You are on page 1of 5

Dalam bidang fonetik artikulasi, daerah artikulasi ialah titik penyentuhan di mana

berlakunya halangan dalam saluran vokal antara artikulator aktif (bergerak, biasanya
sebahagian lidah) dan artikulator pasif (pegun, biasanya sebahagian lelangit mulut) untuk
menghasilkan konsonan. Bersama cara artikulasi dan pembunyian, inilah yang menentukan
bunyi tersendiri sesebuah konsonan.

Contohnya, bibir bawah yang aktif boleh menyentuh bibir atas yang pasih (dwibibir, seperti
[m]) atau gigi atas (bibir-gigi, seperti [f]). Lelangit keras boleh disentuh oleh bahagian depan
atau belakang lidah. Jika depan lidah digunakan, maka daerahnya dipanggil gelungan; juga
belakang lidah ("dorsum") pula, maka lelangit (palatal) namanya.

Terdapat lima artikulator aktif yang asas, iaitu: bibir ("labial"), depan lidah yang lentur
("koronal"), bahagian tengah/belakang lidah ("dorsal"), akar lidah bersama epiglotis
("radikal"), dan larinks ("glotis"). Artikulator-artikulator ini boleh bertindak sendirian, atau
dua daripadanya boleh bertindak serentak.

Artikulasi pasif pula tidak jelas sempadan daerahnya, iaitu berlakunya pertindanan antara
daerah lidah-bibir dan antargigi, antargigi dan gigi, gigi dan gusi, gusi dan lelangit, lelangit
dan velar, dan velar dan uvular, yang boleh disentuh oleh mana-mana konsonan.

Selain itu, apabila bahagian depan lidah digunakan, itupun sama ada permukaan atas atau
daun lidah ("laminal"), ataupun hujung lidah ("apikal"), atau permukaan bawahnya ("sub-
apikal"), yang melakukan sentuhannya; ketiga-tiganya bertindan menjadi satu tanpa
sempadan yang jelas.

Kelompok konsonan yang berkongsi daerah artikulasi yang sama, seperti konsonan-konsonan
gusi n, t, d, s, z, l dalam bahasa Melayu, dikatakan merupakan homorganik. Wujudnya satu
hukum sengauan homorganik, iaitu daerah artikulasi sesuatu bunyi terawal berasimilasi
dengan bunyi terakhir dalam imbuhan awalan. Contohnya: baca diimbuhkan dengan awalan
me(n) menjadi membaca; kutip dengan imbuhan yang sama menjadi mengutip.

Isi kandungan
[sorokkan]

 1 Jadual artikulasi aktif dan daerah artikulasi


 2 Senarai daerah artikulasi
 3 Sengauan dan sisian
 4 Artikulasi serentak
 5 Lihat juga
 6 Rujukan
 7 Pautan luar

Senarai daerah artikulasi


 Dwibibir (Bilabial): antara kedua-dua belah bibir
 Bibir-gigi (Labiodental): antara bibir bawah dan gigi atas
 Lidah-bibir (Linguolabial): antara depan lidah dan bibir atas
 Gigi (Dental): antara depan lidah dan gigi atas
 Gusi (Alveolar): antara depan lidah dan batas di belakang gusi
 Belakang gusi (Postalveolar): antara depan lidah dan ruang di belakang batas gusi
 Gelungan (Retrofleks): sebetul-betulnya, lidah menggelung ke belakang agar
bahagian bawahnya menyentuh lelangit
 Lelangit keras (Palatal): antara tengah lidah dan lelangit keras
 Lelangit lenbut (Velar): antara belakang lidah dan lelangit lembut (velum)
 Anak tekak (Uvular): antara belakang lidah dan anak tekak (yang tergantung di
belakang mulut)

(Semua konsonan di atas boleh disengaukan, kebanyakannya juga boleh disisikan.)

 Farinks: antara akar lidah dan belakang kerongkong (farinks)


 Epiglotis-farinks: antara epiglotis dan belakang kerongkong
 Epiglotis: antara lipatan aryepiglotis dan epiglotis (lihat larinks)
 Glotis: di glotis (lihat larinks)

[sunting] Sengauan dan sisian


 Untuk menghasilkan sengauan, lelangit lembut direndahakn untuk membolehkan
udara melalui hidung (sebenarnya daerah juga, tetapi dianggap sebagai cara artikulasi)
 Untuk menghasilkan sisian, udara dihembuskan melalui sisi lidah dan gigi, bukan
melalui hujung lidah. Bahasa Melayu cuma ada satu sisian, iaitu /l/, tetapi sesetengah
bahasa lain ada lebih dari satu, cth. bahasa Sepanyol yang berhuruf "l" lwn. "ll";
bahasa Hindi dengan sisian gigi, lelangit dan gelungan; dan berbilang-bilang bahasa
Pribumi Amerika yang merangkumi sisian yang berbentuk malaran tak geser, geseran
dan letusan.

[sunting] Artikulasi serentak


Sesetengah bahasa ada konsonan yang dihasilkan di dua daerah artikulasi serentak, iaitu
artikulasi serentak. Antaranya termasuk:

 Pembibiran, membundarkan bibir sambil menghasilkan halangan, seperti [kʷ] dan /w/
dalam bahasa Inggeris.
 Pempalatalan, menaikkan anggota lidah ke arah lelangit keras sambil menghasilkan
halangan, seperti /tʲ/ dalam bahasa Rusia.
 Pemvelaran, menaikkan belakang lidah ke arah lelangit lembut (velum), seperti [lˠ]
atau [ɫ].
 Pemfarinksan, menjerut kerongkong (pharynx), seperti [tˤ] dalam bahasa Arab.
 Hentian berartikulasi ganda: dua hentian yang dihasilkan serentak, contoh: konsonan
bibir-velar seperti [k͡p] yang terdapat di Afrika Barat dan Tengah; konsonan bibir-gusi
[t͡p d͡b n͡m] yang ditemui sebagai konsonan tersendiri dalam sebuah bahasa di New
Guinea yang juga membezakan hentian bibir-belakang gusi. Bahasa Somali ada
hentian uvular-epiglotis [q͡ʡ].
[sunting] Lihat juga
 Cara artikulasi
 Artikulasi relatif

[sunting] Rujukan
 Ladefoged, Peter; Ian Maddieson (1996). The Sounds of the World's Languages,
Oxford: Blackwell. ISBN 0-631-19814-8.

[sunting] Pautan luar


 Interactive places and manners of articulation

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Daerah_artikulasi"


Kategori: Fonetik

Cara artikulasi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, cari

Cara artikulasi

Obstruen

Hentian

Letusan

Geseran

Sibilan

Sonoran

Sengau

Tamparan

Getaran

Aproksiman

Cecair

Vokal

Separuh vokal
Sisian

Arus udara

Ejektif

Implosif

Klik

Laman ini mengandungi


maklumat fonetik dalam IPA yang
mungkin tidak dapat dipaparkan
dengan betul di sesetengah
pelayar web. [Bantuan]

[sunting]

Dalam bidang linguistik (fonetik artikulasi), cara artikulasi merupakan cara lidah, bibir,
rahang dan lain-lain organ pertuturan dilibatkan untuk menghasilkan bunyi, khususnya
konsonan. Setiap daerah artikulasi boleh dikenakan beberapa cara artikluasi yang berbeza
untuk menimbulkan beberapa konsonan yang homorganik.

[sunting] Cara individu


 Letupan atau hentian lisan, yang mana kedua-dua rongga mulut dan hidung mengalami
oklusi (sumbatan) sepenuhnya dalam saluran vokal, hingga tiadanya aliran udara. Contoh:
/p, t, k/ (tak bersuara) dan /b, d, g/ (bersuara). Bagi konsonan bersuara, penyuarannya
adalah satu-satunya bunyi yang dilakukan ketika oklusi; bagi yang tak bersuara, letupan itu
bisu sepenuhnya. Bentuk dan kedudukan lidah (daerah artikulasi) menentukan rongga
resonan yang menentukan ciri-ciri setiap bunyi letupan yang berbeza.

 Geseran, yang mana adanya penggeseran berterusan (aliran udara yang bergelora dan
berhingar) di daerah artikulasi. Contoh: /f, s/ (tak bersuara), /v, z/ (bersuara).

 Sibilan ialah sejenis geseran yang mana arus udara dihembuskan melalui alur pada
lidah ke arah gigi, menghasilkan bunyi yang nyaring. Inilah geseran yang paling
banyak ditemui. Contohnya: /s/ dan /z/.

 Geseran sisian ialah sejenis geseran yang jarang ditemui, yang mana geseran
berlaku di sebelah atau kedua-dua belah sisi lidah. Contoh: "ll" dalam bahasa Wales
dan "hl" dalam bahasa Zulu.

 Letusan, yang bermula sebagai letupan, tetapi dihembuskan sebagai geserab. Contohnya:
"c" dan "j" dalam bahasa Melayu. Affricates are quite common around the world, though
less common than fricatives.

 Hentian sengau atau sengauan, yang mana rongga mulut disumbatkan sepenunya,
manakala udara melalui hidung sahaja. Bentuk dan kedudukan lidah menentukan rongga
resonan yang menentukan ciri-ciri setiap hentian sengau yang berbeza. Contoh: /m, n/.
 Tamparan atau ketukan, ialah penutupan rongga mulut untuk masa yang singkat. Huruf "tt"
dalam "utter" dan "dd" dalam "udder" disebut sebagai tamparan dalam bahasa Inggeris
Amerika Utara. Ramai ahli bahasa membezakan ketukan dari tamparan, tetapi tidak sebulat
suara di mana perbezaannya. Tiada satu bahasa pun yang membezakannya. Juga terdapat
tamparan sisian.

 Getaran, yang mana artikulator (biasanya hujung lidah) dipegunkan lalu digetarkan oleh
aliran udara. Contohnya: "r" dalam "perro" merupakan getaran dalam bahasa Sepanyol.
Getaran dan tamparan, kedua-duanya mengalami oklusi singkat, membentuk kelas
konsonan rotik.

 Malaran tak geser, iaitu sedikit sekali sumbatan. Contoh: /w/ dan /r/.

 Separuh vokal ialah sejenis malaran tak geser yang disebut seperti vokal tetapi lidah
lebih mendekati lelangit agar bergelora sedikit arus udaranya. Dalam bahasa
Inggeris, /w/ ialah separuh vokal yang bersamaan dengan vokal /u/, manakala /j/
(dieja "y") pula bersamaan dengan vokal /i/.

 Malaran tak geser sisian, atau sisian sahaja, ialah sejenis malaran tak geser yang
disebut dengan sisi lidah Contoh: /l/. Malaran tak geser sisian bersama konsonan
rotik membentuk kelas konsonan cecair.

[sunting] Rujukan
 Ladefoged, Peter; Ian Maddieson (1996). The Sounds of the World's Languages, Oxford:
Blackwell. ISBN 0-631-19814-8.

[sunting] Pautan luar

You might also like