You are on page 1of 14

Kerja Kursus Sivik Tahun 2011

Tema : Tokoh Malaysia

Nama : Leong Jun Wai

Kelas : 3B4

Sekolah : SMJK Sam Tet

Guru Penilai:
Penghargaan

Saya ingin merakam penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka

yang telah menolong dan membantu saya dalam menyiapkan dan

menjalankan kajian ini. Bantuan , dorongan dan tunjuk ajar mereka telah

membolehkan saya menjalankan kajian ini dengan jayanya. Sekalung budi

kepada ibu bapa saya, pengetua sekolah , guru sivik, rakan – rakan serta

pihak lain yang tidak dapat saya sertakan namanya.


Pendahuluan

Saya Leong Jun Wai , Tingkatan 3B4 di SMJK Sam Tet. Saya telah

menjalankan kajian saya secara individu. Tajuk kajian sivik saya ialah

mengkaji tokoh yang disegani. Saya telah memilih Tun Dr. Mahathir

Mohamad sebagai tokoh . Hal ini kerana Tun telah memberi banyak

sumbangan dan jasa kepada rakyat Malaysia.


Objektif Kajian

Objektif khusus Kajian Sejarah Tempatan adalah untuk :

1. Mengetahui biodata tokoh

2. Mengenal pasti sumbangan kepada masyarakat yang telah diberikan .

3. Mengenal pasti jasa beliau .


Kaedah Kajian
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul dan

memperoleh maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Kaedah yang saya

gunakan ialah :

a) Menggunakam media elektronik

b) Pembacaan
Hasil Kajian :

1) Biodata tokoh

Nama penuh i.c. : Mahathir bin Mohamad


Tarikh lahir : 20 Disember 1925
Agama: Islam
Tempat lahir: .18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah
Bangsa : Melayu
Nama bapa: Mohamad bin Iskandar
Nama ibu: Wan Tempawan bin Wan Hanafi
Pendidikan : 1) Sekolah Melayu Seberang Perak
2)Kolej Sultan Abdul Hamid
( lulus Sijil Tinggi Pelajaran )
3)Kolej Perubatan King Edward iv
(dianugerahkan Ijazah Muda
Perubatan Dan Pembedahan )

2) Sinopsis Hidup :

Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak,


Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran
di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar dan lulus Sijil Tinggi Pelajaran
(Senior Cambridge). Sewaktu Perang Dunia Ke-2, Dr. Mahathir
menghabiskan masanya dengan berniaga cendol, diikuti dengan membuka
kedai kopi dan kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar.

Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti


Malaya, Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan
Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Selepas mendapat ijazah, beliau
ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang.

Pada tahun 1954, Dr. Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di


Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957.Beliau kemudian
melangsungkan perkahwinan dengan Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali pada 5
Ogos, 1956 dan dikurniakan tujuh cahaya mata, iaitu empat lelaki dan tiga
perempuan. Anak-anak beliau ialah :

 Marina Mahathir
 Mirzan Mahathir
 Melinda Mahathir
 Mokhzani Mahathir
 Mukhriz Mahathir
 Maizura
 Mazhar
 Daniel Fariezs

Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk


membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku
Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan anak Melayu pertama yang membuka
klinik persendirian di Alor Star yang pada ketika itu terdapat lima buah
klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan Sultan
Badlishah, 05000 Alor Setar dan kekal sehingga sekarang.

3) Garis masa

 1925: Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 20 Disember.


 1945: Mengambil bahagian dalam penentangan Malayan Union.
 1946: Menjadi ahli UMNO semasa ia ditubuhkan.
 1953: Mendapat ijazah perubatan dari King Edward VII Medical
College (yang kemudiannya dikenali sebagai Universiti Malaya) di
Singapura;
 1954: Berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Alor
Star, Hospital Langkawi, Hospital Jitra dan Hospital Perlis.
 1957: Berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya
sendiri, Maha Clinic di Alor Star.
 1964: Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar atas tiket Parti
Perikatan selepas beliau menewaskan calon PAS, Mohd Shaari Haji
Abdul Shukur, dengan majoriti 4,210 undi; Dr Mahathir mendapat
12,406 undi, sementara Mohd Shaari mendapat 8196 undi.
 1965: Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO.
 1968: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pelajaran Tinggi.
 1969: Ditewaskan oleh calon Pas, Haji Yusoff Rawa dalam
Pilihanraya pada 10 Mei, dengan 989 undi di kawasan Kotar Setar;
beliau dikatakan kalah kerana kehilangan "undi Cina" apabila beliau
mengumumkan bahawa beliau tidak perlu undi Cina untuk
memenangi dalam pilihanraya;
o Dipecat jawatan daripada Majlis Tertinggi UMNO pada 12
Julai, berikutan pengedaran suratnya kepada Tunku Abdul
Rahman;
o Diberhentikan keahliannya dalam UMNO pada 26 September.
 1970: Mengeluarkan buku dalam bahasa Inggeris yang bertajuk
"Dilema Melayu" (The Malay Dilemma); buku ini diharamkan dengan
serentak.
 1972: Diterima kembali menjadi ahli UMNO pada 7 Mac;
o Dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Perindustrian Makanan
Malaysia (FIMA).
 1973: Dilantik sebagai senator.
 1974: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Universiti Nasional;
o Melepaskan jawatan sebagai senator untuk bertanding di
Pilihanraya 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding;
o Dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 5 September.
 1975: Menjadi salah satu daripada tiga naib presiden UMNO, selepas
memenangi dengan majoriti sebanyak 47 undi.
 1976: Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada 5 Mac.
 1978: Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Tun
Hussein Onn pada 15 September;
o Melepaskan jawatan sebagai Menteri Pelajaran untuk menjadi
Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia (1 Jun 1978 -
Julai 1981);
 1981: Menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun, dan Perdana Menteri
Malaysia ke-empat pada 10 Julai, berikutan perletakan jawatan Tun
Hussein Onn atas sebab-sebab kesihatan;
o Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai, 1981 - 6 Mei, 1986)
disamping memegang jawatan Perdana Menteri;
o Melancarkan slogan-slogan "Bersih, Cekap dan Amanah",
"Kepimpinan Melalui Teladan", the "Dasar Pandang ke Timur",
"Pemupukan Nilai-nilai Islam", dan polisi pemulauan barang
UK ("Buy British Last");
o Mencepatkan masa sebanyak setengah jam di Semenanjung
Malaysia untuk menyeleraskannya dengan Malaysia Timur;
o Meminta maaf daripada Tunku Abdul Rahman secara umum;
o Menarik balik pengharaman buku Dilema Melayu (The Malay
Dilemma)
o Merancangkan serangan subuh dengan pengambilan kembali
Guthrie Corporation oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB)
di Bursa Saham London pada 7 September, supaya
memulangkan hakmilik lebih kurang 200,000 ekar tanah
pertanian kepada rakyat Malaysia.
 1983: Mengemaskinikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-
sultan, supaya rang undang-undang yang diputuskan oleh Parlimen
atau Dewan Undangan Negeri dapat menjadi akta, selepas penerimaan
pendapat Yang Di-Pertuan Agung ataupun Sultan-sultan negeri
masing-masing;
o Menubuhkan PROTON, sebuah projek kereta nasional.
 1986: Datuk Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan
Perdana Menteri pada 27 Februari;
o Ghafar Baba dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri
Malaysia;
o Menjadi Menteri Dalam Negeri pada 7 Mei di samping
memegang jawatan Perdana Menteri;
o Suatu pertikaian tertimbul dengan negeri Singapura tentang
lawatan rasmi Chaim Herzog, Presiden negara Israel.
 1987: Menewaskan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan
Presiden UMNO dengan majoriti yang nipis sekali pada 24 April;
o Menjadi Menteri Kehakiman di samping memegang jawatan
Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri Malaysia.
 1988: Memecat empat hakim Mahkamah Tertinggi, termasuk Tun
Salleh Abas kerana menghalang perbicaraan tentang salah laku tata
tertib semasa kehadapan UMNO akan diputuskan oleh Mahkamah
Tertinggi (pada masa itu, UMNO telah diharamkan oleh Makhamah
Tinggi);
 1990: Menjadi Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri (Oktober 1990 -
Januari 1999) di samping memegang jawatan Perdana Menteri.
 1993: Melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana
Menteri;
o Mengehadkan pengecualian Sultan-sultan daripada
pendakwaan, selepas peristiwa Douglas Gomez;
o Perhubungan di antara Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin
Australia merosot apabila Paul Keating mewajahkan Dr.
Mahathir sebagai seorang yang degil ("recalcitrant") kerana
enggan menghadiri Persidangan APEC.
 1997: Menetapkan nilai mata wang Malaysia pada 1 September
supaya mengatasi Krisis Ekonomi Asia 1997.
 1998: Memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari semua jawatan dalam
kerajaan dan dalam UMNO pada 2 September;
o Mendakwa Anwar Ibrahim atas kesalahan peliwatan dan
penyalahgunaan kuasanya; Anwar dihadapkan ke makhamah
pada 2 November;
o Pergaulan dengan Amerika Syarikat menjadi buruk apabila Al
Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat, merendahkan nama
baik negara Malaysia di Persidangan APEC yang pada masa itu
dianjurkan oleh Malaysia.
o Melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai
Timbalan Perdana Menteri;
o Pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) di Sepang, yang menelan kos sebanyak RM13
bilion;
o Penghabisan pembinaan Menara Berkembar Petronas yang
mempunyai 88 tingkat, iaitu menara berkembar yang tertinggi
di dunia;
o Dipilih sebagai "Asia's Newsmaker of 1998" oleh Majalah
TIME.
 1999: Menjadi Menteri Kewangan Pertama pada 8 Januari, di samping
memegang jawatan Perdana Menteri ketika Malaysia masih
mengalami Krisis Ekonomi 1997;
o Pembukaan rasmi Cyberjaya, sebuah bandar yang baru yang
memainkan peranan yang penting dalam Koridor Raya
Multimedia Malaysia.
 2001: Menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Tugas-tugas Khas (5
Jun 2001) disamping memegang jawatan Perdana Menteri.
 2002: Mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris untuk
mengajarkan mata pelajaran Matematik dan Sains, mulai tahun 2003;
o Mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri
dalam Perhimpunan Agung UMNO, tetapi telah dirayu untuk
membuat penangguhan selama 18 bulan.
 2003: Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober,
2003 dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi,
sebagai pengganti; beliau memegang jawatan Perdana Menteri selama
22 tahun, dan terjadi salah satu daripada pemimpin-pemimpin negara
Asia yang paling lama perkhidmatannya;
o Dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi
di Malaysia.
 2008: Dianugerahkan Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.)
membawa gelaran "Datuk Seri Utama".

4) Jasa dan Sumbangan Tun Dr. Mahathir Kepada Masyarakat

1) Memegang jawatan Pengerusi Majlis Universiti Nasional


pada tahun 1974
2) Menjadi menteri Pelajaran pada 5 September 1974
3) 1978: Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri
Malaysia oleh Tun Hussein Onn pada 15 September;
4) 1981: Menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun, dan
Perdana Menteri Malaysia ke-empat pada 10 Julai
5) Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai, 1981 – 6 Mei,
1986) disamping memegang jawatan Perdana Menteri
6) Melancarkan slogan-slogan “Bersih, Cekap dan
Amanah”, “Kepimpinan Melalui Teladan”, the “Dasar
Pandang ke Timur”, “Pemupukan Nilai-nilai Islam”, dan
polisi pemulauan barang UK (“Buy British Last”);
7) Pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, yang menelan kos
sebanyak RM13 bilion
8) 1998 :Penghabisan pembinaan Menara Berkembar
Petronas yang mempunyai 88 tingkat, iaitu menara
berkembar yang tertinggi di dunia.

9) 1998 : Pembukaan rasmi Cyberjaya, sebuah 12egara yang


baru yang memainkan peranan yang penting dalam
Koridor Raya Multimedia Malaysia
10) 2002: Mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris
untuk mengajarkan mata pelajaran Matematik dan Sains,
mulai tahun 2003;
11) 2003: Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia
pada 31 Oktober, 2003 dan menamakan timbalannya,
Datuk Seri Abdullah Badawi, sebagai pengganti; beliau
memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun,
dan terjadi salah satu daripada pemimpin-pemimpin
12egara Asia yang paling lama perkhidmatannya;
12) Dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan
yang tertinggi di Malaysia.
13) 2008: Dianugerahkan Seri Utama Mahkota
Wilayah (S.U.M.W.) membawa gelaran “Datuk Seri
Utama”.
Rumusan
Saya berasa bangga apabila negara kita ada tokoh yang dapat

membangunkan Malaysia . Seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah

menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun . Beliau telah

menaikkan nama Malaysia di pentas dunia. Sikap yang yang ditunjukkan

oleh beliau inilah yang sewajarnya diikuti oleh setiap pelajar untuk

dicontohi .Tanpa orang seperti beliau Malaysia tidak akan menjadi seperti

hari ini.

You might also like