Professional Documents
Culture Documents
Pengenalan
Konsep dan Definisi GHS
• Gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit.
Dari aspek fizikal bermaksud menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan, persekitaran dan
alam sekitar.
• Melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
• Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat
• Mengelak daripada penyalahgunaan bahan terlarang.
Dari aspek mental bermaksud mengawal stres dan ketegangan yang melibatkan aspek
ketenangan jiwa, perasaan dan fikiran.
• Mendapat rehat yang cukup
• Berfikiran positif
Dari aspek sosial dan rohani pula bermaksud
• Menjalinkan hubungan baik dengan jiran dan rakan-rakan
• Patuh kepada ajaran agama
Amalan GHS penting untuk mengelakkan ancaman penyakit dan masalah kesihatan.
Seseorang yang tidak mengamalkan GHS seperti merokok, meminum alkohol, tidak
melakukan senaman dan tidak mengamalkan pemakanan seimbang akan terdedah kepada
pelbagai masalah kesihatan seperti :
Penyakit jantung koronari
Kegemukan
Malnutrisi
Hipertensi
Strok
Kanser
Diabetes
Penyakit paru-paru
Individu yang gagal mengawal stres pula akan berasa cepat marah, sukar tidur (insomnia),
hilang selera makan, peningkatan rasa keletihan dan mengalami hipertensi.
• Amalan pemakanan yang seimbang boleh menghindarkan penyakit kronik seperti diabetes,
kanser, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
• Terdapat lima kumpulan makanan yang menjadi asas pemakanan seimbang :
1. Kumpulan bijirin, hasil bijirin dan ubi.
2. Kumpulan sayur-sayuran dan buah-buahan
3. Kumpulan susu dan hasil tenusu
4. Kumpulan daging, ayam, telur ikan dan kekacang.
5. Kumpulan minyak, lemak dan gula.
• Setiap kumpulan makanan menyediakan hanya sebahagian daripada nutrien yang diperlukan
oleh tubuh kita.
• Kita perlu mengambil makanan daripada setiap kumpulan makanan dengan kadar yang sesuai
yang berasaskan kepada PIRAMID MAKANAN.
KESAN MALNUTRISI
I. Tidak bermaya
II. Mudah pitam
III. Sembab
IV. Kelihatan pucat
Keadaan ini akan menjejaskan kesihatan dan menyebabkan seseorang itu tidak dapat
menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan tidak mampu melakukan aktiviti fizikal.
Malnutrisi juga boleh merencatkan proses tumbesaran, mengakibatkan penyakit yang serius
dan boleh membawa kematian.
Tindakan sebilangan pelajar yang tidak mengutamakan pengambilan sarapan pagi boleh
membawa kepada masalah nutrisi.
Pada umumnya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan malnutrisi di sesebuah negara,
iaitu tahap kesihatan yang rendah (masalah penghadaman dan penyerapan makanan),
kemiskinan, tahap pendidikan yang rendah dan kekurangan sumber makanan.
Di Malaysia masalah nutrisi yang berlaku hanyalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan
tentang pemakanan yang seimbang.