You are on page 1of 15

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Tel : 03-88849000


ARAS 4, BLOK E2, KOMPLEKS E Faks : 03-88886673
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Laman-web :
62604 PUTRAJAYA http://www.moe.gov.my

Rujukan Kami : KP(BPSH-SPSM) 301/07/04/Jld.2 (1)


Tarikh : 11 Mei 2011

Semua Ketua Jabatan / Bahagian


Kementerian Pelajaran Malaysia

Semua Pengarah Pelajaran


Jabatan Pelajaran Negeri

Y. Bhg. Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

URUSAN PEMANGKUAN PENGETUA CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN


PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG52 DAN GRED DG54 SECARA KHAS
UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2011 DI KEMENTERIAN PELAJARAN
MALAYSIA

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian
Y. Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan mengenai perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan


melaksanakan urusan pemangkuan Pengetua Cemerlang dari Gred DG48 hakiki ke
Gred DG52 (KUP) dan bagi Gred DG52 (KUP)/ hakiki ke Gred DG54 (KUP) tahun
2011.

3. Permohonan adalah terbuka kepada semua Pengetua Gred DG48 dan


Pengetua Gred DG52 (KUP) / hakiki yang berkelayakan. Selain daripada itu, Ketua
Jabatan juga boleh mencalonkan mana-mana Pengetua Gred DG48 ataupun
Pengetua Gred DG52 (KUP) / hakiki untuk urusan pemangkuan ini.
4. Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan syarat-syarat khusus
bagi urusan pemangkuan ini.

4.1 Syarat-Syarat Umum

4.1.1 Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan Laporan


Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terakhir bagi
tahun 2008, 2009 dan 2010;

4.1.2 Bebas daripada tindakan tatatertib;

4.1.3 Telah mengisytiharkan harta;

4.1.4 Lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah


Malaysia (SPRM);

4.1.5 Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman


Pendidikan;

4.1.6 Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

4.2 Syarat-syarat Khusus

4.2.1 Bagi pemangkuan ke Gred DG52 (KUP):

(a) Telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48;


(b) Telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun
sebagai Pengetua di Gred DG48 hakiki (dilantik
sebelum atau pada 31 Disember 2008); dan

4.2.2 Bagi pemangkuan ke Gred DG54 (KUP):


(a) Telah dinaikkan pangkat ke Gred DG52 (KUP) / hakiki
sebagai Pengetua.
5. Borang Permohonan

5.1 Pegawai-pegawai yang memohon untuk dipertimbangkan dalam urusan


pemangkuan ini ataupun pegawai-pegawai yang telah dicalonkan oleh
Ketua Jabatan masing-masing untuk urusan pemangkuan ini hendaklah
mengisi Borang Permohonan Pengetua Cemerlang BPPC/11 yang
disertakan. Borang Permohonan yang telah lengkap diisi dengan
maklumat yang betul hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan
masing-masing dengan melampirkan satu (1) salinan dokumen sokongan
seperti berikut:

5.1.1 Kad Pengenalan;


5.1.2 Surat kenaikan pangkat Gred DG48 atau Gred DG52 yang
dikeluarkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan
Pelajaran (LKPPP);
5.1.3 Kelulusan akademik di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana
dan Kedoktoran (Ph.D);
5.1.4 Kelulusan ikhtisas;
5.1.5 Kenyataan Perkhidmatan terkini;
5.1.6 Kenyataan oleh Ketua Jabatan (seperti di Lampiran B);
5.1.7 Surat Akuan Pinjaman Pendidikan Institusi / Tabung Pendidikan
(seperti di Lampiran C);
5.1.8 Borang Tapisan Keutuhan SPRM (seperti di Lampiran T1); dan
5.1.9 Laporan Audit Kewangan Sekolah yang terkini di bawah
kawalan calon.

6. Pegawai yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus seperti di para 4.1
dan 4.2 di atas sahaja layak memohon. Semua pemohon diingatkan supaya mengisi
borang permohonan BPPC/11 dengan lengkap dan betul, disertakan bersama
dengan dokumen sokongan seperti yang dikehendaki. Pemohon hendaklah
memastikan permohonan mereka dikemukakan kepada Ketua Jabatan masing-
masing sebelum atau pada jam 5.00 petang, 15 Jun 2011.
7. Peranan Ketua Jabatan

7.1 Kerjasama Ketua Jabatan adalah dipohon untuk melaksanakan perkara-


perkara berikut:

7.1.1 Menghebah dan memaklumkan urusan pemangkuan ini kepada


semua pegawai di bawah penyeliaan masing-masing yang layak
mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di para 4.1 dan 4.2 di
atas;

7.1.2 Menyemak serta memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat


yang diberikan oleh calon berdasarkan Buku Perkhidmatan
Kerajaan (BPK);

7.1.3 Memastikan calon mencapai tahap prestasi yang ditetapkan


berdasarkan LNPT tiga (3) tahun terakhir bagi tahun 2008, 2009
dan 2010. Manakala bagi pegawai yang cuti belajar, cuti tanpa
gaji atau cuti sakit berpanjangan melebihi 180 hari pada tahun
berkenaan, Ketua Jabatan diminta mengemukakan markah LNPT
pada tahun sebelumnya;

7.1.4 Menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Calon Pengetua


Cemerlang Peringkat Negeri yang dipengerusikan oleh Pengarah
JPN bagi negeri masing-masing.

7.1.5 Jawatankuasa Pemilihan Calon Pengetua Cemerlang


dikehendaki membuat penilaian ke atas calon-calon berdasarkan
kriteria-kriteria penilaian dan pemantauan yang telah ditetapkan;

7.1.6 Memastikan bahawa semua maklumat dalam Borang BPPC/11


telah lengkap diisi oleh calon;
7.1.7 Mengisi maklumat mengenai calon dalam Lampiran B,
Kenyataan Oleh Ketua Jabatan;

7.1.8 Menyenaraikan calon-calon yang telah dipilih mengikut


keutamaan/ ranking keseluruhan markah iaitu LNPT tiga (3)
tahun terakhir (mengikut wajaran), markah penilaian dan
pemantauan mengikut format seperti di Lampiran D1 bagi Gred
DG52 (KUP) dan Lampiran D2 bagi Gred DG54 (KUP) dalam
bentuk hard copy dan soft copy;

7.1.9 Mengemukakan senarai calon beserta dokumen sokongan yang


lengkap kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH),
seperti alamat berikut sebelum atau pada jam 5.00 petang,
4 Ogos 2011:-

Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 4, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA

8. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Pemohon yang tidak
menerima sebarang jawapan dalam tempoh sembilan (9) bulan selepas iklan ditutup
hendaklah menganggap permohonan mereka adalah tidak berjaya. Untuk makluman,
walaupun pegawai telah dinilai oleh Panel Penilai Kementerian Pelajaran Malaysia,
keputusan muktamad pemilihan pegawai dalam urusan pemangkuan sebagai
Pengetua Cemerlang adalah berdasarkan keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat
Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP).
9. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bolehlah dirujuk kepada Encik
Saiful Bahari bin Mohd Tauhid dari BPSH, KPM di talian 03-88849349.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

DATUK HAJI ISA BIN HAJI ABU


Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
b.p Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k. 1. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

2. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

3. Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)

4. Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan)

5. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan

6. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


Sektor Operasi Pendidikan

7. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


Sektor Pembangunan dan Profesionalisme Keguruan

8. Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

BAHAGIAN A: Diisi oleh calon Pengetua Cemerlang Borang BPPC/2011


PROFIL PERIBADI, AKADEMIK DAN PERKHIDMATAN

1. Nama seperti dalam kad pengenalan :………………………………………………..…….


2. Nombor Kad Pengenalan : a. Lama:………….…… b. Baru : ……….…….……….........
3. Tarikh Lahir :……………………………… 4. Jantina :………………….....…
5. Umur pada 1 Disember 2011 :……………..…..Tahun : ………. Bulan......................
6. Nombor Fail Perkhidmatan :……………………………………………………....…………
7. Skim Perkhidmatan : …………………………………………………………….……………
8. Tarikh Lantikan Ke Gred DG41 :…………………………..………..…………..
9. Gred Jawatan Hakiki Sekarang :……………………………………………...…..………
10. Tarikh Kenaikan Pangkat ke Gred DG48 Hakiki :………………………………....
11. Tarikh Kenaikan Pangkat ke Gred DG52 (KUP)/Hakiki :……………………...
12. Kelulusan Akademik :
Bil. Kelulusan Akademik Tahun Diperolehi

13. Kelulusan Ikhtisas :


Bil. Kelulusan Ikhtisas Tahun Diperolehi

14. Pengalaman bertugas sebagai Pengetua di sekolah.


Bil. Nama sekolah Gred Tempoh
Jawatan (Dari-Hingga)
15. Nyatakan buku, artikel, jurnal dan modul yang telah diterbitkan/dibina: Senaraikan
mengikut peringkat (antarabangsa, kebangsaan, negeri dan daerah).
Bil Nama buku/bahan bacaan (tajuk) yang telah Peringkat Tahun
diterbitkan Diterbitkan

16. Nyatakan ceramah/kursus/seminar/bengkel yang telah disertai sebagai pembentang


kertas kerja/penceramah/fasilitator. Senaraikan mengikut penyertaan
(antarabangsa, kebangsaan negeri dan daerah).
Bil. Tajuk Kursus/Seminar/Bengkel & Penganjur Tugas & Tarikh
Peringkat

17. Nyatakan darjah kebesaran/surat kepujian/penghargaan yang pernah diterima:


Bil. Darjah Kebesaran/Surat Daripada Tahun
Kepujian/Penghargaan

18. Nyatakan kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi seperti


sukan/pertubuhan/sumbangan kreatif di peringkat antarabangsa/kebangsaan/
jabatan/daerah/bahagian/unit/taman perumahan/kampung yang mendatangkan
faedah kepada institusi/masyarakat/negara :
Bil. Senarai aktiviti/sumbangan Jawatan/ Peranan Peringkat
PROFIL DAN PENCAPAIAN SEKOLAH

19. Nyatakan pencapaian peperiksaan awam di sekolah tempat berkhidmat sebagai


pengetua bagi tahun 2008 hingga 2010.

PMR SPM STPM


Tahun Nama sekolah % Lulus GPK % Lulus GPK % Lulus % dapat 5
Prinsipal
2008
2009
2010

20. Nyatakan pencapaian kokurikulum yang menonjol di sekolah tempat berkhidmat


sebagai pengetua bagi tahun 2006 hingga 2008. Senaraikan mengikut peringkat
pencapaian (antarabangsa, kebangsaan, negeri dan daerah).

a. Permainan dan Sukan:


Tahun Nama Sekolah Pencapaian Permainan/Sukan Peringkat
2008
2009
2010

b. Persatuan dan Kelab :


Tahun Nama Sekolah Pencapaian Persatuan dan Peringkat
Kelab
2008
2009
2010

c. Unit Beruniform :
Tahun Nama Sekolah Pencapaian Unit Beruniform Peringkat
2008

2009

2010
21. Nyatakan penambahbaikan atau inovasi yang telah dilaksanakan di sekolah secara
keseluruhan sepanjang menjadi pengetua. Sila nyatakan sumber kewangan sama
ada inisiatif sendiri, PIBG, JPN atau KPM.

Sumber
Tahun Nama Sekolah Penambahbaikan/inovasi
Kewangan

22. Anugerah dan penghargaan yang pernah diterima oleh sekolah sepanjang menjadi
pengetua mengikut peringkat dan tahun. Contoh: Anugerah Kualiti Menteri
Pendidikan, Augerah Sekolah Cemerlang dan Anugerah 3K.

Anugerah dan
Bil. Penghargaan yang Nama Sekolah Peringkat dan Tahun
diterima

23. Nama dan alamat sekolah tempat berkhidmat sekarang :


……………………………………………………………………………………….…..….
……………………………………………………………………………………….…..….
24. Nombor telefon : …………….…………. Nombor faks: …………….………..
25. Tarikh mula berkhidmat di sekolah sekarang :…………………………………..

26. Pengesahan oleh Calon Pengetua Cemerlang.


Saya mengesahkan semua maklumat di atas adalah betul.

……………………………………. Tarikh :…………………


Tandatangan Calon dan Cop Rasmi
LAMPIRAN B

KENYATAAN OLEH KETUA JABATAN

Nama Pemohon : Encik/Puan : __________________________________

No. Kad Pengenalan : Lama/Baru : __________________________________

1. Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)

(a) Tahun 2008 :

(b) Tahun 2009 :

(c) Tahun 2010 :

2. Kenyataan Tatatertib

Adalah disahkan bahawa pegawai di atas;

BEBAS dari kes tatatertib/SPRM/Surcaj/Mahkamah

Atau
SEDANG dalam tindakan tatatertib/SPRM/Surcaj/Mahkamah. (Nyatakan
status kes/tindakan):-

i) Laporan telah dikemukakan kepada Urusetia Lembaga


Tatatertib Kementerian

ii) Telah dikeluarkan surat pertuduhan


Atau

TELAH dikenakan hukuman tatatertib/SPRM/Surcaj/Mahkamah seperti


berikut:-

Jenis Kesalahan :

Jenis Hukuman :

Tarikh Hukuman :
4. Kenyataan Mengenai Pengisytiharan Harta

Adalah disahkan bahawa pegawai di atas.

a) TELAH mengisytiharkan harta mengikut peraturan yang sedang


berkuatkuasa dan diluluskan melalui surat bil. __________________
bertarikh ________________
(sila sertakan salinan surat kelulusan
b) BELUM mengisytiharkan harta kepada pihak berkuasa tatatertib.

5. Kenyataan Mengenai Tempoh Percubaan Berdenda / Cuti Tanpa Gaji/ Bersara


Pilihan / Pelepasan Jawatan Dengan Izin / Perletakan Jawatan

Adalah disahkan bahawa pegawai di atas.

a) Pernah / Tidak Pernah dilanjutkan tempoh percubaan dengan berdenda mulai/pada


_____________________________ hingga _______________________________

b) Telah diluluskan cuti tanpa gaji mulai/pada _______________hingga___________

c) Telah memohon cuti tanpa gaji mulai/pada _______________hingga___________

d) Telah memohon bersara pilihan / pelepasan jawatan dengan izin/perletakan


jawatan pada ____________________

Tarikh : ________________________ ______________________________


Tandatangan Ketua Jabatan & Cop Jabatan
C:Iklan Jututeknik Gred J22 ke J26 (KPM)

Catatan:

(Tandakan  dalam petak yang sesuai dan * potong mana yang tidak berkenaan)
LAMPIRAN T1

BUTIR-BUTIR CALON UNTUK TAPISAN KEUTUHAN

PERINGATAN

Semua ruangan hendaklah dipenuhkan. Jika tidak berkenaan tulis


‘TIDAK BERKENAAN’ jika tiada, tulis ‘TIADA’.

A. 1. NAMA :

2. NO. KAD PENGENALAN

2.1 (BARU 2.2 (LAMA)


)

3. TARIKH / TEMPAT :
LAHIR

4. JAWATAN/PEKERJAAN :

5. GAJI HAKIKI SEBULAN :

6. ALAMAT PEJABAT : TEL :

7. ALAMAT RUMAH : TEL :

8. JAWATAN / PEKERJAAN TERDAHULU (SENARAIKAN)

BIL. GELARAN JAWATAN TEMPOH BEKERJA (TAHUN)


9. JAWATAN YANG DISANDANG DALAM PERTUBUHAN / LAIN-LAIN

10. REKOD AKADEMIK

BIL. SIJIL / IJAZAH INSTITUT / PUSAT PENGAJIAN TINGGI TAHUN

B. 1. NAMA ISTERI / SUAMI :

2. JAWATAN / PEKERJAAN ISTERI / SUAMI :

3. ALAMAT PEJABAT ISTERI / SUAMI :

Folder Borang../Tapisan Keutuhan (Lampiran T1)../siti

LAMPIRAN C

SURAT AKUAN
PINJAMAN PENDIDIKAN INSTITUSI / TABUNG PENDIDIKAN
Saya ………………………………………..No. KP:…..……………………… mengesahkan bahawa:

Saya tidak ada mengambil pinjaman pendidikan daripada mana-mana institusi /


tabung pendidikan;

Saya ada mengambil pinjaman pendidikan daripada …………………………… mula


tarikh ……………. hingga …………….. sebanyak RM ……………… dan ………..….
mulai tarikh ………………………... hingga ……………………………… sebanyak
RM ……………. Saya mengesahkan masih belum membuat bayaran;

Saya ada mengambil pinjaman pendidikan daripada ……………………… mulai


tarikh ……………. hingga …………….. sebanyak RM ……………… dan pada
masa ini sedang membuat pembayaran secara bulanan melalui pembayaran
tunai/potongan gaji mulai ……………………. ;

Saya ada mengambil pinjaman pendidikan daripada ……………………… mulai


tarikh ……………. hingga …………….. sebanyak RM ……………… dan saya
telahpun menyelesaikan sepenuhnya pinjaman pada …………………………… .

PERAKUAN

Saya mengaku bahawa pengisytiharan yang dinyatakan di atas adalah benar. Sekiranya tidak
benar, saya boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan 4 (f) dan Peraturan 4 (g),
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

PENGESAHAN

……………………………………………. ..…………………………………………..
Tandatangan Pegawai Tandatangan Ketua Jabatan

Nama : Nama :

Jawatan : Jawatan :

Alamat Pejabat : Alamat Pejabat :

Tarikh : Tarikh :

You might also like