You are on page 1of 33

PENGAGIHAN TAJUK DAN JAM INTERAKSI KULIAH/MODUL UNTUK PGSR

MULAI AMBILAN NOV. 2009

Nama Kursus PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

Kod Kursus PKP 3106

Kredit 3(3+0)

Jam Kontak 45 jam

Prasyarat Tiada

Semester Pertama

Hasil
Pembelajaran 1. Menjelaskan kepentingan pentaksiran dalam pemulihan.
2. Membina pelbagai instrumen pentaksiran untuk tujuan mengumpul
maklumat.
3. Melaksanakan pelbagai cara yang sesuai untuk mengumpul maklumat
dari pelbagai bidang.
4. Membuat pentafsiran tentang hasil-hasil pengujian dan maklumat yang
dikumpul untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid.
5. Merumus maklumat yang dikumpul untuk tujuan pengajaran dan
pelaporan.
6. Menyediakan maklumat dan objektif pengajaran dan intervensi
berdasarkan hasil pentaksiran.

Kursus ini merangkumi kepentingan pentaksiran, mentaksir kebolehan


SINOPSIS
pembelajaran asas, mentaksir kemahiran sosial dan tingkah laku,
mentaksir kemahiran lisan, mentaksir kemahiran bacaan, kemahiran
menulis dan kemahiran Matematik.
TAJUK KANDUNGAN KULIAH MODUL JUMLAH
(JAM) (JAM)
1. Pengenalan kepada Pentaksiran Dalam Pendidikan
Pemulihan

Kepentingan Pentaksiran Dalam Pendidikan Pemulihan


Konsep Pentaksiran 3 - 3
- Maksud Pentaksiran
- Proses Penerimaan, perancangan dan pelaksanaan
Pendidikan Khas
- Kegunaan Pentaksiran dalam Pendidikan Khas
Pelbagai cara pengumpulan maklumat
- Rekod lama
- Sampel kerja 3 - 3
- Pengujian
- Pemerhatian
- Soal Selidik
2. Mentaksir Kebolehan Pembelajaran Asas

Maksud Kebolehan Pembelajaran Asas

- Pengamatan (Penglihatan, pendengaran, kinestatik, taktil 3 - 3


dan haptik)
- Konseptualisasi dan Organisasi
- Kepantasan Pemprosesan maklumat
Cara Pentaksiran
- Pemerhatian
- Temu bual/ soal selidik 1 1 2
- Sampel kerja
- Pengujian

Matlamat Pengajaran
- Rumusan hasil pentaksiran
- Pengenalpastian matlamat pengajaran - 2 2
- Perancangan intervensi

Mentaksir Kemahiran Sosial dan Tingkah Laku


4 - 4
Maksud Kemahiran Sosial dan Tingkah Laku
- Kemahiran sosial
- Tingkah laku dalam bilik darjah

Cara Pentaksiran Kemahiran Sosial dan Tingkah Laku


- Pemerhatian
- Penilaian Orang lain
- Penilaian kendiri - 2 2
- Pentaksiran ekologi
TAJUK KANDUNGAN KULIAH MODUL JUMLAH
(JAM) (JAM)
3. Mentaksir Bahasa Lisan
Komponen-komponen Bahasa Lisan
- Fonologi
- Semantik 3 - 3
- Sintaksis
- Morfologi
- Pragmatik

Bahasa Reseptif dan bahasa Ekspresif


- Pemahaman, penghasilan dan penggunaan bahasa
lisan dalam komunikasi - 1 1
- Masalah berkaitan bahasa reseptif dan ekspresif

Cara pentaksiran
- Penilaian orang lain
- Pemerhatian - 1 1
- Sampel bahasa
- Pengujian tidak formal
Matlamat Pengajaran
- Rumusan hasil pentaksiran
- Pengenalpastian matlamat pengajaran 1 - 1
- Perancangan Intervensi

4. Mentaksir Bacaan

Kemahiran Membaca
- Kemahiran memecahkan kod
- Kefahaman
2 - 2
Pendekatan Pengajaran Bacaan
- Kaedah ‘bottom-up’
- Kaedah ‘top-down’

Masalah Membaca
- Masalah berkaitan kemahiran memecah kod - 1 1
- Masalah berkaitan kefahaman

Cara Pentaksiran Bacaan


- Senarai semak 1 - 1
- Analisis Ralat

- Pengujian berdasarkan kurikulum


o Kemahiran memecahkan kod
o Kemahiran mengenal perkataan - 2 2
o Kefasihan membaca
o Kefahaman
TAJUK KANDUNGAN KULIAH MODUL JUMLAH
(JAM) (JAM)
5. Mentaksir Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis
- Tulisan
- Ejaan - 3 3
- Mengarang
Masalah Kemahiran Menulis
- Tulisan
- Ejaan
- Mengarang
Cara Pentaksiran
- Senarai semak
- Pemerhatian
- Analisis Sampel Kerja
- Ujian Rujukan Kriteria
- Inventori Ejaan tidak Formal 3 - 3

Matlamat Pengajaran
- Rumusan hasil pentaksiran
- Pengenalpastian matlamat pengajaran
- Perancangan intervensi

6.
Mentaksir Matematik

Kemahiran Matematik 2 - 2
- Kemahiran asas pra-nombor
- Kemahiran komputasi
- Kemahiran aplikasi dan penyelesaian masalah

Masalah Matematik
- Mengenal pasti bentuk pola - 1 1
- Penguasaan konsep nombor
- Penguasaan operasi asas Matematik

Cara Pentaksiran
- Senarai semak
- Inventori Matematik tidak formal 1 - 1
- Analisis ralat
- Penyoalan Klinikal
- Ujian Rujukan Kriteria

Matlamat Pengajaran
- Rumusan Hasil Pentaksiran
- 2 2
- Pengenalpastian Matlamat Pengajaran
- Perancangan Intervensi
- Tindakan susulan

JUMLAH JAM 30 15 45
RUJUKAN
Ayers, H, Clarkes, D. & Roses, A. (2003). Assessing individuals needs: A practical approach
ASAS
(resourse materials for teachers). London: David Fulton Pub.
Pierangelo, R. & Giuliani, G. A. (2002). Assessment inspecial education: A practical
approach. Boston: Allyn & Bacon.
rd
Venn, J. J. (2004). Assessing students with special needs. (3 Ed.). New Jersey: Prentice
Hall.

RUJUKAN
Hoy, C., & Gregg, N. (1994). Assessment: the special educator’s role. Pacific Grove, CA:
TAMBAHAN
Brooks. Cole Publishing Company.
Ronald, L. & Taylor, D. (2002). Assessing of exceptional students. Educational &
psychological procedure. Boston: Allyn & Bacon.
Siti Rahayah Ariffin, (2003). Teori, konsep dan amalan dalam pengukuran dan penilaian.
Bangi: Pusat Perkembangan Akademik, UKM.
Abdul Hadi, M. & Hazina, Z. (2007). Pentaksiran dalam pendidikan khas. OUM. Kuala Lumpur
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


SEKOLAH RENDAH (PGSR)

MODUL PENDIDIKAN PEMULIHAN

PKP 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Berkuat kuasa pada Jun 2010

1
PANDUAN PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-
PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM
PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA
MUDA PERGURUAN.

PANDUAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2010

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

2
______________________________________________________________________
KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Kata Alu-Aluan Pengarah

2. Panduan Pembelajaran

3. Agihan Tajuk dan Peruntukan Masa

4. Hasil Pembelajaran

5. Sinopsis

6. 1. Teori dan Model Pengurusan Kelas Khas

7. 1.1 Teori Pengurusan Kelas

8. 1.2 Model Pengurusan Kelas Khas

9. 1.3 Pengurusan Pembelajaran Murid Pemulihan Khas

10. 2. Pengurusan Tingkah Laku Murid –murid Pemulihan

11. 2.1 Teori-teori/Model Pengurusan Tingkah Laku

12. 2.2 Jenis-jenis Tingkah Laku

13. 2.3 Teknik Pengurusan Tingkah Laku

14. 2.4 Langkah Pelaksanaan

15. 3. Peranan Pentadbir Dalam Program Pemulihan Khas

16. 3.1 Pihak yang Terlibat

17. 4. Peranan dan Ciri-ciri Guru Pemulihan

18. 4.3 Bidang Tugas

19. 4.4 Peranan Guru Pemulihan

20. 4.5 Ciri-ciri Guru Pemulihan yang Baik

21. 4.6 – Hubungan Interpersonal

3
22. 5. Penubuhan Kelas Pemulihan

23. 5.1 Prosedur Penubuhan Kelas Pemulihan


MUKA SURAT
KANDUNGAN
6. Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
24.
6.1 Pengenalan RPI
25.
6.2 Penulisan RPI
26.
27. 7. Khidmat Sokongan
28.
7.1 Definisi dan konsep
29.
7.2 Pihak-pihak yang Terlibat
30.
31. Rujukan
32. Panel Penulis
33.

4
PANDUAN PELAJAR

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh
belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas
beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah
kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran,
sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda.
Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda
menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda
akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah
dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan
diri.

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung
kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan
dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau
membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini
mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan
adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau
menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.

Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka
dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau
bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email
jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali
imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-
makna ikon tersebut.

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa
peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan
di tempat yang akan dikenal pasti.

5
Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk
belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda.
Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca
buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran
pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat
yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang
bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

AGIHAN TAJUK (PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN – MAJOR)

Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi
bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau
pembelajaran melalui modul.

Bil Interaksi Modul Jumlah


Tajuk Modul Bersemuka (Jam) Jam
(Jam)
1 Kepentingan Pentaksiran Dalam Pendidikan Pemulihan 2 3 5

2 Mentaksir Kebolehan Pembelajaran Asas 2 3 5

3 Mentaksir Kemahiran Sosial dan Tingkah Laku 2 1 3

4 Mentaksir Bahasa Lisan 2 1 3

5 Mentaksir Bacaan 2 3 5

6 Mentaksir Kemahiran Menulis 2 2 4

6
Bil Interaksi Modul Jumlah
Tajuk Modul Bersemuka (Jam) Jam
(Jam)
7. Mentaksir Kemahiran Matematik 3 2 5

Jumlah 15 15 30 jam

SINOPSIS

Kursus merangkumi kepentingan pentaksiran, menaksir kebolehan pembelajaran asas,


mentaksir kemahiran sosial dan tingkah laku, mentaksir bahasa lisan, mentaksir bacaan,
mentaksir kemahiran menulis dan mentaksir Matematik.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan kepentingan pentaksiran dalam pemulihan.


2. Membina pelbagai instrumen pentaksiran untuk tujuan mengumpul maklumat.
3. Melaksanakan pelbagai cara yang sesuai untuk mengumpul maklumat dari pelbagai
bidang.
4. Membuat pentafsiran tentang hasil-hasil pengujian dan maklumat yang dikumpul untuk
mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid.
5. Merumus maklumat yang dikumpul untuk tujuan pengajaran dan pelaporan.
6. Menyediakan maklumat dan objektif pengajaran dan intervensi berdasarkan hasil
pentaksiran.

7
1. KEPENTINGAN PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

1. Kepentingan Pentaksiran Dalam Pendidikan Pemulihan

 Konsep Pentaksiran

Pentaksiran adalah dari perkataan Latin yang bermaksud "duduk bersama"

Aspek-aspek yang ditaksir terdiri daripada pengetahuan, sikap dan kemahiran.


Perancangan pentaksiran hendaklah :

 Bebas dari bersifat berat sebelah atau di pengaruhi oleh .... (bias)
 Menunjukkan apa yang telah (atau apa yang sepatutnya) di ajar dan dipelajari
 Menyediakan maklumat untuk meningkatkan pengajarab (pengajaran dan.atau kuikulum)
 Memaklumkan ketidak sefahaman

(Dipetik dari Adapted from Champagne, Lovitts and Calinger (1990).


Assessment in the Service of Instruction.// Washington, AAAS.)

Mengapa guru atau pendidik perlu tahu mengenai pentaksiran ?

i. Mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid


ii. Memantau kemajuan murid Memberi dan menetapkan penggredan
iii. Menentukan keberkesanan pengajaran
iv. Mempengaruhi penerimaan pihak awam terhadap keberkesanan pendidikan Menilai guru dan pendidik
v. Menjelaskan niat dan hasrat pengajaran dan pembelajaran

Tujuan Pengujian

i. Menentukan perubahan tingkahlaku murid


ii. Menentukan pencapaian murid dalam penbelajaran tertentu

8
iii. Menempatkan murid dalam kumpulan tertentu mengikut keputusan ujian
iv. Memotivasikan murid untuk mengulangkaji pembelajaran
v. Melatih murid membuat penyediaan yang bersesuaian untuk ujian berpusat Tujuan Pengukuran
vi. Menempatkan murid ke aliran yang sesuai
vii. Membuat penganalisaan, penterjemahan dan kesimpulan bagi kajian tertentu
viii. Pensijilan dalam bentuk pencapaian akademik bagi tahap persekolahan tertentu
ix. Digunakan sebagai kriteria oleh penguatkuasa tertentu untuk tujuan tertentu

Tujuan Penilaian

i. Mengumpul maklumat mengenai pencapain murid selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran
ii. Menentukan kekuatan dan kelemahan murid dalam sesuatu kemahiran pembelajaran bagi membolehkan
aktiviti pengayaan dan pemulihan
iii. Menentukan keberkesanan penyampaian guru di dalam bilik darjah bagi membolehkan perancangan
strategi pengajaran yang lebih berkesan
iv. Merekodkan hasilan penilaian bagi pencapaian murid dan perekodan profil murid bagi membolehkan
aktiviti rujukan dijalankan jika diperlukan
v. Mentaksir keberkesanan pelaksanaan program seperti KBSR dan KBSM

Analisis keputusan pentaksiran perlu dibuat dengan teliti supaya pengajaran dan perkhidmatan yang
disediakan adalah wajar dan bersesuaian dengan masalah dalam pembelajaran yang mereka hadapi.

Antara keputusan yang perlu dibuat termasuklah :

• Siapakah di antara murid di sekolah anda yang mungkin menghadapi masalah dalam
pembelajaran dan perlu disediakan dengan pendidikan pemulihan?
• Apakah jenis masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan tersebut dan apakah kelemahan
dan kekuatan murid tersebut?
• Prestasi dalam bidang apakah yang terjejas akibat masalah-masalah yang dihadapinya?
• Apakah jenis penempatan pendidikan pemulihan yang sesuai untuk murid tersebut dan apakah
kemahiran-kemahiran yang perlu diajar kepada murid tersebut?
• Apakah perkhidmatan khusus yang perlu disediakan untuk membantunya mencapai
kemahiran-kemahiran yang diajar pada tahap optimum?
• Adakah nampak keberkesanan selepas pengajaran dan perkhidmatan disediakan?
• Adakah program pengajaran yang telah disediakan perlu diteruskan atau digantikan dengan
sesuatu program yang baru atau pelajar tersebut diletakkan semula dalam arus perdana.

Semua keputusan yang tersebut di atas dapat dibuat dengan bijak dan tepat dengan bantuan maklumat
yang telah dikumpul melalui proses pentaksiran dan penilaian.

PERBANDINGAN ANTARA PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Pengujian Pengukuran Penilaian

9
Konsep Teknik mengukur Proses memperoleh nilai Proses mentaksir
perubahan tingkah laku kuantitatif bagi menentukan perubahan tingkah laku
individu pencapaian pembelajaran berdasarkan data kuantitatif
individu dan kualitatif

Fungsi - Menentukan - Membuat perbandingan - Memberi maklumat


pencapaian pelajar dalam pencapaian dan mengenai pencapaian
sesuatu pembelajaran kedudukan di antara pelajar, objektif
pelajar dan penguasaan pembelajaran, kaedah
pembelajaran mengajar dan kurikulum
- Menempatkan pelajar
dalam kumpulan yang - Untuk pengelasan, - Untuk membaiki
sesuai pensijilan, dan rancangan mengajar,
menempatkan pelajar kurikulum, pengesanan
dalam jurusan yang sesuai punca kelemahan danm
membuat ramalan

Cara Melalui item-item ujian Berbagai2 cara Melalui ujian dan alat-alat
memperoleh data kuantitatif lain seperti soal selidik ,
rekod, senarai semak

Fokus Satu-satu unit Satu-satu unit pembelajaran Berdasarkan maklumat


pembelajaran atau atau beberapa unit pengujian dan data kualitatif
beberapa unit pembelajaran dari pemerhatian, soal
pembelajaran selidik atau senarai semak

Hasil Menunjukkan pencapaian Menunjukkan pencapaian Menunjukkan pencapaian


para pelajar dalam satu dalam segmen pelajaran dan tingkah laku pelajar
atau beberapa unit yang diukur secara keseluruhan
pembelajaran

Jenis-jenis Ujian

- Ujian saringan
- Ujian Diagnostik
- Ujian formatif
- Ujian sumatif
- Ujian rujukan norma
- Ujian rujukan kriteria
- Ujian amali
- Ujian kertas pensel
- Ujian perlakuan
- Ujian kepantasan dan gaya

Pentaksiran Formatif

10
i. Direka bagi tujuan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam menguasai kemahiran apa
yang dipelajari
ii. Dijalankan secara informal, seperti pemerhatian, soal jawab, pembacaan, kuiz dan kerja-rumah
iii. kesilapan di perbetulkan serta merta
iv. Boleh digunakan untuk mentaksir kemajuan pembelajaran melalui ujian pensil dan kertas
v. keputusan ujian dicatatkan dalam rekod kemajuan murid
vi. Membuat dan mengambil keputusan berikutan seperti menempatkan kumpulan pelajar mengikut
tahap
vii. menjalankan aktiviti pengayaan dan pemulihan

Pentaksiran Sumatif

Meliputi aktiviti pengujian dan pengukuran selepas beberapa unit pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan
ketika sesi persekolahan, pertengahan tahun dan akhir tahun

i. Biasanya ujian pensil dan kertas yang formal atau ujian bertulis digunakan untuk menentukan dan
memberi gred

ii. Digunakan untuk menentukan pencapaian murid dan keputusan ujian boleh digunakan untuk tujuan
mengadakan aktiviti susulan , pemulihan dan pengayaan

iii. Dicatatkan di dalam rekod kemajuan murid, untuk membuat pemilihan dan penempatan ke aliran
kumpulan yang sesuai

iv. Dijalankan terutamanya untuk menentukan pencapaian dalam kelas dan membuat perbandingan
di antara satu dengan lain
v. Dijalankan pada pertengahan tahun, akhir tahun pengajian seperti UPSR, Penilaian Berasaskan Sekolah
(SBE), PMR, SPM dan STPM

vi. Menentukan gred mengikut tahap pencapaian dan sijil diberikan


Pentaksiran Kemajuan/Pencapaian

i. Digunakan untuk menguji pencapaian dan kebolehan setiap murid dalam keadaan sebenar
ii. Digunakan untuk menentukan sejauhmanakah murid tahu dan berupaya melihat potensi diri
iii. Dikenali juga dengan nama pentaksiran auntentik e.g. pentaksiran pembangunan - mentaksir
kemajuan
iv. berdasarkan sikap, tingkah laku, personal dan pembangunan sosial - mengunakan skala pemerhatian
dan skala Likert
v. Pencapaian berasaskan persampelan pemikiran - menghendaki murid menjawab soalan,
menyelesaikan masalah, menulis atau menjalankan sesuatu akitiviti
vi. Pameran atau persembahan - mengunakan dan memerlukan kompetensi murid tentang menunjukkan
kebolehan visual, persembahan , kemahiran atau lisan
vii. Portfolio - pencapaian dan kebolehan berterusan berasaskan koleksi tugasan sebenar, hasilan lukisan.
penulisan, ujian , kuiz Pentaksiran Pensil dan Kertas
viii. Melibatkan kemahiran bahasa

11
ix. Murid perlu memperolehi kemahiran membaca dan memahami dan kemahiran menulis kecuali ujian
lisan dan persembahan
x. Mengunakan kemahiran kognitif e.g. objektif (dalam bentuk jawapan pendek, melengkapkan atau
aneka
xi. pilihan (MCQ) dan ujian subjektif (esei terbuka, fakta dan esei terarah)

Pentaksiran Kecergasan

i. Digunakan sebagai ujian kebolehan dalam Pendidikan Jasmani


ii. Ujian kelajuan bagi mengukuri kepantasan seperti lari 100 meter , Malaysian Teacher Selection Test
iii. (MTest)
iv. Ujian ketahanan bagi mengukur tahap ketahan dan kecergasan murid Pendidikan Jasmani

Pentaksiran Pemerhatian

i. Teknik alternatif yang digunakan sebagai penilaian formatif tingkahlaku murid


ii. Digunakan untuk aktiviti pembelajaran, pentaksiran persembahan, dan akitviti amali e.g. PE, bengkel
iii. Kaedah yang digunakan adalah berstruktur (sistematik), tidak berstrukutur (kritikal) dan
pemerhatian separa struktur
iv. Mengunakan borang atau senarai semak

Pentaksiran Rujukan Norma

i. Digunakan untuk membandingkan pencapaian individu dengan individu yang lain atau di antara
satu kumpulan dengan satu kumpulan lain dengan mengunakan keputusan dari ujian yang sama
ii. Sejenis ujian sumatif e.g. PMR, UPSR, SPM, STPM
iii. Aras kesukaran ujian ditetapkan pada tahap 25% mudah,50% sederhana dan 25% sukar
iv. Ujian rujukan norma menpunyai kekurangan; keputusan ujian tidak mengambarkan sama ada
murid telah bersedia untuk bergerak ke peringkat lebih tinggi atau lebih baik
v. Ujian rujukan norma juga tidak sesuai untuk mengukur objekif afektif dan psikomotor e.g. sikap
dan nilai adalah bersifat peribadi , oleh itu, membandingkan di antara murid lain adalah tidak
sesuai; untuk mengukur pembelajaran psikomotor satu ketetapan keterangan adalah perlu untuk
membuat penghakiman ke atas sesorang individu
vi. Ujian rujukan norma mengalakkan persaingan dan perbandingan terhadap skoran

Pentaksiran Rujukan Kriteria

i. Digunakan untuk menentukan pencapaian individu mengikut kriteria atau piawai tertentu yang
telah ditetapkan dalam sesuatu bidang dan kemahiran pembelajaran

12
ii. Dijalankan selepas sesuatu kemahiran telah di tunjukkan dan keputusannya digunakan untuk
membanding kriteria yang telah ditetapkan sebelumnya e.g. ketetapan telah ditetapkan
bahawasanya murid harus boleh menjawab sekurang-kurangnya 4 dari 5 soalan dengan betul
tetapi jika murid hanya mampu menjawab 3 sahaja dari 5 soalan maka murid dianggap gagal
untuk menguasai kemahiran yang telah ditetapkan
iii. Ujian yang dijalankan atau di tetapkan kepada objektif pembelajaran dipanggil sebagai ujian
berasaskan atau rujukan objektif
iv. Merupakan ujian formatif dan oleh itu memerlukan tindakan pemulihan dan pengayaan

Ujian Diagnostik

i. Boleh merupakan pentaksiran formatif atau sumatif


ii. Digunakan untuk menganalisis dan menterjemah data yang disediakan oleh pentaksiran formatif dan
sumatif
iii. Membuat anggaran kekuatan dan kelemahan murid agar boleh diambil tindakan selanjutnya
iv. Diguna untuk mengesan daerah kelemahan sebenar murid untuk membolehkan guru membuat
perancangan pengajaran yang lebih tepat

PERBANDINGAN ANTARA UJIAN FORMATIF DAN UJIAN SUMATIF

Ujian Formatif Ujian Sumatif

Pengertian Sesuatu ujian formal atau tak formal untuk mengesan Ujian formal yang digunakan untuk m
penguasaan dan kemajuan pelajaran dalam kelas. pencapaian dalam sesuatu tahap pe

Tujuan Mengesan penguasaan dan kemajuan pelajar untuk Mengesan penguasaan pelajar berd
memperbaiki kelemahannya dengan serta-merta. unit pembelajaran dan pemeringkata

Masa Sepanjang pengajaran. (semasa mengajar sesuatu Selepas mengajar beberapa unit pe
kemahiran atau beberapa kemahiran) satu-satu unit atau kursus)

Bentuk Tak formal(pemerhatian dan soal jawab), atau formal Formal(ujian kertas-pensel atau ujia
(ujian kertas-pensel dalam masa singkat) jangkaan masa yang sesuai)

PERBANDINGAN ANTARA UJIAN RUJUKAN NORMA DAN UJIAN RUJUKAN KRITERIA

Kriteria Ujian Rujukan Norma Ujian Rujukan Kriteria

Konsep Ujian pencapaian relatif yang Ujian rujukan objektif yang menentukan

13
menunjukkan prestasi kumpulan calon pencapaian individu berdasarkan kriteria
dalam bentuk graf normal minimum yang ditetapkan terlebih dahulu

Tujuan Membandingkan dan membezakan Menentukan penguasaan pembelajaran


prestasi antara calon atau kumpulan berdasarkan kriteria yang ditetapkan

Masa Selepas mengajar sesuatu atau beberapa Selepas mengajar beberapa unit
kemahiran pembelajaran

Ciri ujian Secara individu, kumpulan atau kelas Secara kelas atau tingkatan

Latihan 1:

 Huraikan dengan ringkas, kepentingan pentaksiran dalam


Pendidikan Khas

Dengan melayari laman web atau merujuk pelbagai sumber untuk


mendapatkan maklumat berkaitan:

 Pelbagai cara pengumpulan maklumat

 Rekod lama
 Sampel kerja
 Pengujian
 Pemerhatian
 Soal Selidik

14
2. MENTAKSIR KEBOLEHAN PEMBELAJARAN ASAS

2. Mentaksir Kebolehan Pembelajaran Asas

 Maksud Kebolehan Pembelajaran Asas


Terdiri daripada:

 Pengamatan
 Penglihatan
 Pendengaran
 Sensori motor
- Kinestatik
- Taktil dan haptik

Kesukaran Dalam Pengamatan Penglihatan

Diskriminasi Ketidakbolehan membezakan bentuk, saiz, warna, huruf, nombor dan


perkataan
Ingat Kembali Ketidakbolehan mengingat kembali apa yang diamati.

Orientasi Kedudukan Ketidakbolehan membezakan kedudukan sesuatu bentuk, huruf dan


nombor.

Turutan Ketidakbolehan mengingati sesuatu mengikut susunan seperti


susunan huruf-huruf dalam perkataan

Menyudahkan Ketidakbolehan mengenal sesuatu benda atau objek,


nombor, perkataan atau ayat.
Menyalin Ketidakbolehan menyalin sesuatu bentuk, huruf,
nombor, perkataan atau ayat.
Rajah Latar Belakang Ketidakbolehan menentukan sesuatu seperti bentuk, huruf atau
nombor dari latar belakang sesuatu gambar atau rajah
Koordinasi Mata Ketidakbolehan menyelaraskan pergerak mata dan tangan.
danTangan

Pertalian Jarak Ketidakbolehan mengagak sesuatu saiz, jarak kiri dan kanan serta

15
(Ruang) hubungan antara satu objek dengan objek yang lain.

Ketetapan Bentuk Ketidakbolehan mengetahui sesuatu bentuk,huruf, atau nombor yang


mempunyai bentuk yang tetap dan tidak akan berubah
bentuknya dalam mana-mana keadaan.
Gambar Bersiri Ketidakbolehan mengikuti cerita dari satu baba ke satu babak yang
lain.
Pembalikan Ketidakbolehan membezakan bentuk asal sesuatu bentuk, huruf,
nombor, perkataan dan gambar.
Mazing atau Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah.
Cari Jalan Keluar

Benda Tersembunyi Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah yang abstrak

Kesukaran Dalam Pengamatan Pendengaran

Diskriminasi  Ketidakbolehan mengenal dan membezakan bunyi sebutan, rentak


Rentak irama dan intonasi yang berlainan.
 Ketidakbolehan mengenal arah bunyi (jauh dan dekat)
 Ketidakbolehan mengingat bunyi-bunyi yang didengar.
 Ketidakbolehan mengulang corak bunyi dan turutannya.

Pekak Konduktif Tidak dengar bunyi bernada rendah.

Pekak Perspektif Tidak dengar bunyi bernada tinggi.

Pekak Campur Campuran pekak konduktif dan pekak perspektif.


Aduk
Pekak Rikritmen Boleh mendengar bunyi yang kuat sahaja.
(Automatic Volume
Control)
Secretory Otitis Cecair yang menyekat getaran.
Media

Kesukaran dalam kemahiran sensori motor

1. Motor Kasar: Ketidakbolehan dalam pergerakan badan dengan automatis, mudah dan
beirama serta dengan imbangan yang sewajarnya.

2. Motor Halus: Ketidakbolehan untuk menguruskan tugas-tugas atau kerja-kerja yang


memerlukan kawalan-kawalan motor halus terutamanya dalam penggunaan tangan dalam
tulisan, lukisan, jahitan dan sebagainya.

 Ketidakbolehan bertindak balas terhadap dorongan melalui


penglihatan, pendengaran dan daya perasa.

 Ketidakbolehan mengesan, mentafsir dan bertindak balas terhadap


dorongan dan daya perasa.
16
 Kekurangan kesedaran perhubungan ruang dengan imej badan,
sisian dan arah.

Masalah dalam pengamatan

 Kesukaran memahami konsep – yang melibatkan visual


 Kekurangan visual-aid – mesin braille, kanta lekap, embosser, tacktile aids
 Sikap murid – bergantung kepada orang lain
 Kepakaran guru
 Stigma/ pelabelan masyarakat – rendah diri
 Tempat/ ruang terhad untuk laksana pentaksiran
 Tiada tindak susul daripada pihak bertanggungjawab

Keperluan Pentaksiran Pengamatan

- Mengesan masalah pengamatan seawal mungkin


- Menyediakan program yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi
- Menyediakan penempatan yang bersesuaian
- Mengenalpasti pasukan pelbagai disiplin untuk membantu.

Lain-lain masalah berkait dengan pemprosesan

- Masalah spatial
- Masalah berkaitan dengan arah
- Berkaitan konsep masa
- Masalah imej badan
- Masalah organisasi
- Masalah symbolization atau perwakilan
- Masalah membina konsep / penaakulan

Kemahiran Pengurusan Diri

- Keupayaan mengurus diri sendiri


- Kemampuan membersih diri
- Memakai pakaian tanpa bantuan
- Makan dengan cara yang betul
- Mampu memenuhi keperluan biologi – ke tandas

 Matlamat Pengajaran

 Rumusan hasil pentaksiran

Rumusan perlu dibuat ke atas pentaksiran yang dilaksanakan dalam kebolehan


pembelajaran asas sama ada dalam aspek pengamatan, kemahiran sosial ataupun
kemahiran pengurusan diri.

 Pengenalpastian matlamat pengajaran

Rumusan yang dihasilkan akan menentukan bentuk perancangan pengajaran yang akan
diputuskan oleh guru. Berdasarkan rumusan ini seseorang guru merancang hasil

17
pembelajarannya atau matlamat pengajaran.

 Perancangan intervensi

Setelah mengenal pasti masalah yang dilalui oleh murid dalam menguasai kemahiran
pembelajaran asas, program intervensi untuk membantu murid-murid berkenaan
bolehlah dirancang. Perancangan intervensi ini berkait rapat dengan masalah sebenar
yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran tertentu.

Latihan 2

Sediakan satu peta minda untuk menerangkan bagaimana kebolehan


pembelajaran asas ditaksir dengan cara di bawah:

 Pemerhatian
 Temu bual/ soal selidik
 Sampel kerja
 Pengujian

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

18
MENTAKSIR KEMAHIRAN SOSIAL DAN TINGKAH LAKU
3.

3. Mentaksir Kemahiran Sosial dan Tingkah Laku

Maksud Kemahiran Sosial

Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran sosial?

Kemahiran yang membantu individu menjalin hubungan sosial yang lebih baik seperti:
• membina persahabatan
• berbual dengan orang lain
• mempunyai budi pekerti yang baik
• mempunyai rasa empati terhadap orang lain

Kemahiran Hidup dalam Bilik darjah:

Kemahiran yang diperlukan untuk kehidupan dan penyesuaian di sekolah.


Ini termasuklah:

• mendengar dan mematuhi arahan


• berkelakuan sopan dan menghindari gangguan
• meminta bantuan
• memberi sumbangan dalam perbincangan
• membuat keputusan
• pengendalian konflik
• membina kemahiran akademik
• melaksanakan kewajipan
• bertanggungjawab atas tingkah laku anda

Tingkah laku dalam bilik darjah

Maksud tingkah laku ialah perlakuan yang ditunjukkan secara konsisten dalam satu jangka masa yang lama
yang akan memberi kesan buruk kepada perkembangan pembelajaran murid seterusnya menghalang
penglibatan mereka secara aktif di dalam atau di luar bilik darjah.

Kaedah mengenalpasti murid yang mempunyai tingkahlaku bermasalah


19
• Kaedah berasaskan ujian
• Kaedah bukan ujian- pemerhatian, temuduga, kaedah penyelidikan
(kajian kes, kajian dokumen, kajian rentasan, kajian menegak)

Contoh situasi di mana tingkah laku bermasalah dipamerkan:

• Semasa sesi pengajaran


• Semasa membuat latihan
• Semasa di luar kelas
• Semasa bukan guru kelas mengajar
Pentaksiran Tingkah Laku Secara Formal

• senarai semak
- maklumat (diri, kerjaya, pendidikan)
- inventori (minat, kerjaya)

• skala kadar
- ukuran kuantitatif menurut nilai tertentu
5 = sangat bersetuju
4 = bersetuju
3 = kurang bersetuju
2 = hampir bersetuju
1 = tidak bersetuju

• temuduga
- lebih berfokus kepada interaksi sosial
- maklumat hampir sama dalam soal selidik diri
- pemerolehan maklumat dengan cara santai

• pencerapan
• pencerapan naturalistik
pemerhatian di setting yang biasa / natural
• pencerapan klinikal
rumusan ke atas pelbagai alat ujian / maklumat

• pentaksiran psikometrik
- maklumat perkembangan diri individu
- penggunaan kaedah saintifik

• pentaksiran berasaskan kurikulum dilaksanakan melalui :


- pentaksiran kurikulum fungsional
o pentaksiran tidak langsung
o pemerhatian secara langsung
o eksperimen

- pentaksiran kesesuaian tugas


iaitu penilaian yang sistematik untuk menilai pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak dengan menggunakan senarai semak

Cara Pentaksiran Kemahiran Sosial dan Tingkah Laku

20
 Pemerhatian
 Penilaian Orang lain
 Penilaian kendiri
 Pentaksiran ekologi

Matlamat Pengajaran
 Rumusan hasil pentaksiran
 Pengenalpastian matlamat pengajaran
 Perancangan Intervensi
Latihan 3

i. Jelaskan bagaimanakah Kemahiran Sosial dan Tingkah Laku ditaksir?

ii. Sediakan kerangka matlamat pengajaran yang merangkumi:

 Rumusan hasil pentaksiran


 Pengenalpastian matlamat pengajaran
 Perancangan Intervensi

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

21
4. MENTAKSIR BAHASA LISAN

4. Mentaksir Bahasa Lisan


Penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara :
- pelajar dengan pendidik
- pelajar dengan pelajar
- pelajar dengan bahan pembelajaran

Aspek-aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah :


- kefahaman konsep
- pengetahuan fakta
- pemikiran peringkat tinggi
- kecekapan mendengar
- penggunaan bahasa yang tepat
- kecekapan matematik
- gaya persembahan/kelancaran bahasa
- pertuturan dan sikap

22
Komponen-komponen Bahasa Lisan

 Fonologi
 Semantik
 Sintaksis
 Morfologi
 Pragmatik

 Bahasa Reseptif dan bahasa Ekspresif


 Pemahaman, penghasilan dan penggunaan bahasa lisan dalam komunika
 Masalah berkaitan bahasa reseptif dan ekspresif

 Cara pentaksiran
 Penilaian orang lain
 Pemerhatian
 Sampel bahasa
 Pengujian tidak formal

 Matlamat Pengajaran
 Rumusan hasil pentaksiran
 Pengenalpastian matlamat pengajaran
 Perancangan Intervensi

23
5. Kemahiran membaca
 Kemahiran memecah kod
 Kefahaman

 Pendekatan Pengajaran Bacaan


 Kaedah ‘Bottom-up’
 Kaedah ‘Top-down’

 Masalah Bacaan
 Masalah berkaitan memecah kod
 Masalah berkaitan kebfahaman

 Cara Pentaksiran Bacaan


 Senarai semak
 Analisis Ralat

 Pengujian berdasarkan kurikulum


- Kemahiran memecahkan kod
- Kemahiran mengenal perkataan
- Kefasihan membaca
- Kefahaman

24
5. MENTAKSIR BACAAN

a. Dengan
bantuan
pengurusan
grafik,
tunjukkan

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan

6. MENTAKSIR KEMAHIRAN MENULIS

6. Kemahiran menulis
 Tulisan
 Ejaan
 Mengarang

 Masalah Kemahiran Menulis

 Tulisan
 Ejaan
 Mengarang

25
 Cara Pentaksiran

 Senarai semak
 Pemerhatian
 Analisis Sampel Kerja
 Ujian Rujukan Kriteria
 Inventori Ejaan tidak Formal

 Matlamat Pengajaran
 Rumusan hasil pentaksiran
 Pengenalpastian matlamat pengajaran
 Perancangan intervensi

Latihan 6:

a. Sediakan satu carta aliran

b.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan

26
7. MENTAKSIR KEMAHIRAN MATEMATIK

7. Mentaksir Matematik
 Kemahiran Matematik

 Kemahiran asas pra-nombor


 Kemahiran komputasi
 Kemahiran aplikasi dan penyelesaian masalah

 Masalah Matematik
 Mengenal pasti bentuk pola
 Penguasaan konsep nombor
 Penguasaan Operasi Asas Matematik

 Cara Pentaksiran
 Senarai semak
 Inventori Matematik tidak formal
 Analisis ralat
 Penyoalan Klinikal
 Ujian Rujukan Kriteria

 Matlamat Pengajaran
 Rumusan Hasil Pentaksiran
 Pengenalpastian Matlamat Pengajaran
 Perancangan Intervensi
 Tindakan susulan

27
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan

Rujukan Asas

Ayers, H, Clarkes, D. & Roses, A. (2003). Assessing individuals needs: A practical approach (resourse
materials for teachers). London: David Fulton Pub.
Pierangelo, R. & Giuliani, G. A. (2002). Assessment inspecial education: A practical approach. Boston: Allyn
& Bacon.
Venn, J. J. (2004). Assessing students with special needs. (3rd Ed.). New Jersey: Prentice Hall.

Rujukan Tambahan

Hoy, C., & Gregg, N. (1994). Assessment: the special educator’s role. Pacific Grove, CA: Brooks. Cole
Publishing Company.
Ronald, L. & Taylor, D. (2002). Assessing of exceptional students. Educational & psychological procedure.
Boston: Allyn & Bacon.
Siti Rahayah Ariffin, (2003). Teori, konsep dan amalan dalam pengukuran dan penilaian. Bangi: Pusat
Perkembangan Akademik, UKM.
Abdul Hadi, M. & Hazina, Z. (2007). Pentaksiran dalam pendidikan khas. OUM. Kuala Lumpur

28

You might also like