You are on page 1of 21

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN

JASMANI DAN SUKAN

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN


PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
HASIL PEMBELAJARAN: Bab 1 : Pengenalan kepada Pengurusan
Setelah mengikuti bab ini, anda akan Pendidikan Jasmani dan Sukan
dapat: Bab 2 : Rekreasi dan Kesenggangan
Bab 3 : Perancangan Organisasi dalam
x Menyatakan dan membezakan Pendidikan Jasmani dan Sukan
konsep pengelolaan dan pentadbiran Bab 4 : Agensi-agensi Sukan Nasional
pendidikan jasmani, sukan dan dan Antarabangsa
rekreasi Bab 5 : Proses Pengurusan dalam
Pendidikan Jasmani
x Menyatakan falsafah pengelolaan dan Bab 6 : Pengurusan dan Pengelolaan
pentadbiran pendidikan jasmani, Pertandingan Sukan
sukan dan rekreasi Bab 7 : Undang-undang dan Peraturan
Pertandingan
x Menyatakan kepentingan pengelolaan Bab 8 : Pengurusan dan Pengelolaan
dan pentadbiran pendidikan jasmani, Pertandingan Sukan Mini
sukan dan rekreasi Bab 9 : Pengurusan dan Pengelolaan
Pertandingan Permainan
Tradisional
Bab 10 : Pengurusan dan Pengelolaan
Pertandingan Sukan Ragam

1.0 PENGENALAN RINGKASAN BAB

1.0 Pengenalan
Pengelolaan dan pentadbiran pendidikan
jasmani dengan sukan adalah bidang 1.1 Konsep dan Definisi Pengelolaan
yang berlainan sama sekali. Pengelolaan dan Pentadbiran
pendidikan jasmani mengutamakan
1.2 Pengelolaan dan Pentadbiran
unsur pendidikan. Aktiviti pendidikan
Pendidikan Jasmani Sukan dan
jasmani merupakan subjek akademik
Rekreasi
disekolah-sekolah dan mempunyai
kurikulum yang terancang dan teratur.

Aktiviti sukan pula tertumpu kepada


segala aspek dari mengelola, menyertai
pertandingan dan permainan serta
mengelola dan melatih pasukan untuk
pertandingan yang lebih formal.

OUM
1
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN
BAB 1
JASMANI DAN SUKAN

1.1 KONSEP DAN DEFINISI PENGURUSAN


Menurut kamus dewan pengurusan didefinisikan sebagai pengarahan dan pengawalan,
pengelolaan, penyelenggaraan. Dengan kata lain pengurusan sukan, pendidikan jasmani
boleh di definisikan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan
pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet,
kepemimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan berkaitan dengan sukan dan
pendidikan jasmani.

Di antara fungsi pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan ialah
(a) Merancang
(b) Menyediakan bajet
(c) Mengawal
(d) Mengarah
(e) Mengelola
(f) Menyediakan jadual pertandingan
(g) Membuat keputusan
(h) Menilai

Untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah pentadbiran dan pengelolaan pendidikan


jasmani dan sukan. Terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi perhatian iaitu:-
(a) Persediaan profesional
(b) Sikap profesional
(c) Perkembangan profesional

Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh individu, persatuan dan badan pentadbiran
dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan. Kemajuan pentadbiran dan pengelolaan
pendidikan jasmani dan sukan akan Memperolehi kecemerlangan dan kegemilangan.

1.1.1 Pengurusan Pendidikan Jasmani

Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk mempertingkatkan


kemampuan kecergasan dan nilai seseorang individu melalui pendekatan aktiviti fizikal.
Pendidikan jasmani (PJ) juga merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh
yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial, dan
emosi. Melalui Pendidikan jasmani (PJ) pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan
mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. Secara ringkasnya
Pendidikan jasmani (PJ) adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistik dan
berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan
kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986)

Oleh yang demikian pendidikan jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran yang
menumpukan penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran insani melalui
aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial,
pembentukan nilai dan emosi. Pendidikan jasmani juga bertujuan untuk menjadikan

OUM
2
BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN
JASMANI DAN SUKAN

pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan dan nilai, sikap, pengetahuan
dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

Pengelolaan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani adalah bagaimana kita mentadbir dan
menguruskan mata pelajaran pendidikan jasmani supaya mata pelajaran ini dapat
dilaksanakan atau di ajar dengan berkesan serta mencapai objektif yang di harapkan.

(a) Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia


Pendidikan jasmani merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah di Malaysia.
Mata pelajaran pendidikan jasmani diajar selama 11 tahun dalam sistem
persekolahan di Malaysia. Kurikulum pendidikan jasmani merangkumi aspek-aspek
kemahiran sukan, rekreasi, pendidikan sukan serta kesihatan.
Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluan
pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Kurikulum ini dibahagikan
kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan.
Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani.
Bagi membentuk penghayatan yang tinggi terhadap mata pelajaran pendidikan
jasmani, pelajar perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman pendidikan jasmani ke arah membentuk masyarakat Malaysia yang
mengamalkan gaya hidup sihat. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan
persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi
meningkatkan potensi pelajar ke tahap optimum.

(b) Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani


Objektif utama kurikulum pendidikan jasmani ialah:
(i) Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan
perlakuan motor
(ii) Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan
diri
(iii) Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian
(iv) Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai
pelbagai kegiatan fizikal
(v) Membentuk sahsiah dan disiplin diri dan
(vi) Membuat keputusan bijak dalam kehidupan

(Sukatan Pelajaran, Pendidikan Jasmani, 1999)

Aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti


yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi
membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan.
Oleh yang demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat utama pendidikan
jasmani iaitu:

“Pendidikan jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui


pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan”
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999)

OUM
3
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN
BAB 1
JASMANI DAN SUKAN

Berdasarkan objektif pendidikan jasmani yang bertujuan untuk mencapai tahap


kecergasan dan menguasai kemahiran sukan. Objektif boleh tercapai dengan
memberi tumpuan khusus kepada hubungan antara amalan kesihatan dengan
kecergasan fizikal dan kemahiran motor. Kaedah ini dilihat mampu untuk mengawal
penyakit dalam kehidupan seharian.

Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat untuk


menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan
sosial maka melalui pendidikan jasmani kesemua aspek ini boleh dicapai. Ini adalah
berdasarkan keperluan dan inspirasi yang telah dinyatakan di dalam Buku Panduan
Guru PJK (1988).

(c) Organisasi
Pendidikan jasmani merupakan disiplin pendidikan oleh itu di sekolah pendidikan
jasmani mempunyai ketua panitia dan di bawah kuasa guru penolong kanan
akademik (Rajah 1.1)

Pengetua/Guru Besar

Penolong Kanan (Akademik

Ketua Panitia

Setiausaha

Ahli-ahli
(Guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani)

Rajah 1.1: Organisasi panitia pendidikan jasmani di sekolah

(d) Bidang Kuasa Ketua Panitia Pendidikan Jasmani


(i) Menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah
(ii) Mempengerusi mesyuarat panitia pendidikan jasmani
(iii) Memastikan rancangan tahunan pendidikan jasmani tersedia untuk
digunakan
(iv) Mengagih dan menyimpan sukatan pelajaran pendidikan jasmani
(v) Menyediakan perancangan tahunan panitia
(vi) Memantau pengajaran pendidikan jasmani
(vii) Memeriksa buku latihan pelajar
(viii) Merancang pembelian alatan untuk panitia

OUM
4
BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN
JASMANI DAN SUKAN

(ix) Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia


(x) Merancang latihan dalaman

(e) Perancangan Belanjawan


Perancangan belanjawan ialah pelan dan sistem perbelanjaan yang sistematik.
Ketua panitia pendidikan jasmani perlu menyediakan perancangan belanjawan
tahunan. Ketua panitia perlu menyenaraikan atau menyusun item mengikut
kepentingan. Perancangan belanjawan bergantung kepada peruntukan kewangan
pendidikan jasmani.

Peruntukan Kewangan pendidikan jasmani bergantung kepada jumlah pelajar seperti


berikut:

Jadual 1.1: Peruntukan Kewangan Pendidikan Jasmani

Bil Murid Peruntukan


Kurang daripada 100 Orang RM 300.00
101-250 Orang RM 300.00(minimum)
Rm2.80/seorang (selepas 100 0rang)
251-500 Orang RM 720.00(minimum)
Rm2.60/seorang (selepas 250 0rang)
501-750 Orang RM 1370.00(minimum)
Rm2.40/seorang (selepas 500 0rang)
751-1000 Orang RM 1970.00(minimum)
Rm1.80/seorang (selepas 100 0rang)
1001 Orang atau lebih RM 2420.00(minimum)
Rm1.00/seorang (selepas 100 0rang)

(f) Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani


Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barang-
barang pendidikan jasmani. Stor yang di susun kemas dan teratur akan
menyenangkan guru pendidikan jasmani untuk menyimpan dan mengeluarkan
peralatan pendidikan jasmani. Barangan pendidikan jasmani kerap digunakan atau
dikeluarkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Oleh
itu Penyelenggaraan sebuah stor pendidikan jasmani memerlukan kerjasama dari
semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru dan murid-murid.
Ciri-ciri stor pengurusan stor pendidikan jasmani
(i) Biasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelia stor pendidikan
jasmani.
(ii) Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok bagi
alatan stor dengan kemas kini.
(iii) Guru penyelia stor bertanggungjawab menerima dan membeli peralatan baru
(iv) Buku catatan barang keluar masuk perlu di sediakan bagi merekodkan
pergerakan alatan.

OUM
5
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN
BAB 1
JASMANI DAN SUKAN

(v) Guru penyelia stor bertanggungjawab membuat pemeriksaan stok sekurang-


kurangnya sekali setahun.
(vi) Peraturan stor sukan perlulah di rangka dan dilaksanakan.

Keperluan Bilik Stor Pendidikan Jasmani


(i) Ruang
Ruang untuk menyimpan peralatan yang ada mestilah boleh menampung
keperluan alatan di samping tidak merosakkan alatan. Saiz yang sesuai untuk
stor pendidikan jasmani ialah lebih kurang 300 kaki persegi. Saiz stor
pendidikan jasmani bergantung kepada tiga perkara jenis dan jumlah alatan
yang disimpan jenis sekolah dan saiz sekolah.

(ii) Rak
Bagi mengoptimumkan ruang penyimpanan rak perlulah dibina di stor
pendidikan jasmani. Rak yang di bina perlulah bersesuaian dengan saiz barang
yang hendak di susun. Barang yang disusun hendaklah dalam kedudukan
teratur dan senang di capai. Ini bertujuan untuk menyenangkan proses
menyimpan dan mengambil barang.

(iii) Lokasi
Lokasi yang sesuai bagi stor pendidikan jasmani ialah di bangunan yang
berhampiran dengan padang. Ini bertujuan bagi mengelakkan masa terbuang
dalam proses menyimpan dan mengambi barang. Kita juga perlu memastikan
lokasi stor sukan tidak terpencil sehingga memudahkan pencuri memecah
masuk stor pendidikan jasmani.

(iv) Tingkap
Tingkap stor sukan sekiranya besar akan menyebabkan cahaya matahari
masuk. Keadaan yang panas akan menyebabkan alat yang dibuat dari kain
yang di tenun, alat-alat kulit dan alat-alat yang tahan panas akan rosak.

(v) Siling
Siling biasa bagi bangunan antara 8 hingga 12 kaki, ketinggian siling
bergantung kepada alatan yang hendak kita simpan. Sekiranya kita hendak
menyimpan galah panjang, tinggi stor perlulah mempunyai ketinggian yang
sesuai.

(vi) Peredaran Udara


Peredaran udara perlu bagi memastikan barang yang tahan lama dan
mengelak bau yang tidak menyenangkan dalam stor pendidikan jasmani.
Tingkat kecil atau ruang udara perlu di sediakan di bilik stor pendidikan jasmani
bagi membenarkan pengaliran udara.

(vii) Keselamatan
Berbagai langkah keselamatan perlu di ambil bagi menjamin keselamatan
alatan dan pengguna. Antara yang harus kita fikir dan pastikan ialah:
x Bangunan yang ditempatkan stor sukan kukuh untuk mengelak di
cerobohi.

OUM
6
BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN
JASMANI DAN SUKAN

x Susun alat berdasarkan keselamatan contohnya alat yang berat perlulah


di susun di bahagian bawah rak simpanan.
x Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak dengan bahagian
yang tajam menghala ke bawah.
x Memastikan alatan yang di buat dari logam seperti lembing dan lain-lain
dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak karat.
x Memastikan tiada alat yang bersepah di lantai bagi menggelakkan kita
terpijak yang boleh menyebabkan kecederaan kepada kita.
x Memastikan stor pendidikan jasmani tidak sesak ketika mengambil dan
memulangkan alatan. Gunakan sistem membenarkan pelajar tertentu
sahaja yang mengambil barang dan pelajar yang lain tunggu di luar.
x Memastikan alatan yang di buat dari kayu seperti kayu hoki dan lain-lain
dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak reput.
x Peraturan mengambil barang dan memulangkan barang perlulah di
perkenalkan dan di kuat kuasa.
x Memastikan stor sentiasa kemas dan teratur
x Menyediakan alatan seperti kereta sorong bagi memudahkan
pemindahan barang secara pukal.

(viii) Pintu
Saiz pintu stor sukan bergantung jenis barang yang hendak disimpan.
Contohnya jika kita ingin menyimpan alat yang lebar dan tinggi seperti tilam
lompat tinggi, pintu stor pendidikan jasmani perlulah lebar dan tinggi. Pintu
yang tidak sesuai mungkin menyebabkan kerosakan kepada alat-alat dan juga
boleh mencederakan murid. Pintu perlu di lengkapi dengan alatan keselamatan
dan dibina dengan kukuh supaya barang pendidikan jasmani boleh di kawal
dan mengelak stor dari di cerobohi dengan mudah.

(g) Penjagaan Peralatan


Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama alatan
pendidikan jasmani mudah rosak. Memandang keadaan di sekolah sekarang kurang
guru pendidikan jasmani, kebanyakan guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani
bukan lulusan pendidikan jasmani.
Sebagai ketua panitia kita perlu memberi penerangan tentang penyalah gunaan
alatan oleh pelajar yang akan menyebabkan barang-barang pendidikan jasmani
rosak. Antara penyalahgunaan tersebut ialah:
(i) Duduk di atas bola
(ii) Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola tampar, bola jaring dan
lain-lain
(iii) Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dan lain-lain
(iv) Mengheret barang-barang yang di buat dari kanvas atau kain atau material
yang lembut contohnya tilam lompat tinggi dan lain-lain.

OUM
7
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN
BAB 1
JASMANI DAN SUKAN

Semak Kendiri 1.1


1. Guru-guru seharusnya diberi penerangan tentang tingkah laku pelajar
yang akan menyebabkan barang-barang pendidikan jasmani rosak.
Nyatakan tingkah laku tersebut
2. Nyatakan fungsi pengurusan sukan dan pendidikan jasmani?
3. Terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi perhatian. Untuk
mencapai kejayaan dalam sesebuah pengurusan jasmani dan rekreasi.
Nyatakan?
4. Senaraikan tugas Ketua Panitia Pendidikan jasmani
5. Nyatakan objektif utama kurikulum pendidikan jasmani mengikut
Sukatan Pelajaran, Pendidikan Jasmani, 1999.
6. Huraikan Keperluan Bilik Stor Pendidikan Jasmani.

1.1.2 Pengurusan Sukan

Sukan juga bermaksud aktiviti yang dipertandingkan mengikut peraturan dan undang-
undang yang telah ditetapkan oleh satu badan persekutuan sukan antarabangsa.
Ringkasnya sukan merupakan bentuk permainan yang di kelolakan dengan teratur dan
mempunyai unsur pertandingan. Sukan perlu mempunyai unsur pertandingan, tanpa
pertandingan aktiviti fizikal itu lebih dikenali sebagai permainan atau rekreasi. Sukan
melibatkan perancangan, kemahiran motor dan strategi.

Dari aspek psikologi sukan juga boleh disamakan dengan sesuatu aktiviti yang
menyeronokkan dan dewasa ini merupakan sebahagian kerjaya profesional yang
melibatkan keupayaan fizikal dan mental yang tinggi. Dengan kata lain sukan merupakan
suatu aktiviti yang boleh memberi keseronokan, kemewahan dan kebanggaan kepada
setiap individu yang menceburkan diri ke dalamnya. Selain daripada meraih keuntungan
dari aktiviti sukan.

Dari aspek afektif sukan yang beretika akan memberi ruang kepada masyarakat untuk
berinteraksi dan bergembira. Bersukan dapat mengerat perhubungan sosial,
membanteras kegiatan-kegiatan kurang sihat dan membina masyarakat yang cergas.
Memandangkan kepentingan sukan kepada masyarakat dan negara, di Malaysia sukan
sentiasa berkembang selaras dengan pembangunan negara dan sentiasa di pandang
serius oleh pemimpin masyarakat.

Di Malaysia sukan biasanya ditadbir oleh badan–badan amatur dan profesional.


Kementerian yang bertanggungjawab mengelola dan mentadbirkan persatuan sukan ialah
Kementerian Belia Dan Sukan. Sementara Majlis Sukan Negara adalah badan yang
bertanggungjawab menyelaras badan-badan sukan di bawah naungannya. Dasar Sukan
Negara yang di perkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 20 Januari
1988, membuktikan pengiktirafan kerajaan terhadap kemajuan sukan negara. Dasar
sukan digubal dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang sihat dan cergas.

OUM
8
BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN
JASMANI DAN SUKAN

(a) Dasar Sukan Negara


Dasar Sukan Negara merupakan dokumen yang sentiasa menjadi rujukan ke arah
perkembangan, kemajuan dan pembangunan sukan negara. Dasar sukan digubal
hasil kerjasama dan perbincangan yang melibatkan beberapa pihak seperti agensi-
agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan rekreasi dan
kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela
dan orang perseorangan yang mempunyai kepakaran dan kepentingan dalam
bidang sukan.

(b) Rasional Dasar Sukan Negara


Rasional Dasar Sukan Negara ialah ke arah menjadikan sukan sebagai alat untuk
menerapkan nilai moral dan membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani.
Manfaat Dasar Sukan Negara boleh dilihat dari aspek sumbangan sukan kepada
individu, masyarakat dan negara.

(c) Peringkat Individu


(i) Membentuk sahsiah, memberi kesedaran dalam diri individu dan
membangkitkan semangat pertandingan yang sihat.
(ii) Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal diri.
(iii) Dapat menggunakan masa senggang dengan aktiviti yang bermanfaat
(iv) Dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan hidup.
(v) Interaksi sosial yang baik.
(vi) Mengasah kemahiran-kemahiran asas.

(d) Peringkat Masyarakat


(i) Merangsang pembinaan masyarakat yang mempunyai kualiti kesihatan fizikal
dan moral yang baik bersesuaian dengan aspirasi nasional.
(ii) Mewujudkan suasana yang kondusif untuk memupuk perhubungan komuniti
yang lebih baik dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara.
(iii) Meningkatkan tahap kesihatan masyarakat dan seterusnya merangsang
peningkatan produktiviti negara.
(iv) Mengurangkan kadar jenayah dengan merangsang masyarakat
memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti berguna.

(e) Peringkat Antarabangsa


(i) Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi.
(ii) Meningkatkan maruah bangsa dan negara di persada sukan antarabangsa.
(iii) Memupuk persahabatan.
(iv) Menjadikan sukan sebagai satu industri yang mempunyai nilai-nilai komersial
yang tinggi.

OUM
9
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN
BAB 1
JASMANI DAN SUKAN

Objektif Dasar Sukan Negara


Antara objektif dasar sukan negara ialah:
(a) Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu melalui penyertaan
yang meluas dan peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat
masyarakat.
(b) Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi
keperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologi individu melalui sukan.
(c) Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan
kebajikan sosial individu dan kenikmatan masa senggang di kalangan orang awam.
(d) Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan
peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan harapan muhibah dan imej negara
dapat dipertingkatkan.

Strategi dan Pelaksanaan Dasar


Objektif-objektif dasar ini dapat dicapai dengan memberi penekanan pada aspek-aspek
yang berikut :
(a) Perancangan
Pertubuhan-pertubuhan sukan perlulah merancang program-program jangka
panjang dan mempunyai struktur yang baik untuk pembangunan ahli sukan, jurulatih,
pentadbir dan pegawai sukan. Dalam merancang program-program jangka panjang
untuk sukan prestasi tinggi, perkara-perkara yang berikut perlu dipertimbangkan:
Jenis sukan yang lebih maju dari aspek kemudahan dan penyertaan sedia ada.
Jenis sukan yang sesuai dengan bentuk fizikal masyarakat Malaysia.

(b) Organisasi
Hasil daripada kerjasama antara pelbagai badan sukan dengan kerajaan dilihat akan
membuahkan satu program yang bersepadu ke arah kemajuan sukan di negara ini.
Satu jawatankuasa ditubuhkan bertujuan mengarahkan hubungan yang lebih rapat di
kalangan organisasi-organisasi sukan, swasta dengan kerajaan. Majlis Sukan
Negara (MSN) bertugas menyediakan jentera ini bagi sukan berprestasi tinggi.
Kementerian Belia dan Sukan perlu mewujudkan mekanisme ini untuk
menyelaraskan program Sukan Untuk Semua (Sukan Massa). Mekanisme ini perlu
menggalakkan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang
berlandaskan konsep MALAYSIA CERGAS di kalangan rakyat Malaysia.

MALAYSIA CERGAS merupakan satu program yang berdasarkan kepada konsep


sukan untuk semua. Melalui program ini masyarakat mengamalkan gaya hidup yang
aktif melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi fizikal. Tema ini
menekankan kecergasan fizikal dan kesihatan mental ke arah peningkatan
produktiviti dan mengukuhkan perhubungan sosial dan perhubungan antara
kumpulan etnik.

Kementerian Pendidikan Malaysia pula memainkan peranan dengan


memperuntukkan masa yang cukup untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
kokurikulum di sekolah. Selain itu, Bahagian Pendidikan Guru
dipertanggungjawabkan melatih guru-guru yang berkebolehan mengajar mata
pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah. Di institusi pengajian tinggi,

OUM
10
BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN
JASMANI DAN SUKAN

aktiviti-aktiviti sukan juga digalakkan di kalangan siswa. Majlis Kebajikan dan Sukan
Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) berperanan menggalak dan menyelaraskan
semua aktiviti sukan di dalam pelbagai perkhidmatan awam. Majlis Olimpik Malaysia
(MOM) merupakan badan induk kepada semua persatuan sukan kebangsaan.
Tanggungjawab utama ialah menggalakkan sukan di kalangan rakyat untuk
pergerakan Olimpik. MOM bekerja rapat dengan MSN dalam hal pemilihan dan
latihan atlet untuk pertandingan peringkat antarabangsa.

(c) Personel
Badan-badan sukan di semua peringkat hendaklah melantik personel bertauliah dan
berpengalaman bagi merancang, melaksana dan menilai program sukan. Keperluan
mempunyai jurulatih telah merangsang Majlis Sukan Negara mewujudkan skim
persijilan kejurulatihan sukan kebangsaan.

(d) Kewangan
Yayasan sukan kebangsaan membiayai kegiatan-kegiatan sukan berprestasi tinggi
dan sukan massa. Sumber kewangan yayasan sukan diperolehi daripada kerajaan
persekutuan, kerajaan negeri, sektor korporat dan individu. Dalam usaha
menggalakkan sumbangan kewangan dan material dari sektor swasta dan individu,
kerajaan telah membuat keputusan segala sumbangan dikecualikan dari cukai.
Persatuan-persatuan juga perlu mempertingkatkan usaha dan strategi pemasaran
aktiviti mereka untuk mendapat sumbangan bagi membiayai kegiatan persatuan.

(e) Insentif
Pegawai-pegawai sukan dan ahli-ahli sukan yang mewakili negara dan
mengharumkan nama negara perlu diberi pengiktirafan dan insentif . Insentif boleh
diberi dalam berbagai berbentuk contohnya peluang memasuki IPTA, biasiswa,
penganugerahan, cuti, elaun sara hidup, perlindungan insurans, perbelanjaan untuk
latihan dan yuran pendidikan.

(f) Kemudahan
Kementerian Belia dan Sukan bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan
bagi sukan massa, sukan berprestasi tinggi dan sukan untuk golongan istimewa.
Persatuan sukan bertanggungjawab menyelaras perancangan dan agihan
kemudahan sukan. Di peringkat negeri, kerajaan negeri menyediakan kemudahan
sukan untuk negeri masing-masing. Sektor-sektor korporat dan badan sukarela juga
di galakan memainkan peranan dengan aktif bagi melengkapi usaha kerajaan dalam
pembinaan kemudahan-kemudahan sukan.

(g) Am
Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha bersungguh-sungguh ke arah membentuk
budaya sukan kepada rakyat Malaysia. Di antara usaha yang dirintis oleh kerajaan
ialah mengurangkan cukai-cukai dan eksais ke atas peralatan sukan supaya lebih
ramai orang mampu membeli alatan sukan pada harga yang murah. Galakkan ini
secara tidak langsung merangsang lebih ramai penduduk negara ini melibatkan diri
dalam sukan. Pengusaha-pengusaha tempatan juga perlu diberi galakan untuk
menghasilkan peralatan-peralatan sukan yang berkualiti dan diterima di peringkat
antarabangsa.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina beberapa buah sekolah khas


sebagai pusat kecemerlangan untuk menggalakkan pembangunan beberapa jenis

OUM
11
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN
BAB 1
JASMANI DAN SUKAN

sukan tertentu seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar
Penawar serta pusat tunas cemerlang di setiap negeri. Institut Sukan Negara
memainkan peranan dalam penyelidikan dan pembangunan sukan di negara ini.
Kerjasama daripada media massa dan pelbagai organisasi diperlukan untuk
menyebarkan dapatan penyelidikan dan mempromosikan sukan.
7
Dasar Sukan Negara yang telah digubal dan di perkenalkan pada 20 Januari 1988
merupakan satu dasar sukan untuk semua bentuk rakyat Malaysia. Dasar ini
merangkumi dua komponen iaitu:
sukan untuk semua dan
sukan prestasi tinggi

kedua-dua bidang ini perlulah dibangunkan serentak.

(a) Sukan untuk Semua (Sukan Massa)


Sukan untuk semua bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap
kesihatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia. Sukan Massa adalah merujuk
kepada aktiviti-aktiviti sukan yang berlaku secara menyeluruh atau diuruskan dengan
tujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih luas dan bukan semata-mata
untuk pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

Apakah itu Pergerakan Sukan untuk Semua?


Pergerakan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) adalah satu kempen sosial secara
sistematik dan menyeluruh untuk memelihara, mengubah atau memperbaiki
kekurangan-kekurangan dalam sesuatu sistem sosial. Sukan Massa merupakan
usaha untuk melibatkan masyarakat dalam sukan secara sukarela dan
memanjangkan kepada semua lapisan dalam masyarakat. Sukan Massa juga
bertujuan menyedarkan masyarakat terhadap faedah-faedah sukan kepada
pembangunan kesihatan, sosial, psikologi, pendidikan dan kebudayaan.

Oleh itu Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) adalah satu usaha menggalakkan
penglibatan sukan dan aktiviti fizikal kepada rakyat Malaysia. Sukan Untuk Semua
(Sukan Massa) bertujuan membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dengan
mengamalkan nilai-nilai sukan tradisional dan moden. Dengan kata lain Sukan Untuk
Semua (Sukan Massa) adalah untuk membentuk satu masyarakat Malaysia yang
sihat secara menyeluruh dan membina satu masyarakat bersatu-padu,
persahabatan, aman dan sejahtera untuk semua manusia di dunia.

Konsep
Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) merupakan satu idea untuk memasyarakatkan
sukan. Dengan kata lain Sukan Massa mengajak seluruh lapisan masyarakat
mengambil bahagian di dalam kegiatan sukan, rekreasi dan kecergasan. Penyertaan
ini juga perlu dilakukan secara berterusan sepanjang hayat hingga menjadikannya
suatu gaya hidup.

Aktiviti-aktiviti Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) terdiri daripada berbagai aktiviti
contohnya sukan, (bola sepak, badminton, sepak takraw dan lain-lain), kecergasan,
(jogging, berjalan kaki, taichi dan lain-lain), outdoor (mendaki, berkeno, berkhemah
dan mengembara).

OUM
12
BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN
JASMANI DAN SUKAN

Kegiatan sukan boleh merangsang pembinaan suatu masyarakat yang cergas dan
proaktif di samping merupakan suatu alat yang berkesan ke arah perpaduan dan
semangat cintakan negara. Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) menyokong kepada
prinsip-prinsip am pendidikan sepanjang hayat.

Matlamat
Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) melalui konsep Malaysia Cergas adalah
bermatlamat untuk menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia
tentang pentingnya kesihatan yang boleh dipupuk melalui kegiatan fizikal dan
rekreasi. Kesedaran ini akan menimbulkan minat dan akan terus dipupuk melalui
pendidikan sukan. Langkah ini akan merangsang lagi penyertaan dalam kegiatan
sukan, rekreasi dan kecergasan. Pergerakan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa)
juga ingin membentuk satu imej Nasional yang akan menjadikan masyarakat
Malaysia sebagai suatu bangsa 'peserta' dan bukannya 'penonton'.

Malaysia Cergas
MALAYSIA CERGAS adalah satu idea dan konsep yang lahir untuk memberi
penekanan ke arah meluaskan kegiatan sukan dan rekreasi fizikal kepada
penglibatan seberapa ramai rakyat Malaysia. Ia merupakan satu usaha mewujudkan
kecergasan Nasional yang berteraskan kepada penyertaan aktif, kecergasan yang
berterusan dan sikap positif dalam hidup.

Dengan kata lain MALAYSIA CERGAS adalah:


(i) Satu seruan ke arah membentuk gaya hidup yang lebih aktif, lebih selesa dan
lebih tinggi mutunya.
(ii) Satu idea yang dilihat dapat mengurangkan masalah sosial.
(iii) Satu tema, satu slogan dan satu lambang kepada kehidupan yang sihat.
(iv) Satu dinamisme dalam kepimpinan.
(v) Satu proses pendidikan seumur hidup.
(vi) Satu keperluan yang disokong oleh kenyataan dan logik.

Matlamat
MALAYSIA CERGAS bermatlamat menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat
Malaysia - akan betapa pentingnya kesihatan yang boleh dipupuk melalui kegiatan
fizikal dan rekreasi. Kesedaran akan menimbulkan minat untuk mengetahui tentang
jenis-jenis sukan dan kegiatan yang hendak disertai, supaya penyertaan menjadi
lebih teratur dan berkekalan.

MALAYSIA CERGAS juga bertujuan mendidik masyarakat mengenai sebab-sebab:


(i) Mustahaknya bersukan
(ii) Di mana dan bagaimana melakukan sesuatu kegiatan fizikal
(iii) Apa aktiviti yang perlu dilakukan
(iv) Batasan aktiviti bagi setengah golongan umur
(v) Kesesuaian aktiviti.

OUM
13
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN
BAB 1
JASMANI DAN SUKAN

Lebih penting lagi, MALAYSIA CERGAS, menyeru mengajak setiap lapisan


masyarakat supaya memberi tindak balas positif dengan menyertai kegiatan fizikal
dan rekreasi. Penyertaan ini perlu dikekalkan dan dilakukan secara berterusan untuk
menikmati kebaikan dan kebahagiaan melibatkan diri dalam kegiatan fizikal.
MALAYSIA CERGAS berkonsep mengajak rakyat Malaysia keluar rumah – ke
padang, ke taman, ke gelanggang, ke pusat sukan – untuk mengambil bahagian.

MALAYSIA CERGAS menyeru setiap rakyat Malaysia – tua dan muda, lelaki dan
perempuan supaya merancang masa lapangnya untuk cergas menyertai sebarang
kegiatan fizikal. Ini perlu dilakukan secara sukarela supaya kepuasan yang diperolehi
akan lebih bermakna.

Antara Kegiatan yang Boleh Disertai oleh Rakyat Malaysia


Bidang SUKAN seperti Tenis, Bola jaring, Pingpong, Bola Tampar, Squash,
Badminton, Menembak, Bola sepak, Golf, Taekwando, Karate, Hoki, Boling, Ragbi,
Skating, Bola Tangan, Sofbol, Bola Keranjang, Judo, Sepak Takraw, Kriket, Tinju,
Gusti, Memanah

Membuat senaman dan latihan kecergasan seperti Joging berjalan, berbasikal,


membuat senamrobik, latihan ‘conditioning' melompat, angkat berat, bersilat, yoga
atau tai chi, bina badan, gimnastik, bersenam, menyedut udara.

Rekreasi fizikal luar seperti berkhemah, berkelah, mendaki bukit dan gunung,
mengembara, berenang, meluncur layar, ‘surfing', belayar, mendayung perahu,
selam skuba, berkeno'orienteering', bermain wau atau gasing.

Kecergasan, mengikut definisi bermaksud: ‘mempunyai tenaga untuk membuat


kerja-kerja harian tanpa merasa penat yang berlebihan; tenaga untuk mengambil
bahagian dalam aktiviti-aktiviti rekreasi dan seterusnya masih mempunyai tenaga
untuk menghadapi apa-apa kecemasan yang

(b) Sukan Prestasi Tinggi


Penubuhan Program Pembangunan Sukan Teras Prestasi Tinggi adalah
berdasarkan kepada mesyuarat jemaah menteri pada 15 September 2004 yang
menyatakan supaya tumpuan diberikan kepada acara-acara sukan yang tidak
memerlukan ‘Body Contact’ seperti sukan menembak, boling, gimnastik dan lain-lain
lagi.

Dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sukan pada 25


September 2004, satu persetujuan telah dibuat untuk menubuhkan satu
Jawatankuasa Pemandu bagi memantau pelaksanaan Pembangunan Sukan Teras
ini khususnya di peringkat akar umbi. Dalam mesyuarat ini Jawatankuasa telah
menamakan lapan (8) jenis sukan sebagai sukan teras yang perlu dibangunkan di
semua peringkat khususnya peringkat akar umbi.

Pada 14 Februari 2005, satu sesi pembentangan kertas kerja pertama telah dibuat
mengenai konsep dan hala tuju Program Pembangunan Sukan Teras ini. Seterusnya
pada 31 Mac 2005, satu ‘Blueprint’ telah disediakan oleh Jawatankuasa Pemandu
bagi mengemukakan Kertas Permohonan Peruntukan Program kepada
Jawatankuasa Kabinet.

OUM
14
BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN
JASMANI DAN SUKAN

Program ini mula dilaksanakan sepenuhnya di bawah Jawatankuasa Pemandu


Sukan Teras Prestasi Tinggi bermula pada 3 Jun 2005 melalui perjanjian
persefahaman (MOU) yang telah ditandatangani Persatuan Sukan Kebangsaan
bersama Majlis Sukan Negara.

Pada 16 November 2005, satu Majlis Pelancaran Logo Sukan Teras Prestasi Tinggi
telah diadakan di Menara KBS, Putrajaya bagi memperkenalkan Program
Pembangunan Sukan Teras Prestasi Tinggi ini kepada masyarakat umum.
Pelancaran ini bertujuan untuk mendapat sambutan dan menarik lebih ramai
penyertaan dalam kategori sukan ini dari seluruh masyarakat Malaysia

Sukan prestasi tinggi bertujuan meningkatkan prestasi atlet ke peringkat tertinggi.


Atlet akan di beri peluang untuk bertanding pada kejohanan peringkat kebangsaan
dan antarabangsa. Antara usaha untuk mencapai hasrat ini ialah:
(i) Menubuhkan sekolah-sekolah sukan
(ii) Meningkatkan infrastruktur sukan ke taraf antarabangsa
(iii) Memastikan jurulatih berpotensi dalam setiap sukan mempunyai sijil
kejurulatihan
(iv) Menghantar jurulatih berkursus keluar negeri untuk meningkatkan profesional
mereka
(v) Mendapat khidmat jurulatih luar negara
(vi) Menghantar atlet berlatih ke luar negara

Pertubuhan-pertubuhan sukan akan merancang dan membangunkan program-


program jangka panjang untuk kecemerlangan sukan. Dalam merancang program-
program jangka panjang untuk sukan prestasi tinggi, perkara-perkara yang berikut
perlu dipertimbangkan oleh majlis sukan negara:
(i) Jenis sukan yang mempunyai kemudahan dan di kenali oleh masyarakat
Malaysia.
(ii) Jenis sukan yang sesuai dengan bentuk fizikal masyarakat Malaysia.

Objektif Sukan Berprestasi Tinggi


Membuka peluang kepada individu yang berminat untuk melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti sukan-sukan di bawah Program Sukan Teras.
Memanifestasikan Dasar Sukan Negara ke arah mencapai matlamat perpaduan
nasional, serta pembinaan bangsa yang harmoni dengan penglibatan pelbagai
bangsa dan suku kaum.

Tujuan Program Sukan Berprestasi Tinggi


(i) Mengenal Pasti Bakat
Atlet-atlet yang dipilih untuk mengikuti program ini seharusnya melalui ujian-
ujian tertentu yang berteraskan sains sukan. Melalui cara ini, atlet-atlet
berbakat dapat dikenal pasti kemampuan dan kemahiran mereka dan
seterusnya dilatih secara sistematik dan berpanjangan.

OUM
15
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN
BAB 1
JASMANI DAN SUKAN

(ii) Penambahan Bilangan Atlet Berbakat


Bagi memastikan negara tidak ketandusan atlet-atlet berbakat, maka usaha
perlu ditumpukan bagi mencari lebih ramai atlet berbakat dalam lapan jenis
sukan yang telah dinamakan di bawah program ini. Melalui program Mengenal
pasti Bakat (TID) yang berterusan, ‘Talent Scouting’ yang menyeluruh adalah
diharapkan lebih ramai atlet dikenal pasti dan diberi latihan yang sewajarnya di
semua peringkat.
(iii) Penambahan Pusat Latihan Negeri dan Daerah
Penambahan bilangan atlet mestilah seiring dengan penambahan pusat-pusat
latihan di peringkat negeri dan daerah. Melalui cara ini, pelbagai program
pembangunan yang lebih menyeluruh dapat dilaksanakan di semua peringkat.
Persatuan sukan kebangsaan digalakkan untuk membuka lebih banyak pusat-
pusat latihan di seluruh negara.
(iv) Penambahan Bilangan Pegawai Teknikal
Lebih ramai pegawai-pegawai teknikal diperlukan bagi mengendalikan
pertandingan-pertandingan yang akan diadakan di bawah program. Pihak
persatuan sukan kebangsaan akan diminta untuk menganjurkan lebih banyak
kursus-kursus bagi melatih lebih ramai pegawai-pegawai teknikal baru.
(v) Memperbanyakkan Peluang Pertandingan
Melalui program ini, tumpuan akan diberikan untuk memperbanyakkan peluang
bertanding kepada semua peringkat umur atlet yang terlibat dalam program ini.
Para atlet akan diberi peluang untuk mengukur prestasi mereka di samping
menilai keberkesanan program latihan yang diikuti.
(vi) Memperkukuhkan Pengurusan Persatuan
Dalam perkara ini, kemampuan persatuan-persatuan sukan kebangsaan dan
ahli-ahli gabungannya akan diberi perhatian sewajarnya. Tanpa persatuan
sukan yang kukuh di akar umbi, pemilihan sukan tersebut sebagai sukan teras
tidak akan bermakna.
(vii) Penambahan Bilangan Jurulatih
Program ini akan melahirkan lebih ramai jurulatih tempatan yang bertaraf
dunia. Melalui cara ini, kebergantungan kepada jurulatih luar negara akan
dapat dikurangkan. Kursus-kursus jurulatih akan diadakan bagi memberi
peluang kepada jurulatih-jurulatih baru yang berminat untuk turut bersama
dalam program.

Semak Kendiri 1.2


1. Huraikan strategi dan pelaksanaan Dasar Sukan Negara.
2. Sukan prestasi tinggi bertujuan meningkatkan prestasi atlet ke
peringkat tertinggi. Atlet akan di beri peluang untuk bertanding pada
kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Nyatakan usaha
yang dilakukan untuk mencapai hasrat ini?
3. Nyatakan Rasional Dasar Sukan Negara?
4. Berikan matlamat Sukan Untuk Semua (Sukan Massa)

OUM
16
BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN
JASMANI DAN SUKAN

1.2 PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN


Dalam subtajuk ini kita akan membincangkan falsafah serta kepentingan pengelolaan dan
pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan.

1.2.1 Falsafah dan Kepentingan Pengurusan Pendidikan Jasmani, dan


Sukan

Bucher (1979) menyatakan bahawa falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dari objektif
yang mampu memberikan kefahaman, pengertian dan suatu tafsiran terhadap sesuatu
prinsip dan konsep. Contohnya falsafah yang menepati kehendak pembelajaran akan
berupaya membantu guru memahami semua tugasan secara menyeluruh bukannya
secara berasing-asing.

Ini bermakna melalui falsafah secara tidak langsung akan berupaya membantu guru
supaya memahami peranannya serta bertindak merancang pengajaran yang bertumpu
kepada objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Dengan kata lain juga falsafah juga
boleh diibaratkan sebagai petunjuk arah dan mampu membantu guru menghasilkan
rumusan serta mampu membentuk matlamat secara tersusun dan berterusan. Falsafah
dapat membantu guru memahami dan menghayati tanggungjawab pengajarannya dengan
lebih menyeluruh. Ini dapat membantu menimbulkan kesedaran kepada guru untuk
menumpukan peranannya melalui perancangan yang berlandaskan kepada objektif
pengajaran yang sepatutnya.

Falsafah pengurusan pendidikan jasmani ialah satu aktiviti mentadbir dan mengelola
dalam pendidikan jasmani bertujuan untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi
rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial. Aktiviti pendidikan jasmani adalah berdasarkan
aktiviti fizikal yang mempunyai 3 domain iaitu afektif, kognitif dan psikomotor. Pendidikan
jasmani merupakan aktiviti pendidikan yang dirancang dan terancang dengan kemas dan
sistematik.

Falsafah pengurusan sukan ialah mentadbir dan menguruskan sukan sebagai alat
membawa kebaikan kepada manusia sejagat, menjalinkan persahabatan serta memupuk
semangat toleransi kerjasama persefahaman dan perpaduan. Dalam menceburi diri atau
menjalankan aktiviti dalam sukan perlu berpegang kepada etika sukan.

Secara amnya falsafah pengurusan pendidikan jasmani dan sukan bertujuan


menguruskan aktiviti fizikal ke arah pembentukan masyarakat yang sihat, cergas dan
mengutamakan gaya hidup sihat. Falsafah pengelolaan dan pentadbiran sukan juga
mengutamakan individu yang cemerlang dalam bidang sukan di pentas antara bangsa
dengan program sukan berprestasi tinggi.

1.2.2 Prinsip Pengurusan Pendidikan Jasmani

Pengurusan pendidikan jasmani bertujuan membentuk masyarakat yang mengamalkan


cara hidup yang sihat berasaskan falsafah pendidikan negara. dengan menggunakan tiga
domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor dalam aktiviti pendidikan jasmani.
Berdasarkan kepada prinsip:

OUM
17
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN
BAB 1
JASMANI DAN SUKAN

(a) Pendidikan jasmani akan dapat mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan


berasaskan kesihatan dan perlakuan motor berasaskan domain kognitif dan afektif.
(b) Pendidikan jasmani adalah melahirkan masyarakat yang akan menjadikan senaman
dan aktiviti fizikal sebagai budaya atau rutin harian serta dilaksanakan secara
berterusan
(c) Pendidikan jasmani membolehkan pelajar menguasai kemahiran asas pergerakan
dan permainan mengikut kemampuan diri berdasarkan ketiga-tiga tunjang
pembelajaran iaitu:
(i) Kecergasan
(ii) Kemahiran
(iii) Kesukanan

(d) Pendidikan jasmani adalah dapat melahirkan masyarakat yang dapat


mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai
pelbagai kegiatan fizikal
(e) Pendidikan jasmani dilihat akan dapat membentuk masyarakat yang mengamalkan
nilai murni, sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan norma-norma masyarakat

1.2.3 Prinsip Pengurusan Sukan

Pengurusan sukan ialah membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh
dari segi fizikal dan mental - bersemangat dan berpendirian positif dalam hidup, berdisiplin
dan berdikari melalui penyertaan semua lapisan masyarakat secara aktif dan sukarela
dalam semua aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan fizikal. Berdasarkan kepada prinsip:
(a) Sukan merupakan satu aktiviti yang paling berkesan membentuk kecergasan dan
kesihatan dari segi fizikal dan mental. Sukan dilihat membolehkan seseorang itu
memperoleh sebanyak-banyak keseronokan dan kepuasan dalam hidup, mencapai
nilai terpuji hidup (quality of life) dan keperluan asas manusia.
(b) Sukan juga adalah satu penglibatan pembangunan sosial melalui penyertaan
beramai-ramai sama ada ahli keluarga, sahabat handai, masyarakat setempat dan
masyarakat asing - semuanya menggalakkan pergaulan, persaingan yang sihat dan
mengeratkan perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang tidak
mengasingkan diri.
(c) Keperluan asas manusia merangkumi berbagai-bagai faktor daripada keperluan
fiziologi kepada kepuasan mutlak diri.

Semak Kendiri 1.3


1. Nyatakan secara ringkas Falsafah pengurusan pendidikan jasmani.
2. Nyatakan secara ringkas kepentingan pengelolaan dan pentadbiran
sukan.

OUM
18
BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN
JASMANI DAN SUKAN

RUMUSAN
x Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk
mempertingkatkan kemampuan kecergasan dan nilai seseorang individu melalui
pendekatan aktiviti fizikal.
x Melalui Pendidikan jasmani (PJ) pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan
mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya.
x Pengurusan sukan, pendidikan jasmani boleh di definisikan sebagai sebarang
gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan,
pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan
penilaian dalam kontek perkhidmatan berkaitan dengan sukan dan pendidikan
jasmani.
x Pendidikan jasmani merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah di Malaysia.
Mata pelajaran pendidikan jasmani diajar selama 11 tahun dalam sistem
persekolahan di Malaysia.
x Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan,
Kemahiran dan Kesukanan.
x Aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti
yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi
membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan.
x Pendidikan jasmani merupakan disiplin pendidikan oleh itu di sekolah pendidikan
jasmani mempunyai ketua panitia dan di bawah kuasa guru penolong kanan
akademik
x Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barang-
barang pendidikan jasmani.
x Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama alatan
pendidikan jasmani mudah rosak .
x Sukan juga bermaksud aktiviti yang dipertandingkan mengikut peraturan dan
undang-undang yang telah ditetapkan oleh satu badan persekutuan sukan
antarabangsa.
x Sukan perlu mempunyai unsur pertandingan, tanpa pertandingan aktiviti fizikal itu
lebih dikenali sebagai permainan atau rekreasi.
x Dari aspek psikologi sukan juga boleh disamakan dengan sesuatu aktiviti yang
menyeronokkan dan dewasa ini merupakan sebahagian kerjaya profesional yang
melibatkan keupayaan fizikal dan mental yang tinggi
x Bersukan dapat mengerat perhubungan sosial, membanteras kegiatan-kegiatan
kurang sihat dan membina masyarakat yang cergas.
x Dasar Sukan Negara merupakan dokumen yang sentiasa menjadi rujukan ke arah
perkembangan, kemajuan dan pembangunan sukan negara.
x Rasional Dasar Sukan Negara ialah ke arah menjadikan sukan sebagai alat untuk
menerapkan nilai moral dan membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani.
x MALAYSIA CERGAS merupakan satu program yang berdasarkan kepada konsep
sukan untuk semua.

OUM
19
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN
BAB 1
JASMANI DAN SUKAN

x Sukan prestasi tinggi bertujuan meningkatkan prestasi atlet ke peringkat tertinggi.


x falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dari objektif yang mampu memberikan
kefahaman, pengertian dan suatu tafsiran terhadap sesuatu prinsip dan konsep.
x Falsafah pengurusan sukan ialah mentadbir dan menguruskan sukan sebagai alat
membawa kebaikan kepada manusia sejagat, menjalinkan persahabatan serta
memupuk semangat toleransi kerjasama persefahaman dan perpaduan.
x Falsafah pengurusan pendidikan jasmani ialah satu aktiviti mentadbir dan mengelola
dalam pendidikan jasmani bertujuan untuk menghasilkan insan yang seimbang dari
segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial.

PERKATAAN PENTING

x Psikomotor, x Kerjaya profesional


x Kognitif, x Badan-badan amatur
x Afektif, x Profesional.
x Sosial x Dasar Sukan Negara
x Emosi. x Kementerian Belia dan Sukan
x Kurikulum Pendidikan Jasmani x Majlis Sukan Negara
x Organisasi x MALAYSIA CERGAS
x Mesyuarat kurikulum sekolah x Sukan Untuk Semua (Sukan
x Mesyuarat panitia pendidikan Massa)
jasmani x Majlis Olimpik Malaysia (MOM)
x Rancangan tahunan pendidikan x Sukan Prestasi Tinggi
jasmani x Mengenal pasti Bakat
x Perancangan belanjawan x Pusat Latihan Negeri dan
x Peruntukan Kewangan pendidikan Daerah
jasmani x Falsafah pengurusan
x Stor Pendidikan Jasmani Pendidikan Jasmani
x Falsafah pengurusan sukan

RUJUKAN
Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia

Bucher, C.A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby Company

Colfer, G.R., Hamilton, K.E. & Magill, R.A. (1986). Contemporary physical education. Iowa:
Wm. C. Brown Publisher

Laman Web Kementerian Belia dan Sukan

Laman Web Majlis Sukan Negara

OUM
20
BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN
JASMANI DAN SUKAN

Mohd Taib Harun dan Norlena Salamuddin. Modul Program Pendidikan Rekreasi UKM :
Satu kesinambungan.

Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1989). Rancangan


kurikulum baru sekolah menengah. Kuala Lumpur.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani


dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur.

Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur:
Longman Malaysia.

Teng Boon Tong. (2001). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Kursus Diploma
Penguruan Malaysia. Selangor: Pearson Education.

Wee Eng Hoe. (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma
Production Sdn. Bhd.

OUM
21

You might also like