P. 1
PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR

PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR

|Views: 437|Likes:
Published by Krishna Veeni

More info:

Published by: Krishna Veeni on May 21, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/03/2013

pdf

text

original

PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR

Definisi Menggambar •Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. •Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. •Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek •Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik. •Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi •Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek Alat, Media dan Teknik Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dll. Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar. Tujuan Menggambar • Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar • Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid • Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer. (a) Aras Pengetahuan dan Kefahaman • Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari • Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar. • Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan berfungsi (b) Aras Aplikasi dan Analisa • Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara spontan • Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual dengan perasaan gembira • Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara kreatif (c) Aras Sintesis dan Penilaian • Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar erta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak isukai • Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual • Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna • Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, brkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan serta mengutamakan keselamatan • Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan subjek lain dalam usaha mewujudkan idea yang kreatif LUKISAN (a) Definisi Lukisan Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.

8B) . warna dan jalinan.kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. pen. kertas arkitek. Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus.Terdiri daripada berbagai jenis warna Arang. Titik iv. titik. pen dan dakwat. 3 titik lenyap) (iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan (iv) Kesan cahaya pada imej (v) Pembentukan bayang-bayang (vi) Teknik (garisan selari. arang dan krayon lembut. arang.objek kaku atau tidak bernyawa (iii) Lukisan lanskap . mahal tetapi baik untuk digunakan. Garisan kontur iii. kertas taip. kertas suratkhabar. Warna Poster . media dan bahan yang hendak digunakan (viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar banding CATAN Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata.Adalah sejenis pensel jenis keras Pensil B (2B . (d) Teknik i. (b) Alat. 2. teknik campuran dll) (vii) Jenis alat. Coreng / conteng ii. saiz.mempunyai kesan lembut Krayon.Mempunyai kesan garisan yang lebih halus Soft Pastel.Menghasilkan kesan garisan tebal Marker pelukisan (rendering marker) Kapur -Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal (c) Jenis-jenis Kertas Lukisan • Kertas lukisan biasa sesuai untuk pensel. kertas fotokopi.Adalah sejenis pensel lembut Pensil warna. kertas komputer.Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel. rupa.pemandangan di luar studio atau di dalam studio Dalam menghasilkan lukisan yang bermutu. kita perlu mengambil kira beberapa aspek seperti berikut: (i) Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan) (ii) Perspektif (1. bentuk.merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen. Media dan Bahan Pensil H. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel • Lain-lain kertas seperti ‘brown paper’. Lukisan mengaplikasi garisan.Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan Pen dan dakwat. pastel.tebal dan bermutu tinggi. Pangkah silang v. Ia terdapat dalam pelbagai warna yang cerah. Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak Jenis Warna 1.Didapati dlm pelbagai warna. • Kertas cat air . Garisan selari.Juga lembut dan mempunyai kesan lilin Pen marker. • Bod bristol . • Kertas Ingres . pensel warna. Menentukan Tema atau Subjek (i) Lukisan figura -imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan (ii) Lukisan alam benda . conteng.

Teknik gosokan • Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja • Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara berulang kali • Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan • Gosokan secara pusingan • Gosokan menggunakan berbagaibagai warna • Gosokan monokrom . (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.2. alam benda. menindih bahanbahan di atas permukaan rata. Fresko . Cetakan juga boleh terjadi melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat Teknik cetakan mono. Warna Air 3. diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. • Gosokan potongan kertas RESIS . Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatianpemerhati. Aktiviti montaj menggunakan teknik memotong. menggunting. figura dan corak huruf.menggunakan warna putih dan hitam sahaja. berbagai jenis kertas dan fabrik. mengoyak. teknik cetakan timbul. Cat Tempera 6. meluahkan berbagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan. Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema lanskap. Aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar. Cantuman gambargambar akan menghasilkan satu imej baru. MONTAJ Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama. Cat Gouache 7. alatan. Cat Minyak 5. jenis kekacang. menampal. Teknik super impose. GOSOKAN Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang hendak dipindahkan. Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahanbahan terbuang.Kapur plaster KOLAJ Kolaj dihasilkan dengan cara memotong. menampal dan mencantum. Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolaj perlu fikirkan tema terlebih dahulu. bahan dan media perlu disesuaikan dengan tahap umur murid. Cat Akrilik 4. image editing photography digunakan dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj. Tema. CETAKAN Cetakan adalah satu proses penerapan blok ke atas permukaan rata. Pemilihan dalam menggunakan teknik-teknik cetakan yang sesuai perlu diambilkira terhadap tahap kecerdasan murid terlebih dahulu. Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) digunakan dalam aktiviti montaj.

Sodium silikat digunakan dalam resis batik kain untuk mengekalkan warna yang terdapat pada kain tersebut. aplikasi. Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat tetapi masih meninggalkan ruang latar. Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar di dalam sekolah dan pada bangunan. • Alatan. mengetuk. kad ucapan. Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap. Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas. Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis. tumbuh-tumbuhan. media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar menghasilkan hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai. menyembur dan memercik. Resis dengan menggunakan kain menggunakan canting untuk membuat garisan lilin pada corak batik. analisa. analisis. kefahaman. • Bidang menggambar memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap aspek melukis dan membuatgambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semulajadi atau buatan manusia mengikut kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak diajar. RUMUSAN • Bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid. kreativiti dan ekspresi diri murid • Aspek apresiasi seni perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid. dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik . Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan kertas Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan. intepritasi dan penilaian. Percikan dihasilkan dengan cara mendetik. warna-warna basah dan kertas. PERCIKAN Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan. Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik. • Aras pengetahuan murid dalam aktiviti seni boleh dikategorikan mengikut aras pengetahuan.bangunan di luar sekolah. • Perbincangan mengenai hasil kerja seni dilihat melalui 4 cara iaitu peringkat penerangan. sintesis dan penilaian. • Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain. setem dan catan.Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin. MOZEK Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan tertentu di atas permukaan rata. • Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi. Rendaman soda ash dalam air panas bertindak untuk membuang lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut. merenjis. • Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. corak.

Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran.1 Arca timbul 3. . Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid-murid dengan penggunaan pelbagai bahan. kiri.6 Diorama 3. mempunyai pandangan sisi. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan. imbangan dan kestabilan.8 Topeng 3.7 Boneka PENDIDIKAN SENI VISUAL KPLI-SR PRA SEKOLAH 3. semasa menjalankan proses penghasilan seni. berisipadu. Berpandukan aspek tersebut murid-murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. lakonan. Kegiatan membentuk boleh dilakukan sama ada daripada bentuk dua dimensi seperti dari tanah liat kepada pasu bunga atau bentuk tiga dimensi iaitu daripada kota mancis kepada lori. alat dan teknik penghasilan. puisi. atas dan bawah. ruang.9 Origami Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid-murid membuat rujukan kepada objek sebenar. nyanyian dan cerita. objek buatan manusia atau bentuk ilusi. Ini memberi peluang kepada murid-murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan.4 Stabail 3. Objek ini berupa objek semula jadi. kanan. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid-murid terhadap aspek seni dari segi bentuk.5 Model 3.2 Asemblaj 3.3 Mobail 3.BIDANG : MEMBENTUK & MEMBUAT BINAAN Pengenalan Membentuk dan membuat binaan merupakan satu proses penghasilan objek tiga dimensi bersifat konkrit. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti: 3. struktur.

serbuk papan. Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Anda juga dapat memilih alat dan bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih. guntingan. diorama.6 Teknik Guntingan 4. tanah liat. imbangan dan kestabilan. kertas yang sesuai untuk origami. imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. 4. anda perlu fikirkan bagaimana tema tersebut dapat dikaitkan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak. 4. Semua hasil karya dalam unit ini adalah berbentuk tiga dimensi.4 Teknik Cantuman 4. boneka. tepung dan papier mache. Teknik-Teknik Membentuk dan Membuat Binaan Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau membuat binaan. Untuk setiap aktiviti. lipatan. pembungkusan. murid dapat melibatkan kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam proses penghasilan. ruang.1.7 Teknik Luakan 5. Pilihlah alat dan bahan yang sesuai mengikut tajuk dan aktiviti. plastersin. sabun dan sebagainya. anda perlu menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat perkembangan murid. Jenis Aktiviti Membentuk dan Membuat Binaan Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan adalah seperti arca timbul.1 Teknik Picitan 4. .2 Teknik Lipatan 4.5 Teknik Pembungkusan 4. Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan seperti tanah liat. 2. luakan dan sebagainya. struktur. tanah liat. Alat dan Bahan Penggunaan alat dan bahan yang sesuai diperlukan dalam proses penghasilan karya Membentuk dan Membuat Binaan. cantuman. arca mobail. Sekiranya dirancang dengan rapi. Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk. Biasanya teknik-teknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan. 3.3 Teknik Potongan 4. arca stabail. kertas tumbuk. Antara aktiviti membentuk. murid dapat mengubah bentuk bahan seperti plastersin. Selain daripada menggalakkan minat. asemblaj. proses dan teknik membentuk dan membuat binaan. Pengenalan Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Kandungan Tajuk ini disediakan untuk mengetahui dan memperoleh pengetahuan dan kemahiran mengenai media. Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. topeng dan origami. potongan. model. kayu. Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini anda dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf. Antaranya ialah melalui teknik picitan.

5. 5. serangga dan lain-lain. skru dan lipatan. 5. 5.2 Arca Mobail Bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. cantuman atau kimpalan. kimpalan dan skru. Contohnya model buahbuahan. binaan.1 Arca Timbul Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan.7 Boneka Model yang mewatakkan figura manusia. ikatan.8 Topeng Mewatakkan semula imej manusia. fenomena atau peristiwa. Teknik yang bersesuaian untuk menghasilkan arca ini adalah kimpalan. Teknik penghasilannya adalah kimpalan.9 Origami Objek konkrit yang dibentuk melalui lipatan atau konsep topologi. Teknik untuk penghasilan boneka adalah jalitan. acuan atau binaan. Teknik yang digunakan adalah gam.3 Arca Stabail Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabail. 5. gam dan kimpalan. gam.6 Diorama Gubahan himpunan objek konkrit yang bertemakan sesuatu cerita. Teknik yang lazimnya digunakan dalam penghasilan diorama adalah cantuman. cantuman skru/paku atau gam. gam. tampalan. . 5. 5. berputar atau berombak. Teknik yang biasa digunakan untuk menghasilkan arca mobail adalah kimpalan. Teknik yang digunakan adalah lupatan dan guntingan.5. skru dan acuan.4 Asemblaj Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantumkan menjadi satu kesatuan objek membentuk satu konsep yang bermakna. maklumat. buah-buahan.5 Model Bentuk yang digubah untuk tujuan membuat sesuatu objek konkrit. skru. binatang. binatang. binaan atau asemblaj. 5. Ia boleh dihasilkan secara acuan. kimpalan. Digantung untuk menjadikan objek bergerak. Antara teknik yang digunakan adalah gam. atau unggas dalam konteks menampilkan semula kerangka yang boleh dipakai atau diserkup.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->