P. 1
KELANCARAN MEMBACA KANAK-KANAK PRASEKOLAH.

KELANCARAN MEMBACA KANAK-KANAK PRASEKOLAH.

|Views: 4,699|Likes:
Published by zainiahmohamedisa

More info:

Published by: zainiahmohamedisa on May 20, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/02/2013

pdf

text

original

JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI

2010

KELANCARAN MEMBACA KANAK-KANAK PRASEKOLAH.

Zainiah Mohamed Isa
Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
zainiah@fppm.upsi.edu.my

Pendahuluan Kelancaran merupakan satu matlamat akhir pembacaan. Pembaca yang lancar mampu membaca secara spontan serta memahami pembacaannya. Sepatutnya kelancaran membaca ini diberikan penekanan sebagai matlamat akhir dalam bilik darjah prasekolah. Tidak ramai guru menetapkan matlamat kelancaran bacaan sebagai matlamat akhir tahun bagi setiap kanak-kanak. Setakat ini tumpuan lebih diberikan kepada samada kanak-kanak prasekolah telah boleh membaca atau tidak dan bukannya samada kanak-kanak telah lancar atau tidak. Ini mungkin kerana istilah kelancaran ini tidak berapa jelas kerana ramai guru menganggap jika kanak-kanak telah boleh membaca dengan laju mereka telah lancar membaca. Walaupun kanak-kanak membaca dengan laju dengan penyebutan yang betul,tidak semestinya mereka dapat memahai pembacaan secara spontan (Topping,; dalam Rasinski, T., Blachowicz, C., Lems, K., 2006)). Kelajuan membaca ini perlu dikaitkan dengan kefahaman kerana kefahaman merupakan tujuan utama kita membaca. Oleh itu artikel ini akan menjelaskan dengan terperinci tentang kelancaran, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilakukan, serta kaedah penilaian yang sesuai dijalankan.

zainiah@fppm.upsi.edu.my

JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI

2010

Apa itu kelancaran? Apabila disebut membaca secara lancar, dapat kita bayangkan kanak-kanak akan membaca sesuatu teks dengan betul dan cepat. Ukuran biasa bagi kanak-kanak yang telah lancar membaca ialah mereka membaca dengan senyap, dan secara spontan (dengan mudah) mengenali perkataan. Ahli teori spontan (automaticity theory)menyatakan bahawa jika kanak-kanak masih diperingkat menyah kod perkataan demi perkataan, mereka akan menggunakan banyak kapasiti kognitif semasa melakukan proses ini. Oleh itu agak sukar bagi mereka untuk menggunakan kapasiti kognitif untuk proses pemahaman. Apabila kebolehan mereka untuk menyah kod telah berkembang, kurang kapasiti kognitif digunakan bagi memproses perkataan-perkataan, jadi kapasiti kognitif untuk pemahaman mulai berkembang (Allington, 2009). Oleh itu menurut Samuels (2006), pembaca lancar adalah pembaca yang boleh menyah kod dan memahami pada masa yang sama. Oleh itu maksud bagi pembaca lancar adalah pembaca yang membaca secara spontan, berintonasi dan ekspresi serta memahami apa yang dibacanya.

Bagaimana kelancaran berkembang Jean Chall, (1983; dalam Allington, 2009) menyatakan peringkat pertama membaca adalah tumpuan kepada perkataan. Kanak-kanak menunding semasa mereka membaca. Apabila mereka telah dapat memadankan sebutan dan tulisan, menunjukkan mereka telah faham konsep ³perkataan´ dan mula memberikan perhatian kepada teks yang dibacanya. Apabila kanak-kanak telah memahami yang membaca sebenarnya adalah tulisan teks, dan mereka telah melepasi peringkat membaca perkataan demi perkataan, mereka telah boleh membaca frasa demi frasa. Kanak-kanak mula memberikan perhatian kepada kelompokkelompok frasa berpandukan frasa-frasa perbualan. Mereka tahu pengelompokan frasa dan tahu penekanan intonasi yang sesuai seperti contoh di bawah: Pada suatu hari Ali pergi bermain bola sepak. Pada suatu/ hari Ali/ pergi bermain/ bola sepak./ (Kelompok frasa yang salah oleh pembaca yang tidak lancar.) Pada suatu hari/ Ali pergi/ bermain bola sepak./ (Kelompok frasa yang betul oleh pembaca lancer dan ini membantu pemahaman) zainiah@fppm.upsi.edu.my

JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI

2010

Faktor-faktor kanak-kanak tidak lancar membaca Terdapat beberapa punca menagapa kanak-kanak tidak lancar pembacaannya. Antara sebab paling utama ialah kebolehan mereka untuk menyah kod masih belum mantap lagi. Bagi tujuan memantapkan proses menyah kod ini kaedah membaca secara berulang kali teks yang sama boleh dilakukan. Kajian-kajian (Begeny, Daly dan Valleley, 2006; Therrien dan Kubina, 2009; dalam Azizah Zain, 2010) semuanya menunjukkan kesan yang positif terhadap kelancaran membaca kanak-kanak setelah pembacan secara berulang dijalankan. Sealain daripada menyah kod, teks yang terlalu sukar juga boleh menyebabkan kanak-kanak tidak lancar membaca. Teks yang sukar biasanya banyak mengandungi perkataan-perkataan yang panjang ataupun rumit cara penyebutannya, dan juga perkataan yang jarang-jarang digunakan oleh kanak-kanak. Jika guru kerapkali memberikan kanak-kanak teks yang sukar, tipislah peluang kanak-kanak untuk memperbaiki pembacaan seterusnya melancarkan bacaannya (Allington, 2009). Disamping itu juga guru harus mengambil kira minat dan kecenderungan kanak-kanak dalam memilih buku untuk dibaca oleh kanak-kanak kerana jika buku tersebut disukai oleh kanak-kanak, mereka akan secara sukarelanya akan cuba membaca buku tersebut berulang-ulang kali yang akan menghasilkan kelancaran pembacaan. Oleh itu untuk menjadi pembaca yang lancar kanak-kanak perlu memperkembangkan kemahiran-kemahiran berikut: y Strategi menyah kod yang efisien. y Perbendaharaan kata yang mereka tahu maknanya. y Simpanan perkataan-perkataan yang boleh dikenali sekali imbas. y Motivasi untuk membaca dengan bertujuan dan sukarela. Kaedah-kaedah pengajaran bagi melancarkan bacaan murid. Walaupun kebanyakan pembaca awal akan menjadi pembaca yang lancar (yang boleh membaca secara spontan, frasa demi frasa, dengan menggunakan ekspresi dan pemahaman), guru masih boleh mempromosikan perkembangan yang kelancaran yang pesat dengan melakukan pelbagai aktiviti yang dapat mempertingkatkan kelancaran. Diantara aktiviti-aktiviti yang dicadangkan ialah: a) Membaca secara kuat. Bagi pelajar-pelajar yang masih lemah dalam pembacaan, membaca secara kuat adalah cara yang paling baik bagi mempertingkatkan kelancaran pembacaan mereka. Menurut Smith, 1979, dalam Allington, 2009) membaca secara kuat adalah aktiviti yang berfaeadah bagi mempertingkatkan ketepatan pembacaan dan juga kelancaran membaca kanak-kanak. Dalam kajian yang dilakukan oleh beliau, beliau telah membacakan buku kapada kanak-kanak setiap hari. Berikut adalah langkah-langkah bagi teknik membaca secara kuat: Sebelum bercerita; y Pastikan kanak-kanak telah bersedia sebelum memulakan sessi bercerita. y Perkenalkan secara ringkas tentang buku yang hendak dibaca, seperti, ³ Ini kucing kesayangan cikgu, namanya hitam, cikgu bawa Hitam hari ini sebab kita akan membaca buku mengenai kucing´.

zainiah@fppm.upsi.edu.my

JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI

2010

y y y y

Tunjukkan kepada kanak-kanak kulit buku, nyatakan juga tajuk buku tersebut sambil menunding kepada tajuk buku tersebut. Nyatakan juga penulis dan pelukis ilustrasinya. Kaitkan cerita tersebut dengan cerita yang pernah dibaca sebelum ini. Pastikan kanak-kanak telah menumpukan perhatian sebelum memulakan cerita.

Semasa bercerita; y Tundingkan jari anda kepada perkataan yang dibaca. y Perhatikan kanak-kanak (eye contact) untuk mengetahui reaksi mereka terhadap cerita. y Baca perlahan-lahan dan pastikan kanak-kanak dapat mengikuti bacaan anda. Kanakkanak memerlukan masa untuk melihat gambar dan memikirkan apa yang didengari. y Galakkan kanak-kanak memerhatikan illustrasi untuk membantu pemahaman mereka terhadap cerita. y Tundingkan kepada watak watak apabila anda menceritakan tentang sesuatu watak. y Jangan tergesa-gesa untuk meyudahkan cerita. Pelakuan senyap sebentar boleh menimbulkan kesan suspen dan drama kepada audien. y Galakkan kanak-kanak turut serta dengan pembacaan dengan mengulangkan sesuatu ungkapan yang istimewa, melakukan sesuatu perlakuan. y Jika anda menyambung cerita yang berepisod, pastikan anda meringkaskan episode sebelumnya sebelum memulakan episode baru. Selesai bercerita; y Tutup buku dan menyebut tamat atau begitulah kisahnya« y Tunggu beberapa ketika untuk kanak-kanak bertanya atau mengemukakan pendapat atau komen. y Tunjukkan kanak-kanak illustrasi sekali lagi jika mereka masih berminat. y Jangan tanya soalan tertutup seperti suka tak cerita tadi, sebaliknya tanyakan soalan terbuka agar kanak-kanak bebas memberikan pendapat seperti, apa pendapat kamu tentang kucing yang hilang tadi? y Letakkan buku tadi di sudut bacaan untuk dinikmati oleh kanak-kanak di masa lapang. Melalui bacaan secara kuat, guru dapat menunjuk cara kepada kanak-kanak cara pembacaan yang betul. Semasa membaca guru akan membaca dengan lancar dan penuh ekspresi. Setelah selesai guru membaca murid pula akan membaca teks yang sama secara kuat. Selain daripada ini, guru boleh meminta kanak-kanak yang telah pandai membaca, orang dewasa yang lain atau ibu bapa untuk membaca secara kuat kepada kanak-kanak. b) Membaca secara bergilir-gilir (Reading Robin) Bagi kaedah membaca secara bergilir-gilir ini pula guru pada mulanya akan membacakan teks kepada kanak-kanak. Setiap kanak-kanak akan memiliki teks yang sama dan guru harus memastikan teks tersebut adalah sesuai dengan tahap bacaan kanak-kanak. Ini kerana jika bahan bacaan terlalu sukar proses membaca secara bergilir-gilir ini akan menjadi tersekat-sekat. Seterusnya guru akan menetapkan samada kanak-kanak bergilir-gilir membaca mengikut ayat, zainiah@fppm.upsi.edu.my

JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI

2010

perenggan, ataupun mukasurat. Setiap kanak-kanak akan mengambil giliran dalam membaca sehingga teks tersebut selesai dibaca. Menurut Azizah (2010) teknik ini juga boleh dilakukan secara beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan akan diberi ayat-ayat yang terdapat dalam cerita. Mereka akan membaca ayatayat tersebut mengikut urutan cerita sehingga cerita tersebut tamat. Aktiviti ini boleh juga dijalankan dengan guru menulis teks tersebut mengikut warna tertentu dan kanak-kanak akan membaca teks tersebut mengikut warna masing-masing apabila guru menunjukkan kad warna. Meyer dan Elton (1999, dalam Azizah 2010) menyatakan bacaan berulang menggunakan teks merupakan kaedah yang dapat meningkatkan kelancaran. c) Membaca secara berirama (Choral reading) Bacaan berirama adalah teknik membaca bersama-sama secara berumpulan membaca. Untuk membaca secara berirama, murid-murid menggunakan buku yang sama ataupun dapat melihat bahan bacaan dengan jelas semasa membaca. Pemilihan buku perlu sesuai iaitu teksnya tidak terlalu panjang dan sepadan dengan tahap pembacaan murid. Buku yang berunsur penekaan dan pengulangan seperti bahan berbentuk puisi amat sesuai digunakan kerana mudah untuk dibaca oleh murid. Guru perlu menunjuk cara bacaan yang lancar terlebih dahulu. Kemudian baca dan diikuti oleh murid secara beramai-ramai. Menurut Carbo, dalam Azizah (2010) aktiviti membaca secara berirama boleh dipelbagaikan seperti membahagikan kanak-kanak kepada kumpulan kecil dan mereka akan membaca petikan ayat dalam cerita mengikut giliran setiap kumpulan. Aktiviti membaca ini hendaklah dilakukan secara berulang dengan bacaan berirama. Suara pembaca boleh menjadi kuat dan perlahan semasa membaca. Bacaan sepatutnya menjadi kuat apabila kanak-kanak teragak-agak menyebut perkataan ketika membaca dan menjadi perlahan apabila sebutannya adalah betul. Apabila kanak-kanak mempunyai kebolehan membaca, mereka boleh membaca secara berirama bersama-sama. Kajian yang dijalankan oleh Stoltz, (2006; dalam Azizah Zain) menunjukkan kanakkanak yang menggunakan bacaan secara berirama selama enam minggu dapat meningkatkan kadar bacaan dari segi ketepatan dan kelancaran berbanding dengan kanak-kanak dari kumpulan kawalan. d) Membaca secara berpasangan Bagi membaca secara berpasangan, murid yang lancar boleh dipasangkan dengan murid yang kurang lancar. Ibu bapa atau tutor juga boleh menjadi pasangan murid berkenaan. Dalam aktiviti ini pasangan-pasangan ini akan membaca secara kuat secara bergilir-gilir. Murid yang lebih lancar membaca satu perenggan atau satu muka surat. Pasangannya akan mengikuti bacaan tersebut. Kebaikan aktiviti ini ialah kanak-kanak yang lebih lancar akan membantu dalam mengecam perkataan, memberi respon dan galakan terhadap bacaan pasangannya. Pembaca yang lemah pula akan berlatih membaca sehingga memperolehi kelancaran. Selain daripada pasangan lancar dan tidak lancar, cara ini juga boleh dilakukan menggunakan pasangan yang tahap bacaannya hampir sama. Untuk pasangan ini guru akan membacakan dahulu teks tersebut sebelum murid-murid ini berlatih membaca.Gunakan teks yang mudah. zainiah@fppm.upsi.edu.my

JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI

2010

Dalam kajian ±kajian yang dijalankan berkenaan dengan kaedah membaca secara berpasangan ini menunjukkan kanak-kanak yang lemah membaca akan mendapat manaafaat yang banyak daripada kaedah ini.Kaedah ini juga telah dapat menggalakkan kanak-kank yang enggan membaca kepada mahu membaca, menambahkan kelancaran, membetulkan kesilapan membaca, dan juga meningkatkan kemahiran menyah kod (Topping, 2001; dalam Rasinski, Blachowicz dan Lems, 2006) e) Membaca dengan bantuan alat perakam suara Bagi menggunakan bantuan alat perakam suara, guru boleh melakukan sendiri proses rakaman tersebut. Caranya ialah guru memerlukan buku yang boleh dibaca oleh kanak-kanak secara berdikari. Pilih buku yang mudah dibaca oleh kanak-kanak dan tidak terlalu panjamg. Buku sebegini biasanya boleh dibaca dengan lancar dengan kadar 80 ke 100 perkataan seminit. Pastikan juga isi kandungan buku tersebut dapat menarik minat kanak-kanak. Guru boleh merakamkan pembacaannya menggunakan cara bacaan yang betul dan lancar. Rakaman tersebut tidak memerlukan sound effect ataupun muzik. Letakkan bahan rakaman tersebut bersama-sama dengan buku tersebut. Cara pembacaan ialah semasa mula membaca murid mengikuti pembacaan dengan cara menunding lepada perkataan yang dibacakan di dalam buku masing-masing. Kemudian murid akan cuba membaca bersama-sama dengan rakaman bacaan tersebut. Membaca bersama rakaman ini diteruskan sehingga murid boleh membaca secara berdikari tanpa mendengar rakaman lagi. Kajian Lanford (2001) menunjukkan kanak-kanak yang menggunakan bantuan alat perakam sebagai vahan bacaan mendapat 1.2 tahun peningkatan dalam tahap bacaan dan kefahaman, serta 9.7 bulan peningkatan dalam pengecaman perkataan. Kesemua kanak-kanak yang terlibat menyatan mereka merasakan peningkatan pembacaan mereka dan berasa seronok menjalani sesi pembacaan menggunakan alat rakaman ini. f) Teater Pembaca Teater pembaca adalah satu kaedah yang memberikan peluang kepada kanak-kanak berlatih membaca dalam konteks yang bermakna. Ia adalah suatu proses yang interaktif iaitu kanakkanak melibatkan diri secara aktif dalam memberi tindakbalas dan menafsirkan sesuatu karya (Carrick, 2006; dalam Allington et al, 2006)). Bagi prosedur teater pembaca, guru perlu menyediakan set skrip lakonan. Bagi memilih skrip, pilihlah teks yang kaya dengan dialog. Sediakan beberapa salinan skrip mengikut bilangan watak atau pembacanya. Tandakan dengan warna yang berlainan bagi watak yang berlainan untuk memudahkan pembaca mencari lokasi pembacaannya. Suara latar boleh digunakan di samping pelakon-pelakon bagi menceritakan kisah tersebut. Semasa persembahan teater,setiap watak akan membacakan skrip mereka secara bergili-gilir mengikut urutan cerita. Teater pembaca akan menggalakkan murid untuk membaca secara berulang-ulang bagi menghafal skrip dan ini akan mempertingkatkan kelancaran bacaan. Menurut Carrick (2001), Teater pembaca juga akan menggalakkan kerjasama di kalangan murid dan membuatkan aktiviti membaca sebagai sesuatu yang menarik. Teater pembaca membawa keseronokan ke dalam bilik darjah dan mendedahkan kanak-kanak kepada elemen

zainiah@fppm.upsi.edu.my

JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI

2010

drama, mengabungkan literasi dalam pembelajaran. Kanak-kanak daripada pelbagai tahap pembacaan akan teruja untuk melibatkan diri dalam teater pembaca. g) Membaca dengan bimbingan Bagi kanak-kanak yang lemah dalam pembacaannya, guru harus menjalankan kaedah membaca dengan bimbingan. Adalah dicadangkan bimbingan bacaan ini terhad kepada seorang kanakkanak sahaja bagi memudahkan guru membimbing serta mengenalpasti kelemahan kanak-kanak tersebut. Sebagai langkah permulaan, guru harus memastikan bahan bacaan yang sesuai dengan tahap bacaan serta menggunakan pelbagai bahan bacaan. Pilihlah sebuah buku yang sesuai dengan tahap bacaan dan juga minat kanak-kanak yang hendak dibimbing. Seterusnya bacakan buku kepada kanak-kanak tersebut. Selepas itu minta kanak-kanak membacakan semula buku itu. Semasa kanak-kanak membaca guru perlu mendengar dan memberi panduan kepada kanakkanak mengenai strategi-strategi membaca. Gunakan strategi tunggu sebentar, beri panduan dan berikan pujian. Melalui kaedah ini semasa kanak-kanak melakukan kesilapan dalam bacaan, guru harus menunggu sebentar bagi memastikan kanak-kanak menyedari kesilapan tersebut dan membetulkannya sendiri. Jika kanak-kanak tidak berbuat demikian, guru harus memberikan panduan dalam bentuk klu agar kanak-kanak terfikir sendiri akan kesilapan tersebut. Setelah kanak-kanak berjaya membetulkan kesilapannya guru harus memuji kejayaan kanak-kanak tersebut bagi menyakinkan kanak-kanak tentang kebolehannya sendiri. Kaedah membaca dengan bimbingan ini perlu dilakukan dengan kerap bagi membantu kanak-kanak mempertingkatkan pembacaannya.

Bagaimana mengenal pasti murid yang tidak lancar bacaannya. Untuk mengenalpasti samada kanak-kanak telah lancar ataupun belum guru boleh menjalankan penilaian secara mendengar bacaan kanak-kanak. Melalui proses pembacaan mereka, guru boleh membuat penilaian samada kanak-knak ini mempunyai kelemahan dalam kelancaran membaca. Berikut adalah ciri-ciri kanak-kanak yang belum lancar bacaannya dan perlu diberikan perhatian: a) Jika guru memberikan murid membaca secara lisan, teks yang belum pernah dibacanya, murid melakukan lebih daripada 10 peratus kesalahan. b) Jika murid tidak dapat membaca dengan spontan, berintonasi dan mengunakan ekspresi. c) Jika selepas membaca secara lisan, murid masih tidak dapat menjawab latihan-latihan kefahaman dengan baik.

zainiah@fppm.upsi.edu.my

JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI

2010

Kaedah Penilaian Kelancaran Pembacaan Sebagai langkah permulaan, guru perlu memilih bahan bacaan yang sesuai dengan tahap bacaan kanak-kanak. Guru memilih satu perenggan teks daripada buku untuk dibaca oleh murid yang hendak dinilai. Setelah mendengar bacaan murid, berikan penilaian mengikut tahap-tahap berikut: Tahap-tahap kelancaran bacaan; Tahap 1 Membaca perkataan demi perkataan, dan pembacaan tidak dapat menunjukkan kanak-kanak faham apa yang dibacanya. Terlalu banyak fokus kepada pengejaan sesuatu perkataa. Tahap 2 Pembacaan kanak-kanak tersangkut-sangkut, membaca dua atau tiga kumpulan perkataan. Banyak kali berhenti di tempat yang tidak sepatutnya berhenti, membunyikan huruf semasa mengeja, menyebut abjad atau perkataan berulang-ulang, dan kurang intonasi dan ekspresi semasa membaca. Tahap 3 Membaca dengan perlahan dalam dua atau tiga perkataan dalam satu frasa, intonasinya tersekatsekat kerana berhenti untuk mengeja dan mengulang perkataan. Kelajuan yang sederhana tetapi penyebutan yang tidak tepat dan juga intonasi yang tidak sesuai. Tiada ekspresi yang ditunjuukan semasa membaca. Tahap 4 Membaca frasa yang panjang dengan lancar dan bermakna. Mengunakan jeda yang betul serta membaca dengan ekspresi dan mempunyai intonasi yang baik. Skor Kelancaran; Skor bagi pembaca cemerlang adalah 4. Skor bagi pembaca maju adalah 3. Skor bagi pembaca yang sederhana 2. Skor bagi pembaca yang lemah adalah 1. Pembaca yang mendapat skor 2 dan 1 adalah lemah dan memerlukan banyak latihan untuk membaca. Bagi pembaca ditahap ini buku-buku yang patut dipilih adalah daripada buku bacaan mudah. Mereka juga perlu banyak mendengat pembacaan secara kuat oleh guru ataupun rakan mereka. Penilaian empat skala kelancara di atas adalah berasaskan National Assessment of Educational Progress yang diterjemahkan daripada Pinnell et all, 1995.

zainiah@fppm.upsi.edu.my

JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI

2010

Kesimpulan Ole kerana kelancaran adalah penting bagi menentukan samada kanak-kanak boleh membaca atau tidak, guru-guru, guru perlu mendalami kepentingan kelancaran, teknik bagi mempertingkatkan kelancaran serta mampu menjalankan penilaian bagi memastikan kanakkanak yang memerlukan bimbingan. Penilaian kelancaran harus dilaksanakan dalam bilik darjah prasekolah terutamanya dibulan-bulan akhir persekolahan. Melalui penilaian yang dijalankan guru-guru akan dapat mengenal pasti kanak-kanak yang memerlukan bimbingan tambahan. Jika langkah-langkah ini dijalankan, sudah tentu kanak-kanak yang menduduki darjag satu telah bersedia sebagai sorang pembaca yang lancar. Diharapkan dengan panduan yang diberikan di atas akan memberikan pandangan sepintas lalu kepada guru-guru mengenai kelancaran. Diharapkan juga lebih banyak kajian akan dijalankan bagi mendapatkan teknik-teknik baru bagi membantu kelancaran kanak-kanak. Dengan usaha guru dan juga penyelidik-penyelidik, kemahiran kelancaran sertalain-lain kemahiran dalam bidang bacaan awal ini akan dapat dimajukan lagi di masa-masa akan datang. Rujukan Allington, R.L. (2009). What really matters in fluency: Research based practices across the curriculum. USA: Pearson Press. Azizah Zain (2010) Penggunaan Bacaan Berulang dapat mempertingkatkan kelancaran dan kefahaman kanak-kanak prasekolah. Projek sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Begeny, C.J., Daly, J.E. & Valleley, J.R. (2006). Improving oral Reading fluency through response opportunities: A comparison of phrase drill error correction with repeated readings. Journal of Behavioral, 15: 229-235. Carbo, M. (2007). Becoming a great teacher of Reading. USA:Corwin Press. Carrick, L.U. (2001). Internet resources for conducting readers theater. Reading Online, 5(1). Diperolehi March 2010, daripada www.reading-online.org/ Carrick, L.U. (2006) Readers theater across the curriculum. Dalam Rasinski, T., Blachowicz, C., Lems, K. (Eds) Fluency instruction: Research based practices. London: Guilford Press. Lanford, J. (2001). Tape assisted reading for a group of lowprogress readers in a secondary school. Reading Today for Tomorrow, Auckland Reading Association, Newsletter, 14-21. zainiah@fppm.upsi.edu.my

Meyer, M.S., & Felton, R.H. (1999) Repeat reading to enhance fluency: Old approaches and new directions, Annals of Dyslesia, 49, 283-306.

JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI

2010

Pinnel, G.S., Pikulski, J.J., Wixson, K., Cambell, J.R., Gough, P.B., & Beatty, A.S., (1995). Listening to children read aloud. (research report No. 378550) Washinton D.C: National Center for Educational Statistics.

Rasinski, T., Blachowicz, C., Lems, K. (2006) Fluency instruction: Research based practices. London: Guilford Press. Samuels, S. J. (2006). Toward a model of Reading fluency. Dalam Samuels, S. J.& Farstrup (Eds.) What research say about fluency instruction (hal 24-460. Newark, D.E : International Reading Association. Smith, D.D. (1979). The improvement of children¶s oral Reading through the use of teacher modelling. Journal of Learning Disabilities, 12 (1), 39-42. Stolzt, B.M. (2006). A perfect guide early Reading intervention. International, 68(04). UMI No. 3258894) Dissertation Abstracts

Therrien, W.J. & Kubina, R.M. (2009). The importance of context in repeat Reading. Reading Improvement. Project Innovation, 178-188.

Topping, K.J. (2006) Impact of a tutoring method on reading accuracy, comprehension, and fluency. Dalam Rasinski, T., Blachowicz, C., Lems, K. (Eds) Fluency instruction: Research based practices. London: Guilford Press.

zainiah@fppm.upsi.edu.my

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->