You are on page 1of 94

NOTA PADAT MENGGAMBAR

PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR

satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi


dan kemahiran seseorang murid.
melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis
serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan
menggunakan pelbagai media dan teknik.
.menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan
komposisi dalam sesuatu hasil karya.
.lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis,
percikan dan mozek.
.meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai
alat bahan dan kegunaannya.
.membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi
pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan..
.dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan
kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan,
susunan dan kesannya.
Definisi Menggambar
.representasi visual sesuatu objek atau imej yang
dihasilkan di atas permukaan rata.
.mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui
aplikasi warna di atas permukaan rata.
. gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej
mental seseorang
.Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan
lebih jelas tentang sesuatu objek
Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.
Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua
dimensi
Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu
kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek
RPengenalan dan Penerokaan Alat, Media dan
Teknik
.penting bagi seseorang guru mengetahui
dan mengenal pasti perubahan dan perkembangan diri
murid-muridnya.
.digunakan dan disatukan dalam satu hasil kerja. Berikut
.alatan dan media yang boleh digunakan bagai aktiviti
menggambar:
Berbagai jenis pensil
Warna pastel, warna air, warna poster, warna pensil
Kapur berwarna
Oil paste
Artline atau marker
Berbagai jenis pen
Gouche, akrilik, cat minyak
Stensil
Kolaj
Capan,
cetakan
Lilin
Berbagai jenis cebisan kertas suratkhabar
atau majalah
Bahan-bahan semulajadi seperti berbagai
jenis tumbuh-tumbuhan, sayur-sayuran, dan buah-buahan
. Penyedut minuman
Gunting, pisau lipat, gam
.Berbagai jenis berus lukisan . Palet/pembancuh warna
TUJUAN MENGGAMBAR
Berikut ialah hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh
setiap murid dalam kegiatan menggambar:
. Asas menggambar
Menggambar
Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis
dan membuat gambar
Sarbinipani2009
Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar
berdasarkan tema imaginasi murid
Menggambar berdasarkan tema pengalaman dan
imaginasi murid secara manual dan berbantukan
komputer
Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi
dan fantasi murid secara manual dan berbantukan
komputer Jika dilihat secara keseluruhannya, setiap hasil
pembelajaran tersebut boleh dibahagikan mengikut arasaras
yang tertentu seperti berikut:
Rpengetahuan
Rkefahaman
Raplikasi
Ranalisa
Rsintesis
Rpenilaian
(a) Aras Pengetahuan dan Kefahaman
Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang
dipelajari
Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui
kegiatan menggambar.
1. Apakah yang anda faham tentang definisi menggambar
2. Berikan teknik-teknik yang boleh digunakan dalam
proses menggambar
3. Apakah alatan, media dan bahan yang sesuai untuk
aktiviti menggambar
Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja
seni visual yang kreatif dan berfungsi
Meningkatkan pengetahuan Asas Senireka serta
mengaplikasikannya dalam penghasilan
(b) Aras Aplikasi dan Analisa
Setelah mengetahui dan memahami apa yang dipelajari
murid akan beralih ke tahap atau aras aplikasi dan analisa
seperti berikut:

Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat


dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara
spontan
Menggunakan bahan asas dan bahan gantian dalam
kegiatan menggambar
Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual dengan
perasaan gembira
Menggunakan dan meneroka beberapa teknik dan
proses menghasilkan karya seni visual melalui penerokaan
terhadap bahan alam dan bahan kutipan
Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka
dalam penghasilan karya secara kreatif
Membuat penerokaan berdasarkan pemerhatian dan
bantuan komputer dalam penghasilan karya
Meneroka dengan menggunakan perisian komputer
dalam proses penghasilan karya
Mempelbagaikan alat, bahan dan teknik dalam
penghasilan karya seni visual
(c) Aras Sintesis dan Penilaian
Aras sintesis dan penilaian ialah aras peringkat akhir yang
perlu dicapai oleh murid apabila mereka melalui proses
aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi dan analisa. Di
antaranya ialah:
1/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR

Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar


serta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak
disukai
Memilih, memadan, menyusun dan memanipulasi bahan
secara kreatif
Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam
semua kegiatan seni visual
Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur
flora dan fauna untuk penghasilan
Mengenal dan menggunakan elemen Asas Senireka
dalam penghasilan karya secara kreatif.
Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama,
berkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan serta
mengutamakan keselamatan
Meningkatkan minat, daya kreativiti dan imaginasi dalam
kegiatan seni visual
Mengenali serta menghargai hasil kerja sendiri dan
rakan
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam
penggunaan alat, bahan dan teknik untuk menghasilkan
sesuatu hasil kerja.
Mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman
untuk menghasilkan portfolio (analisis)
Meningkatkan pengetahuan serta mengaplikasi elemen
Asas Senireka dalam penghasil karya
Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan
matapelajaran lain dalam
usaha mewujudkan idea yang kreatif
Menggabungkan pelbagai alat, bahan dan teknik dalam
penghasilan secara kreatif
Menghargai sumbangan pelukis tempatan dalam
kegiatan menggambar
Menghargai sumbangan pelukis tempatan dan unsurunsur
budaya tanah air melalui kegiatan seni visual
Membuat pernyataan secara lisan tentang kerja sendiri
dan rakan secara kritis dan merekod pengalaman
pembelajaran dalam portfolio.
KEPENTINGAN MENGGAMBAR
Menurut Gaitskell dan Huewitz, (1970), terdapat empat
cara bagaimana guru dan murid-muridnya berbincang
mengenai hasil kerja seni:
1. Apa yang kamu lihat? (penerangan)
2. Bagaimana objek/imej itu disatukan? ( analisis)
3. Apakah yang ingin disampaikan oleh seseorang artis
itu? (Interpritasi)
4. Bagaimana kamu fikir tentang perkara itu? (Penilaian)
Proses penerangan, analisis, interpretasi dan penilaian
yang dilakukan sewaktunpengajaran dan pembelajaran
diterangkan secara terperinci dari tahun satu
hingga ke tahun enam seperti berikut:
.Pada tahun pertama di sekolah rendah peringkat
permulaan murid-murid
didedahkan dengan asas menggambar iaitu dengan cara
memerhatikan kesan-kesan garisan yang terdapat di
persekitaran seperti kesan laluan tapak kaki haiwan, tapak
kaki manusia, kesan laluan kenderaan di atas permukaan
tanah atau pasir. Pemerhatian tertumpu dari segi sifat dan
jenis garisan seperti tebal,nipis, panjang, pendek,
bengkok, lurus, cetek, putus-putus. Dengan cara begini
murid-murid akan dapat menyatakan secara lisan
pengalaman pembelajaran yang diperhatikan di
persekitaran dan seterusnya dapat melakar secara
spontan untuk menghasilkan imej melalui garisan dan
rupa secara tidak terancang.

menggunakan bahan kutipan untuk menggambar secara


mudah dan diaplikasikan dalam kegiatan menggambar
seperti mengenal garisan, lukisan, gosokan dan kolaj.
Teknik-teknik yang boleh dipelajari oleh mereka dalam
proses menggambar di tahun satu ialah seperti
menekap, memotong, menampal, mencantum, menyusun
gambar dan gosokan. Akhirnya murid dapat menyatakan
secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan
hasil kerja rakan.
.Di tahun kedua pula murid sudah berada di peringkat
menggambar. Di peringkat ini murid-murid dapat
mengetahui dan mengenal pasti alat, bahan, dan teknik
dalam asas menggambar berdasarkan beberapa
eksperimen. Murid menyedari wujudnya rupa asas
geometri di persekitaran. Seterusnya murid dapat
menghasilkan gambar dengan memanipulasi bahan yang
berasaskan air, minyak dan bahan kering. Akhirnya murid
dapat menghasilkan gambar dengan menggunakan
pelbagai bahan serta teknik setelah membuat
pemerhatian. Di antara cadangan aktiviti murid-murid di
peringkat ini ialah seperti lukisan, catan, capan, stensilan,
kolaj, gurisan, gosokan, resis dan cetakan. Di peringkat
penilaian ini murid boleh menyatakan dan mempamerkan
hasil kerja sendiri sama ada di dalam bilik darjah atau di
rumah. Semasa murid berada di tahun tiga, apa yang
diharapkan murid sudah boleh meneroka beberapa teknik
yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar.
Murid sudah boleh menggambar dengan menggunakan
pelbagai bahan dan teknik melalui penerokaan.
Seterusnya di peringkat analisis murid boleh memilih
dan menggunakan alat, bahan, dan teknik yang sesuai
dalam penghasilan gambar. Di antara teknik-teknik yang
boleh dicadangkan ialah seperti stensilan,
montaj, capan, catan, resis, kolaj, lukisan, gurisan,
tekapan dan cetakan. Di peringkat interpretasi dan
penilaian, murid dapat menghasilkan gambar dengan
menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik secara
kreatif melalui penerokaan seterusnya dapat membuat
pernyataan tentang hasil kerja sendiri
dan rakan. Ditahap ini murid dijangka boleh membuat
dokumentasi mudah dalam portfolio supaya dapat
meluahkan perasaan dengan lebih jelas dan terperinci. Di
sini murid dapat menghayati nilai-nilai estetik yang ada
dalam sesuatu hasil kerja.
.Di tahun empat, adalah diharapkan murid dapat
menggunakan Asas Senireka iaitu unsur-unsur seni dan
prinsip-prinsip rekaan dalam menggambar berdasarkan
tema imaginasi murid. Peringkat penerangan dan analisia
adalah satu peringkat di mana murid dapat mengenali
Sarbinipani2009
2/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR
NOTA PADAT MENGGAMBAR
.Aktiviti menggambar di tahun ke lima adalah
berdasarkan tema pengalaman dan imaginasi murid
secara manual dan berbantukan komputer. Di peringkat
ini murid dapat mengaplikasi elemen asas senireka (terdiri
daripada unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan)
yang sesuai dalam aktiviti menggambar mereka. Murid
juga dapat mengetahui dan menggunakan bahasa seni
visual (istilah) yang mudah untuk berinteraksi.
Di aras dua murid dapat menggambar berdasarkan idea
yang diperolehi dari pemerhatian dan penerokaan alat,
bahan dan teknik dengan menggunakan komputer
sebagai alat bantu dalam kegiatan menggambar. Di
peringkat interpretasi dan penilaian, murid dapat
menggambar dengan menggunakan gabungan pelbagai
alat, bahan dan teknik yang lebih kreatif dan kemas.
Cadangan aktiviti yang boleh dikemukakan ialah seperti
kolaj, lukisan, resis, catan, capan, mozek, gurisan,
cetakan, perisian komputer seperti photoshop,
Microsoft word dan paintbrush. Pentingnya bidang
menggambar di sini ialah supaya murid dapat membuat
pemerhatian dan mengenalpasti wujudnya
elemen Asas Senireka dalam alam ciptaan Tuhan. Selain
dari itu mereka juga dapat membuat perbandingan dan
berbincang tentang hasil kerja murid sendiri dan
mengaitkan dengan karya pelukis tempatan yang
dipamerkan. Secara tidak langsung murid dapat
mengenali dengan lebih dekat lagi pelukis-pelukis dan
hasil karya mereka. Murid juga dapat menyatakan secara
lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. Dapat
menghargai sumbangan pelukis tempatan dan akhir sekali
dapat mengumpul dan merakam maklumat serta
pengalaman pembelajaran untuk menghasilkan portfolio.
.Pada tahun terakhir iaitu di tahun enam, proses
menggambar adalah berdasarkan tema, pengalaman,
imaginasi dan fantasi murid secara manual dan
berbantukan komputer. Pada permulaannya murid dapat
menggambar dengan memberi penekanan kepada konsep
perspektif dan kadar banding. Memilih, meniru, memadan
dan menyusun gambar untuk menghasilkan satu
komposisi Di aras kedua, murid dapat mencari sumber
rujukan sebagai pencetus idea untuk menggambar serta
Sarbinipani2009
dapat mengaplikasikan elemen Asas Senireka dalam
kegiatan
menggambar dengan bantuan komputer.
.Di peringkat akhir, murid sudah boleh
menggambar dan menampakkan perspektif dan kadar
banding serta mempelbagaikan alat, bahan (media) dan
teknik untuk memberi kesan yang lebih kreatif dan kemas.
Antara aktiviti yang dicadangkan ialah seperti kolaj,
catan, montaj, mozek, lukisan, cetakan sutera saring dan
dapat menggunakan perisian komputer sendiri. Murid
dapat menyatakan pendapat dan membuat perbandingan
secara kritis dengan menggunakan bahasa seni visual. Di
akhirnya murid dapat menghargai sumbangan pelukis
tempatan, mengumpul dan merekod maklumat serta
pengalaman untuk penghasilan folio. Jika ditinjau semula
peringkat pembelajaran murid bemula dari tahun satu
sehingga ke tahun enam, sudah tentu kegiatan
menggambar dianggap sangat penting dalam
pembelajaran Pendidikan Seni Visual mereka samada di
sekolah atau di rumah. Dari aktiviti menggambar
bermulanya proses murid berkomunikasi dengan diri
sendiri, rakan-rakan, guru, ibu bapa, adik beradik
dan ahli keluarga yang lain. Secara tidak langsung murid
dapat meluahkan perasaan yang berkaitan dengan
pengalaman dan apa yang dilihat oleh mereka
ke dalam bentuk visual. Apabila luahan perasaan
dilakukan secara tak langsung atau secara langsung,
maka murid sudah boleh menilai dan menghargai sesuatu
dalam kehidupan mereka. Berikut ialah contoh-contoh
bagaimana proses berkomunikasi, luahan perasaan,
penilaian dan penghargaan dilakukan:
Demonstrasi pembelajaran oleh murid dan rakan mereka
di kelas melalui aktiviti menggambar
. Perbincangan di antara guru dan murid mengenai
pengetahuan dan konsep asas senireka dalam
menggambar
Berkongsi idea dengan rakan dan guru yang
menunjukkan kreativiti dari
apa yang dilukis atau dihasilkan.
. Penggunaan strategi penyelesaian masalah yang
kompleks dalam proses menggambar
Soal jawab berkaitan Unsur Seni dan Prinsip Rekaan
sebelum, semasa dan selepas proses menggambar
. Pameran memerhati dan membezakan alatan, media,
bahan, teknik dan kegiatan
Lawatan ke muzium dan galeri menghayati hasil kerja
orang lain
. Pertunjukan slaid dan berinteraksi dengannya dari aspek
asas senireka
. Perbualan secara berimaginasi menjadikan murid berfikir
seketika dan menghasilkan satu kerja seni spontan.
Soalan-soalan yang berimaginasi adalah berguna untuk
murid bagi meluahkan perasaan dalam bentuk lukisan
atau catan.
Menerusi imaginasi murid dapat meluahkan perasaan.
Contoh imaginasi yang paling berkesan terhadap murid
ialah mimpi kerana ia boleh menyentuh perasaan
3/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR
NOTA PADAT MENGGAMBAR

Satu cara lain bagi meluahkan perasaan ialah melalui


berkomunikasi di antara guru dengan murid. Penjelasan
mengenai alat, media, bahan, teknik, imej unsur-unsur
seni dan prinsip-prinsip rekaan adalah sesuatu yang amat
berguna dalam proses menggambar. Dengan cara ini nilainilai
estetik akan wujud dalam diri mereka.
Dalam suasana pembelajaran di dalam kelas, masa untuk
berkomunikasi amatlah berharga. Kadangkala setiap
soalan yang dikemukakan tidak memerlukan jawapan
spontan dan betul dari murid-murid tetapi boleh
membuatkan seseorang murid berfikir secara kritis dan
kreatif tentang apakah cara alternatif yang boleh
dihasilkan oleh mereka pada pembelajaran akan datang.
RUMUSAN
.menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran
murid.
.memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid
terhadap aspek melukis dan membuat gambar dengan
menggunakan pelbagai media dan teknik.
.menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan
ekspresi diri murid
.kegiatan membuat gambar ialah seperti lukisan,
catan, cetakan, kolaj, montaj, gosokan, resis, percikan
dan mozek.
.memberi kesedaran terhadap Asas Senireka
dalam hasil kerja
. Aspek apresiasi seni perlu diadakan sebagai satu proses
pembelajaran murid.
satu representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2
dimensi
mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan ke atas
permukaan rata
satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan
imej mental seseorang.
. Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang
menggambar menghasilkan hasil kerja seni bermutu dan
menarik perhatian ramai.
mempunyai hasil pembelajaran yang berbeza
mengikut tahap umur murid
. Aras pengetahuan murid dalam aktiviti seni boleh
dikategorikan mengikut aras pengetahuan, kefahaman,
aplikasi, analisa, sintesis dan penilaian.
. Perbincangan mengenai hasil kerja seni dilihat melalui
empat cara iaitu peringkat penerangan, analisis, intepritasi
dan penilaian.
.satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi
dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan
menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik.
Topik2 Lukisan
PENGENALAN AKTIVITI LUKISAN
(a) Definisi Lukisan
Sarbinipani2009
Rhasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan
berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau
menggunakan warna paling sedikit.
Rlanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan
informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti
catan, kolaj, montaj dan cetakan.
Rkarya seni atau hasil kerja seni yang dihasilkan di atas
sesuatu permukaan rata.
RPenggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada
media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang,
pen dan dakwat.
RProses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok
juga dinamakan lukisan.
RAplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan
ke atas sesuatu hasil kerja dinamakan lukisan.
R bergantung kepada penggunaan garisan yang ekspresif
dan nyata.
(b) Alat, Media dan Bahan
.senarai bahan-bahan yang sering digunakan bagi
menghasilkan sesebuah lukisan:
Pensil H Adalah sejenis pensel jenis Keras Pensil B (2B
8B) Adalah sejenis pensel lembut Pensil warna Terdiri
daripada berbagai jenis warna Arang Dapat memberi
kesan legap dan mudah mendapat kesan Pen dan dakwat
Mempunyai kesan garisa yang lebih halus dan jelas Soft
Pastel Didapati dalam pelbagai warna dan mempunyai
kesan lembut Krayon Juga lembut dan mempunyai kesan
lilin Pen marker Menghasilkan kesan garisan yang tebal
Marker pelukisan (rendering marker) Kapur Kesan garisan
yang tebal dan mudah tanggal
Jenis-jenis Kertas Lukisan

Kertas lukisan biasa


mempunyai permukaan yang
sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut.
Kertas cat air
terdapat dalam pelbagai gred kelicinan.
Kertasnya tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik
untuk digunakan.
Bod bristol.merupakan kertas bod putih yang keras dan
licin yang dicipta untuk pen.
Kertas Ledger Bond kertas lukisan yang mempunyai
beraneka jenis permukaan iaitu licin, sederhana kasar dan
kasar.
Kertas Ingres kertas ini mempunyai permukaan yang
halus dan berbulu. Ia terdapat dalam pelbagai warna yang
cerah seperti kelabu, merah jambu, biru dan sebagainya.
Biasanya digunakan untuk
lukisan pastel
Lain-lain kertas seperti Âbrown paperÊ, kertas
komputer, kertas arkitek, kertas taip, kertas fotokopi,
kertas suratkhabar.
(c) Teknik
Teknik pelukisan biasanya bergantung pada jenis alat atau
media yang digunakan. Kesemua alat/media boleh
digunakan untuk menghasilkan berbagai teknik seperti
berikut:
APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK
4/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR
NOTA PADAT MENGGAMBAR
perlu mengambil kira tema atau subjek yang ingin
dilukis oleh murid-muridnya. Murid-murid biasanya
mempunyai reaksi yang spontan terhadap alam
persekitaran dan apa yang berlaku dalam situasi harian
mereka. Tema atau subjek yang ingin dilukis terbahagi
kepada tiga iaitu:
(i) Lukisan figura
imej yang berkaitan dengan manusia
atau haiwan
(ii) Lukisan alam benda objek kaku atau tidak bernyawa
(iii) Lukisan lanskap pemandangan di luar studio atau di
dalam studio
(b) Penerokaan Alat, Media dan Teknik
.jenis alat, media dan bahan yang digunakan untuk
kegiatan membuat lukisan. Di antara contoh-contohnya
ialah seperti berikut:
(i) Pensil
.dibuat dari campuran tanah liat dan arang.
. dihasilkan mengikut gred tertentu. Pensil yang
.jenis keras ialah dari jenis H.
.lembut dikategorikan dalam jenis B. Pensil jenis H adalah
sesuai digunakan untuk menghasilkan lakaran
ringkas kerana garisan yang dihasilkan adalah tajam.
Manakala pensil jenis B pula sesuai digunakan untuk
membuat lorekan atau menghasilkan ton. Perlu diingatkan
semakin besar nilai H (H, HB, 2B), semakin keras kesan
pensil iaitu garisan yang dilakar adalah tajam dan kurang
gelap. Semakin besar nilai B (B 6B), semakin lembut
dan gelap kesan pensil lorekan yang dihasilkan. Garisan
yang dihasilkan dengan media pensil dipengaruhi 3 faktor
iaitu:
. gred
tekanan pensil
kelajuan pensil
(ii) Arang
Pensel arang dihasilkan dari batang kayu terbakar. Ia
merupakan media melukis yang tertua sekali didunia.
.digunakan oleh pelukis abad ke 17 dan ke 18 pada
dinding gua. Keistimewaan arang berupaya untuk
menunjukkan kesan tekstur permukaan yang dilukis.
Kesan arang dapat menunjukkan jalinan dan ton dengan
baik. Kelebihan arang dalam menghasilkan lukisan ialah
kelembutan yang tinggi.
kegelapan yang tinggi.
tekstur permukaan yang dilukis.
Menghasilkan garisan yang tajam dan tepat.
ton lorekan dengan cepat dan menarik.
Melukis kawasan yang luas dalam masa yang singkat.
Dihalusi dengan menyapu air diatasnya.
Roti segar bertindak sebagai pemadam.
Hasil perlu disembur dengan ÂfixertiveÊ (pemati).
Mudah digunakan, cepat dan spontan.
(iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut
pandangan
(iv) Kesan cahaya pada imej
(v) Pembentukan bayang-bayang
(vi) Teknik (garisan selari, teknik conteng, teknik titik,
teknik campuran dll)
(vii) Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan
(viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar banding
PERSEMBAHAN HASIL KARYA
(a) Ekspresi Diri atau Kefahaman
(i) Terdapat 3 jenis cara mengekspresi sesuatu karya seni
iaitu secara natural, kreatif dan artistik.
(ii) Ekspresi diri secara natural bermaksud murid
menggunakan kepekaan personal dan hubungan visual
semasa mereka melukis
(iii) Ekspresi diri secara kreatif pula bermaksud murid
lebih memfokus kepada penyelesaian masalah secara
kreatif. Murid dapat mengaplikasi kemahiran dan teknik
melukis dalam kerja seni mereka.
Murid mula membuat refleksi terhadap ekspresi diri dan
kerja seni orang lain. Disamping itu dapat mengaplikasi
unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan dengan lebih
jelas dalam kerja seni. Analisa hasil kerja seni beberapa
orang pelukis dari aspek alatan, media dan bahan yang
mereka gunakan.
(iv) Ekspresi diri secara artistik pula membuat murid peka
terhadapkonteks sejarah dan budaya dan belajar
membuat penilaian estetik. melahirkan naluri tentang apa
penonton lihat dalam kerja seni mereka. Kerja seni
menjadi lebih ke arah secara individ dan imaginasi.
Dengan cara ini wujud kepakaran dalam kemahiran dan
pendekatan yang digunakan.
(v) Hasil lukisan dapat sedikit sebanyak menyerlahkan
pemikiran dan pandangan seseorang.
(vi) Dapat menyatakan persepsi mereka terhadap sesuatu
yang dihasilkan melalui lakaran yang dibuat tanpa
penerangan secara penulisan dan lisan.
(vii) Merakamkan pengalaman dan pemerhatian mereka
secara visual.
(viii) Menjadi asas pembelajaran terhadap perkara lain
yang selalunya lebih besar atau kompleks.
(ix) Dihasilkan untuk meluahkan perasaan, berkomunikasi
idea dengan orang lain atau keseronokan sahaja.
(b) Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Media dan Teknik.
(i) Dihasilkan melalui dua cara:
lukisan tanpa warna
lukisan berwarna
(ii) Dihasilkan dengan menggunakan garisan-garisan atau
ton atau kedua-dua sekali.
(iii) Empat unsur penting yang menentukan mutu hasil
karya lukisan:
komposisi objek (menepati asas seni reka)
. ruang (susunan ruang yang sesuai dengan tema)
perspektif (1, 2, 3 titik lenyap)
. Pencahayaan (arah sumber cahaya dikenalpasti sebelum
menghasilkan ton untuk membentuk objek 3D
(iv) Kesan Lutsinar
(v) Potret
(vi) Teknik melukis arang ada beberapa cara:
.lorekan (dihasilkan ton secara berlork seperti pensel)
basah (air disapu diatas permukaan arang untuk
menghasilkan kegelapan yang halus)
gosokan (kesan digosok dengan hujung jari)
Sarbinipani2009
5/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR

memadam (dengan pemadam atau roti kering)


Berikut ialah langkah-langkah menghasilkan lukisan tidak
berwarna:
Langkah 1: Membuat lakaran asas tentang rupa dan
bentuk objek di atas kertas
lukisan dengan menggunakan media kering mengikut
pilihan pelukis.
Langkah 2: Membuat struktur objek dengan lebih jelas
dengan mengaplikasikan
rupa, bentuk dan jalinan.
Langkah 3: Mengolah objek dengan lebih terperinci.
Langkah 4: Menghasilkan objek dengan menggunakan
pensel dan membuat jalinan pada objek dengan lebih
jelas.
RUMUSAN
.didefinisikan sebagai lanjutan dari aktiviti membuat
lakaran demi lakaran dengan menggunakan berbagai jenis
media kering. dilakukan di atas permukaan yang rata.
menggunakan berbagai media kering.
mempunyai kesan garisan, ton yang tertentu.
. Pemilihan menggunakan alatan, media dan bahan -perlu
disesuaikan dengan jenis kertas sebelum menghasilkan
sesebuah lukisan.
Unsur seni garisan adalah amat penting dan berguna
untuk menghasilkan lukisan pelbagai teknik.
Berbagai-bagai teknik boleh dihasilkan dalam sesebuah
lukisan
Mengenal pasti tema dan subjek sebelum mula melukis
adalah amat penting supaya pengajaran dan
pembelajaran lebih teratur.
Teknik gabung jalin pelbagai aspek perlu diambil kira
Lukisan boleh dihasilkan sama ada dengan cara
berwarna atau tidak berwarna.
Kemahiran mengaplikasikan berbagai alat, media, bahan
dan teknik akan menghasilkan lukisan yang terbaik.
. Aktiviti pemahaman dan penghargaan amat penting
dijalankan setelah selesai mengadakan aktiviti lukisan.
Untuk menghasilkan sesebuah lukisan perlu dimulakan
dengan langkahlangkah yang tertentu iaitu dari aras
mudah ke aras sukar.
Topik 3 Kegiatan Membuat Catan
PENGENALAN AKTIVITI CATAN
(a) Definisi Catan
.proses menyapu warna atau cat ke atas
sesuatu permukaan rata.
mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu
sama ada yang nyata atau abstrak
.Dihasilkan melalui sapuan warnake atas permukaan rata
dengan menggunakan berus
Lukisan grafik mengandungi komposisi artistik dihasilkan
dengan mengaplikasikan warna ke
atas permukaan
Satu ciptaan gambar yang berwarna
latihan mengaplikasikan pigmen dari satu
media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan
dinding.
Satu hasil kerja estetik dicipta
dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan
2D.
Suatu teknik menyapu warna basah dengan berus atau
alatan lain
Satu hasil karya seni mempunyai kesan yang bermakna
ke atas permukaan dengan menggunakan bahantara
pigmen warna.
(b) Alat, Media dan Bahan
.perlu dititik beratkan semasa proses pembelajaran
Pendidikan Seni Visual dijalankan. Ia dapat menentukan
jenis dan kualiti sesuatu catan yang akan dihasilkan.,
pastikan pilihan yang
dibuat adalah tepat dan betul. Berikut ialah di antara
contoh alatan dan bahan yang sesuai digunakan untuk
mencatan:
1. Pensel digunakan untuk membuat lakaran sebelum
mewarna
2. Berbagai jenis berus
3. Berbagai jenis warna seperti warna air, warna poster,
akrilik, warna minyak, cat mural, warna tempera
4. Palet atau bekas membancuh warna
5. Botol untuk mengisi air
6. Kertas lukisan, kertas cat air, kain kanvas, permukaan
dinding
7. Surat khabar.
Catan adalah salah satu cabang seni menggambar yang
banyak menggunakan warna sebagai bahan untuk
menghasilkan gambar. Bahanbahan pewarna seperti cat
poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan
cat akrilik adalah warna-warna yang dapat membantu
seseorang pelukis menghasilkan catan. Catan yang
bersifat 2 dimensi biasanya diwarna di atas permukaan
berbagai jenis kertas, kain atau kanvas. Dalam proses
mencatan aspek yang paling penting ialah memahami
berbagai jenis warna dan cara-cara mewarna kerana ia
memerlukan kemahiran mewarna dengan betul.
Tujuannya ialah untuk menghasilkan catan yang menarik.
Berikut ialah contoh beberapa jenis warna yang
digunakan oleh pelukis untuk menghasilkan catan:
Bahan Bahantara Penguat Sifat-sifat
1. Warna Poster Air Pengilat larut air
bersifat legap dan tebal
cepat kering
. boleh lutsinar tetapi tidak
seperti cat air
sesuai di permukaan kertas
2. Warna Air
Air Gam arab bersifat lutsinar, lembut
. bersifat tebal sekiranya
disapu berlapis-lapis
sesuai di permukaan kertas
3. Cat AkrilikAir/Minyak Plastik cecair
warna putih
. bersifat lutsinar dan legap
cepat kering
kesan seperti cat air dan cat minyak
Sarbinipani2009
6/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR

kalis air dan minyak


. dihasilkan di permukaan kanvas
4. Cat Minyak Turpentine Minyak linsid
. bersifat legap dan tebal
lambat kering
hanya sesuai untuk permukaan kanvas
5. Cat Tempera Air Kuning telur
bersifat lutsinar tetapi tidak seperti cat air
sesuai di permukaan kanvas dan kertas
6. Cat Gouache Air Gam arab
. bersifat lutsinar dan legap
cepat kering
sesuai di permukaan kertas
7. Fresko Kapurplaster
Air atau air kapur
bancuhan pewarna dan air disapukan ke atas lapisan
kapur plaster yang masih lembap.
Ia sesuai untuk menghasilkan catan dinding atau mural
(c) Teknik-teknik Mewarna
.faktor utama yang menentukan kualiti hasil sesebuah
catan.
(i) Warna Air
Semasa mewarna dengan menggunakan warna air,
berus yang paling sesuai ialah jenis lembut.
Caranya ialah dengan membasahkan bahagian kertas
yang akan diwarnakan dahulu dengan air kosong. Contoh:
seperti bahagian langit atau bumi
Kemudian warnakan dengan warna yang dikehendaki di
atas permukaan basah tersebut.
Untuk mendapatkan ton warna, campurkan lebih air
pada warna tersebut untuk mendapatkan warna yang
cerah
Untuk mendapatkan ton warna gelap, campurkan warna
atau pekatkan warna tersebut.
Jika tersilap warna, kita boleh memperbaiki kesalahan
dengan menitiskan air kosong di permukaan berwarna
tersebut kemudian serapkan warna air tersebut dengan
berus. Lakukan beberapa kali sehingga warna tersebut
hilang.
Warna air biasanya sesuai untuk catan jenis
pemandangan, alam semulajadi, alam benda dan potret.
(ii) Warna Poster
Warna poster berlainan dengan warna air. Ia bersifat
legap dan tebal jika disapukan di atas permukaan kertas.
Berus yang sesuai digunakan ialah jenis keras
Untuk mendapat ton yang cerah, boleh dihasilkan
dengan menggunakan warna putih atau warna terang
yang lain
Untuk mendapatkan ton yang gelap pula, warna-warna
gelap perlu dicampurkan
. Pergerakan tangan akan menentukan halus atau kasar
dalam catan tersebut.
Biasanya warna latar didahulukan semasa proses catan
dilakukan
Jika terdapat kesilapan semasa mewarna, ia boleh
diatasi dengan cara menyerap keluar dengan
menggunakan tisu atau menutup warna lain di atas
permukaan warna yang salah. Pastikan warna tersebut
kering dahulu.

Warna poster biasanya lambat kering, oleh itu berhatihati


semasa mewarna.
Warna poster juga sesuai untuk gambar jenis
pemandangan, alam semulajadi, potret, poster dan logo.
(iii) Warna Minyak
Warna minyak juga bersifat legap seperti warna poster.
Warna minyak perlu dicampur dengan minyak linsid
untuk mencairkan dan memudahkan kerja-kerja mewarna.
.Berus yang paling sesuai juga adalah berus jenis keras
atau pisau palet
Warna ini mengambil masa yang lebih lama untuk kering
tetapi hasilnya tahan lama untuk disimpan.
Jika terdapat kesilapan mewarna semasa proses
mewarna, kita perlu menindihkan warna yang salah
tersebut dengan warna baru.
Warna minyak amat sesuai diwarnakan di permukaan
kanvas, kadbod atau kepingan kayu yang keras.
Terdapat berbagai teknik mencatan yang boleh dihasilkan
semasa mewarna. Di peringkat sekolah rendah,
kebanyakan teknik-teknik mencatan adalah secara
spontan dan terus menerus. Berikut ialah beberapa
konsep dan teknik mencatan yang boleh diajar kepada
murid-murid:
Warna air adalah sejenis media basah. Ia berbentuk
lutsinar. Kebanyakan pelukis menggunakan warna air bagi
tujuan menjadikan
catan mereka lebih hidup, realistik dan spontan.
Sebelum memulakan proses catan, perlu dapatkan idea
keseluruhan tentang apa yang hendak dilukis. Rupa
bentuk atau idea tersebut
boleh dilukis dengan pensel terlebih dahulu. Cara kedua
ialah dengan membuat garisan dengan menggunakan
warna air secara cair atau lembut. Tujuannya ialah untuk
mendapatkan idea keseluruhan catan.
Berus jenis besar dan leper adalah amat berguna untuk
mewarna bahagian latar terlebih dahulu.
Berus jenis kecil dan bulat adalah amat berguna untuk
menambahkan garisan pada objek atau imej tertentu.
Tambahan warna-warna ke atas warna latar menjadikan
catan atau bahagian-bahagian yang dicat lebih menarik.
Jalinan-jalinan yang hendak dibuat perlu ditambah
kemudian.
Berus yang berlainan saiz dan bentuk seperti berus
minyak, berus varnish, berus gigi akan menghasilkan
jalinan yang berlainan.
Hujung berus jenis leper boleh digunakan untuk
menghasilkangarisan.
Hujung berus jenis bulat digunakan untuk mendapatkan
kesan garisan tebal atau nipis seperti yang terdapat pada
lukisan cina oriental.
Berus yang celup warna, dibuang lebihan warna
tersebut dan dikembangkan berus tersebut akan
mendapatkan kesan garisan halushalus yang banyak
hanya dengan satu sapuan
Sarbinipani2009
7/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR

Berus jenis lebar yang diletakkan warna dan sedikit air


apabila disapu ke atas permukaan kasar akan mendapat
kesan dry brush
Berus perlu dibersihkan dengan air bersih untuk
mendapatkan kesan yang cantik bukannya berlumut.
Warna seharusnya dicampur di atas palet atau
pembancuh warna
Span, berus yang bersih dan lembap, kapas dan kain
boleh digunakan untuk membuang warna semasa masih
lembap.
. Peluntur warna yang digunakan di rumah boleh juga
digunakan untuk membuang warna pada bahagian catan
yang tidak perlu. Bahan ini sesuai digunakan pada dakwat
berwarna
Sapuan warna gelap ke atas permukaan kertas dan
ditambah air pada setiap sapuan akan mendapatkan satu
ton yang menarik iaitu dari gelap ke terang
Warna terang yang tidak dicampur dengan air akan
memberikan kontras yang kuat.
Warna air apabila disapu lapisan demi lapisan akan
menghasilkan
kombinasi dan intensiti warna yang menarik. Sebelum
menghasilkan lapisan baru pastikan lapisan awal kering
dahulu. Teknik ini dinamakan glazing
Nilai warna yang kontras dan kuat memberikan warna
catan yang bermaya
Warna pada tiup botol apabila tidak dijaga akan menjadi
keras tetapi tahukah anda bahawa warna yang keras
boleh digunakan apabila dibasahkan semula
. Penggunaan warna terus dari botol atau tiub akan
menyebabkan kelihatan tidak natural dan dianggap masih
belum mahir
Catan yang sudah siap boleh dibingkaikan
TEKNIK CAT AIR
Terdapat 4 jenis teknik cat air. Teknik-teknik ini diolah
dan digunakan mengikut kesesuaian atau kesukaan
pelukis. Di antaranya ialah:
1. Basah atas basah --Warna dicairkan dahulu dan
disapukan di atas permukaan yang basah. Hasilnya kesan
lutsinar.
2. Basah atas kering -- Warna yang dicairkan dahulu
disapukan di atas permukaan yang kering.
3. Kering atas basah --Teknik yang melibatkan sapuan
warna yang pekat disapu ke atas lapisan warna yang cair
atas permukaan kertas yang telah dibasahkan
4. Was --Teknik yang melibatkan sapuan warna cair ke
atas permukaan yang basah. Biasanya berus atau span
digunakan. Sesuai untuk menghasilkan kesan air span
awan. Antara kesan lain yang boleh terhasil daripada
penggunaan alat yang berbeza. Antaranya adalah:
(a) Kering bertindih --Titikan warna untuk membentuk
objek atau corak yang menarik
(b) Renjisan --Teknik yang menggunakan berus atau
semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan warna
cair ke atas permukaan untuk menghasilkan kesan yang
spontan dan menarik.
(c) Tindihan --Menghasilkan catan dengan menyapu
warna selapis demi selapis ke atas kertas untuk
menghasilkan kesan ton dan pencahayaan. Hasilnya tebal
dan kering berlegap
(d) Span --Teknik ini menghasilkan jalinan kasar seperti
daun pokok, tanah dan sebagainya dengan menggunakan
span untuk menggantikan berus
(e) Semburan berus --Teknik ini menghasilkan jalinan
kasar seperti jalinan padang rumput, pantai, pasir dan
daun pokok.
APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK
(a) Menentukan Tema/Subjek
Berikut ialah contoh tema-tema yang boleh dihasilkan:
Diri sendiri --
Fantasi
Apa yang saya bayangkan --
Pengalaman Sendiri
Aktiviti
Figura
Manusia --
Lanskap --
Imej dan idea
(b) Campuran Warna
Warna memainkan peranan yang amat penting dalam
proses mencatan. Ia
menjadikan hasil kerja seseorang itu lebih menarik dan
dapat menceriakan suasana. Warna boleh dikategorikan
kepada beberapa bahagian warna.
Berikut ialah jenis-jenis warna yang terdapat dalam roda
warna:

Warna asas --terdiri daripada tiga warna utama. Warnawarna


ini tidak boleh dihasilkan dengan mencampur
warna-warna lain. Contoh: merah Biru kuning
Warna sekunder --terhasil daripada dua campuran
warna asas. Contoh: kuning + biru = hijau
Merah + kuning = jingga
Merah + biru = ungu
Warna tertier --terhasil dari campuran warna asas
dengan warna sekunder
Contoh: kuning + hijau = kuning kehijauan
Kuning + jingga = kuning kejinggaan
Biru + hijau = biru kehijauan
Biru + ungu = biru keungguan
Merah + ungu = merah keungguan
Merah + jingga = merah kejinggaan
Warna-warna tersebut seperti yang dinyatakan tadi boleh
digubah atau dihasilkan semula dengan tiga cara iaitu:
.Gubahan warna sewarna atau monokrom --Ia dihasilkan
dengan mencampurkan warna asal dengan warna hitam
atau putih untuk mendapatkan ton warna gelap atau
terang. Dengan cara ini akan menampakkan kesan timbul
dan dimensi bagi sesuatu objek yang diwarnakan.
Warna penggenap -- Adalah warna yang terletak secara
bertentangan dalam roda warna. Warna-warna ini akan
menimbulkan kesan yang kontra dan banyak digunakan
dalam iklan, poster, mural dan corak pada kain. Kombinasi
Sarbinipani2009
8/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR
NOTA PADAT MENGGAMBAR

Warna harmoni --Ialah warna-warna yang terletak


bersebelahan dalam roda warna. Warna-warna ini juga
dipanggil warna keluarga dan dapat menimbulkan rasa
aman, tenteram, selesa, indah, lembut dan sebagainya.
Contoh warna harmoni adalah seperti berikut:
Contoh: merah --ungu -- biru
Ungu -- biru --hijau
Biru --hijau --kuning
Kuning -- jingga --merah
Jingga --merah --ungu
R warna panas ialah merah, jingga dan kuning.
.dikaitkan dengan objek / imej seperti api, cahaya dan
matahari.
.dapat menimbulkan suasana riang, bersemangat,
peperangan, kecemasan dan kemalangan.
R warna-warna sejuk ialah seperti warna, ungu, biru dan
hijau.
. dikaitkan dengan alam semulajadi, tumbuh-tumbuhan
dan air. Warna-warna sejuk ini dikatakan dapat
menimbulkan suasana sejuk, kedamaian, kelembutan dan
nyaman.
.mempunyai nilai-nilai tertentu dan terbahagi kepada dua
bahagian iaitu ton warna dan kroma warna.
RTon warna ialah nilai cahaya yang wujud hasil dari
warna gelap atau warna terang pada sesuatu objek.
Biasanya warna putih dan kuning dapat memberikan
cahaya yang terang manakala warna biru dan hitam dapat
memberikan cahaya yang gelap. Campuran warna
tersebut menjadikan catan akan kelihatan lebih menarik
dan harmoni. Ia kelihatan menepati warna yang sebenar.
Campuran warna penggenap dalam roda warna dengan
intensiti yang berbeza nisbahnya disebut kroma warna.
Sebagai contoh warna merah bercampur dengan warna
hijau dengan nisbah yang berbeza akan mewujudkan
kroma warna. Unsur seni jarak dan ruang amat penting
dalam sesebuah catan. Biasanya warna-warna cair, pekat,
terang atau gelap dalam sesebuah catan akan
memberikan kesan kedalaman sesuatu ruang itu. Untuk
mendapatkan kesan perspektif warna, nilai warna atau
kroma warna digunakan dalam sesuatu catan. Sebagai
contoh, warna yang cerah, gelap dan panas akan
menampakkan ruang dekat dan warna yang kelabu, sejuk
dan cair akan menampakkan ruang yang jauh. Warna
natural pula adalah warna-warna yang bukan berada
dalam warna warna asas/utama, warna sekunder dan
warna tertier. Contoh warnawarnanatural yang terdapat di
persekitaran kita ialah warna putih, hitam dan kelabu.
Warna-warna ini juga disebut sebagai warna pastel atau
warna yang lembut.
PERSEMBAHAN HASIL KARYA
(a) Ekspresi Diri
Sarbinipani2009
Setelah mengenali serba sedikit tentang jenis-jenis warna,
kita sudah boleh menganggarkan warna-warna apakah
yang sesuai digunakan dalam sesuatu tema atau tajuk
catan yang hendak diwarnakan. Seringkali warna
dikaitkan dengan apa saja imej atau objek yang berada di
sekeliling kita.
Manusia menggunakan pelbagai warna bagi sesuatu
tujuan sama ada sebagai unsursimbol, untuk menarik
perhatian, bagi tujuan keagamaan, untuk
menggambarkan perasaan dan menunjukkan budaya
masyarakat tertentu. Pernyataan berikut adalah contoh
bagaimana warna-warna boleh diterjemahkan dalam
sesuatu persembahan hasil karya seni:
. Pengertian warna dalam budaya setempat --Warna
bendera Malaysia terdiri dari warna biru, kuning, merah
dan putih. Warna biru dikaitkan dengan perpaduan, warna
kuning dikaitkan dengan raja dan pemerintahan, warna
merah lambang keberanian, warna putih menunjukkan
bersih dan suci.
. Pengertian warna dari segi psikologi --Warna merah
dianggap lambang keberanian dan membawa keuntungan
dan kemewahan bagi masyarakat Cina. Warna hijau pula
sering dikaitkan dengan keislaman, bersih dan suci bagi
masyarakat Melayu.
. Pengertian warna dalam aspek asas seni reka --Warna
boleh
menimbulkan bentuk sesuatu imej/objek dengan
mengaplikasikan ton/kroma warna dengan nisbah tertentu
pada objek tersebut. Warna juga dapat menimbulkan
ruang perspektif samada kelihatan dekat atau jauh
dengan menggunakan warna pekat, cerah dan terang
akan kelihatan dekat manakala penggunaan warna pudar,
lembut dan cair akan kelihatan ruang yang jauh.
. Pengertian warna dalam situasi tertentu --Warna panas
sesuai digunakan untuk tajuk-tajuk catan seperti
kemalangan jalanraya, kebakaran, peperangan dan
kecemasan. Warna-warna sejuk pula sesuai digunakan
untuk tajuk-tajuk catan seperti suasana keindahan
di air terjun, di tepi tasik dan suasana di dalam hutan.
. Pengertian warna dalam simbol, lambang dan corak --
Warna-warna yang sesuai digunakan ialah warna kontra,
warna penggenap, warna asas dan warna sekunder.
Warna-warna ini juga boleh digunakan dalam
menghasilkan warna corak pada baju, kain, corak
anyaman, label, simbol lalu lintas jalanraya dan perhiasan
dinding.
(b) Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Media dan
Teknik
.Pemilihan tajuk atau tema penting sebelum memulakan
catan supaya dapat menghasilkan catan yang
baik. Perkara kedua yang perlu diambil kira ialah
pemilihan peralatan, media,bahan, teknik mewarna dan
campuran warna yang sesuai dengan situasi yang hendak
dihasilkan pada catan tersebut. Perkara ketiga ialah aspek
asas unsur-unsur seni yang terdiri daripada garisan,
9/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR
NOTA PADAT MENGGAMBAR
(c) Apresiasi Seni
Apabila kita memperkatakan tentang apresiasi seni ia
bermaksud penilaian atau mempunyai kepekaan terhadap
sesuatu gambaran, objek atau imej dalam pembelajaran
terpimpin. Terdapat dua kata-kata yang dikemukakan
oleh Sir Herbert Read berkaitan teori perkembangan seni
kanak-kanak. Di antaranya ialah:
Art is creative self-expressio n ..
dan
Works of art express and communicate universal value
Dari kata-kata Sir Herbert Read itu jelaslah bahawa
menghargai sesuatu hasil karya seni adalah salah satu
cara bagaimana seseorang itu boleh
berinteraksi dengan diri sendiri dan orang lain. Selain dari
itu ia dapat menyuarakan rasa hati seseorang apabila
berhadapan dengan catan tersebut. Tak secara langsung
nilai-nilai estetik akan wujud pada diri setiap murid dan
akhirnya dapat menghargai dan menilai apa yang dilihat.
Apresiasi seni melibatkan beberapa perkara:
. Pengetahuan tentang tema atau tajuk yang dilukis
Cara pelukis menginterpretasi gambar
. Alat, bahan, media yang digunakan
Teknik-teknik yang digunakan
.Penilaian
RUMUSAN CATAN

satu proses gambaran pemikiran secara nyata.


Dihasilkan melalui sapuan warna-warna basah ke atas
satu permukaan rata.
hasil kerja estetik dipersembahkan secara 2D.
satu cabang seni menggambar yang banyak
menggunakan warna sebagai bahan untuk menghasilkan
gambar
. Perkara yang paling penting dalam proses mewarna
ialah kawalan kepekatan campuran warna dan air
Warna poster mempunyai sifat legap dan tebal
Warna air bersifat lutsinar dan lembut
Cat akrilik sesuai dihasilkan di permukaan kanvas
Cat minyak perlu dicampur minyak linsid untuk
mencairkan warna dan sesuai di permukaan kanvas
Cat tempera lebih bersifat lutsinar juga sesuai di atas
kanvas
Cat gouache cepat kering manakala fresko sesuai
digunakan di permukaan dinding/mural
. Pemilihan tema atau tajuk penting sebelum memulakan
proses mencatan
Berus yang berbagai jenis mempunyai fungsi yang
tersendiri
Berbagai jenis teknik boleh digunakan untuk
menghasilkan catan
Warna asas terdiri daripada tiga warna
Warna sekunder ialah hasil campuran dua warna asas
Warna tertier adalah campuran warna asas dengan
warna sekunder
Warna monokrom dihasilkan dengan campuran warna
putih atau hitam.
Warna penggenap - warna yang bertentangan dalam
roda warna
Warna harmoni terdiri dari beberapa warna yang
terletak bersebelahan dalam roda warna
Ton warna -nilai cahaya yang wujud hasil dari warna
gelap atau terang pada sesuatu objek
Kroma warna -campuran warna penggenap dalam roda
warna dengan intensiti yang berbeza
Warna natural atau pastel - warna persekitaran yang
tidak terdapat dalam warna asas, sekunder atau tertier.
Warna boleh diterjemahkan dalam pelbagai perspektif
iaitu dari sudut budaya setempat, segi psikologi, aspek
asas senireka, situasi tertentu dan simbol.
Menghargai sesuatu hasil seni dapat berkomunikasi dan
dapat menyuarakan isi hati.
Definisi Kolaj 4
.bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu
bahan ke atas suatu permukaan
.perancis bermaksud gam. Kerja-kerja dibuat dengan
menampal cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di
atas permukaan 2D.
.satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej
seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun
dan ditindih
.Teknik mencantum potongan gambar menjadi satu
komposisi.
Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas
disebut kolaj.
Satu komposisi daripada imej yang
berlainan dan daripada berbagai media.
.Kolaj bermakna menghasilkan satu komposisi artistik
daripada imej atau gambar yang berlainan,
latarbelakang yang berlainan dan daripada berbagai
warna dan corak.
Satu teknik menggambar di mana foto, keratan akhbar
atau manamana bahan berbentuk 2D dilekat
dan di satukan di atas permukaan.
.Teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan
dihasilkan secara superimpose di antara satu sama lain
Sarbinipani2009
10/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR
NOTA PADAT MENGGAMBAR
Satu hasil kepingan seni dibuat dengan menggam
berbagai elemen.
Satu susunan objek dan bahan di atas dilekat di atas
suatu permukaan supaya menjadi satu gambar bagi
sesuatu tajuk atau tema tertentu.
(b) Alat dan Media
.menjadikan objek-objek di sekeliling mereka berharga
untuk dijadikan bahan-bahan dalam hasil kerja kolaj
mereka.
.Mereka bebas menggunakan apa sahaja peralatan,
media, teknik .
.Biasanya bahan-bahan yang digunakan adalah tahan dan
boleh kekal
.Warna-warna basah seperti cat, warna poster, warna air,
akrilik, dan tempera juga digunakan untuk bahagian
latarbelakang kolaj. Tujuannya ialah untuk mendapatkan
mood bagi sesuatu hasil kerja kolaj.
.Warna minyak adalah tidak digalakkan untuk
menghasilkan kolaj kerana bahan susah melekat pada
permukaan. Warna yang paling baik digunakan dalam
menghasilkan kolaj ialah warna akrilik dan warna air
kerana berganding baik dengan berbagai jenis gam..
.Pelekat akrilik adalah yang terbaik untuk digunakan
pada kerja-kerja kolaj. Kadangkala kerja-kerja
menghasilkan kolaj ini tidak menggunakan pelekat tetapi
menggunakan skru, ikatan, dawai untuk melekatkan
bahan ke atas kolaj. Berikut ialah contoh berbagai jenis
pelekat atau gam yang dicadangkan untuk digunakan ke
atas kerja-kerja menghasilkan kolaj:
Media Jenis Ketelusan Kegunaan
1. Gam kilat Cair Lut sinar Pelekat untuk kertas, kain,
bahan
ringan. Boleh digunakan sebagai varnis pada akhir proses
kolaj
2. Gam tidak kilat
Cair Lut sinar pada lapisan pertama.
Lapisan seterusnya lut cahaya
Pelekat untuk kertas, kain, bahan
ringan. Boleh digunakan sebagai
varnish pada akhir proses kolaj.
Terlalu banyak lapisan akan
mengaburkan gambar di bawahnya
3. Gam gel Krim Lut sinar Pelekat untuk kertas, kain, kulit
kayu pokok, logam. Media yang
terdedah akan kelihatan kusam.
4. Gam model
Pekat Legap Pelekat untuk batu. Boleh
digunakan untuk 3D, dipotong, kikis, warna apabila
kering. Kawasan yang tebal memerlukan
berjam-jam untuk kering
5. Gesso Krim Legap Serupa dengan cat akrilik putih.
Digunakan untuk menutup bahan berasid sebelum
mengecat atau menghasilkan kolaj.
Berikut pula peralatan yang boleh dicadangkan untuk
digunakan dalam menghasilkan kolaj:
Alat Kegunaan
Sarbinipani2009
1. Pisau kraf Memotong bahan nipis seperti kertas dan
fabrik.
Hujung mata pisau boleh digunakan untuk
mengangkat cebisan kertas. Tukar mata pisau selalu
untuk mendapatkan mata yang tajam dan pemotongan
yang bersih dan licin.
2. Gunting Memotong bentuk bulat, kain
3. Plastik tiga segi Sudut rata dalam setiap potongan,
menggunakan sudut empat segi untuk memeriksa bentuk
empat segi yang diperlukan
4. Pembaris Membuat potongan yang panjang.
5. french curve Melukis dan memotong kepingan kertas
yang bengkok
6. Palet Untuk kegunaan warna air atau akrilik
7. Berus Digunakan untuk aplikasi warna dan pelekat
pada kolaj.
8. Bekas air Membersihkan berus daripada kekotoran
warna dan gam
9. Penggelek Menekankan kepingan bahan-bahan di atas
tempatnya
10. Plastik pembungkus makanan
Menutup kerja kolaj di kedudukan sebenar.
Melindungi kolaj dari tangan yang kotor dan lebihan gam
11. Span Menekan warna untuk mendapatkan kesan
jalinan
12. Kertas tekap Membuat lakaran
13. Pensel atau pen Membuat lakaran
14. Kompas Untuk melukis bulatan, atau memotong
bulatan apabila pisau blade digunakan bersamanya
.bahan-bahan sampingan yang boleh digunakan untuk
menghasilkan kolaj seperti berbagai jenis papan pengalas,
water colour Board , illustration board, mat board, foam
board, wood and hard board.
.Berbagai jenis kertas juga boleh dicadangkan seperti
kertas kolaj, kertas warna air, kertas lukisan, kertas
pastel, kertas hiasan, kertas eksotik, kertas binaan, surat
khabar, kertas majalah.
(c) Teknik
. Penggunaan bahantara yang bersesuaian dengan tema
atau tajuk catan juga perlu diambil kira apabila menjalani
proses kolaj. Berikut ialah contoh teknik yang paling
mudah bagaimana seseorang itu boleh menghasilkan
sebuah kolaj:
.tema atau tajuk yang hendak dihasilkan supaya
mesejnya sampai
.Sediakan dan racik/koyak/gunting bahan-bahan seperti
kertas atau fabrik yang diperlukan untuk kolaj tersebut.
.Dapatkan kertas pelbagai warna untuk menimbulkan
kesan jalinan, harmoni, kontra pada kolaj anda.
.Buat lakaran pada kertas lukisan untuk menyenangkan
kerja-kerja menampal
.Sapukan gam pada permukaan kertas.
.Gam cebisan kertas atau fabrik mengikut gaya tersendiri
untuk mendapatkan satu hasil kerja kolaj yang baik
.Apabila sudah kering sapukan pula gam di atas lapisan
pertama untuk menampal kertas bagi menimbulkan kesan
objek.
11/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR

Teknik potong kertas dan fabrik


Teknik koyak kertas dan fabrik
.Teknik menggunakan berbagai jenis kertas yang
berjalinan
Teknik media campuran
Teknik kertas tisu
.Teknik tisu dan kertas buangan
Teknik catan dalam kolaj
Teknik percikan dalam kolaj
Teknik span dalam kolaj
Teknik ÂskrapingÊ dalam kolaj
Teknik stensil dalam kolaj
Teknik jalinan dalam kolaj
APLIKASI ALAT MEDIA DAN TEKNIK
Tema boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian guru atau
muridseperti tema:

Cerita, sajak, pantun dan nyanyian


Figura secara individu, keluarga, kawan, orang awam,
jiran
Rumah, pondok, banglo, rumah teres, rumah flat, rumah
kampong, calet
Haiwan seperti kucing, anjing, burung, ayam, itik, gajah,
harimau, kuda
. Pokok, bunga, daun, lalang, sayur-sayuran, buahbuahan,
. Alam benda seperti meja, kerusi, basikal, cawan, piring,
garpu, sudu
Fenomena alam dan sains, metafizik dan agama
.Pengenalan menggunakan fabrik dalam kolaj kepada
murid-murid adalah supaya mereka peka terhadap
berbagai jenis permukaan dan jalinan yang ada pada
bahan tersebut. Terdapat dua cara menggunakan fabrik
dalam kolaj iaitu secara menampal atau menjahit di atas
sesuatu permukaan. Projek secara berkumpulan dalam
menghasilkan sesuatu tema adalah lebih cepat dijalankan
daripada individu. Bahan latar yang paling sesuai ialah
seperti kain kanvas yang kasar supaya dapat menahan
berat kolaj di atasnya. Berat kertas dan fabrik adalah
berbeza. Lebihan kain perca boleh didapati dengan mudah
di kedai-kedai menjahit pakaian. Ia tidak memerlukan
budget yang besar. Permukaannya lembut dan sesuai
digunakan untuk murid-murid di sekolah rendah. Kain
perca boleh digunting, dipotong, digulung, ditindih atau
dilipat semasa proses menampal keatas permukaan.
Setelah ditampal, kesan-kesan jalinan dan kesan
permukaan tidak rata ke atas kolaj akan kelihatan
menghasilkan satu kelainan.
.Tali juga adalah antara bahan yang popular digunakan
dalam menghasilkankolaj. Bahan ini digunakan untuk
mengetahui dengan lebih dekat lagi tentang jalinan dan
bagaimana mengaplikasikan tali dalam kegiatan
menggambar. Berbagai jenis tali terdapat di pasaran dan
penggunaannya di dalam kolaj perlu disesuaikan dengan
jenis pelekat. Tidak semua bahan yang digunakan dalam
menghasilkan kolaj sesuai dengan satu jenis pelekat
sahaja. Cara meletakkan tali tersebut pada permukaan
boleh dipelbagaikan seperti berkumpulan, dipiuhkan,
Sarbinipani2009
disimpulkan, berantai, bergulung atau bebas supaya
mendapat permukaan jalinan yang berlainan. Permukaan
yang paling sesuai adalah dari jenis strawboard dan
kadbod ini boleh didapati secara percuma dari kotakkotak,
papan kalender dan papan iklan. Pelekat jenis
cepat kering sesuai
digunakan pada tali. Pelekat diratakan di atas permukaan
strawboard tersebutdan diratakan dengan spatula.
Kemudian tali yang telah disusun tadi dilekatkan
di atas permukaan bergam. Kadangkala tali yang berbagai
jenis ketebalannya dan berbagai jenis warna boleh
digunakan. Murid-murid lebih peka terhadap benda-benda
baru dan pelik. Mereka mula meneroka dan guru
mengambil peluang untuk bertanya. Mereka boleh
menjadi pencipta, boleh bercerita, menjadi pelukis apabila
berhadapan dengan berbagai alat, bahan dan media.
Mereka juga boleh mengaitkan pengalaman lalu dengan
benda-benda yang mereka lihat sekarang. Sebagai contoh
murid boleh menghasilkan sebuah kolaj diatas Âillustration
board atau mounting board
.Warna latar adalah sangat penting kerana setiap warna
yang digunakan untuk objek kemudian perlu berhubung
kait atau bersesuaian dengannya. Gunakan pisau kraf dan
pembaris untuk memotong rupa tanpa memikirkan bentuk
sebenar. Ini adalah satu cara bagaimana menjalankan
aktiviti menggambar secara lebih seronok dan
gembira. Teknik menggunting banyak berlaku pembaziran
kertas tetapi cebisan kertas tersebut boleh juga digunakan
untuk menghasilkan kolaj di masa akan datang.
.Memperkenalkan unsur ruang dan kedalaman dengan
membuatkan kerusi lebih kecil daripada objek di hadapan.
Satu cara memperkenalkan perasaan kedalaman atau
menampakkan ruang dalam kolaj ialah dengan
pertindihan objek. Dalam kolaj ini menindihkan epal dan
jug air secara automatik memberitahu pemerhati bahawa
jug air lebih jauh ke belakang daripada epal tersebut.
PERSEMBAHAN HASIL KARYA
Aktiviti kolaj boleh dikatakan agak rumit dan cerewet
untuk disudahkan kerana ia banyak melibatkan koordinasi
tangan, mata, ketekunan dan perasaan individu yang
menghasilkannya. Tahap perkembangan murid-murid
adalah berbeza dan banyak dipengaruhi oleh keupayaan
dan sikap kanak-kanak itu sendiri.
. pandai menyesuaikan tahap murid-murid yang hendak
diajar dengan aktiviti yang hendak dijalankan di kelas.
Tahap keupayaan kanak-kanak boleh dikategorikan
kepada tiga tahap iaitu
.tahap manipulatif,
.tahap simbolik dan tahap realistik.
Tahap manipulatif ialah tahap di mana kanak-kanak
suka meneroka apa saja yang dilihat dipersekitaran
mereka dan berusaha mendapatkan bukti-bukti dari
penerokaan mereka. Hasil kerja seni yang mereka buat
adalah untuk tujuan bergembira dan mendapatkan
keseronokan. Pada peringkat ini koordinasi tangan, mata
dan perkaitan dengan persekitaran mereka sangat
penting. Di peringkat simbolik pula kanak-kanak dikatakan
12/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR
NOTA PADAT MENGGAMBAR
.Pada tahap ini seorang guru itu haruslah
memperkenalkan berbagai jenis alat, bahan, media dan
teknik dalam setiap kegiatan menggambar yang mereka
jalani.
.Tujuannya adalah untuk menggalakkan murid-murid
berkomunikasi, berinteraksi dengan kawan-kawan dan
guru, meluahkan perasaan dan isi hati, membuat kritikan
yang membina dan membuat penilaian tentang
persembahan
.CONTOH 1
TAJUK: Kolaj dari tisu dan gambar majalah
OBJEKTIF: Rancang dan hasilkan sebuah kolaj berbentuk
2D dari bahan kertas tisu dan gambar majalah untuk
menerangkan konsep kesatuan dan keharmonian
ALATAN DAN BAHAN: kertas lukisan, pensel, tisu
berwarna-warni, kadbod,
gunting, gam, berus lukisan, marker, krayon atau cat,
gambar-gambar dari majalah.
ARAHAN:
1. Cari satu idea yang boleh dikaitkan dengan sikap
bekerjasama, tolong menolong, bersatu hati untuk
melambangkan kesatuan dan keharmonian
2. Rancang beberapa komposisi dengan menggunakan
lakaran-lakaran untuk mendapatkan gambaran secara
keseluruhan. Pilih satu yang terbaik.
3. Lukis lakaran yang dipilih di atas kertas putih keras.
4. Sediakan alat dan bahan yang diperlukan untuk
menghasilkan kolaj tersebut.
5. Cari dari majalah untuk mendapatkan kawasan dan
menggunakan bahagian yang berwarna dan gambargambar
yang boleh digunakan.
.Sebagai contoh: warna coklat pada kasut atau kek boleh
digunakan untuk menghasilkan batang pokok atau warna
biru air laut boleh digunakan pada
pakaian pada imej atau gambar dalam kolaj. Susun
gambar-gambar sebegitu rupa untuk menampakkan
konsep kesatuan dan keharmonian Semasa menampal
kertas berwarna dari majalah dan tisu-tisu berwarna,
tak perlu hasilkan secara teliti sebaliknya boleh ditindih
kertas-kertas tersebut supaya nampak lebih natural dan
bebas. Tidak perlu berada dalam keadaan kemas dengan
meletakkan kertas-kertas warna tersebut di dalam
garisan lakaran semasa menghasilkan kolaj.
6. Teknik-teknik lain boleh diaplikasikan seperti
menambahkan garisangarisan dengan menggunakan pen
marker, krayon, warna-warna poster,
gosokan dari objek yang berjalinan untuk menampakkan
kesatuan dan keharmonian dalam hasil kerja tersebut.
7. Bingkaikan hasil kerja kolaj tersebut dengan kemas dan
gantung di tempat yang sesuai supaya senang dilihat.
Jalani satu sesi penilaian dan kritikan
(apresiasi seni) secara mudah.
CARA-CARA MENILAI:
1. Apakah tema/tajuk yang boleh dipilih untuk
menerangkan tentang konsep kesatuan dan keharmonian?
2. Apakah elemen-elemen yang perlu diambilkira semasa
menghasilkan lakaran?
3. Lakaran yang mana satu dipilih dan kenapa?
4. Apakah jenis alat, bahan, media dan teknik yang anda
gunakan dalam kolaj tersebut?
5. Bagaimana kamu membuat eksperimen dengan
tindihan kertas-kertas warna dari majalah, kertas-kertas
tisu dan imej-imej yang digunakan?
6. Apakah teknik tambahan yang anda gunakan untuk
melengkapkan kolaj tersebut?
7. Terangkan bagaimana kamu membuat persembahan
dan kemasan kolaj anda?
8. Apakah perasaan anda apabila melihat hasil kerja
anda?
9. Apakah sebenarnya yang hendak anda sampaikan
dalam kolaj tersebut?
10. Adakah anda bersihkan kawasan kerja anda?
CONTOH 2
TAJUK: Kolaj media campuran
OBJEKTIF: Hasilkan sebuah kolaj media campuran dengan
menggabungkan
simbol-simbol visual, bahan-bahan terbuang/jumpa dan
sebahagian dari lagu/ sajak.
ALAT DAN BAHAN: Kertas lakaran, pensel, kertas lukisan
tebal, barangan jumpa atau bahan terbuang, majalah,
gunting, gam, warna-warna kering, warnawarna
basah dan kadbod poster.
ARAHAN:
1. Lihat contoh media campuran oleh pelukis terdahulu.
Perhatikanbagaimana mereka menghasilkannya.
2. Untuk menghasilkan kolaj yang bermakna, fikirkan
bahagian atau barisbaris
penting pada lirik lagu atau sajak. Tulis lirik yang dipilih
dan fikir
tentangnya untuk diaplikasikan ke dalam kolaj.
3. Fikirkan imej atau gambar-gambar yang bersesuaian
dengan lirik/baris
sajak yang dipilih.
4. Kumpul bahan-bahan lain untuk digunakan dalam
menghasilkan kolaj.
5. Fikirkan tentang jalinan, rupa, bentuk, saiz dan warna
bahan yang
dikumpul.
6. Buat satu lakaran ringkas untuk mendapatkan idea
keseluruhan kolaj.
Fikirkan bagaimana anda dapat selitkan atau simpulkan ke
dalam katakata yang dipilih sebagai salah satu elemen
penting dalam kolaj.
7. Susun di permukaan kertas tebal bahan-bahan yang
dipilih untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kolaj
dan jangan digam.
Sarbinipani2009
13/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR
NOTA PADAT MENGGAMBAR
Ambil masa untuk membuat pengubahsuaian sehingga
anda berasa puas hati tentang cara susunan bahan-bahan
tersebut barulah dilekat.
9. Tambah warna, jalinan, garisan, huruf ke atas kolaj
anda supaya nampak lebih menarik.
10. Buat persembahan dan kemasan dan gantung
ditempat yang sesuai.
11. Jalani sessi ekspresi diri, luahan perasaan,
penghargaan, pujian dan kritikan seni bersama rakan dan
guru.
RUMUSAN KOLAJ
.satu komposisi artistik yang mengandungi berbagai imej.
Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak,
menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas
permukaan rata.
Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj
adalah dari bahanbahan terbuang, jenis kekacang,
berbagai jenis kertas dan fabrik.
. Pelekat-pelekat dan alatan yang digunakan dalam
menghasilkan kolaj mempunyai kegunaannya yang
tersendiri.
Berbagai jenis permukaan boleh digunakan dalam
menghasilkan kolaj bergantung kepada jenis bahan-bahan
yang hendak digunakan.
Teknik-teknik yang berbagai dalam kolaj mempunyai
kesan yang berlainan pada setiap kolaj yang dihasilkan.
Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolaj
perlu fikirkan tema terlebih dahulu.
.Tema, alatan, bahan dan media perlu disesuaikan
dengan tahap umur murid.
Langkah permulaan menghasilkan kolaj ialah dengan
membuat lakaran untuk mendapatkan idea atau tema.
. Penekanan terhadap warna pada latar belakang, rupa,
bentuk, ruang, yang berkaitan dengan tajuk perlu
diutamakan semasa menghasilkan kolaj.
Langkah terakhir yang sangat penting dan perlu
dititikberatkan ialah memperlihatkan kejadian sebenar.
. Aktiviti kolaj banyak melibatkan koordinasi tangan dan
mata, ketekunan dan perasaan individu.
Dalam aktiviti kolaj, guru harus menyesuaikan tahap
umur murid-murid dengan aktiviti kolaj yang hendak
dijalankan.
Tahap keupayaan murid boleh dibahagikan kepada 3
bahagian iaitu tahap manipulatif, tahap simbolik, dan
tahap realistik.
Tahap manipulatif ialah tahap di mana murid suka
meneroka, mencari
bukti dan mendapatkan keseronokan.
Tahap simbolik ialah tahap di mana murid boleh
menjalani eksperimen mudah dan suka terhadap sesuatu
benda.
.Tahap realistik ialah tahap di mana murid berada di
peringkat matang dan
boleh meluahkan perasaan melalui hasil kerja mereka.
5 MONTAJ
Sarbinipani2009
Definisi: Montaj:

Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu


permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran,
kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar
Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan
dari manamana media cetak untuk menghasilkan satu
tajuk atau tema.
Satu corak tidak semestinya bermaksud sebagai kerja
seni halus dibuat melalui proses menampal satu bahan ke
atas bahan yang lain
.Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto
dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi
imej yang terhasil daripada cantuman beberapa imejan
hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang
ada
seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang
disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk
menghasilkan satu imej.
.komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik
superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar
dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil
karya montaj.
. Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau
corak disusun secara bertindih di antara satu sama lain.
.Teknik mencantum dalam satu elemen komposisi
fofografi daripada sumber-sumber yang berlainan seperti
sebahagian daripada foto-foto.
. Proses menghasilkan satu komposisi gambar supaya
menjadi satu komposisi daripada bahagian gambar atau
imej disusun menjadi satu hasil kerja seni
. Aktiviti superimpose daripada berbagai elemen.
(b) Sejarah Ringkas
.Foto montaj ialah satu proses menghasilkan komposit
gambar dengan cara menggunting dan mencantum
beberapa foto daripada berbagai sumber.
.Komposit foto kadangkala dirakam supaya imej terakhir
yang dihasilkan akan menjadi satu cetakan fotografi. Cara
yang sama digunakan pada zaman sekarang
menggunakan image editing software. Teknik ini
digunakan oleh orang-orang professional sebagai
compositing atau photoshopping.
Contoh terdahulu Seni Halus dalam bidang fotomontaj
mengandungi elemen-elemen fotografi superimpose
digabungkan dengan warna-warna basah. Kombinasi
seperti ini dihasilkan oleh George Grosz pada tahun 1915.
Pergerakan Dadaisme di Berlin banyak menghasilkan
aktiviti montaj dalam seni rupa moden. Pelukis-pelukis
dari aliran Dadaisme telah menggabungkan foto-foto
mereka untuk menghasilkan subjek baru atau imej visual
sebagai alat yang berkuasa untuk pergerakan Dadaisme
menentang Perang Dunia Pertama.
.Teknik foto montaj ini kemudiannya menjadi ikutan
ramai dan digunakan oleh pelukis-pelukis aliran
Surealisme seperti Salvador Dali. Retrospektif
pameran pertama dunia dalam foto montaj diadakan di
German pada 1931. Kemudian menular pula kepada
orang-orang eropah lain dan menggelar
14/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR
NOTA PADAT MENGGAMBAR
(c) Alat dan Media
Setiap pelukis mempunyai cara dan gaya yang tersendiri
apabila ingin menghasilkan kerja-kerja seni. Dalam
penggunaan alatan dan media untuk menghasilkan satu
hasil kerja seni, pelukis akan mengenalpasti bahan
apakah yang sesuai dan senang untuk didapati supaya
kerja-kerja yang hendak dijalankan tidak terganggu.
Berikut ialah beberapa contoh alatan dan bahan yang
boleh digunakan dalam penghasilan aktiviti montaj:

Gambar foto sebenar seperti gambar keluarga, alam


semulajadi,
haiwan, alam benda
Gambar atau ilustrasi dari majalah/surat khabar seperti
figura, lanskap, tumbuh-tumbuhan, situasi
Gunting, pisau pemotong kertas, berbagai jenis gam
Warna basah seperti warna tempera, warna air, warna
poster, dakwat basah dan berus lukisan
Gambar-gambar atau imej yang telah diimbas dengan
menggunakan pengimbas
Bahan-bahan terbuang seperti gambar-gambar yang
dijumpai, cawan /pinggan kertas, imej kartun dari
majalah,
Berbagai jenis tiket seperti tiket bas, tiket kereta sewa,
tiket panggung wayang.
(d) Teknik
Aktiviti montaj bukan sahaja boleh dihasilkan secara
manual tetapi ianya boleh dihasilkan dengan
menggunakan komputer melalui perisian-perisian yang
telah dinyatakan.
.beberapa teknik penghasilan montaj yang boleh
dijalankan:
Montaj keluarga
R Photomontaj (digital image)
Montaj dari bahan terbuang
Montaj campuran
Montaj tiket
Montaj berlainan tema
Montaj alam semulajadi
Montaj figura
Montaj alam benda
Montaj corak huruf
Montaj haiwan
Montaj tema serupa
Montaj tampalan (patchwork)
APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK
Kebiasaannya montaj memerlukan gambar foto sedia ada
yang boleh didapati dari majalah, akhbar, pengambar
menggunakan kamera digital, dapatan dari internet,
gambar yang diimbas lalu ditampal dan digam gambar

gambar tersebut untuk menimbulkan kesan kelucuan,


pengajaran dan sindiran terhadap sesuatu
tema atau tajuk yang hendak dibuat.

.Di zaman yang serba moden ini, teknik montaj


diperluaskan lagi dengan menggunakan bantuan
komputer melalui perisian-perisian tertentu seperti
photoshop, digital image, paintbrush dan banyak lagi.
Walau bagaimana pun kesesuaian aktiviti montaj
menggunakan bantuan komputer perlu dijalankan
mengikut kemudahan sedia ada samada di rumah atau di
sekolah.
CONTOH 1
Tema: Montaj keluarga
Alat dan Media: Foto keluarga yang diimbas dengan
menggunakan pengimbas,
gunting, gam akrilik lutsinar, warna tempera, bingkai
gambar
plastik, gam getah, butang, tali hiasan, kain tebal (felt
cloth),
berus lukisan,
Cara-cara menghasilkannya:
1. Potong setiap gambar foto keluarga.
2. Guna berus lukisan untuk menyapu gam akrilik di atas
bingkai plastik. Tampalkan kain tebal pada permukaan
bingkai.
3. Letakkan gambar foto di atas bingkai plastik. Gosok
setiap gambar foto yang dilekatkan dengan jari. Pastikan
gambar foto dilekatkan dengan baik supaya tidak ada
gelembung udara di bawahnya.
4. Setelah gam kering, sapukan pula gam akrilik di
sekeliling gambar foto tersebut.
5. Setelah gam akrilik cukup kering, bancuhkan warna
tempera (warna ikut suka) dengan satu sudu gam akrilik.
Gunakan bancuhan warna tersebut
untuk menyapu dibahagian keliling gambar. Keringkan
6. Bila cukup kering sapukan perekat simen di atas
bingkai plastik tadi.
7. Letakkan tali hiasan di atas perekat simen tersebut.
8. Hiaskan montaj dengan menggunakan butang.
CONTOH 2
Di peringkat sekolah rendah guru boleh mencadang
kepada murid cara mudah menghasilkan aktiviti montaj
dengan menggunakan teknik dari contoh dua ini.
Tema atau tajuk perlu disesuaikan dengan gambar foto
yang ada pada setiap individu. Murid boleh menghasilkan
montaj ini dengan menggunting gambar tersebut dan
menyesuaikan kedudukan gambar pada bahagian latar.
Imej-imej yang digunakan boleh didapati dari surat
khabar, majalah, gambar foto, gambar
yang telah diimbas atau dapatan dari internet.
Berlainan pula dengan contoh montaj
yang dihasilkan dari tiket dan keratan
tulisan dari akhbar. Montaj yang
dihasilkan ini adalah bertemakan huruf huruf.
Murid boleh mengumpulnya dari akhbar atau majalah.
Sarbinipani2009
15/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR
NOTA PADAT MENGGAMBAR
RUMUSAN MONTAJ
.satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan
gambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama.
.menggunakan teknik memotong, menampal dan
mencantum.
Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar
(mozek) digunakan dalam aktiviti montaj.
Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej
baru.
Teknik superimpose, image editing photography
digunakan dengan menggunakan komputer dalam
menghasilkan montaj.
George Grosz (1915) menggabungkan warna-warna
basah (seni halus) dan elemen-elemen fotografi
superimpose dalam karya montajnya.
. Pelukis dari pergerakan aliran Dadaisme di Berlin banyak
menghasilkan aktiviti montaj dalam seni rupa moden.
. Pameran pertama dunia dalam foto montaj telah
diadakan di German pada
1931.
. Alat, media dan teknik untuk menghasilkan montaj perlu
disesuaikan dengan kemudahan yang ada.
.boleh digabungkan dengan aktiviti catan, kolaj dan
mozek.
Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh
dikategorikan kepada tema lanskap, alam benda, figura
dan corak huruf.
Montaj yang berkualiti menggabungkan unsur-unsur
seni dan prinsipprinsip rekaan dalam hasil kerja.
Subjek matter yang diguna dalam montaj boleh diulang
untuk mendapatkan kesan keseragaman.
Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra
digunakan dalam montaj untuk menarik perhatian
pemerhati.
Garisan grid yang digunakan dalam montaj adalah
sebagai rangka panduan untuk mereka letak subjek dalam
sesebuah gubahan.
. Aktiviti montaj yang menggunakan image editing
software dapat menarik minat murid menghasilkan
montaj.
CETAKAN 6
(a) Definisi Cetakan
.satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat
yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu
permukaan. Seseorang pelukis biasanya akan menentukan
berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam
sesuatu edisi
.proses ulangan imej daripada satu permukaan yang
disediakan ke atas sesuatu permukaan lain
. Proses di mana satu hasil kerja seni dicipta dalam
beberapa kuantiti.
Imej atau gambar yang dihasilkan dengan
menggunakan acuan plat
. Proses menghasilkan imej di atas permukaan rata.
Satu hasil kerja seni yang menggunakan acuan cetakan
untuk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan.
. Perindahan imej yang berdakwat daripada satu
permukaan blok kepada permukaan lain iaitu kertas atau
kain.
.Proses menggambar atau mencorak yang dilakukan
dengan cara memotong, mengguris di atas permukaan
plat dan menggunakan dakwat
Satu proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas
sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain.
Cetakan bererti mengecap corak atau gambar yang
sama dengan menggunakan alatan dan tertentu.
kertas
(b) Alat dan Media Cetakan
Cetakan adalah salah satu kegiatan dalam bidang
menggambar. Aktiviti
cetakan yang dilakukan dalam pembelajaran di kelas
bergantung kepada tahap kecerdasan murid. Berbagai
jenis cetakan dengan menggunakan berbagai jenis
peralatan dan bahan boleh dihasilkan. Berikut ialah contoh
beberapa peringkat cetakan dari mudah ke sukar yang
boleh dijalankan di peringkat sekolah rendah:
(i) Tahap Pengenalan
Cetakan jari
Cetakan tumbuh-tumbuhan
Cetakan dari renyukan kertas
Sarbinipani2009
16/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR

Cetakan dakwat
Cetakan span
Cetakan krayon
Alat dan media cetakan yang boleh dicadangkan untuk
aktiviti cetakan di
peringkat/tahap pengenalan seperti kertas lukisan, stamp
pad berbagai jenis bunga-bungaan, batang pokok, daun,
sayur-sayuran, kertas tisu, span, krayon, warna poster,
warna mural, bahan-bahan terbuang yang mempunyai
permukaan rata tetapi berjalinan, duit syiling, berus,
pensel, sikat, kunci, klip kertas dan sebagainya.
(ii) Tahap Pertengahan
Cetakan tanah liat
Cetakan plastisin
Cetakan kentang
. Cetakan tali
Cetakan blok getah
Cetakan duo
Cetakan stensil
Cetakan mono
Di peringkat pertengahan murid telah mempunyai
pengalaman asas dalam kegiatan cetakan. Aktiviti boleh
diteruskan dengan menjalani aktiviti cetakan yang lebih
mencabar. Di antara alat dan bahan yang boleh
dicadangkan adalah seperti tanah liat, plastisin, warnawarna
mural, warna-warna poster, berus, kertas lukisan,
jenis-jenis tumbuh-tumbuhan yang boleh diukir, pisau,
stamp pad, kadbod, gam, berbagai jenis tali, krayon,
penggelek, dakwat/minyak lino, span, getah lino dan lain-
lain yang bersesuaian dengan tahap kecerdasan murid.
6.1 Cetakan daun
6.2 Cetakan dari kentang
(iii) Tahap Lanjutan
Cetakan lino
Cetakan skrin/stensil
Cetakan blok kayu
Di tahap lanjutan aktiviti cetakan boleh diteruskan dengan
penggunaan alat, media dan bahan seperti blok kayu,
getah lino dan stensil. Peralatan yang dicadangkan ialah
seperti foam polisterin, pisau untuk memotong, objek
tajam untuk menoreh pada polisterin, penggelek, cermin
untuk menggelek dakwat lino, dakwat pekat, kertas
lukisan atau kertas beras, surat khabar, pad cetakan surat
khabar, linoleum, blok kayu, silk skrin, sekuji, item stensil,
pemotong stensil yang tajam, kadbod tebal, sudu dan
lain-lain yang berkenaan.
(c) Media dan Teknik-teknik Cetakan
Cetakan yang baik biasanya bergantung kepada jenis
peralatan dan media yang digunakan, teknik-teknik
cetakan yang dihasilkan dan kemahiran mencetak. Berikut
adalah contoh beberapa teknik rekabentuk cetakan
sebagai garis panduan bagaimana seseorang itu
boleh menghasilkan cetakan yang baik dan bermutu:
Sarbinipani2009
1. Teknik bayangan gelap -- bahagian latar belakang
objek tidak dicetak dan hanya objek sahaja yang di cetak
2. Teknik bayangan putih -- bahagian imej dibuang atau
tidak dipakai dan hanya bahagian luar objek dikekalkan
3. Teknik garis luar gelap -- hanya garisan pada objek
dikekalkan. Bahagian dalam dan luaran objek di buang
4. Teknik garisan luar putih -- bahagian latar belakang
yang dicetak. Bahagian garisan pada objek tidak dicetak.
TEKNIK CETAKAN MONO
.Teknik cetakan mono adalah teknik yang sering
digunakan di sekolah. Rembrandt dan Edgar Degas adalah
pelukis barat yang terkenal pada suatu masa dahulu telah
menggunakan teknik mono print dalam hasil karya
mereka. Bahan-bahan yang digunakan untuk
menghasilkan cetakan mono ini ialah seperti sekeping
cermin yang mana bahagian hujung cermin perlu ditampal
untuk mengelakkan dari tercedera. Sekeping lino
digunakan dan ditampal pada sekeping kayu supaya
senang proses mencetak. Proses cetakan mono ini
bermula dengan mengaplikasikan cat, warna atau dakwat
cetakan diletakkan di atas cermin. cermin jenis tebal.
Apabila gambar dihasilkan, kertas lukisan diletakkan di
atas warna tersebut lalu ditekan kertas secara perlahanlahan
dengan menggunakan tapak tangan. Tiga faktor
yang mempengaruhi hasil kerja cetakan ini:
Kekentalan atau kepekatan (viscosity) warna, cat atau
dakwat cetakan
Tekanan yang dilakukan ke atas kertas
Jenis kertas dan sejauh mana resapan warna itu berlaku
Variasi lain bagaimana teknik cetakan mono dihasilkan
ialah secara Âpaper stop
out methodÊ. Murid meletakkan cebisan kertas di atas
dakwat mengikut kreativiti sendiri. Kemudian kertas
diletak di atas cebisan tadi lalu digelak dengan
penggelek. Cebisan kertas bertindak sebagai stop out bagi
dakwat yang ada di bawah dan kawasan tersebut menjadi
kesan negatif dalam cetakan. Terdapat beberapa cara
bagaimana dapat menghasilkan cetakan mono yang baik:
Menyusun peralatan dan bahan sebelum cetakan
dijalankan.
. Pastikan dakwat tidak digunakan sewenang-wenangnya
oleh murid.
. Adakan demonstrasi sebelum cetakan dijalankan.
Sediakan tempat untuk menggantung sehingga kering
cetakan yang dihasilkan.
Cetakan dibuat diatas tempat meja yang panjang.
. Peralatan dan bahan mencetak diletak di hujung setiap
meja supaya senang didapati.
Setiap proses yang hendak dijalankan (secara langkah
demi langkah)
dibimbing oleh guru terlebih dahulu.
Memilih cetakan yang terbaik daripada cetakan yang
lain.
Setelah kering cetakan boleh diletakkan di dalam lipatan
buku yang tebal untuk mendapatkan kesan yang lebih
baik lagi.
Cetakan boleh di bingkaikan.
17/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR

Sediakan bahan pencuci, pengelap supaya kerja tidak


comot.
. Pastikan semua warna/dakwat adalah serap air (water
soluble).
Walaupun teknik cetakan mono nampak mudah tetapi
sebenarnya ianya susah/ cerewet untuk dijalankan kecuali
guru sudah ada pengalaman cukup tentang
tajuk tersebut. Cabaran yang dilalui oleh murid dalam
proses mencetak setidaktidaknya memberi perangsang
kepada mereka untuk mencuba lagi dan ingin
menjalani proses tersebut itu lagi di masa akan datang.
Pengalaman ini akan menjadi satu aktiviti yang berharga
bagi mereka dan mendapat idea atau gambaran
keseluruhan tentang proses cetakan mono dijalankan.
Adalah amat digalakkan murid menjalani proses cetakan
ini berada dalam kumpulan kecil terutama apabila
pertama kali menghasilkannya
Di peringkat sekolah rendah murid-murid banyak
didedahkan dengan aktiviti melibat penggunaan bahanbahan
dari alam semula jadi yang terdapat di persekitaran
mereka seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daun, bunga
batang dan ranting pokok. Selain dari itu bahan-bahan
buangan yang masih boleh digunakan untuk aktivitiaktiviti
seni juga digunakan. Di bawah ini disenaraikan
beberapa tips dan teknik untuk menghasilkan cetakan dari
alam semula jadi dan bahan buangan:
. Pilih bahan-bahan yang berjalinan dan tahan untuk
dicetak.
. Pilih bahan-bahan yang senang untuk dipegang semasa
mencetak.
Kawasan yang hendak dicetak perlu mempunyai
permukaan yang rata untuk dicetak.
Untuk cetakan jenis umbisi corak diukir terlebih dahulu
sebelum cetakan dilakukan.
Warna atau dakwat diratakan dipermukaan corak
sebelum dicetak.
. Adalah digalakkan menggunakan warna legap untuk
mendapat kesan cetakan yang cantik.
Untuk mendapatkan kesan cetakan yang cantik pada
permukaan kayu, kayu direndam terlebih dahulu supaya
jalinannya kembang dan menghasilkan corak yang
menarik.
Kemudian celup kayu berjalinan tersebut dalam warna
dan aplikasikan pada permukaan cetakan di atas kertas.
TEKNIK CETAKAN TIMBULAN LINO, KAYU
Cetakan jenis ini melibatkan kemahiran yang tinggi dalam
proses cetakan dan lebih sesuai digunakan untuk murid di
tahap dua. Ia melibatkan proses mengukir secara lebih
teliti dengan menggunakan alatan khas seperti carving
Tools . Berikut ialah di antara teknik-teknik atau tips bagi
menjalankan proses
cetakan dengan menggunakan bahan seperti lino dan
kayu:

Lino atau kayu diukir dengan pisau pengukir (carving


tools) untuk mendapatkan corak atau gambar yang
hendak dicetak
Dakwat digelekkan pada kepingan kayu atau lino
Cetakan dilakukan di atas kertas yang sesuai seperti rice
paper
Cetakan diulang beberapa kali untuk mendapatkan satu
edisi cetakan bagix tajuk tertentu
Ciri-ciri keselamatan perlu diberitahu kepada murid
sebelum memulakan cetakan.
Terdapat berbagai jenis pisau pengukir seperti pisau
jenis rata, pisau jenis v, pisau jenis u, dan pisau jenis
sendeng. Ia juga didapati dalam saiz yang
berbeza.
. Pisau jenis v digunakan untuk mendapatkan kesan
garisan atau jalinan yang lebih halus manakala pisau jenis
u pula digunakan untuk mendapatkan kesan lekukan.
. Pastikan pisau pengukir sentiasa tajam supaya proses
mengukir dapat dijalankan dengan baik
. Pastikan kertas yang hendak digunakan adalah jenis
kertas yang sesuai. Kertas yang terlalu nipis akan melekat
ke atas blok apabila dicetak manakala kertas jenis tebal
atau Âconstruction paperÊ tidak dapat mengangkat atau
melekat dakwat sepenuhnya dengan sempurna pada
permukaan blok yang dicetak.
Cetakan yang digunakan di atas permukaan kain perlu
menggunakan warna jenis Âoil basedÊ atauÊPrinters inkÊ
yang boleh kekal di permukaan
kain tersebut. Penggelek dan kepingan cermin digunakan
sebagai palet dan berus.
. Penggunaan kertas-kertas selain daripada kertas lukisan
biasa menampakkan kelainan dalam menghasilkan projek
cetakan seperti
(a) menggunakan kertas majalah dijadikan kolaj
(b) helaian daripada buku telefon
(c) kertas yang mempunyai corak pualaman
(d) kertas buatan sendiri
(e) kertas tisu atau kertas tandas
(f) kertas komik
(g) kertas suratkhabar
APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK
Mencetak atau menstensil merupakan kaedah yang baik
apabila hendak menghasilkan lebih dari satu huruf diatas
permukaan kertas. Bahan yang dicadangkan ialah seperti
ubi kentang, getah pemadam yang dipotong huruf di
atasnya supaya ia menjadi permukaan timbul yang boleh
digunakan untuk mencetak Apa yang perlu dilakukan ialah
mengecat warna pekat ke atas permukaan huruf yang
diukir dengan pisau dan mencetak di atas permukaan
kertas. Hasilkan cetakan ini berulang kali dengan
menggunakan berbagai warna. Pasti hasil kerja yang anda
lakukan itu memuaskan hati anda. Membuat corak dengan
huruf juga merupakan satu lagi cara mengaplikasikan
teknik cetakan yang baik. Cuba cetak huruf terbalik secara
ke atas, kebawah, ke
belakang dan kedepan atau lain kata cetak secara teknik
cerminan. Cetak dengan menggunakan warna-warna
harmoni, penggenap, kontra supaya anda boleh
jadikan hasil cetakan ini sebagai pembalut hadiah yang
menarik Teknik mengecap menggunakan jari juga
Sarbinipani2009
18/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR
NOTA PADAT MENGGAMBAR
Sarbinipani2009
seni dalam proses cetakan. Sebagai contoh cetakan
dihasilkan dengan menggunakan polistrin. Toreh polisterin
dengan menggunakan bahan tajam seperti hujung pensel
untuk menghasilkan corak atau gambar. Kemudian cetak
seperti biasa dan elemen garisan dan rupa akan terhasil
dari cetakan tersebut. Selain dari cetakan polisterin, murid
di peringkat lanjutan boleh menghasilkan
aktiviti cetakan kayu, lino dan silk skrin.
PERSEMBAHAN HASIL KARYA
.dilengkapkan dengan meletakkan bingkai.
.diletakkan tajuk cetakan dan bahagian bawah kanan
diletakkan nama atau tanda tangan penulis dan tahun
dicetak.
.Berdialog dengan hasil kerja seni bermakna memasuki
dan berinteraksi dengan hasil kerja tersebut,
mengalaminya apabila melihat hasil cetakan tersebut,
respon terhadap gambar.
.Dalam menilai sesuatu cetakan perkara-perkara yang
boleh diambilkira apabila
membuat kritikan dan penilaian tentang hasil karya ialah
melihat dari sudut:
1. Diskripsi: tema, tajuk dan subjek
Siapa artist tersebut?
Apakah tajuk cetakan?
Berapa saiz cetakan?
Bila ianya dihasilkan?
Apakah imej yang terdapat dalam cetakan tersebut?
Apakah temanya?
Apa yang berlaku?
Apakah idea yang penting atau pengalaman yang dapat
dilihat?

2. Diskripsi: alat, bahan, media dan teknik


Apakah teknik, media, proses yang digunakan oleh artist
tersebut?
Jenis warna?
Alatan dan bahan yang digunakan?
Tanah liat, kayu, polisterin, sayur?

3. Analisa: unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip


rekaan seni
Apakah unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan yang
digunakan?
Garisan, rupa, bentuk, nilai, warna, corak, jalinan, ruang,
imbangan,
pergerakan, kontra, kesatuan, kepelbagaian.
Bagaimana asas senireka tersebut di satukan dalam satu
komposisi?
4. Analisa: historical significance
Apakah kepentingan sejarah dalam hasil kerja seni
tersebut?
Bagaimana subjek dan stail yang digunakan?

5. Interpretasi: dari sudut estetik


Bagaimana pemahaman anda tentang makna cetakan
tersebut?
Bagaimana mood atau perasaan kamu apabila melihat
cetakan itu?

6. Penilaian: perbincangan lanjut


19/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR
NOTA PADAT MENGGAMBAR
a
keseluruhannya?
Bagaimana anda nilai hasil kerja ini? Biasa, sederhana,
baik, cemerlang?

RUMUSAN CETAKAN
.proses hasil kerja seni yang diulang dan dicipta dalam
bentuk edisi dengan menggunakan dakwat
.dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu
permukaan
.proses menggambar dan mencorak yang dilakukan
dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat
.proses penerapan blok ke atas permukaan rata
. Alat dan media cetakan boleh dikategorikan kepada tiga
bahagian seperti alam semulajadi, alam benda dan bahan
terbuang
Jenis cetakan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian
iaitu tahap pengenalan, pertengahan dan tahap lanjutan.
Teknik bayangan gelap, teknik bayangan putih, teknik
luar gelap dan teknik luar putih adalah diantara teknik
cetakan yang popular dihasilkan.
Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu
dan lino) boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah rendah.
. Pemilihan dalam menggunakan teknik-teknik cetakan
yang sesuai perlu diambilkira terhadap tahap kecerdasan
murid terlebih dahulu.
Tema dan tajuk cetakan yang berbagai-bagai perlu
disesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
. Aktiviti cetakan di peringkat pengenalan merujuk kepada
pendekatan cara mudah dihasilkan.
. Aktiviti cetakan di peringkat pertengahan merujuk
kepada pendekatan penyelesaian masalah.
. Aktiviti cetakan di tahap lanjutan merujuk kepada
pendekatan open minded problem .
Hasil karya boleh dinilai, dikritik dan dihargai
berdasarkan dari beberapa sudut iaitu sudut diskripsi,
analisa, interpretasi dan penilaian.
7 GOSOKAN
(a) Definisi Gosokan
.proses menggosok dan merekod corak daripada
permukaan yang berjalinan
.proses penerokaan murid mula menggambar melalui
deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka.
.cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan
berbagai jalinan pada sesuatu permukaan.
. Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di
antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil.
Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel,
kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas
suatu permukaan yang berjalinan.
Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat
dengan meletakkan sekeping kertas di atas sesuatu
permukaan denganmenggosok menggunakan bahan
tertentu.
dianggap satu eksplorasi permukaan supaya dapat
mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan
dan ton.
Mengikut Kamus Dewan, gosokan bermakna
bergeser, bergesel, menggosok dengan (tangan, barang
dll) menggunakan sesuatu untuk menggosok.
.Menurut Glosari Seni Lukis pula gosokan bermakna
pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu
permukaan ke permukaan lain dengan cara
menggosokkan pensel di atas permukaan yang
hendak dipindahkan.
Sukatan Pelajaran KBSR, kegiatan gosokan
menjadi salah satu cadangan aktiviti yang boleh
dilaksanakan dalam bidang menggambar. Ia menjadi
salah satu cara yang kreatif untuk mempersembahkan
suatu hasil kerja seni.
.dapat memperkembangkan deria lihat
terhadap persekitaran dan boleh menghasilkan berbagai
perasaan seperti gembira, suka, minat, selesa dan
sebagainya. Apabila kita mengaplikasikan aktiviti gosokan
dalam aktiviti seni, tak secara langsung akan peka
terhadap setiap permukaan yang terdapat di persekitaran.
.Kita boleh mengetahui bahawa setiap permukaan yang
berjalinan boleh menghasilkan berbagai corak yang
menarik. Pengajaran dan pembelajaran di kelas tidak akan
menjadi bosan dan dapat menarik minat murid-murid
dalam penerokaan sesuatu permukaan.
Walaupun terdapat beberapa permukaan jalinan yang
sama antara satu sama lain tetapi apabila dihasilkan
secara gosokan akan menghasilkan corak permukaan
yang berlainan. Biasanya permukaan yang mempunyai
jalinan yang kasar dan rapat akan menghasilkan ton yang
lebih gelap berbanding permukaan yang mempunyai
jalinan yang jarang dan nipis.
(b) Alat dan Media
.terpulang kepada pengkarya itu sendiri. Walau
bagaimana pun diperingkat sekolah rendah, peralatan,
bahan dan jenis media adalah terhad kepada kemampuan
dan keupayaan tahap murid itu sendiri.
Berbagai jenis pensil (jenis lembut dan keras), pensel
berasaskan lilin dan berbagai jenis pensel warna yang
terdapat di pasaran. Pensel dan pensel warna akan
memberikan kesan yang halus. Kesan graphite
pada mata pensel jenis lembut adalah paling sesuai untuk
dibuat gosokan tetapi cepat rosak. Apa yang perlu dibuat
ialah dengan menyembur fixer atau pemati warna pada
bahagian berjalinan atau meletakkan satu lapisan plastik
pada permukaan jalinan.
Kapur dan pastel yang berbagai warna. Jalinan yang
dihasilkan tidak akan kekal lama kerana kapur dan pastel
adalah bahan kering dan rapuh. Perlu menggunakan
penyembur pemati warna atau fixatif untuk melindungi
jalinan daripada rosak.
.Cara menghasilkan jalinan tersebut ialah dengan
meletakkan kertas nipis di
Sarbinipani2009
20/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR
NOTA PADAT MENGGAMBAR
.Tekanan yang kuat dan rapat dengan permukaan jalinan
akan menghasilkan jalinan yang lebih gelap. Manakala
tekanan yang lemah dan jauh dari permukaan jalinan
akan menghasilkan jalinan yang kurang gelap.
Berbagai jenis warna krayon dan krayon lilin.
Memberikan kesan yang tebal dan dapat memberikan
kesan gosokan yang lebih nyata. Penggunaan krayon
digosok secara sisi atau dibaringkan akan menghasilkan
kesan jalinan yang lebih baik daripada menggunakan
mata krayon. Gosokan di atas permukaan yang berjalinan
dengan menggunakan krayon lilin, kemudian disapukan
warna air di atasnya akan menghasilkan satu teknik baru
dalam aktiviti gosokan yang dipanggil resis.
. Arang semulajadi dari pembakaran kayu atau arang
pensel yang dijual di kedai menjual peralatan seni.
Gosokan yang dihasilkan dengan menggunakan arang
mudah rosak apabila disentuh kerana bahannya jenis
rapuh. Semburan pemati warna yang disembur ke atas
permukaan jalinan akan menyelamatkan keadaan lukisan
atau corak daripada rosak.
Kertas surat khabar yang belum bercetak, kertas
pengalas rak-rak dapur yang jenis nipis, kertas kartrij,
kertas taip dan lain-lain kertas yang bersesuaian.
Penggunaan berbagai jenis kertas ini adalah sebagai
bahan untuk mencetak jalinan apabila digosok.
Contohnya:
kertas diletakkan di atas permukaan yang berjalinan dan
digosok dengan krayon diatas permukaan kertas.
Kawasan yang timbul adalah kawasan terkena gosokan
manakala kawasan yang tenggelam tidak terkena gosokan
dan kekal pada warna kertas itu sendiri. Apabila memilih
jenis permukaan jalinan yang hendak digosok, murid
harus menggunakan kreativitinya untuk mencari dan
meneroka berbagai jenis permukaan yang terdapat
dipersekitaran mereka. Secara keseluruhannya kita boleh
melihat bahawa jalinan-jalinan yang hendak
diaplikasikan pada aktiviti gosokan boleh dibahagikan
kepada 2 kategori iaitu jalinan yang terdapat di alam
semulajadi atau ciptaan Tuhan dan jalinan buatan
manusia. Hampir semua permukaan yang tidak rata akan
respon terhadap gosokan.
Senarai di bawah adalah di antara contoh-contoh
yang boleh dijadikan panduan untuk menghasilkan jalinan
dalam aktiviti
gosokan:
R Permukaan pada kulit buah-buahan yang kasar seperti
kulit buah nangka, cempedak, oren, nona, nanas.
R Peralatan rumah dan dapur seperti pengayak tepung,
penapis kelapa, bakul rotan, tikar, cermin tingkap, tikar
buluh, alas meja yang bercorak, alas periuk, pasu bunga
bercorak, ukiran hiasan dinding
Pakaian seperti tali pinggang, beg tangan yang
berjalinan, topi anyaman, tapak kasut atau selipar
Sarbinipani2009
Kenderaan seperti tayar kereta, tempat duduk kereta,
alas kaki, bahagian-bahagian permukaan kereta yang
berjalinan.
R Aksesori wanita dan lelaki seperti rantai, gelang
tangan, jam tangan.
R Pokok seperti permukaan kulit pokok, daun-daun yang
berjalinan, akar-akar.
Lain-lain seperti sikat, tali kasar, duit syiling,
permukaan jalan, kertas
pasir, cop getah dan sebagainya.
(c) Penerokaan Pelbagai Teknik Gosokan
.dihasilkan dengan menggosok diatas permukaan kertas
yang terdapat bahan berjalinan di bawahnya. Sebenarnya
jika diteliti dengan lebih lanjut lagi teknik-teknik gosokan
boleh dipelbagaikan seperti:
Gosokan satu lapis dan satu arah
sahaja
Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama
secara berulang kali
Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang
berlainan
Gosokan secara pusingan
Gosokan menggunakan berbagaibagai warna
Gosokan monokrom
Gosokan potongan kertas
Rmenghasilkan gosokan yang berkualiti.
Gosokan menggunakan kertas putih dengan krayon
hitam akan meninggalkan kesan yang menarik.
Gosokan pada kertas yang dilipat, dikoyak atau dipotong
akan menghasilkan corak yang menarik.
Gosokan dari berbagai jenis cop getah akan
menghasilkan jalinan yang nyata.
Gosokan di atas kertas hitam dengan menggunakan
krayon warna metalik akan menjadikan jalinan yang
luarbiasa.
Bersihkan permukaan hasil gosokan dengan
menggunakan stokin nylon untuk mendapatkan lebih
kilauan dan membuang lebihan warna yang tidak diingini.
Kreatif terhadap tekanan yang anda buat pada sesuatu
permukaan jalinan. Tambahkan ton yang berkualiti
dengan gosokan yang tebal, lebihkan pada kawasankawasan
tertentu dan kurangkan ton pada kawasankawasan
yang lain.
. Arah gosokan samada dari arah atas, bawah, kiri dan
kanan yang dibuat akan menentukan hasil sesuatu
gosokan.
Setiap gosokan akan menghasilkan ton yang berlainan
terpulang kepada tekanan yang dikenakan apabila
menggosok samada tekanan itu lemah atau kuat.
Lekatkan bahan berjalinan di atas permukaan dahulu
sebelum memulakan gosokan.
Warnakan dengan warna air di atas kesan gosokan dari
lilin. Lilin boleh dibuang dengan cara menseterika.
Buat blok lilin sendiri dengan mencairkan krayon lama
dalam tin
Untuk mendapatkan kekemasan semasa mewarna, letak
sekeping kadbod di sekeliling tempat yang hendak
21/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR
NOTA PADAT MENGGAMBAR

Dalam proses penilaian dan kekemasan, hasil gosokan


hendaklah di potong dengan kemas di sekeliling corak
tersebut lalu dibingkaikan pada mounting board.
Pemilihan warna mounting board perlulah
disesuaikan dengan warna corak pada hasil gosokan.
APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK

tema atau subjek yang hendak dilukis akan ditentukan


terlebih dahulu oleh guru. Tujuannya adalah untuk
memberi kawalan dan disiplin dalam proses pengajaran
yang dilaksanakan.
RTujuannya supaya murid-murid boleh berbincang
bersama rakan mereka tentang topik yang diberi. Dengan
cara ini akan dapat melancarkan perjalanan pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas tersebut.
Tema atau subjek yang boleh dicadangkan ialah seperti
figura, haiwan, corak,
pemandangan, alam benda, gabungan dua atau lebih
kegiatan (kolaj & gosokan).
GOSOKAN POTONGAN KERTAS
Lihat hasil kerja gosokan dari potongan kertas yang
dijalankan secara turutan:
1. Alatan yang perlu disediakan ialah
gunting, krayon, kertas lukisan, kertas binaan, gam simen.
2. Potong bentuk yang dikehendaki daripada kertas
binaan/tebal.
3. Susun bentuk-bentuk di atas permukaan kertas hingga
menjadi satu objek/imej.
4. Lekatkan bentuk-bentuk tadi dengan gam.
5. Letakkan kertas lain di atas imej tersebut
6. Gosok krayon di atas permukaan kertas menggunakan
gosokan secara tindanan
7. Hasilnya jalinan dari gosokan akan terhasil.
Rjalinan dihasilkan dari teknik gosokan
1. Buat lakaran pemandangan yang dikehendaki dengan
pensel di atas kertas lukisan jenis nipis.
2. Letakkan kertas lukisan di atas permukaan berjalinan
dan gosok dengan krayon di atas permukaan kertas
lukisan tersebut. Jalinan tersebut akan menghasilkan
corak pemandangan yang cantik.
3. Letakkan kertas tersebut pada permukaan jalinan yang
lain pula. Kelihatan tiga jenis pokok mempunyai jalinan
yang berlainan.
4. Jalinan boleh diulang atau ditindih dengan
menggunakan permukaan jalinan yang sama atau
permukaan jalinan yang lain.
5. Kesan yang menarik akan kelihatan apabila
menggunakan krayon pelbagai warna.
PERSEMBAHAN HASIL KARYA
.Komen dan kritikan seni secara positif dan negatif juga
disentuh.
Berkomunikasi
terhadap sesuatu hasil kerja secara sistematik dari aspek
diskripsi, analisa, interpretasi dan penilaian.
CADANGAN POSITIF DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN SENI

Benarkan murid meluahkan perasaan dalam hasil kerja


mereka dengan mengambil kira
1. perasaan yakin dalam mengawal bahan
2. penggunaan berbagai jenis media tidak terhad kepada
satu jenis media sahaja
3. pemahaman jelas tentang alam yang terdapat di
persekitaran mereka
4. kepuasan dalam menghasilkan kerja-kerja seni yang
datang dari naluri dalaman secara kreatif.
Galakkan murid menggunakan peralatan seni dalam
aktiviti pembelajaran harian mereka dalam subjek lain.
Beri mereka peluang meluahkan perasaan hati dan
keikhlasan hati dalam kerja-kerja yang mereka lakukan.
Fahami bahawa murid-murid mencipta secara emosional
dan intelektual. Cara mereka mengilustrasikan perasaan
dalaman mereka. Hargai apa yang mereka lakukkan
bukannya kritikan secara negatif.
Murid-murid juga perlukan privacy dalam menghasilkan
hasil kerja mereka.
Hargai hasil kerja mereka secara adil dan mengambil
tahu tentang semua murid bukan sebahagiannya.
Beri peluang meneroka produk-produk seni dengan lebih
dekat lagi. Beri mereka peluang menjalani sesi apresiasi
seni secara berterusan berpandukan penilaian mereka.
Kaitkan arahan-arahan seni dengan pengalaman muridmurid
di luar studio.
Galakkan murid menunjukkan dan menerangkan kerja
mereka kepada murid lain supaya dapat mencipta
suasana minat secara bersama.
Beri pendedahan cara menjaga dan membersihkan
bengkel seni dan diri sendiri. Cara begini dapat
memberikan kesedaran terhadap nilai-nilai murni pada diri
masing-masing.
Galakkan kreativiti dan pemikiran secara individu dan
berkumpulan selalu.
Galakkan murid menerapkan asas-asas senireka dalam
hasil kerja mereka dan memberikan tumpuan terhadap
konsep seni secara moden dan terkini.
Tunjukkan satu korelasi dan perhubungan dalam kerjakerja
seni dengan lain-lain bidang. Jadikan seni sebagai
sebahagian daripada proses pencetusan idea dalam
memulakan segala aktiviti harian mereka.
Jujur terhadap diri sendiri. Akui bahawa hasil atau
projek seni yang memuaskan boleh wujud secara tak
langsung atau hasil daripada disiplindisiplin khas yang
dilalui oleh murid-murid.
Benarkan murid meningkatkan diri mengikut
kemampuan mereka.
. Peruntukkan masa mengikuti kompleksiti aktiviti.
Guna semua kemudahan visual yang terdapat secara
maximum untuk melihat hasil yang efektif.
Galakkan gambaran idea selalu dalam aktiviti personal
harian mereka.
Hulurkan bantuan kepada murid yang lemah untuk
meneruskan aktiviti sebagai motivasi supaya mereka juga
boleh hasilkan seperti murid lain.
Sarbinipani2009
22/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR

Rawat setiap murid secara berasingan dengan


mengambilkira sikap dan keupayaan mereka. Cuba
memahami masalah mereka lebih daripada
memberikan komen-komen yang negatif tentang hasil
kerja mereka.
Biarkan mereka hasilkan sendiri kerja-kerja seni dan beri
mereka kepuasan dalam penggunaan alat dan media
secara terkawal.
Galakkan pembelajaran secara tidak formal dalam kelas
supaya dapat memberi keselesaan dalam menjalani
aktiviti seni. Eksplorasi diri, elakkan
tekanan dan saling bertukar idea yang membina.
Gunakan kritikan secara konstruktif daripada
menyatakan bahasa yang negatif.
CADANGAN NEGATIF DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN SENI

Elakkan dari memberikan idea kepada murid secara


seratus peratus. Galakkan murid mencipta idea sendiri.
Kritikan hasil kerja seni murid sehingga memalukan
murid perlu dielakkan. Galakkan murid membuat refleksi
kepada pengalaman persekitaran mereka dan reaksi
murid terhadap situasi harian.
Jangan risau tentang objek yang dilukis atau teknik yang
digunakan tidak betul. Murid akan meminta bantuan
sehingga pada satu tahap di mana mereka perlu membuat
perubahan pada hasil kerja mereka.
Elakkan dari mematahkan semangat murid yang
bersungguh-sungguh dalam menyiapkan hasil kerja
mereka walaupun kerja mereka tidak memuaskan.
Jika menggunakan hasil kerja murid sebagai contoh
dalam aktiviti apresiasi seni, elakkan memberikan pujian
yang melambung dan mencari kesalahan.
Jangan hadkan teknik yang diguna, beri mereka
kebebasan.
Jangan hampakan murid tentang tema atau subjek yang
dilukis di luar bidang kemampuan mereka.
Jangan pisahkan murid dengan rakan lain, galakkan
murid berkomunikasi dan berkongsi idea. Beri kebebasan
cara berkomunikasi, ekspresi diri, meluahkah perasaan
dan membuat refleksi seni dengan cara berdisiplin
dan terpimpin.
Elakkan dari proses peniruan hasil kerja orang lain.
Galakkan mereka menghasilkan kerja sendiri.
Elakkan dari menghasilkan ilustrasi yang bersifat negatif,
tidak imaginatif, menggambar dengan cara lama dan asyik
meminta bantuan orang lain.
Jangan kumpulkan murid-murid yang bermasalah dan
murid-murid yang berbakat dalam acuan yang sama.
Tubuhkan satu aktiviti khas bagi muridmurid tersebut.
Tidak digalakkan memberikan kritikan negatif yang
keterlaluan apabila respon terhadap hasi kerja murid.
Jangan harapkan sepenuhnya murid dapat
menghasilkan secara sempurna, tepat, jelas bersifat
akademik dalam hasil kerja seni.
Elakkan penggunaan alatan dan teknik sedia ada seperti
mengadakan buku mewarna untuk murid-murid. Tidak
Sarbinipani2009
ada sensitiviti dan originaliti dalam menghasilkan kerja
yang kreatif.

Jangan harapkan hasil kerja yang sama dan baik pada


semua murid.
Elakkan dari memberikan bantuan pada hasil kerja
murid. Beri arahan yang jelas dengan menggunakan idea
sendiri.
Jangan sekat kebebasan mereka berkomunikasi dan
bergerak semasa aktiviti dijalankan. Guru hanya memberi
pantauan dan kawalan jika perlu.
RUMUSAN GOSOKAN
.proses pemindahan reka bentuk atau corak dari
sesuatu permukaan ke permukaan yang lain dengan cara
menggosok di atas permukaan yang hendak dipindahkan.
.dapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam
sekitar, meluahkan bebagai perasaan dan menghasilkan
berbagai jalinan.
.Alatan dan bahan yang digunakan dalam aktiviti
membuat gosokan boleh dikategorikan kepada dua
bahagian iaitu
Ralatan dari alam semulajadi dan
Ralatan dari benda buatan manusia.
. Penggunaan pensil dan pensil warna akan memberikan
kesan jalinan yang halus
Jalinan yang dihasilkan daripada kapur dan pastel
adalah bahan rapuh dan tidak kekal lama.
Krayon memberikan kesan tebal dan nyata apabila
diaplikasikan ke atas jalinan.
. Penggunaan arang dalam aktiviti gosokan akan
menghasilkan jalinan yang mudah rosak.
Hasil jalinan dari aktiviti gosokan boleh disimpan dengan
baik apabila menggunakan semburan pemati warna ke
atas jalinan tersebut.
Teknik gosokan yang pelbagai akan menghasilkan kesan
jalinan yang menarik
. Penentuan tema sebelum pengajaran dan pembelajaran
amat penting untuk menghasilkan kerja yang baik.
Gabungan beberapa kegiatan menggambar adalah satu
hasil kerja yang unik.
8.RESIS
(a) Definisi Resis
.satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna
basah dan contengan lilin.
Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan
kertas atau kain.
. buku Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu
kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke
permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian
bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan.
.aktiviti menggambar yang dihasilkan dengan cara
menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas
permukaan kertas yang disapu lilin.
Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk
melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan
daripada terkena warna baru.
23/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR
NOTA PADAT MENGGAMBAR
teknik menggunakan lilin, krayon lilin bertindak sebagai
alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas
dan diwarnakan permukaannya.
Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang
diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam
keadaan warna asal
Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan
tindihantindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat
warna terang ke peringkat warna gelap.
(b) Alat dan Media
Teknik resis dalam proses menggambar adalah satu
kegiatan yang sangat
.meneroka dengan lebih jauh lagi alatan
dan bahan yang digunakan dalam proses menggambar.
menghasilkan garisan dan lakaran sudah selalu
digunakan.
.resis dianggap sebagai satu hasil kerja yang lain dari
kebiasaannya. Dengan cara ini aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang
.membosankan murid-murid kerana mereka amat
sukakan kelainan dan pembaharuan dalam hasil kerja
mereka.
Berbagai jeni bahan yang berasaskan lilin seperti lilin
biasa, lilin paraffin, krayon lilin
Berbagai jenis kertas seperti kertas lukisan, kertas tebal,
kertas kadbod, kertas manila kad
Berbagai jenis kain putih seperti kain cotton poplin,
cotton cambrich, rayon/fuji, cotton lawn kima,
Berbagai jenis pensel untuk membuat lakaran, kapur
tulis, bekas air, pemadam
Berbagai jenis warna seperti warna air, warna poster,
warna tempera, cat rumah,
Berbagai jenis dakwat basah yang berbagai warna.
(c) Teknik
TENTUKAN tajuk
yang hendak dijalankan pada minggu tersebut. Kemudian
.kegiatan apakah yang hendak dijalankan dalam bidang
menggambar.
.mencadangkan alat, media
dan teknik apakah yang hendak digunakan dalam proses
pengajaran dan
.teknik resis yang boleh dijalankan kepada murid-murid:
Krayon resis dengan warna air
Krayon resis dengan warna poster
Krayon resis dengan warna tempera
Krayon resis dengan dakwat basah
Krayon resis
Kertas lilin resis
Resis dengan kain
Krayon resis batik
Resis dari warna air dan perekat getah (campuran)
Resis dari warna air dan lilin biasa
Resis dari kapur dan lilin (cara positif)
Resis dari kapur dan lilin (cara negatif)
APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK
Tema/tajuk: Situasi harian
Alat dan bahan: krayon lilin, kertas lukisan, berus, warna
air, bekas air
Cara-cara:
1. Lukis atau lakar satu gambar situasi harian dengan
menggunakan lilin biasa. Elakkan dari menutupi kesemua
bahagian kertas lukisan tersebut dengan lilin.
2. Tutup semua permukaan kertas dengan warna air.
Warna air akan menyerap pada permukaan yang tidak
berwarna dan bahagian yang dilukis atau dilakar dengan
krayon akan diresiskan.
3. Adalah lebih baik jika menggunakan lilin dari warnawarna
lembut atau lilin putih, warna air yang gelap
digunakan untuk mendapatkan kesan
kontra. Cara ini akan kelihatan lebih menarik.
4. Teknik ini juga boleh dijalankan dengan menggunakan
warna poster dan dakwat basah.
CONTOH 2
Jenis resis: Resis dari kertas lilin
Tema/tajuk: Pemandangan di kota
Alat dan bahan: kertas lilin atau kertas stensil lilin, kertas
lukisan, pensel, warna
air, berus, bekas air.
Cara-cara:
1. Letakkan kertas lilin di atas kertas lukisan.
2. Lukis secara kuat dengan memberikan tekanan pada
permukaan kertas lilin tersebut menggunakan pensel atau
hujung kayu. Tekanan kuat pada kertas lilin ketika melukis
akan memindahkan lilin di atas kertas lukisan Mtersebut.
3. Alihkan kertas lilin tersebut dan warnakan permukaan
lakaran yang terdapat di atas kertas lukisan dengan
menggunakan warna-warna lembut. Kesan garisan lilin
yang terdapat pada permukaan kertas lukisan tersebut
akan timbul dalam keadaan warna putih dan lutsinar.
4. Melukis dengan menggunakan lilin paraffin atau lilin
biasa akan menghasilkan kesan yang sama juga.
CONTOH 3
Jenis resis: Resis dari warna tempera
Tema/tajuk: Haiwan kegemaran saya
Alat dan bahan: warna tempera, berus, kertas lukisan,
Higgins India ink.
Cara-cara:

1. Warnakan sebahagian kawasan kertas lukisan dengan


warna tempera untuk membuat corak. Dengan kata lain
tinggalkan sebahagian besar kertas tidak berwarna untuk
membenarkan dakwat diserap ke bahagian tersebut.
Warna perlulah pekat dan tebal.
2. Apabila warna kering, cat semua bahagian permukaan
kertas tadi dengan dakwat basah.
3. Apabila dakwat kering, pegang kertas lukisan tersebut
dan lalukan permukaan kertas dengan air paip yang
mengalir sehingga dakwat
tersebut tanggal. Jika susah untuk ditanggalkan, guna
jari. Berhati-hati semasa menghakiskan dakwat daripada
kertas lukisan tersebut. Terlalu banyak basuhan akan
menyebabkan warna dan dakwat hilang. Lebihan warna
yang hilang boleh digantikan dengan warna air dan
dakwat
Sarbinipani2009
24/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR
NOTA PADAT MENGGAMBAR
Jika warna hendak dikekalkan ia mesti di warna pada
bahagian kertas bukan pada bahagian berwarna yang
terdapat pada kertas tersebut.
CONTOH 4
Jenis resis: Krayon resis batik
Tema/tajuk: Corak alam semulajadi
Alat dan bahan: Krayon, kertas manila, pensel, warna air,
berus, kertas tisu
Cara-cara:
1. Hasilkan satu lakaran dengan pensel di atas kertas
manila atau
pembungkus kertas makanan yang tebal.
2. Guna garisan pensel sebagai panduan, lukis garisan
dan bentuk dengan
krayon membenarkan kawasan kertas masih kelihatan.
3. Rendam kertas dalam air dan renyuk menjadi bola.
4. Luruskan kertas manila semula, ratakan dan buang
lebihan air yang
terdapat pada kertas manila dengan menggunakan tisu.
5. Warna keseluruhan permukaan dengan warna air atau
warna tempera.
Warna akan diserap oleh bahagian kertas yang tidak
berwarna dan diresis
oleh krayon lilin menjadikan seolah-olah seperti jaring
sarang labah-labah
atau corak batik.
6. Lihat contoh berikut.
CONTOH 5
Jenis resis: Resis dari perekat getah dan warna air
(campuran)
Tema/tajuk: Alam benda (rumah saya)
Alat dan bahan: warna air, kertas, perekat getah, berus,
pemadam.
Cara-cara:

1. Lukis atau buat lakaran ke atas kertas dengan perekat


getah.
2. Guna berus untuk membuat lakaran atau dengan jari.
3. Biarkan perekat getah itu kering.
4. Warnakan di atas lakaran yang dibuat dari perekat
getah dengan warna air.
5. Beberapa jenis warna boleh disapu di atas permukaan
kertas lukisan.
Perekat getah akan meresiskan warna tersebut.
6. Biarkan permukaan yang diwarnakan itu kering.
7. Bersihkan permukaan perekat getah dengan pemadam.
8. Perekat getah boleh diaplikasikan beberapa kali ke atas
permukaan kertas lukisan yang telah diwarnakan tetapi
pastikan warna tersebut kering
dahulu.
CONTOH 6
Jenis resis: Resis dari kapur dan lilin (cara positif dan
negatif)
Tema/tajuk: Haiwan kegemaran saya
Alat dan bahan: kertas kartridge, kapur putih, krayon lilin
Cara-cara:
1. Lipat kertas kartridge menjadi dua bahagian.
2. Bahagian dalam disapu dahulu dengan satu lapisan
kapur putih kemudian
disapu satu lapisan krayon lilin yang berwarna.
3. Perlu diingatkan bahawa kedua-dua bahan iaitu kapur
dan krayon lilin
disapu tebal sehingga menutupi kawasan kertas kartridge
tersebut.
4. Kertas kartridge dilipat dan lukisan dipindahkan keatas
permukaan luar
lipatan.
5. Hasilnya lilin dialihkan dari permukaan dan melekat
pada lipat kertas
bersebelahan.
CONTOH 7
Jenis resis: Resis dengan kain
Tema/ tajuk: flora
Alat dan bahan: kain putih, lilin, warna batik, serbuk soda,
sodium silikat, canting ikut saiz kesukaan, berus lembut
pelbagai saiz, pemidang kayu untuk menegangkan kain.
Cara-cara:
1. Kain putih diregangkan pada
pemidang dengan menggunakanstapler untuk
menegangkan danmeluruskan kain.
2. Buat lakaran corak dengan pensel
pada permukaan kain tersebut.
3. Panaskan lilin dalam periuk dengan
api yang perlahan.
4. Guna pen canting untuk menceduk lilin cair dan alirkan
pada corak.
5. Gunakan berus lembut untuk mewarna corak yang
dilukis tadi.
6. Setelah kering keluarkan dari pemidang dan rendam
dalam sodium silikat untuk mematikan warna.
7. Rebus dalam air panas yang diletak soda ash untuk
menanggal kesan lilin.
8. Jemur kain di bawah sinar matahari
cara membangunkan kemahiran sendiri dan yakin dalam
membuat kritikan seni iaitu secara pendekatan induktif,
pendekatan deduktif, pendekatan empati dan pendekatan
interaktif digariskan seperti berikut:
(a) Pendekatan Induktif
satu proses membuat kritikan seni dan menilai hasil kerja
seni di peringkat awalan. Pendekatan induktif banyak
mengumpul fakta-fakta tentang visual yang terdapat
dalam sesuatu hasil kerja seni. Murid dapat mengumpul
satu inventori terhadap hasil kerja, dapat menyatakan
perhubungan di antara elemen-elemen visual dan yakin
telah dapat menginterpretasi kerja-kerja seni tersebut.
Murid juga boleh membuat rumusan terhadap luahan
perasaan dari apa yang mereka telah lihat. Dalam
pendekatan induktif ini, murid dielakkan dari membuat
Sarbinipani2009
25/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR
NOTA PADAT MENGGAMBAR
1. Penerangan tentang ciri asas hasil kerja:
Bahagian elementary: seperti merah, kuning, tiga segi,
gelap, terang,
Bahagian kompleks: corak yang terdapat pada sawah
padi, deretan pokok
2. Penerangan tentang perhubungan antara bahagianbahagian
lain:
Kawasan elementary: kawasan ini lebih terang daripada
kawasan di belakang
Kawasan kompleks: Bahagian kanan lebih kasar
daripada kawasan kiri
3. Penerangan beberapa kawasan dan kualiti keseluruhan:
. Aspek bukan manusia: Satah-satah diulang-ulang
. Aspek manusia: gembira, suka, marah, sedih
4. Interpretasi aspek-aspek yang berkaitan dengan
pengalaman
. Apa yang dipotretkan: bot, kuda, kereta,
. Apa yang dicadangkan: tulang-tulang seperti dinosaur,
garisangarisan seperti daun.
5. Interpretasi dan rumusan idea, tema, kualiti untuk
mencirikan sesuatu makna ekspresif untuk memberi
sokongan terhadap sesuatu penilaian.
6. Menilai kerja dengan menyusun ceritera dan bukti-bukti
untuk sokongan penilaian.
(b) Pendekatan Deduktif
.melibatkan pemilihan criteria tertentu untuk menilai
kerjakerja seni, memeriksa kerja seni yang dilihat melalui
fakta-fakta visual. Pendekatan ini juga akan dapat
menentukan kerja-kerja seni itu memuaskan atau tidak
mengikut standard. Walau pun pendekatan
deduktif ini bersifat tidak natural dan terhad, pendekatan
ini boleh menggalakkan penglibatan murid terhadap
sesuatu hasil kerja seni
. dikatakan mengambil format perdebatan dalam
menilai hasil kerja dan ia dianggap sesuatu yang menarik
dan mencabar. Prosedur asas digariskan seperti berikut:
1. Memilih dan menentukan criteria apa yang hendak
diguna.
2. Memeriksa sesuatu hasil kerja untuk mengenalpasti
bukti-bukti tertentu yang dapat memenuhi atau tidak
dapat memenuhi kriteria.
3. Menentukan tahap dimana kriteria itu telah dipenuhi.
(c) Pendekatan Empati (Empathy)
.berasa empati terhadap sesuatu hasil kerja seni, kita
telah meluahkan perasaan dan kapasiti terhadapnya
seolah ianya hidup dan cergas. Kita boleh melihat garisan
seolah-olah bergerak, aktif dan mempunyai ritma. Kita
juga melihat seolah-olah pokok melambai-lambai,
kesunyian. Analogi ini membantu kita mengalami seni
membuat penilaian seperti lukisan itu buruk atau lukisan
itu cantik. Apabila kita memeriksa hasil kerja seni,
beberapa teknik seperti berikut dapat membantu untuk
meningkatkan empati dan turut serta seseorang dalam
menjalani kritikan seni:
Lihat dan nyatakan perasaan hati yang sebenar dan
jangan keterlaluan dalam menyatakan perasaan hati.
Guna analogi dan metafora untuk mengaitkan apa yang
dilihat terhadap perasaan anda. Dapatkan mood dan
perasaan terhadap kerja tersebut.
Guna pengalaman sendiri dan pengetahuan sendiri. Buat
perbandingan apa yang dilihat dan nyatakan perasaan
sendiri, tempat yang anda telah pergi dan pengalaman
dari menghasilkan kerja sendiri.
. Perkukuhkan diri dan keadaan dan jangan takut untuk
menilai sesuatu hasil kerja seni.
. Penglibatan secara fizikal dan imaginasi seolah-olah kita
berada dalam suasana tersebut. Gunakan body language
untuk menyatakan perasaan anda.
Buat penilaian hasil kerja jika anda mahu.
(d) Pendekatan Interaktif
.satu pendekatan melihat sesuatu hasil kerja melalui
perbincangan dan perbahasan, perjanjian berkumpulan
tentang makna-makna hasil kerja tersebut. Perbincangan
berdasarkan
langkah yang sama seperti pendekatan induktif, iaitu
mengumpul formulasi satu hipotesis tentang makna hasil
kerja tersebut. Kumpulan akan menjalankan kajian lanjut
tentang hasil kerja tersebut. Walaupun pendekatan ini
bersifat analitikal, pandangan setiap orang boleh
meningkatkan pemahaman seseorang tentang sesuatu
hasil kerja. Prosedur pendekatan ini digariskan seperti
berikut:
1. Memilih seorang moderator dan menyatakan tugastugas
2. Galakkan seberapa ramai ahli dalam proses penerangan
hasil kerja seni. Guna garis panduan induktif untuk
membimbing memberi penerangan.
3. Apabila ahli kehabisan penerangan untuk dijelaskan
wujud andaian dan hipotesis
4. Beralih kepada perbincangan secara berkumpulan,
membuat hipotesis sehingga satu atau dua interpretasi
wujud untuk menerangkan makna hasil kerja tersebut.
Apa yang ingin kita lihat setelah melalui pendekatanpendekatan
seperti yang telah dinyatakan terdahulu
sekurang-kurangnya dapat memberikan panduan kepada
guru untuk melihat perkembangan kemahiran dalam
membuat penilaian secara kritikal.
RUMUSAN RESIS
.aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan
warna-warna basah dan contengan lilin.
Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi
pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang
terdapat pada permukaan kertas.
Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk
menghasilkan garisan di atas permukaan kertas
Teknik tindihan lilin keatas lilin yang lain boleh
dijalankan dalam aktiviti resis
Teknik resis membolehkan murid meneroka dengan
lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan
menggambar
Sarbinipani2009
26/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR

Teknik resis adalah satu hasil kerja yang unik kerana ia


menggunakan lilin sebagai menggantikan alatan biasa
yang digunakan.
Gabungan warna-warna air dan lilin digunakan dalam
proses menghasilkan resis.
Warna tempera bertindak sebagai lilin dalam aktiviti
menghasilkan resis
Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang
terdapat kertas tersebut ke permukaan kertas dengan
menggunakan teknik tekanan garisan.
Teknik renyukan digunakan dalam proses aktiviti resis
batik kertas
. Perekat getah bertindak sebagai lilin dalam aktiviti resis
Resis secara positif dan negatif menggunakan kapur
putih dan lilin dalam proses menghasilkan resis
Resis dengan menggunakan kain menggunakan canting
untuk membuat garisan lilin pada corak batik.
Sodium silikat digunakan dalam resis batik kain untuk
mengekalkan warna yang terdapat pada kain tersebut.
Rendaman soda ash dalam air panas bertindak untuk
membuang lilin yang terdapat pada permukaan kain
tersebut.
Terdapat empat cara pendekatan dalam membuat
kritikan seni iaitu
pendekatan induktif, deduktif, empati dan interaktif.
9 PERCIKAN
(a) Definisi Percikan
satu aktiviti menggambar dalam kerja-kerja seni.
satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk
atau menjentik bahagian bulu berus yang akan
menghasilkan kesan a speckled granite
style finish yang akan kelihatan lebih moden daripada
kesan warna yang lain.
. Percik-percik halus warna disembur ke serata tempat
untuk menghasilkan kesan antik.
teknik corakan warna dihasilkan dengan tepukan atau
jentikan menggunakan berus lukisan yang mengandungi
warna ke atas permukaan yang rata
kegiatan menyembur bahan cair di atas permukaan.
. buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai
corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat.
kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah
titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini
setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan.
Makna kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul
berselerak ke sana sini.
Makna ke tiga ialah sesuatu yang memercik,
menyebabkan berpercikan, merenjisi.
percikan adalah satu teknik mengaplikasikan sedikit
curahan atau titikan warna ke atas permukaan yang
dipilih. Percikan seolah-olah memberi kesan seperti
permukaan batu atau marble.. Cat emulsi paling senang
dimulakan kerana cepat kering dan tidak rosak di antara
satu sama lain. Berbagai jenis berus boleh digunakan
untuk menghasilkan percikan.
(b) Alat, Media dan Teknik
Di antara alatan yang boleh digunakan untuk
menghasilkan percikan ialah seperti berikut:

Berbagai jenis berus lukisan yang berbagai saiz dan


bentuk
Berbagai jenis berus gigi dari permukaan rata hingga
permukaan beralun
Berbagai jenis berus cat dari permukaan lembut ke
permukaan keras
. Penggelek cetakan yang berbagai saiz
Berbagai jenis warna air seperti warna air, warna poster,
warna tempera, warna minyak, cat dinding, warna plaka /
mural, dakwat
Kertas yang berbagai jenis seperti kertas lukisan, kertas
taip, kadbod, manila kad, kertas stensil
Warna semburan, pistol semburan
. Pisau, pita pelekat, kain buruk, surat khabar.
Berbagai jenis tumbuh-tumbuhan kering, corak figura,
bentuk-bentuk dari alam benda boleh digunakan untuk
menghasilkan corak dalam aktiviti percikan.
(c) Teknik
.disesuaikan dengan peringkat umur murid
dan keupayaannya. Berbagai jenis teknik boleh
dicadangkan untuk diguna
pakai semasa menjalani aktiviti percikan ini, di antaranya
ialah:
Sebelum memulakan aktiviti percikan, warna latar pada
permukaan kertas perlu ditentukan dahulu samada
menggunakan warna asli kertas tersebut atau diwarnakan
terlebih dahulu. Jika hendak menggunakan warna, warnawarna
yang sesuai diaplikasikan pada permukaan kertas
ialah seperti warna air, warna poster, warna minyak,
warna tempera, warna batik, warna akrilik boleh
digunakan. Apabila warna latar kering barulah dimulakan
aktiviti percikan.
Teknik kedua ialah dengan menggunakan berus cat
dinding rumah yang terpakai. Bahagian hujung berus
yang keras dicecah warna, kemudian buang lebihan warna
yang terdapat pada berus tersebut dengan menyapu pada
tepi tin. Berus diketuk kuat di bahagian tepi tin cat.
Ketukan yang kuat akan menyebabkan titikan cat terbang
di permukaan kertas.
.Ini bermakna saiz percikan yang dihasilkan dengan satu
ketukan akan menghasilkan saiz percikan lebih kurang
sama.
Cara percikan dijalankan dengan menggunakan berbagai
jenis warna boleh juga dihasilkan. Ianya boleh dijalankan
beberapa kali dengan warna yang berlainan ke atas
kawasan percikan yang sama. Hasil percikan ini akan
menampakkan titik halus yang berbagai saiz dan berbagai
warna.
Teknik menggunakan pistol semburan atau spray can
berwarna boleh menghasilkan percikan yang halus dan
seragam. Cara ini dikatakan lebih cepat menghasilkan
percikan daripada cara menggunakan berus. Dengan
menggunakan tekanan udara yang
rendah, kesan percikan akan terjadi.
Sarbinipani2009
27/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR
NOTA PADAT MENGGAMBAR
. Penggunaan warna yang pekat atau cair akan
menghasilkan percikan yang berlainan saiz dan bentuk.
Terpulanglah kepada kreativiti seseorang bagaimana
hendak menghasilkannya.
Selain dari menggunakan berus, berus penggelek atau
pistol semburan percikan boleh juga dilakukan dengan
mengetuk berus yang mempunyai warna pada bahagian
pemegang kayu berus yang
lain.
Cara lain untuk menghasilkan percikan ialah dengan
menggosokkan pisau kecil atau hujung jari pada berus
lukisan yang telah dicelup warna. Dengan menggunakan
teknik ini akan dapat corak yang serata. Guna kedua-dua
teknik untuk menghasilkan pada satu permukaan yang
sama.
. Penggunaan berus gigi yang berbagai saiz juga boleh
menghasilkan percikan. Celup berus gigi di dalam warna
dan lalukan pada besi halus atau kayu halus.
Percikan dengan menggunakan jari juga boleh
dilakukan. Caranya ialah dengan mencelup kelima-lima
jari pada warna dan menghayunkan jari lalu direnjis pada
permukaan kertas lukisan. Percikan akan terjadi secara
tidak langsung. Percikan cara ini akan menghasilkan
percikan yang tidak sekata berbanding semburan.

Jika percikan dilakukan dengan menggunakan warna


minyak, cuba menghasilkan percikan dengan
mengaplikasikan warna minyak pada permukaan kayu
atau kanvas. Semasa warna minyak masih basah
percikkan turpentine atau ÂtinnerÊ dengan menggunakan
berus. Proses ini agak rumit dilakukan dan dicadangkan
secara berdua. Seorang menghasilkan warna di atas
permukaan dan seorang membuat percikan ke atas warna
basah tersebut.
Satu lagi cara menghasilkan percikan ialah dengan
menggunakan seranting dedaun dari jenis halus dan nipis
seperti daun pine. Celupkan satu ranting dedaun tersebut
dalam warna basah dan renjis atau percikkan pada
permukaan kertas. Cara ini akan menghasilkan percikan
yang cepat.
Ingat bahawa sebelum memulakan aktiviti percikan alas
dengan menggunakan surat khabar disekeliling kawasan
yang hendak dijalankan. Tujuannya supaya percikan tidak
terkena pada kawasan yang tidak dikehendaki.
. Percikan menggunakan dakwat berwarna boleh
digunakan sebagai
alternatif kepada warna basah. Dakwat basah mempunyai
kesan lutsinar, kilauan dan senang digunakan. Untuk seni
halus adalah dicadangkan menggunakan dakwat jenis
lightfast kerana kebanyakkan dakwat berwarna akan
cepat kabur. Penggunaan dakwat ke atas sesuatu
permukaan biasanya bersifat kekal dan susah
untuk dipadam.
. Apabila telah membuat eksperimen dengan teknik-teknik
tersebut baru mulakan aktiviti percikan secara kreatif.
Cuba percik dengan menggunakan berbagai jenis warna,
atau mencampurkan percikan dengan faux finishing
techniques . Lain cara ialah dengan menggunakan pita
pelekat untuk menutup permukaan kertas yang tidak
hendak dikenakan warna untuk menghasilkan corak.
APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK
CONTOH 1
Tema: tumbuh-tumbuhan atau menghasilkan corak
Alat dan Media: warna tempera atau dakwat berwarna,
kertas lukisan, kepingan
kecil skrin cermin, Âspray canÊ, berus keras seperti berus
terpakai yang lama atau
berus gigi, pita pelekat, kertas surat khabar atau kertas
bungkusan.
Cara mengaplikasikannya:
1. Guna pita pelekat untuk melekatkan kertas lukisan di
bahagian tengah
kertas surat khabar.
2. Berhati-hati semasa meletakkan warna pada berus.
Warna yang terlalu
banyak akan merosakkan proses atau kesan percikan.
3. Pegang skrin di atas kertas dan gosok berus (pergi dan
balik) beberapa kali dengan menggunakan berus atau
sembur dengan warna semburan. Jika susah untuk
mendapatkan skrin cermin, gunakan kayu untuk
menggosok permukaan berus. Gosokan tersebut akan
menghasilkan percikan pada permukaan kertas lukisan.
4. Jika menggunakan cat semburan pastikan pintu dan
tingkap ruang bengkel di buka untuk memberi laluan
lebihan percikan keluar.
5. Eksperimen di atas kertas lain dahulu adalah amat
digalakkan.
6. Untuk menampakkan kesan yang menarik selepas
menghasilkan percikan pertama, tampal berbagai corak
tumbuh-tumbuhan sebenar di atas permukaan kertas
lukisan tersebut.
7. Hasilkan percikan sekali lagi ke atas kertas lukisan
tersebut dengan menggunakan warna yang lain pula.
Alihkan tumbuh-tumbuhan tersebut
dan buat percikan kali ke tiga pula. Hasilnya sungguh
memuaskan. Sila
lihat contoh di Rajah 9.3 berikut:
CONTOH 2
Tema: Menghasilkan corak organik
Alat dan Media: kertas lukisan, warna air atau warna
poster, penyedut minuman, berus Cara
mengaplikasikannya:
1. Percikkan beberapa titikan warna basah ke atas
permukaan kertas dengan menggunakan berus lukisan.
2. Tunjuk dan tumpukan hujung penyedut minuman pada
setiap satu percikan yang ada dan tiup kuat.
Sarbinipani2009
28/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR
NOTA PADAT MENGGAMBAR
Lebihan warna pada percikan tersebut akan bergerak
berbagai arah menghasilkan satu corak yang menarik.
4. Tindihan berbagai warna pada percikan akan
menghasilkan corak yang lebih cantik.
5. Lakukan berulang kali supaya mendapat corak yang
berbagai warna.
CONTOH 3
Tema: Percikan dalam aktiviti catan atau kolaj atau corak
abstrak.
Alat dan Media: kertas lukisan, dakwat atau warna poster,
berus lukisan, ranting halus, kertas surat khabar, kain
buruk.
Cara mengaplikasikannya:
1. Basahkan atau percikkan dengan menggunakan
berus/alat semburan baju di atas permukaan kertas
lukisan dengan menggunakan air jernih.
2. Titikkan atau percikkan dakwat di atas permukaan yang
basah tadi dan biarkan dakwat itu kembang.
3. Celupkan ranting dalam dakwat dan lukiskan garisangarisan
sehingga ke hujung kertas untuk mendapatkan
corak abstrak.
4. Jika tak secara langsung anda ternampak suatu imej
terjadi, tambahkan garisan supaya imej tersebut nampak
dengan lebih jelas lagi.
5. Percikan cara ini boleh dijalankan sewaktu anda
menghasilkan catan (hasilan untuk awan) atau simpan
untuk menghasilkan aktiviti kolaj.
CONTOH 4
Tema: Menghasil kad ucapan
Alat dan Media: berus gigi, kertas lukisan, warna air,
palet, pen manuskrip, kertas suratkhabar
Cara mengaplikasinya:
1. Alas permukaan sekeliling dengan menggunakan kertas
lukisan untuk mengelakkan percikan yang tidak diingini.
2. Buat garisan dan tulis kata-kata dengan menggunakan
pen kaligrafi dengan kemas di bahagian tengah kertas
lukisan tersebut.
3. Celup berus lukisan dalam warna air dan percikkan
dengan menggunakan hujung jari.
4. Semasa menghasilkan percikan, gerakkan tangan
supaya percikan yang dihasilkan berada dalam garisan
melengkung
5. Ulangi percikan dengan teknik yang sama tetapi
menggunakan warna yang berlainan.
6. Pastikan berus berada dalam keadaan yang bersih
semasa membuat percikan.
CONTOH 5
Tema: Menghasilkan setem dengan teknik catan
Alat dan Media: Kertas lukisan, pen dakwat, warna air,
berus lukisan, pensel, kertas surat khabar.
Cara mengaplikasinya:
1. Lakarkan satu pemandangan di atas kertas lukisan
2. Percikkan warna-warna lembut untuk menghasilkan
warna latar pada catan yang hendak dihasilkan.
3. Warnakan lakaran tersebut mengikut teknik catan yang
telah anda pelajari.
4. Kesan percikan pada bahagian latar belakang masih
kelihatan dan menjadikan pemandangan lebih menarik
5. Teruskan dengan menulis kata-kata dan membuat
corak tepi kertas lukisan untuk menampakkan rupa setem.
PERSEMBAHAN HASIL KARYA
.Perbincangan secara berkumpulan
.membuat pameran di dalam bilik darjah penting dalam
.pengajaran dan pembelajaran Galakkan murid memberi
komen-komen secara open endeddan guna positif
reinforcement mereka dan menerangkan projek yang
dibuat dan cara-cara menyelesaikan masalah yang
dihadapi dalam projek tersebut. Adalah lebih baik jika
perbincangan dijalankan tanpa mengetahui siapa yang
menghasilkan projek tersebut supaya komen boleh dibuat
tanpa mengira berat sebelah pihak. Pameran hasil projek
sebaik sahaja menghasilkannya adalah jalan terbaik untuk
membina satu penghormatan diri, penerimaan dan sikap..
Sebagai guru, haruslah peka terhadap persepsi yang
dikemukakan oleh murid seperti:
. Adakah murid dari berbagai jenis budaya berkongsi idea
yang sama tentang hasil kerja seni tersebut? Cantik?
Buruk? Bermakna?
. Adakah hasil kerja seni mempunyai fungsi dalam
kehidupan pelajar?
. Adakah murid boleh respon terhadap hasil kerja seni
dari sudut perasaan?
Bagaimana murid respon terhadap keaslian hasil kerja
tersebut?
Bagaimana murid respon terhadap kreativiti yang
dihasilkan dalam kerja seni itu?
. Adakah murid mengambil kira teknik-teknik yang
digunakan seperti astrak, realistik, tema, sejarah, ekspresi
idea, personal, perasaan, kesukaan, Isu sosial/politik?
. Adakah murid mengambil kira tujuan dan objektif yang
dihasilkan oleh pelukis tersebut?
.Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil
kira apabila menjalani proses menganalisa sesuatu kerja
seni:
Siapakah pelukis yang melukis gambar ini?
R Apakah tajuk atau tema yang digunakan serta bila
ianya dihasilkan?
R Apakah Âsubjek matterÊ yang digunakan dalam
hasilkerja seni ini?
R Apakah alatan, bahan, media dan teknik yang
digunakan?
Bagaimana pelukis ini menggunakan garisan, warna,
bentuk, ruang, jalinan, rupa dan corak dalam hasil kerja
ini?
R Adakah pelukis ini mengambilkira prinsip harmoni,
kontra, penegasan, imbangan, kesatuan, kepelbagaian
dalam hasil kerja seninya?
R Adakah anda rasa lukisan ini realistik atau abstrak?
Bagaimanakah perasaan anda, mood, idea apabila
melihat hasil kerja ini?
R Adakah anda rasa hasil kerja ini asli atau diciplak dari
mana-mana?
Sarbinipani2009
29/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR
NOTA PADAT MENGGAMBAR
Adakah hasilkerja seni ini mempunyai perhubungan
sejarah?
RApakah tujuan pelukis menghasilkan hasil kerja seni ini?
R Apakah yang paling menarik dalam hasil kerja seni ini?
R Adakah hasil kerja seni ini berjaya atau tidak?
R Adakah anda ingin membuat perubahan dalam hasil
kerja ini? Kenapa?
Bagaimana pelukis menunjukkan unsur ruang hadapan,
tengah dan belakang dalam hasil kerja ini?
R Adakah anda rasa pemilihan alat dan bahan
bersesuaian dengan mood dan suasana yang terdapat
dalam hasil kerja seni ini?
R Adakah ia berjaya dalam menghasilkan konsep/idea
tersendiri?
Elemen apakah yang diguna untuk menarik perhatian
anda?
Bagaimana anda menilai hasil kerja ini dan berikan
skala dari 1 hingga 10 (1 paling lemah hingga 10 paling
baik).
RUMUSAN PERCIKAN

sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan


ke sana sini setelah warna tersebut jatuh ke atas
permukaan.
.dihasilkan dengan cara mendetik, merenjis, mengetuk,
menyembur dan memercik.
. Alatan - berus dari berbagai jenis, warna-warna basah
dan kertas.
.menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau
marble yang menarik.
Teknik renjisan yang sama akan menghasilkan percikan
yang kemas
. Percikan dan titikan atau stippling adalah dua kaedah
yang berlainan.
. dihasilkan secara tidak sengaja dan bebas.
. Percikan boleh dihasilkan ke atas permukaan kertas
yang telah diwarna dengan warna basah terlebih dahulu.
. dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis warna.
. boleh diulang ke atas permukaan yang sama.
. Percikan yang halus dan seragam boleh diaplikasikan
dalam teknik semburan.
. Percikan menggunakan penggelek adalah satu aktiviti
yang rumit dan tidak terkawal.
. Percikan dengan jari akan menghasilkan percikan yang
tidak sekata.
. Percikan dengan tumbuh-tumbuhan boleh juga
dijalankan.
. Pita pelekat dan surat khabar bertindak sebagai alat
untuk mengelakkan lebihan percikan terjadi ke atas
permukaan yang tidak diingini.
Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan
termasuklah lanskap, tumbuh-tumbuhan, corak, kad
ucapan, setem dan catan.
.Perbincangan secara berkumpulan dan membuat
pameran di bilik darjah daripada hasil kerja yang dibuat
adalah aktiviti yang sangat penting.
Guru patut menggalakkan murid memberi komen secara
open ended
Guru perlu menggunakan soalan-soalan yang positif
kepada murid apabila membuat perbincangan.
. Perbincangan dan pendedahan tentang sesuatu hasil
karya seni dilihat dari sudut perspektif, cadangancadangan
dan idea-idea dikatakan telah memahami nilai
estetik.
. Perbincangan secara berkumpulan dianggap pencetus
kepada pemikiran kritikal dianggap sebagai satu teknik
pembelajaran yang bermakna.
. Pameran hasil kerja adalah satu cara membina
penghormatan diri dan penerimaan sikap yang positif.
Guru harus peka terhadap persepsi yang dikemukakan
oleh murid tentang sesuatu hasilkerja dari aspek budaya,
fungsi, perasaan, keaslian, kreativiti, teknik penghasilan,
tujuan dan objektif.
Guru memainkan peranan yang penting dalam
menjalankan apresiasi seni.
. Perkara-perkara yang perlu diambilkira apabila
menjalani proses menganalisa kerja seni ialah dari aspek
tokoh, tajuk/tema, masa, Âsubjek
matterÊ, alatan, media, teknik, asas senireka, sejarah dan
kejayaan sesuatu
konsep atau idea.
. Penilaian sesuatu hasil kerja boleh dinilai dalam bentuk
skala dari satu (lemah) hingga sepuluh (terbaik).
.Pelukis barat yang banyak mengaplikasikan hasil
karyanya dalam aktiviti percikan ialah Jackson Pollock.
10 MOZEK
(a) Definisi Mozek
Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan
sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat
daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan
tembikar.
Sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan
menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti kaca,
marmar dan seramik (tessera), di susun di atas
dinding, lantai atau permukaan yang tidak rata
dan menghasilkan pantulan /kilauan.
Satu imej yang berasingan dan tidak bertindih, disusun
secara bersebelahan.
Foto mozek adalah gambar hasil dari cantuman
beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema /tajuk.
Satu media seni di mana kepingan-kepingan kecil kaca,
batu atau seramik disusun di bahagian latar yang di
plaster.
Satu corak seni yang dihasilkan dengan menekan
kepingan batu, kaca, seramik atau tessera.
Satu seni dekoratif lama dengan menyusun kepingan
kecil kaca, batu, tessera di permukaan dinding, siling dan
lantai.
Satu bentuk seni di mana kepingan bahan semula jadi
atau bahan buatan manusia yang berwarna disusun
bersebelahan tidak ditindih di atas permukaan rata untuk
menghasilkan gambar atau corak. Mengikut sejarah lama
mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek. Pada
Sarbinipani2009
30/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR
NOTA PADAT MENGGAMBAR
.Orang Roman pula menghias batu, marmar, seramik
menggunakan teknik mozek pada permukaan dinding dan
lantai. Manakala orang Kristian Orthodok Byzantine pada
abad ke 16 menghiasi gereja mereka dengan
teknik mozek. Kini teknik mozek luas digunakan dalam
pembinaan bangunan dan aktiviti seni di sekolah. Di
peringkat sekolah rendah aktiviti mozek diperkenalkan
dalam subjek Pendidikan Seni Visual. Ia adalah
sebahagian daripada aktiviti yang dicadangkan dalam
kegiatan menggambar.
(b) Alat dan Media
Berbagai jenis kertas seperti kadbod, kertas lukisan,
kertas menaip, kertas nota, kertas surat khabar, kertas
binaan (construction paper).
Berbagai jenis pelekat seperti gam biasa, gam putih,
gam kayu, gam simen.
Bekas untuk menyimpan carikan kertas, kadbod, syiling,
bijirin
. Playar, pembaris, Âclear sprayÊ
Bahan semula jadi seperti bunga-bunga kering, berbagai
daun kering, rumput
. Pelbagai jenis biji-bijian atau objek semula jadi
. Pewarna makanan
. Pensel, pen, tali,
Kertas berbagai warna, kertas majalah berwarna,
gambar-gambar berwarna
(c) Teknik
Secara amnya terdapat tiga jenis teknik menghasilkan
mozek iaitu direct
Method , indirect method dan double indirect method.
Yang dikatakan dengan teknik secara langsung atau direct
method itu, ialah denganmenggambar bahan di atau
permukaan seperti kertas, kadbod, permukaanpasu, lantai
dan sebagainya. Ianya sesuai dilaksanakan pada projekprojekkecil
yang mudah alih.Kebaikan mozek cara ini ialah
mozek yang dihasilkan jelas kelihatan.Keburukannya pula
pelukis atau pembuat mozek perlu bekerja secara terus
menerus di atas permukaan yang dipilih. Ianya dianggap
sebagai satu hasil kerja yang tidak praktikal pada jangka
masa yang lama, tidak sesuai pada projek berskala besar
dan susah untuk mendapatkan kesamaan permukaan
yang siap. Cara ini sesuai untuk permukaan kertas
lukisan, lantai dan permukaan meja. Teknik secara tidak
nyata atau indirect method pula berlaku semasa proses
menghasilkan sesuatu kerja. Apabila mozek siap, media
yang sama diletakkan di atasnya. Hasil mozek
diterbalikkan dan bahagian aslidiasingkan dari bawah
mozek tadi. Teknik indirect methoÊ dan double
indirect method selalunya dibuat mengikut bahagian demi
bahagiansesuatu gambar terlebih dahulu sebelum hasil
mozek itu dihantar ketempat destinasi untuk ditampal.
Ianya amat sesuai untuk projek besar
seperti projek mural.Terdapat juga mozek yang boleh
dihasilkan dalam digital imej. Imej yang dihasilkan tidak
ditindih. Foto mozek pula adalah satu gambar yang dibuat
daripada beberapa cantuman gambar-gambar lain yang
.teknik menghasilkan mozek d
Mozek kertas
Mozek timbul
Mozek catan
Mozek campuran
Mozek potongan kertas
Mozek cebisan kertas
Mozek tebuk (ÂpuncherÊ)
Mozek koyakan kertas
Mozek fabrik
Mozek bijian
Mozek bahan buangan
APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK
Di peringkat sekolaH
rendah,carikan/potongan/guntingan/cebisan kertas-kertas
berwarna dan ditampal di atas permukaan rata seperti
kertas lukisan, kadbod, kayu playwood dan sebagainya.
Walaupun cara menampal kertas-kertas dalam aktiviti
kolaj dan mozek boleh dikira ada persamaan tetapi masih
terdapat perbezaan dalam melaksanakannya.
Kolaj digubah dengan menampal keratan kertas secara
tindihan manakala mozek pula digubah dengan menampal
keratan kertas secara bersebelahan dan tidak ditindih.
Kedua-dua hasil kerja ini boleh dianggap rumit juga tetapi
menarik perhatian orang ramai apabila siap. Mari kita
perhatikan contoh-contoh bagaimana aktiviti mozek itu
dilaksanakan.
Contoh 1
Jenis Mozek: Mozek dari kertas
Tema: Haiwan/figura
Alat dan Bahan: gunting, kertas berwarna dari berbagai
sumber, gam atau gam
simen, pin rambut atau pencungkil gigi untuk mengangkat
cebisan kertas,
pensel, kertas latar.
Cara-cara:
1. Buat satu lakaran pensil tentang tema atau tajuk yang
hendak dibuat di atas permukaan kertas.
2. Potong kertas warna dalam rupa bentuk yang sama.
Potongan kertas yang berlainan warna perlu diasingkan
supaya senang diperolehi dan boleh menjimatkan masa
semasa proses menampal dijalankan.
3. Letak gam atau pelekat pada cebisan kertas dan di atas
permukaan kertas yang mempunyai lakaran. Lekat
potongan kertas berwarna tersebut pada kawasan lakaran
tersebut. Tinggalkan ruang di antara cebisan-cebisan
kertas supaya tindihan tidak berlaku. Potongan kertas
boleh diangkat dengan menggunakan pin rambut atau
pencungkil gigi yang diletak sedikit gam.
4. Teruskan kerja-kerja menghasilkan mozek sehingga
habis.
Tips: Cara memotong kertas berwarna ada berbagaibagai.
Di antaranya ialah
dengan cara carikan, koyakan, potongan bebas, potongan
tiga segi, potongan
Sarbinipani2009
31/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR
NOTA PADAT MENGGAMBAR
Contoh 2
Jenis Mozek: Mozek timbul (relief) dari biji-bijian
Tema: Tumbuh-tumbuhan
Alat dan bahan: kadbod, kertas binaan, gam putih,
berbagai jenis biji-bijian dari
alam semulajadi, pewarna makanan, pensel, tali atau
benang, Âclear sprayÊ.
Cara-cara:
1. Hasilkan lakaran di atas kertas binaan dengan
memerhatikan tempat atau kawasan di mana bijian perlu
diletak.
2. Lekat kertas binaan di atas kadbod keras, keduaduanya
mempunyai saiz yang sama supaya kelihatan
kukuh.
3. Letakkan gam di kawasan yang dilakar dan susun
bijian, manik, objek semulajadi pada lakaran dan
penuhkan lakaran tersebut.
4. Untuk kelihatan lebih kemas aturkan bijian di kawan
rupa luar objek terlebih dahulu kemudian penuhkan
bahagian dalam pula.
5. Bijian-bijian atau manik-manik bersaiz halus susah
untuk diatur dan memakan masa yang lama untuk
menyiapkan. Untuk mempercepatkan proses, guna
pencungkil gigi yang diletakkan sedikit gam dihujungnya
supaya senang proses mengangkat bijian tersebut.
6. Bila siap buang lebihan bijian dan sembur hasil kerja
mozek dengan clear spray untuk mendapatkan kesan
yang lebih menarik.
Tips: Tambahan bahan boleh digunakan seperti tali,
benang, kulit kayu dan laiN lain yang bersesuaian untuk
kelihatan lebih menarik. Lebih baik jika hasil kerja
ini dibingkaikan dengan meletakkan cermin atau plastik
keras supaya bijian kekal lama.
Contoh 3:
Terdapat juga mozek dari teknik catan. Mozek jenis ini
lebih sesuai untuk muridmurid di tahap dua kerana ia
memerlukan kawalan, disiplin dan ketekunan semasa
menghasilkannya. Ia juga berguna sebagai latihan
mewarna. Kejayaan mozek ini bergantung kepada
latarbelakang pelukis itu sendiri. Lihat contoh
mozek dari teknik catan:
Jenis mozek: Mozek catan
Tema: haiwan
Alat dan bahan: pensil, pembaris, air, berus, kertas
lukisan, warna air atau warna poster.
Cara-cara:
1. Lakar rupa bentuk ikan di atas permukaan kertas
lukisan. Tambahkan mata, sirip di bahagian dalam dan
tumbuh-tumbuhan air supaya kelihatan lebih menarik.
2. Buat garisan dengan ukuran 2cm X 2cm di keseluruhan
kertas lukisan termasuk lakaran. Garisan pensel perlu
dibuat secara nipis sahaja.
Sarbinipani2009
3. Kotak-kotak tersebut diwarnakan dengan warna air
atau warna poster dengan warna yang dikehendaki.
Hadkan warna kepada tiga warna sahaja.
4. Proses mewarna mengambil masa yang agak lama juga
untuk disiapkan. Satu warna dihasilkan sehingga siap
barulah digunakan warna kedua dan warna ketiga.
5. Garisan yang memisahkan empat segi dalam beberapa
bahagian perlu diwarnakan dengan warna yang berlainan.
Dengan cara ini corak ikan akan kelihatan lebih menarik
apabila siap nanti.
6. Aktiviti ini sesuai dijalankan dalam kumpulan kecil.
Tips: Walaupun aktiviti mozek ini tidak menggunakan
teknik menampal bahanbahan, konsep mozek masih boleh
diperkenalkan. Dalam aktiviti ini adalah dicadangkan
warna-warna yang hendak digunakan adalah warnawarna
kontra supaya objek yang dilukis jelas kelihatan.
PERSEMBAHAN HASIL KARYA
Dalam mempersembahkan tentang sesuatu hasil karya,
perkara-perkara seperti membuat penilaian, membuat
kritikan, berkomunikasi, ekspresi diri, luahan perasaan,
diskusi, dan bersoal jawab seringkali dikaitkan.
Persembahan hasil karya sendiri atau orang lain diterima
sebagai bahan penting untuk dirujuk semasa menjalani
sesi apresiasi seni.
Hasil kerja seni terutama murid-murid sekolah rendah
dianggap satu kerja yang jujur, segar, berterus terang,
penuh imaginatif dan intuitif.

.Penilaian hasil kerja seni berdasarkan empat _nsure_a


iaitu bahagian diskriptif, bahagian formal analisis,
bahagian interpretasi dan bahagian penilaian. Menilai
kerja seni di peringkat diskriptif memerlukan seseorang
menggunakan deria lihat dan menyatakan apa yang
mereka lihat dalam sesuatu hasil karya. Mereka akan
menyatakan pandangan mereka buat pertama kali
tentang apa yang mereka lihat pada sesebuah
lukisan/catan misalnya. Biasanya mereka akan
memperkatakan tentang sesuatu tema/tajuk hasil kerja itu
termasuk objek/imej yang terdapat dalam hasil kerja itu.
Menilai hasil kerja di peringkat formal analisis lebih
terancang. Perkara-perkara yang perlu dibincangkan
adalah seperti struktur komposisi yang terdapat dalam
hasil kerja tersebut, perbezaan antara simetri dan
asimetri, mengenal pasti alatan dan media yang
digunakan dalam hasil kerja, teknik-teknik yang digunakan
dalam penghasilan hasil kerja, unsur-unsur seni, prinsipprinsip
rekaan yang diguna pakai. Manakala di peringkat
interpretasi pula perbincangan lebih menjurus kepada
tahap-tahap imaginasi seseorang murid itu, membuat
spekulasi makna yang tersirat dalam hasil kerja tersebut
dan membuat andaian tentang tujuan pelukis melukis
hasil karyanya. Untuk menghasilkan perbincangan ini,
seseorang murid ditanya bagaimana membuat perkaitan
di antara struktur yang boleh diperhatikan dengan arah
tujuan pelukis yang menghasilkan hasil karya tersebut.
Di peringkat ini murid akan dapat mengetahui
penggunaan komposisi elemen yang telah digunakan oleh
pelukis. Mereka juga boleh mengaitkan elemenelemen
32/ 33
NOTA PADAT MENGGAMBAR
NOTA PADAT MENGGAMBAR
RUMUSAN MOZEK

Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan


dengan menyusun bahan-bahan tertentu di atas
permukaan rata.
Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan
secara bersebelahan dan rapat tetapi masih meninggalkan
ruang latar.
Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semula
jadi atau buatan manusia mengikut kesesuaian tahap
murid dan jenis kelas yang hendak diajar.
Orang Greek, Roman dan Kristian mula-mula seni
menggambar menggunakan teknik mozek.
. Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam
seni menggambar di dalam sekolah dan pada bangunanbangunan
di luar sekolah.
Terdapat tiga jenis teknik menghasilkan mozek iaitu
secara direct method, indirect method dan double direct
method.
Setiap teknik dalam aktiviti mempunyai perbezaan dari
segi penggunaanalatan, bahan dan media.
. Potongan kertas boleh dijalankan dengan berbagai
bentuk dan tidak terhad kepada satu bentuk sahaja.
Tips untuk mengangkat cebisan kertas dengan mudah
ialah dengan cara meletakkan sedikit gam pada
penghujung alatan tersebut.
. Penyesuaian warna untuk mozek perlu dibuat dengan
teliti untuk menampakkan prinsip kontra pada objek yang
dihasilkan.
Teknik mozek timbul (relief) lebih sesuai menggunakan
bahan-bahan timbul.
Semburan lutsinar ke atas permukaan hasil kerja mozek
menjadikan mozek lebih menarik.
Bahan-bahan yang dilekatkan untuk menghasilkan
mozek boleh di campur.
Teknik mozek catan ialah satu-satunya teknik yang tidak
memerlukan bahan untuk menampal.
. Penggunaan linguistik dan ekspresi visual penting dalam
menilai sesuatu hasil kerja seni.
Kemahiran kritis dan kreatif boleh dikembangkan
bersama-sama aktiviti seni.
Guru boleh menjalankan hasil kerja murid secara studio
aktiviti centred method.
. Apresiasi seni pada zaman dahulu lebih tertumpu
kepada teacher centred
dan terhad kepada rujukan sedia ada, nilai sentimental,
anecdotal accounts dan artis terkenal sahaja.
. Apresiasi seni pada zaman sekarang lebih tertumpu
kepada kajian,pemerhatian, cara berkomunikasi, persepsi,
analisia, sintesis, penggunaan alatan dan media yang
lebih meluas, perbincangan tentang isu-isu social
dan kritikan membina.
. Apresiasi seni boleh dijalankan berdasarkan empat
peringkat iaitu diskriptif, analisa formal, interpretasi dan
penilaian.

You might also like