P. 1
Pen Gurus An Sumber Dan Pengajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Islam 'Melaksanakan Pengajaran Mikro'

Pen Gurus An Sumber Dan Pengajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Islam 'Melaksanakan Pengajaran Mikro'

5.0

|Views: 10,781|Likes:
Published by Egoku Sarkodes

More info:

Published by: Egoku Sarkodes on May 22, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/14/2015

pdf

text

original

Ciri-ciri lain yang mempengaruhi mutu sesuatu bahan bantu mengajar

ialah semestinya dapat memberi maklumat terkini. Ini amat penting kerana jika

kita menggunakan bahan yang tidak memberi maklumat terkini dikhuatiri murid

akan mudah keliru dengan fakta-fakta yang tidak tepat.

Selain itu, bahan tersebut seboleh-bolehnya tidak terlalu mahal

berbanding dengan faedah yang dapat diberikan oleh bahan tersebut. Jika kos

membeli alat tersebut agak mahal namun faedah yang boleh didpati daripadanya

tidak seberapa maka bukanlah satu bahan bantu mengajar yang baik dan

bermutu. Biarlah kosnya rendah namun faedah yang dapat disumbangkan

adalah besar dan menepati pengajaran guru.

Terdapat banayak aspek yang dapat menilai kebaikan dan mutu

sesuatu bahan bantu mengajar. Antaranya yang lain ialah bahan tersebut mudah

diperolehi dan mudah digunakan iaitu guru dan murid mudah memahami dan

7

dapat menggunakannya dengan seoptimum mungkin. Selain bahan tersebut

juga mudah alih dan dapat disenggarakan. Ini bermaksud, bahan tersebut

mudah digunakan dan disimpan semula dan jika berlaku kerosakan maka dapat

dibaiki dengan mudah.

Aspek yang paling penting menentukan mutu dan kualiti sesuatu

bahan bantu mengajar ialah apakah bahan tersebut dapat memberi pelbagai

ransangan dan menggunakan pelbagai deria. Murid lebih memahami sesuatu

pelajaran jika melibatkan kesemua deria mereka. Maka bahan bantu mengajar

yang baik dan bermutu patut memberi ransangan yang dapat menarik minat

murid untuk belajar selain melibatkan diri mereka secara langsung ke dalam

pelajaran dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang digunakan.

Apsek lain yang perlu diambill kira ialah apakah bahan bantu mengajar

tersebut dapat digunakan berulang kali dan dapat digunakan didlam situasi yang

berlainan. Ini merujuk kepada keupayaan dan ketahanan alat tersebut untuk

digunakan berulang kali malah dapat dipergunakan pula di dalam situasi yang

berlainan. Contohnya jika guru telah menyediakan bahan yang menunjukkan

pelbagai tanda baca, maka bahan tersebut juga boleh digunakan untuk mengajar

ayat seru, ayat tanya, dialog dan sebagainya.

2.3. PENGURUSAN SUMBER

Sumber pengajaran dan pembelajaran terbahagi kepada dua kelas yang besar,

iaitu bahan cetak dan bahan bukan cetak. Rajah dibawah menunjukkan

pengelasan sumber pengajaran dan pembelajaran.

8

Rajah 1: Pengelasan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (Poh Swee Hiang,

1996)

Berdasarkan Rajah 1, jadual dibawah pula menerangkan fungsi utama bahan-

bahan tersebut.

SUMBER

FUNGSI UTAMA

Poster dan Carta

1. Menyampaikan maklumat secara grafik.

2. Merumuskan perhubungan antara fakta.

3. Menunjukkan struktur dan organisasi.

4. Membolehkan bacaan pada kadar kecepatan murid.

5. Merupakan bahan pameran yang baik.

Gambar Foto

1. Menggantikan bahan sebenar.

2. Membawa situasi luar ke dalam bilik darjah.

3. Membenarkan cetakan yang diperbesarkan.

4. Meningkatkan motivasi dan minat.

5. Merupakan bahan pameran yang baik.

Transparensi

1. Menyampaikan fakta secara sistematik.

2. Menyampaikan maklumat secara berperingkat.

Radio dan Pita Audio

1. Menyediakan pengalaman pendengaran yang konkrit.

2. Menerapkan sikap dan nilai.

3. Membenarkan ulang dengar.

TV dan Pita Video

1. Menunjukkan bahan visual yang bergerak.

2. Menunjukkan bahan atau peristiwa dengan terperinci.

3. Meningkatkan motivasi, minat, dan sikap positif.

4. Membenarkan ulang tayang.

Bahan Komputer

1. Membenarkan pembelajaran individu.

9

2. Menyediakan kegiatan pemulihan dan pengayaan.

3. Membenarkan penyampaian aneka media.

4. Merangsang pemikiran kritis dan kreatif.

5. Memudahkan pembelajaran interaktif.

Bahan 3 Dimensi

1. Menunjukkan bahan sebenar atau perwakilannya.

2. Membolehkan pengenalpastian struktur dan bahagian.

3. Membenarkan pergerakan didemonstrasikan.

4. Menghasilkan kesan kepaduan dan realisme.

Bahan

Permainan

dan

Simulasi

1. Merangsangkan pemikiran kritis dan kreatif.

2. Meningkatkan motivasi, minat, dan sikap positif.

3. Memupuk semangat persaingan dan kerjasama sosial.

4. Mewujudkan situasi seakan-akan situasi sebenar,

Jadual 1

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->