukan sokongan orang dewasa. Di
sini peranan guru dan ibu bapa amat penting dalam menyediakan persekitaran yang kondusif
terhadap pembelajaran dan juga melalui interaksi yang positif. Bagi peranan guru, Frost (2000)
melihat membaca sebagai sosio kognitif di mana guru berperanan sebagai penyokong bagi usaha
kanak-kanak membina pengetahuan. Guru juga akan menunjuk ajar kanak-kanak mengikut cara
yang guru fikirkan sesuai untuk kanak-kanak.
Begitu juga ibu bapa turut memainkan peranan penting di mana banyak kajian yang
menunjukkan bahawa pengetahuan kanak-kanak terhadap pembacaan telah ada sebelum mereka
memasuki alam persekolahan lagi. (Marie Clay, 1967). Ibu bapa haruslah memastikan perbualan
sering berlaku dan selalu membacakan buku cerita kepada kanak-kanak. Dengan adanya
kesediaan bahasa tersebut, mudahlah proses bacaan didedahkan dan dijalankan di sekolah.
Menurut IRA (1998) juga, pengalaman kanak-kanak sejak lahir akan mempengaruhi tahap
pencapaian literasi kanak-kanak. Kegagalan membekalkan pengalaman literasi sebelum kanak-
kanak menjejakkan kaki ke alam persekolahan akan mempengaruhi tahap literasi mereka kelak.
Oleh itu guru dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengatur persekitaran dan
menyediakan bahan serta melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan bagi membantu
kanak-kanak memperkembangkan bahasa dan kemahiran membaca mereka.

Metodologi Kajian

Secara umumnya matlamat kajian ini adalah untuk melihat apakah faktor-faktor yang
dapat mempengaruhi tahap bacaan. Oleh itu objektif khusus kajian ini ialah;

i. Melihat perkaitan antara latarbelakang ibu bapa dengan tahap bacaan


kanak-kanak prasekolah.
ii. Melihat perkaitan bahan bacaan di rumah dan di sekolah dalam
mempengaruhi tahap bacaan kanak-kanak prasekolah.
iii. Melihat perkaitan di antara peranan ibu bapa membacakan buku kepada
kanak-kanak dengan tahap pembacaan kanak-kanak prasekolah.
iv. Melihat perkaitan antara aktiviti bercerita di bilik darjah dengan tahap
pembacaan kanak-kanak prasekolah.
Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
“Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dalam Diversiti Sosial”. Universiti Malaya. 22 Februari 2005

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang melibatkan 112 orang kanak-kanak
prasekolah kerajaan di seluruh Malaysia seperti Kedah, Perak, Selangor, Johor, Pahang, Kelantan
dan Terengganu. Sekolah-sekolah ini dipilih berdasarkan sekolah yang berdekatan dengan
tempat tinggal guru-guru pelatih yang ditugaskan untuk membuat Rancangan Orientasi Sekolah
(ROS). Setiap guru pelatih diminta memilih secara rawak 3 orang kanak-kanak untuk
ditemuduga berdasarkan borang soal selidik yang disediakan. Sebanyak 30 buah sekolah telah
dijadikan sebagai tempat kajian. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan
Statistical Package for the Social Science (SPSS). Analisis data menggunakan ujian Khi Kuasa
Dua bagi menguji perhubungan antara pembolehubah-pembolehubah dalam kajian (Gravetter
dan Wallnau,1996).

zainiah@fppm.upsi.edu.my
Sementara itu tahap bacaan pula diukur berdasarkan konsep penampilan literasi Marie Clay
dalam Sulzby (1985) yang menyatakan “Perlakuan menulis dan membaca kanak-kanak yang
mula timbul dan berkembang kepada kebolehan membaca dan menulis yang biasa”. Oleh itu
pendapat yang menyatakan bahawa tidak boleh mengajar membaca terlalu awal kerana kanak-
kanak belum bersedia adalah tidak tepat. Ini kerana menurut teori ‘emergent literasi’ kanak-
kanak melalui tiga peringkat pembacaan semasa di peringkat awal persekolahan.
a. Penampilan pembaca (Emergent reader)
Peringkat pertama ialah tahap penampilan pembaca di mana kanak-kanak melakukan
perlakuan-perlakuan membaca. Mereka membacakan berulang-ulang buku yang sama atau
meneliti buku yang baru. Mereka mengingati cerita dan menggunakan gambar sebagai tanda atau
isyarat untuk membantu pembacaan. Kanak-kanak sedar tentang peranan tulisan sebagai
pencerita dan bukannya gambar. Mereka mula menunding kepada perkataan yang biasa mereka
lihat dan mencari perkataan yang mereka kenali seterusnya. Apabila kanak-kanak mula
memadankan cerita di dalam ingatannya dengan perkataan-perkataan di setiap muka surat,
mereka telah mula masuk ke peringkat kedua iaitu peringkat pembaca awal.
b. Pembaca awal (Early Reader)
Pada peringkat ke dua ini iaitu tahap pembaca awal, kanak-kanak membaca dengan kuat,
tetapi bacaan lambat dan berhati-hati memadankan apa yang dikatakan dengan perkataan di
muka surat. Selalunya mereka akan menunding perkataan tersebut sambil menyebut dengan
kuat. Mereka masih bergantung kepada daya ingatan mereka terhadap teks tersebut dan gambar
masih memainkan peranan penting tetapi mereka sudah menggunakan fonem, makna perkataan,
susunan kata dalam ayat dan mengenal tanda dalam teks. Mereka berasa berjaya menjadi
pembaca dan mereka sering membuat pembetulan diri semasa membaca. Akhirnya kanak-kanak
akan tiba ke peringkat pembaca mahir.
c. Pembaca mahir (Fluent reader)
Di peringkat ke tiga ini ialah peringkat pembaca mahir di mana kanak-kanak telah boleh
membaca. Mereka biasanya membaca dengan senyap dan bacaan mereka adalah sepontan
kecuali apabila mereka terjumpa perkataan yang sukar. Mereka akan menggunakan fonem,
makna perkataan, susunan kata dalam ayat untuk meneka perkataan tersebut dan meneruskan
pembacaan. Mereka banyak membaca dan jika mereka seronok membaca, tabiat ini akan
menjadi minat mereka sepanjang hayat.
Oleh itu jelaslah teori penampilan literasi menepati peringkat perkembangan awal kanak-
kanak yang bukanlah bermula dengan kosong tetapi mempunyai pengetahuan sedia ada dan
berkembang secara berperingkat-peringkat. Pengkaji memilih teori ini kerana teori ini dapat
Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
“Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dalam Diversiti Sosial”. Universiti Malaya. 22 Februari 2005

membahagikan tahap pembacaan kepada tiga peringkat yang kriteria bagi setiap tahap adalah
jelas dan bersesuaian dengan perkembangan bacaan awal kanak-kanak. Ianya juga mudah
digunakan secara pratikal dalam amalan pengajaran pembacaan awal kanak-kanak seharian oleh
guru-guru tanpa perlu merujuk formula-formula tertentu. Tahap perkembangannya dapat
diterima secara logik kerana ianya berkembang tahap demi tahap, bermula sebelum kanak-kanak
ada kemahiran membaca dan menulis lagi, menjurus kepada permulaan mengenal konsep
membaca, melalui proses membaca yang merangkak-rangkak dan akhirnya ke tahap menguasai
bacaan dengan lancar.

Dapatan dan Perbincangan

1. Latar belakang ibu bapa

zainiah@fppm.upsi.edu.my
Peranan ibu bapa turut diberikan perhatian sebagai salah satu faktor bagi
mempertingkatkan tahap pembacaan kanak-kanak. Melalui kajian yang dibuat oleh Vukelish
(1977), Criscuolo (1974), dan Woods (1974) dalam Khadijah Rohani (1989) dalam Koh Boh
Boon (1989), menyarankan bahawa ibu bapa yang berpengetahuan cukup dan menunjukkan
minat terhadap pembacaan dapat menolong mengembangkan kemahiran-kemahiran prabacaan
yang sangat penting dalam proses pembelajaran seterusnya. Mereka mendapati bahawa faktor-
faktor seperti taraf pendidikan ibu bapa dan pendapatan ibu bapa memberi kesan terhadap
perkembangan kemahiran pembacaan kanak-kanak.

1.1 Pendidikan Ibu Bapa

Dalam kajian yang dijalankan ini analisis dilakukan untuk melihat perhubungan yang
wujud di antara tahap pembacaan dengan taraf pendidikan ibu bapa telah dijalankan dan didapati
berjaya menolak nol hipothesis di mana terdapat perhubungan yang signifikan x²(4,
n=112)=14.564, p=.006.

Jadual 1
Tahap bacaan dan pendidikan ibu bapa
Sekolah Sekolah Kolej Jumlah
Rendah Menengah Atau Universiti
Emergent 5 53 10 68
83.3% 67.1% 37.0% 60.7%
Early 1 21 13 35
16.7% 27.3% 44.8.1% 31.3%
Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
“Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dalam Diversiti Sosial”. Universiti Malaya. 22 Februari 2005

Fluent 3 6 9
39.3% 20.7% 8.0%
Jumlah 6 77 29 112
100% 100% 100% 100%
Ujian Khi Kuasa Dua Likelihood Ratio nilai x² (4, n=112)=14.564,p= 0.006

Ini bertepatan dengan kajian yang telah dibuat oleh Vukelish (1977), Criscuolo (1974),
dan Woods (1974) dalam Khadijah Rohani dalam Koh Boh Boon (1989), menyarankan bahawa
ibu bapa yang berpengetahuan cukup dan menunjukkan minat terhadap pembacaan dapat
menolong mengembangkan kemahiran-kemahiran prabacaan yang sangat penting dalam proses
pembelajaran seterusnya. Oleh itu jelaslah pendidikan ibu bapa turut memberikan kesan terhadap
tahap pembacaan kanak-kanak kerana lebih tinggi taraf pendidikan ibu bapa maka lebih tinggilah

zainiah@fppm.upsi.edu.my
kesedaran mereka tentang pentingnya membaca dan mereka akan lebih berminat terhadap buku-
buku kanak-kanak.

1.2 Jumlah Pendapatan Ibu Bapa

Analisis menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antara tahap bacaan kanak-
kanak dan jumlah pendapatan ibubapa. Ujian Khi Kuasa Dua Likelihood Ratio telah berjaya
menolak nol hipotesis dan didapati terdapat perhubungan yang signifikan pada x²(8,
n=112)=20.392,p= 0.009

Jadual 2
Tahap Bacaan dan Jumlah Pendapatan
Tahap < 500 500-1000 1000-1500 >1500 NA Jumlah
Emergent 16 23 17 10 2 68
72.7% 79.3% 58.6% 33.3% 100% 60.7%
Early 6 5 9 15 35
27.3% 17.2% 31.0% 50.0% 31.3%
Fluent 1 3 5 9
3.4% 10.3% 16.7% 8.0%
Jumlah 22 29 29 30 2 112
100% 100% 100% 100% 100% 100%
x² (8, n=112)=20.392,p= 0.009

Ini menunjukkan tahap bacaan kanak-kanak adalah lebih tinggi pada ibu bapa yang
berpendapatan tinggi berbanding dengan ibu bapa yang berpendapatan rendah. Hasil dapatan
ini adalah sama dengan hasil dapatan dalam kajian yang telah dijalankan oleh Vukelish (1977),
Criscuolo (1974), dan Woods (1974) dalam Khadijah Rohani dalam Koh Boh Boon (1989),
menyarankan bahawa pendapatan ibu bapa dapat menyumbangkan kesan yang positif terhadap
bacaan kanak-kanak.

2. Jumlah bahan bacaan


Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
“Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dalam Diversiti Sosial”. Universiti Malaya. 22 Februari 2005

Jumlah bahan bacaan memainkan peranan penting dalam mempertinkatkan tahap bacaan.
Menurut kajian oleh Morrow & Weinstein (1986) dalam Neuman & Roskos (1997) dalam IRA
(1998) telah mendapati bilangan lima buah buku bagi setiap kanak-kanak adalah bilangan paling
minimum bagi mewujudkan persekitaran yang kaya dengan cetakan.
Dalam kajian jangka panjang oleh Halle, Kurzt-Costes dan Mahoney (1997) dalam
McQuillan dan Au (2001) terhadap 41 orang kanak-kanak Darjah Tiga dari kawasan pinggir
bandar telah mendapati bilangan buku di rumah dapat menentukan kemajuan dalam pembacaan,
walaupun taraf pendidikan ibu bapa dan tahap pembacaan kanak-kanak sebelumnya dikawal bagi
tujuan kajian.
Begitu juga kajian yang dibuat oleh Morrow (1992) dalam Mcquillan & Au (2001)
terhadap bilik darjah dua menunjukkan bukti yang kuat bagaimana akses kepada buku di dalam
bilik darjah dengan cara menambahkan perpustakaan dalam bilik darjah disertai aktiviti

zainiah@fppm.upsi.edu.my
kesasteraan yang dibimbing oleh guru telah membawa kepada peningkatan pembacaan serta
peningkatan tahap pembacaan kanak-kanak. Ini menunjukkan akses kepada buku boleh
mendatangkan kesan yang unik terhadap kemajuan dalam pembacaan.

2.1 Bilangan Buku di Rumah

Analisis melihat terdapat perhubungan yang wujud di antara tahap pembacaan dengan
bilangan buku di rumah. Hasil ujian Khi Kuasa Dua Likelihood Ratio didapati berjaya menolak
nol hipothesis di mana terdapat perhubungan yang signifikan antara ke dua-dua pembolehubah
pada x²(4, n=112)=13.756, p=.008.

Jadual 3
Tahap bacaan dan bilangan buku di rumah
1-10 10 ke atas tiada Jumlah
Emergent 50 18 68
55.6% 85.7% 60.7%
Early 32 3 35
35.6% 14.3% 31.3%
Fluent 8 1 9
8.9% 100% 8.0%
Jumlah 90 1 21 112
100% 100% 100% 100%
x²(4, n=112)=13.756, p=.008.
Kajian ini juga bersamaan dengan dapatan kajian oleh Halle, Kurzt-Costes dan Mahoney
(1997) dalam McQuillan dan Au (2001) yang mendapati bilangan buku di rumah menentukan
kemajuan dalam pembacaan.

2.2 Jumlah Bahan Bacaan di Bilik Darjah

Analisis mendapati tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara tahap


pembacaan dengan jumlah bahan bacaan di bilik darjah. Analisis didapati gagal menolak nol
hipotesis di mana, x²(4, n=112)=3.020 p=.554.

Jadual 4
Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
“Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dalam Diversiti Sosial”. Universiti Malaya. 22 Februari 2005

Tahap bacaan dan jumlah buku di bilik darjah


Kurang 101-300 301-500 Jumlah
100
Emergent 53 15 68
63.1% 55.6% 60.7%
Early 24 10 1 35
28.6% 37.0% 100% 31.3%
Fluent 7 2 9
8.3% 7.4% 8.0%
Jumlah 84 27 1
100% 100% 100%
x²(4, n=112)=3.020 p=.554.

zainiah@fppm.upsi.edu.my
Dapatan dalam kajian ini mendapati tiada perhubungan di antara tahap pembacaan
dengan jumlah bacaan di sekolah. Ini mungkin kerana masa untuk kanak kanak meluangkan
masa di sudut bacaan kurang dan buku-buku tidak digunakan dengan berkesan dalam
pembelajaran dan pengajaran yang boleh menyebabkan kanak-kanak biasa dengan buku tertentu
seterusnya berminat terhadap buku tersebut bagi mendorong mereka untuk memotivasikan diri
membaca buku tersebut.
Selain dari itu pembacaan yang diikuti dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
bahan bacaan tersebut akan menanamkan minat kanak-kanak terhadap bahan bacaan. Kenyataan
ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh Morrow (1992) dalam Mcquillan & Au (2001)
terhadap bilik darjah dua menunjukkan bukti yang kuat bagaimana akses kepada buku di dalam
bilik darjah disertai aktiviti kesasteraan yang dibimbing oleh guru telah membawa kepada
peningkatan pembacaan serta peningkatan tahap pembacaan kanak-kanak. Jelaslah jumlah buku
yang mencukupi di bilik darjah sahaja tidak menjamin tahap pembacaan meningkat, aktiviti-
aktiviti yang berkaitan dengan bahan bacaan tersebut perlu diadakan agar dapat menanam minat
kanak-kanak terhadap bahan bacaan tersebut.

3. Membaca bersama ibu bapa

Menurut Neuman, Caperalli & Kee (1998), program membaca bersama keluarga
melibatkan aktiviti yang dilakukan bersama-sama di antara ibu bapa dan anak-anak. Mereka
meluangkan masa serta suka melakukan aktiviti bersama-sama dan ini seterusnya membawa
kepada penglibatan ibu bapa dengan pendidikan anak-anak mereka. Dalam kebanyakan program,
aktiviti yang dilakukan bersama-sama keluarga ialah aktiviti membaca dan membincangkan
buku bersama-sama.
Dalam kajian Gregory & Morrison (1998) terhadap keluarga yang berpendapatan rendah
di United State, ibu bapa kepada tiga kanak-kanak telah dilatih untuk meriba anak-anak untuk
dibacakan buku. Buku-buku dibekalkan kepada ibubapa dalam lawatan guru sekali seminggu.
Rakaman bagi setiap sesi telah dijalankan selama 14 minggu. Dapatan menunjukkan faktor
motivasi terbentuk di mana bagi kanak-kanak yang pertama, kanak-kanak tersebut selalu
meminta untuk dibacakan buku pilihannya mereka berbanding dengan menonton televisyen.
Semasa kanak-kanak tersebut bermain sendirian dengan patung beruang mainannya, dia akan
membacakan buku kepada patung beruang. Dapatan bagi kanak-kanak kedua pula melaporkan
ibunya memberitahu yang kanak-kanak tersebut selalu meminta dibacakan buku sebelum tidur
Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
“Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dalam Diversiti Sosial”. Universiti Malaya. 22 Februari 2005

dan ini telah menjadi rutin. Dalam kajian Gregory & Morrison (1998) juga menyatakan ibu
bapa melaporkan kanak-kanak amat menyukai buku yang mereka baca bersama-sama dan ibu
bapa menyukai masa yang diluangkan membaca bersama dengan anak-anak. Ini menunjukkan
membaca bersama memberi kesan yang positif terhadap kanak-kanak dan juga kepada ibu bapa
mereka yang melibatkan diri. Oleh itu, jika kanak-kanak kerap dibacakan buku, mereka akan
menyukai buku dan pembacaan. Mereka akan lebih bersedia dengan pengajaran pembacaan yang
akan dihadapi apabila mereka mula bersekolah kelak
Dalam analisis kajian ini mendapati tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara
tahap pembacaan dengan masa membaca bersama di rumah. Analisa Ujian Khi Kuasa Dua
Likelihood Ratio didapati gagal menolak nol hipotesis di mana, x²(2, n=112)=5.217, p=.074.

Jadual 5

zainiah@fppm.upsi.edu.my
Tahap bacaan dan masa membaca bersama
Ya Tidak Jumlah
Emergent 50 18 68
58.8% 66.7% 60.7%
Early 26 9 35
30.6% 33.3% 31.3%
Fluent 9 9
8.0% 8.0%
Jumlah 85 27 112
100% 100% 100%
x²(2, n=112)=5.217, p=.074.

Dapatan kajian ini menolak pandangan Gregory & Morrison (1998) yang mendapati
kesan yang positif terhadap kanak-kanak yang dibacakan buku.
Dalam kajian yang dijalankan ini mendapati kebanyakan kanak-kanak menyatakan yang
mereka ada masa membaca bersama di rumah namun tidak menyatakan kekerapan aktiviti
tersebut untuk dianggap sebagai rutin. Oleh itu peranan ibu bapa amat penting bagi memastikan
budaya membaca bersama keluarga diterapkan di rumah masing-masing.
4. Faktor kekerapan bercerita dalam bilik darjah

Bercerita sememangnya menjadi satu cara menyampaikan maklumat sejak zaman


berzaman. Ianya digemari oleh kanak-kanak sejak dahulu lagi. Menurut Yasin (1989) dalam
Koh Boh Boon (1989), kaedah bercerita dalam pengajaran bahasa merupakan pendekatan yang
paling sesuai digunakan untuk para pelajar yang baru mempelajari sesuatau bahasa. IRA (1998)
juga mencadangkan agar orang dewasa membacakan buku yang berkualiti kepada kanak-kanak
setiap hari secara individu ataupun berkumpulan.
Ini kerana melalui dapatan kajian McGee & Richgels (1996) dalam Gregory & Morrison
(1998) menunjukkan salah satu faktor penunjuk bagi pencapaian pembacaan murid di sekolah
ialah bilangan jam mereka dibacakan buku semasa di prasekolah. Ini disokong oleh Roskos &
Neuman (1994), dalam Mc Gee & Richgels (1996), dalam Gregory & Morrison (1998) yang
menyatakan dalam ‘setting’ bagi kanak-kanak berisiko, guru dan ibu bapa membaca lantang
kepada kanak-kanak untuk memberikan pengalaman pembacaan yang kurang pada kanak-kanak
tersebut.
Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
“Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dalam Diversiti Sosial”. Universiti Malaya. 22 Februari 2005

Oleh itu bercerita merupakan faktor yang penting dalam bilik darjah pendidikan awal
kanak-kanak. Menurut kajian yang lepas ianya memberi kesan terhadap pencapaian pembacaan
serta menanam minat suka membaca.
Analisis kajian melihat perhubungan yang signifikan di antara tahap pembacaan dengan
aktiviti bercerita di sekolah. Ujian Khi Kuasa Dua Likelihood Ratio didapati berjaya menolak
nol hipotesis di mana , x²(2, n=112)=11.696, p=.003.

Jadual 6
Tahap bacaan dan aktiviti bercerita
Sekali 2-3 kali Jumlah
Emergent 9 59 68
36.0% 67.8% 60.7%

zainiah@fppm.upsi.edu.my
Early 15 20 35
60.0% 23.0% 31.3%
Fluent 1 8 9
4.0% 9.2% 8.0%
Jumlah 25 87 112
100% 100% 100%
x²(2, n=112)=11.696, p=.003.

Dapatan kajian ini menyokong dapatan Gregory & Morrison (1998) , dan kajian oleh
Roskos & Neuman (1994), dalam Mc Gee & Richgels (1996), dalam Gregory & Morrison
(1998) yang mendapati bercerita memberikan kesan positif kepada kanak-kanak.

Cadangan dan Kesimpulan

Cadangan yang dikemukakan di sini merujuk kepada pihak guru di bilik darjah, pihak ibu
bapa di rumah dan beberapa cadangan lain bagi meningkatkan lagi tahap bacaan kanak-kanak.
1. Ibu bapa

Ibu bapa adalah pendidik pertama kanak-kanak semenjak mereka lahir ke dunia lagi.
Mereka mempunyai pengaruh yang besar dalam mencorakkan perkembangan anak-anak mereka.
Sudah dibuktikan melalui kajian-kajian yang lepas, kanak-kanak yang didedahkan
dengan pembacaan di rumah akan lebih bersedia menerima instruksi pengajaran di sekolah kelak
dan mereka mempunyai minat terhadap pembacaan. Oleh itu adalah amat perlu bagi ibu bapa
membacakan buku kepada anak-anak sebagai rutin harian (seperti sebelum waktu tidur)
semenjak anak-anak lahir lagi. Adakan satu masa membaca bersama keluarga di mana setiap ahli
keluarga akan melakukan pembacaan masing-masing. Jika semua keluarga boleh ada masa
menonton televisyen bersama, tentukan juga ada masa untuk semua ahli keluarga membaca
bersama kerana aktiviti membaca adalah amat penting dalam kehidupan semua individu.
Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
“Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dalam Diversiti Sosial”. Universiti Malaya. 22 Februari 2005

Ibu bapa juga harus peka terhadap perkara yang menjadi minat anak-anak dan
mengadakan bahan baca yang berkaitan dengan minat kanak-kanak tersebut. Selain dari buku
cerita dan buku yang memberi pengetahuan, langganlah majalah yang sesuai dengan peringkat
umur kanak-kanak agar kanak-kanak mengetahui peristiwa-peristiwa semasa di kalangan rakan-
rakan sebaya mereka yang berada di tempat lain.
Sediakan sudut mini bacaan di rumah dalam keadaan yang selesa agar ia menjadi
tumpuan kanak-kanak. Rak buku yang digunakan biarlah yang boleh dicapai oleh kanak-kanak.
Letakkan karpet dan kusyen agar kanak-kanak dapat duduk atau berbaring-baring dengan selesa.
Pastikan peredaran udara mencukupi dan pencahayaan cukup terang bagi sudut tersebut.
Pastikan kedudukan sudut mini bacaan itu di tempat yang suka dikunjungi oleh kanak-kanak
agar ianya selalu mendapat perhatian mereka.
Jika ibu bapa memainkan peranan mereka seperti cadangan-cadangan di atas sudah pasti

zainiah@fppm.upsi.edu.my
anak-anak mereka akan mendapat pendedahan awal terhadap bacaan dan bahan bacaan sebagai
bekal sebelum melangkah ke sekolah.

2 Guru

Guru prasekolah memainkan peranan penting terhadap perkembangan kanak-kanak. Mereka


adalah di antara orang yang paling awal berinteraksi dengan kanak kanak selepas ibu bapa. Oleh
itu mereka adalah ’role of model’ yang berupaya mempengaruhi dan membimbing kanak-kanak.
Adalah dicadangkan agar guru turut sama menunjukkan minat terhadap pembacaan dengan kerap
membacakan buku kepada kanak-kanak sebagai aktiviti harian.
Selain daripada membacakan buku, guru perlu kreatif mengadakan aktiviti-aktiviti
lanjutan yang berkaitan dengan buku-buku yang dibaca tersebut bagi memanjangkan lagi
perhatian dan minat kanak-kanak terhadap isi kandungan buku tersebut. Dengan adanya minat
akan memotivasikan kanak-kanak untuk membaca sendiri buku-buku tersebut berulang-ulang
kali.
Oleh itu sebaik-baiknya guru meletakkan buku yang telah dibacakannya di sudut bacaan
untuk diakses dengan mudah oleh kanak-kanak setelah mendengar pembacaan tersebut. Adakan
beberapa salinan buku tersebut di sudut bacaan agar tidak mendatangkan kekecohan apabila
beberapa orang kanak-kanak ingin melihat buku yang sama selepas sesi bacaan oleh guru.
Benarkan kanak-kanak mengunjungi sudut bacaan walaupun tanpa pengawalan guru
akan menjadikan mereka lebih bebas membuat pilihan terhadap bahan bacaan mereka,
berbincang sesama teman dan meneliti buku yang disukai dengan cara mereka sendiri. Suasana
positif ini akan memberi makna kepada kanak-kanak dan juga memberi kesan yang berpanjangan
terhadap minat membaca.
Benarkan juga kanak-kanak meminjam buku yang disukainya untuk dibawa pulang dan
dibaca bersama ibu bapa di rumah. Ini akan membantu ibu bapa dari segi mengadakan bahan
bacaan yang menarik kepada kanak-kanak dan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
berkongsi bersama buku yang disukainya bersama keluarga. Ini akan yang memberi peluang
kepada ibu bapa bagi melibatkan diri mereka dengan sesuatu yang menarik bagi kanak-kanak
dan ini akan merapatkan lagi hubungan kedua-dua pihak.

3. Lain-lain Pihak
Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
“Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dalam Diversiti Sosial”. Universiti Malaya. 22 Februari 2005

Selain daripada ibu bapa dan guru, masyarakat juga boleh memainkan peranan dengan
mengadakan perpustakaan awam bagi setiap kawasan kecil seperti kampung dan daerah.
Sediakan pelbagai jenis bahan bacaan untuk dinikmati oleh setiap lapiasan masyarakat sehingga
perpustakaan menjadi tepat kunjungan keluarga pada hari cuti am bagi mendapatkan bekalan
bacaan masing-masing.
Adakan juga berbagai-bagai aktiviti seperti aktiviti bercerita bagi kanak-kanak dan
aktiviti mengarang bagi para remaja serta pelbagai jenis aktiviti yang lain. Jika ini dapat
dilakukan masalah sosial seperti lepak dan sebagainya dapat dikurangkan kerana kanak-kanak
dan remaja ada aktiviti-aktiviti yang berguna bagi mengisi masa lapang mereka. Ini kerana bagi
menjamin kecemerlangan kanak-kanak bukan hanya peranan ibu bapa dan sekolah sahaja.
Masyarakat juga turut memainkan peranan penting.
Sebagai kesimpulan diharapkan kajian ini dapat mengingatkan ibu bapa, guru dan

zainiah@fppm.upsi.edu.my
masyarakat betapa pentingnya peranan mereka dalam membentuk perkembangan kanak-kanak,
terutamanya dalam bidang bacaan. Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing
sebaik-baiknya, sudah tentu generasi yang akan datang adalah generasi yang bukan sahaja celik
huruf tetapi juga generasi yang mengamalkan budaya membaca.

Rujukan

Clay, M.M. (1967). The reading behavior of five-year-old children. A: Research report.
New Zealand Journal of Educatioanal Studies, 2, 11-31
Fisher, R. (2001). Analysing the role of the teacher in early reading: A lesson for
researchers. Teachers and teaching theory and practice, 7(3). 297-313.
Frost (2000). ‘Epi’ through ‘Meta’ to mystery. The balance of meaning and skill in early
reading instruction. Educational research, 44(2). 125-144.
Gravetter, F. & Wallnau L.B. (1996).Statistics for Behavioral Sciences. USA: West
Pub.Com.
Gregory, L.P. & Morrison, T.G. (1998). Lap reading for young at-risk children:
Introducing families to books. Early childhood education, 26(2). 67-77.
Guthrie, J.T. & Wingfield, A. (1999). How motivation fits into a science of reading.
Scientific studies of reading, 3(3). 199-205.
Institut Bahasa (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
International Reading Association (IRA) and The National Association for Education of
Young Children (NAEYC) (1998). Diperolehi 24 November 2003 daripada
http:www.pubaff@naeyc.org
Marsh, J. (2001). Parental involvement in literacy development: Using media texts.
Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
“Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dalam Diversiti Sosial”. Universiti Malaya. 22 Februari 2005

Research in reading, 24(3). 266-278.


Mcquillan, J. & Au, J. (2001). The effect of print access on reading frequency. Reading
psychology, 22. 225-248.
Neuman,S.B., Caperelli B.J. & Kee, C.(1998). Literacy Learning, a Family Matter. The Reading
Teacher, Vol 52, No. 3.
Nolen, S.B. (2001). Constructing literacy in the kindergarten: Task structure,
collaboration & motivation. Cognition & instruction, 19(1). 95-142.
Koh Boh Boon (1989). Perspektif-perspektif dalam Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Sidek Mohd Noah (2002). Rekabentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan Praktis.
Serdang:Universiti Putra Malaysia
Sulzby, E., 1985. “Kindergarteners as writers and readers” dalam M. Farr (Ed).

zainiah@fppm.upsi.edu.my
Advancein Writing Research, Vol. 1. Norrwood, NJ:Ablex
Ramlah Jantan & Mahani Razali. (2002). Pelaksanaan pemulihan membaca oleh guru-
guru biasa dibeberapa buah sekolah di daerah Batang Padang. Dalam Persidangan
antarabangsa bahasa Melayu (m.s. 1-17). Beijing, China.
Yorosz, D.J. & Barnett, W.S. (2001). Who reads to young children?: Identifying
predictors of family reading activities. Reading psychology, 22. 67-81.

You might also like