You are on page 1of 9

KEBOLEHAN KANAK-

KANAK MEMBUAT
GENERALISASI
GENERALISASI

Generalisasi adalah keupayaan menggunakan


pembelajaran yang tersimpan dalam stor ingatan
jangka panjang untuk keadaan atau konteks yang
seakan-akan serupa, atau yang boleh dipersepsikan
sebagai seakan-akan sama.
Dalam hal ini, pembelajaran boleh dipindahkan
daripada keadaan khusus kepada keadaan umum
melalui generalisasi tersebut.
Generalisasi juga bermaksud rangsangan yang sama
akan menghasilkan tindakan yang sama.
Contohnya : Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia
diadakan. Ali juga menjadi risau setiap kali ujian
biologi diadakan, kerana kedua mata pelajaran
tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama
lain.
•Jadi, kerisauan dalam satu mata pelajaran (kimia)
telah digeneralisasikan kepada satu mata lain
pelajaran (biologi).
TEORI PELAZIMAN KLASIK PAVLOV

Generalisasi merupakan sebahagian daripada teori


pelaziman klasik Ivan Pavlov.
Generalisasi berlaku apabila organism mengaitkan
rangsangan terlazim dengan bunyi-bunyi lain yang
seakan-akan serupa.
Rangsangan terlazim: Rangsangan yang terhasil
apabila rangsangan neutral digabungkan dengan
rangsangan semulajadi untuk menghasilkan gerak
balas yang serupa dengan rangsangan semulajadi.
Misalnya, pelajar yang takut kepada guru matematik
yang tegas, juga akan menjadi mempunyai fobia
terhadap matematik dan pelajaran matematik.
Hal ini kerana telah berlaku pemindahan
pembelajaran (Noriati, Boon & Sharifah Fakhriah,
2009).
TEORI PELAZIMAN KLASIK J.B
WATSON
Watson percaya semua perbezaan tingkah laku
individu adalah disebabkan oleh perbezaan
pengalaman pembelajaran. Watson juga melihat
psikologi sebagai kajian tentang tingkah laku
manusia yang dapat dikawal dan diramal).
Watson terkenal dengan eksperimennya bersama
seorang bayi berumur 11 bulan yang diberi nama
“Little Albert”.
Albert diberi bermain dengan seekor tikus putih.
Pada mulanya, Albert tidak menunjukkan sebarang
rasa takut pada tikus ini, malah boleh bermain
dengannya. Namun, beberapa saat selepas
memperkenalkan tikus putih tersebut, Watson
mengetuk penukul pada palang besi yang tergantung
di belakang Albert. Bunyi hentaman tersebut
menyebabkan bayi terkenaan menangis dengan kuat.
Kejadian tikus bersama ketukan penukul ini diulangi
sebanyak 7 kali selama 7 minggu berturut-turut dan
setiap kali Albert akan menangis ketakutan.
Akhirnya, Albert akan terus mengangis apabila
melihat tikus putih, walaupun tidak diiringi oleh
bunyi ketukan penukul.
Watson telah membuktikan bahawa Little Albert
telah mengaitkan tikus putih dengan bunyi
hentaman yang menakutkan. Malah bayi berkenaan
juga menunjukkan rasa takut terhadap apa-apa
sahaja yang berbulu dan berwarna putih
(generalisasi).
TAMAT

You might also like