You are on page 1of 5

Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk “Memartabatkan Bahasa

Melayu.” Sesuai dengan Slogan 1Malaysia, kita juga harus menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan digunakan
dengan meluas, bahasa Melayu memang perlu diutamakan dan dipertahankan. Tambahan pula bahasa
Melayu juga merupakan bahasa yang digunakan sebagai alat untuk perpaduan kaum di negara kita. Oleh
itu, bahasa Melayu perlu dimartabatkan untuk menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing
dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Selain itu, kita berharap agar bahasa Melayu akan menjadi bahasa
yang dinamik dan sentiasa mengalami proses penambahbaikan untuk menjadikannya lebih relevan
mengikut arus perubahan zaman.

Saudara saudari yang dihormati sekalian,


Indikator saya yang pertama adalah memupuk kesedaran kepada anak-anak sejak kecil. Antara usaha
untuk memartabatkan bahasa Melayu adalah dengan memupuk kesedaran tentang pentingnya bahasa
Melayu kepada anak-anak sejak kecil. Oleh itu, kesedaran tersebut perlulah ditanam dalam diri anak-
anak sejak kecil. Dalam hal ini sudah tentu peranan tersebut perlu dimainkan oleh ibu bapa dan guru-
guru. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menggunakan bahasa Melayu yang betul apabila bertutur
dengan anak-anak. Ibu bapa juga haruslah menerangkan kepentingan bahasa Melayu di negara kita dan
juga sejarah bahasa Melayu yang telah dijadikan lingua franca pada zaman keagungan kerajaan Melayu
Melaka pada kurun ke-15. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak kecil, seperti kata pepatah,
“Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.” sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga
dewasa dan sampai bila-bila.

Hadirin sekalian,
Indikator saya yang kedua adalah melalui kempen dan peranan media massa. Pihak berkuasa yang
bertanggungjawab dalam perkara ini perlulah menjalankan kempen untuk memartabatkan bahasa
Melayu. Pihak yang bertanggjawab dalam hal ini iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) haruslah
menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar cinta
akan bahasa Melayu. Sebagai contohnya, pihak DBP perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dan
institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang lain untuk menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah
memartabatkan bahasa Melayu. Media massa turut memainkan peranan untuk memartabatkan bahasa
Melayu dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini demikian kerana, media massa memang berkesan
dalam mempengaruhi orang ramai. Oleh hal yang demikian, sudah pasti perkara ini akan membuahkan
hasil dan dapat meningkatkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat di negara kita. Sekiranya
penggunaan bahasa Melayu semakin meluas digunakan sudah tentu bahasa ini setanding dengan
bahasa-bahasa lain di dunia Perkara ini dapatlah disamakan seperti kata pepatah, “Duduk sama rendah,
berdiri sama tinggi” dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain di dunia ini.

Rakan-rakan dan hadirin sekalian,


Indikator saya yang ketiga ialah akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan menurut Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, pindaan 1994, perlulah
diperkasakan. Dengan perkataan lain, kerajaan perlulah menguatkuasakan akta parlimen ini iaitu akta
yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan pada papan tanda atau iklan.
Secara tidak langsung, pihak swasta juga perlu patuh akan akta atau undang-undang yang berkaitan
dengan penggunaan bahasa Melayu ini. Hal ini dibuktikan melalui kenyataan Ketua Pengarah Dewan
Bahasa dan Pustaka pada 18 Oktober 2009, iaitu Pejabat Peguam Negara sedang meneliti pindaan Akta
Bahasa Kebangsaan 1963 Dan Akta Pendidikan 1996 bagi memberi kuasa kepada DBP untuk mendenda
sektor awam dan agensinya yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam urusan mereka seperti
pengendalian mesyuarat, penyediaan minit mesyuarat, urusan surat-menyurat dan majlis rasmi. Perkara
ini perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana kesalahan penggunaan bahasa tersebut
menyebabkan mereka boleh didakwa dan seterusnya didenda. Oleh hal yang demikian, sudah pastilah
bahasa Melayu akan dapat dimartabatkan di negara kita.

Hadirin sekalian,
Indikator saya yang keempat ialah memperkasakan peranan pihak penguatkuasa. Pihak berkuasa
seterusnya perlu memberikan kuasa yang mencukupi kepada pihak penguatkuasa atau pemantau
semasa menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu. Pihak
penguatkuasa ini sepatutnya dibenarkan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang ingkar atau
tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sebagai contohnya, pihak
penguatkuasa bahasa ini perlu diberikan kuasa untuk menyaman, mendenda atau mendakwa pihak yang
tidak mengikut undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu
seperti yang telah diluluskan oleh parlimen. Keadaan ini sudah pasti akan dijadikan sebagai pengajaran
dan menakutkan pihak yang tidak mematuhi peraturan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Hal ini
sudah tentu akan memberikan impak kepada pihak yang tidak mementingkan penggunaan bahasa
Melayu yang betul dalam urusan seharian.

Kesimpulannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu
perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua pihak perlulah berganding bahu untuk
memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa mengira kaum. Sekiranya perkara ini tidak diberikan
penekanan, ditakuti nanti bahasa Melayu akan dipinggirkan daripada menjadi bahasa utama yang juga
menjadi bahasa rasmi negara kita. Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa
Melayu agar bahasa ini akan terus berkembang dan ditingkatkan martabatnya dengan menguar-uarkan
slogan “Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
Peranan Kita dalam Usaha Mengantarabangsakan Bahasa Melayu

Sebagai rakyat Malaysia, k ita haruslah ingat bahawa orang lain, iaitu
bangsa lain tidak akan menyebarkan bahasa Melayu ke seantero dunia, kecuali
kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah mempunyai iltizam untuk
menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa terpenting pada suatu hari
nanti. Oleh itu, langkah yang pertama ialah kita perlulah memastikan bahawa
bahasa Melayu mestilah diterima di tanah air sendiri. Jika bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan juga bahasa rasmi di negara kita ditolak oleh
sebilangan besar ra kyat di negara kita, bagaimanakah penduduk dunia mahu
menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka? Oleh hal yang demikian,
kita mestilah menyokong segala usaha yang bertujuan meningkatkan atau
memartabatkan bahasa Melayu di negara sendiri.

Selain itu, kita juga hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu


melalui peranan kita sebagai duta kecil ketika berada di luar negara. Sama ada
kita sebagai pelajar, pelancong, atau pekerja, kita mestilah sentiasa berusaha
untuk menyebarluaskan bahasa Melayu deng an pelbagai cara. Ketika berada di
luar negara, apalah salahnya jika kita mengajar rakan kita dari negara lain untuk
mempelajari bahasa Melayu. Untuk menarik perhatian mereka, kita juga mestilah
bersedia untuk mempelajari bahasa mereka. Jika kita bersedia untuk
mempelajari bahasa mereka, mereka juga pasti bersedia untuk mempelajari
bahasa kita.

Seterusnya, kita hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui


pejabat kedutaan negara kita di luar negara. Di seluruh dunia, terdapat 104

buah kedutaan Malay sia yang mampu memainkan peranannya untuk


menyebarluaskan bahasa Melayu. Melalui kedutaan tersebut, kita hendaklah
mengetengahkan bahasa Melayu di negara -negara asing dalam pelbagai acara
atau majlis. Melalui usaha ini, bahasa Melayu akan lebih dikenali, d ipelajari,
dihayati dan seterusnya dihormati oleh warga dunia. Pepatah Melayu
mengatakan,"tak kenal maka tak cinta". Sebagai rakyat yang mempunyai
semangat `bahasa jiwa bangsa·, kita hendaklah mempunyai iltizam atau
kesungguhan untuk mempromosikan bahasa Melayu walau di mana -mana jua kita
berada.

Dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi ini pula, rakyat Malaysia
mestilah memanfaatkan penggunaan Internet . Mereka yang pakar dalam bidang
ini seperti ahli akademik, pakar bahasa dan sebagainya hendaklah
menyebarluaskan bahasa Melayu melalui laman web atau blog bagi membolehkan
masyarakat dunia untuk mendekati dan mempelajari bahasa Melayu. Dalam era
globalisasi ini, kebanyakan m asyarakat di duni mencari dan memperoleh maklumat melalui
Internet. Oleh itu, kita mesti;ah mengambil kesempatan ini untuk
mempromosikan bahasa Melayu. Oleh sebab Internet merupakan medium yang
paling murah, mudah dan cepat untuk menyebarkan maklumat, kita mestilah
mengeksploitasikan kelebihan ini untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu ke
seantero dunia.

Bukan itu sahaja, kita juga hendaklah mengantarabangsakan bahasa


Melayu melaluifil e m. Jika penerbit filem di negara kita mampu menghasilkan
filem yang bermutu, sudah pasti masyarakat antarabangsa akan menerima filem
kita. Apabila mereka menerima filem kita, hal ini akan memberikan peluang
kepada mereka untuk mendalami dan mempelajari bahasa dan budaya Melayu.
Namun, masalah yang kita hadapi ialah penerbit filem negara kita masih belum
mampu menghasilkan filem yang bertaraf antarabangsa seperti filem yang
dihasilkan oleh negara Hongkong, Jepun, Korea , Bollywood, dan sebagainya Jadi,
jika kita mahu menggunakan filem sebagai satu cara untuk menyebarluaskan
bahasa Melayu, kita mestilah memartabatkan dan mengantarabangsakan filem
Melayu juga.

You might also like