You are on page 1of 48

1.

PENDAHULUAN

Allah telah menurunkan al-Quran sebagai panduan dan sumber rujukan


kepada manusia untuk menjalani kehidupan di dunia. Selain daripada itu, hadis, ijma’,
dan qias menjadi sumber rujukan seterusnya. Begitu juga sekiranya jika kita membeli
peti ais, mesin basuh, dan televisyen, disediakan kepada kita buku manual sebagai
panduan dan sumber rujukan untuk menggunakan alat-alat tersebut.

Jadi, menjadi lumrah dan fitrah manusia memerlukan sumber dan panduan
dalam setiap perkara yang hendak dilakukan. Justeru, daripada perspektif pendidikan
sumber ini dipanggil sumber pengajaran dan pembelajaran yang mana sumber ini
digunakan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber pengajaran dan
pembelajaran ini bukan semestinya perlu disediakan oleh guru, malah murid juga
boleh menyediakannya seperti membawa akhbar ke kelas. Akhbar tersebut boleh
digunakan oleh guru sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu, tugasan ini memerlukan saya menghuraikan sumber pengajaran dan
pembelajaran, melaksanakan pengajaran mikro, serta mendokumentasikannya.

1
2. SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2.1. DEFINISI SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menurut istilah bahasa Melayu sumber bermaksud asal, mula, dan punca 1.
Contohnya: Cukai eksport merupakan sumber kewangan negara yang penting.
Manakala menurut istilah bahasa Inggeris yang merupakan bahasa kedua
kebanyakkan rakyat Malaysia iaitu source yang bermaksud a person, book, or
document that provides information2. Jika dilihat daripada perspektif pendidikan,
sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P) ialah sebarang penerbitan, gambar,
carta, objek, alat, radas, perkakas, model atau kemudahan yang berperanan untuk
memudahkan atau meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Ringkasnya sumber ialah bahan yang digunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Antara contoh sumber pengajaran dan pembelajaran termasuklah
buku teks, buku rujukan, buku latihan, lampiran nota, dan alat audio visual. Tujuan
sumber pengajaran dan pembelajaran ini adalah membantu guru menyampaikan
pelajaran supaya murid-murid dapat memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap,
dan nilai yang ditetapkan mengikut objektif kurikulum.

2.2. JENIS DAN CIRI-CIRI SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2.2.1. Jenis Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

Terdapat beberapa jenis sumber atau bahan bantu pengajaran dan


pembelajaran yang boleh digunakan untuk membantu guru dalam proses
pengajaran. Antaran jenis-jenis sumber pengajaran dan pembelajaran adalah
bahan bercetak, bahan teknologi maklumat dan bahan maujud. Semua jenis
bahan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza tetapi bertujuan mencapai hasil yang
sama iaitu untuk memastikan murid-murid memahami isi-isi pelajaran serta
mencapai objektif pembelajaran.

1
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Hlm. 1541
2
Oxford Advanced Learnerner’s Dictionary International Student’s Edition. (2006). Oxford University
Press: New York. Hlm. 1409

2
Melalui sumber-sumber yang sedia ada mahupun yang direka cipta
mengikut kreativiti sendiri, guru perlu peka dalam memilih sumber P&P yang
hendak digunakan dalam proses pengajaran. Terdapat banyak sumber-sumber
yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk mengajar. Antara bahan-bahan yang
boleh digunakan ialah buku teks, buku rujukan, buku latihan dan lampiran nota.
Kebanyakan sumber ini biasanya digunakan oleh guru-guru di sekolah. Bagi
memberi kelainan atau penambahan yang lebih menarik kepada proses P&P,
guru boleh menggunakan alat audio visual contohnya LCD, peta, komputer,
gambar rajah, dan televisyen.

Menerusi penggunaan bahan-bahan ini, murid-murid akan lebih tertarik


untuk melihat serta mendengar apa yang hendak disampaikan oleh guru dan
secara tidak langsung murid dapat memberikan tumpuan dengan sepenuhnya
kepada guru. Melalui cara ini juga, objektif yang hendak dicapai akan menjadi
lebih mudah untuk dilaksanakan dan hasilnya akan lebih memuaskan serta
memberi manfaat kepada kedua belah pihak iaitu murid-murid dan guru
itu sendiri.

2.2.1.1. Bahan Bercetak

Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai


tulisan dan wujud secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca
secara terus. Ciri penting pada bahan bercetak ialah bahan tersebut mestilah
dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil daripada tulisan tangan mana-mana
individu.

Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat


khabar, kad, katalog, kamus, buku teks, dan sebagainya yang dihasilkan secara
bercetak. Bahan bercetak seperti ini banyak disimpan di pusat sumber atau di
perpustakaan ataupun di arkib. Semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau
pereka-pereka yang mahir dan terkenal dalam bidang masing-masing.

3
Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah digunakan secara
meluas oleh guru-guru di sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang
terdapat pada bahan ini. Bahan ini murah dan senang didapati di mana-mana.
Selain itu bahan bercetak adalah bahan yang kekal dan mudah dirujuk pada
bila-bila masa. Kelebihannya yang lain ialah mudah alih dan mudah diakses
yang menyebabkannya menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran yang
terkenal dan selalu digunakan.

Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan


bercetak ini. Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku
yang tebal contohnya buku teks. Jadi sukar untuk dibawa kerana berat selain
tidak boleh disunting dan akan menjadi masalah apabila berlakunya peredaran
zaman yang mana isi kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan dan tidak
terkini. Ini kerana buku-buku selalunya perlu disunting terlebih dahulu kemudian
dicetak seterusnya diedar yang mana mengambil masa yang agak lama untuk
mengikut peredaran zaman.

2.2.1.2. Bahan Teknologi Maklumat

Bahan teknologi maklumat merupakan sumber pengajaran dan


pembelajaran yang semestinya mendapat perhatian daripada murid-murid.
Teknologi Maklumat ataupun Information Technology (IT) adalah teknologi
dunia yang terkini dan dapat memberi banyak manfaat jika digunakan secara
betul. Penggunaan sumber ini perlulah dikendalikan oleh guru yang
berkemahiran kerana pengguanaan IT secara terancang dan bersesuaian dapat
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P itu.

Bagi guru yang menggunakan sumber P&P ini, mereka boleh


menggunakan portal pendidikan, internet, rangkaian LAN, dan multimedia.
Komputer adalah alat atau bahan utama yang perlu digunakan oleh guru untuk

4
menyampaikan isi pelajaran dalam proses P&P. Dewasa ini guru-guru sudah
mempunyai kemudahan kerana terdapat perisian-perisian yang percuma
disediakan oleh kerajaan yang mana isi perisian tersebut bertepatan dengan
sukatan pelajaran yang sedia ada. Banyak kelebihan bahan ini jika digunakan
secara betul. Oleh itu, guru perlu kerap memantau pergerakan murid-murid
semasa proses P&P sedang berlangsung. Kelebihan bahan ini ialah murid-
murid cepat mudah faham kerana mereka akan tertarik dengan grafik yang ada
pada bahan ini dan secara tidak langsung telah menarik perhatian mereka.

Selain itu, murid-murid mudah untuk mengulangkaji pelajaran dan guru


juga mudah untuk membuat suntingan sekiranya guru mendapati terdapat
perubahan yang perlu dibuat. Sebaliknya yang menjadi masalah besar ketika
menggunakan bahan ini adalah sekiranya bekalan elektirk terputus, maka
secara keseluruhannya bahan ini tidak dapat berfungsi.

2.2.1.3. Bahan Maujud

Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud adalah


merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan
dipegang. Bahan maujud ini juga adalah nyata yang ada dalam lingkungan
alam, baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan.
Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber P&P adalah kota
atau bangunan yang kekal serta alam persekitaran. Manakala daripada segi
sumber P&P pula bahan-bahan yang mungkin terlibat ialah alat komputer, OHP,
alat tulis, dan perkakas sains.

Bahan maujud terbahagi pula kepada tiga jenis iaitu realia asli, realia
awet, dan spesimen. Realia asli pula terbahagi kepada dua iaitu bahan yang
hidup dan bahan bukan hidup. Bahan yang pertama ialah bahan hidup yang
sebenar dalam dunia realiti dan masih hidup contohnya cacing tanah. Manakala

5
bahan bukan hidup pula ialah seperti jentera ataupun bangunan. Realia awet
pula mestilah berasal daripada benda hidup yang kemudiannya diawet dan
disimpan di dalam bendalir kimia. Jenis bahan maujud yang ketiga ialah
spesimen. Spesimen ialah sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili
kumpulan hidupan-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri
yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Kebiasaannya spesimen
seperti ini boleh dilihat dalam bentuk bahan awetan. Contoh bahan hidup yang
boleh dijadikan spesimen ialah daun-daun. Aplikasi penggunaan bahan maujud
boleh menggunakan situasi, gambaran, atau kenyataan sebenar. Murid akan
didedahkan dengan pengalaman sebenar yang mana turut melibatkan
pengalaman sedia ada mereka dan juga merangsang penggunaan deria
penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan bauan murid-murid.

2.2.2. Ciri-Ciri Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

Ciri-ciri lain yang mempengaruhi mutu sesuatu bahan bantu mengajar


ialah semestinya dapat memberi maklumat terkini. Ini amat penting kerana jika
kita menggunakan bahan yang tidak memberi maklumat terkini dikhuatiri murid
akan mudah keliru dengan fakta-fakta yang tidak tepat.

Selain itu, bahan tersebut seboleh-bolehnya tidak terlalu mahal


berbanding dengan faedah yang dapat diberikan oleh bahan tersebut. Jika kos
membeli alat tersebut agak mahal namun faedah yang boleh didpati daripadanya
tidak seberapa maka bukanlah satu bahan bantu mengajar yang baik dan
bermutu. Biarlah kosnya rendah namun faedah yang dapat disumbangkan
adalah besar dan menepati pengajaran guru.

Terdapat banayak aspek yang dapat menilai kebaikan dan mutu


sesuatu bahan bantu mengajar. Antaranya yang lain ialah bahan tersebut mudah
diperolehi dan mudah digunakan iaitu guru dan murid mudah memahami dan

6
dapat menggunakannya dengan seoptimum mungkin. Selain bahan tersebut
juga mudah alih dan dapat disenggarakan. Ini bermaksud, bahan tersebut
mudah digunakan dan disimpan semula dan jika berlaku kerosakan maka dapat
dibaiki dengan mudah.

Aspek yang paling penting menentukan mutu dan kualiti sesuatu


bahan bantu mengajar ialah apakah bahan tersebut dapat memberi pelbagai
ransangan dan menggunakan pelbagai deria. Murid lebih memahami sesuatu
pelajaran jika melibatkan kesemua deria mereka. Maka bahan bantu mengajar
yang baik dan bermutu patut memberi ransangan yang dapat menarik minat
murid untuk belajar selain melibatkan diri mereka secara langsung ke dalam
pelajaran dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang digunakan.

Apsek lain yang perlu diambill kira ialah apakah bahan bantu mengajar
tersebut dapat digunakan berulang kali dan dapat digunakan didlam situasi yang
berlainan. Ini merujuk kepada keupayaan dan ketahanan alat tersebut untuk
digunakan berulang kali malah dapat dipergunakan pula di dalam situasi yang
berlainan. Contohnya jika guru telah menyediakan bahan yang menunjukkan
pelbagai tanda baca, maka bahan tersebut juga boleh digunakan untuk mengajar
ayat seru, ayat tanya, dialog dan sebagainya.

2.3. PENGURUSAN SUMBER

Sumber pengajaran dan pembelajaran terbahagi kepada dua kelas yang besar,
iaitu bahan cetak dan bahan bukan cetak. Rajah dibawah menunjukkan
pengelasan sumber pengajaran dan pembelajaran.

7
Rajah 1: Pengelasan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (Poh Swee Hiang,
1996)

Berdasarkan Rajah 1, jadual dibawah pula menerangkan fungsi utama bahan-


bahan tersebut.

SUMBER FUNGSI UTAMA


Poster dan Carta 1. Menyampaikan maklumat secara grafik.
2. Merumuskan perhubungan antara fakta.
3. Menunjukkan struktur dan organisasi.
4. Membolehkan bacaan pada kadar kecepatan murid.
5. Merupakan bahan pameran yang baik.
Gambar Foto 1. Menggantikan bahan sebenar.
2. Membawa situasi luar ke dalam bilik darjah.
3. Membenarkan cetakan yang diperbesarkan.
4. Meningkatkan motivasi dan minat.
5. Merupakan bahan pameran yang baik.
Transparensi 1. Menyampaikan fakta secara sistematik.
2. Menyampaikan maklumat secara berperingkat.
Radio dan Pita Audio 1. Menyediakan pengalaman pendengaran yang konkrit.
2. Menerapkan sikap dan nilai.
3. Membenarkan ulang dengar.
TV dan Pita Video 1. Menunjukkan bahan visual yang bergerak.
2. Menunjukkan bahan atau peristiwa dengan terperinci.
3. Meningkatkan motivasi, minat, dan sikap positif.
4. Membenarkan ulang tayang.
Bahan Komputer 1. Membenarkan pembelajaran individu.
2. Menyediakan kegiatan pemulihan dan pengayaan.
3. Membenarkan penyampaian aneka media.
4. Merangsang pemikiran kritis dan kreatif.

8
5. Memudahkan pembelajaran interaktif.
Bahan 3 Dimensi 1. Menunjukkan bahan sebenar atau perwakilannya.
2. Membolehkan pengenalpastian struktur dan bahagian.
3. Membenarkan pergerakan didemonstrasikan.
4. Menghasilkan kesan kepaduan dan realisme.
Bahan Permainan dan 1. Merangsangkan pemikiran kritis dan kreatif.
Simulasi 2. Meningkatkan motivasi, minat, dan sikap positif.
3. Memupuk semangat persaingan dan kerjasama
sosial.
4. Mewujudkan situasi seakan-akan situasi sebenar,
Jadual 1

2.3.1. Prosedur Penghasilan Dan Penggunaan Bahan Teknologi Pendidikan yang


Sesuai dan Tatacara Penyelenggaraannya dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam

Melihat daripada segi perspektif teknologi pendidikan, bahan yang diguna untuk
menyampaikan pengajaran dan menjadi rangsangan pelajaran digolongkan
sebagai media pendidikan.

2.3.1.1 Bahan Bercetak

Bahan-bahan cetak merupakan media pendidikan yang paling mudah didapati


dan disediakan. Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran tidak
terhad asalkan menepati objektif. Contoh bahan bercetak adalah seperti buku
teks, buku kerja, buku fiksyen, buku rujukan, majalah, risalah, surat, berita, surat
khabar dan nota-nota bercetak. Bahan bercetak seperti ini mengandungi
maklumat dalam bentuk perkataan, lukisan atau gambar.

Pemilihan dan penghasilan bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan


pembelajaran dalam Pendidikan Islam perlu menitikberatkan aspek-aspek yang
berikut:

9
1. Anggaran kos

Bahan bercetak amat murah dan mudah untuk didapati. Pencetakan


bahan yang banyak akan mengurangkan kos jika dibandingkan dengan
bahan pandang-dengar yang lain. Bahan-bahan bercetak, cetakan
tempatan atau cetakan sendiri berharga murah dan boleh disediakan
dengan cepat.

2. Kebolehgunaan

Teknologi pendidikan ini memudahkan guru untuk mengajar murid


melalui bahan bercetak yang maujud. Guru boleh menggunakan bahan
bercetak sekerap mungkin sehingga murid benar-benar dapat mengingati
fakta atau perkara yang ingin diperlajari. Murid-murid boleh
menggunakannya mengikut kadar kecepatan mereka sendiri. Bahan-
bahan tercetak boleh dibaca dengan cepat dan maklumat penting boleh
dipelajari tanpa mengikut sesuatu masa pengajaran.

Bahan bercetak tidak mempunyai masalah dari segi penggunaannya


kerana ia tidak memerlukan sumber tenaga elektrik seperti komputer.
Walaubagaimanapun, ia perlu digunakan di tempat yang terang atau
mempunyai cahaya kerana jika tidak bahan yang dipaparkan tidak dapat
dilihat

3. Mobiliti

Bahan bercetak ini boleh digunakan di mana sahaja sama ada di dalam
atau di luar kelas. Jika bahan tersebut ingin digunakan di kawasan yang
luas seperti dewan, bahan tersebut hendaklah diperbanyakkan. Selain
itu, murid-murid juga boleh menggunakan pada bila bila masa bahan
bercetak tersebut walaupun tanpa guru.

4. Bahan mentah

10
Hampir kesemua bahan bercetak menggunakan kertas sebagai bahan
mentah. Penggunaan kertas sangat popular kerana ia mudah didapati
selain kos mencetak yang rendah.

5. Saiz dan warna

Jika gambar atau poster digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran,


guru mestilah memastikan saiznya besar dan boleh dilihat oleh semua
murid. Perkara ini penting dalam menyampaikan maklumat dan
mengekalkan perhatian serta minat murid. Pemilihan warna juga perlu
diberi perhatian oleh guru. Warna yang terlalu terang dan terlalu gelap
akan menjejaskan fokus murid terhadap penyampaian guru.

6. Tatahias dan kemasan

Sekiranya guru menggunakan lukisan sebagai bahan bantu mengajar,


guru perlu memastikan lukisan tersebut mudah difahami oleh murid. Guru
juga perlu mengelakkan penggunaan lukisan yang terlalu abstrak. Hal ini
akan menyukarkan murid memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh
guru. Jika guru mencetak bahan-bahan yang mengandungi tulisan
tangan, pastikan tulisan tersebut kemas dan mampu dibaca oleh murid.
Bahan bercetak yang terlalu banyak gambar dan warna juga tidak
digalakkan untuk diguna sebagai bahan bantu mengajar kerana boleh
mengganggu tumpuan murid dalammencapai objektif pembelajaran yang
sebenar

7. Simpanan dan penyelenggaraan

Bahan bercetak ini perlu disimpan dengan kemas dan teliti kerana bahan
ini mudah koyak atau rosak, seperti disimpan di dalam fail, folder, plastik
menyimpan kertas dan sebagainya. Gambar-gambar seperti foto dan
rajah boleh dimasukkan dalam teks untuk penerangan lebih lanjut
mengenai konsep, hujah-hujah dan juga untuk menambahkan minat
murid. Bahan-bahan cetakan tambahan boleh dimuatkan di dalam buku
teks atau buku latihan sebagai lampiran atau bahan tambahan.

11
Penggunaan bahan dengan cermat serta disimpan di tempat yang
selamat memudahkan pengesanan semula dan menjamin ketahanan
bahan tersebut.

2.3.2. Prosedur Penghasilan dan Penggunaan Bahan Teknologi Maklumat dan


Komunikasi yang Sesuai dan Tatacara Penyelenggaraannya dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara terancang boleh


mengukuhkan proses P&P di sekolah-sekolah serta memberi peluang kepada
setiap murid untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik
dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses


pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat
menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi
disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran
maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad
kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon,
telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan
maklumat kepada penerima.

Terdapat tiga asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat.


Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan
untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan
komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan. Kedua,
adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. Ketiga,
digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi
maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada
sumber kepada penerima.

12
2.3.2.1. Penghasilan Bahan Teknologi Maklumat: Persembahan Elektronik
Multimedia

Terdapat beberapa perisian yang boleh digunakan untuk menghasilkan


Persembahan Elektronik Multimedia, sesuai digunakan dalam kelas. Antara
perisian yang biasa digunakan ialah Microsoft Office Powerpoint.

Sebelum membina persembahan elektronik multimedia Powerpoint, guru


perlu memastikan elemen grafik yang digunakan menepati keperluan murid-
murid. Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-
simbol, huruf, angka,perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media
untuk memberi konsep dan idea dari pengirim (guru) kepada sasarannya
(murid) dalam proses menyampaikan maklumat. Grafik penting untuk
menyediakan bahan-bahan pandangan (visual).

Selain aspek grafik, reka letak visual juga mempengaruhi kualiti


persembahan elektronik multimedia Powerpoint yang dihasilkan. Terdapat
beberapa perkara yang perlu dikenalpasti oleh guru semasa menghasilkan
sebuah persembahan elektronik multimedia Powerpoint iaitu:

1. Simplisiti

Visual yang ditayangkan hendaklah dihadkan kepada satu idea. Idea


yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan dan seterusnya
akan mengalih tumpuan murid keluar daripada objektif pembelajaran.

2. Dominan

Dominan bererti pusat penumpuan atau minat. Di dalam slaid


persembahan Powerpoint, guru perlu mewujudkan sesuatu yang boleh
menarik minat murid-murid. Sebagai contoh, jika guru ingin mengajar
tentang negeri Kedah, guru boleh mempersembahkan gambar sawah
padi bagi menimbulkan inkuiri murid. Dengan yang demikian, murid

13
dapat mengekalkan minat untuk mengikuti pembelajaran yang
seterusnya

3. Pola

Pola merupakan susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual.


Susunan item perlulah mematuhi urutan yang rasional bagi
memudahkan pemahaman murid. Sebagai contoh, guru menggunakan
gambar anak panah bagi menunjukkan proses mengambil wudhuk.

4. Seimbang

Guru perlu bijak untuk menggunakan ruang di dalam slaid


persembahan. Keadaan kesamaan dari segi berat, tarikan dan
tumpuan perhatian yang terdapat dalam suatu susunan slaid akan
menjadikan persembahan lebih kemas dan teratur.

5. Warna

Warna merupakan satu elemen reka letak visual yang penting.


Pemilihan warna yang tepat membantu keberkesanan persembahan.
Warna mempunyai beberapa fungsi iaitu pertama, warna membantu
membuat penegasan dan mewujudkan tumpuan. Kedua, warna
memudahkan sesuatu item dilihat. Ketiga, warna mewujudkan
perasaan harmoni dan melahirkan kesan tertentu seperti panas, sejuk,
bergetar, kesan psikologi dan sebagainya kepada murid-murid.

6. Huruf

Pemilihan huruf juga penting dalam menghasilkan persembahan


elektronik multimedia. Saiz dan jenis huruf mempengaruhi penerimaan
murid-murid terhadapa apa yang disampaikan oleh guru. Guru perlu
memilih jenis huruf yang senang dibaca. Penggunaan huruf besar
hanya sesuai untuk tajuk yang pendek manakala untuk tajuk yang
panjang, huruf bersaiz kecil digunakan mengikut kesesuaian. Guru
juga perlu memastikan bahawa jarak di antara dua perkataan ialah
1atau 1 ½ lebar huruf. Biarkan ruang di antara huruf kelihatan sama

14
walaupun jaraknya berbeza. Hurufan terang yang diletakkan di atas
latar belakang gelap di dapati lebih jelas daripada sebaliknya.

7. Tatahias dan Kemasan

Guru perlu memilih warna yang mempunyai kontras antara latar


dengan imej atau teks. Selain itu, guru juga perlu memilih warna yang
lembut dan selesa dipandang oleh penerima iaitu murid. Bagi
memastikan slaid yang dihasilakn tersebut kemas dan teratur,
gunakan empat warna sahaja dalam satu skrin/slaid. Tatahias warna
juga dapat menjelaskan konsep atau menunjukkan penegasan.
Contohnya slaid berlatarbelakangkan warna merah menunjukkan
penegasan dan perhatian.

2.3.2.2. Penyelenggaraan Bahan Teknologi Maklumat: Persembahan Elektronik


Multimedia.

Setiap bahan bantu mengajar perlu diselenggara dengan baik


termasuklah persembahan elektronik multimedia. Persembahan yang telah
siap dihasilkan perlu disimpan dalam beberapa bentuk iaitu dalam bentuk
dokumentasi (hard copy) dan dalam bentuk perisian (soft copy).

Persembahan elektronik yang dicetak dan didokumenkan boleh dijadikan


rujukan pada bila-bila masa manakala persembahan yang disimpan dalam
bentuk perisian mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah, isi
kandungan di dalam persembahan elektronik tersebut boleh disunting pada
bila-bila masa mengikut keperluan murid dan keperluan semasa. Selain itu,
persembahan elektronik yang disimpan dalam bentuk perisian juga dapat
disalin ke dalam alat-alat teknologi maklumat yang lain seperti cakera padat,
thumb-drive, external hard disc, dan lain-lain.

15
3. KEMAHIRAN-KEMAHIRAN MIKRO

3.1. Kemahiran Set Induksi

Set induksi adalah bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran.


Tujuan utama mengadakan set induksi ini ialah untuk membina aliran fikiran serta
menimbulkan minat murid-murid supaya mereka akan menumpukan perhatian
terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan.

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menyampaikan set


induksi atau permulaan pelajaran ini. Antaranya ialah penggunaan bahan bantu
mengajar, motivasi, teknik menyoal, mengulangkaji topik yang berkaitan,
membimbing murid mengingat kembali pelajaran yang telah dipelajari, dan
sebagainya.

Bagaimanapun, oleh sebab itu tujuan set induksi hanya digunakan untuk
membina aliran fikiran murid sahaja dan bukan merupakan salah satu isi pelajaran
yang hendak disampaikan, masa peruntukan dalam pelaksanaan set induksi ini
haruslah ringkas dan singkat, biasanya tidak melebihi lima minit dalam sesuatu
waktu pelajaran.

3.1.1. Prinsip-Prinsip Panduan Kemahiran Set Induksi

Bagi mencapai tujuan set induksi ini, seorang guru harus memahami dan
mematuhi beberapa prinsip berikut:

1. Aktiviti set induksi hendaklah sesuai dengan pengalaman, kebolehan, dan


umur murid.

2. Aktiviti set induksi ini hendaklah dikaitkan dengan isi pelajaran yang
hendak disampaikan.

16
3. Aktivisi set induksi ini hendaklah dikaitkan juga dengan pengetahuan sedia
ada murid.

4. Aktiviti set induksi hendaklah dapat menarik minat dan perhatian murid.

5. Aktiviti set induksi hendaklah disampaikan dengan cara berkesan, demi


mencapai tujuannya dalam tempoh masa yang singkat.

3.1.2. Objektif-Objektif Set Induksi

Penggunaan set induksi dalam P&P mempunyai beberapa objektif berikut:

1. Menarik perhatian murid terhadap aktiviti pengajaran yang akan


dijalankan.

2. Membina aliran fikiran murid supaya mereka bersedia mempelajari


sesuatu yang berkaitan.

3. Memotivasikan murid-murid supaya bersedia untuk belajar.

4. Mengaitkan pengalaman atau pengetahuan lepas murid dengan isi


pelajaran baru yang hendak disampaikan.

5. Menadangkan cara-cara melaksanakan sesuatu aktiviti, tugas, atau


projek.

6. Menyatakan had tugas yang akan dijalankan dalam aktiviti pembelajaran


murid.

7. Membantu murid mengikuti pelajaran dengan lebih mudah dan bermakna.

17
3.1.3. Kesan Kemahiran Set Induksi ke Atas Pengajaran-Pembelajaran

Jika objektif-objektif set induksi boleh dicapai, kesan penggunaan kemahirannya


dapat diperhatikan seperti berikut:

1. Motivasi murid terhadap pelajaran yang akan disampaikan adalah tinggi.


Mereka akan menunjukkan tanda persediaan untuk mengikuti aktiviti
pengajaran guru selanjutnya.

2. Semua murid akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran yang akan


disampaikan. Kesan ini membolehkan guru menjalankan aktiviti
pengajaran dengan lebih lancar tanpa sebarang gangguan yang tidak
diingini.

3. Murid-murid boleh menggunakan pengetahuan lepasnya untuk membina


konsep yang baru dengan lebih mudah dan bermakna.

4. Murid-murid akan bersedia dan berusaha bersungguh-sungguh untuk


menjalankan tugas dan aktiviti yang diberikan oleh guru.

5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat ditimbulkan dengan suasana


yang aktif dan seronok.

6. Masalah disiplin dapat dikurangkan kerana aktiviti set induksi ini dapat
menarik minat murid menumpukan perhatian sepenuhnya dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya.

3.1.4. Komponen-Komponen Kemahiran Set Induksi

Kemahiran set induksi lazimnya dibahagikan kepada empat jenis komponen, iaitu
menarik perhatian, mewujudkan motivasi, membuat berkaitan, dan menstruktur.
Jadual dibawah menghuraikan secara ringkas cara-cara yang digunakan untuk
melaksanakan setiap komponen kemahirannya.

18
KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN SET CARA PELAKSANAAN
INDUKSI
Menarik Perhatian 1. Menggunakan nada suara.
2. Menggunakan bahan bantu mengajar.
3. Menggunakan gerakan, isyarat, dan kontak
mata.
4. Menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa.
Mewujudkan Motivasi 1. Membangkitkan rasa ingin tahu.
2. Menggunakan teknik bercerita.
3. Menunjukkan suatu aktiviti yang berguna.
4. Menggunakan soalan yang mencabar.
Membuat Perkaitan 1. Menyatakan had tugas yang akan
dijalankan.
2. Menggunakan satu siri soalan yang
berkaitan.
3. Menyatakan cara-cara melaksanakan
tugas.
4. Menyatakan aktiviti, tugas, atau projek.
Menstruktur 1. Mengaitkan pengetahuan lepas murid.
2. Mengaitkan isi pelajaran baru.
3. Mengaitkan peristiwa semasa.
4. Mengaitkan minat dan pengalaman murid.
Jadual 2

Semasa sesi pengajaran mikro, boring bimbingan kemahiran-kemahiran set


induksi digunakan untuk membuat penilaian terhadap kesan penyampaiannya.
Contoh boring bimbingan kemahiran set induksi adalah seperti berikut:

KOMPONEN-KOMPONEN ADA (SESUAI) ADA (TIDAK SESUAI) TIDAK


KEMAHIRAN SET KELIHATAN
INDUKSI DAN CARA
PELAKSANAANNYA
Menarik Perhatian
1. Menggunakan nada
suara.
2. Menggunakan bahan
bantu mengajar.
3. Menggunakan
gerakan, isyarat, dan
kontak mata.
4. Menunjukkan suatu
aktiviti yang luar
biasa.

19
Mewujudkan Motivasi
1. Membangkitkan rasa
ingin tahu.
2. Menggunakan teknik
bercerita.
3. Menunjukkan suatu
aktiviti yang berguna.
4. Menggunakan soalan
yang mencabar.
Membuat Perkaitan
1. Menyatakan had
tugas yang akan
dijalankan.
2. Menggunakan satu
siri soalan yang
berkaitan.
3. Menyatakan cara-
cara melaksanakan
tugas.
4. Menyatakan aktiviti,
tugas, atau projek.
Menstruktur
1. Mengaitkan
pengetahuan lepas
murid.
2. Mengaitkan isi
pelajaran baru.
3. Mengaitkan peristiwa
semasa.
4. Mengaitkan minat
dan pengalaman
murid.
Tandakan (√) pada ruang yang berkenaan.
Jadual 3

3.2. Kemahiran Varisai Rangsangan

20
Variasi rangsangan merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik
penyampaian guru dengan tujuan menarik perhatian dan minat pelajar terhadap
aktiviti pengajarannya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, masa tumpuan
perhatian pelajar adalah singkat. Mereka biasanya cepat hilang minat jika aktiviti
pengajaran guru tidak dipelbagaikan.

Kemahiran variasi rangsangan meliputi kemahiran mengubah-ubah


tingkah laku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar,
menukar corak interaksi di antara guru dengan pelajar, serta mempelbagaikan
kaedah dan teknik mengajar.

3.2.1. Prinsip Variasi Rangsangan

Bagi menggunakan kamahiran variasi rangsangan dengan berkesan, guru


hendaklah memahami dan mematuhi beberapa prinsip berikut :

1. Perubahan kaedah dan teknik penyampaian guru hendaklah dikaitkan


dengan tujuan dan isi pelajaran.
2. Perubahan aktiviti pengajaran haruslah lancar dan dikaitkan dengan
langkah-langkah penyampaian di antara satu sama lain.
3. Penggunaan alat bantu mengajar untuk mempelbagaikan pengalihan
saluran deria haruslah dirancang dan disampaikan dengan teknik yang
berkesan.
4. Setiap langkah penyampaian haruslah mengandungi aktiviti pengajaran
yang berbeza dengan langkah penyampaian yang lain. Sekiranya masa
penyampaian sesuatu langkah mengajar melebihi lima minit, corak aktiviti
pengajaran haruslah dipelbagaikan.
5. Guru harus mengubah rangsangan berdasarkan maklum balas yang
didapati daripada pelajarnya.

3.2.2. Objektif Penggunaan Variasi Ransangan

21
1. Memusatkan perhatian pelajar & mengekalkan perhatian mereka
terhadap pengajaran guru.
2. Melibatkan pelajar secara aktif dalam berbagai pengalaman baru dalam
pembelajaran.
3. Memberi peluang kepada pelajar menggunakan berbagai saluran deria
untuk memperoleh ilmu.
4. Memotivasi dan membangkitkan naluri ingin tahu melalui pelbagai aktiviti
pengajaran guru.
5. Memberi peluang kepada pelajar menikmati pelbagai aktiviti yang
dijalankan.
6. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang positif dan
seronok.

3.2.3. Kesan Penggunaan Variasi Ransangan Ke Atas Pengajaran Dan


Pembelajaran

Apabila kemahiran variasi rangsangan digunakan dengan betul, kesan-kesan


positif berikut dapat dilahirkan.

1. Aktiviti P&P akan menjadi lebih seronok & menarik. Kanak-kanak lebih
ceria dan seronok untuk belajar. P&P menjadi lebih bermakna dan
berjaya meninggalkan kesan yang mendalam.
2. Minat & perhatian mereka akan ditumpukan sepenuhnya terhadap aktiviti
pengajaran guru. Mereka akan dapat memahami bahan konsep
pengajaran guru dengan lebih baik lagi.
3. Naluri ingin tahu pelajar akan dibangkitkan dan mereka berusaha
melibatkan diri secara aktif. Contohnya melukis, melabel, memain
peranan dan sebagainya.
4. Murid berpeluang menggunakan pelbagai saluran deria untuk
mempelajari sesuatu. Guru akan melakukan pergerakkan badan dan ini
akan meneguhkan P&P. Dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
positif. Dengan bantuan BBM yang sesuai dapat merangsangkan P&P
kanak-kanak.

22
5. Masalah disiplin dapat dikawal apabila pelajar menumpukan sepenuh
perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru.

3.2.4. Komponen Kemahiran Variasi Ransangan

1. Komponen perubahan pergerakan langkah guru.


Guru bergerak ke kiri dan kanan, belakang dan depan semasa mengajar.
Pergerakan langkah guru perlu dilakukan secara perlahan supaya tidak
mengganggu P&P dan tumpuan kanak-kanak.

2. Komponen perubahan pergerakan anggota guru.


Guru juga boleh menggunakan bahagian anggota badan yang baru
contohnya tangan untuk menegaskan penerangan dan penyampaian.

3. Komponen perubahan nada suara guru.


Guru tidak hanya menggunakan suara yang mendatar tetapi perlu
mengubah nada suara mengikut kepentingan bahan pengajaran.

4. Komponen perubahan fokus deria murid.


Perhatian kanak-kanak akan berubah apabila guru mengubah cara
mengajar dengan menggunakan BBM.

5. Komponen perubahan bentuk lisan murid.


Kanak-kanak boleh dilibatkan secara lisan contohnya penggunaan
bahasa.

6. Komponen perubahan bentuk fizikal murid.


Perubahan bentuk fizikal murid seperti lakonan, menulis, dan simulasi.

3.2.5. Cara Mengendalikan Pengajaran Mikro

23
Guru pelatih yang memilih kemahiran variasi rangsangan untuk melatih diri
dalam sesi pengajaran mikro harus merancang aktiviti pengajaran dengan
berbagai-bagai aktiviti rangsangan. Semasa menjalani aktiviti pengajaran dalam
sesi pengajaran mikro, tumpuan harus diberikan kepada tiga komponen yang
berasaskan kepada perubahan tingkah laku guru dan tiga komponen yang
berasaskan kepada perubahan tingkah laku pelajar.

Sebagai aktiviti penilaian, pensyarah dan guru-guru pelatih yang terlibat


boleh menggunakan boring bimbingan kemahiran variasi rangsangan berikut:

KOMPONEN 30 SAAT BAGI TIAP-TIAP RUANG


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
KEMAHIRAN
Pergerakan langkah guru yang
sesuai
Pergerakan anggota guru yang
berpatutan
Perubahan nada guru dalam
pertuturan
Perubahan fokus deria pelajar

Perubahan bentuk lisan pelajar

Perubahan bentuk fizikal pelajar

Tandakan (√) dalam ruang yang berkenaan apabila perubahan tingkah laku guru dan murid dapat
diperhatikan.

Jadual 4

3.3. Kemahiran Penyoalan

Teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran


guru. Hampir semua proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggunaan
teknik menyoal. Misalnya, dalam set induksi , iaitu peringkat permulaan sesuatu
pelajaran, kemahiran penyoalan digunakan untuk menolong murid mengingat
kembali ilmu pengetahuan lepas yang berkaitan. Pada peringkat perkembangan,

24
kemahiran penyoalan digunakan untuk mencungkil fikiran murid untuk membantu
mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan. Pada peringkat penutup,
kemahiran penyoalan digunakan untuk menilai pencapaian objektif pelajaran.
Kaedah Socrates adalah satu kaedah yang menggunakan satu siri soalan untuk
membimbing murid menemui sesuatu kesimpulan.

Justeru itu, guru pelatih harus menguasai kemahiran penyoalan ini untuk
mencapai kejayaan dalam aktiiti pengajarannya.

3.3.1. Perinsip-Prinsip Panduan Penggunaan Kemahiran Penyoalan

Bagi menggunakan kemahiran penyoalan dengan berkesan dalam aktiviti


pengajaran, guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut:

1. Pembentukan Soalan

a) Aras soalan hendaklah sesuai dengan murid mengikut umur,


kebolehan, dan pengalaman masing-masing.

b) Sebelum aktiviti pengajaran dimulakan, guru haruslah


merancangkan jenis-jenis soalan yang berkaitan.

c) Bagi memastikan soalan mudah difahami oleh murid-murid,


perkataan dan istlilah yang digunakan harus mudah dan telah
dipelajari oleh mereka.

d) Bagi menarik perhatian murid, bentuk soalan hendaklah diubah


daripada semasa ke semasa.

e) Soalan yang dibentuk harus mendorong murid berfikir. Elakkan


soalan yang mengandungi jawapan sendiri seperti “Bumi kita
adalah suatu sfera yang besar, betulkan?”

f) Bentuk soalan haruslah ringkas, tepat, dan jelas.

25
2. Teknik Mengemukakan Soalan

a) Bagi mengelakkan setiap murid dalam bilik darjah memikirkan


jawapan, guru haruslah mengemukakan soalan terlebih dahulu,
berhenti sekejap untuk memberi masa murid-murid berfikir,
kemudian menyebut namanya supaya menjawab soalan itu.

b) Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah ditujukan kepada


seluruh kelas dan bukan hanya murid cerdas sahaja diberi peluang
menjawab soalan-soalan guru. Guru juga harus mengelakkan
daripada emberi soalan-soalan mengikut susunan tempat duduk
murid dalam kelas.

c) Bagi memastikan semua murid mengambil perhatian terhadap


jawapan yang diberi oleh seseorang murid, guru kadangkala boleh
memanggil seorang murid yang lain mengulang jawapan murid itu.

d) Bagi menarik perhatian murid, guru hanya menyebutkan soalan


sekali sahaja, dengan syarat sebutan guru cukup lantang dan jelas
didengar oleh semua murid. Pastikan semua murid telah bersedia
mendengar soalan guru.

3. Penerimaan Jawapan Murid

a) Bagi menggalakkan murid berusaha memberi jawapan dengan


baik, pujian hendaklah diberikan kepada murid yang telah memberi
jawapan yang betul.

b) Guru hendaklah mengelakkan amalan mengulangi jawapan murid


kerana cara ini secara tidak langsung akan menggalakkan murid-
murid yang lain tidak mempedulikan jawapan yang diberi oleh
murid, dan hanya menunggu guru mengulangi jawapan itu.

c) Jika jawapan yang diberikan adalah baik dan penting, guru boleh
meminta murid yang lain mengulangi jawapan itu.

26
d) Jika jawapan yang diberikan kurang lengkap, guru boleh meminta
murid yang lain melengkapkannya atau guru sendiri boleh
menambahkan maklumat-maklumat kepada jawapannya.

e) Jika murid tidak boleh menjawab, guru hendaklah membantunya


menjawab dengan mengubah aras soalan ke peringkat yang lebih
rendah atau memberi petua-petua yang berkaitan.

f) Melarang murid-murid memberi jawapan secara beramai-ramai.


Memberi jawapan secara beramai-ramai bukanlah tujuan menyoal.

g) Bagi mendorong murid supaya sentiasa berusaha dan cuba


menjawab soalan guru, guru hendaklah mengelakkan diri daripada
mengejek murid yang memberi jawapan yang salah atau jawapan
yang bersifat bodoh.

3.3.2. Objektif-Objektif Penyoalan

Penggunaan penyoalan dalam aktiviti pengajaran mempunyai beberapa objektif


yang tertentu. Antaranya ialah:

1. Menguji pengetahuan dan kefahaman murid.

2. Merangsang dan mencungkil fikiran murid.

3. Membimbing murid menggunakan kaedah inkuiri-penemuan untuk


membuat kesimpulan atau menyelesaikan sesuatu masalah yang
kompleks.

4. Menarik perhatian murid supaya menumpukan perhatian mereka kepada


aktiviti pengajaran guru atau kepada sesuatu penegasan.

5. Menilai keberkesanan pengajaran guru dan pencapaian objektif pelajaran.

6. Membantu murid mengulangkaji pelajaran untuk menyediakan diri dalam


ujian yang akan datang.

27
7. Menjalin perhubungan yang baik diantara guru dengan murid melalui
aktiviti soal jawab.

8. Membantu murid mengukuhkan konsep dan kefahaman yang baru


dipelajari pada peringkat akhir pelajaran.

9. Menimbulkan minat dan rasa ingin tahu murid dengan mengemukakan


soalan yang menarik atau mencabar.

10. Mengembangkan daya pemikiran murid melalui satu siri soalan yang
terancang.

11. Melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

12. Memberi contoh serta mengalakkan murid supaya berani menyoal apabila
mereka ada keraguan atau kurang faham sesuatu.

3.3.3. Kesan Kemahiran Penyoalan ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran

1. Melalui aktiviti soal jawab, murid-murid akan melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti pembelajaran mereka.

2. Minat murid terhadap pelajaran akan ditambah dan mendorong mereka


memberi perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru. Kesannya ialah
murid dapat belajar sesuatu dengan lebih menyeluruh dan berkesan.

3. Daya pemikiran murid dapat dikembangkan kepada tahap yang lebih


tinggi.

4. Melalui soalan menguji pengetahuan lepas murid, guru boleh merancang


aktiviti pengajaran yang sesuai berdasarkan jawapan murid. Kesannya
ialah muriddapat mengikuti pelajaran dengan lebih bermakna dan mudah
difahami.

5. Soalan yang digunakan sebagai aktiviti penilaian akan membolehkan guru


mengenal pasti masalah yang dihadapai oleh murid. Kesannya ialah

28
membolehkan guru merancang aktiviti pengayaan, pemulihan, atau aktiviti
pengajaran yang selanjutnya dengan lebih berkesan.

6. Melalui aktiviti soal jawab, perhubungan guru dan murid dapat dijalin
dengan baik. Murid akan menyukai pengajaran guru dan tidak merasa
segan atau malu untuk bertanya kepada guru apabila mereka menghadapi
masalah dalam pembelajaran.

7. Menggunakan soalan-soalan untuk menolong murid mengulangkaji


pelajaran akan menambahkan prestasi mereka dalam peperiksaan yang
akan datang.

8. Penyoalan dalam membantu murid mengukuhkan konsep-konsep yang


baru dipelajari.

3.3.4. Komponen-Komponen Kemahiran Penyoalan

KOMPONEN-KOMPONEN KRITERIA-KRITERIA TEKNIK MENYOAL


KEMAHIRAN PENYOALAN
Penbentukan Soalan 1. Jelas
2. Tepat
3. Ringkas
Fokus (Tunggal) 1. Soalan yang ditumpukan kepada satu
idea.
2. Soalan konvergen.
Fokus (Pelbagai) 1. Soalan ditumpukan lebih kepada satu
idea.
2. Soalan divergen.
Sebaran 1. Soalan disebarkan kepada seluruh
kelas.
Hentian 1. Memberi masa kepada murid
memikirkan jawapannya.
Melayani Jawapan 1. Memberi pujian.
2. Melengkapkan jawapan.
3. Membaiki jawapan.
Memberi petunjuk Menjawab 1. Memberi petua atau petunjuk untuk
membantu murid,

29
Mencungkil Fikiran 1. Mengemukakan satu siri soalan untuk
mencungkil fikiran.
Jadual 5

3.3.5. Penyoalan Mencungkil Fikiran

Kemahiran ini digunakan untuk mencungkil fikiran murid sehingga mereka


memberi satu jawapan yan tepat dan sempurna. Tujuan menggunakan kemahiran
ini ialah untuk menolong murid-murid berfikir secaa mendalam supaya memahami
sesuatu fakta, konsep, hukum atau teorem dengan lebih jelas lagi.

Kemahiran menggunakan soalan mencungkil fikiran murid boleh


dijalankan dengan menyediakan beberapa soalan yang berkenaan serta
berkaitan, kemudian mengemukakan soalan-soalan itu mengikut susunan yang
sesuai.

3.3.6. Aras-Aras Penyoalan

Selain teknik menyoal, kemahiran mempelbagaikan jenis soalan mengikut


aras-arasnya juga boleh dikuasai melalui pengajaan mikro.

Aras kemahiran soalan boleh dikelaskan kepada enam peringkat seperti


yang dinyatakan oleh Bloom dalam bukunya ‘Taxonamy of Education Objectives’.
Peringkat-peringkat itu ialah pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis
dan penilaian. Lihat rajah dibawah.

30
Rajah 2

3.3.7. Cara Pengendalikan Pengajaran Mikro

Semasa merancang aktiviti pengajaran mikro berasaskan kepada


kemahiran penyoalan, guru pelatih hendaklah menyediakan berbagai-bagai jenis
soalan seperti soalan konvergen dan soalan divergen mengikut beberapa aras
kemahiran penyoalan yang boleh mencungkil fikiran murid.

Semasa menjalankan aktiviti pengajaran mikro, guru pelatih yang terlibat


harus cuba menggunakan teknik menyoal mengikut prinsip-prinsip panduan dan
merujuk komponen-komponen kemahiran penyoalan yang disarankan dalam
Jadual 6.

KOMPONEN NOMBOR SOALAN


KEMAHIRAN (TEKNIK
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
MENYOAL)
Pembentukan Soalan:
Jelas, ringkas, dan tepat
Fokus kepada satu idea
Fokus kepada lebih
daripada satu idea
Sebaran ke seluruh kelas
Hentian yang sepatut
Melayan jawapan dengan

31
baik
Memberi petunjuk atau
petua
Mencungkil fikiran
ARAS-ARAS 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
KEMAHIRAN
Pengetahuan
Kefahaman
Aplikasi
Analisis
Sintesis
Penilaian
Tandakan () pada ruang yang berkaitan dengan ciri-ciri yang dapat dilihat bagi tiap-tiap soalan
yang dikemukakan dalam sesi pengajaran mikro.
Jadual 6

3.4. Kemahiran Penutup

Penutup pelajaran dalah bahagian terakhir sesuatu pelajaran. Aktiviti-


aktiviti rumusan, pengukuhan dan penilaian biasanya dilakukan dalam bahagian
penutup ini. Oleh itu guru-guru menggunakan bahagian ini untuk membantu murid-
murid mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru sahaja dipelajari dengan
merumuskan semua isi penting atau memberikan aktiviti susulan kepada mereka.
Disamping itu, guru juga boleh menggunakan bahagian penutup ini untuk menilai
objektif dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Hasil
penilaian akan digunakan untuk melakukan perubahan pada pengajaran yang
seterusnya.

Terdapat dua jenis penutup yang biasanya digunakan oleh guru didalam
pengajaran, iaitu penutup kognitif dan penutup

Penutup kognitif adalah penutup yang bertujuan untuk memberikan


peneguhan kepada isi pelajaran atau kemahiran yang baru dipelajari oleh murid.
Penutup kognitif boleh dilakukan melalui aktiviti rumusan, pengukuhan dan susulan.
Antara cara-cara melakukan penutup kognitif adalah:

1. Guru boleh merumuskan isi-isi penting sesuatu pelajaran dengan tujuan


mengukuhkan lagi apa yang telah dipelajari oleh murid-murid.

32
2. Dilakukan di akhir satu sesi pelajaran, selepas sesuatu perbincangan
atau sesi latihan dan diakhir satu pembelajaran.

a) Contohnya, guru mengajar huruf hijaiah kepada murid, guru mungkin


berkata “Sekarang kita berhenti sekejap dan kamu cuba sebutkan
huruf-huruf hijaiah yang kita belajar tadi”.

3. Guru boleh memberikan kerja bertulis didalam buku atau lembaran kerja
kepada murid.

4. Memberi aktiviti pengayaan kepada murid.

5. Menyoal murid mengenai isi penting yang telah dipelajari

Penutup sosial bertujuan memberikan sesuatu perasaan pencapaian


kepada murid-murid yang telah diajar tentang sesuatu topik. Contohnya, guru
memberikan pujian dan galakan kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan
dengan betul. Misalnya: “Murid-murid berjaya menjawab semua soalan ustaz
mengenai solat hari raya dengan betul dan tepat, dalam pelajaran akan dating,
ustaz akan mengajar mengenai zakat.”

3.4.1. Prinsip Penggunaan Kemahiran Penutup

Untuk menggunakan kemahiran penutup dengan berkesan, guru haruslah


memahami dan mematuhi beberapa prinsip berikut:

1. Penutup hendaklah bermakna kepada murid-murid dari segi minat,


kebolehan dan umur mereka.

2. Penutup hendaklah berkaitan dengan isi dan objektif P&P.

3. Penutup hendaklah ada kaitan dengan pengetahuan sedia ada,


pengalaman murid dan konsep baru yang telah dipelajari.

4. Penutup harus berkaitan dengan aspek satu-satu pelajaran yang telah


dipelajari.

5. Penutup sepatutnya dapat menilai keberkesanan satu-satu pelajaran.

6. Perlu mengandungi aktiviti-aktiviti susulan untuk murid-murid.

33
3.4.2. Objektif-Objektif Kemahiran Penutup

1. Membuat satu rumusan tentang pelajaran yang telah disampaikan.

2. Membuat perkaitan antara pengetahuan sedia ada dan pengalaman


murid dengan topik yang baru.

3. Meneguhkan satu-satu pelajaran yang baru dipelajari.

4. Menggunakan prosedur yang sesuai untuk menilai objektif P&P murid.

5. Mengemukakan aktiviti susulan.

6. Menimbulkan motivasi melalui kemesraan, menghairankan dan aktiviti


susulan.

3.4.3. Kesan Kemahiran Penutup Kepada Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

1. Pembelajaran menjadi lebih bermakna kerana murid-murid dapat


penyelesaian kepada suatu pembelajaran.

2. Membantu murid mengingati pelajaran yang baru dipelajari.

3. Dapat meneguhkan suatu konsep yang baru dipelajari.

4. Murid terdorong untuk belajar dengan tekun turutan daripada penggunaan


penutup sosial.

5. Guru dapat mengetahui sejauh manakah objektif P&P telah dicapai.

3.4.4. Komponen-Komponen Kemahiran Penutup

Kemahiran penutup mempunyai dua kemahiran yang utama iaitu kemahiran


penutup kognitif dan penutup social. Rajah dibawah menerangkan mengenai
aktiviti penutup yang terkandung dalam kedua-dua komponen tersebut.

KOMPONEN-
KOMPONEN
34
KEMAHIRAN
Perkaitan Perkaitan
Sosial Kognitif

 Guru menggunakan pelbagai  Guru membuat rumusan yang


jenis pujian apabila murid berkaitan dengan pengalaman
dapat menjawab soalan di murid.
peringkat penutup.
 Penutup ada hubungan
 Dengan ini, murid dapat dengan bahagian penting
merasa dan menikmati pelajaran.
perasaan mencapai kejayaan.
 Guru mencadangkan
beberapa aktiviti susulan.

Rajah 3

4. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

٢٠١١ ‫ مچ‬٩ : ‫اترخي‬


‫ ڤاݢي‬٩:١٥ -٨:١٥ : ‫ماس‬

35
‫‪ :‬اتهون ‪٤‬‬ ‫لکس‬
‫مات ڤالجرن ‪ :‬ڤنديديقن اسالم‬
‫‪ :‬اسوهن تالوة القرءان‬ ‫بيدڠ‬
‫‪ :‬سورة املاعون‬ ‫اتجوق‬

‫حاصيل ڤمبالجرن‬
‫داخري ڤڠاجرن دان ڤمبالجرن‪ ،‬موريد اکن داڤت‪:‬‬
‫ارس ‪:١‬‬
‫‪ .١‬ممباچ سورة املاعون دڠن خمرج يڠ بتول‪.‬‬
‫ارس ‪:٢‬‬
‫‪ .١‬ممباچ سورة املاعون دڠن بتول دان فصيح‪.‬‬
‫ارس ‪:٣‬‬
‫‪ .١‬ممباچ سورة املاعون دڠن مرءيقان حکوم جتويد‪.‬‬

‫ڤڠتاهوان سداي اد‪:‬‬


‫‪ .١‬موريد ڤرنه ممباچ سورة املاعون کتيک صالة‪.‬‬
‫‪ .٢‬موريد ڤرنه مندڠر ابچان سورة املاعون دمسجد‪.‬‬

‫ڤڽراڤن نيالي‪:‬‬
‫‪ .١‬حرميت راکن‪.‬‬

‫کامهرين برفيکري‪:‬‬

‫‪36‬‬
‫‪ .١‬ممبنديڠ بيذا‪.‬‬

‫ڤڠݢابوڠ جالينن‪:‬‬
‫‪ .١‬ڤالجرن جاوي‪a.‬‬
‫‪ .٢‬ادب دان اخالق اسالمييه‪.‬‬

‫ڤڽراڤن علمو‪:‬‬
‫‪ .١‬اکجني متڤنت‪.‬‬

‫ابهن بنتو مڠاجر‪:‬‬


‫‪ .١‬اکد ڤراکاتن‪.‬‬
‫‪ .١‬کومڤوتر‪.‬‬
‫اکتيۏييت ڤڠاجرن دان چاتنت‬ ‫اييس کندوڠن‬ ‫لڠکه‪ /‬تميڤوه‬
‫ڤمبالجرن‬
‫‪ .١‬ڬرو ممينتا موريد‬ ‫دعاء بالجر‬ ‫مقدمة‪ ٣ /‬مينيت‬
‫ممباچ دعاء بالجر‪.‬‬
‫‪ .٢‬موريد ممباچ دعاء‬
‫بالجر سچارا لكس‬
‫‪ .٣‬ڬورو ممبتولكن‬
‫تيڠكه الكو موريد‬
‫سكرساڽ ڤرلو‪.‬‬
‫‪.١‬ݢورو منايڠکن‬ ‫‪.١‬ݢورو منايڠکن‬ ‫سيت ايندوکيس‪ ٤ /‬اتيڠن ۏيدايو کاملڠن جالن راي‬
‫ۏيدايو مڠݢوانکن‬ ‫ۏيدايو کاملڠن کڤد‬ ‫مينيت‬
‫ڤوويرڤوينت‬ ‫موريد‪.‬‬
‫‪ .٢‬موريد منونتون‬
‫ۏيدايو دڠن تلييت‪.‬‬
‫‪ .٣‬ݢورو براتڽ کڤد‬

‫‪37‬‬
‫موريد‪.‬‬ ‫ݢورو براتڽ کڤد موريد‪:‬‬
‫‪ .٤‬موريد منجواب‬ ‫‪ .١‬سياڤاکه يڠ منولوڠ مڠسا؟‬
‫سؤالن ݢورو‪.‬‬ ‫‪ .٢‬جواڤن‪ :‬اورڠ راماي‪ ،‬امبولنچ‪،‬‬
‫اکون‪ ،‬دان سباݢايڽ‪.‬‬
‫‪ .٣‬سياڤاکه يڠ بوليه مڽمبوهکن مڠسا؟‬
‫‪ .٤‬جواڤن‪ :‬دوکتور‪ ،‬هللا‪ ،‬اوبت‪ ،‬دان‬
‫سباݢايڽ‬
‫‪.١‬ݢورو ممباچ سورة ‪ .١‬ڤووير ڤوينت‪.‬‬ ‫سورة املاعون‬ ‫لڠکه ‪ ٥ /١‬مينيت‬
‫املاعون‪.‬‬
‫‪.٢‬موريد مندڠر‬
‫ابچان ݢورو‪.‬‬
‫‪.٣‬ݢورو ممڤردڠرکن‬
‫ابچان چونتوه سورة‬
‫املاعون‪.‬اوليه امام‬
‫مسجد احلرام‪.‬‬
‫‪.٤‬ݢورو ممباچ سورة‬
‫املاعون‪.‬دان دايکويت‬
‫اوليه موريد‪.‬‬
‫‪ .٥‬ݢورو ممباچ‬
‫ترمجهن س سورة‬
‫املاعون‪..‬‬
‫‪.٦‬موريد مڠيکوت‬
‫ابچان ݢورو‬
‫‪.٧‬ݢورو ممينتا موريد‬
‫لاليک ممباچ سورة‬
‫املاعون‪.‬بررسات‬
‫ترمجهڽن‪.‬‬
‫‪.٨‬موريد لاليک ممباچ‬
‫سورة املاعون‪.‬بررسات‬
‫ترمجهڽن‪.‬‬
‫‪.٩‬ݢورو ممينتا موريد‬
‫‪38‬‬
‫ڤرمڤوان ممباچ سورة‬
‫املاعون بررسات‬
‫ترمجهڽن‪.‬‬
‫‪ .١٠‬موريد ڤرمڤوان‬
‫ممباچ سورة‬
‫املاعون‪.‬بررسات‬
‫ترمجهڽن‪.‬‬
‫‪ .١١‬ݢورو ممينتا‬
‫موريد ممباچ سورة‬
‫املاعون‪.‬بررسات‬
‫ترمجهڽن سچارا لکس‪.‬‬
‫‪ .١٢‬موريد ممباچ‬
‫سورة املاعون‪.‬بررسات‬
‫ترمجهڽن‪.‬‬
‫‪ .١‬ݢورو منوجنوقکن اکد لکمة‬ ‫لڠکه ‪ ٦ /٢‬مينيت‬
‫اکد لکمة کڤد موريد‪.‬‬
‫‪ .٢‬موريد ممرهاتيکن‬
‫اکد لکمة ترسبوت‪.‬‬
‫‪ .٣‬ݢورو ممينتا موريد‬
‫ممباچ اکد لکمة سچارا‬
‫لکس‪ ،‬کومڤولن‪ ،‬دان‬
‫اينديۏيدو‪.‬‬
‫‪ .٤‬موريد ممباچ اکد‬
‫لکمة يڠ دسدايکن‪.‬‬
‫‪ .٥‬ݢورو ممبتولکن‬
‫ابچان موريد سکرياڽ‬
‫ڤرلو‪.‬‬
‫اکد اايت‬ ‫‪ .١‬ݢورو منايڠکن‬ ‫لڠکه ‪ ٢٥ /٣‬مينيت‬
‫ڤوتوڠن اايت درڤد‬
‫سوره کڤد موريد‪.‬‬
‫‪ .٢‬موريد ممرهاتيکن‬
‫‪39‬‬
‫ڤوتوڠن اايت‬
‫ترسبوت‪.‬‬
‫‪ .٣‬ݢورو ممينتا موريد‬
‫ممباچ ڤوتوڠن اايت‬
‫ترسبوت سچارا‬
‫لکس‪ ،‬کومڤولن‪ ،‬دان‬
‫اينديۏيدو‪.‬‬
‫‪ .٤‬موريد ممباچ اايت‬
‫يڠ داتيڠکن‪.‬‬
‫‪ .٥‬ݢورو ممبتولکن‬
‫ابچان موريد سکرياڽ‬
‫ڤرلو‪.‬‬
‫‪ .١‬ݢورو ممهباݢيکن کومڤوتر‪.‬‬ ‫لڠکه ‪ ١٥ /٤‬مينيت‬
‫موريد کڤد امڤت‬
‫کومڤولن‪.‬‬
‫‪ .٢‬موريد دودوق دامل‬
‫کومڤولن ماسيڠ‪-‬‬
‫ماسيڠ‪.‬‬
‫‪ .٣‬ݢورو ممينتا ستياڤ‬
‫کومڤولن ممباچ اايت‬
‫ترتنتو‪.‬‬
‫‪ .٤‬موريد ممباچ اايت‬
‫يڠ دکهنديق‪.‬‬
‫‪ .٥‬ݢورو ممبتولکن‬
‫کسالهن موريد‬
‫سکرياڽ ڤرلو‪.‬‬
‫‪ .١‬ڬورو منايڠكن‬ ‫ڤنوتوڤ‪ ٢ /‬مينيت‬
‫ۏيديو ابچاءن القرءان‬
‫كڤد موريد‪.‬‬
‫‪ .٢‬موريد مندڠر‬
‫ابچاءن تسسبوت‬
‫‪40‬‬
Jadual 7

5. PELAKSANAAN MICRO TEACHING

5.1. DOKUMENTASI MICRO TEACHING

5.1.1. Foto

41
Foto 1 Foto 2

Foto 3

5.1.2. Video

Sila rujuk video yang dilampirkan.

5.2 REFLEKSI MICRO TEACHING

Sebelum membuat micro teaching, saya telah membuat perancangan


terlebih dahulu iaitu dengan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH).
Namun, oleh sebab micro teaching saya hanya membuat bahagian set induksi
sahaja. Saya melakukan set induksi tersebut selama lima minit sahaja iaitu masa

42
yang maksimum dicadangkan untuk membuat set induksi. Kemudian saya telah
menyenaraikan pengetahuan sedia ada murid untuk membuat soalan-soalan yang
hendak dikemukakan pada langkah ini. Saya juga menyediakan gambar sebagai
rangsangan dan motivasi kepada murid untuk menumpukan perhatian terhadap
pelajaran.

Semasa melaksanakan micro teaching, saya memaparkan gambar dan


bahan-bahan yang telah saya sediakan. Begitu juga dengan menyoal murid-murid
berdasarkan soalan-soalan yang telah disediakan. Selain itu, saya juga telah
memberikan peneguhan dan membantu mereka ketika mereka menjawab soalan.
Seterusnya saya mengaitkan jawapan mereka dengan tajuk yang akan dipelajar.

Selepas melakukan micro teaching, saya mendapati bahawa soalan yang


saya kemukakan kepada murid tidak sesuai kerana saya mengungkapkan ayat dan
menggunakan istilah yang tinggi yang tidak sesuai dengan tahap umur mereka
seperti perkataan ‘fungsi’. Selain itu, terdapat juga murid tidak menumpukan
perhatian terhadap bahan yang saya sediakan. Ini mungkin disebabkan saya tidak
begitu tegas dalam memberikan arahan. Justeru, saya hendaklah meminta perhatian
mereka terlebih dahulu dengan menggunakan nada suara yang berbeza, meminta
murid mengosongkan meja, dan duduk di tempat masing-masing.

6. REFLEKSI PELAKSANAAN KERJA PROJEK

Sebelum melaksanakan tuasan ini, saya terlebih dahulu mengumpul


maklumat daripada nota kuliah, perpustakaan, internet, dan sebagainya. Setelah
memperoleh maklumat yang diperlukan, saya telah berkolaborasi dengan rakan-
rakan mengenai maklumat yang sebenar diperlukan selain bertukar-tukar bahan

43
dengan mereka. Kemudian, saya menyusun maklumat dan bahan-bahan tersebut
mengikut soalan yang dikemukakan.

Semasa membuat tugasan ini, saya telah cuba menkonstruk idea yang
diperoleh daripada buku rujukan dan mengambil ayat-ayat yang diperlukan. Selain
itu, saya turut menukarkan contoh-contoh yang tidak berkaitan dengan Pendidikan
Islam kepada yang berkaitan dengannya.

Melalui tugasan ini, terdapat beberapa kebaikkan yang saya peroleh


antaranya adalah saya lebih jelas mengenai maksud pengajaran mikro yang
sebenarnya iaitu pengajaran yang hanya menumpukan kepada sesuatu langkah
dalam pengajaran seperti pendahuluan set induksi, dan penutup. Selain itu, saya
turut memahami kehendak yang dikehendaki pada setiap langkah dalam pengajaran
mikro seperti kemahiran menyoal yang perlu mempunyai soalan yang berfokus
kepada satu idea dan lebih daripada satu idea. Malah saya juga dapat praktikkan
apa yang saya pelajari semasa menjalani praktikum di sekolah.

Ironinya terdapat juga beberapa kelemahan yang terdapat daripada


tugasan ini antaranya sumber dan maklumat yang terhad terutama maklumat
mengenai ciri-ciri sumber pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya keliru di
antara ‘Sumber Pengajaran dan Pembelajaran’ dengan ‘Media Pengajaran’.
Kekeliruan ini timbul kerana maklumat yang terdapat dalam ‘Sumber Pengajaran dan
Pembelajaran’ terdapat dalam sub-topik ‘Media Pengajaran’.

Konklusinya dapatlah saya fahami bahawa ‘Sumber Pengajaran dan


Pembelajaran’ adalah sebahagian daripada ‘Media Pengajaran’. Jadi tidaklah
menjadi masalah yang besar terhadap saya untuk memahami dengan lebih
mendalam terhadap tajuk ini.

44
7. PENUTUP

Sebagai seorang bakal guru, seharusnya kita dapat memilih dan


menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang disediakan selain
membuat bahan bantu mengajar sendiri. Guru Pendidikan Islam boleh menggunakan
bahan bantu mengajar yang dibekalkan oleh kementerian kepada guru-guru j-QAF
kerana bahan tersebut sesuai digunakan semasa aktiviti pengajaran. Antara bahan

45
bantu yang dibekalkan oleh kementerian adalah kad perkataan, carta, cakera padat,
dan sebagainya.

Selain itu, guru juga boleh membina bahan mereka sendiri mengikut
kebolehan dan tahap keupayaan murid sesuatu kelas. Adapun bahan yang paling
berkesan adalah bahan maujud yang boleh dilihat, dipegang, dan dirasa oleh murid.
Sebagai contoh model dan diorama. Matapelajaran Pendidikan Islam juga boleh
menggunakan diorama seperti ketika hendak mengajar tajuk Rukun Haji, guru boleh
menjadikan diorama kaabah sebagai bahan bantu mengajar.

Tuntasnya, guru perlu kreatif dan bijak memilih bahan bantu mengajar
yang sesuai untuk digunakan. Ini kerana tujuan bahan bantu mengajar ialah
memudahkan pencapaian fakta terutama fakta yang abstrak seperti untuk
menerangkan tentang ‘Mukjizat al-Quran’. Penggunaan bahan bantu mengajar yang
berkesan dapat mencapai hasil pembelajaran yang diingini selain murid ceria dan
gembira untuk belajar.

BIBLIOGRAFI

Hiang, P. S. (1999). Pedagodi Sains 4 PENGURUSAN MAKMAL DAN SUMBER


SAINS. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Khairi, M. (2008). PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Retrieved


April 16, 2011, from Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran:
http://www.freewebs.com/ptk2/ptkkhusus2.htm

46
Salleh, A. B. (n.d.). Perkembangan Seni dan Kanak-Kanak. Retrieved April 17, 2011,
from Scribd: http://www.scribd.com/doc/2688621/Perkembangan-Seni-dan-Kanak-
kanak

Salleh, M. R. (2011, Mac 13). Sumber Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pengajian
Sosial. Retrieved April 16, 2011, from KUMPULAN PGSR BAHASA MELAYU
IPGM KKB: http://kumpulansiswazahguru.blogspot.com/2011/03/sumber-
pengajaran-dan-pembelajaran.html

Sang, M. S. (1992). Pedagogi 2 Strategi Pengajaran-Pembelajaran, Pengajaran mikro,


dan Persediaan Untuk Pengajaran Praktik. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.

Sang, M. S. (2003). PEDAGOGI UNTUK KURSUS DIPLOMA PERGURUAN


SEMESTER 2. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

LAMPIRAN

47
ULASAN PENSYARAH

48

You might also like