You are on page 1of 19

APA ITU LAPORAN?

PENEGNALAN

Laporan ialah maklumat tentang sesuatu kedudukan (masalah yang dihadapi dll)
yang dilaporkan (kamus dewan 1996:766) atau sesuatu kenyataan formal hasil daripada
sesuatu penyelidikan atau sebarang maklumat lengkap tentang sesuatu hal yang
disampaikan oleh sekumpulan penyelidik atau sesebuah badan.

Manakal, Siti Hajar Abd Azizi (2008”274) menyebut bahawa laporan ialah kertas yang
mengandungi khabar atau maklumat, Laporan ditulis bagi melaporkan sesuatu hal atau
perkara yang telah berlaku. Laporan merupakan maklumat tentang sesuatu perkara yang
dilaporkan. Laporan boleh ditujukan kepada seseorang individu, sekumpulan ahli
jawatankuasa atau sesebuah organisasi.

Selain itu, laporan itu merupakan pemerian bertulis tentang kejadian, perkara atau
pendapat yang disampaikan dalam fomat tertentu dan laras bahasa format. Terdapat jenis
laporan yang kerap bergantung pada situasi, antaranya;

 Laporan rutin, seperti kemajuan projek sendiri.


 Laporan tak rutin yang disediakan untuk tujuan khusus seperti laopran
penyiasatan,laporan penyelidikan parti politik , laporan produk dan laporan
kebakaran.

PERINGKAT PENGHASILAN LAPORAN

Laporan dihasilakn apabila terdapatnya elemen-eleman breikut:

Penulis
 Sesuatu laporan bermula daripada usaha seseorang yang mahir dalam
sesuatau bidang atau lapangan menggunakan sumber-sumber tertentu untuk
menentukan sesuatu laporan. Jika sekiranya sesebuah organisasi tidak
menyediakan keperluan yang cukup, khidmat sokongan atau peralatan dan
penulis tidak memohonnya, laporan itu mungkin memerlukan lebih banyak
masa dan perbelanjaan untuk menyiapkannya.
Isi kandungan
 Berdasarkan sumber-sumber yang boleh didapatinya, termasuk nota, buku,
pendidikan masa dan pengalaman, penulis perlu membuat pilihan antara apa
yang hendak dimasukkan dalam laopran atau apa yang hendak ditinggalkan.
Inilah bahagian yang memerlukan pertimbangan sewajarnya oleh penulis.
Struktur
 Kandungan perlu disusun secara teratur dengan tajuk dan penomboran yang
sesuai. Penelitian yang yang kurang rapi boleh memberikan kesan yang tidak
baik terhadap sesuatu laporan.
Gaya penulisan
 Penulis perlu memilih perkataan sendiri dan menyusunnya menjadi ayat
seterusnya, perenggan demi perenggan sehingga terbentuk sesuatu laporan.
Pembaca
 Mereka menerima laporan dan membaca sebahagiannya atau
keseluruhannya. Mereka bertindak atau tidak bergantung kepada
prasangka,masalah atau pekerjaan mereka yang dipengaruhi oleh cara
penulisan laporan itu.
Keputusan
 Setelah dibaca, laporan boleh mempengaruhi sesuatu pandangan atau
tindakan. Kesannya, sesuatu laporan itu perlu diteliti dengan rapi. Jadi, tujuan
sebenar sesuatu laporan itu ialah untuk mempengaruhi pembaca.

CIRI-CIRI UMUM

Kebanyakan laporan mempunyai ciri-ciri umum seperti berikut:

 Struktur dan nada yang formal


Laporan tenyata lebih formal berbanding dengan komunikasi yang lain. Laporan
biasanya mempunyai format khas yang mengandungi tajuk muka surat, pengenalan
ringkasaa, senarai kandungan atau isi, senarai cadangan atau isi, senarai cadanagn,
penutup, dan lampiran. Laras bahasa lebih formal dan tiada ciri bahasa peribadi.
Dengan demikian, format laporan sesuai bagi dokumen untuk edfaran luas atau
untuk arahan.
 Persembahan Berilustrasi
Penggunaan gambar, graf dan rajah untuk menjadikan jumlah maklumat lebih mudah
difaham.
 Pernyataan pendapat
Dalam banyak lpaoran, penulis membuat kesimpulan selepas menelaah, menilai dan
mnegupas bukti yang dikemukakan. Kesemua kesimpulan ini penting sabagi
pelengkap tujuan laporan sehingga penulsi laoran perlu mendapatkan ketepatan
fakta tambahan.
 Kegunaan Laporan
Sebaran jenis laporan hanya berjaya sebagai dokumen bertulis sekiranya penulisnya
memahami kehendak pembaca dan mengemukakan butiran yang relevan dengan
kehendak tersebut.

FORMAT LAPORAN

Umunya sesebuah laporan mempunyai format yang berikut:

Judul muka surat


 Bahagian ini mengandungi nama penulis, organisasi dan rujukan, tajuk
laporan, tarikh keluaran (bulan dan tahun), nama ataunrujukan orang atau
organisasi yang menjadi sasaran.
Ringkasan
 Diperlukan bagi laporan panjang yang memberi gambaran umu akan
keseluruhan kandungan, ringkasan latar belakang kajian, kerja penyelidikan
dan kesimpulan utama serta cadangan.
 Terdapat dua bentuk kepanjangan ringkasan :
 Satu perenggan 50-100 perkataan dan satu muka surat 300-400
perkataan. Sesuatu kepanjangan perenggan ringkasan dianggap
mencukupi jika ringkasan sejumlah besar laporan diterbitkan bersama
secara berasingan daripada laporan yang diringksakan.
Senarai kandungan
 Maklumat ini diperlukan untuk laporan panjang. Senarainya harus berurutan
termasuk tajuk dan lampiran denagn muka surat dan penomboran pada
pernggannya.
 Lazimnya, bahagian ini disebut:
 Kandungan dan berbeza denagn indeks yang merupakan senarai isi
utama yang dibincangkan dengan susunan mengikut abjad. Indeks
selalunya terletak di bahagian belakang dan sangat berguna untuk
buku tetapi jarang digunakan dalam laporan perdagangan.
 Pengenalan
 Mengandungi latar belakang sejarah sehingga kepada penghasilan
laporan, rujukan, ringkasan kaedah penyelidikan dan penghargaan
kepada sumber maklumat.
 Hujahan
 Disusun dibawah bahagian tajuk dan pengenalan bagi
memudahkanrujukan dan pemahaman. Struktur dan tajuk yang dipilih
bergantung kepada subjek laporan. Misalnya, laporan penefrbitan
buku Institusi Pengajian Tinggi memerluakn maklumat tentang sejarah
perkembangan penerbitan buku, ringksan operasi semasa,tempat
operasi, kakitangan pengurusan, kakitangan sidang pengarang, kos,
jangka masa hadapan dan lampiran.
 Apabila tajuk utama digunakan, tajuk itu meliputi semua tajuk kecil
dibawahnya. Contoh, jika tajuk utamanya ‘bunga’ dan dibawahnya
termasuk tajuk-tajuk kecil “mawar”, “tanjung” dan “melur”. Maka tidak
perlulah disebut “bunga mawar” dan sebagainya.
 Kesimpulan
 Cara persembahnnya berbeza-beza kerana kesimpulan laporan boleh
disenaraikan dan dinomborkan. Syor atau cadangan dikemukakan
selepas kesimpulan, ini bermakna dalam penulisan laporan, tajuk
kesimpulan tidak semsetinya terletak pada bahagian akhir.
 Bahagaian ini dianggap paling penting dalama sesuatu laporan
kerana di ruangna inilah penulis menyatakan ramalannya. Penulis
mungkin menggunakan bukti-bukti yang diperoleh pada bahagian
hujahan untuk membantu beliau membuat sebarang pertimbangan.
Kerap kali hal ini melibatkan perbandinagn pelbagai kemungkinan
yang berbeza dan ditulis secara tersusun sebagai sebahagian
daripada kandungan laporan. Kesimpulan perlulah meyakinkan
supaya pembaca dapat mengikuti seterusnya perbincangan penulis.
 Cadangan
 Perlu disediakan sebagai satu senarai yang sekiranya panjang boleh
dibahagikan kepada beberapa bahagian. Namun begitu, jangan
sesekali menggunakan istilah “ringksan cadangan” kesuali bagi
senarai padat yang tidak lengkap. Setiap cadangan perlu dihujahkan
dengan alasan (justifikasi) yang konkrit.
 Lampiran
 Bahagian ini perlu bagi laporan panjang untuk mengurangkan bukti
dan hujahan. Lampiran juga harus mengandungi bukti teknikal yang
mungkin tidak sesuai dimasukkan dalam laporan sebenar. Bilangan
lampira bergantung kepada justifikasi laporan dan keperluan bukti.
 Rujukan dan bibliografi
 Rujukan merupakan bahan sumber yang di yatakan dalam isi sesuatu
laporan. Sementara bibliografi adalah bahan bacaan lanjutan yang
disenaraikan pada bahagian akhir
 Jika sekiranya terdapat banyak istilah teknikal digunakan dalama
sesuatu laporan, separuhnya diketahui oleh sebahagian pembaca dan
separuh lagi tidak difahami oleh pembaca lain maka pada bahagian
akhir rujukan perlulah disediakan glosari.
Penyampaian

Laporan perlu dipersembahkan dalam bahasa yang ringkas dan mudah dan elakkan
daripada menggunakan istilah teknikal. Hindarkan keraguan atau kekaburan pada
kesimpulan dan cadangan, semak laporan itu daripada sebahagian kesilapan atau
kecacatan, gaya yang tidak cekap dan sebagainya.

Semua laporan, samaada untuk edaran dalaman atau luaran bersifat formal dan
nada penulisannya rasmi serta gaya bahasanya betul.

Jenis-jenis laporan

Terdapat empat jenis penulisan laporan iaitu yang berbentuk

1. Pemerian atau penyelidikan


a) Tujuannya adalah untuk memberikan gambaran tentang sesuatau hal objek
atau seseorang agar mereka dapat menafsirkan sesuatu yang digambarkan
itu dengan jelas.
b) Laporan ini tidak bersifat khayalan atau fiksyen seperti yang terdapat dalam
penulisan berbentuk naratif.
c) Memerlukan gambaran yang jelas dan lengkap tentang sesuatu aspek
tanpa memasuki emosi penulis.
d) Penulisan laporan jenis ini memerlukan fakta-fakta yang tepat fotografik,
pengolahan bahasa yang mudah dan perlulah berdasarkan pemerhatian
yang rapi oleh penulisnya terhadap sesuatu laporan contohnya laporan polis
seperti rompakan, ragut dan sebagainya.
e) Laporan jenis ini perlu ditulis dengan jelas dan boleh menggambarkan
secara objektif dan realistik akan perkara yang dilaporkan.
f) Penulisan jenis ini juag memerlukan penyusunan yang rapi dan spesifik
supaya tidak berlaku pengulangan fakta, tidak timbul kekeliruan atau
kekaburan agar pembaca boleh mengikuti dan mentafsirkannya dengan
,mudah setiap perincian yang terdapat dalam laporan itu.
g) Laporan jenis ini memerlukan format yang boleh menjadi dasar atau asas
penulisannya tegasnya perlu adalah perincian tentang perkara yang hendak
dilaporkan. Contohnya kalau laporan itu tentang sesuatu lawatan : perlu ada
butiran mengenai tempat ayng dilawati mereka yang turut serta sambutan
yang diberikan, maklumat yang didapati daripada pnenilaian terhadap kesan
lawatan, masa dan tarikh lawatan belanja yang dikeluarkan, masalah yang
dihadapi dan sebagainya. Malah kandungan laporan itu mesti berdasrkan
tujuan dan keperluan laporan itu sendiri.
2. Penyelesaian masalah
a) Tujuannya ialah untuk mneydiakan satu rancangan yang boleh digunakan
menyelesaikan susuatu masalh seperti masalah-masalah yang dihadapi
oleh sesuatu institusi pendidikan.
b) Contohnya, sebuah sekolah menengah menghadapi masalah kemerosotan
displin dan akademik para pelajarnya yang begitu ketara. Jika sekolah
berkenaan ingin mnegatasi masalahnya secara objektif, satu laporan khas
adalah diperlukan. Laporan tu perlu memperincikan tentang punca-punca
merosotnya displin dan pencapaian akademik para pelajar, menyatakan
matlamat yang dicapai (memupuk displin dan meningkatkan mutu
akademik), mengenalpasti kaedah dan strategi untuk mencapai matlamat
tersebut dan menunujukkan bagaimana kaedah dan strategi itu dapat
diaplikasikan.
c) Laporan jenis ini memerlukan daya fikir yang kreatif dan penaalukan yang
mendalam kerana kalau tidak masalah tidak akan dapat diatasi dan strategi
yang berkesan untuk mencapai matlamatnya tidak akan disediakan.
3. Penilaian
a) Laporan ini berfungsi unutk menilai sesuatu lazimnay digunapakai bagi
tujuan penilaian prestasi kerja seseorang pegawai.
b) Apabila sesorang itu memohon untuk sesuatu pekerjaan baru, laporaan sulit
daripada pihak yang mengenali dirinya adalah diperlukan.
c) Laporan ini perlu dibuat denagn tepat dan objektif kerana seuatu keputusan
adalah bergantung kepada kandunagn laporan itu. Jika penilaian yang
dikemukakan dlama laporan itu tidak tepat sudah pasti keputusan yang
diambil terhadapnya juga kurang tepat jadi setiap penilaian yang dilaporkan
itu mesti disokong denagn bukti-bukti yang kukuh.
4. Analisis
a) Laporan ini bertjuan untuk menganalisis sesuatu sebelum sebarang
keputusan terhadapnya diambil.
b) Laporan berbentuk analisis memerlukan penelitian secara terperinci
terhadap sesuatu perkara dan dalam proses menaganalisis perkra itu
perlu diagih-agihkan kepada beberapa bahagian atau peringkat tertentu
supaya dapat dijelaskan bagaimana sesuatau bahagian itu berfungsi dan
apakan kaitannya dengan bahagian-bahagian lain.
c) Tegasnya, laporan jenis ini sangant penting untuk memberikan gambaran
tepat tentang sesuatu persoalan yang dibangkitkan supaya kaitannya
secara menyeluruh dapat dinyatakan dnegan jelas.
d) Contohnya sebuah syarikat mahu memasarkan barangan sukan untuk
golonagn remaja ke sebuah negara yang menjadi kawasan pasaran baru.
Laporan itu mneyatakan jumlah remaja dewasa itu dan jangkaan
tambahan pada masa hadapan, kuasa beli mereka dan bandingan
kumpulan umur yang lain juga diprlukan sebelum keputusan memasarkan
barangan sukan kengara itu dijalankan.

LAPORAN RUTIN

Laporan rutin biasanya digunakan untuk kegunaan dalaman seperti


kemajuan projek persendirian dalam jabatan. Ciri-Ciri laporan biasanya terdiri
daripada format, tajuk, maklumat pada laporan, kefahaman pembaca dan
maklum balas.

Dari segi format, oleh sebab bersifat rutin, laporan rutin biasanya ditulis
dalam borang khas. Cara ini membolehkan penulisan dan bacaan laporan lebih
mudah dan cepat. Di samping itu, borang laporan direka bentuk untuk
menonjolkan perkara penting dan membenarkan penulis mengemukakan
cadangan peribadi. Dari segi kelemahan, oleh sebab laporannya bersifat rutin,
hasil laporan jarang menepati kehendak pembaca. Contohnya, laporan kemajuan
projek atau prestasi pekerja setiap bulan, yang kurang mendapat tindakan
sewajarnya kerana ia diisi dalam borang yang standard dan dianggap laporan
rutin sahaja.

Dari segi tajuk, oleh sebab laporan ini mengandungi perkara berilustrasi,
gaya penulisan mungkin terbatas pada pemilihan kaedah susun letak ilustrasi
dan teks. Dengan cara ini, aturan tatabahasa mungkin kurang dipatuhi dan tidak
sesuai untuk tatapan pihak di luar organisasi. Maklumat pada laporan biasanya
mengandungi nama penulis, tajuk dokumen, tarikh jangka masa liputan, tarikh,
tarikh dikeluarkan dan nombor rujukan.

Di samping itu, penulis harus peka kepada kehendak pembaca. Ini


menguntungkan kerana dapat menentukan gaya, cara persembahan, apa yang
relevan dan sebagainya. Oleh sebab kekerapan laporan itu, penulisnya mungkin
mendapat maklum balas daripada pembaca atau sumber lain. Semua ini dapat
membantu penulisan laporan yang berkesan.

CONTOH SUSUN LETAK LAPORAN

1. Tajuk perkara : Laporan Amali Sukan dan Rekreasi di BM


LAPORAN AMALI SUKAN DAN REKREASI DI BM
Oleh : Ahad Bin Senayan

2. Penerima Laporan -------------------- Tarikh --------------------


3. Penulis Laporan
------------------------------------------------------------
4. Matlamat : - Laporan apa?
- Siapa memerlukannya?
- Ringkasan
1. Kaedah Penyelidikan: Bagaimana, di mana dan bila anda
mengumpul Maklumat, misalnya wawancara,
penyiasatan dan rujukan.
2. Dapatan: Nyatakan fakta secara urutan. Bahagi bahan
kepada bahagian dan subbahagian jika perlu.
3. Penutup: Nyatakan kesimpulan berdasarkan semua fakta
yang ada. Anda boleh nyatakan pendapat
sendiri dan rujukan.
4. Cadangan Jika anda rasa tindakan khusus diperlukan anda
Boleh turunkan cadangan di sini.

LAPORAN TAK RUTIN

Laporan tak rutin meliputi laporan yang ditauliahkan untuk tinjauan


khusus misalnya, laporan penyiasatan pilihan raya, laporan kebakaran atau
laporan produk. Laporan tahunan dianggap laporan tak rutin. Kebanyakan
laporan tak rutin, sama ada, untuk kegunaan dalaman atau luaran mempunyai
ciri-ciri rujukan utama dan pendekatan penyelidikan.

Dari segi keutamaan, penulis mesti mendapat persetujuan bertulis – untuk


mengadakan mesyuarat awal, sebelum merancang penyelidikan. Penulis juga
perlu mengetahui laporan itu ditulis dan jangkaan daripada pihak pembaca.

Dari segi pendekatan penyelidikan, perincian berbeza menurut subjek


laporan harus diteliti. Hal ini kerana perincian berbeza menurut subjek laporan.
Butiran yang utama meliputi pengumpulan fakta, pengambilan nota yang
lengkap, dan perakaman sumber yang relevan. Penulis mesti menyemak segala
maklumat yang relevan dengan tujuan penyiasatan dan membuat pertimbangan
sama ada fakta yang relevan atau bidang penyelidikan terlepas perhatian.

Setelah segala bukti yang relevan terkumpul, penulis perlu menilai dan
memilih dalam ruang lingkup tujuan, terhadap fakta penting yang diterima. Pada
peringkat ini, boleh dibentuk kesimpulan awal. Jika berlaku kekurangan atau
keraguan, penyelidikan dan pengesahan terhadap segala butiran dapat
dilakukan, dan kemudian membolehkan penulis menulis draf laporan.

Susun letak umum laporan rutin dan laporan tak rutin biasanya
mengandungi:

a) Judul muka surat


Judul ini menyatakan nama penulis, organisasi, dan rujukan; tajuk
laporan; tarikh keluaran (bulan dan tahun); nama atau rujukan orang
atau organisasi yang ditujukan.

b) Ringkasan
Ini hanya penting bagi laporan panjang. Ini memberi gambaran umum
tentang kandungan laporan, ringkasan latar belakang penyiasatan, kerja
penyelidikan, kesimpulan dan cadangan.

c) Senarai Kandungan
Ini juga diperlukan untuk laporan panjang. Senarainya berurutan; semua
tajuk, termasuk lampiran, dengan muka surat, penomboran pada
perenggan.

d) Pengenalan
Ini memasukkan rangka sejarah latar belakang yang membina
pentauliahan laporan, rujukan, ringkasan kaedah penyelidikan dan
penghargaan menjadi sumber maklumat yang relevan.

e) Hujahan
Ini disusun di bawah bahagian dan tajuk untuk memudahkan ringkasan
dan pemahaman. Struktur dan tajuk yang dipilih bergantung pada subjek
laporan. Contoh; laporan penerbitan buku pengajian tinggi antara lain
memuatkan sejarah dan perkembangan penerbitan buku, ringkasan
operasi semasa, tempat operasi dan staf pengurusan, staf editoral, kos
prospek dan lampiran.

f) Kesimpulan
Caranya berbeza-beza daripada akhir penulisan esei atau prosa lain
kerana kesimpulan laporan boleh disenaraikan dan diberi nombor. Syor
atau cadangan datang selepas kesimpulan yang bermakna dalam
penulisan laporan, tajuk kesimpulan tidak semestinya pada bahagian
akhir.

g) Cadangan
Cadangan dimuatkan sebagai satu senarai yang panjang, bolehlah
dibahagikan menjadi beberapa bahagian. Akan tetapi, jangan
menggunakan istilah ”Ringkasan Cadangan” melainkan bagi senarai yang
padat, yang tidak lengkap. Setiap cadangan perlu dihujahkan dengan
justifikasi.

h) Lampiran
Ini perlu bagi laporan panjang, untuk mengurangkan bukti dan hujahan.
Lampiran juga perlu mengandungi bukti teknikal yang mungkin tidak
sesuai dimuatkan dalam laporan sebenar. Jumlah lampiran bergantung
pada keperluan bukti dan justifikasi laporan.
i) Rujukan dan Bibliografi
Perbezaanya; rujukan disebut dalam isi laporan manakala bibliografi
berupa bacaan lanjutan yang disenaraikan pada bahagian akhir.

Persembahan

Untuk persembahan penggunaan bahasa yang ringkas dan mudah adalah


digalakkan. Penggunaan istilah teknikal tidak harus menimbulkan keraguan atau
kekaburan pada kesimpulan dan cadangan. Dokumen harus disunting untuk
menghindar kecacatan, gaya tak konsisten atau kekurangan lain.

Formaliti

Semua laporan secara dalaman atau luaran secara umumnya hendaklah bersifat
formal dan nada penulisan bersifat rasmi dengan kepastian penggunaan
tatabahasa yang betul.

Laporan Penyelidikan
Laporan penyelidikan ialah laporan penyelidikan berupa pemerian atau
laporan yang dibuat oleh pegawai atau jawatankuasa tertentu untuk menyiasat
dasar tertentu, pencapaian projek atau kegagalan projek. Kemudian, membuat
perakuan kepada pihak yang memberi tugas.

Pembaca laporan ingin memperoleh maklumat yang sesuai untuk


membuat keputusan. Pihak yang memberi tugas ingin mengetahui dengan cepat
apakah laporan yang diterimanya perlu dibaca, diteruskan kepada orang lain
atau diabaikan sahaja.

Untuk memastikan laporan itu berguna, pembaca memerlukan jawapan


terhadap beberapa pernyataan berikut:

1. Apakah yang dilaporkan dan siapa penulisnya?


2. Apakah sumbangannya?
3. Apakan kesimpulan dan cadangannya?
4. Apakah pentingnya? Apakah implikasinya?
5. Apakah tindakan yang dicadangkan?
6. Mengapa ? Oleh siapa? Bila? Bagaimana?

Laporan yang baik laksana esei yang padat dan jelas bagi pembaca. Laporan
yang berkesan mesti ditulis untuk memenuhi maksud tertentu dalam keadaan
khusus. Berkesan di sini bermaksud analisis yang terperinci dengan masalah dan
kesedaran penulis tentang faktor yang terlibat dalamnya.

Dalam analisis permasalahan, penulis laporan perlu mengemukakan pertanyaan


berikut:

1. Apakah maksud laporan?


2. Siapakah yang membaca?
3. Bagaimanakah laporan itu dimanfaatkan?
4. Mengapakah laporan ini diperlukan?
5. Apakah yang dikehendaki?
6. Bilakah yang dikehendaki?

Format umum

1. Judul
Tajuk laporan dan maklumat pelapor, jawatan, tampat dan tarikh harus
disenaraikan.

2. Pendahuluan
Pendahuluan haruslah berisi maklumat latar belakang, dan pengenalan
permasalahan, yang mengajak pembaca ke arah penyelesaian
permasalahan tersebut.

3. Huraian dan analisis


Huraian dan analisis adalah pemerian lengkap yang biasanya disampaikan
menurut judul besar dan judul kecil serta satu fakta satu perenggan.

4. Ilustrasi
Peta, rajah, gambar seharusnya disertakan jika berkaitan.

5. Data
Data merangkumi penyajian dan penghuraian perangkaan.

6. Perakuan
Sesuatu cadangan sama ada mereka meenrima, menolak, menangguhkan
atau meminda perkara yang dilaporkan hendaklah diperakukan.

7. Ringkasan dan kesimpulan


Maklumat ringkas tentang permasalahan dan tindakan utama yang bakal
dilakukan hendaklah diringkaskan dan disimpulkan.

8. Lampiran
Senarai bahan bertulis yang dijadikan rujukan seperti memorandum dan
dokumen yang berkaitan dengan pembaca yang diselidik dan dilaporkan
hendaklah dilampirkan.

Gaya bahasa

Gaya bahasa penulisan laporan penyelidikan agak ilmiah tetapi kurang


menggunakan istilah teknikal. Pemerian dari segi huraian bersifat pemerian
keadaan semasa dan sebelum. Pemerian dari segi penjelasan bersifat pemerian
lanjut tentang perkara yang ditimbulan. Dari segi pentafsiran, pemerian bersifat
lebih pendapat tentang sesuatu perkara. Untuk perakuan, pemerian bersifat
sebagai tanda menerima atau menolak dapatan daripada sesuatu penyelidikan
dan kajian.

Ungkapan bahasa yang digunakan dalam laporan penyelidikan seperti didapati


dan setelah.

Contoh :
1. kebanyakkan persatuan penjaja didapati tidak membuat lapotan tahunan
masing-masing.

2. Setelah meneliti laporan tersebut, didapati sebahagian majikan swasta


tidak mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Bagi pemerian yang berbentuk perakuan, ungkapan yang biasa digunakan


seperti dengan ini diperakukan, dan juga diperakukan.

Contohnya:

1) Dengan ini diperakukan supaya laporan tahunan ini disiarkan


sepenuhnya dalan buletin perbadanan.
2) Juga diperakukan supaya setiap petugas sekolah ini diberi cuti tambahan
pada musim perayaan.

Ungkapan tersebut boleh didahului kata maka atau ungkapan oleh yang
demikian.

Laporan Tahunan

Laporan tahunan merupakan pemerian secara bertulis terhadap jabatan, badan


atau syarikat tertentu bagi tahun lepas. Laporan ini memuatkan perjalanan
jabatan, badan atau syarikat tersebut daripada segi keahlian, kegiatan
kewangan, kemajuan atau kemundurannya.
Format umum

1) Tajuk
Tajuk laporan dan nama syarikat atau badan tertentu harus dinamakan.

2) Keterangan tajuk
Perkara seperti suku tahun, setengah tahun, atau satu tahun, tahun bila
diterangkan di permulaan tajuk.

3. Isi
Isi merangkumi segala perkara yang hendak dilaporkan menurut rancangan dan
jangkaan pencapaian projek seperti program, aktiviti dan hasil.

4. Perbelanjaan yang terlibat


Jumlah wang yang dibelanjakan untuk melaksanakan projek dan aktiviti yang
dirancangkan seharusnya disenaraikan. Adakah belanja kurang atau lebih
jumlahnya seperti yang diperuntukkan disoalkan?

5. Tenaga (Petugas)
Nama orang dan jawatan yang diberi tanggungjawab mengendalikan projek
tersebut disenaraikan dalam laporan tersebut.

6. Masalah
Kesulitan yang terpaksa dihadapi untuk menjayakan projek seharusnya
disenaraikan dalam laporan.

7. Penilaian
Penilaian adalah di mana adakah matlamat tercapai sebagaimana yang
dirancangkan?

8. Cadangan

9. Kesimpulan

Gaya Bahasa

Gaya bahasa laporan tahunan bersifat huraian dan penjelasan, dan menurut
tertib daripada segi tarikh atau waktu.

Contoh

1. Dalam laporan tahunan 2005.................


2. Pada tahun 2004....................................
3. Dalam tempoh yang sama.....................
4. Pada awal tahun 2005.........................
5. Sejak tahun 2004..................................
6. Pada penghujung tahun kewangan 2007...............................

Jika laporan tahunan ini memperlihatkan perbandingan, ungkapan seumpama itu


biasa digunakan.

Contoh

1. Berbanding dengan tahun 2004.......................................


2. Peningkatan pendapatan sebayak...................................
3. Seperti tahun 2005............................................................
4. kemerosotan dengan kadar (50%).....................................
Kesimpulan

Laporan merupakan satu dokumen yang rasmi. Ini adalah kerana


penulisan laporan memerlukan format yang tertentu. Laporan juga merupakan
satu dokumen yang penting untuk melaporkan tentang hal-hal yang berlaku
dalam sesuatu keadaan. Laporan juga boleh merangkumi laporan seminar,
laporan kursus, laporan tragedi, laporan kelab, laporan sukan, laporan badan
beruniform, laporan persediaan majlis dan lain-lain lagi.

Akhir kata, laporan adalah sangat penting kerana dalam laporan terdapat
catatan yang ditulis dalam format rasmi.

You might also like