You are on page 1of 16

Budi diberi erti oleh Kamus Dewan sebagai; 1. Akal, kebijaksanaan; 2.

perangai akhlak, watak, sifat


baik, perbuatan baik, kebajikan – merasa berterima kasih terhadap kebaikan orang – tidak lupa akan
kebaikan orang; 4. Bicara, daya upaya, adat istiadat, tingkah laku, akal, perangai, tabiat. Berbudi
bermakna; 1. Berakal, bijaksana; 2. Berkelakuan baik, baik akhlaknya, sopan; 3.baik hati, pemurah.

Berdasarkan kepada makna yang diberikan oleh Kamus Dewan itu wajarlah apa-apa yang sedang
terjadi dan dilaksanakan oleh pemerintah masa kini dengan Kempen Budi Bahasa yang begitu
meluas. Pelbagai poster dan iklan, dalam pelbagai media – elektronik mahupun cetak – yang
memaparkan slogan kempen Budi Bahasa Budaya Kita.

Sekali imbas kempen itu seolah-olah tidak memberi makna yang besar kepada individu, kumpulan
mahupun masyarakat kita umumnya – masih banyak perlakuan zalim, pencerobohan dan tindakan
yang tidak berbudi bahasa terjadi dalam masyarakat kita – sama ada pada peringkat individu biasa
mahupun yang mempunyai kedudukan. Apapun kempen itu pada hakikatnya amat penting sekali agar
penduduk, rakyat iaitu individu,

kumpulan mahupun masyarakat kita pada keseluruhannya hidup dalam keadaan berbudi.

Memang hal yang seperti itu tidak mudah mencapai matlamatnya, namun dengan kempen yang
seperti itu dan dilaksanakan secara terus menerus setidak-tidaknya menunjukkan masih ada manusia
mahupun kumpulan dalam masyarakat kita yang melihat bahawa gejala buruk, dalam apapun
bentuknya yang terjadi dalam masyarakat kita adalah berpunca daripada ketiadaan budi, berpunca
daripada ketiadaan akal, ketiadaan kebijaksanaan, menularnya perangai-perangai dan tabiat yang
buruk.

Dalam perbendaharaan Melayu ada banyak frasa mahupun kata-kata yang mendukung hidup berbudi
seperti misalnya “orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.” Ataupun “Yang kurik
kundi, (kundi itu sejenis buah semacam buah saga tetapi kurik, ataupun berbelang-belang, banyak
yang tak tahu menulisnya sebagai “kendi”) yang merah saga, yang baik budi, yang indah bahasa”
Dalam sebuah pantun budi yang amat tinggi mutunya telah diperturunkan oleh pujangga Melayu tak
bernama: Pisang emas di bawa belayar, masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar,hutang
budi dibawa mati

Begitulah penting dan besarnya makna dsan hakikat budi dalam hidup individu, kumpulan dan
masyarakat Melayu. Dilihat dalam aspek lain ia selari pula dengan pegangan pentingnya akhlak dalam
kehidupan kita sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Apakah sifat-sifat tak berbudi atau sifat-safat tercela mereka yang hidup tidak berbudi itu? Antara lain
dapat senaraikan di sini ialah bodoh, amarah, dendam, iri hati, kikir, sombong, angkuh, congkak,
suka berkhayal atau panjang angan-angan, suka mempamerkan diri (dalam semua aspek kehidupan),
cinta pangkat dan kekuasaan, banyak bercakap, senda gurau yang melampau, besar mulut, dan penuh
kesombongan, merosak hubungan nmasyarakat, suka mencampuri urusan orang lain, tamak.

Lawan sifat keji mereka yang tak berbudi itu ialah sifat-sifat terpuji mereka yang berbudi atau yang
hidup dikawal oleh budi. Antara lain adalah cintakan ilmu pengetahuan, sabar, suci batinnya, murah
hati, lembut hati, tabah, bersyukur, hidupnya sederhana, cinta, rindu, bersahaja, ridha, ikhlas, jujur,
waspada, sentiasa meneliti diri sendiri (muhasabah diri), peduli, kasih sayang sesama makhluk,
bijaksana, terbuka, menjadi panasihat yang baik dan bicara yang bermanfaat, memiliki hati yang
lembut dan akhlak yang baik, bertafakur, bertawakal, mencintai dan membenci sesuatu hanya kerana
Allah s.w.t.

Begitulah pentingnya budi dalam kehidupan sesebuah masyarakat, apatah algi dalam sebuah
masyarakat pelbagai bangsa, etnik dan agama sebagaimana Malaysia ini. Apabila semua individu,
kumpulan dalam masyarakat menghayati hidup berbudi dengan sebenarnya-benarnya maka dengan
sendirinya lenyaplah segala mala petaka yang dilakukan oleh tangan manusia. Tidak adalah lagi
bunuh, rogol, samun, rompak, segala macam bentuk penyalahgunaan dadah, rasuah, penipuan –
peringkat kecil/rendah mahupun peringkat tinggi – kecurian dan kehilangan harta benda pun tidak
akan ada lagi. Yang miskin ditolongi, yang kaya dihormati, yang berkedudukan dimuliakan kerana
kedudukannya. Yang alim diminta barakahnya. Yang berpengetahuan diminta ilmunya.

1
Rupa orang yang dalam keadan marah sangatlah buruk namun keadaan jiwanya lebih buruk lagi.
Marah muncul sebagai peragai tercela yang disebabkan oleh naiknya darah dalam hati ketika ia ingin
menuntut balas. Lawan marah atau amarah ialah sabar. Untuk melawan amarah, orang yang sedang
marah itu hendaklah melatih dirinya semenjak awal lagi, sehingga hasilnya apabila muncul nafsu
tersebut ia mudah ditakluki oleh akal.

Sifat tak berbudi atau sifat budi buruk yang lain ialah dengki. Dengki ialah perasaan tidak senang
yang muncul ketika melihat orang lain mendapat sesuatu nikmat dan malah ia ingin nikmat itu hilang
daripada orang yang mendapatnya. Dengki sebenarnya muncul apabila didorong oleh rasa dendam
(hiqd), satu lagi sifat jijik kerana ia menutup diri, merosak hubungan dan mencampuri urusan
peribadi orang lain.

Tidak kurang hebatnya ialah sifat kikir (bukhl). Allah Swt berfirman (Maksudnya): “ Dan sesiapa yang
dipelihara daripada kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Surah al-
Hasyr[59]:9). Berlawanan dengan sifat kikir yang bermastautin dalam rumah orang-orang yang tak
berbudi ialah kedermawanan, iaitu memberikan kepada orang lain apa-apa yang melebihi daripada
keperluan sendiri, sifat yang mementingkan orang lainh (itsar)adalah lebih baik kerana itu adalah
darjat tertinggi dermawan.

Congkak (‘ujd) juga bahagian daripada rumah orang yang tak berbudi. Congkak adalah sejenis sifat
tinggi hati yang muncul dalam diri seseorang apabila dia membayangkan dirinyalah yang sempurna,,
baik pengetahuan mahupun perilakunya. Hidup bersama sifat congkak ialah sifat terpedaya (ghurur)
iaitu suatu sikap yang meyakini sesuatu yang bertentangan dengan kenyatan dan jiwanya menerima
terhadap apapun yang bersifat khayal dan samar-samar serta menurut hawa nafsunya sendiri. Ada
banyak orang yang ditawan nafsu ini seperti misalnya berpakaian seperti orang salih atau alim dan
seumpamanya.

Ingatlah, Allah s.w.t berfirman (maksudnya): “Dan telah Kami (Allah) jadikan manusia dengan
sebaik-baik bentuk. Kemudian Kami rendahkan ia sehina-hinanya, kecuali mereka yang beriman dan
beramal salih.” (Surah Al-Thin: 95: 4-6).

Demikianlkah pentingnya budi dan pentingnya kempen “Budi Bahasa Budaya Kita” dalam kehidupan
bermasyarakat, berbudaya dan bernegara bagi negara kita Malaysia.

Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan pada 11 Jan 2005 merupakan agenda lima tahun
kerajaan dalam misinya melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa.

Perbuatan Tidak Berbudi Bahasa

Situasi di mana pemandu tidak bertimbang rasa di jalan raya,

Orang ramai membuang sampah sesuka hati,

Memotong barisan tabiat memandu yang kurang sopan dan merbahaya

Tidak memohon maaf apabila melakukan kesilapan,

Bercakap kasar dengan pelanggan / kekasaran terhadap para


pelanggan

Merokok di kawasan larangan merokok ialah 

kurangnya perasaan sivik terhadap harta benda awam

2
Senyuman Ikhlas

Malah budi bahasa yang paling asas iaitu melemparkan senyuman dan mengucapkan terima
kasih masih sukar dilihat dalam masyarakat kini.

Beberapa pakar  berkata kempen itu, yang kini dinamakan program Budi Bahasa dan Nilai-
nilai Murni, baik tujuannya dan memang perlu diteruskan biarpun keberkesanannya belum
meluas.

Rakyat Kelas Pertama

Dapat kita rasakan bahawa ungkapan “first class infrastructure,


third class mentality” itu tepat menggambarkan kerisauan ramai rakyat
Malaysia tentang keadaan negara pada masa ini. Ekonomi negara terus
berkembang pesat; penggunaan teknologi semakin berleluasa; jalan raya
diperbanyakkan dan diperluaskan; dan banyak kawasan dibangunkan untuk
perumahan dan perindustrian moden.

Namun, cara pemikiran kita dan peradaban kita tidak mengalami kemajuan yang
sama, malah seolah-olah semakin mundur. Kita menghadapi satu senario di
mana sifat-sifat luhur serta kesantunan budi bahasa yang dulu menjadi
kebanggaan masyarakat Malaysia semakin terhakis. identiti dan jati diri
masyarakat  Malaysia semakin luntur.

Budi Pekerti Asas Utama

Kepincangan ini telah melahirkan beberapa sindrom negatif yang kini


dipandang seakan-akan satu kebiasaan di kalangan masyarakat
Malaysia.   Namun, pada hakikatnya, kita telah meletakkan budi pekerti
sebagai satu asas dan tunjang dalam pelbagai dasar dan falsafah pembangunan
negara, dari Rukun Negara sehinggalah kepada Wawasan 2020. Jelaslah bahawa
aspirasi kita dalam bidang pembangunan minda dan rohaniah tidak sejajar
dengan realiti kehidupan kita masa kini.

Dalam kesibukan kita sehari-hari, kita mungkin semakin lupa untuk memupuk
ciri-ciri keperibadian luhur, baik untuk diri kita sendiri ataupun untuk
anak-anak kita. Sebelum budaya masyarakat kita merosot lagi, kita harus
sedar dan mempelajari serta mempraktikkan semula nilai-nilai dan budi
bahasa warisan kita. Usaha ini harus dimulakan pada peringkat diri sendiri,
peringkat keluarga dan pada peringkat masyarakat.

Kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni ini merupakan agenda penting
kerajaanuntuk menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai
murni kedalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Kempen ini diharap dapat
memperkukuhkan kembali kekuatan peribadi dan jati diri setiap individu.
Negara akan menjadi agung jika warganya terdiri dari insan-insan yang
mengamalkan budaya murni. Tidak ada gunanya jika masyarakat Malaysia kaya
dari segi kebendaan tapi muflis dari segi keperibadian.

Aktiviti Yang Dijalankan

3
1.Mengenang Jasa Ibu Dan Bapa (Kekeluargaan)

Mengadakan aktiviti seperti makan sekeluarga, menghormati ibu dan bapa, meraikan Hari
Ibu dan Hari Bapa, pertandingan sajak, pertandingan bergambar dan minggu keluarga.

2. Pelajar Berbudi Bahasa (Pembelajaran)

Mengadakan pertandingan pidato, bahasa, pantun, drama, sketsa, choral speaking,boria, dikir


barat, kuiz, nasyid, Kembara Budi Bahasa, melukis, animasi, Anugerah Asrama Terbilang
dan Kem Jatidiri.

3. Berbudi Bahasa (Kemasyarakatan)

Mengadakan aktiviti seperti Minggu Budi Bahasa, Kenali Jiran Anda dan Kempen
Pemanduan Bersopan.

4. Senyum dan Terima Kasih (Perkhidmatan)

Mengadakan kempen 'Kenali Saya' bagi anggota penguatkuasaan dan perkhidmatan kaunter
supaya mengamalkan budaya senyum, memperkenalkan diri dan mengucapkan terima kasih.

.Cintai Alam Sekitar, Flora dan Founa

Mengadakan aktiviti seperti gotong-royong 'Sungaiku Bersih Alamku Permai', ´'Tandas


Bersih',' Kampung Indah Masyarakat Ceria','Anugerah Bandar Berbudi Bahasa', 'Anugerah
Gerai/Pasaraya Terbaik' dan 'Anugerah Untuk Perusahaan Kecil'

Kempen ini perlu diadakan kerana kedapatan di kalangan masyarakat masa kini nilai-nilai
dan amalan hidup yang kasar, yang tidak berbahasa, yang tidak mengendahkan tatasusila dan
beradab. Cara memberi khidmat, cara melayani pelanggan atau orang ramai oleh kakitangan
kaunter hadapan di jabatan-jabatan kerajaan seterusnya menimbulkan tidak puas hati di
kalangan orang ramai.

Kempen Budi Bahasa Budaya Kita

Kini  kita bergerak untuk mengutip kembali warisan yang sangat berharga itu. Kempen Budi
Bahasa Budaya Kita adalah satu gelombang yang diharap akan mengembalikan rakyat
kepada asas hidup berbudaya negara ini.

Kempen Budi Bahasa Budaya Kita adalah sepenting dan sebesar Wawasan 2020, destinasi
impian yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri. Cuba lihat kembali
cabaran-cabaran Wawasan 2020 menjadi negara maju dalam acuan budaya kita.

Untuk tidak kelihatan terlalu besar dan menakutkan, lihat saja budi bahasa dalam konteks
kehidupan seharian semua kelas sosial dalam masyarakat. Amalan-amalan budi bahasa yang
mudah dilakukan misalnya menyambut tetamu, melayan tetamu dan tatacara tidak rasmi
ketika bertemu.

4
Budi dan bahasa tidak akan terbalas dan bukan untuk dibalas. Budi dan bahasa yang baik
akan terus kekal menjadi kenang-kenangan.

Pantun Budi

Dari Daik pulang ke Daik


Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang

Tanam lenggun tumbuh kelapa


Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tenang-tenang air laut


Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung

Kapal belayar dari Arakan


Ambil gaji jadi jemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati saya kerana budi

Burung Serindit terbang melayang 


Mari hinggap di ranting mati 
Bukan ringgit dipandang orang 
Budi bahasa rangkaian hati

Disunting dari :   Akhbar Utusan Malaysia

                            Dewan Bahasa dan Pustaka

 
(PUSAT MAKLUMAT RAKYAT @ web penerangan.gov.my)

2. Kempen Amalan Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni telah pun dilancarkan oleh YAB Perdana
Menteri di peringkat kebangsaan pada 11 Januari lalu. Kempen ini merupakan satu agenda
penting Kerajaan bertujuan untuk menyemai semula dan menyemarakkan amalan berbudi bahasa
dan penghayatan nilai-nilai murni ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.

5
        
                                                  
3. Amalan berbudi bahasa dan nilai-nilai murni bukanlah merupakan satu amalan baru bagi kita
rakyat Malaysia. Malahan, ianya menjadi warisan keluarga di mana dari kecil lagi kita telah
sentiasa diasuh dan diterapkan dengan sikap bersopan santun dan berbudi bahasa. Kita telah
dididik supaya sentiasa hormat-menghormati, bertutur dengan sopan, bantu- membantu,
merendah diri, jujur dan amanah dan berbagai lagi. Sudah tentunya, seseorang yang bersifat dan
mengamalkan nilai-nilai ini akan dihormati dan dipandang mulia di kalangan keluarga dan
masyarakat sekelilingnya.

Saudara -saudari sekelian,

4. Sebagai sebuah negara yang terbuka dan di dalam zaman perkembangan pesat ICT tanpa
sempadan dan batasan ini, kita tidak dapat menyisihkan diri daripada terdedah kepada pengaruh
dan asakan budaya dunia luar. Tetapi, apa yang penting ialah keupayaan kita untuk
mengasingkan yang baik daripada yang buruk. Untuk ini, hanya dengan melengkapi diri dengan
kekuatan berbudaya tinggi, dapat kita membezakan yang jernih dari yang keruh. Bahkan, ianya 
akan menjadi sandaran dan benteng yang teguh dalam kehidupan kita untuk menghalang diri 
dari tertarik dan seterusnya, terjerumus kepada gejala yang kurang sihat. 

5. Selain daripada pengaruh luar, di dalam keghairahan kita mengejar kemajuan dan
materialisma kehidupan, kita juga mudah dipengaruhi oleh sikap mementingkan diri sendiri.
Sikap sebegini  akan hanya membawa kepada unsur-unsur negatif seperti tidak jujur, tidak
beramanah, tidak berintegriti serta keangkuhan diri. Kita seharusnya mempastikan dalam kita
meraih kejayaan, sindrom negatif seperti ini jangan dibiar menular dalam budaya masyarakat
kita.

6. Kerajaan amat prihatin kepada perkembangan yang kurang sihat ini dan menyedari jika tidak
dibendung akan membawa kepada kehakisan budaya berbudi bahasa dan amalan nilai-nilai
murni yang telah menjadi warisan bangsa kita. Oleh itu, Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai
Murni ini bertujuan menerap serta menanam keperibadian yang luhur ke dalam fikiran, hati budi
serta perlakuan rakyat Malaysia di semua peringkat dan lapisan masyarakat.  Usaha ini bukan
sahaja dapat menyuburkan sikap bersopan santun dan berbudi bahasa malah mewujudkan
masyarakat yang berdisiplin, hormat-menghormati, saling bantu-membantu, di samping
mengeratkan siratulrahim serta menyemarakkan lagi semangat muhibah di kalangan rakyat.

7. Sebagai sebuah negara majmuk yang berbilang kaum ini, amalan sikap bersopan santun dan
berbudi bahasa juga telah menjadi asas kukuh   dalam usaha kita menikmati jalinan perpaduan
negara yang begitu erat selama ini.   Sikap tolong-menolong, bantu-membantu dan semangat
gotong-royong yang telah memberi kekuatan dan menjadi kebanggan masyarakat kita perlu
dipahatkan dalam kehidupan seharian semua rakyat.         

Saudara-saudari sekelian,

8. Bagi warga Kementerian Kewangan, kita juga memainkan peranan yang sangat penting dalam

6
usaha menjaya dan memperkasakan Kempen memupuk budaya kerja yang berlandaskan budi
bahasa dan amalan nilai-nilai murni ini di dalam pesekitaran tempat kerja. Dalam kita
berinteraksi dengan pelanggan-pelanggan, berikan mereka perkhidmatan terbaik, pastikan kita
senantiasa bersopan santun dan beradab dengan tutur kata yang lemah lembut dan suasana yang
mesra serta sikap ingin senantiasa  membantu,  selaras  dengan  slogan  Perkhidmatan awam Ã
¢â‚¬ËœBudi Bahasa Budaya Kerja’.  

9. Selain itu, sebagai warga Kementerian Kewangan, kita juga harus mengamalkan sikap berhati
mulia, adil dan jujur. Berhati mulia akan melengkapkan kita dengan sifat bertimbang rasa dan
bersedia untuk membantu. Seseorang yang bersikap adil pula tidak akan sewenang-wenang
menyalah gunakan kuasa yang diberikan kepadanya. Sebaliknya, penerapan sikap adil akan
menjamin seseorang dapat melaksanakan tugas dengan penuh amanah  dan bertanggungjawab.
Orang yang jujur pula sentiasa tulus dan ikhlas dalam tingkah laku dan peradabannya semasa
menjalankan tugas. Sesungguhnya, kesemua nilai-nilai ini menggambarkan keluruhan peribadi
warga Kementerian dan seterusnya, mencerminkan imej organisasi kita di kaca mata awam. Oleh
itu, sama-samalah kita kuatkan azam untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita dengan
penuh kecekapan dan kecermelangan. 
       
                            
10. Semua amalan murni ini harus dipupuk dan disemai sejak daripada kecil lagi bagi
memastikan generasi muda kenal akan warisan turun-temurun sejak zaman berzaman. Sebagai
ahli dalam institusi keluarga, kita juga perlu bertanggungjawab mendidik dan membentuk setiap
ahli keluarga kita supaya menjadi insan berperibadi mulia. Berbudi bahasa, beradab, bersopan
santun serta bertoleransi harus sentiasa disemai bagi mempastikan kejayaan usaha Kerajaan
untuk mewujudkan budaya rakyat yang berhemah tinggi. Janganlah kita hanya berjaya dalam
meraih kemajuan kebendaan tetapi mundur dalam mencapai keperibadian mulia.

11. Akhir kata, marilah kita bersama-sama bekerjasama untuk mengukuhkan  budaya berbudi
bahasa dan amalan nilai-nilai murni supaya ia kekal sebagai kebanggaan warisan
bangsa.                                                     

Sekian, terima kasih.


Wabillahi taufiq walhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

31 Mac 2005

( UCAPAN OLEH

TAN SRI  NOR MOHAMED YAKCOP 


 MENTERI KEWANGAN II)

7
Definisi ‘kempen’ menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah segala

usaha(kegiatan dan tindakan) yang dirancangkan dan dilaksanakan dengan menggunakan

penerangan (rayuan dan lain-lain) untuk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan

sokongan umum terhadap sesuatu(matlamat dan lain-lain). ‘Budi bahasa’ pula bermaksud

tingkah laku dan perbuatan. Jika digabungkan perkataan ‘nilai’ menurut W.G.Ricky &

Pustay, 1999 dan perkataan ‘murni’ menurut Dewan Bahasa dan Pustaka perkataan ‘nilai

murni’ boleh ditafsirkan sebagai prinsip, standard dan tatacara tindakan seseorang dalam

sesuatu organisasi tanpa mengandungi unsur-unsur asing(biasanya unsur-unsur yang

mencemarkan) bersih benar,suci, dan tulen. Dari definisi-definisi diatas dapatlah

disimpulkan bahawa Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni bermaksud usaha yang

terancang untuk menghasilkan masyarakat Malaysia yang mengamalkan tingkahlaku dan

perbuatan berdasarkan prinsip dan standard yang elok dan baik. Melalui usaha yang

terancang dan ditambah dengan matlamat yang jelas, sesuatu kempen itu akan dapat

membuahkan hasil.

BUDI BAHASA DAN NILAI MURNI


KHAZAN
Malaysia hari ini, situasi negara semakin maju dan membangun dengan kepesatan dalam pelbagai
bidang termasuklah pembangunan ekonomi, peningkatan kualiti hidup, masyarakat yang berilmu dan
juga masyarakat yang berdaya maju.

Tambahan pula, prinsip pembangunan tersebut digilap dengan asas keIslaman yang dipandang sebagai
suatu teori sejajar dengan kemajuan masyarakat. Islam Hadhari menjadi satu garis panduan berasaskan
prinsip sebenar Islam di dalam menggalakkan peningkatan terhadap kemajuan dan pembangunan yang
seterusnya akan menjamin kualiti hidup. 

Masyarakat pula semakin sedar untuk hidup berlumba-lumba mempertingkatkan status kedudukan
sebagai suatu kelompok yang berdaya maju dan bertanggungjawab terhadap hal ehwal dan
permasalahan serta keperluan negara. Dengan sikap majoriti secara dominan sebagai suatu masyarakat
produktif dan berwibawa, maka negara kita semakin menuju ke arah kecemerlangan, kegemilangan dan
terbilang.

8
Di sebalik pembangunan fizikal dan kebendaan tersebut, kita sebagai masyarakat yang terbilang perlu
mempunyai agenda tersendiri agar tidak semata-mata hanya mempunyai infrastruktur kelas pertama
tetapi memiliki mentaliti kelas ketiga. Masyarakat perlu memperkukuh lagi aspek budi bahasa dan nilai-
nilai murni yang semakin diabaikan sejak akhir-akhir ini. 

Sebagai rakyat Malaysia kita perlu ada kesedaran mengenai asal usul dan acuan kita sendiri yang boleh
dilabelkan sebagai "Orang Timur". Orang Timur bukan hanya dikenali dengan penilaian rupa bentuk
fizikal sahaja. Akan tetapi kita mewarisi satu khazanah paling berharga yang yang menjadikan kita
sebagai masyarakat Timur yang berwibawa. 

Dari aspek kenegaraan pula, Perdana Menteri kita pada 11 Januari 2005 lalu menggambarkan bahawa
"Budaya dan sistem nilai itulah yang sebenarnya menjadi kayu ukur dan mercu tanda sebuah negara
maju." Demikian diucapkan pada majlis pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni. 

Demikianlah betapa pentingnya peranan budi bahasa dan nilai-nilai murni dalam aspek kemajuan kita
"sendiri" sebagai masyarakat timur atau masyarakat ‘melayu'. Kepentingannya adalah meliputi
matlamat Malaysia yang mempunyai matlamat mencapai Wawasan 2020 dan menjadi bangsa yang
Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Matlamat yang lebih penting di sebaliknya adalah menjadi sebuah
masyarakat yang maju mengikut cara kita sendiri dengan erti kata menambahkan peningkatan hidup
dan kemajuan tanpa mengurangi nilai-nilai penting khazanah bangsa kita sendiri.

Budaya berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni bukan sekadar perlu dipertahankan bahkan
perlu diperkayakan lagi agar ia tidak mengalami kepupusan serta sentiasa berkesinambungan untuk
diwarisi daripada generasi ke generasi seterusnya. Usaha kita mempertahankan budaya dan adat resam
perlu juga disertai dengan aspek tingkah laku berbudi bahasa. 

Malaysia memerlukan pembangunan nilai dan budaya yang betul. Nilai-nilai yang terlibat adalah seperti
ketulusan, kejujuran, intergriti, adil, amanah dan akauntabiliti. Dengan ini, kita bukan sahaja mampu
membentuk aspek pembangunan luaran semata-mata, akan tetapi perlu juga memperbaiki aspek
dalaman yang dikenali sebagai aspek keperibadian untuk menjadikan masyarakat kita sebagai suatu
masyarakat yang benar-benar bertamadun. 

Walaupun berbudi bahasa dan nilai-nilai murni itu secara istilahnya bukan disebut sebagai Akhlak mulia,
namun ia tetap membawa maksud yang sama. Sesuai dengan galakan agama yang menyatakan
kepentingan menjaga suara hati dan pertuturan sebagai garis permulaan mempertingkatkan budi
pekerti diri. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk
yang dikatakan dengan berterus terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang
dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa mendengar,lagi maha mengetahui." (Surah an-Nisa'ayat 148)

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah
lembut dalam semua perkara." 

Budi bahasa dan nilai-nilai murni harus dipraktikkan di setiap aspek kehidupan agar keindahan Islam itu
akan memberi kesan baik yang menyeluruh terhadap kemaslahatan sesebuah masyarakat. 

Masyarakat kini digesa untuk menghidupkan dan menghangatkan kembali nilai murni dalam kehidupan
seharian. Walau apa pun status dan kerjaya kita sebagai seorang generasi millenium atau kita terlibat
dengan penglibatan antarabangsa, maka berpasak teguhlah pada peribadi budi seorang yang berbudi
bahasa. 

Kemajuan dunia merangsang kita untuk bekerja, berdaya maju dan berusaha. Tetapi jangan sampai
kemajuan itu mengajarkan kita pada perkara yang sebaliknya. Iaitu mengurangi nilai-nilai murni yang
sedia ada dan pernah menjadi suatu kebanggaan atau aset bangsa. 

Setiap golongan dan peringkat memainkan peranan untuk bekerjasama mempertahan dan
memperkukuhkan budaya menjadikan budi bahasa dan pengamalan nilai-nilai murni sebagai satu cara
dan gaya hidup berkesinambungan.  

Permulaan yang baik adalah bermula daripada institusi keluarga yang menekankan tanggungjawab
memberi pendidikan berdasarkan autoriti ibu bapa kepada anak-anak. Permulaan daripada kelompok
keluarga adalah lebih berkesan dan lebih sesuai dijadikan sebagai tempat berkesinambungannya
khazanah budaya berbudi bahasa dan nilai-nilai murni. 

Dalam memanfaatkan kepentingan budi bahasa dan pengamalan nilai-nilai murni sebagai satu agenda

9
pembangunan material dan mentaliti, adalah suatu yang perlu untuk membudaya dan memperteguhkan
etika kerja berdasarkan pendekatan tersebut. Anggota perkhidmatan awam dan jabatan-jabatan yang
bertanggungjawab dalam perkhidmatan penguatkuasaan seperti polis, imigresen dan semua yang
terlibat dengan khidmat pelanggan khususnya haruslah memberi perkhidmatan dengan penuh beradab.
Tutur kata yang mesra, bersopan dan sentiasa membantu adalah tunggak kecemerlangan bagi sesebuah
perkhidmatan. 

Suatu masa dahulu, senario di sekitar pengangkutan awam pernah menggambarkan suasana kesopanan
dan budi bahasa yang boleh dibanggakan. Namun sekarang, masyarakat boleh merasa malu untuk
mempraktikkan nilai-nilai murni di khalayak ramai kerana keprihatinan telah berkurang sehingga boleh
muncul mentaliti mempersenda nilai-nilai yang baik. 

Secara tidak sedar, pelbagai gejala negatif akan boleh timbul akibat daripada kepupusan budi bahasa
dan nilai murni. Orang timur pada kebiasaannya memang lemah lembut dan sensitif jiwanya terhadap
budi bicara. Hubungan dan keharmonian boleh porak peranda hanya kerana kekurangan budi bahasa.
Bak kata pepatah "Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". 

Kalau tiada nilai-nilai murni, maka rosaklah tingkah laku masyarakat kita. Kerosakannya bukan hanya
menyentuh aspek kesihatan atau kecacatan jiwa, bahkan menular ke pembangunan fizikal. Mentaliti kita
adalah membina. Bukan merosak apa yang telah terbina. Tanpa nilai murni, remaja kita berperangai
sewenang-wenangnya. Membudayakan vandalisme, gangsterisme, samseng jalanraya, gangguan
seksual dan pelbagai jenis perlakuan delinkuen akan menjadi sorakan di persekitaran negara kita. 

Justeru, setiap pihak perlu positif dan turut serta membudayakan budi bahasa dan nilai murni sebagai
gaya hidup yang sempurna. Perjuangan sebuah bangsa itu bukan sekadar mempertahankan kuasa dan
labelnya sebagai suatu ‘bangsa'. Tetapi harus diingat juga bahawa praktik di samping mempertahan dan
memperkukuhkan khazanah bangsa adalah sangat bermakna. 

Kerajaan negeri Johor mengenai agenda ini mempunyai pendekatan tersendiri yang bersifat holistik atau
menyeluruh. Di bawah program Pembangunan Beridentiti, telah banyak program-program yang
bermanfaat telah dirangka bagi mempastikan pembangunan masyarakat itu sejajar dengan mutu identiti
tersendiri.

Di dalam memartabatkan khazanah budaya, sikap berbudi bahasa dan nilai-nilai murni, program
pembentukan dan didikan kekeluargaan dikenal pasti sebagai satu pendekatan paling efektif dan mesra
masyarakat. Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim di negeri Johor telah menjalankan
peranannya mendidik institusi keluarga melalui Modul Keluarga Sakinah yang menyentuh setiap
peringkat kekeluargaan dari permulaan hidup hinggalah ke akhir hayat. Modul tersebut dikesan dapat
menyerapkan sentimen mengamalkan nilai-nilai murni di peringkat keluarga. 

Pemupukan nilai-nilai murni ini juga diserapkan melalui pendekatan tidak langsung menerusi program-
program sihat di dalam memastikan kebudayaan dan kesenian adalah seiring dengan pembangunan
ekonomi dan fizikal. Kerajaan negeri terus memberi tumpuan terhadap pembangunan seni dan budaya
yang meliputi bidang teater, permainan tradisional, seni tari,seni muzik, seni silat, pemuliharaan
budaya, Kembara Puisi Darul Ta'zim dan sebagainya. Penglibatan-penglibatan ini diharap dapat
memberikan kesan halus kepada masyarakat Johor untuk menghayati nilai-nilai murni di sebalik
kebudayaan-kebudayaan tertentu. 

Program-program Gaya Hidup Sihat juga banyak menitik beratkan sumber nilai-nilai murni apabila
kerajaan menggalakkan penglibatan sukarela daripada hampir setiap golongan menyertai Program
Rakan Muda, J-Robik, Belia dan PROSTAR. 

Negeri Johor akan terus menerus mempertahankan budaya agar nilai-nilai murni dan budi bahasa yang
dianggap paling penting di dalam pengamalan budaya itu dapat diperah dan menjadi identiti masyarakat
secara umumnya. 

Tegak rumah kerana sendi,


Runtuh sendi rumah binasa,
Sendi bangsa ialah budi,
Runtuh budi, runtuhlah bangsa. 

10
Azizul Nizam Bidin

Penubuhan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr. Rais
Yatim sudah pun mencapai satu tahun usianya. Sejajar dengan penubuhan Kementerian ini, maka
lahirlah Biro Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KKW)di bawah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. 

Beberapa program telah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai kumpulan sasarnya oleh Biro
KKW. Ini termasuklah kempen budi-bahasa yang merupakan satu kempen yang sewajarnya dianggap
sebagai kempen sepanjang hayat ke arah melahirkan warga sejahtera.

Budi-bahasa merupakan sifat atau perilaku yang lahir di dalam kesemua individu di dalam sesuatu
masyarakat melalui proses sosialisasi baik dari rumah, sekolah, universiti ataupun rakan pergaulan.

Ianya bersifat menyeluruh tetapi sayangnya tidak kesemua ahli masyarakat menyelaminya. Ia bukan
milik kaum tertentu tetapi fitrah kemanusiaan ini dikongsi ke arah kemuafakatan dan memastikan
kesinambungan dari generasi ke generasi, penghayatan ke arah pembentukan personaliti unggul bangsa
Malaysia.

Mengapakah kempen ini penting, apakah signifikasinya ke atas masyarakat Malaysia? Di dalam dunia
yang penuh dengan persaingan dan menonjolkan kepentingan material, ada ahli masyarakat yang
seolah-olah terkapai-kapai dengan keghairahan tersebut sehingga lunturnya norma-norma dan nilai
murni kemanusiaan.

Ia merobek sistem budaya yang diwarisi selama ini, alpa di dalam alam yang diwarnai oleh kepentingan
individualistik dan kemewahan. Perlilaku menjadi kronik.

Jika ini mendasari sifat rakyat Malaysia, bagaimana kita mahu memberi jenama yang berkualiti kerana
penjenamaan Malaysia bukan sahaja wajar menitikberatkan entiti ekonomi tetapi juga masyarakat
unggul, bangsa Malaysia yang berdaya-saing, inovasi dan bertanggungjawab, rajin dan lebih daripada
itu menghormati sesiapa sahaja atas dasar kemanusiaan.

Itulah kepentingan kempen ini agar ketrampilan masyarakat Malaysia turut dinilai berdasarkan kepada
kekuatan jatidiri yang terhasil dari modal insan yang berbudi, perilaku yang dikagumi.

Ini akan mengimbangkan penampilan fizikal negara yang memiliki prasarana negara kelas pertama
terutama dengan kemudahan–kemudahan yang canggih beserta bangunan yang mencakar langit apatah
lagi jalan rayanya juga bermutu tinggi.

Sudah pasti pelawat atau pelancong asing menjangkakan mentaliti penghuninya juga bersifat
masyarakat kelas satu, tinggi budinya dihiasi dengan warga berpendidikan sejajar dengan pembangunan
yang dinikmati.

Persoalannya, apakah kita sudah bersedia menjadi masyarakat kelas satu? Bagaimanakah kita dapat
nyatakan bahawa kita sudah berada di dalam kepompong masyarakat kelas satu apabila kita masih
memiliki mentaliti sindrom sikap sambil lewa dan mengambil sikap tidak peduli ke atas jiran kita.

Sikap individualistik menular akibat pembangunan. Jangan terkejut jika rakan sekerja kita tinggal di
satu kondominium dengan kita. Pergaulan sudah terbatas, meruntuhkan nilai budi bahasa kita. Kenduri
jarang dihadiri, majlis tahlil seolah-olah dianggap menganggu aktiviti seharian begitu juga dengan
semangat gotong-royong yang seperti ‘hidup segan, mati tak mahu’.

Pemandu kenderaan pula menganggap bahawa jalan raya adalah hak mutlak individu sehingga
menganggu emosi pemandu yang lain. Sikap tidak berbudi bahasa terbawa-bawa sehingga
membelakangkan nilai kemanusiaan.

Ada yang sanggup membunuh untuk menonjolkan sikap egoistiknya. Ada pula yang merompak tanpa
mengira mangsa.

Mungkin ada yang akan persoal sama ada penggantungan ke atas laporan media sudah memadai untuk
menunjukkan isu ini kritikal. Walau satu pembunuhan, walau satu kes rogol, walau satu kes rompakan,
sudah pasti ia menjejaskan sistem nilai kita walaupun agak sukar untuk melihat angka sifar di dalam
setiap isu yang disebutkan di atas.

11
Media bertanggungjawab ke atas pembacanya, maka dipaparkan isu ini bukan untuk menambahkan lagi
angka penglibatan tetapi untuk mencari jalan penyelesaian.

Apa yang diharapkan melalui kempen budi bahasa yang berterusan, yakin ia mampu mempengaruhi dan
melahirkan kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia supaya lebih bertimbang rasa, lebih bertoleransi
dan lebih memahami di antara satu sama lain.

Kempen mengedarkan pelekat kenderaan yang menampilkan motto ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ dan ‘Nilai
Murni Budaya Kita’ mempunyai mesej yang cukup jelas supaya sikap berbudi ini bukan sahaja akan
menjadikan mereka lebih cermat malahan kita dapat mengurangkan angka yang terkorban akibat
kemalangan jalan raya.

Ini kerana terdapat pemandu yang kurang bertimbang rasa, membuang sampah atau sisa makanan
mereka sewaktu memandu tanpa mengerti keselamatan pemandu yang lain. Malah sesetengah pula
terlalu khusyuk sehingga mengabaikan lampu isyarat merah untuk berhenti.

Di manakah nilai budi pekerti kita yang dikatakan masyarakat yang kaya dengan norma tersebut.
Apakah ini yang digelar pemandu sopan! Ada pula yang menggunakan lampu mereka sebagai memberi
tanda isyarat untuk memotong dan jika tidak diberi ruang maka ia dijadikan alasan untuk berlumba atau
memulakan satu pergaduhan.

Masyarakat Malaysia juga seolah-olah selesa dilabel sebagai seorang yang tidak tahu menepati masa.
Sudah menjadi satu kebiasaan sesuatu temujanji tidak ditepati dan menjadi lumrah tidak memohon
maaf atas kelewatan.

Seringkali kita mencari alasan seperti kesesakan lalu-lintas, saudara sakit, kereta rosak dan sukar
mencari lokasi temu-janji. Wujud pula cuti sakit kecemasan yang menimbulkan banyak keraguan!

Bagaimanakah personaliti yang unggul dapat dilahirkan jika kita gagal menyelami ciri-ciri asas dalam
kehidupan kita dan mencari seribu satu alasan untuk menutup kesilapan kita. Bagaimana pula kita boleh
dihormati sebagai seorang yang berdedikasi jika tuntutan asas seperti ini tidak dapat dipenuhi.

Jelas tanpa amalan berbudi, kita mungkin tidak akan dihormati secara jujur kerana penghormatan
sepatutnya datang dengan ikhlas dan bukan dibeli dengan wang ringgit.

Kita juga kadang-kadang menganggap status menentukan kedudukan dan kelas di dalam stratifikasi
masyarakat sehingga tidak sedar bahawa jika nilai budi tinggi, maka tinggilah penerimaan orang di
sekeliling kita.

Kempen budi-bahasa ini adalah proses sepanjang hayat. Ia bukan untuk semalam atau hari ini tetapi
juga untuk perkembangan kendiri masa depan. Kita juga wajar menyemati nilai-nilai ini terutama ke
atas warga kurang upaya dan warga emas yang juga merupakan aset negara.

Mereka bukan penumpang tetapi penyumbang ke arah kesejahteraan hidup rakyat berbilang kaum di
negara ini. Walaupun cacat anggota badan, ini tidak bermakna mereka harus diketepikan atau
didiskriminasi. Begitu juga dengan warga emas. Mereka merupakan golongan yang berpengalaman dan
mesti dihormati dan diberi tempat di dalam persekitaran semasa.

Berapa ramaikah yang akan memapah tangan mereka ketika

 melintas jalan, silap hari bulan mungkin mereka akan dilanggar oleh pemandu yang kurang cermat.
Andainya kita memiliki budi perkerti yang baik, nescaya kita dapat mengukuhkan sistem norma dan nilai
budaya masyarakat kita.

Jika kita memiliki nilai kemanusiaan yang tinggi, sudah pasti warga ini akan dilayan seperti sebahagian
dari masyarakat normal.

Ternyata kempen budi bahasa adalah bersifat menyeluruh, tidak mengira kepentingan mana-mana
pihak tetapi mahu mencapai matlamat Wawasan 2020 yang ketujuh iaitu masyarakat yang berbudi,
penyayang, sistem sosial yang membelakangkan diri sendiri tetapi mengutamakan masyarakat dengan

12
bertunjakkan sistem kekeluargaan yang mantap.

Keluarga merupakan asas kepada proses sosialisasi melahirkan individu yang berkualiti, individu yang
mempunyai kelakuan yang baik sekaligus menjadikannya antara insan negara kelas satu.

Kempen budi bahasa dianggap mekanisme atau pendekatan terbaik untuk memastikan sekurang-
kurangnya sedikit isu yang disenaraikan di atas dapat diatasi. Ini tidak bermakna bahawa Malaysia
ketandusan rakyat yang berkualiti malahan ramai masyarakatnya berjiwa besar dan menjadi contoh
kepada masyarakat luar.

Justeru pernyataan isu di atas hanyalah bertujuan memastikan bahawa kempen budi-bahasa ini bukan
semata-mata retorik tetapi mampu menangani masalah yang timbul sejak kebelakangan ini.

Orang ramai mesti memberi sokongan tidak berbelah bahagi untuk menjayakan kempen ini supaya
objektifnya tercapai. Perubahan sikap dan kesedaran penting kerana tanpa kedua-duanya, kempen ini
akan gagal.

Walaupun bukan mudah untuk merealisasikan wawasan untuk melahirkan generasi yang berbudi dan
memberi nokhtah kepada kepincangan di dalam kehidupan seharian, perancangan berterusan dari detik
ini mampu mengubah persekitaran hari ini pada masa yang akan datang.

Sokongan pemimpin, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan paling penting rakyat sendiri akan
mampu melihat kempen yang efektif dan menjana kelahiran masyarakat kelas satu di negara kelas
pertama.

Penulis Adalah Pengerusi Biro Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Lagu "Budi Bahasa Budaya Kita" nyanyian
penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sudah lama menjadi siulan

ramai, dan pencapaian Kempen Budi Bahasa


Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi. Yang indah itu bahasa yang elok itu budi”,
demikianlah ungkapan yang menggambarkan kepentingan berbudi bahasa dalam kehidupan
masyarakat kita. Ungkapan ini disusuli pula dengan bidalan yang mengatakan bahawa budi
bahasa tidak boleh dijual beli. Namun, semuanya ini hanya suatu retorik sehingga kerajaan
terpaksa melancarkan Kempen Berbudi Bahasa untuk menghidupkan kembali budaya berbudi
bahasa ini. Kempen Berbudi Bahasa yang dilancarkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian
dan Warisan (KeKKWa) baru‐baru ini jelas menunjukkan betapa kroniknya budi bahasa
masyarakat kita pada hari ini.

Melalui kempen ini, kita digalakkan supaya memberi ucapan dalam salam dan senyuman manis
sebagai tanda perkenalan atau menjalinkan hubungan yang lebih mesra. Dengan cara ini, kita
akan dapat membersihkan jiwa nurani kita daripada sifat sombong, meninggi diri dan ujub.
Malah, agama Islam menganggap senyuman itu sebagai satu ‘sedekah’ antara sesama
manusia. Selain memberi senyuman dan ucapan salam, amalan hormat‐menghormati antara
satu sama lain juga amat dianjurkan melalui kempen itu. Amalan ini akan dapat menjalinkan
kemesraan dan seterusnya merapatkan hubungan masyarakat majmuk di negara ini. Apatah lagi
jika penghormatan itu diberikan kepada orang tua tidak kira di mana‐mana sahaja kita berada.
Bukankah pepatah ada menyebut bahawa yang muda kita kasihi manakala yang tua harus kita
hormati? Sekiranya amalan ini dapat dipraktikkan, saya yakin bahawa matlamat kempen ini
dapat dicapai dalam jangka masa yang sangat singkat.

13
Bagi kakitangan kerajaan dan swasta yang bertugas di bahagian kaunter, layanan mesra
terhadap pelanggan atau orang ramai yang berurusan di kaunter mestilah diberi keutamaan.
Layanan yang sedemikian bukan sahaja akan memberi kepuasan maksimun kepada orang
ramai bahkan dapat meningkatkan imej kerajaan atau agensi tertentu yang selama ini telah
tercalar. Pada masa yang sama, amalan bertegur sapa yang dicanangkan melalui Kempen
Berbudi Bahasa ini dapat memenuhi aspirasi kerajaan untuk melahirkan masyarakat Malaysia
yang mempunyai sikap kasih sayang. Dengan mempunyai sikap budi bahasa yang baik,
seseorang akan mempunyai kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan
yang lahir daripada hati yang ikhlas.

Secara tuntas, amalan berbudi bahasa bukan bersifat sementara atau hangat‐hangat tahi ayam.
Sebaliknya, amalan ini harus menjadi paksi kehidupan kita yang mesti diteruskan kerana amalan
ini merupakan nilai‐nilai murni yang telah kita warisi sejak turun‐temurun. Sikap budi bahasa
akan mengalakan seseorang bersikap toleransi yang dedifinisikan sebagai kesanggupan
bertolak ansur,sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan  berlakunya pertelingkahan dan
persisihan faham demi kesejahteraan hidup. Bak kata pepatah, hidup dikandung adat mati
dikandung tanah.

Dicatat oleh SAHARUDDIN ABDULLAH

Sawadekap, selamat siang dan budi bahasa (Utusan Online)- Rencana


4/5/2010

"51 RINGGIT," tutur seorang gadis juruwang di sebuah restoran kontemporari yang lebih selesa melihat skrin
mesin juruwang daripada memandang muka pelanggan yang mahu membuat bayaran.

Dari segi adab, memang tidak sopan. Pelanggan yang sepatutnya dihargai, dilayan seperti orang mahu
berhutang pula. Sayang restoran yang gah dengan reka bentuk dalamannya yang serba 'wah', kaku dengan
pekerja berminda beku.

Dan senario ini bukan asing di sektor restoran dan perkhidmatan di Malaysia.

Di sebuah pusat beli-belah, seorang juruwang Melayu acuh tak acuh memaklumkan kepada pelanggan supaya
menukarkan baucer di kaunter di tingkat bawah. Daripada mimik mukanya, dia kelihatan sedang ada masalah.

Berbeza sekali dengan juruwang asing di kaunter sebelahnya (loghatnya dari Vietnam atau Kemboja) yang
bersungguh-sungguh menunjukkan lokasi baucer boleh ditebus.

Cuba amati pula kawasan meletak kenderaan di pasar raya. Troli diletakkan bersepah-sepah. Sikap suka
mmenyusahkan orang dan kiasu pentingkan diri sendiri nampaknya masih sukar diubati.

Di mana budi bahasa dan nilai-nilai murni rakyat Malaysia yang dibanggakan penuh tatasusila, kesopanan dan
nilai-nilai orang Timur?

Tidak hairan, ramai rakyat asing sering mengeluh apabila membeli-belah di Malaysia. Mereka dilayan seperti
tidak ada wang. Kadang-kadang seperti peminta sedekah.

Untuk ini, rakyat Malaysia perlukan kempen kesedaran. Dan kempen budi bahasa serta nilai-nilai murni ini telah
dilaksanakan sejak 2005 lagi. Kempen ini masih berlangsung sehingga kini dengan sekali sekala tersiar di media
elektronik tips-tips berbudi bahasa.

14
Kesannya, mungkin hanya ketara di sektor awam. Ia gagal mengubah perangai kasar sebahagian orang yang
anehnya, memilih pula bekerja untuk melayani orang ramai.

Suasana mesra dan dihargai memang masih jauh daripada yang sepatutnya. Ini begitu dirasai terutama kepada
mereka yang biasa berpergian ke luar negara.

Jangan pergi jauh. Sawadekap membuatkan kita selesa di Thailand. Selamat siang meruntun hati kita betah di
Indonesia. Ucapan pemanis seperti itu dilakukan secara wajar, meluncur bagai air dan bersahaja tanpa terlihat
kesan terpaksa.

Kita di Malaysia? Belum wujud budaya budi bahasa berkualiti dalam kerja dan kehidupan seharian kita.

Siapa yang harus dipersalahkan? Sistem pendidikan, orang tua kita atau orang politik. Siapa yang mengajar
rakyat tidak berbudi bahasa?

Berbudi bahasa, beradab, bersopan santun serta bertoleransi harus sentiasa disemai. Itu yang selalu dinyatakan
oleh elit politik. Bagaimana pula realitinya?

Di Hulu Selangor, setelah sembilan kali pilihan raya kecil dalam tempoh tiga tahun ini, kita seperti masih terlilit
dengan sikap kurang budiman. Elit politik seperti tidak peduli untuk memberi pendidikan politik yang sihat kepada
rakyat.

Nurani rasa tersentuh apabila semua calon bertanding pada pilihan raya kecil itu bersalaman dan berganding
tangan. Tetapi sayangnya itu cuma semasa penamaan calon. Ia hanya kosmetik demokrasi di atas pentas
politik.

Difahami jika mereka 'berperang' semasa tempoh kempen, Itu memang medannya. Tetapi apabila diumumkan
pemenangnya, calon pilihan raya terutama yang kalah seperti masih terbawa-bawa panasnya kempen.

Sentimen sempit kepartian lebih diutamakan. Apa salahnya calon yang kalah mengucapkan tahniah kepada
yang menang. Lebih molek saling bersalaman, kalaupun tidak berpeluk. Itu adat dan resam bertanding yang
dipupuk sejak prasekolah.

Kalah dalam pertandingan politik seperti juga dalam sukan tidak seharusnya menjadikan seseorang itu hilang
pertimbangan. Adat pertandingan ada yang menag, ada yang kalah.

Tetapi ada yang lebih suka menang jadi arang, kalah jadi abu. Memang sejarah lebih banyak berpihak kepada
yang menang, perkasa dan kuat. Sejarah di mana-manapun, lebih dominan menjadi milik kepada yang menang.

Tetapi yang kalah mungkin berpeluang tercatat dalam sejarahnya tersendiri, jika bersikap budiman. Lebih
penting ia dapat mendidik masyarakat amalan hidup yang betul. Mereka akan dikenang dengan sifat
budimannya.

Mesej tidak semestinya disampaikan dengan cara bercakap mahupun kempen. Ia lebih berkesan jika ditunjukkan
dengan perbuatan.

Ini mungkin antara punca masyarakat Malaysia kurang budi bahasanya, rendah sopan santunnya dan tak elok
adabnya. Kita banyak bercakap tapi kurang memberi contoh. Selalunya pula cakap tak serupa bikin.

program budi bahasa ini dilaporkan membanggakan, terutama di peringkat barisan depan
perkhidmatan awam.

Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan pada 11 Jan 2005 merupakan agenda lima tahun kerajaan
dalam misinya melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa.

15
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Lagu "Budi Bahasa Budaya Kita" nyanyian penyanyi
tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sudah lama menjadi siulan ramai, dan pencapaian
program budi bahasa ini dilaporkan membanggakan, terutama di peringkat barisan depan
perkhidmatan awam.

Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan pada 11 Jan 2005 merupakan agenda lima tahun kerajaan
dalam misinya melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa.

16

You might also like