You are on page 1of 9

SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN MAMBAU

Minit Mesyuarat Guru Kali Kedua Tahun 2011

Tarikh : 11 April 2011


Masa : 3.00 – 5.00 petang
Tempat : Bilik Persidangan Al-Farabi
Kehadiran:

1. En. Abd Halim bin Md Yunus ( Pengetua)


2. Pn. Wan Hong Kiew ( Pen. Kanan HEM )
3. Tn. Hj. Maghrib bin A. Rahman ( Pen. Kanan Kokurikulum )
4. Pn. Shely Sam bt. Abu Zarin
5. Pn. Mazenah bt. Piei
6. Pn. Chai Mei Choo
7. En. Satha Sivam Shanmugam
8. Pn. Liew Thiam Foong
9. Pn. Azizah bt. Yunus
10. En. Abd. Razak bin Husin
11. En. Abu Bakar bin Ghalim
12. Tn. Hj. Abd. Hamid bin Jaman
13. Pn. Agnes Indira a/p Kasawi
14. Pn. Awtar Kaur a/p Hari Singh
15. Pn. Azawati bt. Daud
16. Pn. Azuwa bt. Yahya
17. Pn. Che Lamziah bt. Ibrahim
18. En. Chia Sen Chun
19. Pn. Chua Suat Choo
20. Datin Hasnah bt. Abu Samah
21. Pn. Emelda bt. Mohamad Rais
22. Pn. Eyu Bee Ling
23. En. Gurmeet Singh
24. Pn. Hii Yii Mang
25. Pn. Ho Lee Yin
26. En. Hami bin Mohd. Amin
27. Pn. Hjh Kalsom bt. Azid
28. Pn. Jayanthi a/p Sreedharan
29. Pn. Jothi a/p Arumugam
30. Pn. Kew Woon Hui
31. Pn. Khow Lai Wan
32. Pn. Komathy a/p Masillamany
33. Pn. Lee Wan Hwa
34. Pn. Loo Lai May
35. Pn. Lucy Glory @ Sobana
36. En. M. Azlizan b. Ab Rahman
37. En. Mohd Azlee bin Ismail
38. Cik Mageswary a/p P. Marimuthu
39. Pn. Makhtom bt. Abdullah
40. Pn. Malliga a/p Palaniappan
41. Pn. Marsila bt. Mohd Rais
42. En. Mohd Kamis Abd Wahab
43. En. Mohd Mustaffa
44. Pn. Munahwar bt. Sultanah Nazir
45. En. Mohd Kusairi b. Ismail
46. Cik Mimi Norashikin bt. Md. Jaini
47. Pn. Nanthamalar a/p Supramaniam
48. Pn. Noralisa bt. Mohd Isa
49. Pn. Norashikin bt. Mohd Nor
50. Pn. Noor Azila bt. Zainal Abidin
51. Pn. Noorhayati bt. Abu Bakar
52. Pn. Nor Hashiken bt. Abdul Halim
53. Pn. Nor Riza bt. Zakaria
54. Pn. Norehan bt. Mohd Nor
55. Pn. Norlelawati bt. Ali
56. Pn. Norliza bt. Mohamad Nazir
57. Pn. Norhayati bt. Mohamed
58. Cik Norziah bt. Zainuddin
59. Pn. Nursaliza bt. Mansor
60. Cik Nor Tahirah bt. Ghani
61. Pn. Nurul Huda bt. Adzis
62. Cik Nurhidayah bt. Ab Rahman
63. Cik Norakusuma bt. Mohd Din
64. Pn. Norha Fairuzz Ezzaini bt. Abd Rahman
65. Cik Nurulhuda bt. Mohd Hasim
66. Pn. Rahmah bt. Mohd Shariff
67. Cik Rahimah bt. Shamsuddin
68. Pn. Rajeswari a/p Manikam
69. Pn. Romsina bt. Abd Karim
70. Pn. Rosnawati bt. Rasli
71. Pn. Rufina Francis
72. Pn. Reny Rahayu bt. Mohd Razali
73. Pn. Siti Norlida M. Yusof
74. Cik Siti Bahiedah bt. Baharin
75. Pn. Surya bt. Selamat
76. Cik Theresammah Soosy
77. Pn. Toh Ger Poh
78. Pn. Yap Fei Ling
79. Pn. Zanida bt. Zarkasi
80. Pn. Rohaya bt. Bidin
81. Cik Siti Noroni bt.Omar
82. Pn. Seri Nur Fasa bt. Abu Hasan
83. Cik Nur Samirah bt. Mohd Radzi
84. Cik Noor Azuraida bt. Salleh
85. Cik Norizq Fairuz Rmir bt. Ali
86. Cik Noor Hawani Syafirra bt. Anuar
87. Cik Rosmaziana bt. Shafie
88. Cik Rose anak Ringing
Tidak Hadir :

1. Pn. Che Rugayah bt. Mat Deris ( Cuti Kecemasan )


2. Pn. Fadhlina bt. Mohamad Rais ( Mesyuarat Karnival Sains dan Teknologi )
3. En. Zahari bin Yaacob ( Cuti Tanpa Gaji )
4. Pn. Fazidah bt. Ayob (CRK)
5. Pn. Hazila bt. Hamid ( Cuti bersalin )
6. Pn. Lam Tze Fuen ( dengan kebenaran pengetua )
7. Cik Nor Ashura bt. Zainuddin ( Kejohanan Bola Baling )
8. Pn. Siti Hawa bt. Shafiei ( Kejohanan Bola Baling )
9. Pn. Nur Hatini bt. Abu Hashim (bersebab)
10. En. Ziaor Rahman b. Othman ( Mesyuarat Karnival Sains dan Teknologi)
1.0 Kata-kata aluan daripada Tuan Pengetua
1.1 Tn. Pengetua mengucapkan syukur kerana guru-guru dapat berkumpul bersama-sama
untuk sesi perkenalan, perbincangan dan bertukar-tukar pendapat tentang sekolah.

1.2 Beliau menyatakan dalam membangunkan sekolah, kejayaan bergantung kepada


penglibatan semua warga sekolah iaitu guru-guru, pekerja-pekerja sekolah, kakitangan
bukan guru dan murid-murid. Oleh itu, kecemerlang sekolah menagih komitmen semua
warga SMK Mambau.

1.3 Harapan beliau agar semua warga SMK Mambau dapat bekerjasama untuk menjadikan
SMK Mambau sebagai sekolah idaman ibu bapa bagi menyekolahkan anak mereka di
sekolah ini serta dapat membagunkan modal insan. Beliau juga berharap agar SMK
Mambau akan menjadi contoh, dalam konteks 1 Malaysia yang sebenarnya. Justeru,
beliau menyarankan kepada semua guru agar menanamkan sikap saling mempercayai
dalam membangunkan sekolah.

1.4 Pengetua berbangga kerana ada guru dan kakitangan sokongan SMK Mambau yang
berani menyekolahkan anak mereka di sekolah ini atas faktor mereka mempercayai
rakan-rakan serta guru-guru yang mengajar anak mereka. Bagi Tuan Pengetua komitmen
yang tinggi oleh semua warganya meletakkan SMK Mambau sebagai sekolah pilihan
ibu bapa untuk meletakkan anak mereka di sekolah ini.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Cadangan oleh En. Gurmeet Singh dan disokong oleh Pn. Awtar Kaur

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Semua guru dikehendaki menyediakan empat bahan bantu mengajar dan diserahkan ke
bilik BBM untuk direkodkan. Tuan pengetua meminta Puan Norlelawati memaklumkan
jumlah bahan bantuan mengajar yang telah disediakan oleh guru-guru dan direkodkan.

Tindakan : Pn. Norlelawati dan semua guru.

3.2 Tuan Pengetua meminta guru-guru mematuhi peraturan etika berpakaian. Beliau meminta
guru-guru untuk memakai kasut bertutup atau “court shoes” dan tindakan segera perlu
diambil kecuali guru-guru wanita yang mengandung. Selain itu semua guru diingatkan
untuk memakai tanda nama pada waktu kerja.

Tindakan : Semua guru

3.3 Pengetua meminta kaunselor sekolah untuk membuat satu kajian tindakan berkaitan
dengan PSS pada tahun 2011.

Tindakan : Kaunselor sekolah

3.4 Kajian tindakan yang akan dibuat oleh Pn. Norlelawati dan Pn. Munahwar bersama-sama
pengetua sekolah akan diteruskan.

Tindakan : Pengetua, Pn. Norlelawati dan Pn. Munahwar


3.5 Terdapat perubahan dalam pengendalian program kelas tambahan dan lonjakan saujana.
Pengubalan jadual baru akan dibuat. Ketua bidang dan Pn. Wan akan menentukan
bagaimana program tersebut hendak dilaksanakan. Bagi program lonjakan saujana tidak
akan dilaksanakan lagi pada hari Jumaat tetapi akan dialihkan pada hari Khamis. Pada
setiap pagi Jumaat, semua guru Islam dan murid-murid Islam akan mengikuti program
bacaan Yasin manakala bagi murid-murid bukan Islam akan mengikuti program
Pendidikan Moral ataupun program gemilang 2011. Program ini akan berkuatkuasa
selepas pembubaran jadual dan apabila PK1 yang baru sampai.

Tindakan : Semua guru

3.6 Kutipan yuran tambahan bagi tahun 2011 diteruskan. Tuan Pengetua ingin berjumpa
dengan semua guru tingkatan bagi mengetahui jumlah murid yang masih belum
menjelaskan yuran tambahan.

Tindakan : Semua guru tingkatan

3.7 Standard Guru Malaysia (SGM) – semua guru dikehendaki mengisinya. En. Chia
dikehendaki mengenal pasti guru-guru yang masih belum lagi mengisi SGM dan
memaklumkan kepada pengetua.

Tindakan : En. Chia dan semua guru

3.8 Kehadiran murid-murid untuk aktiviti Kokurikulum adalah wajib dan murid-murid yang
tidak hadir akan ditandakan kosong dan perkara ini perlu diumumkan secara rasmi pada
waktu perhimpunan. Namun begitu Tuan Hj. Maghrib memaklumkan sekurang-
kurangnya murid-murid diberi 1 markah jika tidak hadir selaras dengan arahan KPM.

3.9 Semua murid mesti memakai pakaian uniform kokurikulum mengikut unit beruniform
masing-masing pada setiap hari Rabu. Bagi murid-murid yang tidak mampu membeli
uniform yang lengkap, mereka boleh memakai ‘half uniform’.

Tindakan : Makluman dan semua guru

3.10 Berkuatkuasanya program 1 Murid 1 Sukan, guru-guru PJK dibenarkan memakai baju
sukan sepanjang P&P hingga tamat waktu persekolahan manakala bagi murid-murid pula
mereka boleh memilih sama ada ingin memakai baju sukan sehingga tamat waktu
persekolahan atau menukar kepada pakaian sekolah selepas waktu rehat . Namun begitu
kedaan ini bergantung kepada keputusan pihak pentadbiran sekolah.

Tindakan: Semua guru PJK

3.11 Pihak pentadbir sekolah akan memikirkan cara pelaksanaan bagi mewajibkan semua
murid lelaki yang beragama Islam untuk memakai baju Melayu pada setiap hari Jumaat.

Tindakan : Makluman

3.12 Larangan penggunaan Santai Ilmu untuk P&P PJK dikuatkuasakan dan diteruskan. Tuan
pengetua memaklumkan berkuatkuasa 12 April 2011 semua murid mesti berada di
dalam kelas bermula pukul 7.40 hingga 10.20 bagi menegah rendah dan 7.40 hingga
11.00 bagi menengah atas, 10.40 hingga 2.40 bagi menengah rendah dan 11.20 hingga
2.40 bagi menegah atas. Sekiranya dalam tempoh tersebut terdapat murid-murid di
kantin atau di tapak perhimpunan, mereka akan dirotan. Murid-murid tidak dibenarkan
keluar kelas kecuali dengan kebenaran. Murid-murid yang bermasalah dan kurang ajar
terhadap guru, hantar mereka ke unit disiplin atau tuan pengetua untuk dirotan.
Tindakan : Semua guru

3.13 Tuan Pengetua telah memberi contoh ‘Headcount’ sebagai panduan. Pengubahsuaian
boleh dibuat mana yang perlu, namun begitu ‘Headcount’ yang sedia ada kekal
digunakan.

Tindakan : Setiausaha Peperiksaan

3.14 Guru-guru dibenarkan untuk meletakkan kereta di hadapan blok A tetapi susunan
mestilah mengikut arah yang sama agar kelihatan lebih tersusun.

Tindakan : Makluman

4.0 Hal-hal lain


4.1 En. Hami meminta agar mengurangkan pengumuman ketika P&P sedang berjalan kerana
mengganggu P&P. Beliau berharap agar diadakan waktu-waktu tertentu untuk guru-guru
membuat pengumuman terutamanya perkara-perkara yang penting sahaja.

Tindakan : Makluman

4.2 En. Hami juga mencadangkan agar guru-guru yang melaksanakan program gemilang
pada setiap pagi Jumaat menggunakan speaker yang lebih kecil kerana jika guru-guru
menggunakan speaker yang sedia ada akan mengganggu program lonjakan saujana
disebabkan kedudukan speaker tersebut berada berhampiran dengan kelas.

4.3 En. Hami turut meminta penjelasan tentang tindakan yang telah diambil ke atas murid-
murid yang nama mereka telah dicatat di dalam buku kehadiran kelas atas kesalahan
yang mereka lakukan. Beliau mencadangkan agar nama murid-murid yang telah dicatat
di dalam buku tersebut diumumkan dalam perhimpunan.

Tindakan : PK HEM

4.4 En. Hami juga mengharapkan agar pihak sekolah tidak menerima murid-murid yang
bermasalah untuk meneruskan persekolahan di SMK Mambau.

Pengetua: Penempatan pelajar berdasarkan alamat yang tercatat pada bil air atau bil
elektrik dan disebabkan bilangan pelajar bagi sesebuah kelas berada di bawah jumlah
yang ditetapkan maka pihak sekolah terpaksa menerima murid-murid yang berpindah ke
SMK Mambau. Tetapi sekiranya ada ruang untuk menolak, pihak sekolah akan cuba
menolak kemasukan murid-murid luar yang bermasalah ke SMK Mambau.

4.5 Pengasingan kelas


4.5.1 Pn. Munahwar mencadangkan agar kelas-kelas tingkatan 2 dan tingkatan 4 di
blok B dan 4A4 diasingkan kerana terdapat gangguan P&P terutamanya pada
waktu rehat kerana waktu rehat yang tidak sama bagi menengah atas dan
menengah rendah.

Tindakan : Pentadbir

4.5.2 Pengetua menyatakan di dalam kelas guru adalah raja dan adalah menjadi
tanggungjawab guru tersebut untuk melaksanakan disiplin di dalam kelas dan
memastikan disiplin murid-murid terkawal. Guru perlulah mengambil tindakan
yang sewajarnya dan memaklumkan kepada pengetua tindakan yang telah
diambil. Sekiranya ada murid-murid yang bermasalah dan tidak dapat dikawal
guru-guru boleh merujuk murid-murid tersebut kepada pengetua untuk di rotan.
Tindakan : Semua guru
4.5.3 Tn. Hj. Maghrib menyarankan agar guru-guru merotan sendiri murid-murid dan
jangan menyerahkan semuanya kepada pengetua. Jika terdapat kes yang tidak
dapat ditangani barulah murid-murid tersebut dirujukkan kepada pengetua.

Tindakan : Makluman

4.5.4 Pn. Wan menyatakan akan berlaku perubahan kelas apabila papan tanda kelas
siap. Guru-guru sebelum waktu rehat hendaklah memastikan semua pelajar
telah turun ke kantin barulah guru boleh meninggalkan kelas dan guru-guru
selepas waktu rehat hendaklah masuk ke kelas lebih awal bagi mengelakkan
sebarang masalah disiplin berlaku.

Tindakan : Semua guru

4.6 Pengetua berharap setiap pertandingan yang diadakan, sekolah mesti mengambil
bahagian dan penyertaan adalah daripada pelajar yang berbeza. Sekurang-kurangnya
pelajar mendapat sijil penyertaan dan menyumbangkan markah dalam penilaian
kokurikulum. Bagi unit beruniform guru-guru penasihat diminta mengenal pasti lebih
awal murid-murid untuk kawad kaki.

Tindakan : Semua guru

4.7 Memangkinkan imej sekolah

4.7.1 Semua borang yang keluar dari SMK Mambau kepada pihak-pihak lain
hendaklah bertaip. Beliau meminta En. Chia untuk menyediakan satu perisian
di dalam komputer bagi memudahkan guru-guru untuk mengisi borang-borang
tersebut dengan ini dapat menaikkan imej sekolah. Pihak sekolah juga boleh
menghebahkan kehebatan dan pencapaian sekolah kepada orang ramai dengan
menaikkan papan tanda di hadapan sekolah.

Tindakan : En. Chia

4.7.2 En. Chia memaklumkan bahawa beliau akan memuat naik format borang yang
telah disediakan dalam laman web sekolah SMK Mambau dan ini memudahkan
guru-guru untuk membuat kerja di rumah.

Tindakan : Makluman

4.8 Semua guru adalah guru disiplin

4.8.1 Tuan Pengetua memaklumkan bahawa semua guru adalah guru disiplin dan
semua guru haruslah bertanggungjawab dalam mengawal disiplin murid-murid
terutama dalam kelas sepanjang P&P berjalan.

4.8.2 Guru-guru tidak boleh mengajar sambil duduk kecuali guru-guru yang
mengandung dan mempunyai masalah kesihatan. Namun begitu kelonggaran
juga diberi kepada guru ganti (relief). Ketika relief guru-guru juga boleh
membawa ‘mobile library’ ke dalam kelas.

Tindakan : Makluman dan semua guru


4.8.3 En. Abu Bakar meminta agar satu surat kuasa membenarkan semua guru untuk
merotan dikeluarkan oleh pihak sekolah.

4.9 Tuan Pengetua memaklumkan agar murid-murid meninggalkan tapak perhimpunan


dengan lebih teratur iaitu pergerakan mengikut tingkatan. Pengawas perlu berada di
hadapan setiap kelas. Guru bertugas mesti memainkan peranan untuk menyuraikan
murid-murid mulai 12 April 2011.

4.10 Masalah PJK


4.10.1 En. Abu Bakar meminta agar waktu P&P bagi subjek PJK dibuat dua kali
seminggu iaitu satu masa pada sebelah pagi dan satu masa lagi pada sebelah
tengah hari atau digabungkan dua waktu menjadikan subjek PJK hanya
sekali seminggu sahaja.

4.10.2 En. Abu Bakar memaklumkan timbul masalah kepada guru ganti apabila guru
PJK tiada di sekolah kerana guru ganti tidak tahu kelas yang sepatutnya
mereka ganti.

4.10.3 Pn. Wan memaklumkan bahawa kelas yang pertama adalah murid-murid
lelaki dan kelas yang kedua adalah murid-murid perempuan. Pn. Wan juga
mengingatkan guru PJK agar memaklumkan kepada murid-murid terlebih
dahulu jika mereka tiada di kawasan sekolah.

Tindakan : Makluman

4.11 Puan Nor Hashiken Abd. Halim memaklumkan bahawa pihak PIBG telah menjelaskan
sepenuhnya yuran percubaan PMR dan SPM kepada sekolah oleh itu beliau meminta
semua guru tingkatan 3 dan tingkatan 5 menyerahkan wang percubaan PMR dan SPM
kepada bendahari PIBG kerana terdapat ramai lagi murid-murid yang masih belum
menjelaskannya.

Tindakan : Semua guru tingkatan 3 dan tingkatan 5

4.12 En. Mustafar menyarankan semua guru SMK Mambau untuk melayari laman web
sekolah bagi mengisi SGM dan juga menyemak data emis guru. Sekiranya terdapat
perubahan atau kesilapan pada data tersebut, guru-guru perlulah memaklumkan kepada
beliau untuk dikemaskini.

Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

........................................... .........................................
(NOOR AZILA ZAINAL ABIDIN) (ABD HALIM B. MD YUNUS)
Setiausaha Pengetua
SMK Mambau SMK Mambau

You might also like