You are on page 1of 34

Tokoh-Tokoh Yang Berjasa

Tunku Abdul Rahman


Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah
(8 Februari 1903 - 6 Disember 1990)

 Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama
sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970.

 Dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan
"Bapa Malaysia".

Kehidupan Peribadi
Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana
Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada
Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang
isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang
Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara
biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah,
Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika itu.

Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-
beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan
bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur
sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya

Pendidikan
Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu,
Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa Melayu di sekolah itu.
Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris. Tunku berpindah
ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di
sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada waktu petang.

Pada tahun 1913, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni
Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir
School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free
School.
Pada tahun 1919, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan
pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut
pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri
Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar aparteid
('kulit berwarna') masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel, Penasihat
British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf.

Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor Jenning


(Sir), H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan sastera
(Sejarah). Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal Riley Sport dan kereta mewah, dan
melakukan 28 kesalahan trafik jalan raya semasa berada di Cambridge. Tunku tidak dapat
menduduki peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu
peperiksaan. Dengan bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak, beliau
memperolehi ijazahnya pada tahun 1925.

Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di
Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu.
Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun
1930. Selepas pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat
Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan
untuk Kuala Nerang pada tahun berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada
tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas
sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan
Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di Sungai Petani telah
dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku.

Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung
pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir. Beliau kembali ke
Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah.
Pada 1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am
Selatan Kedah.

Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanya
yang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India.
Bagi beliau, tidak wajarlah seseorang sultan melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu
peperangan. Berpakaian Tentera Utara Australia, Tunku menculik ayahandanya yang ketika
itu bersama dengan Syed Abu Bakar al Idrus, seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan
menyembunyikannya di Sedim, dekat dengan Kulim, di bawah jagaan Penghulu Wahab.
Tunku Badlishah, Pemangku Raja Kedah, tidak berpuas hati dengan tindakan Tunku yang
membelakangkannya sebagai bakal pengganti Sultan Kedah.

Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor Star. Jepun mengiktiraf
baginda sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor dan
Tentera Jepun. Sultan Abdul Hamid meninggal pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah,
Tunku kekal sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata, seorang pegawai
Jepun yang pernah menjadi tukang gunting di pekan Alor Star.
Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Sewaktu
tempoh itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih sebagai presiden
untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul Razak, dipilih sebagai setiausaha. Semasa
itu, Tunku menyertai "Persatuan Pelajar India Islam" yang menuntut kemerdekaan India.
Beliau juga berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon Parti Liberal. Tunku
akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949.

Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak


antarabangsa yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya,
beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC), sebuah
jawatan yang beliau memegang sehingga 1976.

Kerjaya politik
Pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-
undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau
menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua
Mahkamah Sesyen.

Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di
tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar
mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan
Union (sila lihat: Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu
krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti
dan Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20
tahun.

Laluan ke kemerdekaan
Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi
kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang
berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu
merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang
ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili
kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.

Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang
kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai
tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari
kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar
Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh
emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia
yang biasa.
Sebagai Perdana Menteri
Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti
Perikatan ke kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964.
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku
yang teragung.

Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura, Sabah,


Sarawak, dan Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara"
pada tahun 1961 di Singapura. Pada 16 September 1963, dengan persekutuan negeri-negeri
tersebut kecuali Brunei, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan pemasukan Singapura


yang menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%. Kedua-dua UMNO dan
MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan Rakyat (PAP pada waktu itu,
diperlihatkan sebagai sebuah parti sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew kepada pengundi-
pengundi di Malaya. Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba
membentukkan sebuah parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di sana. Sebagai
gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di
Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat demikian
(sila lihat Hubungan PAP-UMNO. Ini membangkitkan kemarahan Tunku yang mendesak
supaya Singapura meninggalkan Malaysia.

Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur
bahawa Parliamen haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura daripada
Persekutuan. Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih untuk "memutuskan semua
pertalian dengan sebuah Kerajaan Negeri yang tidak mempertunjukkan sebarang kesetiaan
kepada Kerajaan Pusat" berbanding kaedah yang tidak diingini untuk menindas tindakan
PAP. Pemisahan dan kemerdekaan Singapura menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965.

Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang
memperkumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian digantikan
dengan perkumpulan yang lebih besar, iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara
(ASEAN), pada 8 Ogos 1967.

Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat.
Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskan
rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yang
diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis itu oleh Tunku, dan
MAGERAN, sebuah jawatan kuasa darurat, mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan
keadaan darurat.

Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22 September 1970,
beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian meletakkan
jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah penentangan hebat
oleh 'Turki Muda' yang terdiri daripada penentang-penentang parti seperti Dr Mahathir dan
Musa Hitam. Pasangan itu kemudian masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan
Perdana Menteri.
Tun Hussein Onn
Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan
Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga
1981.

 Beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk
mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada
sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara.

 Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".

Masa muda
Dilahirkan di Johor Bahru, Hussein Onn adalah anakanda kepada Dato' Onn Jaafar yang
menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946. Bondanya
Datin Halimah Hussein.

Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di Telok Kurau School Singapura, kini Telok
Kurau Primary School (Sekolah Rendah Telok Kurau) dan di English College (kini digelar
"Maktab Sultan Abu Bakar"), Johor Bahru. Selepas persekolahannya, Hussein Onn menyertai
Pasukan Tentera Johor sebagai kadet pada tahun 1940. Setahun kemudian, beliau dihantar
ke Maktab Tentera Sandhurst di Dehradun, India. Selepas ditauliahkan, beliau menyertai
Regimen Hyderabad (Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu peperangan.
Selepas peperangan, kerajaan British melantik Hussein Onn sebagai pengajar di "Pusat
Perekrutan dan Latihan Polis Malaya" di Rawalpindi.

Hussein Onn pulang ke Malaysia pada 1945 dan dilantik sebagai Komandan Depot Polis
Johor Bahru. Pada tahun berikut, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya sebagai
Penolong Pegawai Pentadbir di Segamat, Johor. Hussein Onn kemudian ditugaskan untuk
bekerja di negeri Selangor, di mana beliau menjadi pegawai daerah untuk Klang dan Kuala
Selangor.

Kerjaya politik
menjadi Setiausaha Agung. Bagaimanapun, Hussein Onn meninggalkan UMNO pada tahun
1951 untuk menyertai Parti Hussein Onn yang berasal daripada sebuah keluarga yang
mempunyai semangat nasionalisme dan akar politik yang mendalam, kemudian meletakkan
jawatan perkhidmatan awam untuk menyertai politik. Pada tahun 1949, beliau menjadi
Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang pertama dan
kemudian, pada tahun 1950, beliau dipilih Kemerdekaan Malaya (IMP) yang ditubuhkan
oleh ayahandanya.
Oleh sebab IMP tidak menerima sambutan yang baik, Hussein Onn pergi ke London untuk
belajar undang-undang di Lincoln's Inn dan berjaya melayakkan diri sebagai Barrister-at-Law
pada tahun 1958. Beliau pulang ke Malaya sebagai seorang peguam bertauliah dan bekerja
di Kuala Lumpur

Kebangkitan untuk berkuasa


Hussein Onn kembali ke politik untuk menyertai UMNO pada tahun 1968 selepas dipujuk
oleh Tun Abdul Razak, Perdana Menteri ketika itu. Beliau bertanding dan menang dalam
pilihan raya umum pada tahun 1969 dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran.

Kenaikan pangkatnya yang pantas itu berterusan sewaktu beliau mewarisi Tun Dr Ismail
yang meninggal dunia pada 2 Ogos 1973 sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pada 15
Januari 1976, Hussein Onn dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas
kematian Tun Abdul Razak.

Hussein Onn termasyhur dalam penegasannya terhadap persoalan perpaduan melalui


dasar-dasar yang bertujuan semata-mata untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi
antara kaum masyarakat. Ketika menjadi Perdana Menteri, beliau meneruskan agenda
pembangunan Allahyaraham Tun Abdul Razak; usahanya dalam memajukan Malaysia tidak
pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru. Hussein Onn sentiasa mencuba meningkatkan
taraf hidup kaum Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain
pada waktu itu. Dengan itu, pada 20 April 1981, beliau melancarkan Skim Amanah Saham
Nasional yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang bertujuan untuk
meningkatkan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.

Hussein Onn juga memberi penekanan kepada konsep Rukun Tetangga dan perjuangan
terhadap ancaman dadah. Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia juga
diperbesar dan dipermodenkan kerana kekalahan Vietnam Selatan oleh pihak komunis yang
menggemparkan seluruh rantau Asia Tenggara.

Hussein Onn menjalani pintasan koronari pada awal 1981. Pada 17 Julai dalam tahun itu,
beliau bersara daripada politik aktif dan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri
atas sebab-sebab kesihatan. Jawatan Perdana Menteri diambil alih oleh timbalannya,
Mahathir bin Mohamad. Disebabkan perkhidmatannya kepada negara, Hussein Onn
dikurniakan dengan gelaran Tun yang merupakan anugerah diraja yang tertinggi di Malaysia.
Tun Abdul Razak
Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976)
merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun
1970 - 1976.

 Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1971) (NEP) yang
bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah
membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang
pelbagai kaum.

 Beliau telah dikenang sebagai "Bapa Pembangunan".

Kehidupan peribadi
Dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang, Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada
Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau keturunan bangsawan
Bugis yang telah lama merupakan ketua-ketua suku kaum Pahang.

Abang ipar Abdul Razak, Tun Hussein Onn, ialah penggantinya sebagai Perdana Menteri
ketiga. Anak sulungnya, Dato' Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak, menjadi Perdana Menteri
Malaysia keenam menggantikan Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada tahun 2009.
Anak-anaknya yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed
Nazim dan Mohamed Nazir.

Pendidikan
Sejak di sekolah rendah lagi, Abdul Razak telah menunjukkan kepintaran dan kecemerlangan
dalam bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih untuk menyambung pelajaran di
Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.

Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Abdul Razak bertugas dengan
Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau ditawarkan biasiswa
untuk menuntut di Kolej Raffles, Singapura pada 1940. Bagaimanapun, pendidikannya
terpaksa ditamatkan sewaktu pencetusan Perang Dunia II.

Selepas peperangan, Abdul Razak pergi ke Britain pada tahun 1947 untuk belajar jurusan
undang-undang. Sewaktu menuntut di England, beliau bertemu dengan Tunku Abdul
Rahman yang sedang membuat percubaan yang ketiga untuk memperoleh ijazah undang-
undangnya. Abdul Razak menjadi ahli Parti Buruh British dan sebagai ahli Kesatuan Melayu
United Kingdom (KMUK), dipilih sebagai setiausaha di bawah Tunku yang dipilih sebagai
presiden kesatuan itu. Bersamping itu, Abdul Razak juga menubuhkan "Forum Malaya",
sebuah wadah untuk perbincangan persoalan-persoalan politik negara untuk penuntut-
penuntut Malaya. Pada tahun 1950, Abdul Razak menerima ijazahnya daripada Lincoln's Inn
di London.

Kerjaya
Selepas kepulangannya, Abdul Razak menyertai Perkhidmatan Awam Malaya dan bergiat
dalam bidang politik. Disebabkan keupayaan politiknya, beliau dilantik menjadi ketua
pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO. Dua tahun kemudian, Abdul Razak
berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pahang dan kemudian, pada Februari 1955,
beliau menjadi Pemangku Ketua Menteri Pahang.

Selepas memenangi pilihan raya umum yang pertama di Malaya pada Julai 1955, Abdul
Razak dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Abdul Razak juga menyertai misi Februari 1956
yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaya
daripada pihak British.

Selepas pilihan raya umum 1959, Abdul Razak menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar
di samping memegang portfolio Timbalan Perdana Menteri Malaysia Timbalan Perdana
Menteri dan Kementerian Pertahanan Menteri Pertahanan. Pencapaian-pencapaiannya
yang utama termasuk perumusan dasar pembangunan yang dikenali sebagai "Buku Merah".

Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, puaknya di dalam UMNO menggulingkan Tunku Abdul
Rahman serta mengisytiharkan Keadaan Darurat dan beliau memerintah melalui dekri
sehingga 1970. Pada 22 September 1970, Abdul Razak mewarisi Tunku Abdul Rahman
sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua.

Abdul Razak termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) pada tahun 1971.
Beliau dan "generasi kedua" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan untuk
mengendalikan ketaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme
perkauman. NEP menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu mengurangkan dan pada
akhirnya:

 menghapuskan kemiskinan
 menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi dengan kaum.

Abdul Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 sebagai gantian untuk Parti
Perikatan. Beliau menambahkan ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatanya
"Ketahanan Nasional" melalui kestabilan politik.

Disebabkan sebahagian oleh penyakit leukemia, Abdul Razak meninggal pada tahun 1976
sewaktu mendapat rawatan perubatan di London, dan disemadikan di Makam Pahlawan,
berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas kematiannya, beliau
dianugerahkan dengan gelaran “Bapa Pembangunan”.
Mohd Najib bin Abdul Razak
YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (lahir 23 Julai 1953)
adalah Perdana Menteri Malaysia (ke-6) terkini sejak 3 April 2009.

 Sebagai Menteri Kewangan dan ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah
anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun
Abdul Razak Dato' Hussein.
 Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7.

Latar belakang
Dato' Seri Najib lahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan anak sulung kepada Tun
Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah.

Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan
mendapat tiga anak: Mohd Nizar Najib (lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri
Norlisa Najib. Pada tahun 1987 beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin dengan Datin
Seri Rosmah Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman Najib dan Nooryana
Najwa Najib. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.

Pendidikan
Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan
kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat
Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti
Nottingham, England pada tahun 1974.

Politik
Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun
Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding
merebut kerusi Parlimen Pekan yang kosong, akibat kematian bapanya, ketika berumur 23
tahun, dan merupakan ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.

Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri
Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978. Kemudian, pada tahun 1982 -1986, beliau
menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri
Besar Pahang.

Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:

 1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos


 1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan
 1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan

 1982-1986 - Menteri Besar Pahang

 1986-1987 - Kementerian Belia dan Sukan|Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan

 1990-1995, 1999-2008 - Menteri Pertahanan

 1995-1999 - Menteri Pendidikan

Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak)
pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk
pimpinan negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian
Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis
Tertinggi UMNO mulai tahun 1981.

Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding
setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu.

Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh
Anwar Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi
ketua pada 25 Mei 1988 setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau
bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan
Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam
pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000.

Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Datuk Seri Najib bertanding menggunakan tiket
Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pekan , negeri Pahang. Datuk
Seri Najib telah menang dengan mendapat undi sebanyak 36262. Calon lawan ialah Khairul
Anuar Bin Ahmad Zainudin dari PKR mendapat 9,798 undi -kalah .

Semasa menjawat Perdana Menteri


Selepas menjawat jawatan perdana menteri Malaysia ke-6 pada 3 April 2009, beliau telah
melancarkan kempen Satu Malaysia, sebuah gagasan yang menepati definisi setiap rakyat
Malaysia tanpa membezakan warna kulit, keturunan, agama dan latar belakang.Beliau
memperkenalkan beberapa langkah drastik tetapi populis iaitu dengan menghapuskan dasar
(PPSMI) sebagai langkah mendengar keluhan rakyat apabila dasar yang diamalkan sejak
2003 itu mendapat reaksi negatif daripada banyak pihak, dan Biasiswa Nasional di dalam
memenuhi keperluan tajaan pendidikan untuk pelajar cemerlang daripada semua kaum.

Setelah beliau memegang tampuk Perdana Menteri, beliau telah memperkenalkan Gagasan
1 Malaysia yang memupuk perpaduan rakyat di antara kaum. Ia juga dijadikan tema
kemerdekaan pada tahun 2009. Terdapat dakwaan yang menyamakannya dengan Parti
politik Gagasan One Israel dan ada juga ura-ura DAP yang cuba mengalihkan perhatian
dengan retorik 'Middle Malaysia" yang dikatakan sama seperti 1 Malaysia.
 Dasar luar era Najib Tun Razak

Banyak pendapat telah dimajukan oleh pelbagai pihak tentang konsep 1 Malaysia yang telah
perkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak apabila beliau
mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan pada 3 April yang lalu.

Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah murni iaitu bagi memupuk dan mengukuhkan
perpaduan nasional satu matlamat yang telah menjadi keutamaan setiap Perdana Menteri
Malaysia semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi. Pemupukan dan pengukuhan
perpaduan ini menjadi keutamaan kepada mereka kerana mereka sedar tanpa usaha
tersebut mana mungkin Malaysia yang bersifat pelbagai kaum akan mampu mengekalkan
kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan makmur. Hari ini misi dan visi mulia
ini diteruskan pula oleh Najib.

Walaupun matlamatnya adalah murni namun ada pihak berkepentingan yang cuba
memutarbelitkan hasrat beliau dengan menyamakan konsep ini dengan konsep Malaysian
Malaysia atau Malaysia untuk orang Malaysia konsep yang menjadi teras perjuangan DAP.
Penyamaan ini telah menimbulkan kegusaran kepada orang Melayu/bumiputera kerana ia
satu konsep yang amat sensitif kepada mereka. Sensitiviti terhadap konsep ini terbentuk
kerana walaupun konsep Malaysia untuk orang Malaysia ini berbunyi muluk dan bersifat
halwa telinga kepada pendengarnya namun ia tidak berpijak di bumi nyata kerana gagal
mengambil kira faktor sejarah dan realiti tempatan. Teras asas konsep ini ialah penolakan
kepada sebarang bentuk tindakan afirmatif dan pelaksanaan prinsip meritokrasi sepenuhnya
di dalam dasar-dasar negara terutamanya dasar sosioekonomi. Di dalam konteks Malaysia
ketiadaan tindakan afirmatif dan pelaksanaan meritokrasi yang tidak mengambil kira realiti
ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum akan hanya menghasilkan ketidakadilan
serta ketidaksaksamaan yang akhirnya akan mengakibatkan diskriminasi minoriti ke atas
majoriti.

Konsep 1 Malaysia berbeza dari Malaysian Malaysia kerana konsep ini bertunjangkan
kepada realiti tempatan dan sejarah negara. Memahami dan menghayati sejarah amat
penting kerana seperti mana kata seorang Ahli Falsafah Amerika berketurunan Sepanyol
George Santayana, "Mereka yang tidak belajar dari sejarah akan disumpah mengulanginya".
Jika kita mengikuti ucapan Najib semasa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2009
Peringkat Kebangsaan baru-baru ini kita akan mendapati beliau sebenarnya telah pun
membezakan antara kedua-dua konsep ini apabila memperincikan tiga teras utama konsep
1 Malaysia iaitu penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial.

Teras pertama 1 Malaysia yang beliau nyatakan ialah mengubah asas perhubungan kaum di
Malaysia dari konsep toleransi kepada konsep penerimaan. Transformasi dari toleransi
kepada penerimaan ini amat penting kerana untuk Malaysia mencapai kemakmuran dan
keharmonian ia memerlukan iltizam rakyat Malaysia dari pelbagai kaum. Ini termasuklah
bagi merealisasikan matlamat untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan
tinggi serta bebas kemiskinan.
Untuk negara terus berada di hadapan keluk kejayaan semua rakyat Malaysia perlu terus
membina di atas persamaan yang ada dan pada masa yang sama berlapang dada menerima
perbezaan yang wujud di antara satu sama lain tanpa bersikap menghakimi atau menilai.
Kita perlu meraikan perbezaan yang wujud sebagai sumber kekuatan bukannya
terperangkap dengan polemik yang berpunca dari perkara titik bengik sehingga melupakan
matlamat besar bersama.
Tun Abdullah bin Ahmad Batawi
Yang Amat Berhormat Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26
November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan bekas Perdana
Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin
Mohamad.

 Beliau juga merupakan bekas Presiden UMNO ke-6, parti politik yang paling besar
dalam Malaysia.
 Pada 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam
Malaysia (IKIM).

Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam
kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B'
dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi
sehingga 1991. Anwar Ibrahim, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh
Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998. Pada tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan
kepada Tun Dr. Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun
Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Biodata peribadi
Dilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, beliau
menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam
dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Abdullah memulakan kerjayanya
sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal
dalam kertas Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang
ekonomi dan memilih untuk belajar Pengajian Islam. Selepas menerima Sarjana Muda
Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1964, beliau
menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan
Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang
ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Abdullah kemudiannya dinaikkan
pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum
menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974.

Abdullah berkahwin dengan Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood pada tahun 1965 dan
dikurniakan dua orang cahayamata dan empat cucu. Pada 20 Oktober 2005, Endon
Mahmood meninggal dunia selepas bergelut dengan penyakit barah payu dara sejak 2003.
Dalam tempoh kurang daripada 2 tahun menduda, beliau berkahwin dengan Jeanne
Abdullah dan melangsungkan akad nikah pada 9 Jun 2007.

Beliau dikatakan mementingkan menikmati makan malam bersama keluarga dan gemar
makanan Jepun. Sebagai seseorang yang dibesarkan di Pulau Pinang, beliau amat gemar
mencuba pelbagai jenis makanan.

Setiap hari, selepas sembahyang Maghrib, beliau akan mengaji Al-Quran. Adalah menjadi
kebiasaan beliau menulis nota dalam Jawi. Karangan Shakespeare kegemaran beliau ialah
‘Julius Caesar’. Selain dari keluarga sendiri, tokoh yang banyak mempengaruhinya, yang
beliau anggap sebagai mentor ialah Tun Abdul Razak.

Antara peristiwa dunia yang meninggalkan kesan yang mendalam pada diri beliau ialah
peristiwa 9/11, yang telah mendorong beliau untuk memperjuangkan fahaman Islam yang
sederhana. Beliau juga adalah pencetus Islam Hadhari.

Kerjaya dan politik


Menyertai UMNO
Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Pada tahun 1978, beliau meletakkan jawatan
untuk menjadi ahli parlimen Kepala Batas di Seberang Perai Utara (kawasan parlimen yang
pernah diwakili oleh allahyarham ayahandanya) sehingga kini. Sejak 1981, Abdullah adalah
ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO
pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun
1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden
bagi penggal 2000 - 2003.

Pada awal tempoh khidmat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu pertikaian yang
pahit terletus dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kem. Kumpulan yang
menyokong Dr Mahathir digelar 'Team A' manakala kumpulan yang menyokong bekas
Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Musa Hitam digelar 'Team B'. Kemenangan Mahathir menyebabkan Tengku Razaleigh
Hamzah dihalang daripada menyertai UMNO (Baru) yang baru ditubuh. Oleh sebab Abdullah
seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam, mentor politiknya, beliau dipecat sebagai
Menteri Pertahanan dalam kabinet.

Abdullah dikembalikan jawatannya dalam kabinet pada 1991 dan diberikan jawatan Menteri
Luar Negeri. Sehingga 1987, beliau pernah menjawat jawatan:

 Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80)


 Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81)

 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84)

 Menteri Pelajaran (1984-86)

 Menteri Pertahanan (1986-87)


 Menteri Luar Negeri (15 Mac 1991 - Januari 1999).

Sebagai Timbalan Perdana Menteri


Kerjaya politiknya kembali sempurna dengan perlantikan beliau sebagai Timbalan Perdana
Menteri serta Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri pada Januari 1999, selepas pemecatan
Anwar Ibrahim. Sebagai Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri, Abdullah membatalkan
pengharaman Kitab Iban.

Seterusnya, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam
Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 31
Oktober 2003. Selain itu, Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan
Dalam Negeri.

Sebagai Perdana Menteri


Sejak menjadi perdana menteri, Abdullah telah berjanji mengetatkan kawalan rasuah
dengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta
memudahkan rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa.
Beliau juga membuat tuduhan rasuah ke atas beberapa tokoh masyarakat dari
zaman Mahathir, satu tindakan yang dipuji oleh orang ramai.

Abdullah juga mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan
bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam.
Selain itu, pentadbirannya menumpukan pemulihan sektor pertanian Malaysia. Pada
10 September 2004, Abdullah, sebagai Menteri Kewangan, mengemukakan
belanjawan sulungnya yang dianggap oleh orang ramai sebagai berorientasi
pengukuhan dan penyelenggaraan berbanding dasar pertumbuhan yang ditekankan
oleh Dr Mahathir.Abdullah juga terkenal kerana menekankan keselamatan dalam
negeri, selepas menyaksikan pertumbuhan amalan rasuah.

Dikenali dalam lingkungan orang Melayu di Malaysia sebagai Pak Lah (singkatan
untuk "Pak Cik Abdullah"), kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa
Abdullah harus tidak dirujuk dengan nama panggilannya dalam dokumen rasmi serta
dalam surat khabar; bagaimanapun, nama panggilan tersebut masih boleh
digunakan secara tidak rasmi. Sebenarnya, Abdullah sering menggunakan nama
panggilan itu untuk merujuk kepada diri sendiri dalam perhimpunan awam. Sejak
menjadi Perdana Menteri, Abdullah telah menjawat jawatan pengerusi untuk
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam
(OIC). Bermula dari 2005, beliau juga menjadi pengerusi untuk ASEAN.
Pasca Perdana Menteri
Selepas melepaskan jawatan perdana menteri dan presiden UMNO, beliau berehat sebentar
di luar negara dan pada 1 September 2009, beliau dilantik menjadi pengerusi Institut
Kefahaman Islam Malaysia(IKIM).

Sebagai Presiden Barisan Nasional


Apabila Tun Dr. Mahathir berundur dari arena politik, beliau telah menggantikan beliau
sebagai pucuk pimpinan parti pemerintah, Barisan Nasional.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang merupakan pilihan raya sulung Abdullah
sejak menjadi Perdana Menteri, beliau mencapai kemenangan besar untuk Barisan Nasional,
parti campurannya, dengan pencapaian 198 daripada 220 kerusi di Parlimen. Di Terengganu,
partinya menewaskan PAS yang merupakan kerajaan negeri itu serta hampir-hampir
menawan kubu PAS di Kelantan. Kemenangan ini dianggap secara meluas sebagai tanda
berkenan kepada visi Islam yang sederhana berbanding fundamentalisme agama serta
sokongan kepada dasar-dasar pencegah rasuahnya.Pada September 2004, sewaktu
dilepaskan dari penjara, bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang telah
dikurung oleh bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir, memuji Abdullah di khalayak ramai
kerana tidak campur tangan sewaktu mahkamah mengubah keputusan tentang sabitan
liwatnya.

Selepas kecemerlangan besar dalam penggal pertama beliau sebagai Perdana Menteri
Malaysia apabila menyapu banyak kerusi pada Pilihanraya Umum Malaysia 2004, beliau
menerima tamparan dan ujian hebat apabila Barisan Nasional yang diketuainya pada Pilihan
raya umum Malaysia 2008 telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan
kehilangan kuasa pemerintahan di 4 buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan
Perak kepada parti pembangkang serta sekali lagi gagal merampas balik kuasa di Kelantan
dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008. Oleh ini, bekas Perdana Menteri Malaysia
Mahathir Mohammad berpendapat bahawa Abdullah harus mempertimbangkan perletakan
jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah kegagalan besar Barisan Nasional
dalam pilihanraya tersebut.

Melepaskan jawatan Perdana Menteri


Abdullah tidak menawarkan diri untuk menjadi calon Presiden pada pemilihan Agung UMNO
pada 2009. Ini kerana beliau ingin menyerahkan jawatan tersebut kepada pengganti beliau
sebagai Presiden UMNO sekaligus sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6.

Modal Insan sentiasa mendapat tempat di hati Tun Abdullah Ahmad Badawi sepanjang
memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Ini kerana beliau percaya modal insan
merupakan aset terpenting untuk memacu negara ke hadapan. Selain itu pemahaman Islam
Hadhari juga menyumbangkan kepada pembangunan modal insan ini. Itulah legasi Abdullah
kepada Malaysia selepas mengundurkan diri sebagai pemimpin No. 1 negara. Oleh itu,
beliau telah dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.
Tun Dr.Mahathir bin Mohamad
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: ‫محضير بن محمد‬, dilahirkan pada
20 Disember 1925; juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det)
adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat.

 Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 -31 Oktober 2003, beliau
menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan
kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.

Latar belakang
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det)
dilahirkan pada 20 Disember 1925, di Kedah. Beliau merupakan anak bongsu daripada 9
adik-beradik, keluarga Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi. Ayahnya,
Mohamad Iskandar, adalah berbangsa India, anak kepada seorang Malayalee Muslim (yang
berasal dari Kerala, India) dan ibunya berbangsa Melayu. Beliau mendapat pendidikan awal
di sekolah laki-laki melayu di sebeerang Perak, Alor Setar untuk tempoh 2 tahun sebelum
menyambung di sekolah kerajaan beraliran inggeris di Alor Setar. Beliau adalah Perdana
Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 -31
Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan
menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.

Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam


sebuah negara yang berbilang bangsa melalui peningkatan golongan miskin menjadi
golongan pertengahan orang Melayu begitu ketara. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa
dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan tidak dapat lari dituduh bersifat
kronisme.

Beliau juga merupakan seorang tokoh politik penting antarabangsa yang suka berterus-
terang dan disifatkan kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia —
kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada
individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).

Dr Mahathir telah bertanggungjawab dengan apa yang dipanggil pembangunan projek mega
pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara
Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor
Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC), yang akhirnya menjadi lambang
kemegahan rakyat dan diterima ramai.
Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan
Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden,
makmur, ceria dan penuh bertenaga. Seperti dijangka pada Oct 2003, beliau dianugerahkan
sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia atas jasanya yang teramat
besar pada nusa dan bangsa. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22
tahun, beliau merupakan pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di
Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.

Pendidikan
Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar,
Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government English
School (GES), kini Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar pada tahun 1932. Beliau akhirnya
lulus Sijil Tinggi Pelajaran (Senior Cambridge) di sekolah tersebut. Sewaktu Perang Dunia Ke-
2, Dr. Mahathir menghabiskan masanya dengan berniaga cendol, diikuti dengan membuka
kedai kopi dan gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar.

Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya,
Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS)
pada tahun 1953. Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di
Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia.

Kerjaya dan keluarga


Pada tahun 1954, Dr. Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra,
Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957.Beliau kemudian melangsungkan perkahwinan
dengan Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan tujuh cahaya mata,
iaitu empat lelaki dan tiga perempuan. Anak-anak beliau ialah :

 Marina Mahathir
 Mirzan Mahathir

 Melinda Mahathir

 Mokhzani Mahathir

 Mukhriz Mahathir

 Maizura

 Mazhar

Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya
sendiri, MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan anak
Melayu pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Star yang pada ketika itu
terdapat lima buah klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan Sultan
Badlishah, 05000 Alor Setar dan kekal sehingga sekarang.
Kerjaya politik
Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil
bahagian dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946,
beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi
Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya
menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana
Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan
dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati atas penuduhan
bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan
mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.

Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota
Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak
60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya
1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja,
selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk
mencapai kerusinya.

Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis
Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul
Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26
September 1969, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.

Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu" (The Malay
Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang
Melayu telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas
Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya.

Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke
dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau
bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa
bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam
kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden
UMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia
secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai
timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak
lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan
persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai 1981 Dr
Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu
sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan
timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.

Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 dalam satu ceramah
di Alor Setar, Kedah kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad
Badawi . Bagaimanapun dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac 2009, Dr
Mahathir menghadiri hari terakhir perhimpunan itu sebagai jemputan. Dr Mahathir kembali
menyertai UMNO .

Kesihatan
Pada 24 Januari 1989 Dr Mahathir Mohamad pernah menjalani pembedahan pintasan arteri
koronari di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL), Kuala Lumpur.

Pada 9 November 2006, beliau sekali lagi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN)
kerana serangan jantung setelah saluran darah arteri tersumbat.

Pada 14 Mei 2007, beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Langkawi
selepas kesukaran bernafas pada jam 4.00 petang.

Pada 4 September 2007, Dr Mahathir Mohamad menjalani pembedahan pintasan arteri


koronari di IJN selama 5 jam. Pembedahan diketuai pakar jantung terkemuka, Tan Sri Dr.
Yahya Awang, Datuk Dr. Razali Wathooth, Datuk Dr. Azahari Yakub, Datuk Dr. Venugopal
Balchand, Datuk Ezani Mohd. Taib dan Ketua Pakar Bedah Kardiologi Klinik Mayo di
California, Amerika Syarikat, Prof. Dr. Hartzell Schaff. Ini merupakan pembedahan saluran
darah arteri kali ke-2.

Pada 15 September 2007, sekali lagi beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di IJN jam 7.00
pm. Ketika itu beliau berusia 82 tahun.

Malam 2 Oktober 2010, di Melbourne, Australia, Tun Dr Mahathir telah dimasukkan ke


Hospital Epworth akibat sakit batuk dan selesema. Kemasukan beliau ke hospital tersebut
disahkan oleh pegawai khasnya, Sufi Yusof. Dr Mahathir pergi ke Melbourne bertujuan
untuk berucap pada seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab UMNO
Australia Melbourne di University of Melbourne.
Tun Musa Hitam
Tun Musa Hitam (lahir 18 April 1934) ialah Timbalan Perdana Menteri kelima di Malaysia
dari 1981-1986 di bawah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Biodata
Dilahirkan di Segamat, Johor. Musa belajar di English College (kini "Maktab Sultan Abu
Bakar"), Johor Bahru dan memperoleh ijazah Sarjana Mudanya dari Universiti Malaya. Beliau
kemudian mengambil kursus sarjana dalam bidang hubungan antarabangsa di Universiti
Sussex, United Kingdom. Selain daripada menerima pelbagai anugerah dan penghargaan,
termasuk Doktor Kehormat dari Universiti Sussex, Musa juga pernah memegang pelbagai
jawatan di peringkat antarabangsa beberapa kali. Ini termasuklah Pengerusi Persatuan
Parlimen Komanwel, Ahli Lembaga UNESCO, Ketua Perwakilan Pemerhati Komanwel untuk
pilihan raya umum Malawi, serta Ahli Perwakilan Menteri Komanwel ke Nigeria, Pakistan,
Fiji, dan Gambia.

Kerjaya politik
Dalam tahun 1960-an, Musa dilantik menjadi Pemangku Setiausaha Agung UMNO. Beliau
masuk Parlimen Malaysia buat pertama kali pada tahun 1969 dan berkhidmat sebagai
timbalan menteri untuk suatu tempoh yang singkat. Musa kemudian dipecat daripada
UMNO, akibat pengingkaran semasa Peristiwa 13 Mei, oleh Tunku Abdul Rahman, Presiden
UMNO dan Perdana Menteri ketika itu. Semasa dipecat, beliau mengambil sarjananya di
Universiti Sussex. Apabila kembali ke Malaysia pada tahun 1971, beliau diterima semula
menyertai UMNO oleh Tun Abdul Razak. Musa dilantik sebagai Timbalan Whip Parlimen
untuk parti campuran Parti Perikatan dan dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau
juga dipilih sebagai Naib Presiden UMNO pada 1978.

Pada tahun 1981, Musa dipilih menjadi Timbalan Presiden UMNO dan seterusnya sebagai
Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Sebelum menjawat Timbalan Perdana Menteri
Malaysia, dan Menteri Dalam Negeri pada 1981-1986, Musa telah menjawat beberapa
jawatan dalam kerajaan seperti Pengerusi FELDA, Timbalan Menteri Perdagangan & Industri,
Menteri Perusahaan Utama (1974-1978) dan Menteri Pendidikan (1978-1981).

Musa meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1986,
disebabkan percanggahan pendapat dengan Perdana Menteri Dr. Mahathir terhadap dasar-
dasar negara. Pada 1987, beliau dicabar oleh Tun Ghafar Baba untuk jawatannya sebagai
Timbalan Presiden UMNO dan ditewaskannya.
Selepas politik
Antara tahun 1990 -1991, Musa dilantik sebagai Utusan Khas Malaysia untuk Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan sejak 1995, beliau merupakan Utusan Khas Perdana
Menteri untuk Kumpulan Bertindak Peringkat Menteri Komanwel (CMAG). Beliau juga
mengetuai perwakilan Malaysia untuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB (UNCHR) dari
1993 -1998, dan dipilih sebagai Pengerusi Sesi Ke-52 untuk Suruhanjaya tersebut pada tahun
1995. Musa dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
dari 1999- 2002.

Anugerah
 Dikurniakan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun oleh Seri
Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra
Jamalullail pada 3 Jun 2006.

 Dikurniakan Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri
oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, pada 1994.
Tun Abdul Ghafar bin Baba
Tun Abdul Ghafar bin Baba (18 Februari 1925 - 23 April 2006) merupakan
Timbalan Perdana Menteri di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir bin Mohamad.

 Abdul Ghafar bin Baba mula memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 10
Mei 1986 -15 Oktober 1993.
 Kehadiran beliau dilihat sebagai tokoh penstabil politik Malaysia, ikon 'tokoh politik
kampungan' yang berjiwa Melayu tulen.

Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Pilah (1931 - 1936) dan Sekolah
Melayu Tangga Batu,Melaka (1937 - 1940). Kemudian beliau menyambung pelajaran di
Maktab Perguruan Sultan Idris (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjung Malim (1946
- 1949). Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru (1949 - 1955) sebelum beralih
sepenuhnya kepada kerjaya politik (1955 - 2004).

Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 18 Februari 1925 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Adik-beradiknya
seramai 10 orang dan beliau menjaja ubi kayu di Melaka untuk menambah pendapatan
keluarga. Ketika usia 14 tahun beliau menjadi pemungut bola golf dan bola tenis golongan
atasan seperti Yang di-Pertuan Agong pertama, Tunku Abdul Rahman. Ketika umur 34 tahun
beliau menjadi Ketua Menteri Melaka dan duduk semeja dengan Tunku Abdul Rahman
apabila menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara.

Politik
Tun Ghafar Baba mula mengorak langkah untuk memperjuangkan nasib bangsa dan negara
Malaysia, apabila melibatkan diri dalam politik pada tahun 1940 dengan menyertai Kesatuan
Melayu Muda (KMM) di Melaka. Kemudian aktif dalam PKMM sejak 1945 -1948.

Pada 1955, Tun Ghafar menyertai UMNO di Melaka. Kira-kira 11 tahun kemudian, bintang
politik beliau semakin terserlah apabila memegang beberapa jawatan seperti Setiausaha
UMNO Melaka, Pengerusi UMNO Melaka, Pegawai Penerangan UMNO Malaya, Ahli Majlis
Tertinggi UMNO, Naib Presiden UMNO (1962-1987), Ketua Perhubungan UMNO Sabah
(1991) , Pengerusi BN Sabah (1992), dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (1974-1993).
Beliau mula terbabit secara sepenuh masa dalam politik dengan bertanding di kawasan
Dewan Undangan Negeri Melaka Luar pada pilihan raya umum pertama 1955. Kawasan
pilihan raya terakhir yang diwakilinya ialah kawasan Parlimen Batu Berendam di Melaka
yang dimenanginya pada pilihan raya umum 1999. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan
Negeri Melaka atau Ahli Parlimen Jasin selama 49 tahun berturut-turut, menerusi 11 pilihan
raya umum sejak 1955 -1999.

Beliau merupakan antara kepimpinan UMNO yang telah berkhidmat di bawah 3 Perdana
Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Mahathir. Beliau keluar
kabinet selama 10 tahun apabila Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri. Apabila Tun
Dr. Mahathir dilantik Perdana Menteri beliau masih berada di luar kerajaan dan hanya
masuk kembali pada tahun 1986 apabila Tun Musa Hitam meletakkan jawatan Timbalan
Perdana Menteri

Ketua Menteri Melaka


Seawal 1959 Tun Ghafar menolak tawaran jawatan Ketua Menteri Melaka sehingga
memaksa Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj
mengancam untuk membiarkan negeri itu tanpa Ketua Menteri. Ghafar akhirnya
akur dengan kehendak Tunku dan memeganJawatan g jawatan itu selama lapan
tahun (1959-1967) .

 Setiausaha Kesatuan guru – guru( 1949 – 1951)


 Setiausaha UMNO Melaka (1951 – 1955)

 Pengerusi UMNO Melaka (1955 – 1973)

 Ketua Menteri Melaka (1959 – 1967)

 Ahli Majlis Tertinggi UMNO( 1957 – 1993)

 Ketua Penerangan UMNO (1958 – 1962)

 Naib Presiden UMNO (1962 – 1987)

 Presiden de facto MCA pada tahun 1985 (MCA mengalami krisis kepimpinan pada
1985 - 1986)

 Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri( 1986 – 1993)

Beliau merupakan seorang yang rendah diri, tabah dan sentiasa berjuang demi nasib bangsa
Melayu

Penghargaan
Tun Ghafar Baba enggan menerima sebarang gelaran datuk atau pingat daripada mana-
mana sultan . Tambahan pula Melaka tidak mempunyai sultan atau raja kecuali Yang
diPertua Negeri Melaka. Sehingga akhir hayatnya beliau dipanggil Encik Ghafar sahaja.
Pingat darjah kebesaran yang pernah diterima oleh Tun Abdul Ghafar adalah anugerah
kehormat Doktor Undang-Undang oleh Universiti Sains Malaysia pada 27 Julai 1985,
anugerah ‘Bapa Perpaduan’ oleh Pemuda UMNO Kota Melaka pada tahun 1987, ‘Malaysian
Institute of Management Honorary Fellowship Award’ pada tahun 1988, anugerah ‘Bapa
Yang Disayangi’ oleh Persatuan Telegu Malaysia pada tahun 1990, pingat kebesaran S.S.M.
yang membawa gelaran ‘Tun’ pada tahun 1995 dan anugerah ‘Tun Abdul Razak Foundation
National Award’ pada 19 Mac 1998.

 Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba di Masjid Tanah, Melaka juga


dinamakan sempena nama beliau. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah
Kebangsaan Masjid Tanah. Encik Abdul Ghafar bin Baba selaku Ketua Menteri
Melaka telah meletakkan batu asas pada 24 September 1962.

 MRSM Jasin ditukar nama kepada MRSM Tun Ghafar Baba pada 27 Julai 2006
selepas beliau meninggal dunia bagi mengenang jasa beliau. Majlis penjenamaan
semula itu dilakukan oleh Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Y.B Dato’
Seri Mohamed Khaled Nordin.

 Muzium Tun Abdul Ghafar merupakan rumah asal beliau di Jasin, Melaka.

 Enam Felda di Melaka dinamakan semula sempena nama Tun Abdul ghafar iaitu
Felda Tun Ghafar Machap, Felda Tun Ghafar Hutan Percha, Felda Tun Ghafar
Menggong, Felda Tun Ghafar Kemendor, Felda Tun Ghafar Air Kangkong dan Felda
Tun Ghafar Bukit Senggeh. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun
Razak mengumumkan perkara itu pada 7 April 2007.

Meninggal dunia
Pada 23 April 2006. Beliau meninggal dunia di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan
Ampang, Kuala Lumpur pada pukul 7:35 pagi kerana komplikasi jantung, paru-paru dan buah
pinggang. Beliau berusia 81 tahun ketika menghembuskan nafas terakhirnya. Jenazah beliau
dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas isterinya Dayang Heryati binti Abdul
Rahim.Sembahyang jenazah diketuai oleh Imam Besar Masjid Negara, Datuk Kamaruddin
Zakaria dan pengkebumian diketuai oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Wan Halim
Wan Harun.

Tun Abdul Ghafar merupakan negara ke-4 disemadikan di bawah kubah Makam Pahlawan
selepas Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn . Jenazah lain
ialah Tan Sri Syed Jaafar Albar, Allahyarham Tun Syed Nasir Syed Ismail, Allahyarham Tun
Sardon Jubir, Allahyarham Tan Sri Mohd Noah Omar dan Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir
Yusof.
Datuk Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman (lahir 10 Ogos 1947)
adalah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu, bertindak sebagai
ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia, di atas kapasitinya sebagai Ahli
Parlimen Permatang Pauh.

 Di peringkat akar umbi, Datuk Seri Anwar merupakan penasihat Parti Keadilan
Rakyat dan ketua umum Pakatan Rakyat.
 Semasa awal kerjaya politiknya, beliau merupakan 'anak didik' Tun Dr. Mahathir bin
Mohamad, tetapi kemudiannya tampil sebagai seorang pengkritik Tun Dr. Mahathir
yang lantang.

Dalam tahun 1999, beliau telah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana
didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa. Pada tahun 2000, iaitu selama
sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (liwat). Walau
bagaimanapun, pada tahun 2004, mahkamah, Mahkamah Persekutuan Malaysia telah
mengugurkan sabitan kesalahan liwat kerana pihak pendakwa raya gagal mengemukakan
bukti yang kukuh tanpa sebarang keraguan bahawa perbuatan meliwat tersebut telah
berlaku. Oleh itu beliau telah dibebaskan. Pada Julai 2008, beliau telah ditahan sekali lagi
atas tuduhan dakwaan bahawa beliau telah meliwat pembantu peribadinya. Kes tersebut
sedang disebut di mahkamah tinggi Malaysia.

Pada 26 Ogos 2008, Anwar telah berjaya memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh
dengan menewaskan calon BN yang juga ADUN Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah
bersama-sama calon AKIM Hanafi Mamat seterusnya kembali ke parlimen sebagai ketua
pembangkang Malaysia. Beliau telah menyatakan perlunya liberalisasi, termasuklah satu
kehakiman dan media, untuk melawan rasuah endemik yang beliau mendakwa ia menjadi
sebab penolakan negara menjadi status sebuah negara yang gagal.

Anwar merupakan satu-satunya warga Malaysia yang pernah tersenarai di dalam 100 orang
yang dikatakan paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time iaitu pada 2008.
Biodata
Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Anwar
bermaksud 'bercahaya'. Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman adalah bekas ahli
Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala ibunya Che
Yan Hussein adalah ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO. Semasa kecil, beliau sering
dibawa ke majlis-majlis ceramah wanita.Pada tahun 1978, beliau berkahwin dengan Datin
Seri Dr Wan Azizah Datuk Ismail seorang penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, Ireland
yang kemudiannya bertugas di klinik mata di Hospital Universiti, Petaling Jaya.
Perkahwinannya dengan Datin Seri Azizah dikurniakan seramai 6 orang cahaya mata. Anak
sulungnya, Nurul Izzah kini merupakan Ahli Parlimen Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Pendidikan
Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam,
Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di
Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 - 1966. Semasa di MCKK, beliau aktif
dalam Persatuan Bahasa Melayu dan wakil pemidato sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik
sebagai Ketua Pengawas MCKK. Semasa di MCKK, Anwar mengenali Sanusi Junid,
Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad. Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan
pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera).

Politik
Zaman belia

Semenjak dari zaman belia, Datuk Seri Anwar merupakan seorang individu yang popular.
Beliau dikenali sebagai salah seorang daripada pengasas badan bukan kerajaan iaitu
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Angkatan Belia Islam Belia Malaysia. Beliau
pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri,ISA selama 3 tahun (1974-1976)
kerana demonstrasi jalanan di Universiti Malaya berhubung kemiskinan tragis di Baling,
Kedah. Penduduk pedalaman Baling dibiarkan 'reput' kerana dipercayai tempat
persembunyian komunis. Anwar pernah berada di pentas PAS dan mengkritik Tunku Abdul
Rahman berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Pertubuhan, kemiskinan,
ekonomi dan lain-lain. Berikut adalah catatan ringkas Dato' Seri Anwar semasa zaman belia:-

 1968 menjadi Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya dan Presiden
Kesatuan Kebangsaan Penuntut Muslim Malaysia.
 1969 Anwar berganding dengan Dr Mahathir Mohamad berdiri di pentas PAS
menghentam Tunku Abdul Rahman dan menyebarkan surat layang .

 1971 menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia , ABIM dengan rakan-rakan


daripada MCKK dahulu.

 Menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM)


 1973 Penasihat Majlis Belia Bangsa-Bangsa Bersatu.

 1979 Menerima Pingat Utama Iqbal 100 Tahun oleh Presiden Zia Ul Haq, Presiden
Pakistan.

 Menerima gelaran Datuk daripada Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni
Almarhum Sultan Abu Bakar di Istana Pekan, Pahang dan dari Sultan Selangor.

Meninggalkan ABIM
 Anwar Ibrahim meninggalkan Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM ) pada 29 Mac
1982 untuk menyertai UMNO. Terdapat 40000 ahli ABIM ketika itu.

Tidak menyertai PAS


Anwar pernah dikatakan akan menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS).

 Anwar pernah dianggap sebagai 'Pemimpin al Khahfi' oleh ahli-ahli PAS dan benar-
benar berharap Anwar akan menyertai PAS. Subki Latif dalam bukunya Siapa Ganti
Asri menamakan Anwar Ibrahim akan mengambil teraju PAS daripada Datuk Mohd
Asri Haji Muda. Calon ini layak kerana idealisme dan prinsip perjuangan yang sama
dengan PAS.
 Dalam pilihan raya umum 1978, Anwar dan ABIM pernah membantu Datuk Mohd
Asri bin Haji Muda mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan.

 Beberapa pemimpin kanan ABIM menyertai PAS menjelang pilihan raya dan
bertanding atas tiket PAS. Antaranya ialah Nakhaei Haji Ahmad, Datuk Fadzil Noor,
Abdul Halim Arshad, Haji Abdul Hadi Awang, dan Ustaz Yahya Othman.

 Keengganan Anwar menyertai PAS menyebabkan ada yang menuduh Anwar sebagai
kecewa dan mengaku kalah sebelum berperang dengan UMNO.

Malahan Datuk Asri sanggup mengundurkan diri dari jawatan Yang diPertua PAS untuk
memberi laluan kepada Anwar Ibrahim. Tindakan Anwar ini dianggap tidak syar'ie.

Penglibatan dengan politik UMNO


Anwar terjun kedunia politik dan bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh di atas tiket
UMNO dalam dalam tahun 1982. Beliau menang dengan majoriti yang besar. Beliau
kemudian dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dalam tahun yang
sama Anwar menewaskan Haji Suhaimi Kamarudin, penyandang, untuk menjadi ketua
Pergerakan Pemuda UMNO. Anwar dilantik menjadi menteri penuh sebagai Menteri Belia,
Kebudayaan dan Sukan. Dua tahun kemudian Anwar dilantik ke portfolio Kementerian
Pertanian. Pada tahun 1987, beliau telah memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan
kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Beliau dilantik sebagai Menteri
Kewangan pada 1991. Pada 1993, Anwar telah memperolehi pencalonan yang terbanyak
untuk lerusi Timbalan Presiden UMNO. Penyandang jawatan pada ketika itu ialah Tun
Ghafar Baba telah gagal mendapatkan kuota yang mencukupi bagi mempertahankan kerusi.
Oleh yang demikian, Anwar telah memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO tanpa
bertanding. Susulan dari itu, sebagai memenuhi tradisi BN, Tun Dr. Mahathir telah melantik
Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Diantara jawatan-jawatan lain Datuk Seri Anwar ialah, beliau pernah dipilih menjadi
Presiden Persidangan Tahunan UNESCO dan Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan dalam
mesyuarat besama Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Di atas
sumbangannya terhadap kesefahaman antara kebudayaan beliau telah dianugerahi ijazah
Doktor Kehormat oleh Ateneo de Manila University dan anugerah Presiden oleh
Georgetown University.

Jawatan dalam kerajaan


 1982 - 1983 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
 1983 - 1985 Menteri Belia dan Sukan

 1985 - 1986 Menteri Pertanian

 1986 - 1990 Menteri Pendidikan

 1990 - 1998 Menteri Kewangan

 1993 – 1998 Timbalan Perdana Menteri


Tun Dr.Ismail Abdul Rahman
Tun Dr. Ismail bin Dato' Hj. Abdul Rahman (4 November 1915 - 2 Ogos 1973)

 Dikenali sebagai Tun Dr Ismail, merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri kepada
Perdana Menteri Malaysia ke-2 Tun Abdul Razak.

Pendidikan
Tun Dr. Ismail mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Zaharah, Johor Bahru, dan
melanjutkan pelajaran di Maktab Sultan Abu Bakar,Johor Bahru (English College). Setelah
menamatkan pelajarannya di sekolah tersebut, Tun Dr. Ismail meneruskan pengajiannya ke
Kolej Perubatan King Edward di Singapura. Pada tahun 1943, beliau berangkat ke Australia
untuk menambahkan ilmu perubatannya di Universiti Melbourne Australia. Beliau
memperolehi Ijazah doktor perubatan tahun 1945 dan merupakan anak Melayu pertama
yang memperolehi ijazah doktor perubatan dari universiti Melbourne, Australia.

Jawatan semasa hayat


Tun Dr. Ismail terdorong menceburi politik selepas perletakan jawatan Dato' Onn Jaafar
sebagai presiden UMNO, dan digantikan oleh Tunku Abdul Rahman. Beliau menceburkan
arena politik setelah dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO pada 1951.
Tun Dr. Ismail menjadi duta pertama ke Amerika Syarikat pada tahun 1957. Beliau juga
diberikan tauliah menjadi Duta negara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kedua
jawatan ini dipegang oleh beliau sehingga tahun 1959.

Tun Dr. Ismail menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 1 September 1960 -21 Mei
1967, apabila beliau meninggalkan kabinet atas sebab-sebab kesihatan. Jawatan Menteri
Hal ehwal Dalam Negeri yang dikosongkannya diisi oleh Tun Abdul Razak.

Tun Dr. Ismail sekali lagi dilantik oleh Tun Abdul Razak menjadi menteri Hal Ehwal Luar
Negeri pada 14 Mei 1969 berikutan peristiwa berdarah 13 Mei. Tun Abdul Razak
mempengerusikan MAGERAN dan meminta Tun Dr. ismail membantunya. Tun Dr. Ismail
kembali menjawat jawatan Kabinet dan kekal sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri
sehingga 1 Ogos 1973.

Semasa hayat beliau, Tun Dr. Ismail pernah menyandang jawatan sebagai Menteri
Perdagangan dan Perusahaan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jawatan terakhirnya
ialah Timbalan Perdana Menteri. Tun Dr Ismail Abdul Rahman merupakan Timbalan Perdana
Menteri Malaysia yang kedua selepas Tun Abdul Razak pada 1970.

Jasa paling besar Tun Dr. Ismail adalah mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia terhadap
Kerajaan Malaysia. Menurut Tun Suffian "it was during the agonising days that his
outstanding qualities came to the fore. Perhaps it can be said that more than anybody else
the Tun contributed substantially to the restoration of public confidence in the Government's
determination to restore law and order after the May 13th incidents."

Apabila Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatan Perdana Menteri Tun Abdul Razak, Tun
Dr. Ismail dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tun Dr. Ismail meninggal dunia pada
2 Ogos 1973 dan disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Beliau merupakan
pahlawan negara pertama dikebumikan di situ.

Meninggal dunia
Pada 1973, beliau meninggal dunia dan dimakamkan di Makam Pahlawan, Masjid Negara
dan menjadi pemimpin pertama yang disemadikan di situ.

Penghormatan
 Pidato Tun Ismail diadakan sekali setiap dua tahun oleh Akademi Perubatan
Malaysia untuk memperingati Tun Dr. Ismail. Pidato ulung diberikan oleh Yang Amat
Arif Tun Mohamed Suffian bin Hashim, Ketua Hakim Negara pada bulan Ogos 1974.
 Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur dinamakan untuk memperingati beliau.

 Kolej Tun Dr Ismail di UPM, Serdang dinamakan untuk memperingati beliau.

 Kolej kediaman Tun Dr. Ismail di UTHM, Batu Pahat diberi nama sebagai
memperingati jasa beliau.
FOLIO SIVIK
Nama : Wong Yoke May

Kelas : 2 Bestari

Kad Pengenalan : 960719-56-5116


Nama Sekolah : SMK Bandar Baru
Sungai Long

Tajuk : Tokoh-Tokoh Yang Berjasa

You might also like