You are on page 1of 58

STPM - Pengajian Am Kertas 1 - Bab 1 Konsep

Kenegaraan
Bab 1 ( Konsep Kenegaraan )

1.1 - Konsep Negara

1. Negara merujuk kepada suatu masyarakat yang menduduki sesebuah


kawasan yang mempunyai had sempadan tertentu dan diperintah oleh
sebuah kerajaan.
2. Secara umumnya, ciri-ciri sebuah negara ialah:
o Sempadan atau wilayah yang tetap, jelas dan diiktiraf
o penduduk yang tetap
o kerajaan yang sah dan teratur sistem pentadbirannya
o kedaulatan, iaitu mempunyai keupayaan untuk mengawal hal-ehwal
dalam negara serta mempunyai kebebasan untuk mengadakan
hubungan dengan negara-negara lain.

1.2 - Sistem Kerajaan

- Definisi Kerajaan

1. Ditakrifkan sebagai badan atau institusi yang bertanggungjawab


menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara
2. Tiga komponen utama dalam kerajaan dan fungsinya :
- Sistem Kerajaan

1. Kerajaan Kesatuaan
o Gabungan beberapa buah negeri dengan pemusatan kuasa oleh
Kerajaan Pusat.

o Kerajaan Pusat mempunyai kuasa untuk membatalkan undang-


undang yang telah dilulusankan oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan
Negeri atau pentadbiran tempatan mendapat arahan daripada
Kerajaan Pusat. Maka, Kerajaan Pusat lebih berkuasa berbanding
dengan kerajaan negeri dan tempatan.
o Contoh-contoh kerajaan kesatuan ialah Britian, Belgium, Itali,
Denmark, Sweden, New Zealand, Norway, Perancis, Korea Selatan,
Jepun, dan Kesatuan Soviet yang telah runtuh.

2. Kerajaan Konfederasi
o Kuasa kerajaan terletak dalam tangan kerajaan-kerajaan negeri.
o Kerajaan Pusat mempunyai kuasa yang terhad untuk mengawal
pentadbiran
o Kerajaan Konfederasi tidak kuasa yang mencukupi untuk dianggap
sebagai kerajaan yang stabil kerana kerajaan ini diwujudkan melalui
perjanjian yang longgar
o Kerajaan Konfederasi tikdak lagi wujud pada hari ini.
o Contoh-contoh kerajaan Konfederasi ialah Konfederasi Jerman Utara
1867-1871 dan Perlembagaan Empayar Jerman 1871-1918.

3. Kerajaan Persekutuan
o Kerajaan Persekutuan ialah gabungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan
Negeri atauKerajaan Tempatan:

o Setiap peringkat kerajaan mempunyai  autonomi perundangannya


sendiri dalam perkara-perkara tertentu.
o Kerajaan Pusat lazimnya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hal-
hal dalam negeri seperti agama, tanah, perhutanan dan perkara-
perkara yang tidak memerlukan keseragaman
o Contoh-contoh Kerajaan Persekutuan ialah Amerika Syarikat, Brazil,
Australia, India, Malaysia dan Kanada.

1.3 - Bentuk Negara

1. Bentuk negara ditakrifkan sebagai pentadbiran dan perundangan di


sesebuah negara
2. Terdapat beberapa bentuk negara. Antaranya:

- Kerajaan Monarki

1. Raja/Sultan atau Ratu menjadi pemerintah dan berkuasa sepenuhnya.


2. Jawatan ini dipegang seumur hidup dan warisan takhta berdasarkan
keturunan
3. Pentadbiran dijalankan oleh Raja atau Ratu dan lazimnya ahli keluarga atau
kaum kerabat memonopoli kuasa eksekutif.
4. Contoh-contoh Kerajaan Monarki ialah Arab Saudi, Kuwait, Qatar dan
Brunei Darussalam.

- Kerajaan Republik

1. Ketuanya ialah Presiden yang lazimnya dipilih oleh rakyat melalui pilihan


raya.
2. Kerajaan Republik tidak mempunyai raja dan Presiden bertindak
sebagai ketua eksekutif.
3. Contoh-contoh Kerajaan Republik ialah Amerika Syarikat, Indonesia,
Filipina, India, Perancis, Portugal, dan Singapura.

- Kerajaan Demokrasi

1. Kerajaan Demokrasi dibentuk berasaskan konsep " Kerajaan rakyat, oleh


rakyat, untuk rakyat ".
2. Antara ciri Kerajaan Demokrasi ialah
o Rakyat mempunyai hak-hak asasi, persamaan, dan kebebasan.
o Pilihan raya diadakan dari masa ke semasa.
o Warganegara yang berusia 21 tahun ke atas berhak mengundi serta
berhak bertanding dalam pilihan raya.
o Proses pengundian dijalankan secara sulit dan kemenangan majoriti
sesebuah parti politik akan membolehkan parti politik tersebut
memerintah
o rakyat memilih wakil-wakil dalam badan perundangan
3. Kerajaan Demokrasi juga mengamalkan doktrin pengasingan kuasa.
4. Kerajaan Demokrasi terdiri daripada Demokrasi Berparlimen dan Demokrasi
Berparlimen.
5. Kerajaan Demokrasi Berparlimen mempunyai Raja/Presiden sebagai ketua
negara yang mempunyai kuasa simbolik.
6. Contoh Kerajaan Demokrasi Berparlimen ialah Malaysia, Thailand,
Singapura, Jepun, dan India
7. Kerajaan Demokrasi Berpresiden pula mempunyai Presiden yang
merupakan ketuaeksekutif negara.
8. Contoh Kerajaan Demokrasi Berpresiden ialah Amerika Syarikat dan
Filipina.

- Kerajaan Autokrasi

1. Diterajui oleh individu atau golongan tertentu yang mempunyai kuasa


mutlak  dalam pemerintahan.
2. Kebebasan awam terhad dan rakyat dipaksa mematuhi kerajaan.
1.4 - Pengasingan Kuasa

1. Doktrin pengasingan kuasa ini diperkenalkan oleh Montesquieu, seorang


ahli falsafah Perancis menerusi bukunya yang berjadual The Spirit of Laws
2. Pembahagian kuasa kerajaan kepada tiga badan, iaitu:
o Badan perundangan seperti Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
o Badan eksekutif seperti Kabinet dan Kementeriannya
o Badan Kehakiman seperti Mahkamah-Mahkamah
3. Tujuannya adalah untuk
o Mengelakkan tumpuan Kuasa yang tidak terhad oleh mana-mana
badan di atas
o Mengelakkan penyalahgunaan kuasa
o Menjamin pentadbiran yang lebih cekap
o Menjamin rakyat mendapat keadilan undang-undang

- Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia

" X " diwakil oleh kuasa relatif dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong di peringkat
Persekutuan dan Sultan atau Yang Dipertua Negeri di peringkat Negeri
STPM - Pengajian Am Kertas 1 - Bab 2 Perlembagaan
Bab 2 ( Perlembagaan )

2.1 - Takrif & Konsep Perlembagaan

1. Perlembagaan merupakan kumpulan peraturan dan undang-undang yang menjadi


asas pembentukan sesebuah negara.
2. Perlembagaan juga akan menggariskan dengan jelas ciri-ciri kerajaan dan
hak-hak asasi rakyatnya serta pembahagian kuasa permerintahan pelbagai
pihak.
3. Sekiranya Perlembagaan tidak dipatuhi, hal ini bermakna negara berkenaan
akan berada dalam keadaan huru-hara dan kerajaan gagal melaksanakan
pemerintahannya.
4. Perlembagaan bertulis bermaksud undang-undang yang ditulis secara hitam
putihmanakala perlembagaan tidak bertulis bermasksud asas undang-
undang sudah lama wujud dan sudah menjadi adat yang dipatuhi sejak
turun temurun seperti perlembagaan bertulis di British.

2.2 - Ciri-Ciri Perlembagaan Persekutuan Malaysia ( PPM )

1. PPM merupakan Perlembagaan bertulis.


2. Perlembagaan merupakan sumber segala perundangan lain yang wujud
dalam negara.
3. Perlembagaan mengandungi undang-undang tertinggi untuk mewujudkan
satu sistem kerajaan yang teratur.
4. PPM boleh dipinda dari masa ke masa demi memenuhi perubahan semasa.
5. PPM memperakui semua undang-undang yang digubal di Persekutuan
sebelum hari merdeka dan ada di sabah dan sarawak sebelum hari Malaysia
yang tidak bercanggahdengannya.

p.s PPM stands for Perlembagaan Persekutuan Malaysia

2.3 - Konsep Ketertinggian Perlembagaan


2.4 - Ciri-ciri Kerajaan Malaysia yang digariskan dalam Perlembagaan
Malaysia

 
STPM - Pengajian Am Kertas 2 - Bahagian A dan B
( Esei )
Bahagian A dan B ( Esei )

 Setiap soalan dalam pengajian am kertas 2 mempunyai kata kunci jawapan


 Pelajar mesti menganalisis kehendak soalan dengan cara mengenai pasti
kata kunci dan petunjuk jawapan

( 1 ) Bentuk soalan A dan B

1. Bentuk Tunggal ( Satu set jawapan yang sama )


o Pusat sumber sekolah menyediakan banyak kemudahan kepada guru
dan pelajar untuk mendapat ilmu pengetahuan. Bincangkan
kepentingan Pusat Sumber Sekolah dalam konteks merealisasikan
minat membaca. SKEMA : ( 4 + 0 )
o Mata Pelajaran Sejarah adalah subjek teras yang diajar kepada
semua pelajar di peringkat sekolah menengah. Bincangkan
kepentingan mata pelajaran Sejarah.SKEMA : ( 4 + 0 )
o Kos pembikinan bukanlah faktor utama yang menyebabkan filem
tempatan kurang bermutu. Sejauh manakah anda bersetuju dengan
penyataan diatasSKEMA : ( 1 + 3 )
o Hukuman merotan boleh menjadi satu alternatif kepada pihak
sekolah untuk mengawal disiplin pelajar. Pendekatan psikologi dan
cara lain juga mampu mengurangkan masalah disiplin di sekolah.
Jelaskan. SKEMA : 1 + 1 + 2 ( Mana - mana 2 daripada cara-
cara lain 
2. Bentuk Berkembar ( dua set jawapan berasingan )
o Sumber tenaga nuklear memberi banyak manfaat kepada manusia
walau bagaimanapun sumber alternatif ini juga boleh mengancam
kehidupan dan alam sekitar. Bincangkan. SKEMA : ( 2 + 2 )
o Kegiatan memberi pinjaman wang secara haram seperti " Along "
mendapat sambutan kerana wujud permintaan daripada orang ramai
yang memerlukannya. Namun ramai peminjam menghadapi risiko
apabila gagal menjelaskan pinjaman. Bincangkan. SKEMA ( 2 + 2 )
o Kejadian jenayah indeks dan bukan indeks di Malaysia semakin
meningkat dan amat membimbangkan semua pihak. Jelaskan punca
fenomena ini semakin meningkat dan kesannya kepada
negara. SKEMA ( 2 + 2 )

( 2 ) Memahami kata kunci soalan

Kata Kunci Soalan - Bincangkan

Maksud / Ulasan Kata Kunci

1. Jika di awal ayat - skema jawapan 4+0


o Hasil sawit merupakan bahan komoditi negara yang diusahakan
secara individu, syarikat atau agensi-agensi kerajaan. Bincangkan
kepentingan minyak sawit kepada pembangunan negara.
2. Jika di awal ayat - skema jawapan 2 + 2
o Taraf kesihatan dan kehidupan masa kini dijangka akan berupaya
melanjutkan lagi hayat manusia dan menambah bilangan warga tua
dalam masyarakat Malaysia. Bincangkan implikasi peningkatan warga
tua di negara ini.
3. Jika di akhir ayat - skema 2 + 2
o Sumber buruh asing dari Indonesia dapat menjana pertumbuhan
ekonomi negara. Kemasukan tenaga buruh tanpa kawalan akan
menimbulkan masalah sosioekonomi kepada penduduk tempatan.
Bincangkan.
o Industri pelancongan menyumbang kepada kemajuan negara.
Namun, Sumbangan positif industri tidak seharusnya melalaikan kita
kepada kesan negatif. Jelaskan

Kata Kunci Soalan - Jelaskan

Maksud / Ulasan Kata Kunci

1. Jika di awal ayat - skema jawapan ( 4 + 0 )


o Untuk mencapai status negara maju, sesebuah negara perlu
mencapai tahap kemajuan sains dan teknologi yang tinggi. Jelaskan
peranan sains dan teknologi dalam konteks pernyataan ini.
o Bahan toksik boleh boleh mengancam kesihatan dan keselesaan
manusia sekiranya baha buangan ini tidak diuruskan dengan baik.
Jelaskan kesan bahan buangan toksik kepada hidupan dan alam
sekitar.

Kata Kunci Soalan - Huraikan

Maksud / Ulasan Kata Kunci

1. Jika di akhir ayat - skema jawapan 2 + 2


o Jalan raya adalah pemangkin kepada kemajuan ekonomi negara dan
merupakan sumber utama perhubungan darat antara bandar-bandar
utama dan juga kawasan-kawasan lain. Huraikan.
o Tugas mendidik anak-anak merupakan tugas utama ibu bapa, namun
kesibukan mereka memberi kesan kepada tingkah laku anak-anak.
Huraikan.

Kata Kunci Soalan - Ulaskan

Maksud / Ulasan Kata Kunci

1. Jika di akhir ayat - skema jawapan 2 + 2


o Sungguhpun penciptaan alat-alat komunikasi satelit memang
mempunyai keistimewaan dan kebaikan tertentu, namun penciptaan
alat-alat itu sebenarnya menimbulkan masalah dalam kehidupan
manusia. Ulaskan.

Nota tambahan :
 Isi ikut keutamaan
 Cari fokus dalam soalan
 Tidak perlu hurai isi dulu
 Tulis isi dengan ringkas dan padat
 Dalam huraian isi barulah dihuraikan panjang lebar

STPM Pengajian Am 2010 – Tips and Spotted Topics for Paper 900/2 ( General
Paper)

Bahagian A (Karangan Laras Sastera)

1. Budaya Samseng salah laku pelajar ( Gangsterism ) [ Negeri Kelantan ]


2. Modal Insan ( Rancangan Malaysia Ke-9 ) [ Negeri Sabah ]
3. Kemalangan dalam perindustrian [ Negeri Perak ]
4. Bincangkan faedah globalisasi [ Negeri Perak ]
5. Aktiviti perlumbaan haram [ Negeri Perak ]
6. Punca-punca kebakaran dan langkah langkah [ Negeri Perak ]
7. Kad Kredit [ Negeri Perak ]
8. Rasuah [ Negeri Melaka ]
9. Keganasan penderaan, merompak, membunuh, merogol dan pembuli jalan
raya [ Negeri Melaka ]
10. Keganasan Rumah Tangga [ Negeri Sarawak ]
11. Jenayah ragut [ Negeri Pahang ]
12. Gejala penemuan mayat bayi di tempat pembuangan sampah atau
sungai [ Negeri Kelantan ]
13. Kebanjiran program reality dalam dunia hiburan [ Negeri
Terengganu ]
14. Kesesakan lalu lintas di pusat-pusat Bandar [  Negeri Terengganu  ]
15. Jenayah penculikan kanak-kanak di Negara kita semakin
membimbangkan [ Negeri Sabah ]
16. Wilayah Pembangunan Ekonomi Koridor [ Negeri Sabah ]
17. Pengguna dan pihak berkuasa menentukan turun naik harga
barangan [  Negeri Sarawak ]
18. Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa mendatangkan pelbagai
manfaat kepada sesebuah Negara [ Negeri Johor ]
19. Kokurikulum [ Negeri Johor ]
20. Pelancongan kesihatan [ Negeri Pahang ]
21. OKU ( orang kurang upaya ) [ Negeri Pahang ]
22. Perpaduan [ Negeri Sembilan ]
23. Memartabatkan warisan budaya tempatan [ Negeri Sembilan ]

Bahagian B (Karangan Laras Sains)

1. Kebanyakan ibu moden suka menyediakan susu formula untuk anak-anak


mereka, namum terdapat segenlitir ibu lebih suka menyusu anak mereka
sendiri. Jelaskan ciri-ciri perbezaan antara penyusuan susu ibu dengan susu
formula. [ Negeri Terengganu ]
2. Sampah atau sisa pepejal atau kitar semula [ Negeri Kelantan ]
3. Memelihara biodiversity kepelbagaian biologi [ Negeri Sabah , Perak ]
4. Peranan satelit dalam memajukan sesebuah Negara [ Negeri Sabah ]
5. Jelaskan kesan-kesan ketidakcekapan pengurusan pembangunan fizikal
terhadap alam sekitar dan kehidupan. [ Negeri Perak ]
6. Bincangkan keadah pengurusan bahan buangan pertanian yang dapat
mendatangkan manfaat kepada manusia. [ Negeri Perlis ]
7. Bincangkan kewajaran dan kelemahan usaha penerokaan angakasa lepas
[ Negeri Perlis ]
8. Industri ternakan haiwan [ Negeri Kedah ]
9. Akuakultur [ Negeri Kedah, Perak ]
10. Bahan kimia toksik mengancam kesihatan [ Negeri Pahang, Johor ]
11. Wabak selesema burung ( virus influenza A, iaitu H5N1 ) [ Negeri
Kelantan ]
12. Penyakit kardiovaskular punca [ Negeri Melaka ]
13. Impak pengambilan makanan suplemen [ Negeri Johor ]
14. Sains dan teknologi mampu menangani krisis makanan berkhasiat
[ Negeri Johor ]
15. Penyakit berbahaya. [ Negeri Kelantan ]
16. Penggunaan teknologi penyinaran atau radiasi baik dan buruk
[ Negeri Pahang ]
17. Hutan menjejaskan kestabilan ekologi [ Sarawak ]
18. Alam sekitar [ Wilayah Persekutuan ]
19. Faktor yang menyebabkan manusia diancam pelbagai penyakit pada
masa kini [ K.L ]
20. Teknologi komunikasi [ Kelantan ]
TEMA LARAS SAINS: PENYAKIT MENTAL

Pengenalan‐ Penyakit Mental

Apa itu penyakit mental?

• Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang
boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku
seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan
baik.
• Kajian pemantauan penyakit yang dijalankan di Malaysia pada tahun 1996
mendapati
hampir 11.1% daripada golongan dewasa Malaysia dikesan mengalami penyakit
mental.
• Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit mental
adalah
antara 5 penyakit utama yang menyebabkan hilang-upaya di seluruh dunia dan
dijangkakan pada tahun 2020 penyakit ini akan menjadi penyebab kedua tertinggi.
Adakah semua penyakit mental serupa?
Penyakit mental bukanlah hanya sejenis penyakit sahaja. Ia terdiri dari berbagai
kategori
penyakit. Secara umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan
utama:

1. Neurosis:
o Mereka yang tergolong di dalam kumpulan ini lazimnya mengalami
perubahan dan gangguan di dalam pemikiran, perasaan dan kelakuan tanpa
menjejaskan kewarasan mereka.
o Individu yang mengalami penyakit neurosis selalunya sedar akan keadaan
kesihatan mereka.Fungsi harian mereka mungkin terganggu sedikit. Antara
contoh penyakit neurosis adalah seperti berikut:
�� Kemurungan
�� Kemurungan adalah perasaan sedih yang melampau dan
berpanjangan. Sedih adalah perasaan yang sering kita alami.
Akan tetapi jika perasaan sedih itu terlalu berat untuk
ditanggung dan berpanjangan melebihi tempoh 2 minggu serta
menganggu fungsi kehidupan seharian maka ia bukanlah sedih
lazim tetapi penyakit kemurungan.
�� Kebimbangan
�� Penyakit ini digejalai oleh perasaan bimbang, resah dan gelisah.
Seseorang itu akan berasa tertekan, tegang, berpeluh, berdebardebar
dan berasa takut melampau akan bahaya yang mereka
tidak ketahui puncanya

2. Psikosis:
Mereka yang mengalami penyakit psikosis mengalami perubahan yang amat
ketara di dalam pemikiran, perasaan dan tingkahlaku mereka. Kewarasan
mereka juga terjejas
o Penderita akan berasa keliru dengan mengalami suara-suara ghaib
berkomunikasi dengan mereka. Ia dikenali sebagai halusinasi. Mereka juga
mempunyai kepercayaan pelik yang tidak dikongsi oleh orang lain dan
menyebabkan reaksi melampau dari pesakit berkenaan. Ia dipanggil delusi.
Antara contoh delusi ialah - ada orang mahu menganiaya atau berbuat jahat
kepada mereka menyebabkan mereka bertindak menyerang orang yang
disyakinya secara membahayakan
o Mereka mungkin bercakap dengan merapu / mengarut; berkelakuan aneh
seperti bercakap seorang, ketawa atau marah dengan tiada bersebab.
Contoh psikosis yang sering dialami adalah:
�� Schizophrenia :
�� Antara ciri utama ialah: halusinasi; delusi; kecelaruan
pemikiran, kecelaruan pertuturan dan tingkahlaku. Prestasi
kerja mereka juga merosot dengan ketara.
�� Kecelaruan manik-depresif (dwikutub):
�� Penyakit ini mengakibatkan mereka mengalami perubahan
ketara dari segi emosi. Mereka sering hilang kawalan dan
menjadi terlalu gembira (fasa manik) atau terlalu sedih (fasa
kemurungan).

3. Kecelaruan Personaliti:
o Secara asasnya kecelaruan ini membuat seseorang itu mengalami kecacatan
perwatakan atau karekter. Masalah yang dialami ini boleh menberi kesan
kepada perhubungan interpersonal dengan orang di sekelilingnya.

Apa yang menyebabkan berlakunya penyakit mental?

Penyebabnya tidak diketahui dengan tepat. Kajian masih dijalankan untuk


memperincikan
punca sebenar penyakit ini. Namun terdapat beberapa faktor yang menyumbang
terjadinya
penyakit mental.

1. Faktor genetik/ keturunan:


o Ahli di dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit mental berisiko
lebih tinggi berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan.

2. Gangguan bahan kimia dalam otak:


o Bila bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter tidak
berfungsi dengan baik gejala penyakit mental akan muncul. Sebagai
contohnya:
�� Schizophrenia: Penghasilan dopamin secara berlebihan
�� Kemurungan: Paras serotonin terlalu rendah
�� Mania: Paras serotonin meningkat secara melampau
�� Kebimbangan: terdapat gangguan di dalam pengeluaran dan fungsi
noradrenalin

3. Jangkitan virus:
�� Mengikut kajian ada penyakit akibat jangkitan virus telah dikaitkan
dengan kemunculan penyakit mental.
4. Sejarah hidup yang getir:
�� Sebagai contoh: mengalami proses kelahiran yang sukar, kehilangan
ibubapa semasa kecil, terlalu banyak mengalami cabaran hidup yang
sukar

5. Keadaan sosio-ekonomi yang rendah:


�� Faktor kemiskinan, tiada kemudahan asas atau keganasan di dalam
masyarakat boleh meningkatkan masalah penyakit mental.
Bolehkah penyakit mental diubati?
• Ya
• Kemajuan dalam bidang perubatan moden telah membolehkan penemuan ubat-
ubat
yang lebih berkesan di dalam merawat penyakit mental.
• Hampir semua ubat yang digunakan untuk merawat penyakit mental mengambil
masa
sebelum kesan positifnya boleh dilihat. Kesabaran meneruskan pengambilan ubat
secara konsisten amat digalakkan.
• Selain ubat psikotropik pendekatan sokongan seperti kaunseling, psikoterapi,
terapi
kognitif, terapi berkelompok, terapi keluarga, pendidikan psikologi, terapi
pemulihan
carakerja dan pemulihan psiko-sosial telah terbukti sama pentingnya.
Di manakah bantuan boleh diperolehi?
Semua hospital dan klinik kesihatan di Malaysia mempunyai anggota yang telah
dilatih untuk
memberi rawatan kepada mereka yang mengalami masalah penyakit mental. Pakar
psikiatri
akan dirujuk untuk kes-kes yang rumit.

Adakah sebarang ujian yang boleh mengesan kewujudan


penyakit mental?
• Ya..
• Mereka yang ingin mengetahui status masalah kesihatan mental mereka boleh
mengambil satu ujian yang mudah dan ringkas iaitu Kajiselidik Kesihatan General
Health Questionnaire (GHQ).
(Anda memerlukan Adobe Acrobat Reader untuk melihat dokumen tersebut)
GHQ adalah satu kaedah saringan bagi menilai tahap kesihatan mental individu. Ia
bagaimanapun tidak dapat menggantikan pemeriksaan dan penilaian yang lazim
dijalankan oleh anggota kesihatan mental yang terlatih.
• Terima kasih di atas usaha anda mengambil ujian GHQ
• Jika skor anda < 4 =" :"> 5 =: Anda mengalami masalah kesihatan mental yang ketara.
Adalah mustahak agar anda bertemu anggota kesihatan mental yang terlatih untuk
menjalani penilaian selanjutnya.

Rujukan
• www.medscape.com/medscape/Psychiatry/clinicalupdate
• American Psychiatric Association

PENYAKIT MENTAL MENJEJASKAN EKONOMI NEGARA


CONTOH SOALAN : Bilangan rakyat yang mengalami penyakit mental semakin meningkat dari
hari ke hari. Hal ini amat membimbangkan negara kerana boleh mendatangkan kesan negatif
terhadap pembinaan modal insan. Bincangkan kesan negatif tersebut

Pertambahan pesakit mental yang berterusan boleh mengakibatkan negara mengalami


kerugian sehingga mencecah RM1 bilion kerana produktiviti negara terjejas akibat masalah
tersebut.

Presiden Persekutuan Psikologi dan Kesihatan Mental ASEAN, Prof. Dr. Mohd. Hussain Habil
berkata, jumlah kerugian tersebut merupakan kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar
dalam bidang psikologi dan psikiatri.

“Kesan utama yang jelas boleh dilihat daripada masalah ini ialah ekonomi keluarga mangsa
mulai terjejas dan seterusnya terhadap ekonomi negara.

“Maka jika lebih ramai rakyat Malaysia mengambil remeh terhadap masalah tekanan mental,
lebih banyak kerajaan terpaksa menanggung beban daripada kesan penurunan produktiviti,”
katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas kesan daripada jumlah pesakit mental di negara ini yang terus meningkat
sebanyak 400,227 kes pada tahun lalu berbanding 364,196 kes pada tahun sebelumnya. 

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, statistik juga menunjukkan sebanyak
11.2 peratus daripada pesakit mental terdiri daripada mereka yang berusia 16 tahun ke
atas. 

Mohd. Hussain berkata, penyakit mental sebenarnya tidak mendatangkan bahaya atau
kecederaan kepada sesiapa sebaliknya lebih bahaya kepada negara kerana menjejaskan
ekonomi negara. 

Sehubungan itu katanya, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil berat terhadap masalah
tekanan hidup dengan sentiasa menjadikan hospital sebagai tempat rujukan pertama. 

Bagaimanapun ujar beliau, masalah orang ramai terutama keluarga kepada pesakit ialah
mereka lebih cenderung dan mempercayai cara ubatan tradisional. 

“Kerana itu segelintir pesakit mental tidak sembuh sepenuhnya kerana tidak dirawat secara
menyeluruh seperti yang diamalkan oleh pakar-pakar perubatan di hospital sakit mental
dalam negara,” kata beliau. 

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Psikologi dan Psikiatri Malaysia, Dr. Abdul Kadir Abu
Bakar bagaimanapun berkata, pertambahan pesakit mental yang dilaporkan oleh
Kementerian Kesihatan itu merupakan petanda yang baik. 

Jelas beliau, perkembangan itu menunjukkan masyarakat telah menyedari kepentingan


mengawal masalah tekanan mental yang boleh membawa keburukan kepada diri pesakit jika
tidak mendapatkan rawatan segera. 

Beliau berkata, tekanan dalam diri bukan sahaja menyebabkan seseorang itu akan
mengalami penyakit mental bahkan daripada segi fizikal individu itu boleh mengalami sakit
jantung yang merupakan penyakit pembunuh.
KAEDAH MEMULIHKAN PENYAKIT MENTAL

CONTOH SOALAN : Nyatakan kaedah atau rawatan-rawatan yang boleh dilakukan bagi
memulihkan penyakit mental.

Cara Rawatan Penyakit Mental

Jenis-Jenis Penyakit Mental Yang Perlukan Rawatan:- 

Neurosis § Psikosis 
Penyakit mental organik seperti nyanyuk 
Gangguan personaliti 
Psikiatri di kalangan kanak-kanak seperti autism dan hiperaktif 
Ketagihan dadah dan alcohol 
Percubaan membunuh diri 
Berbanding dengan rawatan penyakit mental ia biasanya merangkumi, rawatan fizikal,
psikologi dan social.

Rawatan fizikal dan rawatan psikologi seperti:- 


Kaunseling 
Psikoterapi 
Tingkah laku 
Rawatan Sosial 
Rawatan Fizikal 
Selain ubat-ubatan, penggunaan arus eektrik (electro convulsive therapy) mungkin
diperlukan kepada sesetengah pesakit yang terlalu murung atau terlalu agresif yang tidak
bertindak balas dengan ubat-ubatan. 

Rawatan Psikologi 
Rawatan psikologi kepada pesakit ini, termasuklah rawatan kaunseling dan psikoterapi. 

Kaunseling yang dilakukan ini termasuklah:

Pendidikan yang menjelaskan berhubung symptom-simptom yang dihadapi pesakit. 


Aspek pengambilan ubat 
Konsep tekanan, cara menanganinya, motivasi diri dan harga diri. 
Aspek perhubungan kekeluargaan, rakan kerja dan lain-lain. 
PSIKOTERAPI 

Psikoterapi merupakan rawatan psikologi bersifat dua hala antara doctor dan pesakit yang
memerlukan doctor mengikuti kursus dan latihan tertentu. 

Antara bentuk psikoterapi yang dilakukan ialah:-

Psikoterapi dinamik 
Psikoterapi kognitif 
Psikoanalitik psikoterapi 
Bagaimanapun tidak semua pesakit sesuai menjalani rawatan psikoterapi seumpama ini,
hanya untuk pesakit neurosis tertentu dan pesakit mestilah bermotivasi tinggi, berfikiran
terbuka, bijak dan penyakit yang dihadapi tidaklah terlalu kronik. 

Hubungan pesakit pada masa lampau mewarnai persepsi dan tingkah laku pesakit pada masa
kini. Dalam menjalani rawatan psikoterapi ini, doctor akan menjelaskan punca (dinamik)
sesuatu konflik itu terjadi atau bermula. 

Konflik yang dihadapi oleh seseorang sama ada hubungan dengan ibu bapa atau keluarga
banyak mencorak cara pesakit berinteraksi dengan individu lain. 

Justeru, penting untuk individu yang membantu merawat pesakit menjelaskan keadaan yang
mereka alami bagi membantu mereka menangani masalah yang dihadapi. 

Rawatan jenis ini boleh dilakukan secara individu atau rawatan berkumpulan di mana
pesakit lain diambil dalam jumlah empat hingga enam orang, dengan julat umur yang
hampir sekata di samping persamaan pada personality dan permasalahan yang hampir
serupa. 

Melalui kaedah ini, pesakit akan bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain dan cuba
belajar menangani masalah yang mereka hadapi. 

Terapi kumpulan ini biasanya dilakukan kepada mereka yang menghadapi masalah penagihan
dadah, mangsa kejadian yang tragis yang dikategorikan dalam kumpulan post traumatic
disorder seperti mangsa runtuhan bangunan tinggi Higland Tower. 

TERAPI TINGKAHLAKU 

Kaedah jenis ini biasanya digunakan untuk merawat masalah tingkahlaku, contohnya seperti
mereka yang fobia pada tempat tinggi secara berperingkat-peringkat. Secara tidak langsung,
ia melatih pesakit supaya lebih berani. 

Antara penyakit yang digunakan untuk merawat masalah ini termasuklah masalah neurosis
seperti panik, fobia dan obsesif kompulsif. 

Rawatan ini juga diberikan kepada mereka yang menghadapi masalah terencat otak di mana
fungsi social mereka biasanya terganggu. 

Adakalanya pesakit akan diberi beberapa latihan dan hasil yang diperolehi pesakit akan
diberi penghargaan atau hadiah-hadiah tertentu. 

Kaedah asertif ini juga sesuai dipraktikan dikalangan kanak-kanak bagi membentuk sikap dan
tingkahlaku mereka. 

SOSIAL - Latihan Asertif 

Mereka yang menghadapi penyakit mental seperti neurosis dan psikosis kronik biasanya tidak
asertif. Asertif bermaksud keupayaan menyatakan tidak kepada sesuatu permintaan, pesakit
menyedari dan faham bahawa bertindak asertif tidak mengakibatkan seseorang kehilangan
rakan, mencetuskan persengketaan dan sebagainya. 

Malah, ia menyebabkan seseorang itu lebih dihormati, disegani dan tidak mudah diperkotak-
katikkan oleh orang lain di mana pesakit mudah berasa tertekan. 
KOMUNITI 

Dalam menangani masalah ini, masyarakat juga tidak terkecuali daripada memainkan
peranan untuk membantu memulihkan pesakit. Proses rehabilitasi pemulihan memerlukan
sokongan ahli masyarakat seperti menyediakan bengkel dan tempat-tempat perlindungan
yang dapat menyediakan latihan dan pekerjaan kepada pesakit. Ini kerana pesakit tidak
mungkin dapat bersaing di pasaran terbuka. 

Rawatan Sosial 
Rawatan pemulihan termasuklah pemulihan pekerjaan, pemulihan social. Ini termasuklah
aspek kebersihan diri dan urusan rumahtangga.

Mengapa pesakit mental memerlukan kesemua rawatan komprehensif

Mereka yang menghadapi masalah mental biasanya menghadapi gangguan emosi dan
gangguan pemikiran yang sekaligus menganggu hubungan social mereka dengan orang ramai
dan cara mereka bertindak. 

Justeru sekiranya rawatan komprehensif tidak diberikan, pesakit tidak mungkin dapat
menikmati kehidupan yang sihat, sejahtera dan sempurna seperti individu normal yang lain.
Pada masa yang sama, ahli keluarga juga bertanggungjawab membantu pesakit dalam proses
pemulihan dan menangani masalah yang timbul.

Malaysia Mental Health Association (MMHA) 


http://www.mentalhealth.org.my

PUNCA PENYAKIT MENTAL

CONTOH SOALAN : Penyakit mental berlaku disebabkan oleh tekanan hidup yang dialami
oleh pesakit. Bincangkan punca penyakit mental dan langkah-langkah yang boleh diambil
untuk memulihkan pesakit mental.

Kemahiran tangani tekanan cara berkesan atasi bunuh diri


JIKA disorot kembali sejak awal tahun ini, masyarakat dikejutkan pelbagai kes bunuh diri
dan cubaan membunuh diri. Apabila ada golongan profesional seperti doktor dan peguam
yang mengambil keputusan untuk bunuh diri, ramai yang tidak dapat memahami kenapa
jalan itu dipilih. Belum lagi dikira dengan kes terminum racun dan terjatuh bangunan.

Pada 19 November, akhbar melaporkan cubaan membunuh diri seorang wanita berusia 38
tahun dari Kuala Terengganu yang cuba membakar diri dan bayinya berusia lapan bulan.
Semuanya dikaitkan dengan tekanan dan konflik hidup sebagai puncanya.

Jika orang dewasa yang matang tidak dapat mengawal perasaan, apatah lagi remaja dan
kanak-kanak. Pada tarikh sama, seorang pelajar Tahun Enam ditemui mati tergantung
dengan sehelai selimut dalam bilik di rumahnya di Pulau Pinang. Murid itu dikatakan kecewa
dengan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti
Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Md Zain, berkata kes seperti ini berpunca daripada
tekanan keterlaluan.
“Tahap pendidikan seseorang tidak semestinya menjadi kayu ukur buat mereka menangani
masalah atau tekanan. Malah, ia juga bukan perisai menentukan keupayaan mereka
berhadapan dengan tekanan.

“Sama ada berpendidikan, berkerjaya profesional atau tidak, tekanan yang tidak terkawal
boleh membuatkan seseorang itu hilang kawalan pada akhirnya,” katanya.

Bukan semua individu dapat menangani tekanan hidup dengan baik. Cara dan tahap
seseorang menerima sesuatu tekanan adalah berbeza. Mungkin bagi individu A, masalah
dihadapi individu B dianggap remeh, tetapi tidak bagi individu B. Begitulah juga sebaliknya.

Kemampuan menangani tekanan bergantung kepada beberapa perkara iaitu personaliti


seseorang, individu contoh seperti ibu bapa atau idolanya, ahli keluarga dan juga rakan
sebaya.

Azhar tidak menafikan gaya hidup masa kini mungkin menjadi punca tekanan, turut memberi
contoh negara maju seperti Eropah dan Jepun mencatatkan kadar bunuh diri yang tinggi.

Tekanan boleh muncul dalam pelbagai keadaan. Misalnya tekanan daripada ahli keluarga, di
tempat kerja dan rakan serta persekitaran mendesak sehingga ada yang tidak sanggup
berhadapan masalah. Ia bermula dengan perubahan tingkah laku yang biasanya membawa
kepada kemurungan.

“Ada banyak sebab bagi kemurungan, namun yang penting adalah cara menanganinya. Orang
terdekat adalah individu bertanggungjawab untuk mengenalpasti faktor itu.

“Satu caranya ialah melapangkan masa untuk menjadi pendengar yang baik. Individu yang
pernah cuba membunuh diri biasanya memendam rasa. Besar kemungkinan dia akan kembali
mencuba. Walaupun dirawat, mereka masih lagi memerlukan perhatian,” katanya.

Selain itu, sekiranya mereka memiliki sistem sokongan yang kuat, terutamanya daripada ahli
keluarga yang prihatin, masalah ini boleh diatasi. Mungkin ada yang malu mengakui mereka
perlu mendapatkan rawatan kaunselor kerana bimbang dikategorikan sebagai pesakit
mental, dipinggirkan keluarga dan masyarakat.

Justeru, tahap stres akan meningkat dan daripada masalah kemurungan kecil ia bertambah
besar hingga mereka mengambil tindakan yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang
lain.

Sebenarnya, bantuan awal boleh diberi kepada mana-mana individu yang dilihat memiliki
ciri kemurungan. Antaranya ialah:

•Adakah individu itu dapat melakukan tugas hariannya tanpa berasa tertekan;
•Adakah individu itu mengalami masalah berat badan sama ada turun atau naik yang serius,
atau perubahan tabiat tidur;
•Adakah individu itu kehilangan kawan atau mendapat kawan baru yang memberi pengaruh
kurang sihat;
•Mengadu mengalami penyakit tidak berasas;
•Tahap keyakinan diri turun mendadak;
•Individu itu sering berasa letih;
•Individu itu berasa tidak berguna kepada rakan, keluarga dan hidupnya;
•Individu itu pernah berfikir hendak membunuh diri atau pernah cuba membunuh diri,
•Individu itu tiba-tiba mula merokok, minum minuman keras atau mengambil dadah.Azhar
turut menekankan pengisian rohani juga bekalan perlu untuk menguatkan jiwa seseorang
individu mengikut kepercayaan agama dianuti. Program Pencegahan Bunuh Diri Kebangsaan
diperkenalkan pada 2003 juga banyak membantu memberi kesedaran dan pengetahuan
kepada masyarakat. 
Pencegahan adalah ubat paling mujarab bagi mengatasi kes bunuh diri serta cubaan bunuh
diri. Namun, jika gagal, kes ini mungkin membawa kecacatan kekal yang akhirnya
membuatkan mereka serta orang terdekat turut sama menderita. – Bernama

LANGKAH-LANGKAH MEMULIHKAN PESAKIT MENTAL

SOALAN : Penyakit mental berlaku disebabkan oleh tekanan hidup yang dialami oleh pesakit.
Bincangkan punca penyakit mental dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk
memulihkan pesakit mental.

PENYAKIT MENTAL 

Penyakit mental adalah istilah umum yang merujuk kepada sekumpulan penyakit-penyakit
mental. Seseorang yang mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi mentalnya.
Penyakit mental boleh berbeza dari segi tahap keterukannya, jangkamasa sakit dan tahap
gangguan terhadap aktiviti harian. Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh
berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang. Kebanyakan pengidap penyakit mental hanya
mengalami satu episod sahaja, tidak serius dan pulih dengan sempurna selepas rawatan.

Akibat dari salah faham mengenai penyakit mental, pesakit dan keluarga mereka kadang-
kadang dicemuh dan disisih dalam masyarakat.

Pada umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan ;

Penyakit-penyakit psikosis. 

Penyakit-penyakit bukan-psikosis (neurosis) 

Penyakit Psikosis

Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan
hubungan dengan alam nyata. Kebolehan seseorang memahami pemikiran dan perasaannya
serta rangsangan dari luar terganggu di tahap teruk ini. Mereka merasai persekitarannya
berbeza dengan orang yang normal. Apa yang mereka lihat, dengar dan rasai sebagai sesuatu
yang benar tetapi tidak dialami oleh orang di sekitarnya. Pesakit mungkin bertindak di atas
apa yang dialami dan tingkahlakunya mungkin kelihatan “luar biasa”. Orang-orang yang
tidak biasa dengan tingkahlaku dan pengalaman mereka mungkin sukar memahami akan
kekeliruan dan ketakutan pesakit psikosis dan melihatnya sebagai sesuatu yang
menakutkan. 

Pada masa dahulu pesakit mental psikosis diasingkan dan dipisahkan dari masyarakat.
Tetapi, pada hari ini, dengan adanya rawatan dan ubatan yang berkesan, kebanyakan
mereka dapat menjalani kehidupan yang produktif dan bermakna. 
Diantara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif.

Penyakit-penyakit Bukan Psikosis

Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini
merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita. Apabila •
keseronokan hidup, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis bukan psikosis
(neurosis).

Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah fobik (ketakutan yang tidak berasas),
keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsessif kompulsif. 

RAWATAN UTAMA PENYAKIT MENTAL 

Seperti penyakit fizikal, penyakit mental juga boleh diubati. Apabila seseorang mengalami
penyakit mental, mereka perlu menjalani penilaian oleh kakitangan kesihatan. Maklumat
terus terang dan tepat dapat membantu kakitangan kesihatan dalam menentukan diagnosa
dan merancang jenis rawatan dengan tepat. Sebahagian besar daripada mereka dapat
dirawat sebagai pesakit luar tanpa memerlukan kemasukan ke hospital atau institusi mental.
Terdapat berbagai jenis rawatan untuk penyakit mental. Rawatan yang diberikan kepada
sesesorang bergantung kepada jenis penyakitnya dan keperluan individu. 

Rawatan-rawatan Utama Yang Selalu Digunakan 

Psikoterapi dan kaunseling 

Kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih
mendalam. Rawatan ini diberikan secara pesakit luar. Seseorang itu mungkin memerlukan
beberapa sesi kaunseling sebelum mendapat kesan rawatan. Jumlah sesi kaunseling
bergantung kepada jenis penyakit dan keperluan individu. 

Rawatan psikotropik 

Terdapat berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik yang
digunakan untuk rawatan penyakit mental. Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan
atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh
mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat
mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik. Sebahagian ubatan jenis ini
mengambil masa yang agak lama sebelum memberi kesan. Bagaimanapun, pengambilan
ubat-ubatan jenis ini mestilah mendapat nasihat dari pengamal perubatan yang sah.
Sebahagian pesakit mental perlu meneruskan pengambilan ubatan psikotropik untuk jangka
masa yang panjang sepertimana rawatan fizikal, contohnya penyakit darah tinggi dan
kencing manis. 

Rawatan tingkahlaku 

Rawatan jenis ini memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau
tingkahlaku yang tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Terdapat
berbagai jenis rawatan tingkahlaku yang boleh digunakan untuk merawat penyakit mental
tertentu. Teknik releksasi adalah merupakan satu contoh rawatan jenis ini. 
Rawatan elektrokonvulsif 

Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah


merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya
digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius. Sebelum rawatan diberikan,
seseorang itu akan diberi bius. 

Diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

PENYAKIT MENTAL : SKIZOFRENIA

SOALAN : Skizofrenia merupakan penyakit mental di tahap kronik. Nyatakan kaedah atau
rawatan-rawatan yang boleh dilakukan bagi memulihkan penyakit mental. 

Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada
penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang
mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur,
dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran. Walaupun penyakit ini biasanya
memberi kesan kepada kognitif, ia juga menyumbang kepada masaalah teruk dengan
perangai manusia atau emosi. Disebabkan terdapat banyak gabungan simptom, ia sukar bagi
menyatakan samaada ia adalah masaalah psikiatrik tunggal; dan Eugen Bleuler sengaja
mengelar penyakit ini sebagai "the schizophrenias," (jamak) apabila dia mencipta istilah
yang ada sekarang.

Diagnosis berasaskan pengalaman yang dilapurkan sendiri oleh pesakit, bersama tanda-tanda
yang dilapurkan oleh pakar psikiatri atau sebarang pegawai perubatan terlatih seperti doktor
dalam psychologi. Tidak terdapat ujian biologi objektif bagi skizofrenia, walaupun kajian
mencadangkan genetik dan biokimia adalah faktor penyumbang utama. Penyelidikan kini
dalam perkembangan masaalah ini sering kali menumpukan kepada peranan neurobiologi,
walaupun punca organik yang jelas dan boleh dikenal pasti masih belum dijumpai. Dengan
ketiadaan ujian makmal objektif untuk mengesahkan diagnosis, terdapat persoalan
mengenai status skizofrenia sebagai satu penyakit rasmi.

Istilah "skizofrenia" diterjemah secara kasar sebagai "fikiran berkecai," dan berasal dari
bahasa Greek σχίζω (schizo, "memecahkan" atau "membahagikan") dan φρ?ν (phr?n,
"minda"). Walaupun etymologinya, skizofrenia bukannya sama dengan masaalah identiti
berpisah (dissociative identity disorder), atau juga dikenali sebagai masaalah personaliti
pelbagai (multiple personality disorder) atau "personaliti terpisah - split personality"; dalam
popular culture keduanya sering kali dikelirukan. Walaupun skizofrenia seringkali mendorong
kepada difungsi (dysfunction) masyarakat atau pekerjaan, tidak terdapat kaitan penyakit ini
dengan kecenderungan kelakuan agresif.

[sunting] Gambaran keseluruhan


Skizofrenia sering kali digambarkan sebagai simptom "positif" dan "negatif". Simptom positif
termasuk delusion, auditory hallucinations dan thought disorder dan biasanya dianggap
sebagai manifestation psychosis. Simptom negetif digelar sedemikian kerana ia dianggap
sebagai kehilangan atau ketiadaan tabiat (traits) atau keupayaan normal, dan termasuk ciri-
ciri seperti kesan psychologi rata, blunted atau terhad dan emosi, lemah pertuturan dan
ketiadaan dorongan (motivasi). Sesetengah model skizofrenia termasuk kecacatan pemikiran
rasmi (formal thought disorder) dan kesukaran merancang dalam kumpulan ketiga, "sindrom
bersepah (disorganization syndrome)."

Tambahan lagi, mungkin terdapat kehadiran defesit neurokognitif (neurocognitive deficit).


Ini mungkin dalam bentuk fungsi psychologi yang kurang atau cacat seperti ingatan,
perhatian, menyelesaikan masaalah, fungsi exekutif (executive function) atau cognition
sosial (social cognition).

Permulaan skizofrenia biasanya berlaku pada lewat remaja atau awal dewasa, dengan kaum
lelaki cenderung menunjukkan simptom lebih awal berbanding kaum wanita.

Ahli Psychiatris Emil Kraepelin merupakan orang pertama membezakan antara apa yang
diistilahkan olehnya sebagai dementia praecox ("dementia pramatang") dan penyakit
psykhotik lain. Pada tahun 1911, "dementia praecox" dinamakan semula sebagai "skizofrenia"
oleh pakar psikiatri Eugen Bleuler, yang mendapati istilah Kraepelin sebagai mengelirukan,
kerana masaalah bukannya satu bentuk nyanyuk (dementia), samaada pramatang ataupun
tidak.

Pendekatan diagnostik kepada skizofrenia telah ditentang, terutamanya oleh pergerakan


anti-psychiatry, yang mendakwa bahawa mengkelaskan pemikiran atau tabiat khusus sebagai
penyakit membenarkan kawalan masyarakat (social control) terhadap mereka yang dianggap
tidak diingini oleh masyarakat tetapi tidak melakukan sebarang jenayah.

Baru-baru ini, ia telah dikemukakan bahawa skizofrenia hanyalah dalam satu spektrum
tabiat dan pengalaman, dan semua orang dalam masyarakat mungkin mengalami
pengalaman seumpama itu dalam hidup mereka. Ini diketahui sebagai psychosis model
continuum (continuum model of psychosis) atau pendekatan dimensi 'dimensional approach'
dan paling jelas diperjuangkan oleh psychologist Richard Bentall dan psychiatrist Jim van Os.

Walaupun tiada punca yang sama penyebab skizofrenia telah dikenal pasti dalam kesemua
individual yang diagnosed dengan keadaan ini, kini kebanyakan penyelidik dan pakar
perubatan percaya bahawa ia disebabkan oleh gabungan oleh kedua-dua kelemahan otak
manusia (samaada diwarisi atau didapati) dan tekanan pengalaman hidup. Pendekatan
meluas yang diambil ini dikenali sebagai 'model tekanan-kelemahan' - (stress-vulnerability),
dan banyak perdebatan saintifik sekarang menumpu kepada berapa banyak setiap faktor ini
menyumbang kepada perkembangan dan pengekalan skizofrenia.

Ia juga dipercayai bahawa proses dalam awal [[perkembangan neural|perkembangan neural


(neurodevelopment) adalah penting, terutama bagi proses sebelum kelahiran (prenatal).
Dalam kehidupan dewasa, kepentingan khusus telah diletakkan pada fungsi (atau kegagalan
berfungsi) dopamine dalam laluan mesolimbik (mesolimbic pathway) dalam otak. Theori ini,
dikenali sebagai dopamine hypothesis of schizophrenia kebanyakanya hasil jumpaan secara
tidak sengaja bahawa kumpulan dadah yang menghalang fungsi dopamine, dikenali sebagai
phenothiazines, mengurangkan simptom psychotik. Bagaimanapun, teori ini dipercayai
terlalu mudah (overly simplistic) sebagai penjelasan lengkap. Dadah ini telah dimajukan
lebih lanjut dan ubat-ubatan antipsikhotik biasa digunakan sebagai rawatan barisan depan.
Walaupun berkesan dalam kebanyakan kes, ubat-ubatan ini tidak diterima baik oleh ramai
pesakit disebabkan kesan sampingannya yang kuat, dan kurang berkesan bagi sesetengah
individual.

Perbezaan dalam struktur otak telah didapati diantara mereka dengan skizofrenia dan
dengan mereka yang lain. Bagaimanapun, ini cenderung boleh diharap pada tahap
kumpulan, disebabkan kepelbagaian yang meluas antara individual, mungkin tidak boleh
diharap masa kini bagi individual tertentu.
perasaan biasa ini dan tingkahlaku tertentu berlaku secara berlebihan, tidak terkawal dan
berlarutan sehingga mengganggu kehidupan seseorang dalam menjalani aktiviti harian,
hubungan dengan orang lain dan keupayaan seseorang untuk menikmati

PROSEDUR RAYUAN KES JENAYAH

Prosedur rayuan kes jenayah

1) Notis rayuan difailkan dengan pendaftaran Mahkamah dalam tmpoh 14 hari selepas
keputusan dibuat oleh Mahkamah Tinggi
2) Hakim yang membuat keputusan membuat penghakiman bertulis mengenai alasan
keputusan tersebut dibuat
3) Pendaftaran Mahkamah membuat notis yang mengandungi rekod prosiding berserta
bayaran yang ditetapkan kepada perayu ( kecuali pendakwah raya)
4) Dalam tempoh 10 hari selepas notis disampaikan, perayu memfailkan petisyen rayuan
berseta lima salinan yang dialamatkan kepada Mahkamah Rayuan dengan Pendaftar
Mahkamah
5) Pendaftar Mahkamah member salinan notis rayuan dan petisyen rayuan kepada Mahkamah
Rayuan
6) Pendaftar Mahkamah menyampaikan salinan rekod prosiding dan salinan notis rayuan
serta petisyen rayuan kepada pihak perayu dan peguam
7) Mahkamah Rayuan mengeluarkan waran tangkap sekiranya rayuan dibuat terhadap
tertuduh yang dibebaskan sebelum rayuan dibuat
8) Sekiranya Mahkamah Rayuan menolak rayuan atas alasan tertentu, notis penolakan
desampaikan kepada perayu
9) Jika Mahkamah Rayuan menerima rayuan tersebut, Mahkamah Rayuan member notis
tentang masa dan tempat perbicaraan bagi pihak perayu

MAHKAMAH RAYUAN

MAHKAMAH RAYUAN

Keanggotaan
1) Terdiri daripada:
a. Presiden (Pengerusi)
b. 15 orang hakim lain

2) Presiden dan hakim-hakim dilantik oleh YDA atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding
dengan Majlis Raja-Raja

3) Hakim Mahkamah Rayuan boleh dipilih sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan oleh Ketua
Hakim Negara bagi kes-kes tertentu demi keadilan.

4) Peranan Presiden:
a. Menentukan rayuan dibuat dimana-mana mahkamah di Malaysia.
b. Menetapkan cuti untuk hakim-hakimnya yang berjumlah satu bulan dalam satu tahun
c. Menentukan prosiding dan jumlah hakim yang mendengar dan memutuskan sesuatu kes 

5) Keputusan mahkamah dibuat berdasarkan suara majoriti hakim


Bidang kuasa

1) Kuasa dalam kes jenayah:


a. Mendengar rayuan kes jenayah yang diputuskan oleh mahkamah tinggi
b. Mendengar rayuan atau mengkaji semula Mahkamah Sesyen
c. Mendengar rayuan daripada Mahkamah Sesyen
d. Mendengar rayuan kes jenayah daripada Mahkamah Majistret berhubung dengan persoalan
undang-undang sahaja

2) Tindakan yang diambil:


a. Memerintah perbicaraan semula di Mahkamah Tinggi
b. Mengubah keputusan Mahkamah Tinggi
c. Mengubah hukuman yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi
d. Mendapatkan bukti-bukti tambahan melalui perbicaraan

3) Kuasa dalam kes sivil:


a. Keputusan dicapai melalui pihak-pihak terlibat
b. Perkara-perkara yang melibatkan nilai wang tuntutan RM250 000 keatas kecuali mendapat
persetujuan Mahkamah Rayuan
c. Penghakiman melibatkan kos sahaja mengikut budi bicara mahkamah
d. Kes-kes dimana penghakiman Mahkamah Tinggi adalah muktamad

4) Dalam hal ini, rayuan tidak boleh dibuat terhadap keputusan hakim yang dibuat dalam
kamar

TAHUKAH ANDA TENTANG DEWAN NEGARA?

Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli. Dewan Negeri terbahagi kepada dua
kategori seperti berikut:-
 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap
negeri diwakili oleh dua orang ahli).

 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat
Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan
satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putra Jaya.

Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:-

* warganegara Malaysia
* tidak kurang dari 30 tahun
* waras fikiran
* bukan seorang muflis
* tidak mempunyai rekod jenayah

Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh
disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan
atau pemilihan pada peringkat negeri.

Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli


Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat
yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing,
dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan
sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan
menjaga kepentingan orang-orang asli.

Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara.
Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat
menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat
setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahan Perlembagaan.

TAHUKAH ANDA TENTANG DEWAN RAKYAT?

Dewan Rakyat mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan
raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan
Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan
diadakan.
Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:-
 Warga negara Malaysia

 Tidak kurang dari 21 tahun

 Waras fikiran

 Bukan seorang muflis

 Tidak mempunyai rekod jenayah

 Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan
Negara dalam satu masa.

Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat
sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Negara. Ahli tersebut hendaklah
bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai
ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga
dan mempertahankan Perlembagaan.

Sumber : http://www.parlimen.gov.my/index.php?uweb=dr

MENGAPA AHLI PARLIMEN HILANG KERUSI ?

HILANG KELAYAKAN MENJADI AHLI DEWAN RAKYAT ATAU AHLI DEWAN NEGARA

Seseorang ahli Dewan Rakyat atau ahli Dewan Negara akan hilang kelayakan menjadi ahli
Parlimen jika beliau:
(a) diisytiharkan muflis
(b) memegang sesuatu jawatan berpendapatan
(c) didapati tidak sempurna akal
(d) dihukum penjara satu tahun penjara atau lebih atau didenda RM2 000 ke atas dan tidak
diampuni
(e) menjadi warganegara asing
(f) tidak menghadiri persidangan dewan selama enam bulan berturut-turut tanpa mendapat
kebenaran daripada Speaker
(g) tidak mengangkat sumpah dalam masa tiga bulan selepas dipilih atau dilantik
(h) tidak menyerahkan akaun perbelanjaan kempen pilihanraya (bagi ahli Dewan Rakyat
sahaja) kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dalam tempoh 31 hari selepas keputusan pilihan
raya diwartakan.

KONSEP 1 MALAYSIA (8 NILAI)

8 Nilai dalam Konsep 1 Malaysia 

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam
konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia
dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan
nilai-nilai tersebut adalah:

1. BUDAYA KECEMERLANGAN 

Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian
yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat
mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.
Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi
sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.
Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan
menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain
terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.
Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi
menentukan kecemerlangan dan kejayaan.
Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan
ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang berteraskan
eksport.

2. KETABAHAN

Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka.
Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan
pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.
Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan
Negara.
Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan
dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.
Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi
memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.
Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahan-kelemahan yang ada dan
perlu memperbaikinya secara positif.
Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju
dan berjaya
Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi
menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan.
Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri,
masyarakat dan negara.

3. RENDAH HATI

Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam, rendah hati
dikatakan Tawaduk’. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga
dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri.
Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain.
Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan
dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia.
Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi
mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.
Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita
berada.
Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri
perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai
rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan.

4. PENERIMAAN

Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada
ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif
menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur
terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa.
Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya
diterima dengan ketidakjujuran.
Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat
persetujuan secara bersama.
Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina
sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan
lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.
Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil,
menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum,
etnik, agama dan fahaman politik.
Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek
perlu adil mencerminkan keperluan ‘1 Malaysia’.
Pembangunan diri tanpa mengambil mengira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya
ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.

5. KESETIAAN

Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan
Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini
tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan
kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. 
Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada
kewibawaan, keteguhan, kejayaan, kecemerlangan dan.
Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang
berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran. 
Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan peribadi antara dua pihak.

Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan
ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.
Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi
menterjemahkan kepada kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau
kekurangan adalah lambang setia kawan.
Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat
yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama.

Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak mahu
ditegur atau dikritik. 
Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang.
Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan
kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.
Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak
bernilai. Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak
disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.

6. MERITOKRASI

Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi
memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu
pembangunan negara.

Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik


atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman, estet-estet dan
perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan
tersebut.

Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang


ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih.

Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya


cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.
Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat
melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang
ditetapkan.

Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya wajar
dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing
membuktikan potensi yang kecemerlangan masing-masing dan serta memberi tawaran
terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.
Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran
globalisasi/liberalisasi.

7. PENDIDIKAN

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai
kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang
berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.

Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari
segala-galanya.

Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang
sentiasa terbuka.
Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular.

Semua aliran, sama ada sekolah kebangsaan , sekolah Cina dan sekolah India hendaklah
sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.
Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai
bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia.

8. INTEGRITI

Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat.
Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan
oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.

Bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.


Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.
Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu
diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.

Menepati janji dan masa adalah sifat mulai yang dituntut dalam agama Islam. Memungkiri
janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.
Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar
diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan
panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan
Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui
saluran tidak sah. 

Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan


negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri,
keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.

(Sumber :- pmr.penerangan.gov.my)

2 HAKIM SYARIE WANITA PERTAMA MALAYSIA

KUANTAN: 4 Julai 2010 - Dua hakim syarie wanita pertama negara, Suraya Ramli dan Rafidah
Abdul Razak, menyifatkan pelantikan mereka sebagai satu pengiktirafan serta mengangkat
martabat wanita dalam kerjaya yang banyak dimonopoli lelaki.

Pengumuman pelantikan mereka dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang
berkata buat julung kalinya kerajaan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan
Zainal Abidin melantik mereka Mei lalu, dengan masing-masing ditempatkan di Mahkamah
Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sambil memanjatkan rasa syukur,
Suraya dan Rafidah turut menganggap pelantikan itu sebagai satu amanah selain
membuktikan peranan dan sumbangan wanita sememangnya dihargai. “Saya anggap ini tugas
besar dan akan menjalankan tugas dengan penuh amanah dan adil. Malah pengiktirafan ini
maka lebih ramai lagi wanita akan mampu memegang jawatan yang selalunya dikuasai
lelaki,” katanya pada majlis perasmian Persidangan Pegawai Syariah Kebangsaan Ke-12, di
Bukit Gambang Resort City, di sini, semalam.

Suraya, 31, anak kelahiran Sabah, bertugas sebagai Pegawai Penyelidik Hakim Rayuan dan
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Latihan JKSM.
Sementara itu, Rafidah, 39, yang berasal dari Pulau Pinang, menyuarakan penghargaannya
kepada JKSM.

“Saya amat terharu dan berterima kasih kepada JKSM. Pelantikan ini juga bukti untuk
mengubah persepsi masyarakat yang menunjukkan wanita juga mampu menggalas tugas
dipikul golongan lelaki,” kata Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie dan Penolong Pengarah
Latihan JKSM itu.
Terdahulu, dalam ucapan yang dibacakan Penasihat Agama Perdana Menteri, Datuk Dr
Abdullah Md Zain, Najib berkata, pelantikan dua wanita itu turut menolak persepsi segelintir
masyarakat yang sengaja menuduh Mahkamah Syariah mengamalkan diskriminasi gender
sehingga menidakkan hak wanita dan kanak-kanak.

“Pada hari ini ramai wanita seolah merasakan diri mereka teraniaya dan tidak mendapat
keadilan yang sewajarnya disebabkan kelewatan penyelesaian kes. Justeru, perlantikan dua
Hakim Syarie ini pada pertengahan Mei lalu dapat merungkai permasalahan berkenaan,”
katanya.

Najib berkata, kerajaan turut meluluskan peruntukan RM15 juta kepada Bahagian Sokongan
Keluarga JKSM bagi membantu pihak yang teraniaya akibat kegagalan suami melaksanakan
perintah nafkah oleh Mahkamah Syariah yang bertujuan bagi usaha transformasi institusi
perundangan syariah di negara ini.

“Saya berharap setiap pegawai syariah sentiasa proaktif berijtihad dalam pentafsiran hukum
syariah yang fleksibel dalam mengembalikan keyakinan umum ke atas keunggulan undang-
undang Islam tanpa batasan bangsa atau jantina,” katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan turut bersetuju melanjutkan had umur Ketua Hakim dari umur
58 tahun kepada 66 tahun sebagai menyempurnakan tuntutan transformasi selain sedia
membantu bagi memberi peluang pegawai syariah melanjutkan pelajaran sehingga ke
peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (Phd).
Laras sastera

TEMA MINGGU INI : SENI WARISAN NEGARA

Pengiktirafan Tapak Warisan Dunia UNESCO Mampu Lonjak Ekonomi Negara - PM

KUALA LUMPUR - Pengiktirafan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia di
bawah kategori kebudayaan mampu memberi lonjakan ekonomi kepada negara, kata
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Sebagai sebuah negara di mana sektor pelancongan merupakan antara sektor terpenting
kepadanya, pengiktirafan ini juga pastinya begitu dinantikan oleh Malaysia.
"Saya dimaklumkan bahawa berdasarkan analisis yang telah dijalankan, sesebuah kawasan
atau tapak yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia, akan mencatatkan
pertambahan kedatangan pelawat sehingga ke tahap 30 peratus pada tahun pertama,"
katanya ketika berucap di Majlis Penyerahan Watikah Melaka dan George town di Dataran
Merdeka, di sini Sabtu malam.

Bagaimanapun, Abdullah berkata kerajaan kedua-dua negeri perlu berusaha sedaya upaya
untuk melindungi tapak-tapak warisan itu.
"Ini adalah amat penting (untuk melindungi tapak-tapak warisan berkenaan) kerana
kegagalan mereka untuk memastikan bahawa segala garis panduan yang ditetapkan,
temasuklah perlunya kawalan terhadap pembangunan sentiasa dipatuhi, akan
mengakibatkan pengiktirafan yang begitu kita usahakan ini akan ditarik balik," katanya.

Jika pengiktirafan itu ditarik balik, Abdullah berkata, ia adalah satu kerugian yang amat
besar bukan sahaja kepada kedua-dua negeri tetapi juga kepada negara.

"Ingatlah, Malaysia hanya mempunyai tiga sahaja tapak warisan dunia. Justeru itu,
pertahankanlah ia dengan apa jua cara sekalipun," katanya.

Sebelum Melaka dan Georgetown dipilih sebagai Tapak Warisan Dunia kategori kebudayaan,
Taman Negara Kinabalu (Sabah) dan Taman Negara Mulu (Sarawak) telah diiktiraf sebagai
Tapak Warisan Dunia kategori Tapak Semulajadi pada tahun 2000.

Pada majlis itu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menerima watikah
pengiktirafan secara rasmi daripada Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein, yang juga Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia.

Hishammuddin terdahulu menerima watikah pengiktirafan itu daripada wakil UNESCO,


Hubert J. Gijzen.

Abdullah berharap peruntukan RM50 juta kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan,


Kesenian dan Warisan dalam Bajet 2009 akan dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk
pemeliharaan dan pemuliharaan warisan ketara dan tidak ketara di kedua-dua bandar itu.

Sementara itu, Abdullah melihat pengiktirafan Melaka dan Georgetown itu sebagai amat
tepat dan bersesuaian.

"Sejarah Melaka dan Georgetown telah bermula sejak beratus tahun lamanya. Kedudukan
kedua-dua kawasan ini begitu strategik iaitu di perairan Selat Melaka yang satu ketika
dahulu menjadi laluan perdagangan terpenting antara Timur dan Barat.

"Kedatangan masyarakat dari serata dunia ke Melaka adalah permulaan kepada


segalanya...Akhirnya Tanah Melayu menjadi sebuah negeri dengan penduduk berbilang
bangsa hingga ke hari ini. Di situlah bermula sejarah Tanah Melayu yang kemudiannya
menjadi Malaysia," katanya.

Abdullah berkata sejarah itu dengan jelas menunjukkan bahawa sejak dahulu, masyarakat di
negara ini sentiasa bersikap terbuka dan mengamalkan toleransi.

"Di tanah air kita ini, sejak dari dulu lagi, masyarakat berbilang kaum dapat hidup bersama
serta bebas mengamalkan adat resam dan budaya masing-masing dalam suasana penuh aman
dan harmoni," kata Abdullah.

Sumber: Berita Harian

TEMA MINGGU INI : SENI WARISAN NEGARA

KEPENTINGAN MEMPERTAHANKAN PERMAINAN TRADISIONAL


Sebagaimana kita sedia maklum, setiap negara di muka bumi bertuah ini memiliki permainan
tradisional yang tersendiri. Jika ditinjau dari sudut sejarah, permainan tradisional dimainkan
pada kala lapang sejak dahulu kala. Oleh hal yang demikian, permainan tradisional seperti
congkak, guli, wau, gasing dan tingting memainkan peranan yang penting dalam mengisi
masa lapang para penduduk zaman nenek moyang. Kini, permainan tradisional semakin
dipandang enteng, justeru rakyat kita mula memboikot permainan ini tanpa menyedari
kepentingannya. 

Sebenarnya, rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam penjagaan permainan


tradisional. Anjakan paradigma mestilah kita ambil agar permainan ini tidak hilang ditelan
zaman. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Janganlah kita merindui
permainan tradisional selepas permainan ini pupus ditelan zaman. Oleh itu, langkah
mempopularkannya seperti kempen “Jom Main Permainan Tradisional” dan pertandingan
bermain permainan tradisonal merupakan rencah maslahat untuk mempertahankannya.
Langkah tersebut penting supaya ahli masyarakat mendapat pendedahan dan mempelajari
permainan tradisional sepanjang kempen dan pertandingan dijalankan kerana tak kenal,
maka tak cinta. Dengan langkah proaktif tersebut, kita dapat memastikan permainan
tradisional mampu menjadi warisan budaya untuk generasi yang akan datang. 

Realitinya, permainan tradisional memainkan peranan penting sebagai lambang keagungan


bangsa dan negara tercinta ini. Oleh sebab rakyat negara ini berbilang kaum, permainan
tradisional merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa lapang.
Tanpa melihat warna kulit mahupun agama, permainan tradisional dilihat sebagai permainan
rakyat yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni. Kini, kerajaan sudah
pun menjadikan permainan tradisional sebagai platform untuk menarik kedatangan
pelancong asing ke negara kita. Yang di luar jangkaan, pelancong asing berasa teruja dan
takjub dengan warisan bangsa kita dan sanggup tinggal lebih lama di sini hanya untuk
mempelajari permainan tradisional kerana pelancong sedar akan peribahasa “sambil
menyelam, minum air”. Hal ini sekali gus menjana pendapatan negara melalui industri
pelancongan yang semakin meningkat. 

Daripada persepsi cendekiawan, permainan tradisional merupakan sejenis pendidikan tidak


formal yang amat tinggi nilainya. Hal ini demikian kerana kita dapat mematangkan
pemikiran di samping membijakkan otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa
memainkan permainan tardisional. Sebagai contoh, permainan congkak menguji
kebijaksanaan dan kesabaran pemain memasukkan biji guli ke dalam “rumah” dan
“kampung” pada papan congkak. Yang indahnya, kita dapat memupuk dan menyemai nilai-
nilai murni dalan kalangan rakyat sesebuah negara supaya lebih cinta akan negara daripada
dijajah oleh anasir jahat dari luar. Natijahnya, kita harus sedar bahawa permainan
tradisional dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dalam kalangan rakyat supaya
mereka sedar bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. 

Akhirulkalam, permainan tradisional mestilah dihidupkan semula supaya menjadi tak lapuk
dek hujan, tak lekang dek panas. Saya berharap, satu hari nanti, permainan rakyat ini akan
lebih dipandang berat dan diapresiasi oleh segenap lapisan masyarakat di nusa ini. Warisan
bangsa ini sebenarnya mestilah kita kekalkan demi kesejahteraan negara. Secara tidak
langsung, permainan tradisional dapat mengharumkan nama negara dan menaikkan imej
Malaysia di persada dunia. Kesimpulannya, saya berharap permainan tradisional di Malaysia
akan terus popular dalam carta kehidupan rakyat dan terus diminati sebagai hobi yang
berfaedah.
TEMA MINGGU INI : SENI WARISAN NEGARA

CONTOH SOALAN:
Permainan tradisional semakin dipinggirkan pada zaman ini. Pada pendapat anda, perlukah
usaha-usaha dilakukan untuk mempertahankan permainan tradisional ini?

PERBINCANGAN:

Kepentingan permainan tradisional

Pada era pascamodenisasi ini, rakyat kita telah menikmati pelbagai kemajuan dan
pembangunan fizikal yang pesat. Ironinya pelbagai warisan nenek moyang kita semakin
dipinggirkan oleh masyarakat kita, terutamanya golongan muda. Salah satu khazanah
kebudayaan kita yang semakin luntur dalam gaya hidup yang moden ini ialah permainan
tradisional kita yang terdiri daripada congkak, wau, gasing dan sebagainya. Oleh itu,
generasi muda perlu disedarkan tentang kepentingan permainan tradisional kepada bangsa
dan negara.

Salah satu kemaslahatan permainan tradisional ialah permainan ini merupakan kebanggaan
aset budaya bangsa Malaysia. Hal ini demikian kerana permainan tradisional adalah ciptaan
nenek moyang kita yang melambangkan ciri-ciri kebudayaan bangsa kita. Permainan
tradisional tidak boleh disamakan dengan permainan elektronik atau permainan siber. Alat
permainan tradisional juga merupakan satu seni budaya yang amat unik dan terunggul.
Sebagai contohnya, wau bulan telah dihias dengan kertas warna-warni yang dilukis dan
digunting dengan cantik nian. Jika permainan tradisional kita telah lenyap di bumi kita,
apakah kebudayaan yang dapat memperlihatkan maruah bangsa kita? Ingatlah peribahasa,
“sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”

Tambahan pula, permainan tradisional juga merupakan satu daya tarikan yang signifikan
dalam industri pelancongan. Selain menyaksikan pemandangan alam semula jadi yang indah
dan menikmati juadah yang lazat di negara kita, para pelancong pasti ingin menghayati
corak budaya kita yang berwarna-warni. Lantaran itu, permainan tradisional berupaya
memukau hati pelancong yang melawat ke Malaysia. Seperti peribahasa, “Tak kenal maka
tak cinta“, setelah diperkenalkan kepada pelancong, lazimnya mereka akan berminat dan
turut bermain dengan seronoknya terhadap permainan tradisional. Rentetan daripada itu,
hotel- hotel lima bintang dan pusat peranginan yang terkemuka di negara kita patut
menyediakan tapak dan alat permainan tradisional kepada pelancong asing kita. Hal ini
bukan sahaja dapat memangkinkan industri pelancongan tetapi juga memperkenalkan
kebudayaan kita kepada bangsa lain, seperti peribahasa, “serampang dua mata.” Ternyata,
permainan tradisional merupakan salah satu tarikan dalam industri pelancongan.

Lebih-lebih lagi, permainan tradisional dapat mengukuhkan hubungan masyarakat kita yang
berbilang bangsa dan sentiasa sibuk mengejar kekayaan duniawi. Dengan adanya permainan
tradisional itu, pelbagai kaum dalam masyarakat kita dapat bermain bersama secara
beramai-ramai. Tamsilnya, terdapat kawasan lapang yang sering dibanjiri oleh orang ramai
untuk bermain layang-layang. Peminat itu tidak mengira bangsa dan budaya tetapi bersama-
sama memperlihatkan lelayang yang beraneka corak . Mereka juga berkongsi idea dan
pendapat tentang lelayang mereka. Tidak hairanlah akan tercetusnya suasana yang muhibah
dan harmoni dalam masyarakat. Mereka turut melegakan tekanan dan menghabiskan masa
bersama dengan keluarga sendiri. Senario ini jauh lebih baik daripada individu yang asyik
bermain permainan komputer di kamar sendiri tanpa berinteraksi dengan orang lain.
Natijahnya, permainan tradisional merupakan khazanah warisan yang tidak ternilai. Oleh itu
generasi muda bertanggungjawab untuk melestarikan khazanah ini daripada generasi kepada
generasi, seperti peribahasa, “Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.” Walaupun zaman
beredar, tetapi segala warisan yang baik dan sejati perlu diperkukuh supaya bangsa kita
tidak digelar sebagai etnik yang tidak berakar umbi dan sentiasa terhanyut oleh arus
globalisasi.

Cara-cara untuk Mengembangkan Permainan Tradisional di Negara Kita

Dasawarsa ini, negara kita sedang menempuh arus globalisasi dan modenisasi sehingga
mengalami pembangunan yang pesat sekali. Sehubungan dengan itu, permainan tradisional
turut dipandang enteng dan dikesisikan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Hal ini
berkait rapat dengan perkembangan permainan komputer dan permainan siber yang popular
dalam kalangan remaja dan belia kita. Adakah kita sanggup membiarkan khazanah
kebudayaan kita ditelan dalam pengedaran zaman dan lenyap dalam bumi kita? Tepuk dada
tanya selera. Sebelum nasi menjadi bubur, kita perlu mencari pendekatan yang efisien untuk
membangkit permainan tradisional di negara kita semula, seperti peribahasa, “di mana
batang terguling, di situ cendawan tumbuh.”

Sesungguhnya, Kempen Cintai Permainan Tradisional merupakan salah satu alternatif yang
ampuh untuk mengembang permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu
dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara besar-besaran dengan
kerjasama pihak media massa, terutamanya media cetak dan media elektronik, iaitu surat
khabar dan pihak televisyen. Pihak berkenaan perlu menyiarkan dokumentari dan rencana
untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita, seperti wau, gasing, congkak
dan lain-lain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu
menyedarkan orang ramai tentang kepentingan permainan tradisional terhadap masyarakat
dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan
karang-mengarang, pameran, dan peraduan poster dan sebagainya, bak kata peribahasa, “
tak kenal maka tak cinta.” Lantarannya golongan muda pasti terpengaruh oleh kempen
tersebut dan berminat terhadap permainan tradisional kita.

Selain itu, pihak sekolah perlu menjadikan permainan tradisional sebagai kegiatan
kokurikulum di sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah harus digalakkan supaya
menubuhkan kelab atau persatuan permainan tradisional. Berpaksikan kelab permainan
tradisional, pelajar boleh diajar tentang cara membuat alat permainan, cara bermain dan
lain-lain lagi. Setelah disuntik ilmu itu, pelajar akan berminat untuk melibati permainan
tradisional tersebut. Generasi muda merupakan tunjang yang bakal mewarisi pucuk
kepimpinan dan mewarnai masyarakat kita kelak. Nescaya pelibatan pelajar secara langsung
dalam permainan tradisional dapat memajukan permainan tersebut di tanah air kita
daripada membiarkan seni budaya kita terus lenyap dan pupus begitu sahaja. Bak kata
peribahasa, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”, atas komitmen pihak sekolah,
putera-puteri yang sedang berjuang dalam medan ilmu pengetahuan dapat bergiat aktif
dalam permainan tradisional untuk melegakan tekanan sebagai kegiatan riadah.

Sementelahan pula, pertandingan merupakan inisiatif yang dominan untuk membangkit


permainan tradisional dalam masyarakat kita. Hal ini demikian kerana sebagai fitrah,
manusia memang suka bertanding dan berlaga. Lantarannya, pihak Kementerian Kebudayaan
dan Kesenian Negara, Jabatan Pelancongan Malaysia dan agensi kerajaan boleh bergabung
dengan korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis untuk menganjurkan pertandingan
permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hingga antarabangsa.
Salah satu contoh yang terbaik ialah Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang ,
Johor. Pertandingan layang-layang itu berjaya menarik peminat-peminat permainan tersebut
dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian. Hal ini berjaya mempromosikan pelancongan
dan permainan tradisional kepada pelancong asing, selaras dengan peribahasa, “menyelam
sambil minum air”.

Secara intihanya, permainan tradisional harus dilestarikan supaya tidak lapuk dek hujan dan
tidak lekang dek panas. Jika semua pihak bersikap acuh tak acuh dan hanya melepaskan
batuk di tangga, khazanah budaya kita pasti akan lenyap di bumi kita. Ingatlah peribahasa,
“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”

BAHAN BACAAN PICISAN : KESAN BURUK KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA

Kadar celik huruf di kalangan penduduk Malaysia ialah 93 peratus. Namun, yang
membimbangkan kita ialah sikap masyarakat, terutamanya remaja yang lebih gemar
membaca bahan-bahan berbentuk picisan, iaitu bahan yang bersifat hiburan, seks, tahyul dan
mistik seperti Mangga, URTV, Bacaria, Mastika dan lain-lain.
Antara kesan buruk yang timbul ialah membantutkan pembangunan negara. Kita akur bahawa
pembangunan dan kecemerlangan negara hanya akan menjadi kenyataan apabila
masyarakatnya berilmu. Apakah kita boleh mewujudkan masyarakat yang berilmu dengan
hanya membaca bahan-bahan picisan? Dengan membaca bahan picisan, hidup mereka
dipenuhi dengan aktiviti yang sia-sia, membazir dan membuang masa. Misalnya mereka
sering menghadiri konsert, disko, pub, parti dan sebagainya. Sifat ini menjadikan mereka
hanyut serta tiada masa lagi untuk memikirkan soal negara dan ilmu. Tanpa kesedaran ini,
pembangunan dan masa depan negara diperjudikan.
Selain itu, pembacaan bahan-bahan picisan juga boleh mewujudkan pelbagai bentuk gejala
sosial dalam masyarakat. Ini termasuklah kejadian rogol, sumbang mahram, bersekedudukan,
bunuh, amuk, zina dan lain-lain. Gejala-gejala sosial ini mudah berlaku kerana bahan-bahan
picisan telah mengeksploitasikan unsur-unsur seks, hiburan dan tahyul dalam penerbitan
mereka. Aksi wanita yang mengghairahkan, hubungan bebas antara lelaki dan perempuan
serta kisah-kisah peribadi yang dipaparkan telah menjadikan pembaca hilang pedoman.
Bahan-bahan bacaan sebegini akan menjadikan remaja bertindak di luar kawalan. Oleh itu,
tidak menghairankan apabila ada remaja yang terlibat dalam seks bebas, bohsia,
bersekedudukan dan sebagainya.
Seterusnya lambakan bahan-bahan picisan di pasaran telah menyebabkan merosotnya
permintaan masyarakat untuk bahan-bahan bacaan berbentuk ilmiah dan akademik. Ini
terbukti apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengehadkan cetakan buku untuk
sesuatu tajuk kepada 1000 hingga 3000 naskhah sahaja berbanding 3000 hingga 5000
naskhah pada era 80-an. Hal ini terjadi kerana masyarakat telah menjadikan bahan bacaan
picisan sebagai alternatif. Oleh itu, tidaklah menghairankan apabila majalah Mangga boleh
terjual sehingga 227 290 naskhah sebulan.
Di samping itu, bahan-bahan picisan didapati telah mengeksploitasikan wanita dengan
sewenang-wenangnya. Hal ini terjadi apabila majalah picisan, terutamanya telah menunjukkan
wanita atau gadis jelita dengan aksi-aksi yang mengghairahkan dan menjolok mata. Misalnya
ada model wanita yang mendedahkan pusat, paha, sebahagian besar dada, memakai celana
mandi dan sebagainya. Hal ini tentunya tidak mans diparidang dan boleh menjatuhkan
maruah wanita pada pandangan masyarakat tempatan. Di peringkat lebih luas pula, wanita
yang dahulunya penuh sopan dan pemalu, kini telah dianggap sebagai objek murahan yang
boleh dijual beli. Dari sini wujud pula sindiket memperdagangkan wanita.
Kesan negatif terakhir ekoran meluasnya bahan bacaan picisan di pasaran ialah menularnya
kepercayaan karut dan mistik, terutamanya di kalangan pembaca remaja. Kisah mayat bangkit
dari kubur, kubur berasap, keris menari, pokok berpenunggu dan ilmu-ilmu ketahanan diri
begitu menarik perhatian pembaca. Hasilnya akan lahir para pembaca, terutamanya belia
yang cuba mengamalkan apa-apa petua atau panduan yang dibaca dalam kedua-dua bacaan
picisan in Adakalanya petua-petua yang bersifat mistik ini boleh mengganggu pemikiran
pengamalnya sehingga ada yang menjadi sasar dan nanar. Hasilnya akan berlaku kejadian
amuk, bunuh dan kekecohan dalam masyarakat.
Kesimpulannya, kita sebagai masyarakat alaf baru seharusnya sedar akan kepentingan
memilih bahan bacaan. Membaca bahan picisan ibarat menyedut racun yang berbisa sebagai
santapan. Oleh itu, pemilihan bahan bacaan berbentuk ilmiah merupakan jalan terbaik dalam
membina pemikiran yang sihat serta demi kemajuan negara dan masyarakat.

BAHAN BACAAN PICISAN LEBIH DIGEMARI OLEH GOLONGAN REMAJA

Bahan picisan itu boleh ditakrifkan sebagai bahan bacaan yang tidak mendatangkan sebarang
faedah kepada pembaca. Bahan bacaan sebegini juga tidak mengandungi unsur-unsur
keilmuan dan pendidikan. Bahan-bahan bacaan sebegini lebih bersifat humur, hiburan,
pornografi dan keganasan. Contoh yang paling jelas dapat dilihat pada komik- komik yang
mendapat pasaran yang amat luas di dalam negara kita.
Bahan-bahan picisan lebih digemari oleh golongan remaja berbanding dengan bahan bacaan
kesusasteraan mahupun ilmiah. Apabila seorang remaja diberi pilihan sama ada komik- komik hiburan
atau buku- buku ilmiah sebagai sumber bacaan untuk mengisi masa lapang, remaja tersebut akan
memilih komik- komik hiburan.
Komik- komik hiburan yang boleh diklasifikasikan sebagai bahan-bahan picisan adalah lebih
digemari oleh golongan remaja berbanding dengan bahan bacaan kesusasteraan ataupun ilmiah.
Remaja acapkali membeli bahan-bahan picisan ini dan mengidentifikasikan bahan-bahan picisan ini
sebagai sesuatu yang seronok dan memberi kepuasan kepada mereka. Sumber bacaan melalui bahan
ilmiah pula sering dianggap membosankan dan remeh-temeh bagi mereka. Bahan-bahan picisan boleh
dicirikan melalui harganya yang murah, ilustrasi yang menarik dan bahasanya yang berslanga dan tidak
menepati ciri- ciri tatabahasa yang baik. Bahan-bahan picisan ini walaupun dianggap sebagai sesuatu
yang remeh- temeh, tetapi akan meninggalkan impresif kepada banyak pihak terutamanya kepada diri,
masyarakat dan negara.
Faktor yang jelas dapat dilihat pada keadaan bahan-bahan picisan itu sendiri yang mempunyai
ilustrasi gambar yang menarik dan berwarna- warni sedangkan pada bahan-bahan ilmiah hanya
terdapat warna hitam dan putih sahaja. Keadaan ini sangat berbeza, memandangkan ilustrasi yang
boleh ditakrifkan sebagai visual lukisan atau lakonan yang diadaptasikan ke atas kertas dengan cara
yang berteknik dan menarik perhatian, adalah amat penting dalam menarik minat remaja untuk
membelinya. Sudah menjadi lumrah manusia, meminati sesuatu yang berbeza daripada sesuatu yang
lain, yang mempunyai variasi dari segi bentuk dan warna, dan semua itu terkandung dalam bahan-
bahan picisan. Contohnya, komik- komik seperti Utopia, Ujang, Mangga dan sebagainya mencatatkan
bilangan pembaca yang begitu tinggi berbanding dengan bahan-bahan ilmiah.
Kos pembelian turut mempengaruhi minat remaja untuk membeli bahan-bahan picisan. Harga
bahan-bahan picisan adalah lebih murah berbanding dengan bahan ilmiah. Harga untuk bahan-bahan
picisan hanyalah sekitar RM3- RM5, tetapi untuk bahan-bahan ilmiah, ada yang mencecah ratusan
ringgit. Hal ini adalah membebankan remaja yang rata-ratanya masih bergelar pelajar dan tidak
bekerja. Jadi, apabila ada yang murah, tentulah mereka akan membeli yang murah. Kesannya, bagi
mereka yang ingin membeli buku ilmiah terpaksa mencari wang yang lebih jika ingin mendapatkan
bahan-bahan ilmiah. Hal ini akan mengganggu konsentrasi pembelajaran mereka.
Tidak dinafikan oleh masyarakat kita, ibu bapalah yang mencorakkan kain putih kehidupan
anak- anaknya. Jika sedari kecil lagi, remaja sudah dihidangkan dengan unsur-unsur ini maka tidak
hairanlah mereka turut mewarisi tabiat ini. Contohnya, bagi ibu bapa yang menjual bahan-bahan
picisan ini, risiko untuk anaknya menggemari bahan-bahan picisan ini adalah lebih tinggi berbanding
dengan anak- anak kepada seorang guru. Implikasinya, remaja akan terikut-ikut dengan gaya bahasa
dan idea yang terkandung dalam sesebuah komik yang kebanyakannya memberi nilai negatif kepada
remaja. Hal ini akan membawa keburukan kepada pemikiran dan tingkah laku pemangkin negara kita.
Fenomena ini jika dibiarkan secara berterusan akan membawa impak yang buruk terhadap
banyak pihak. Pelbagai kemungkinan yang bakal timbul bukan sahaja meninggalkan kesan kepada
individu itu sahaja, malahan tempiasnya juga akan melanda keluarga, masyarakat, negara, mahupun
ke peringkat globalisasi.Akibat yang paling jelas dapat dilihat pada kesan jangka panjang ialah masa
depannya sendiri. Kebarangkalian untuk remaja itu berjaya menjawat jawatan yang tinggi pada masa
akan datang adalah amat tipis jika mereka tidak berusaha untuk mengubah sikap mereka sedari dari
awal lagi. Perkara sebegini hanya meninggalkan kesan yang buruk sahaja kepada individu itu sendiri,
malahan turut melibatkan nama keluarga. Contohnya, mereka yang lebih gemar membaca bahan
ilmiah berkemungkinan tinggi untuk menjawat jawatan doktor berbanding dengan remaja yang gemar
membaca bahan picisan sahaja, mungkin hanya menjawat sebagai kerani sahaja.
Pelbagai implikasi dapat dikesan dari sudut aspek sosial di negara kita berhubung fenomena
ini. Lantaran itu ianya lebih merupakan satu aspek yang begitu penting untuk dititikberatkan kerana
bahan-bahan picisan lebih membawa pengaruh negatif kepada diri remaja. Remaja mungkin akan
meniru aksi-aksi yang terkandung dalam bahan picisan itu. Contohnya adegan pergaduhan. Sebagai
remaja, mereka sentiasa berkeinginan untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak pernah mereka
lakukan, mereka sentiasa ingin mencuba. Maka akibat ini akan menjejaskan hubungan sosial
masyarakat. Gejala sosial juga akan menjadi bertambah tenat dengan kewujudan bahan-bahan picisan
yang tidak bermoral ini.
Masyarakat Melayu kita kaya dengan peribahasa. Salah satu peribahasa itu ialah “salah makan
memuntahkan, salah tarik mengembalikan, salah langkah surut kembali”. Segala kekurangan dan
kelemahan yang kita ada ini, haruslah diperbaiki dengan mengambil langkah- langkah positif. Paling
utama ialah menaikkan taraf bahan-bahan ilmiah; yakni kita perlu ada strategi yang boleh menarik
minat remaja. Kita perlu merancang promosi besar-besaran bagi memberi maklumat tentang
kemunculan produk keluaran baru bahan ilmiah dan mengurangkan sedikit kos pembeliannya.
Pengimplimentasian promosi ini janganlah pula dilaksanakan secara “hangat-hangat tahi ayam”.
Proses pelaksanaannya perlulah dilakukan secara konsisten. Contohnya, penerbit bahan-bahan
ilmiah ini boleh menyertakan sekali peraduan-peraduan tertentu di dalam buku-buku ilmiah mereka
yang dijual. Natijahnya, remaja akan berminat untuk membeli dan akan menyebarkan hal ini kepada
rakan- rakannya untuk membeli bahan-bahan ilmiah yang menarik ini.
Ibu bapa seharusnya memainkan peranan yang berkesan dan peka terhadap diri anak-anak.
Mendidik anak-anak janganlah “seperti melepaskan batuk di tangga”. Ibu bapa sepatutnya sedar
bahawa anak itu adalah amanah Allah yang perlu dididik dengan baik. Tambahan pula, anak itu
merupakan generasi yang bakal menerajui tampuk pemerintahan negara. Contohnya, ibu bapa yang
bertanggungjawab akan dianugerahi gelaran “ibu mithali” atau “ bapa mithali” yang dianjurkan oleh
persatuan- persatuan tertentu. Penganjuran peraduan ini dapat membantu menggalakkan semangat
ibu bapa untuk mendidik anak- anak dengan betul, sekaligus dapat menghalang anak- anak daripada
terus terjebak dengan bahan-bahan picisan.
Selain daripada faktor itu, pihak penerbit seharusnya berfikiran inovatif untuk menceriakan
keadaan buku ilmiah. Inisiatif ini penting dalam menarik minat remaja untuk membacanya. Cara ini
boleh diatasi dengan mewarnakan ilustrasi buku tersebut. Contohnya seperti buku- buku teks kini yang
lebih berwarna- warni dan mampu menarik minat pelajar untuk membacanya seperti buku teks
Sejarah tingkatan 4 dan 5.
Remaja-remaja kita pada hari ini seharusnya sedar dan bersyukur dengan kemudahan yang
ada. Bahan-bahan picisan itu asalnya dari Barat. Barat pernah menjajah kita pada suatu ketika dahulu.
Hidup jangan berkiblatkan Barat. Merujuk kepada kata Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Abdullah
Badawi, beliau menyebut pembangunan fizikal dan rohani mestilah seiring dan sejalan. Jangan biarkan
kemudahan prasarana kita berada di kelas pertama, tetapi pemikiran minda kita di kelas ketiga. Oleh
sebab itu, remaja seharusnya sedar di takuk manakah mereka berada kini.

BAHAN BACAAN PICISAN JEJAS USAHA LAHIR MASYARAKAT BERILMU

PENERBITAN, pengedaran dan penjualan bahan bacaan seperti buku, majalah, tabloid dan
komik yang mengandungi unsur tahyul, khurafat serta kandungan yang bercanggah dengan
akidah masih banyak di pasaran.

Bahan penerbitan picisan ini mendapat permintaan di kalangan pembaca, khususnya generasi
muda disebabkan harganya murah dan mudah diperoleh, terutama di kedai kaki lima.
Mengikut Bahagian Tapisan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dari Januari hingga
April lalu, lebih 12 buku yang memesong akidah dan mengelirukan masyarakat Islam dikesan
berada di pasaran tempatan.
Pada 2003 pula lebih 40 buku dikemukakan bahagian berkenaan kepada Kementerian
Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) untuk diharamkan.
Dengan perakuan itu, KKDN mengharamkan 35 penerbitan sepanjang 2003 selepas didapati
melanggar Akta Mesin Cetak dan penerbitan 1984 (Pindaan) 1987. Bahan itu didapati
menerbit atau menyiarkan bahan yang menyalahi garis panduan serta permit yang
dikeluarkan KKDN.
Dari satu segi, keadaan ini secara tidak langsung memperlihatkan sikap sambil lewa penerbit
atau penulis dalam mematuhi arahan pihak berkuasa berhubung kandungan bahan bacaan.
Dari sudut lain, ia menggambarkan sikap penerbit yang tamak meraih keuntungan daripada
melunaskan tanggungjawab menerbitkan buku yang dapat membina minda masyarakat.
persoalannya, wajarkah perkara ini dibiarkan berleluasa, pada hal keburukan daripada bacaan
bahan itu amat serius terhadap pembangunan minda masyarakat.
Kini ada pelbagai peraturan dan garis panduan, di samping beberapa akta dan enakmen
negeri bagi menghalang mana-mana individu atau penerbit daripada menyiarkan sesuatu
bahan penerbitan menyalahi ajaran Islam.
Kesalahan ini bukan saja menyalahi undang-undang sivil, malah enakmen jenayah syariah
setiap negeri memperuntukkan bentuk kesalahan dan hukuman kepada sesiapa melakukan
kesalahan sedemikian.
Seksyen 16, Enakmen Jenayah Syariah Selangor umpamanya menjelaskan, mana-mana
orang yang mencetak, menyiarkan atau memiliki bahan bertentangan dengan Islam, dan jika
sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara selama
dua tahun.
Jelas, undang-undang sedia ada mencukupi bagi mengawal mana-mana pihak terutama
penerbit dan penulis daripada menyiarkan bahan yang menyalahi hukum Islam.
Bagaimanapun, penguatkuasaan yang lemah menyebabkan buku dan majalah berkenaan
berleluasa.
Di pasaran terbuka saja, tidak kurang daripada puluhan bahan penerbitan seumpamanya ini
dalam versi Melayu diterbitkan setiap bulan.
Itu belum termasuk bahan penerbitan yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa dan dijual di
pasaran gelap.
Tinjauan Berita Harian di beberapa kedai buku sekitar Lembah Klang mendapati, masih
banyak buku mengandungi unsur negatif seperti tahyul, khurafat dan seks dijual secara
berleluasa.
Paling mengejutkan, beberapa judul buku yang pernah diharamkan KKDN dijual, manakala
penjual seolah-olah langsung tidak mengambil kisah mengenai status buku ini.
Penulis juga sempat membeli buku `Hadis: Jawapan Kepada Pengkritik� yang diharamkan
KKDN pada 1994 di sebuah kedai buku di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Buku yang ditulis Kassim Ahmad itu walaupun kulitnya lusuh, namun kandungannya berupaya
memesongkan akidah pembaca terhadap kesahihan hadis Rasulullah.
Keadaan ini menimbulkan pelbagai persoalan terhadap tahap penguatkuasaan serta kenapa
ia boleh dijual seolah-olah tidak ada sebarang sekatan.
Dalam pada itu, difahamkan masalah ini berlaku berpunca daripada proses pewartaan
pengharaman oleh KKDN yang kurang berkesan.
Ada kes di mana Bahagian Kawalan Penerbitan KKDN mengambil masa lebih lima tahun
untuk mewartakan pengharaman sesebuah buku, meskipun ia diperakui haram oleh Jakim.
Justeru, sebelum proses pewartaan haram siap sepenuhnya, buku itu akan berada di pasaran
hinggalah ada hitam putih daripada KKDN mengenai pengharamannya.
Kerenah birokrasi dan kelemahan penguatkuasaan ini hendaklah segera di perbaiki demi
memastikan minda masyarakat terhindar daripada ilmu songsang yang amat dicela agama.
Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Zakaria Stapa,
berkata buku dan majalah sebegini lebih banyak mendatangkan keburukan dan secara tidak
langsung akan merosak minda generasi muda masa kini.
Katanya, bahan bacaan yang tidak bernilai ini sebenarnya hanya mendatangkan akibat negatif
kepada sosiobudaya dan menimbulkan keresahan kepada masyarakat, terutama ibu bapa
mengenai pemikiran anak mereka.
Malah katanya, tidak keterlaluan jika dikatakan bahan sedemikian memberi sumbangan
terhadap keruntuhan moral dan akhlak, di samping menggalakkan lagi kepercayaan terhadap
perkara syirik, khurafat serta tahyul.
�Usaha melahirkan masyarakat berilmu mungkin tidak akan tercapai jika pola pembacaan di
kalangan masyarakat masih tertumpu pada bahan yang tidak berfaedah, apatah lagi
membantu perkembangan intelektual generasi muda.
�Kita amat khuatir suatu masa nanti, perkara khurafat yang amat ditegah agama akan
menjadi satu kepercayaan amat menebal dan diamalkan secara meluas oleh masyarakat.
�Kini pun ada yang percayakan bomoh hinggakan banyak kes menunjukkan mangsa
sanggup menyerahkan tubuh mereka kepada bomoh,
�Keadaan ini menggambarkan sikap segelintir masyarakat kita yang tidak tahu menilai mana
amalan yang dibenarkan agama atau sebaliknya,� katanya.
Dr Zakaria tidak menafikan, kini timbul trend baru dalam penerbitan buku dan majalah yang
tertumpu pada persoalan ditegah agama atau membabitkan persoalan akidah.
Umpama, kata beliau, sesuatu hukum yang sudah disepakati ulama sebagai haram masih
dipersoalkan oleh segelintir penulis kononnya untuk menggalakkan masyarakat berfikir.
Hakikatnya, beliau berkata, persoalan seperti aurat, azab kubur, hari kiamat dan perkara ghaib
lain tidak perlu lagi dipertikaikan kerana ia sudah disepakati oleh ulama muktabar.
Dr Zakaria tidak menolak ada segelintir penulis di negara terpengaruh dengan corak pemikiran
golongan orientalis yang mahu memesongkan akidah umat Islam.
Malah katanya, dalam soal keimanan kepada perkara ghaib, aspek logik tidak sepatutnya
membatasi ketetapan hukum kerana dengan akal semata-mata, manusia akan terpesong
daripada landasan kebenaran.
Selain penguatkuasaan beberapa langkah agresif hendaklah diambil termasuk meningkatkan
lagi kempen membaca di kalangan masyarakat.
�Kempen membaca bahan bacaan ilmiah perlu diperhebatkan agar semua pihak dapat
mengambil langkah bijak dengan selalu membaca bahan bacaan berfaedah,� katanya.
�Ia sekali gus akan melahirkan budaya membaca yang baik sama ada kepada masyarakat
atau generasi akan datang.
�Bahan bacaan berbentuk ilmiah dapat menjamin dan menepati piawaian bagi membentuk
pertumbuhan minda sihat dan jiwa murni,� katanya.
SISTEM KEHAKIMAN DI MALAYSIA

Badan Kehakiman

Badan Kehakiman adalah badan ketiga dalam sistem kerajaan Malaysia. Kuasa kehakiman ini
terletak pada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Kuasa Kehakiman juga terletak pada
Mahkamah Agung yang mempunyai kuasa tertentu seperti yang termaktub dalam Perkara
126, 128 dan 130 Perlembagaan Persekutuan.

Fungsi Badan Kehakiman

Fungsi Badan Kehakiman bergantung pada taraf mahkamah-mahkamah seperti Mahkamah


Agung, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Mahkamah Tinggi terdiri daripada dua
buah, iaitu Mahkamah Tinggi Malaya – sebuah bagi Semenanjung Malaysia dan sebuah lagi
bagi Sabah dan Sarawak (yang dahulunya dinamakan Borneo). Mahkamah Rendah di
Semenanjung, Sabah dan Sarawak terdiri daripada Mahkamah Seksyen, Mahkamah Majistret
dan Mahkamah Penghulu di Semenanjung manakala, Mahkamah Adat/Negeri di Sabah dan
Sarawak. Di samping itu, terdapat juga Mahkamah Juvana bagi membicarakan kanak-kanak
dan mereka yang di bawah umur 18 tahun. Fungsi-fungsi ini dijalankan mengikut kuasa-kuasa
yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada mahkamah-mahkamah tersebut.

Pelantikan Hakim

Ketua Hakim Negara, Kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Sabah dan Sarawak serta Hakim-
hakim Besar Mahkamah Persekutuan dan Hakim-hakim lain Mahkamah Tinggi adalah dilantik
oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana
Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Bilangan hakim di negara ini ditentukan
oleh Perlembagaan Persekutuan meskipun keanggotaan mereka boleh diubah atas titah Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

TEMA LARAS SAINS : PENYAKIT MENTAL

PENYAKIT MENTAL 

Penyakit mental adalah istilah umum yang merujuk kepada sekumpulan penyakit-penyakit
mental. Seseorang yang mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi mentalnya.
Penyakit mental boleh berbeza dari segi tahap keterukannya, jangkamasa sakit dan tahap
gangguan terhadap aktiviti harian. Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh
berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang. Kebanyakan pengidap penyakit mental hanya
mengalami satu episod sahaja, tidak serius dan pulih dengan sempurna selepas rawatan.

Akibat dari salah faham mengenai penyakit mental, pesakit dan keluarga mereka kadang-
kadang dicemuh dan disisih dalam masyarakat.

Pada umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan ;

* Penyakit-penyakit psikosis.
* Penyakit-penyakit bukan-psikosis (neurosis) 

Penyakit Psikosis

Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan
hubungan dengan alam nyata. Kebolehan seseorang memahami pemikiran dan perasaannya
serta rangsangan dari luar terganggu di tahap teruk ini. Mereka merasai persekitarannya
berbeza dengan orang yang normal. Apa yang mereka lihat, dengar dan rasai sebagai
sesuatu yang benar tetapi tidak dialami oleh orang di sekitarnya. Pesakit mungkin bertindak di
atas apa yang dialami dan tingkahlakunya mungkin kelihatan “luar biasa”. Orang-orang yang
tidak biasa dengan tingkahlaku dan pengalaman mereka mungkin sukar memahami akan
kekeliruan dan ketakutan pesakit psikosis dan melihatnya sebagai sesuatu yang menakutkan.

Pada masa dahulu pesakit mental psikosis diasingkan dan dipisahkan dari masyarakat.
Tetapi, pada hari ini, dengan adanya rawatan dan ubatan yang berkesan, kebanyakan mereka
dapat menjalani kehidupan yang produktif dan bermakna.

Diantara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif.

Penyakit-penyakit Bukan Psikosis

Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini
merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita. Apabila perasaan biasa ini dan
tingkahlaku tertentu berlaku secara berlebihan, tidak terkawal dan berlarutan sehingga
mengganggu kehidupan seseorang dalam menjalani aktiviti harian, hubungan dengan orang
lain dan keupayaan seseorang untuk menikmati keseronokan hidup, ia mungkin mengalami
salah satu penyakit mental jenis bukan psikosis (neurosis).

Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah fobik (ketakutan yang tidak berasas),
keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsessif kompulsif. 

RAWATAN UTAMA PENYAKIT MENTAL 

Seperti penyakit fizikal, penyakit mental juga boleh diubati. Apabila seseorang mengalami
penyakit mental, mereka perlu menjalani penilaian oleh kakitangan kesihatan. Maklumat terus
terang dan tepat dapat membantu kakitangan kesihatan dalam menentukan diagnosa dan
merancang jenis rawatan dengan tepat. Sebahagian besar daripada mereka dapat dirawat
sebagai pesakit luar tanpa memerlukan kemasukan ke hospital atau institusi mental. Terdapat
berbagai jenis rawatan untuk penyakit mental. Rawatan yang diberikan kepada sesesorang
bergantung kepada jenis penyakitnya dan keperluan individu. 

Rawatan-rawatan Utama Yang Selalu Digunakan

Psikoterapi dan kaunseling 

Kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih
mendalam. Rawatan ini diberikan secara pesakit luar. Seseorang itu mungkin memerlukan
beberapa sesi kaunseling sebelum mendapat kesan rawatan. Jumlah sesi kaunseling
bergantung kepada jenis penyakit dan keperluan individu. 

Rawatan psikotropik 

Terdapat berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik yang
digunakan untuk rawatan penyakit mental. Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau
menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan
tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-
gejala penyakitnya dengan lebih baik. Sebahagian ubatan jenis ini mengambil masa yang
agak lama sebelum memberi kesan. Bagaimanapun, pengambilan ubat-ubatan jenis ini
mestilah mendapat nasihat dari pengamal perubatan yang sah. Sebahagian pesakit mental
perlu meneruskan pengambilan ubatan psikotropik untuk jangka masa yang panjang
sepertimana rawatan fizikal, contohnya penyakit darah tinggi dan kencing manis. 

Rawatan tingkahlaku 

Rawatan jenis ini memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau
tingkahlaku yang tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Terdapat
berbagai jenis rawatan tingkahlaku yang boleh digunakan untuk merawat penyakit mental
tertentu. Teknik releksasi adalah merupakan satu contoh rawatan jenis ini. 

Rawatan elektrokonvulsif 

Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah


merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya
digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius. Sebelum rawatan diberikan,
seseorang itu akan diberi bius. 

Diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

TAHUKAH ANDA ?

Tahukah Anda?

Pada Julai 2008, Melaka dan Georgetown dipilih sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO
kategori kebudayaan manakala Taman Negara Kinabalu (Sabah) dan Taman Negara Mulu
(Sarawak) diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia kategori Tapak Semulajadi pada tahun 2000.
 
TEMA MINGGU INI : SENI WARISAN NEGARA
CONTOH SOALAN:
Bandaraya Bersejarah Melaka telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Bincangkan kesan daripada pengiktirafan tertinggi tersebut kepada negara Malaysia.

Apakah maksud Tapak Warisan Dunia UNESCO?

7 Julai 2008 merupakan tarikh yang cukup bermakna bagi negara kita. Pada tarikh ini, dua
tempat bersejarah di negara kita iaitu Melaka Bandaraya Bersejarah dan Georgetown telah
diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia (TWD) bagi kategori bandaraya (Bandaraya Warisan
Dunia - BWD). Pengiktirafan ini dilakukan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan
Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Sebelum ini, pada tahun 2000, Taman Kinabalu di Sabah dan Taman Negara Mulu di
Sarawak turut diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia bagi kategori alam semula jadi.
Tahukah adik-adik apakah yang dimaksudkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’? Apakah
kelebihan tapak ini dan apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk mendapat pengiktirafan
tersebut?

Definisi Tapak Warisan Dunia (TWD)


Tapak Warisan Dunia bermaksud sesuatu yang mengandungi nilai sejarah yang tinggi, yang
diwarisi daripada generasi yang terdahulu. Misalnya hutan, gunung, tasik, padang pasir,
monumen, bangunan, kompleks dan bandar.

Pemilihan Tapak Warisan Dunia


Pemilihan Tapak Warisan Dunia tertakluk di bawah Program Warisan Dunia Antarabangsa
UNESCO. Program ini ditadbir oleh Komiti Warisan Dunia UNESCO yang terdiri daripada 21
buah negara.

Apabila kerajaan Malaysia menghantar pencalonan ke atas Melaka Bandaraya Bersejarah


dan Georgetown untuk dinilai oleh Komiti Warisan Dunia UNESCO, kesemua 21 buah negara
yang terlibat telah bersetuju mengiktiraf kedua-dua bandaraya ini sebagai Bandaraya Warisan
Dunia.

Nota: UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) ialah badan
dunia yang ditubuhkan pada 16 November 1945 bagi mempromosi inisiatif kerja sama
antarabangsa bagi hal ehwal berkaitan pendidikan, sains dan kebudayaan. Badan mempunyai
190 negara ahli termasuk Malaysia.

Kepentingan Tapak Warisan Dunia


Apabila sesuatu warisan itu telah diiktiraf sebagai TWD, hal ini akan dapat meninggikan lagi
nilai khazanah warisan itu. Warisan tersebut akan dilindungi sepenuhnya dan dipelihara
keaslian dan mutunya untuk tatapan generasi seterusnya.

Apabila kerajaan negara kita telah mendapat pengiktirafan TWD bagi Melaka dan
Georgetown, satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memastikan kedua-dua tempat ini
terus terpelihara dan dapat mengekalkan status tersebut. Jawatankuasa tersebut, yang
dinamakan Jawatankuasa Pengurusan untuk Tapak Warisan Dunia Melaka dan Georgetown,
dipengerusikan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan iaitu Datuk Seri
Mohd Shafie Apdal. Jawatankuasa inilah yang bertindak memelihara dan memulihara kedua-
dua Tapak Warisan Dunia tersebut daripada segala bentuk tindakan yang boleh merosakkan
nilai sejarah yang ada sehingga menyebabkan pengiktirafan tersebut ditarik balik oleh
UNESCO.

Sekiranya status tersebut ditarik balik, hal ini merupakan kerugian kepada negara kerana
tapak itu tidak lagi mempunyai daya tarikan kepada para pelancong, manakala generasi akan
datang tidak lagi dapat menatap sejarah yang pernah berlaku di negara mereka.

Bagi memastikan Tapak Warisan Dunia dijaga dan dipelihara dengan rapi, Program Warisan
Dunia Antarabangsa UNESCO sentiasa membuat lawatan dari semasa ke semasa ke tapak-
tapak tersebut.

Pemilihan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia


Adik-adik, untuk mendapat status Tapak Warisan Dunia bukanlah perkara yang mudah.
Kerajaan Malaysia sendiri telah berusaha sejak tahun 2001 supaya Melaka dan Georgetown
diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia. Selepas tujuh tahun, barulah negara kita menerima
pengiktirafan tersebut, iaitu setelah semua ciri-ciri yang diperlukan berjaya dipenuhi.

Apakah keistimewaan Melaka dan Georgetown sehingga berjaya dipilih sebagai Bandaraya
Warisan Dunia?
Melaka dan Georgetown sememangnya mempunyai ciri-ciri sejarah yang istimewa. Melaka
dan Georgetown merupakan bandar di pinggir Selat Melaka yang telah dibangunkan sejak
lebih 500 tahun dahulu sebagai pusat pertukaran barangan dan budaya antara Timur dan
Barat.
Pengaruh Asia dan Eropah dapat dilihat di bandar ini sehingga ke hari ini, sama ada secara
langsung dan tidak langsung. Pengaruh ini dapat dilihat pada bangunan, tempat ibadah dan
kubu yang dibina.

Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf di Melaka merangkumi kawasan seluas 214.6 hektar.
Kawasan ini melibatkan zon sekitar Bukit St. Paul yang terdiri daripada bangunan-bangunan
kerajaan, muzium, gereja dan kubu tinggalan Portugis dan Belanda serta Bukit Cina, serta
kawasan kediaman dan kawasan zon perniagaan bersejarah yang merangkumi 600 rumah
kedai, premis perniagaan dan bangunan tempat tinggal, rumah-rumah ibadat dan makam-
makam.

Bukit St Paul, Melaka

Manakala di Georgetown, kawasan yang dipilih ialah kawasan seluas 259.4 hektar. Kawasan
ini termasuk Lorong Love, Pengkalan Weld Lebuh Pantai, Jalan Masjid Kapitan Keling, Lebuh
Light, Lebuh Bishop, Lebuh Pasar serta beberapa lebuh lain.

Komitmen Kerajaan dan Rakyat


Kita harus berbangga dengan pengiktirafan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan
Dunia. Dengan itu, wajarlah kita menyintai tanah air kita terutamanya khazanah warisan
negara yang cukup tinggi nilainya di kedua-dua tempat ini. Maka, bersama-samalah kita
memulihara khazanah ini supaya pengiktirafan ini kekal sampai bila-bila.
DICATAT OLEH RAZALI SAMAD DI 9:17 AM 0 ULASAN  

PERSEMBAHAN GRAFIK
Bahagian ini merupakan bahagian persembahan grafik @ mengalih bentuk teks linear
kepada bukan linear. Bentuk teks linear berkaitan deskriptif, naratif, informatif,
penghujahan dan penilaian. Tugasan yang perlu dilaksanakan ialah memahami isi
kandungan yang tersurat dan tersirat, mengemukakan idea secara logik dan sistematik,
menganalisis fakta dan data yang diberi, membuat penghitungan dan membuat
taakulan. 

PANDUAN MEMILIH MEDIA MENGIKUT SOALAN


Disini, sekali lagi saya akan memberi sedikit panduan dari segi pemilihan media mengikut
kehendak soalan

PANDUAN MENENTUKAN MEDIA


1. GRAF BAR PIRAMID
*terdapat 3 elemen dalam soalan dan 1 elemen mesti berpasang
Contoh soalan :
Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara
terpilih pada 2004 dan 2005
Elemen :
1. nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih.
2. Tahun 2004
3. Tahun 2005
Elemen berpasang :
1. jenis barangan
2. negara-negara

2. GRAF BAR GABUNGAN


*terdapat 2 elemen dan nilai yang berbeza
Contoh soalan :
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta harga petroleum
mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006.
Elemen :
1. Kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. Harga petroleum mentah
Nilai :
1. nilai untuk kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. nilai untuk harga petroleum mentah

Tips pemilihan media:

GRAF GARIS SAMA SAHAJA


graf garis.perbandingan atau kompaun- pola,perubahan , aliran turun naik, petunjuk,indeks,
trend petunjuk

GRAF BAR ADA 2 : GRAF BAR KOMPAUN GRAF BAR KOMPENEN


kata kunci graf bar kompaun - bilangan, kuantiti, kebiasannya nilai, pengeluaran peratus @
kadar, graf bar komponen - kumulatif @ jumlah
PANDUAN MEMBINA MEDIA BERSISTEMATIK
Baiklah kita teruskan dengan prosedur penghasilan media yang sistematik

Membina media.
1. Jadual harus di sediakan . Para calon harus merancang bilangan baris dan lajur yang
sesuai. Segala butiran, pemboleh ubah, nilai-nilai serta unit dimuatkan di dalam ruang-ruang
yang sesuai.

Ciri-ciri pembinaan graf garisan komponen

 Pemilihan skala yang bersesuaian mengikut nilai yang diberi.


 Setiap pembolehubah diplotkan secara menegak dan selari mengikut masa dan
tempat yang sama.
 Garisan permulaan menyetuh paksi menegak sebelah kiri dan garisan akhir
menyentuh satu garis tegak yang membatasi setiap komponen garis disebelah kanan.
 Garisan paksi yang dibina haruslah lebih tebal daripada garis-garis yang lain.
 Titik- titik yang ditandakan hendaklah disambung sehingga membentuk garisan yang
berlapis.
 Warnakan setiap lapisan tersebut dengan warna yang berbeza.
 Gunakan ton warna yang lebih gelap di bahagian bawah. Ini kerana untuk
menampakkan kejelasan media yang dibina.
 Elakkan sebarang penulisan angka di dalam komponen atau pada garisan yang dibina.

Selepas membina sesuatu media, pelajar-pelajar perlu memastikan perkara penting yang
harus ada di dalam media. Antaranya :
1.Tajuk yang lengkap (lokasi, perkara dan tempoh )
2. Pemboleh ubah-pemboleh ubah yang lengkap serta unit atau peratus yang betul.
3. Perlu ada skala .
4. Petunjuk yang lengkap di bahagian bawah dan kiri media.
5. Sumber dari mana maklumat petikan itu di ambil dan ditulis di bahagian kanan dan bawah
media..

PANDUAN MEMILIH MEDIA


Sekiranya soalan yang dikemukan tidak menunjukkan dengan jelas apa graf yang sesuai
seperti berikut, pelajar harus beri perhatian kepada key words

KABUR
*sukar untuk menentukan jenis media
*pelajar perlu meneliti data dalam petikan
*pelajar perlu berhati-hati (salah media - 1/15 markah)

Contoh soalan1 :
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan perubahan kadar guna tenaga wanita dalam pelbagai sektor pekerjaan
pada tahun-tahun yang dinyatakannya.
Media: graf garis kompaun-----perubahan kadar---graf garis

Contoh soalan 2
Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara
terpilih pada 2004 dan 2005
Media : Graf piramid kompaun

Contoh soalan 3
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta harga petroleum
mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006.
Media : Graf gabungan (bar kompaun)

GRAF GARIS KOMPAUN DAN KOMPONEN


Tahukah anda, graf garis kompaun adalah seperti graf bar kompaun, iaitu untuk
memaparkan maklumat bilangan untuk beberapa tahun. Banyak garis berwarna dilukis untuk
mewakili sektor-sektor yang terdapat dalam soalan ( bilangan)

Padahal, graf garis komponen adalah seperti graf bar komponen untuk menunjukkan jumlah,
graf garis ini unik
(a) dua paksi y
(b) mula garis dari paksi y sebelah kiri dan bercantum dengan paksi y disebelah kanan.
(c) harus dilorekkan atau warnakan kawasan antara graf-graf garis tersebut
(d) jadual mesti menunjukkan nilai tambah antara tahun sehingga jumlah maksimum dicapai

Sekiranya ada persoalan boleh kemukakan disini

CARA MENGENALI JENIS GRAF


Bentuk-bentuk grafik yang popular dalam peperiksaan :
1. Graf bar (kompaun / komponen)
2. Graf garis (kompaun / komponen)
3. Graf gabungan bar dengan garis
4. Graf piramid / berpasang (kompaun / komponen)
5. Carta pai (tunggal, berbanding atau silinder)
6. Graf bar memesong atau imbangan

BENTUK / JENIS SOALAN


1) JELAS*mudah tentukan media*pelajar tidak perlu memikirkan jenis media*memberi
kelebihan kepada pelajar untuk menjawab dengan cepat

Contoh soalan 1 :
Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf garis
yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan
Sosial (PERKESO) antara tahun 2000 hingga 2004.
Media : graf garis komponen

Contoh Soalan 2:
Dengan menggunakan maklumat di bawah, lukis carta pai perbandingan untuk menunjukkan
jumlah pelancong mengikut negara asal bagi tahun 1997 dan 2002.
Media : carta pai perbandingan

CARA MENULIS TAJUK GRAF DENGAN TEPAT


Ada di antara kamu masih keliru bagaimana hendak menulis tajuk graf dengan tepat.
Baiklah, saya akan paparkan beberapa contoh penulisan tajuk yang betul. INGAT..TAJUK
YANG SALAH---HILANG 6 M... JADI SALIN TAJUK DARI SOALAN DENGAN BETUL Panduan umum
: Tajuk di tulis dengan title sentence- maksudnya---huruf besar perkataan pertama kecuali
kata hubung dan kata sendi

CONTOH:

1. Perbezaan Peruntukan Perbelanjaan Sektor Ekonomi Kerajaan


Peruntukkan antara Rancangan Malaysia Keenam dengan Rancangan Malaysia Ketujuh.
2. Permodalan Pasaran Syarikat-syarikat yang Dipilih dalam Pasaran Saham Kuala Lumpur.
3. Bilangan Pengguna Air Mengikut Negeri pada Tahun-tahun
1990,1993, dan 1995 antara Bandar dengan Luar Bandar di Malaysia.
4. Perubahan Bilangan Kes Kebakaran Mengikut Punca dari Tahun 1996hingga Tahun 2002.
5. Peratusan Perubahan Kekosongan Jawatan Baru di Malaysia bagi Tempoh
Januari hingga Julai 1998 dan Januari hingga Julai 1999.
Saya telah highlight semua perkataan yang harus ditulis dengan huruf kecil dalam warna
biru. Jika ada lagi perkataan yang memerlukan penerangan/penjelasan, sila pos supaya saya
dapat memberi bimbingan.

Sebenarnya jika salah huruf dalam tajuk, hanya tolak markah teknik (1m),sahaja. Tetapi jika
ada kesalahan dalam tajuk,iaitu dari segi perkara, tempoh atau tempat...barulah markah
maksimum yang ditentukan ialah 6m.Buat masa ini tiada peraturan dari MPM tentang title
sentence...harap-harap tajuk CAPS LOCK ( semua huruf besar) boleh diterima

GRAF BAR
Hari Jumaat 14 Ogos 2009, anda akan pelajari Graf Bar. Graf bar digunakan untuk
menunjukkan data statistik dengan lebih jelas dan mudah. Graf bar sesuai digunakan untuk
membuat perbandingan atau melihat perubahan sesuatu pembolehubah dalam sesuatu
tempoh masa dengan jelas.

Kuliah yang akan cikgu beri berkaitan dengan Graf Bar dan terdapat 4 jenis graf bar yang
perlu anda kuasai. iaitu:
a) Graf bar kompaun / histogram
b) Graf bar komponen
c) Graf bar memesong / cermin
d) Graf bar piramid

PENTAFSIRAN BAHAN GRAFIK


Bahagian E merupakan pentafsiran bahan grafik @ mengalih bentuk teks bukan linear
kepada linear. Bentuk teks bukan linear seperti jadual, graf, carta dan gambar rajah.
Manakala tugasan yang perlu dilaksanakan ialah mengenali dan memahami ciri teks
bukan linear, memilih dan membina media teks bukan linear yang sesuai serta
memindahkan dan membina media teks linear daripada teks bukan linear. 
KUMPULAN 5

KUMPULAN 4
KUMPULAN 3

KUMPULAN 2

KUMPULAN 1

PETUA 2 : CARA MENGINTERPRESTASI DATA GRAF BAR


Cara Menginterprestasi Data Graf Bar

1. Kenal pasti setiap pemboleh ubah yang terdapat dalam graf bar
2. Dapatkan data bagi pemboleh ubah berdasarkan nilai skala pada paksi menegak graf
bar. Unit kuantiti pemboleh ubah juga perlu dikenal pasti
3. Bagi graf bar komponen, nilai sesuatu pemboleh ubah bagi sesuatu tahun dapat
ditentukan dengan mengira nilai perbezaan antara dua angka yang membentuk bar
pemboleh ubah tersebut
4. Perhatikan juga sebarang catatan tambahan atau nota kaki di bahagian bawah
media. Sekiranya terdapat data anggaran, perkataan "anggaran" perlu ditulis semasa
menghuraikan data berkenaan.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN GRAF BAR


Teknik Menjawab Soalan : Graf Bar

Pendahuluan

1. Teliti dan fahami graf bar yang diberikan


2. Kenal pasti pemboleh ubah yang dinyatakan pada bahagian tajuk graf bar
3. Tulis 'Graf bar ini menunjukkan ... (rujuk bahagian tajuk sebagai panduan)
4. Nyatakan jumlah keseluruhan dan buat perbandingan antara jumlah keseluruhan
mengikut tahun yang diberikan (dalam bentuk nilai mutlak dan peratusan)

Isi dan Huraian

1. Calon harus memberikan sekurang-kurangnya empat isi


2. Kemukakan idea perubahan secara mendatar (perubahan mengikut tahun) terlebih
dahulu
3. Huraikan perubahan nilai mutlak atau peratusan perubahan
4. Nyatakan alasan yang menyebabkan perubahan data tersebut (berdasarkan kehendak
soalan)
5. Kemukakan idea perbandingan secara menegak (bandingkan pemboleh ubah bagi
satu-satu tahun yang dipilih), misalnya amaun pemboleh ubah yang paling tinggi dan
amaun pemboleh ubah yang paling rendah
6. Berikan huraian atau hujah tentang nilai mutlak atau peratusan sumbangan daripada
jumlah keseluruhan bagi tahun berkenaan
7. Perenggan yang melibatkan analisis pengetahuan perlu diasingkan daripada
perenggan analisis data jika soalan meminta pandangan calon

Kesimpulan

1. Tulis secara tingkas gambaran keseluruhan daripada data atau maklumat yang
diberikan dalam graf bar
KOLOKIUM PELAJAR PRA U
Kolokium merupakan perjumpaan @ persidangan yang tidak formal untuk membincangkan
perkara yang bersifat ilmiah dan berbincang secara berkumpulan. Kolokium mengandungi satu
syarahan yang diberikan oleh ahli komuniti. 

PENGENALAN KPD KOLOKIUM STK


KOLOKIUM PRA-U
SEKOLAH TINGGI KLUANG

Kertas Kerja
Kertas Kerja ditulis untuk disampaikan kepada kelompok tertentu dalam suatu pertemuan ilmiah,
misalnya kolokium, simposiun, seminar atau persidangan. Di samping itu kertas kerja juga ditulis
untuk melengkapi tugas-tugas lain seperti pembentangan untuk kuliah tertentu.

Kolokium
Kolokium pula merupakan perjumpaan atau persidangan yang bersifat tidak formal untuk
membincangkan perkara yang biasanya bersifat ilmiah, perbincangan secara berkumpulan.

Manakala, menurut wikipedia mengenai kolokium atau dalam bahasa Inggerisnya Colloquium ialah :

A colloquium is an important type of academic activity. Typically, a colloquium will consist of a


single lecture given by a member of the academic community about his or her work, to colleagues
who work in the same or an allied field. The audience is expected to ask questions and to evaluate
the work presented. Colloquia help to provide scholars with the opportunity to face and respond to
criticism in the early stages of the development of new ideas.

Dalam akademik, kolokium lazimnya mengandungi satu syarahan yang diberikan oleh ahli komuniti
akademik tentang kerjanya kepada rakan yang berkerja dalam bidang berdekatan.[1] Para pendengar
dijangkakan untuk menanyakan soalan dan menilai kerja yang dibentangkan. Kolokium juga
menyediakan para sarjana ilham bagi memulakan ilham tahap baru.

Kolokium lebih bersifat tertutup. Ini bermakna, perbincangan di kalangan ahli akademik atau
golongan cendekiawan itu memfokus kepada sesuatu topik dan tidak sewenang-wenangnya di
sebarkan kepada umum, tanpa memutuskan hasil perbincangan itu melalui ketetapan atau resolusi
akhir.

Format Kertas Kerja


Biasanya sesebuah kertas kerja ditulis mengikut format yang gtertentu. Berikut adalah format yang
biasa diguna dan diterima pakai oleh banyak pihak.

Kertas dan Saiz


Kertas yang biasa digunakan untuk mencetak kertas kerja yang telah siap adalah dari jenis simili 70
atau 80 gram berwarna putih dan bersaiz A4.

Jidar/Margins
Jidar yang biasa digunakan adalah 2.5cm di sebelah atas, kanan dan bawah tetapi
lebih besar pada sebelah kiri untuk memudahkan penjilidan.

Huruf/Fonts
Huruf Times New Roman, Courier atau Arial bersaiz 12pt kerap digunakan. Huruf dan saiz yang
digunakan mestilah konsisten dan tidak bercampur-campur.

Jarak Antara Baris


Jarak yang digunakan adalah satu setengah langkau (1.5 spacing). Bagi memulakan ayat baru selepas
tanda noktah, perlu di ruangkan sebayak 2 ruang (2 space bar).

Muka Surat
Nombor Roman i, ii, iii dan seterusnya digunakan untuk menandakan halaman isi kandungan, sinopsis,
abstrak, senarai jadual, penghargaan dsb.

Nombor angka 1, 2, 3 dan seterusnya digunakan untuk muka surat seterusnya bermula dari
pendahuluan sehingga bahagian rujukan dan lampiran.

Kulit Hadapan
Menggunakan kertas tebal berwarna biru (warna buku peraturan STK). Huruf yang digunakan bersaiz
16pt dan ditaip semuanya berhuruf besar. Kedudukan mestilah di tengah-tengah (center text).

@www.pam900.blogspot.com

KOLOKIUM PELAJAR PRA U


Kolokium merupakan perjumpaan @ persidangan yang tidak formal untuk membincangkan
perkara yang bersifat ilmiah dan berbincang secara berkumpulan. Kolokium mengandungi satu
syarahan yang diberikan oleh ahli komuniti. 
SUSUNAN PENULISAN KOLOKIUM
Susunan dan Urutan

Contoh
Halaman
Penghargaan i
Isi kandungan ii
Abstrak iii

1.0 Pengenalan 1
2.0 Definisi Konsep 2
3.0 Tinjauan Literature
(mengikut keperluan) 5
3.1 Sub-sub judul 8

4.0 10
5.0 ............... 13

6.0 Cadangan 15
7.0 Rumusan 16
Rujukan 17
Lampiran 18

Topik dan Tajuk


1. Topik tersebut ada manfaat dan layak dibahas.
2. Menarik
3. Diketahui dengan baik
4. Ada bahan sokongan dan dapat diperolehi dan mencukupi

Topik yang dipilih harus dihadkan skopnya agar perbicaraannya tidak terlalu luas atau terlalu sempit.
Setelah topik diperolehi maka perlaksanaan topik harus dinyatakan dalam suatu tajuk.
Topik ialah pokok pembicaraan, sementara tajuk semacam nama atau label suatu kertas kerja.

Peringatan tentang Tajuk


a. Perlu menggambarkan maksud keseluruhan topik
b. Biasanya tidak melebihi 12 patah perkataan
c. Gunakan istilah yang btepat dan padat
d. Tidak mengandungi singkatan atau akronim

Kerangka Kertas Kerja


Kerangka merupakan himpunan ide utama yang disusun secara sistematik. Kerangka berguna sebagai
pedoman penulisan tersebut.

Contoh :

Tajuk :
Pengenalan
Kandungan :
1. ____________________
2. ____________________
3. ____________________

Cadangan
Rumusan

Format Rujukan
a. Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard)

i) Tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang dirujuk.


“Menurut Paredis (1993), kaedah penjadualan dalam pelbagai bidang.......”

ii) Nama pengarang ditulis pada akhir ayat.


“Oleh itu, kaedah penjadualan dalam pelbagai bidang........ (Paredis, 1993).”

iii) Sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang.


“Senggaraan secara berjadual......telah lama dikaji oleh Kralj dan Petrovic (1995).”

iv) Sumber dirujuk dihasilkan oleh tiga atau lebih pengarang.


“Shafie Deris, et. al. (1999) telah menggunakan..............................”

Rujukan/Bibliografi
Ciri penting dalam sesuatu penulisan ilmiah adalah kejujuran ilmiah iaitu bentuk pernyataan tentang
hasil penelitian/penulisan orang lain yang disajikan dalam penulisan tersebut. Rujukan/Bibliografi
berfungsi sebagai dokumentasi bahan kepustakaan.
Contoh menulis Rujukan.
a) Buku
Wan Zahid Mohd Nordin (1993). “ Wawasan Pendidikan.” Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

b) Artikel dalam buku


Southworth, G. (2002). “Instructional Leadership.” dlm. Mikac, N. “School Leadership.” Boston: Allyn
& Bacon. 73-91.

c) Artikel dalam jurnal


Halinger, J.F. (1985). “ Assessing.” The Elementary School Journal, 86(2). 217-247.

d) Tesis
Wan Ali Kazim (1993). “Demografi Penduduk......” Universiti Malaya: Disertasi Sarjana Pendidikan.

e) Bahan sumber yang tidak diterbitkan


Salim Salam (2000). “Peranan Pengetua........” PPD Kluang, Johor: Kertas kerja tidak diterbitkan.

Penjilidan
Kertas kerja kolokium perlu dijilidkan menggunakan kaedah gegelung. Kulit depan dan belakang sama
iaitu warna biru (warna kulit buku peraturan STK)

KOLOKIUM : TARIKH PEMBENTANGAN


Kertas Kerja Kolokium Pelajar Pra U Sekolah Tinggi Kluang

1. Dibuat secara berkumpulan (5-6 pelajar) di bawah pengawasan seorang guru pembimbing.
2. Kertas Kerja – Sekurang-kurang 20 muka surat.
3. Semasa pembentangan pelajar boleh dibahagikan mengikut tugasan seperti – pembentang,
mengawal selia komputer, menjawab persoalan yang berbangkit.
4. Masa pembentangan 20 minit.
5. Penghantaran tugasan. Kertas Kerja dan Power Point (Soft dan Hard Copy)

Topik/Tema
1. Ko-kurikulum – Kepentingan Khidmat Masyarakat dalam membentuk sahasiah
2. Kurikulum – Penjadualan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Pra-U
3. Kurikulum - Sistem Kuliah dan Tutorial – Pro dan kontra
4. Pilihanraya MPPU – Memperkasa Kepimpinan

You might also like