You are on page 1of 16

PKB 3108

KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

TAJUK 8 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN MATEMATIK

8.0 SINOPSIS

Topik ini memberi pendedahan kepada pelajar tantang Sukatan Pelajaran


Matematik Pendidikan Khas, rancangan mengajar harian dan format
penulisan rancangan harian

8.1 HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. mengenalpasti komponen-komponen dalam Huraian Sukatan Pelajaran
Matematik
2. Meneliti komponen matematik dalam Huraian Sukatan Pelajaran
Matematik
3. Menyediakan rancangan mengajar harian
4. Membincangkan format rancangan pengajaran harian

8.2 KERANGKA TAJUK

Huraian Sukatan
Pelajaran

Pelaksanaan Pengajaran
Huraian Sukatan Pelajaran Rancangan Mengajar Harian
dan Pembelajaran

69
PKB 3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

8.3 Pengenalan

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) talah merangka satu Sukatan Pelajaran


Matematik yang disesuaikan untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia,
selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara iaitu untuk memberi
pendidikan kepada semua.

8.4 Huraian Sukatan Pelajaran Matematik

Huraian Sukatan Pelajaran merupakan dokumen yang mengandungi perkara-


perkara yang wajib diajar kepada pelajar sepanjang tahun persekolahan.
Sukatan pelajaran disediakan oleh bahagian Pusat Perkembangan Kurikulum ,
Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia perlu dikemukakan serta merta apabila
diminta oleh orang-orang yang diberi kuasa seperti Ketua Pendaftar, Jemaah
Nazir dan Pengetua. Jika gagal dan disabit kesalahan boleh didenda.

Rajah 8.1 Huraian Sukatan Pelajaran Matematik


OBJEKTIF KANDUNGAN
1. Pra Nombor Membolehkan murid:
1.1 menamakan objek Klasifikasi objek melalui:
1.1.1 bentuk
1.2 menentukan kumpulan 1.1.2 saiz
objek 1.1.3 warna

Perbandingan objek
1.2.1 panjang/ pendek
1.2.2 besar/kecil
1.2.3 tinggi/ rendah
1.2.4 tebal/ nipis
1.2.5 berat/ ringan
1.2.6 banyak/ sedikit
1.2.7 sama banyak/ tidak sama
banyak
1.2.8 kumpulan lebih/ kurang

2. Nombor Bulat Membolehkan murid:


2.1 menamakan nombor 2.1.1 nombor
2.2 membilang nombor 2.2.1 bilang tertib menaik/menurun
2.3 menentukan nilai nombor 2.2.2 rangkaian nombor
2.4 menulis nombor 2.3.1 nombor mempunyai kuantiti

70
PKB 3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

2.5 menggunakan nombor 2.3.2 Perbandingan nilai nombor


2.4.1 Simbol nombor
2.4.2 Penulisan nombor dalam
perkataan
2.5.1 Nombor dalam kehidupan
harian

3. Operasi tambah Membolehkan murid: 3.1.1 Penyatuan dua kumpulan


3.1 menyatakan situasi 3.1.2 Penambahan dengan
tambah dalam bahasa membilang semua
harian 3.2.1 Dalam lingkungan fakta asas
3.2 menambah sebarang dua 3.2.2 Sebarang dua nombor
nombor a. tanpa mengumpul semula
3.3 menulis ayat matematik b. dengan mengumpul
bagi operasi tambah semula
3.4 melengkapkan ayat 3.3.1 Pengenalan simbol (+) dan (=)
matematik bagi operasi 3.3.2 Ayat matematik bagi operasi
tambah tambah
3.5 menyatakan secara a. Bentuk ayat matematik
spontan fakta asas tambah b. Bentuk lazim
3.6 menambah sebarang tiga 3.4.1 Penekanan kepada operasi
nombor tambah melengkapkan ayat
3.7 membina cerita matematik
3.8 menyelesaikan masalah 3.5.1 Penambahan secara spontan
harian yang melibatkan fakta asas
operasi tambah 3.6.1 Sebarang tiga nombor
a. tanpa mengumpul semula
b. dengan mengumpul semula
3.7.1 Cerita daripada ayat matematik
3.7.2 Ayat matematik daripada cerita
3.8.1 Masalah harian yang melibatkan
literasi mudah, cerita, rajah dan jadual

4. Operasi tolak Membolehkan murid: 4.1.1 Penolakan melalui proses


4.1 menyatakan situasi tolak pengasingan dua kumpulan
dalam bahasa 4.1.2 Penolakan dengan mencari
4.2 menolak sebarang dua perbezaan
nombor 4.2.1 Dalam lingkungan fakta asas
4.3 menulis ayat matematik 4.2.2 Sebarang dua nombor
bagi operasi tolak a. tanpa mengumpul semula
4.4 melengkapkan ayat b. dengan mengumpul semula
matematik bagi operasi 4.3.1 Pengenalan simbol (-) dan (=)
tolak 4.3.2 Ayat matematik bagi operasi
4.5 menolak sebarang tiga tolak
nombor a. bentuk ayat matematik
4.6 membina cerita b. bentuk lazim
4.7 menyelesaikan masalah 4.4.1 Penekanan kepada
yang melibatkan operasi melengkapkan ayat matematik
tolak operasi tolak
4.4.2 Songsangan fakta
4.5.1 Sebarang tiga nombor
a. tanpa mengumpul semula
b. dengan mengumpul semula

71
PKB 3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

4.6.1 Cerita daripada ayat matematik


4.6.2 Ayat matematik daripada cerita
4.7.1 Masalah harian melibatkan
literasi mudah, cerita rajah atau
jadual

5. Gabungan dua Membolehkan murid: 5.1.1 Pembinaan cerita daripada ayat


operasi 5.1 Membina cerita matematik
5.2 Menyelesaikan masalah 5.1.2 Pembinaan ayat matematik
daripada cerita
5.2.1 Operasi tambah dan tolak dalam
lingkungan fakta asas
5.2.2 Masalah harian yang melibatkan
literasi mudah, cerita, rajah, graf
atau jadual

6. Operasi darab Membolehkan murid: 6.1.1 Pengertian darab dalam proses


6.1 Menyatakan operasi darab tambah berulang
dalam bahasa harian 6.1.2 Kenal pasti kumpulan dan ahli
6.2 Mendarab sebarang dua 6.2.1 Sifir 1 hingga 9
nombor dalam lingkungan 6.2.2 Darab sebarang nombor dengan
fakta asas sifir
6.3 Menulis ayat matematik 6.3.1 Pengenalan simbol (x) dan (=)
bagi operasi darab 6.3.2 Ayat matematik bagi operasi
6.4 Melengkapkan ayat darab
matematik bagi operasi a. bentuk ayat matematik
darab b. bentuk lazim
6.5 Menyatakan secara 6.4.1 Lingkungan fakta asas
spontan fakta asas darab 6.5.1 Fakta asas darab
6.6 Membina cerita 6.6.1 Cerita daripada ayat matematik
6.7 Menyelesaikan masalah 6.6.2 Ayat matematik daripda cerita
yang melibatkan operasi 6.7.1 Masalah harian yang melibatkan
darab literasi mudah, cerita, rajah dan
jadual

7. Operasi bahagi Membolehkan murid: 7.1.1 Konsep bahagi


7.1 Mrenyatakan operasi a. pengumpulan
bahagi dalam bahasa b. pengongsian
harian 7.2.1 Dalam lingkungan fakta asas
7.2 Membahagi sebarang dua 7.3.1 Pengenalan simbol (+) dan (=)
nombor dalam lingkungan 7.3.2 Ayat matematik bagi operasi
fakta asas bahagi
7.3 Menulis ayat matematik 7.4.1 Dalam lingkungan fakta asas
bagi operasi bahagi 7.5.1 Fakt asas bahagi
7.4 Melengkapkan ayat 7.6.1 Cerita daripada ayat matematik
matematik bagi operasi 7.6.2 Ayat matematik daripada cerita
bahagi 7.7.1 Masalah harian yang melibatkan
7.5 Membahagi secara literasi mudah, cerita, rajah,
spontan jadual atau graf (graf palang)
7.6 Membina cerita
7.7 Menyelesaikan masalah
yang melibatkan operasi
bahagi

8. Wang Membolehkan murid: 8.1.1 Wang syiling


8.1 Mengenal mata wng 8.1.2 Wang kertas

72
PKB 3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Malaysia 8.2.1 Nilai wang syiling


8.2 Menentukan nilai wng 8.2.2 Nilai wang kertas
8.3 Menyelesaikan operasi 8.2.3 Persamaan nilai wang
tambah melibatkan wang 8.2.4 Persamaan nilai wang dengan
8.4 Menyelesaikan operasi harga barang
tolak yang melibatkan 8.3.1 Operasi tambah yang
wang melibatkan wang
8.5 Menyelesaikan operasi a. tanpa mengumpul semula
darab yang melibatkan b. dengan mengumpul semula
wang 8.4.1 Operasi tolak yang melibatkan
8.6 Menyelesaikan operasi wang
bahagi yang melibatkan a. tanpa mengumpul semula
wang b. dengan mengumpul semula
8.7 Membina cerita 8.5.1 Nombor 1 digit dengan sen
8.8 Menyelesaikan masalah 8.5.2 Nombor 1 digit dengan ringgit
yang melibatkan wang hingga RM100
8.6.1 Pembahagian sen dengan
nombor 1 digit
8.6.2 Pembahagian ringgit dengan
nombor 1 digit hingga RM100
8.7.1 Cerita daripada ayat matematik
8.7.2 Ayat matematik daripada cerita
8.8.1 Masalah harian yang melibatkan
nilai wang

9. Masa dan waktu Membolehkan murid: 9.1.1 Konsep waktu dalam satu hari
9.1 Menamakan waktu dalam 9.1.2 Aktiviti harian mengikut waktu
satu hari 9.2.1 Hari dalam seminggu
9.2 Menamakan hari dalam 9.2.2 Aktiviti-aktiviti dalam seminggu
seminggu 9.3.1 Bulan-bulan dalam setahun
9.3 Menamakan bulan dalam 9.3.2 Bilangn hari dalam setahun
setahun 9.3.3 Bilangan minggu dalam setahun
9.4 Merekodkan aktiviti dalam 9.3.4 Bilangan bulan dalam setahun
setahun 9.4.1 Tarikh
9.5 Menyatakan waktu dalam 9.4.2 Jenis peristiwa
unit jam a. peristiwa khas
9.6 Menyelesaikan masalah b. peristiwa individu
yang melibatkan tempoh 9.5.1 Muka jam
masa 9.5.2 Unit jam dan waktu
9.5.3 Waktu dalam jam dan minit
9.5.4 Tempoh masa dalam jam dan
minit
9.6.1 Masalah harian

8.5 Komponen-komponen dalam HSP Matematik

Guru perlu memastikan pengajaran matematik difokuskan sepenuhnya kepada


penguasaan kemahiran asas matematik sebelum kemahiran penyelesaian
masalah. Pengajaran kemahiran asas matematik dan penyelesaian masalah
perlu diselaraskan dari awal pengajaran. Komponen kemahiran asas matematik

73
PKB 3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

berdasarkan HSP ialah asas nombor, nombor bulat dan operasi tambah, tolak,
darab dan bahagi. Komponen HSP matematik masalah pembelajaran boleh
dilihat dengan lebih jelas dari segi objektif dan kandungannya seperti dalam
jadual 8.1.

Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Masalah


Pembelajaran, bincangkan dua contoh kemahiran penyelesaian
masalah dan kepentingan kemahiran tersebut kepada murid
pendidikan
khas bermasalah pembelajaran.

8.6 Perancangan dan Persediaan Mengajar

8.6.1 Pengertian konsep pengajaran


Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang
hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal
dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan
merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahansuaian
yang berlaku terhadap anak dididik.

8.6.2 Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran

Perancangan perlu dilakukan untuk


 memenuhi masa yang diperuntukan
 menepati kehendak objektif/matlamat
 berkesan sepanjang waktu pengajaran
 menarik perhatian dan tidak membosankan

8.6.3 Objektif pengajaran

Objektif pengajaran matematik mestilah merujuk kepada Huraian Sukatan


Pelajaran Matematik. Guru terlebih dahulu perlu memastikan pelajar telah
menguasai pelajaran lepas. Sekiranya terdapat pelajar yang belum menguasai

74
PKB 3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

pelajaran lepas, objektif pembelajaran perlu diulang semula. Objektif pengajaran


boleh di tulis dalam bentuk:
 Objektif implisit
o melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti :
 memahami
 atau mengetahui
 atau menghargai
sesuatu yang telah diajar
 Objektif eksplisit
o melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti :
 menyenaraikan
 menjelaskan
 memberikan contoh
 menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah
diajarkan

8.6.4 Buku rekod mengajar

Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil
3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting :
 Rancangan Pelajaran Tahunan
o Rancangan berdasarkan taqwim minggu persekolahan.
Mengandungi isi ringkas rancangan penjararan berdasarkan
sukatan pelajaran kebangsaan.
o Butiran yang perlu ada ialah :
 Mata pelajaran
 Tingkatan
 Minggu
 Tajuk/isi
 Objektif
 Kemahiran

75
PKB 3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

 Nilai dan
 bahan bantuan mengajar
 Rancangan Pelajaran Harian
o Rancangan berdasarkan rancangan Tahunan
o Butiran yang perlu ada ialah :
 Hari dan tarikh
 Mata pelajaran dan tingkatan
 Masa
 Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai
 Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi

Buku rekod pengajaran menjadi rujukan dan dokumen penting bagi pihak

 sekolah
 PPD
 JPN
 dan jemaah nazir sekolah

Ia adalah milik sekolah dan mesti dikembalikan dan disimpan oleh pihak sekolah
sebelum cuti sekolah akhir tahun bermula. Ia juga digunakan sebagai sasaran
kerja tahunan untuk menilai prestasi kerja tahunan guru.

Rekod P&P boleh juga disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan
sesuaii dengan teknologi semasa. Rekod P&P dan bahan-bahan lain berkaitan
dengan penyediaan rancangan pelajaran tahunan perlu dikemukakan dengan
serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

Kegagalan menyediakan buku rekod pengajaran merupakan satu kesalahan dan


jika disabitkan kesalahan, sesorang itu boleh didenda tidak kurang daripada
RM500 - berdasarkan Peraturan 11(b), Peraturan-peraturan Pendidikan
(Kurikulum kebangsaan)1997 (P.U.A.531)

8.6.5 Jadual Waktu

76
PKB 3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Jadual waktu mestilah ada


 Senarai mata pelajaran yang diajar kepada murid
 Setiap hari persekolahan
 Nama guru yang mengajar mata pelajaran dan bilangan waktu mengajar
 diluluskan oleh Menteri Pelajaran dan Ketua Jabatan

8.7 Aspek-aspek penting dalam perancangan P&P

Sebelum merancang dan melaksanakan P&P seseorang guru perlulah


1. Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam
2. Memilih kemahiran-kemahiran dan dan isi pelajaran yang sesuai
3. Merancang pengajarannya
o Set iduksi
o Perkembangan P&P
o Penutup
4. Menentukan strategi P&P
5. Menyediakan bahan bantu pengajaran
6. Menyediakan penilaian

8.7.1 Komponen Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

Elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam merekabentuk pengajaran ialah

 Objektif pengajaran

77
PKB 3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

 Strategi pengajaran yang sesuai


 Bahan bantu pengajaran
 Maklum balas pelajar
 Penilaian

8.8 Peringkat Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Seseorang guru perlu membuat perancangan sebelum dia memasuki kelas


untuk menyampaikan isi kandungan matematik kepada muridnya. Beberapa
perkara perlu dipertimbangkan sebelum melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran. Terdapat empat peringkat yang perlu dipertimbangkan iaitu pra
perancangan, perancangan aktif, perancangan semasa dan pasca perancangan.
Perancangan juga perlu mengikut Huraian Sukatan Pelajaran yang telah
ditetapkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Manakala aktiviti yang
dilaksanakan pula perlu mengambilkira faktor masa, keupayaan murid,
pengetahuan sedia ada murid, bahan bantu mengajar dan situasi dalam bilik
darjah.

I. Pra perancangan
o Guru mempunyai gambaran mental mengenai
 keseluruhan pengajaran
 pelajar - potensi, pengetahuan sedia ada dan lain-lain
 isikandungan pelajaran
 strategi
 bahan yang diperlukan dan boleh digunakan
II. Perancangan aktif
o Guru perlulah
 menulis rancangan mengajar
 menyediakan nota,
 membina transperansi/power point/model
 memastikan peralatannya masih berfungsi baik dan sesuai
digunakan

78
PKB 3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

 menyediakan senarai semak


III. Perancangan semasa
o Guru perlu
 mendapat maklum balas tentang kefahaman pelajar
 mengubahsuai mengikut keperluan dan keadaan semasa
 mengaitkan dan mengulangi pelajaran yang lepas
IV. Pasca perancangan
o Guru perlu
 menyedari kelemahan pengajaran
 mengesan kekuatan pengajarannya
 membuat catatan tentang perubahan yang diperlukan

8.8.1 Sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran

Sumber ialah bahan yang digunakan semasa proses P&P seperti

 buku teks
 buku rujukan
 buku latihan
 lampiran nota
 Alat audio visual
o LCD
o komputer
o peta
o gambarajah dan
o TV

8.9 Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Terdapat tiga langkah utama dalam penulisan rancangan pengajaran matematik


iaitu set induksi, perkembangan (penyampaian isi) dan penutup

I. Set Induksi

79
PKB 3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

o Langkah permulaan dalam proses P&P


o Tujuan - untuk menghasilkan aliran pemikiran dan meransang
minat pelajar agar dapat memberi perhatian kepada pengajaran
yang akan berlaku
o Masa - 5 minit / 10% daripada masa pengajaran
o Teknik - soalan, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu semasa
yang berkaitan, gambar atau bunyi
II. Perkembangan P&P
o Bahagian kedua
o Penyampaian isi pelajaran
1. Teknik penyampaian guru
 disampaikan berperingkat - dari mudah kepada yang
sukar, dari yang konkrit kepada yang abstrak
 suara yang jelas dan terang
 menggunakan pelbagai kaedah dengan mengambil
kira pengalaman dan potensi murid
 berfokus kepada apa yang diajar
 mengamalkan penekanan-penekanan dalam konsep
KBSM/KBSR
 Membuat penilian berterusan
2. Teknik Menyoal
 Soalan yang dikemukakan
3. Penggabungjalinan
4. Penyerapan
5. Pengukuhan
 memberikan latih tubi
 memberikan tugasan / kerja rumah
 mengaplikasikan ilmu, nilai dan kemahiran dalam
aktiviti pembelajaran
6. Pengayaan
 membimbing murid mencari maklumat tambahan

80
PKB 3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

 menyediakan bahan maklumat tambahan


 menggalakkan murid belajar daripada maklum balas
 membimbing murid membuat jangkaan masa depan
7. Pemulihan
 membimbing murid secara individu
 menggunakan pelbagai bahan
 memberi latihan ulangan
 menggunakan pelbagai teknik pengajaran
8. Penilaian
 pemerhatian
 soal jawab
 perbincangan
 kerja bertulis
 kerja rumah
9. Hasil pembelajaran murid
 memastikan murid dalam keadaan bersedia mengikuti
pelajaran
 melaksanakan pembelajaran arah kendiri (self-
directed)
 mengaplikasikan kemahiran mengambil nota
 mempersembahkan hasil aktiviti pembelajaran
 mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
 mengemukakan pendapat semasa perbincangan
 berdisplin
III. Penutup
o Bahagian terakhir
o Aktiviti yang dijalankan seperti :

 susulan

i. folio

81
PKB 3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

i. pengayaan

i. membuat projek
 penilaian objektif pengajaran

i. pemerhatian

i. teknik menyoal

i. memeriksa kerja pelajar


 membuat kesimpulan
 rumusan

i. menegaskan isi-isi penting


ii. memberi cadangan dan panduan untuk murid
meningkatkan kefahaman

i. mencadangkan bahan-bahan yang boleh dirujuk


untuk meluaskan ilmu

i. mengaitkan pelajaran dengan keperluan hidup


seharian

i. mengaitkan pelajaran dengan keperluan peperiksaan


ii. pengubahsuaian pelajaran

82
PKB 3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Rajah Proses P&P

Latihan 1

Azlan merupakan pelajar ADHD berumur 10 tahun, telah diajar membaca dan
menulis nombor. Beliau boleh menambah nombor asas tetapi apabila
menolak nombor asas beliau menunjukkan kesalah seperti berikut.

43 56 61
- 26 - 28 - 49
23 32 28

Berdasarkan situasi di atas, terangkan masalah yang dihadapi oleh


Azlan dan sediakan satu rancangan pengajaran harian untuk
mengajar
asas kemahiran menolak dengan menggunakan format RPH yang
betul

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan

Latihan 2

Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip pengajaran matematik

83
PKB 3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

”mengajar daripada diketahui kepada yang tidak diketahui”?.

Itu saja yang perlu anda lakukan ...... SELAMAT BERJAYA.

84

You might also like