You are on page 1of 3

KOD PAFA

KOD-01 : Mengucap dua kalimah Syahadat


Syahadah, atau ucapan kepercayaan, adalah pernyataan kepercayaan dalam keesaan Tuhan
(Allah) dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasulnya. Mengucap dua kalimah syahadah
merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam. Apabila dinyatakan dengan kuat secara ikhlas,
seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan diri sebagai penganut baru Islam.

KOD-02 : Rukun Islam


Sebutkan Rukun Islam satu persatu : Mengucap Dua kalimah Syahadah. Menunaikan Solat Lima
Waktu sehari semalam. Mengeluarkan zakat. Berpuasa bulan Ramadhan. Menunaikan Haji bagi
yang berkuasa.

KOD-03 : Rukun Iman


Rukun Iman 6 perkara . Iaitu- Beriman kepada Allah. Beriman Kepada Malaikat. Beriman
kepada Kitab. Beriman kepada Rasul. Beriman kepada Hari Akhirat. Beriman kepada Qada dan
Qadar.

KOD-04 : Beristinjak
Pengertian istinjak ialah membersihkan qubul (kemaluan hadapan) dan dubur (kemaluan
belakang) dengan menggunakan air atau benda-benda kesat sehingga bersih dan suci.  Hukum
istinjak adalah wajib.  Alat yang boleh digunakan untuk beristinjak ialah: (i) air mutlak iaitu air
sungai, air perigi, air mata air, air laut dan sebagainya (ii) benda-benda yang keras dan kesat
seperti batu, [...]

KOD-05: Membersihkan Diri,Pakaian dan tempat daripada


najis
PENGERTIAN NAJIS Dari segi bahasa, najis bererti benda kotor seperti darah, air kencing dan
tahi. Dari segi syara`, najis bermaksud segala kekotoran yang menghalang sahnya solat.

KOD-06 : Cara Berwuduk


Cara-cara berwuduk : Membaca : Bismillah hirrah ma nirrahim. Membasuh kedua-dua tangan
hingga ke pergelangan tangan, tiga kali Berkumur tiga kali Memasukkan air ke dalam hidung
kemudian mengeluarkannya, diulangi tiga kali.
KOD-07 : Tayamum
PENGERTIAN TAYAMMUM Tayammum ialah menyampaikan atau menyapu debu tanah ke
muka dan kedua-dua tangan dengan syarat yang tertentu. Tayammum dilakukan bagi
menggantikan wudhu’ atau mandi wajib (junub, haidh dan nifas), ketika ketiadaan air atau uzur
menggunakan air, dan ia adalah suatu rukhsah atau keringanan yang diberikan oleh syara‘
kepada manusia. ·Disyari‘atkan tayammum berdasarkan firman Allah [...]

KOD-08 : Cara mandi wajib


Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah: 1) Niat. Ini berdasarkan hadis
yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat. 2) Membaca ‘Bismillah’. 3) Mencuci
tangan sebanyak tiga kali. 4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

KOD 09 :Azan, Iqamat, Jawapannya dan Doa Selepas Azan


dan Iqamah
PENGERTIAN AZAN DAN IQAMAH Azan dan iqamah adalah dua perkara sunat dilakukan
sebelum melakukan mana-mana sembahyang fardhu. Azan dari segi bahasa bermaksud
pemberitahuan. Manakala dari segi syara‘ pula diertikan sebagai suatu gabungan perkataan
tertentu untuk mengetahui waktu sembahyang fardhu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan
tentang waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu. Iqamah pula bermaksud sebutan tertentu
[...]

KOD 10 : Solat dan bacaan dalam solat


Anda dikehendaki memperdengarkan (tasmi’) bacaan-bacaan berikut:- Lafaz niat solat subuh,
zuhur, asar, margrib, dan Isya’ Takbiratul ihram. Doa Iftitah Surah al Fatihah Dua surah (pilihan
murid) Bacaan ketika ruku’ Bacaan i’tidal Bacaan sujud. Bacaan duduk antara dua sujud Bacaan
tahiyat Salam Bacaan Qunut

KOD 12: Puasa


Nasyid Puasa dulu baru raya – RAIHAN Dalil Naqli : Firman Allah S.W.T : “ Wahai orang-
orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke
atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ –
(Surah Al-Baqarah: 183) Lafaz niat Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan pada tahun ini [...]
KOD 13: Adab Terhadap Ibu Bapa
Video : Adab-adab terhadap ibubapa (Nasyid Keluarga Bahagia) Maksud Adab Kepada
ibubapa : Ialah : Bersopan santun kapada ibubapa dalam Pertuturan, Perbuatan dan Tingkah
Laku Hukum beradab kepada ibubapa ¨  Islam mewajibkan penganutnya beradab kepada ibu
bapa ” (Surah Luqman :14 ) : Bermaksudnya : Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada
kedua  ibubapanya. Ibunya [...]

KOD 15: IHSAN


Ihsan adalah ketepatan atau kesempurnaan (perfection or precsion). Pada makna syara’ ia
bermaksud melakukan sesuatu IBADAT dengan BAIK dan TEPAT sebagaimana yang
diperintahkan Allah swt. Sebagaimana didalam sebuah hadith yang panjang dari Abu Hurairah
ra., dimana Malaikat Jibril bersoal jawab dengan Nabi dan disana ada menyebut mengenai
maksud ihsan :- “Apakah itu Ihsan? Baginda menjawab [...]

KOD 16 : Kewajipan menutup aurat


Pernah kita dengar ungkapan bahawa suatu yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta
disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Barang kemas emas atau intan permata tentu
tidak akan dibiarkan bersepah-sepah di atas lantai sebaliknya ditempatkan tempat yang khas.
Untuk wanita dihadkan kadar aurat yang wajib ditutup pada tempat-tempat tertentu. Berikut
disenaraikan kadar aurat [...]

You might also like