You are on page 1of 14

1.

Pengenalan
Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam meghasilkan sesuatu karya seni.
Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional mahupun yang
mengikut zaman akan tidak terhasil. Lebih-lebihnya jika ia merupakan seni kraf halus batik
dan songket. Dalam teorinya, corak ialah suatu susunan motif sama ada secara teratur,
terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu
Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas
dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometrical
dan organik. Corak Tradisi mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama
tertentu yang berunsur tradisional. Hampir 70% corak tradisional diolah menggunakan motif
semulajadi sama ada dari tumbuhan ataupun dari binatang. Ada yang menggabungkan kedua-
dua unsur ini bagi menonjolkan rekaan kraf masing-masing. Contoh yang biasa kita dengan
adalah seperti corak bunga buluh,pucuk rebung,bunga kiambang dan sebagainya.

Dalam tugasan ini satu kajian yang membincangkan bagaimana corak dari sumber
motif yang pelbagai yang diolah dan disusun bagi membentuk keaslian dan keunikan kedua-
dua tekstil batik dan songket. Batik dan songket yang dipilih kerana ianya merupakan satu
bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Ia juga meupakan seni kraf halus yang terulung
sekali. Ia juga memerlukan skil tertentu untuk menghasilkan kraf tersebut. Kajian meliputi
sejarah, perkembangan serta impak terhadap masyarakat melayu dan kesimupulan mengenai
penggunaan seni kraf halus tersebut.

Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara
tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat
pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik
mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik
berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau
menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di
alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun
1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan
dan Terengganu. Batik lukis dikatakan mula diperkenalkan Syarikat Mohd Salleh (Samasa
Batik) dari Kelantan sekitar tahun 1945. Kedah turut menghasilkan Batik Merbok yang
mengetengahkan motif berunsurkan flora, fauna dan artifak sejarah yang ada di dalam daerah
Merbok, Kedah.

Kain Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun
bersama-sama dengan benang emas atau perak. Ia telah terkenal di Malaysia sejak abad ke 15
yang lampau. Perkataan songket berasal daripada perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit.
Industri tenunan songket ini telah berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai
Timur seperti di Terengganu dan Kelantan. Bunga atau hiasan di kepala kain di tenun
mengikut citarasa penenun. Corak atau ragam hias tersebut dikenali dengan nama-nama
seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya. Walaupun songket
merupakan harta pusaka warisan melayu ia masih menguasai pasaran kini kerana keunikan
serta kualitinya yang tidak terhingga. Busana dan butik zaman sekarang masih memberi
ruang untuk perkembangan industri tekstil batik dan songket ini. Apa yang turut
menakjubkan ialah minat terhadap kedua-dua seni halus dapat memukau pandangan orang
ramai. Penggunaan batik dan songket tidak herhad kepada orang melayu sahaja tetapi kaum
lain juga turut meminati perkembanagan serta penggunaannya secara meluas.

Motif

Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik.
Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif
Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-
tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.Contoh Motif Organik adalah seperti berikut :

Motif Ayam
Motif Bunga Buluh

Motif Bunga Kerak Nasi

Motif Bunga Kotak Bercampur

Motif Bunga Orkid

Motif Bunga Raya

Motif Daun Sireh

Motif Geometrik
Motif Pucuk Rebung

Motif Rama-rama

Motif Siput

Contoh Motif Geometrik.

Motif Pucuk Rebung


Motif Bunga Kotak Bercampur

Corak

Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik
tersebut.
Antara corak-corak yang sering digunakan.

i. Corak Berdiri
Corak Jalur
Corak Melintang
Corak Menyeluruh
Corak Menyerong
Corak Tompok-tompok
Corak Ulangan Batu-bata
Corak Ulangan/Selang selang

Proses Membuat

Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.

a)Blok penerap
b)Campuran lilin
c)Kain
d)Pencelup
e)Sebuah Meja

Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas
diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia
akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses
ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda.
Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya
akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan
dibungkus untuk dipasarkan.

Motif abstrak batik lukis

Corak yang hasilkan kebanyakannya adalah bermotif abstrak dengan teknik warna
yang berbeza. Apa yang tersirat di sebalik lakaran yang hasilkan adalah berdasarkan rahsia
alam seperti langit senja, daun hutan dan urat daun. Batik jenis ini diperluaskan mengikut
kehendak pasaran. Sehingga kini penghasilnya menghasilkan bunting batik, hiasan dinding,
cadar, langsir, skaf dan pario menjadikan penggunaan batik lukis lebih meluas. Batik lukis
milik semua dan menjadi tanggungjawab kita untuk meneruskan kesinambungannya
berlandaskan kemahiran serta kreativiti tersendiri supaya ia diterima semua peringkat
masyarakat. Motif abstrak bersama fesyen siap untuk dipakai menjadi strategi jenis batik ini
terus kekal di dalam industri ini.

Penjenisan Kain Batik

Batik terbahagi kepada tiga jenis.

Batik Blok

Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak
diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut
susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu
ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

Batik Conteng

Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah
kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan
menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan
meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan
tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.
Batik Skrin

Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng.
Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik
dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin
dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi
dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang
berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu
warna sahaja.

SONGKET

1. Motif

Contoh motif-motif songket ialah:

 Motif Tumbuh-Tumbuhan
 Motif Binatang
 Motif Alam/Benda
 Motif Kuih

2. Corak

Contoh-contoh corak yang digunakan ialah:

 Susunan Bunga Penuh


 Susunan Bunga Bertabur
 Susunan Bercorak

3. Proses

 Mecelup benang ke dalam pewarna dan dikeringkan.


 Melerai benang dengan menggunakan alat darwin dan alat pemutar rahat.
 Menganeng benang ialah proses membuat benang loseng yang diregang di alat penenun.
 Menggulung benang-benang dengan sekeping papan loseng.
 Menyapuk benang.
 Mengarak benang.
 Menyongket benang dengan menggunakan alat lidi dengan menyongketkan benang loseng.
 Menenun dengan menggunakan alat torak yang diisi dengan benang emas atau perak dan
selepas itu dimasukkan di celah-celah benang mengikut corak yang dipilih hingga menjadi
sehelai kain.

6. Penggunaan

 Pakaian pengantin
 Perhiasan dinding
 Cenderamata

Songket selalunya didapati lebih mahal dari batik kerana proses membuat songket amat sukar
dan semuanya dibuat dari tangan.

Motif  
1.
Ragamhias masih dipertahankan terutama dalam aspek pembahagian dan penempatan
beberapa bentuk bahagian kain seperti kepala, kaki dan badan kain.

Penyusunan motif pula terbahagi kepada dua susunan bunga penuh dan bunga tabur.

2.

Motif kain songket terdiri daripada dua unsur penting iaitu unsur alam dan tumbuhan.

Motif yang sering digunakan meliputi bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian
tampuk buah-buahan.

3. Motif-motif rekacorak yang menghiasi kain songket kebanyakannya berasaskan


bunga-bungaan.
4. Dengan teknik menenun yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam corak
geometric.
5. Motif-motif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur
atau susunan bercorak.
6. Motif pucuk rebung dan lawi ayam sering ditempatkan dikepala kain.
7. Manakala motif 'awan larat' pula dijadikan sebagai kaki kain (border design).

Susunan Motif Songket

1. Susunan bunga penuh

corak penuh bersulam juga dikenali songket cuban. Motif benang emas dan perak ditenun
memenuhi keseluruhan kain.

2. Susunan bunga tabur


corak ditenun secara bertaburan dan tidak terikat atau berangkai antara satu sama lain. Motif
bunga yang ditenun ialah bunga tanjung, bunga buah cermai, bunga buah kesemak dan lain-
lain. Taburan pada kain songket juga dilengkapi dengan garisan corak di kepala dan kaki
kain.

3. Susunan bercorak

susunan motif dibuat secara jaluran berdiri atau melintang.

Proses Tenunan Songket

Kek Tenun
Bahan dan Alat
Benang dan pewarna ialah bahannya. Alatnya pula terdiri daripada kek tenunan, kek
mengarat, rahak, peleting buluh (bobbin), lidi daun kelapa, papan gulung, anak kayu, dua
belira, sikat dan jentera, jarum culik, batang anak kayu, kayu karat, benang losen, lidi nibung
atau buluh, benang batang bunga songket, darwin pakan, darwin benang emas, cuban, torak
pakan, torak benang emas dan sumbi.

Teknik dan Proses

Setelah benang dibersihkan dan dimasukkan ke dalam pencelup warna, ia dibilas dengan air
dan dijemur hingga kering. Lapan proses lagi yang terlibat sebelum sesuatu tenunan boleh
disiapkan ialah melerai, menganing, menggulung, menyampuk, menghubung, mengarak,
menyolek dan menenun.

1. Melerai

Benang yang telah kering dimasukkan ke dalam sejenis alat yang bernama rahak untuk
diputarkan pada satu alat yang bernama peleting. Proses ini dipanggil melerai. Terdapat dua
jenis rahak, iaitu darwin pakan dan darwin emas. Darwin pakan digunakan untuk benang
pakan sahaja. Ia diperbuat daripada buluh dan tali atau rotan. Darwin emas pula digunakan
untuk benang emas sahaja dan diperbuat daripada kayu atau dawai kerana benang emas kasar
dan berat.

2. Menganing

Benang yang telah menjalani proses melerai dimasukkan ke dalam alat menganing untuk
menentukan ukuran panjang benang yang hendak dimuatkan pada alat ini. Biasanya segulung
benang pakan atau seloseng yang berukuran 26 - 31 m boleh menghasilkan 12 - 14 helai kain.

3. Menggulung

Benang yang telah dianing akan digulung pada papan gulung mengikut lebar gigi jentera dan
panjang losen pada papan gulung yang hendak dipasung. Losen ialah benang yang
memanjang pada kek. Kedudukan benang perlu diperiksa setiap tiga kali menggulung untuk
memastikan susunan kemas.

4. Menyampuk

Menyampuk ialah proses memasukkan benang losen ke dalam gigi jentera atau sikat.
Biasanya, proses ini dilakukan di dalam kek mengarak supaya senang untuk menyampuk
benang kepada jentera. Setiap lubang sikat disusukan dua urat benang losen. Pada kedua
belah hujung sikat itu disusukkan empat urat benang supaya tepi kain tidak terkoyak apabila
disangkutkan pada kayu sumbi kain. Sumbi kain ialah sebatang anak kayu yang mempunyai
paku di kedua-dua belah hujungnya. Sumbi kain menjaga tepi kain tenun supaya sama jarak
dan tidak berkedut.

5. Menghubung

Menghubung ialah proses menyambungkan benang daripada losen kepada benang yang
tertinggal pada jentera. Cara ikatannya dipanggil ubung tindas. Proses ini bertujuan
menyambungkan benang losen untuk menenun. Meja kecil dinamakan meja hidangan
berukuran 10 cm panjang, 8 cm lebar dan 20 cm digunakan untuk menghubung.

6. Mengarak
Kerja mengarak dilakukan setelah selesai proses menyampuk. Mengarak dilakukan dengan
melilit benang asing atau benang karat kepada kayu karat, termasuk benang losen. Jumlah
karat yang digunakan biasanya hanya dua karat dan setiap karat mempunyai empat batang
anak kayu.

7. Menyolek

Kerja menyolek bunga merupakan kerja yang paling rumit dalam proses menenun kain
songket. Cara menyolek reka corak adalah dengan menyusulkan lidi-lidi buluh pada benang
losen yang dikehendaki. Biasanya kain songket ditenun dengan teknik tekat tiga atau tekat
lima. Jika menggunakan tekat lima, setiap lima unit benang losen, satu benang alas ditolak ke
bawah dan benang-benang alas ini disengkang pula dengan belira. Setelah benang losen
berada di atas, barulah kamu boleh menyolek dalam pelbagai corak pada benang losen
dengan menggunakan lidi buluh. Belira dimasukkan pada setiap lidi buluh tadi mengikut
giliran. Belira ditegakkan untuk menyenangkan ikatan benang butang. Butang-butang inilah
yang akan menjadikan corak atau motif bunga di atas kain songket. Apabila selesai proses
menyongket, benang losen bersama karat-karatnya ditukar ke kek tenun untuk ditenun agar
menjadi kain songket.

8. Menenun

Menenun adalah proses terakhir, iaitu benang losen dipangkah oleh benang pakan untuk
dijadikan kain. Bagi kain songket bercorak penuh, benang emas dilayarkan melalui torak
benang emas untuk menghasilkan sulaman motif bunga atau hiasan reka corak penuh. Bagi
kain songket corak melintang atau corak bunga bertabur, benang emas dilayarkan melalui
cubaan untuk mendapatkan motif-motif yang dikehendaki. Lazimnya selepas satu benang
emas dilayarkan, ia dikepuh (beat) dan diikuti pula dengan melayarkan dua benang pakan.
Penenun akan menukarkan benang butang mengikut giliran dan corak yang telah ditentukan.
Proses ini diulangi sehingga menghasilkan sehelai kain songket.

PERSAMAAN

·        Kedua-dua seni kraf batik dan songket menggunakan motif dari benda-benda alam
seperti awan atau langit, motif tumbuh-tumbuhan serta binatang.

·        Kedua-dua boleh digunakan sebagai pakaian tradisional dan rasmi.

·        Kedua-dua boleh menjadi sebuah cenderamata dalam majlis rasmi atau pun sebagai
kenagan.
·        Kedua-dua seni halus ini boleh digunakan sebagai perhiasan rumah, restoran serta
pameran di dinding. Ia turut mendapat sambutan hangat dari masyarat tempatan serta
warga asing sebagai bahan perhiasan.

PERBEZAAN

Walaupun terdapat beberapa persamaan namun kedua-dua seni halus ini masih menampilkan
perbezaan yang ketara, dimana kita dengan senang membezakan kedua-dua seni halus
melalui perbezaan yang berikut. Kriteria-kriteria inilah dapat membezakan kedua-dua seni
kraf halus kita.

  Batik Songket
1. Batik dibuat daripada benang kapas.Songket dibuat daripada benang
sutera.
2. Coraknya dibuat dengan Coraknya dibuat dengan menenun
menggunakan cap. benang.
3. Berasal dari Indonesia. Berasal dari Malaysia.
4. Proses menghasilkan batik lebih Proses menghasilkan songket lebih
cepat dari songket. sukar dan lama dari batik.
5. Harganya lebih murah. Harganya lebih mahal.

Corak

Corak Flora Corak Flora

Senarai Motif Batik


Unsur flora Unsur fauna dan benda Unsur geometri

Bunga kaca piring Abor Banji

Akar-akar menjalar Ayam jantan Ceplok

Bunga air mata Buntut siput Jalur

Bunga anggerik (orkid) Burung Kawang

Bunga kenanga Jaring ikan Kisi-kisi

Bunga baling Kala jengking Swastika

Bunga kerak nasi Kampung Keluk pinggir awan persegi

Bunga buluh Kupu-kupu Pilin berganda ‘s’

Bunga cempaka Unggas Buntut siput

Bunga kerawang Wai Parang rosak

Bunga mawar Wayang kulit  

Bunga mangga Awan  

Bunga raya Mega mendong  

Bunga teratai Bertampalan  

Daun pala    

Daun berjalar    

Daun keladi    

Daun puding    

Daun sirih emas    

Daun Siti Fatimah    

Jerampang    

Kiambang    

Lonang atau Rohani    

Pohon ara    

Pucuk rebung    

Tampuk manggis    
Telepuk    

Gambarajah menunjukkan corak yang dihasilkan sewaktu melukis corak di atas kain rentang
batik. Pergerakkannya dapat dilihat dengan jelas setiap pergerakkan akan menghasilkan corak
tertentu di mana hasilnya dapat dilihat setelah siap lukisan di atas kain rentang.

Manakala bagi seni kraf songket pula, coraknya dihasilkan ketika proses tenunan dan
susunan benang dalam mesin kek pula. Setiap corak melambangkan kelainan dan keunikanya
tersendiri. Di mana, penggunaan corak dan rekaan yang diaplikasikan dari motif tumbuhan
serta haiwan dan campuran kedua-duanya sekali. Ada juga yang menggunakan corak
geometri seperti bentuk bulat, segitiga dan segiempat.

Sekiranya diteliti dengan lebih terperinci, corak yang digunakan masih lagi
menampakkan keaslian dan keunikan walapun terdapat perkembangan teknologi maklumat.
Apatah lagi jika corak yang dihasilkan dapat memberikan kepuasan maksima. Apa yang
dihasilkan adalah seratus peratus tulen dan asli. Ia tidak boleh dihasilkan oleh orang lain.
Walaupun kita cuba mempercepatkan kerja penghasilan corak dengan kepakaran komputer
namun keaslian itu tidak menjamin kepuasan rakyak yang menghargai kesenian ini.
Walaupun penggunaan corak kontemporari semakin meningkat namun minat rakyat terhadap
corak dan rekaan asli masih mendapat sambutan daripada rakyat tempatan. Ini dapat
dibuktikan melalui penggunaan batik dan songket yang dihasilkan secara cara tradisional
masih digemari ramai. Walaupun sesuatu bahan yang dihasilkan mengambil masa yang lama
dan prosesnya pula banyak peringkat namun kepuasan menjadi motif utama dalam penialain
sesuatu bahan.

Selain daripada itu, rekaan dan corak pada sesuatu karya pada penghasilan batik dan juga
songket memain peranan sebagai sesuatu nilai estetik yang hidup mengikut aliran zaman.
Corak yang sterotaip tanpa pengubahsuaian dan nilai seni yang kreatif mengikut kehendak
zaman akan menjadikannya “mati” dan hanya layak untuk menjadi bahan sejarah. Kreativiti
penggiat seni yang berterusan mencipta corak dalam rekaan batik sarung mengikut kehendak
dan permintaan penggemar batik akan menjadikan batik sesuatu yang diminati dan
mempunyai nilai komersial yang berterusan. Ini akan memberi nilai tambah kepada penggiat
seni batik tersebut.

Nilai komersial yang terdapat pada batik sarung bergantung kepada rekaan dan corak yang
dihasilkan pada permukaan batik sarung. Nilai komersial inilah yang merancakkan industi
pembikinan batik di Malaysia. Nilai komersial akan secara tidak langsung membangkitkan
suatu pesaingan dikalangan penggiat batik untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan unik.
Sudah pasti rekaan dan corak yang akan dihasilkan menitik berat perancangan yang terliti
untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Ini dapat kita lihat dipasaran, setiap bulan akan ada
sesuatu corak yang baru diperkenalkan oleh pelbagai pengusaha batik tempatan.

Nilai identiti juga memainkan peranan pada rekaan dan corak batik dn songket. Akhir-akhir
ini ada pihak tertentu cuba menuntut hak asal pembikinan batik dan songket terutamanya
daripada negara yang mempunyai rumpun yang sama. Identiti batik dan songket Malaysia
dengan hasil keluaran negara jiran seperti Indonesia, Negeri Thai dan sebagainya mempunyai
keunikan rekaan dan corak tersendiri dan perbezaannya juga ketara.Ini secara langsung
memberi identiti yang tersendiri kepada batik dan songket Malaysia dan membezakannya
dengan keluaran negara lain.Yang jelas disini, rekaan dan corak pada batik dan songket
tempatan yang dihasilkanlah yang memainkan peranan memberi identiti kepada sesuatu
hasilan seni karya tersebut.

Kesimpulannya, rekaan dan corak didalam karya seseorang penggiat seni batik dan songket
sesungguhnya memberi pengertian yang amat mendalam dan bukan hanya untuk nilai estetik
semata-mata. Corak dan rekaan pada batik dan songket mempunyai hak ciptaan, nilai
komersial dan identitinya tersendiri. Bagi pendapat saya, waplaupun kita memerlukan
pembaharuan namun apa yang diwarisi serta diamalkan perlu dikekalkan supaya tidak hilang
begitu juga.
BIBLIOGRAFI

 http://malaysiana.pnm.my/04/0408songket.htm
 http://malaysiana.pnm.my/04/0402batik.htm
 http://www.expat.or.id/info/batik.html
 Kementerian Pendidikan Malaysia (1985) Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Visual,
KBSR.KL., DBP.

 Open University Malaysia, (2006) HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual,


UNITEM Sdn.Bhd.

 Open University Malaysia, (2007) HBAE3503 Perkembangan Seni dan Kanak-Kanak,


UNITEM Sdn.Bhd.

 Open University Malaysia, (2007) HBEF1403 Seni dan Dalam Pendidikan, UNITEM
Sdn.Bhd.

You might also like