You are on page 1of 1

Mutakhir ini, arus modenisasi menderaskan lagi pembangunan negara.

Pelbagai projek sosioekonomi dijalankan dengan begitu rancak namun


secara tidak sedar alam sekitar sudah terjejas. Satu kemelut yang terpaksa dihadapi oleh negara kita. Kita sebenarnya tersepit antara keinginan
menjadi sebuah negara maju dengan alam sekitar yang perlu dipelihara, bak kata peribahasa “ditelan mati mak,diluah mati bapa”. Untuk
melihat isu ini dengan lebih jelas, satu perbincangan ilmiah telah dianjurkan oleh Persatuan Pencinta Alam Sekitar Daerah Johor Bahru sempena
kempen “Sayangi Bumi Kita Pencemaran alam sekitar membawa maksud perbuatan mencemarkan alam sekitar dengan unsur-unsur yang kotor.
Maka, sesuatu yang pada asalnya bersih dan dapat digunakan dengan baik dan selamat telah menjadi kotor dan mendatangkan mudarat
apabila digunakan.Antara punca-punca yang diwartakan oleh sebagai penyebab pencemaran. terbahagi kepada dua jenis iaitu ;:Pencemaran
yang disebabkan oleh faktor semulajadi .Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi ialah pencemaran yang berlaku dengan
sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya.Pencemaran yang
disebabkan oleh faktor manusia . Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia ialah pencemaran yang dilakukan oleh manusia sama ada
sengaja atau tidak sengaja . Antaranya ialah pencemaran udara. Untuk menyelamatkan alam sekitar daripada bahaya pencemaran , langkah-
langkah untuk mengatasi pencemaran .

Di antara langkah-langkah yang diambil ialah :

( a ) mengharamkan pembakaran sampah-sarap di kawasan terbuka

( b ) menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal pembebasan gas-gas beracun dari kilang-kilang dan kenderaan .

( c ) membina kilang-kilang jauh dari kawasan perumahan

( d ) mengawal aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan

( e ) menyedarkan orang ramai supaya menjaga kebersihan alam sekitar

( f ) menjalankan proses kitar semula bahan-bahan buangan.

You might also like