You are on page 1of 23

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

Penghargaan 2

Pendahuluan 3

Obektif Kajian 4

Kawasan Kajian 5

Kaedah Kajian 8

Hasil Kajian 10-20

Rumusan 21

Rujukan 22

Lampiran
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada Pengetua SMK Lok
Yuk,Encik Ng Soi Nguwng kerana telah memberi kebenaran kepada saya
untuk mejalankan kajian ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu
Cikgu Fadzli Bin Patman yang telah banyka memberikan tunjuk ajar dan
nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.
Ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan
sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kajian ini.
Banyak wang ringgit yang telah mereka habsikan demi memastikan kajian ini
dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya iaitu Marzain,Ardi Ali Omar
dan Mohd Albar Bin Gulam yang telah banyak membantu saya ketika proses
soal selidik dan temu bual dilakukan.
Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Taman
Kingfisher dan semua pihak yang terlibat kerana sudi memberikan kerjasama
yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Sekian terima kasih.

2
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK

PENDAHULUAN

Saya Mohammad Safwan Bin Ismat Hafiz dari kelas 3AM4 memilih
tajuk ”Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Likas,Kota Kinabalu”.untuk
kajian projek Kajian Geografi Tempatan saya. Saya mengkaji tentang aspek
pencemaran alam sekitar, menghuraikan kesan terhadap alam sekitar dan
merumuskan kesan-kesan terhadap alam sekitar tersebut. Saya memilih
kawasan kajian ini kerana menepati tema kajian dan kawasan ini berhampiran
dengan rumah dan sekolah saya.
Kami menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan. Saya menulis
laporan kajian ini secara individu berdasarkan data dan maklumat yang
dikumpulkan di lapangan secara berkumpulan. Laporan kajian ini berjaya
disiapkan dalam masa 13 minggu.

3
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif seperti berikut :


 Mengenal pasti konsep pencemaran alam sekitar
 Mengenal pasti jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian Likas
 Mengetahui punca pencemaran alam sekitar
 Menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar
 Memberi cadangan mengurangkan kesanpencemaran alam sekitar
 Penerapan nilai atau unsur patriotisme terhadap penduduk di kawasan Likas
tentang kepentingan alam sekitar semula.

4
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK

KAWASAN KAJIAN

Latar Belakang Kawasan Kajian

Saya telah memilih kawasan Likas sebagai kawasan kajian. Kawasan Likas
terletak di bawah pentadbiran Bandar Kota Kinabalu. Sebelum dibangunkan
kawasan Likas merupakan kawasan pantai. Kawasan ini mula dibangunkan dan
dimajukan pada tahun 1993. kawasan Likas merupakan kawasan perumahan
kos tinggi Terdapat rumah pangsa , kondominium, apartment, rumah teres dan
rumah banglo. Segala kemudahan awam infrastruktur disediakan dan dijaga
rapi oleh DBKK.

Lokasi Kawasan Kajian

Kawasan Likas mempunyai keluasan seluas 30 km persegi. Lokasi kawasan ini


adalah di Timur Laut Bandar Kota Kinabalu. Kampung Likas,Tun Mustapha,
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan Taman Kingfisher berlokasi di kawasan
kajian ini. Untuk pengetahuan semua Kampung Likas berada 150 km daripada
sempadan Sabah.

Pandangan Darat Fizikal Kawasan Kajian

Kawasan Likas adalah sebuah kawasan padat dengan peurmahan, kedai-kedai,


bangunan kerajaan & Universiti. Terdapat kebanyakan tempat di kawasan
kajian ini adalah reklamasi.

Jarak Dari Bandar

Kawasan Likas terletak lebih kurang 10km daripada Pusat Bandar Kota
Kinabalu. Ia mengambil masa perjalanan selama 15 minit dengan menaiki
kereta untuk sampai ke pusat bandar. Penduduk di kawasan ini juga dapat ke
Pusat Bandar dengan menggunakan segala kenderaan awam seperti Bas. Stesen
Bas terdekat adalah Terminal Bas Kota Kinablu.

5
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK

PETA 1 – KEDUDUKAN LIKAS DI KOTA KINABALU

6
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK

PETA 2 – KAWASAN KAJIAN DAERAH LIKAS

7
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK

KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang telah saya gunakan untuk menyiapkan folio ini
ialah:-

a) Pemerhatian
b) Temubual
c) Soal selidik
d) Rujukan – internet dan surat khabar

Pemerhatian

Selama menjalankan kajian ini saya telah meluangkan banyak masa memerhati
tempat-tempat pencemaran dan mengkaji punca pencemaran tersebut.

Temu bual

Saya mengumpulkan maklumat tentang pencemaran alam sekitar di kawasan


Likas dengan menemu bual pegawai yang bertugas di ”Jabatan Alam Sekitar”.

Borang Soal Selidik

Saya juga telah memberi soalan kajian saya kepada 20 orang penduduk di
kawasan Likas melibatkan 5 orang dari penempatan rumah teres di Taman
Kingfisher, 5 orang di kawasan kedai-kedai, 5 orang kakitangan kerajaan, 2
orang penduduk tinggal di kampung Likas dan 3 orang murid-murid tinggal di
asrama UMS. Borang soal selidik in idan respon yang didapati daoat
membantu saya mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk
di kawasan Likas dan cara-cara mengatasi yang dicadangkan oleh 20 orang
pengundi

8
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK

DAPATAN KAJIAN

8.1 Konsep Pencemaran Alam Sekitar


Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau
baha-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan
terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Takrifan Pencemaran
yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang
mneyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara
langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia,biologi atau aras-
aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,
mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan –
kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan yang sangat
berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau
kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.
Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk
pencemaran alam :

1. Pencemaran udara

2. Pencemaran air

3. Pencemaran laut

4. Pencemaran bunyi

5. Pencemaran tanah

6. Bau Busuk

9
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK

8.2 Jenis Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Kajian


Pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan kajian saya adalah
pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi sering berlaku di kawasan kajian saya
kerana terdapatnya pelbagai jenis pembinaan dan pembangunan. Selain itu,
pencemaran udara juga sering berlaku di kawasan saya, terutamanya kenderaan
dan pembinaan. Kebanyakkan lori akan mengeluarkan asap hitam yang banyak
dan seterusnya tapak pembinaan menjadi penyumbang pencemaran udara yang
teruk.
Taburan sampah di tebing di sepanjang Sungai Likas ditambah dengan
keadaan ancaman bau busuk manakala air sungai menjadi pelbagai warna serta
barisan rumah setinggan mencacatkan pemandangan rombongan media.
Sungai Likas yang mengalir di pinggir bandar raya Kota Kinabalu ini
merupakan sumber rezeki kepada penduduk di kawasan itu sejak sekian lama.

Gambar 1 : Barisan setinggan di sepanjang Sungai Likas menjadi


punca pembuangan sampah ke Sungai Likas

10
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK

8.3 Punca Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Kajian


i ) Kenderaan

Pelepasan gas-gas daripada kenderaan motor. Kawasan Likas adalah


sebuah daerah yang sibuk dan ramai, penduduk dan pekerja-pekerja di sini
amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan bus.
Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak,
kenderaan motor membakar bahan api fosil untuk pergerakan yang
menghasilkan asap-asap yang dapat mencemarkan udara. Kenderaan berdaftar
digunakan semakin meningkat, ini juga bermaksud pencemaran udara semakin
meningkat dari semasa ke semasa. Kenderaan merupakan punca utama yang
menyumbang di dalam pencemaran alam sekitar di kawasan kajian saya.
Kenderaan ini akan mengeluarkan asap dan tapak yang menyebabkan
penghakisan lapisan ozon.

Gambar 2 : Pelepasan gas-gas daripada kenderaan bermotor

11
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK

ii) Pembinaan

Ancaman habuk di tapak pembinaan boleh mencemarkan udara dan


merbahaya kepada kesihatan penduduk di sekeliling. Jika udara yang dihidu
tercemar, sistem pernafasan akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam
paru-paru. Pesakit asma apabila menyerap bahan pencemar ke dalam badan
kemungkinan akan mengakibatkan kemautan. Manusia akan menghidap
pelbahgai penyakit apabila selalu menghidu udara yang kotor. Contoh-contoh
penyakit adalah seperti kanser paru-paru, kanse hidung dan sebagainya.
Pencemaran bunyi yang teruk apabila proses pembangunan dijalankan,seperti
pada waktu menumpuk tiang pancang ke dalam tanah sebagai asas bangunan.

Gambar 3 Gambar 4

Gambar 5

Gambar 3,4 dan 5 : Pembinaan membawa ancaman udara dan bunyi

12
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK

iii) Sampah Sarap

Sampah-sarap yang tidak terurus dengan baik di kawasan kajian


perumahan Kingfisher dan kedai-kedai berdekatan. Keadaan ini bukan sekadar
mengundang pencemaran mata, bahkan mengundang bau busuk dan
meloyakan. Tambahan pula, ia menarik minat anjing liar mengerumun dan
menyelerakkan lagi sampah-sarap yang bertimbun ini. Juga kewujudan
penempatan setinggan yang tumbuh di tebing Sungai Likas seperti cendawan
selepas hujan. Mereka tinggal di sepanjang Sungai Likas dilihat menjadi
penyumbang kepada penmcemaran sungai di samping membuang sampah ke
Sungai Likas serta ramai suka berkelah di tepi pantai (Teluk Tanjung Lipat)
tetapi membuang sisa-sisa makanan dan sampah di merata-rata. Situasi menjadi
kritikal apabila air surut sampah sarap akan bertimbun dan bau busuk
menyelubungi kawasan.

Gambar 6 Gambar 7

Gambar 8 Gambar 9 Gambar 10

Gambar 6, 7, 8, 9 dan 10 : Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab dan


membuang sampah-sarap di merata-rata tempat

13
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK

iv) Nyamuk Aedes

Sampah-sarap yang tidak terurus dengan baik dan bertaburan sekeliling


tong sampah. Lalat dan langau yang semakin berleluasa yang sememangnya
akan mengundang penyakit berbahaya. Serangga yang melanda di kawasan
saya adalah nyamuk dan lalat.
Nyamuk Aedes merupakan jenis nyamuk yang berbahaya, ia boleh
membawa kepada penyakit demam denggi. Denggi ialah satu penyakit yang
membahayakan dan boleh membawa maut. Penyakit ini berpunca daripada
gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus kepada mangsanya. Cara
penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit
virus denggi kepada orang yang sihat. Nyamuk akan berada di kawasan
longkang tersumbat yang dipenuhi sampah sarap kerana di situlah tempat
pembiakan nyamuk. Ini kerana mereka berhajat kepada tempat-tempat yang
kotor dan tercemar.
Longgokan sisa makanan yang dibuang oleh pihak kedai-kedai makanan
ke tempat pembuangan sampah menjadi punca pembiakan lalat yang banyak di
persekitaran kedai. Keadaan ini merupakan situasi yang tidak sihat bagi
kesihatan pelanggan yang makan di kedai dan pendudul-penduduk perumahan
yang berdekatan. Persekitaran yang dipenuhi lalat memudahkan merebaknya
penyakit. Penyajian makanan yang tidak sempurna, mendedahkan makanan
dihinggap lalat berkemungkinan berlakunya keracunan makanan. Situasi ini
sudah tentu berbahaya kepada kesihatan kita.

Gambar 11
Gambar 11 : Nyamuk dan lalat suka membiak di tempat yang kotor
dan boleh membawa penyakit yang bahaya.

14
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK
8.4 Kitaran Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Kajian Likas

Hujan Asid

Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan


asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen
oksida dengan air hujan. Ianya berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SC2) dan
oksida-oksida nitrogen (Nox) dilepaskan ke udara dan bertindak balas dengan
wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan
asidnitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke
tempat-tempat lain dan membawa asid-asid tersebut. Ianya membunuh
tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan liar. Ia juga boleh menghakis pakaian,
kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke
dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya
tidak subur.

Gambar 12 : Kitaran Hujan Asid

Air Tercemar
Pembuangan sisa toksid oleh sektor perkilangan dan sikap nelayan juga telah
mencemarkan air sungai. Air sungai ini sudah tidak selamat untuk digunakan
penduduk bagi kegunaan domestik seperti memasak, membasuh dan mandi.

15
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK
Hidupan Akuatik Terancam
Air sungai yang tercemar ini juga boleh menjadi ancaman kepada hidupan
akuatik. Kandungan B.O.D yang tinggi dalam sungai, menjadi ancaman kepada
ikan. Jika keadaan ini berlarutan ikan akan mati.

Kesuburan Tanih Terjejas


Hasil sisa toksik ini menyebabkan kesuburan tanih terjejas. Ini menyebabkan
penduduk setempat juga menerima kesannya. Penduduk tidak lagi boleh
bercucuk tanam atas faktor kesubutan tanih ini.

Bau Busuk
Timbunan sampah yang menyumbat alur sungai akan menyebabkan berlakunya
bau busuk. Ini boleh mengagangu keselesaan penduduk yang tinggal
berhampiran tebing sungai. Longgokan sampah sarap di tempat pembuangan
sampah, boleh menimbulkan bau busuk dan asap kilang ini tidak
menyenangkan hati penduduk. Bau busuk ini akan dihidu oleh penduduk setiap
hari. Bau busuk yang disebabkan oleh kereta yang lalu lalang di sini berasa
loya dan busuk. Keadaan ini menyebabkan ramai penduduk berasa tidak selesa
tinggal di sini. Keadaan tandas awam dan kedai-kedai tandas yang kotor dan
tanpa penjagaan kebersihan yang sempurna juga boleh menyebabkan bau
busuk.

Gambar 13 : Membuang sampah-sarap ke dalam laut/sungai

16
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK
8.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar Di
Kawasan Likas

Penguatkuasaan Undang-undang

Pihak berkuasa tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana


kilang di negeri masing-masing. Oleh itu jika kilang yang tidak mematuhi akta
kualiti alam sekitar, penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada PBT
untuk diambil tindakan

Kempen Cinta Alam Sekitar

i) Pameran Pencemaran Alam

Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat


awam seperti perpustakaan awam. Pameran sebegini boleh meningkatkan
kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.

ii) Pertandingan

Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh


meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi
alam sekitar. Dengan mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami
apakah itu pencemaran. Dalam proses ini, mereka akan mendapat
pengetahuan tersebut. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian
kepada masalah pencemaran. Ini sudah ditentukan membawa kebaikan
kepada peserta itu dan alam sekitar.

iii) Pendedahan Media Massa

17
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK

Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk
cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu dengan adanya pendedahan media
massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam
menangani masalah pencemaran ini. Setakat ini ,media massa yang paling
banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat
khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan NTV7
tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamaanya.

Meninggikan Serombong Asap Dan Memasang Alat Penapis Asap

Pihak berkuasa mesti mewajibkan pihak kilang meninggikan serombong asap


30 meter ke udara. Disamping itu, serombong asap itu hendaklah dipasang alat
penapis asap agar asap yang dilepaskan adalah asap bersih yang telah dirawat
dan tidak mencemarkan udara.

Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum

Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum


dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah
jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah
kesihatan seperti batuk dan selesema daripada berlarutan

18
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK

BAHAN GRAFIK

                 
Kawalan Pencemaran Alam Sekitar  
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada Komen Tidak Efisien Kurang Efisien Efisien Sangat Efisien  
 
 
 
 
 
 
Graf 1 Kawalan Pencemaran Alam Sekitar  
 
                 

19
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK

                 
  Peratus Kawasan Tercemar di Likas  
   
   

   
   
   
15.8
   
%
   
   
  29%  
  55.2%  
   
   
   
   
   
   
   
  Petunjuk  

  Tercemar

  Sederhana

  Bersih

   
   
   

20
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK

RUMUSAN

Kawasan kajian Likas sememangnya sebuah daerah yang berkembang


pesat serta maju dalam pelbagai bidang. Terdapat banyak perumahan,
bangunan kerajaan, pusat membeli belah,pusat pendidikan, hospital, kilang-
kilang dan lain lain. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, rmai yang
tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam
sekitar. Kegiatan-kegiatan perusahaan atau perkilangan asap-asap
menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan
pencemaran air. Selain itu, kegiatan pembangunan, penerokaan hutan dan
reklamasi telah menggangu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan
tanah. Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam, seperti
kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air dan sebagainya.
Sebenarnya, punca utama kemusnahan alam sekitar ini adalah disebabkan
rekaan manusia yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam
masyarakat
Sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-
undang,bertanggungjawab, boleh membuat pertimbangan. Maka manusialah
yang perlu rasional dan menitik beratkan untuk menangani keadaan ini.
Tuntasnya, kita harus berkerjasama dan memainkan peranan ini untuk
mengekalkan alam sekitar. Slogan ini sangat bermakna ”Pemuliharaan Alam
Sekitar Adalah Tanggungjawab Bersama”. Kita tidak sepatutnya meletakkan
masalah ini di atas bahu kerajaan dengan semata-matanya. Kerjasama yang erat
antara orang ramai dengan kerajaan tentunya akan lebih bermakna dan hasilnya
kelak akan memuaskan hati semua orang.

21
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK

RUJUKAN

Buku Teks
Mohd Jamil B Mohamad dan rakan, 2004 Geografi Tingkatan 3
Kuala Lumpur Johor Central Sdn Bhd

Buku Rujukan

Piara Singh, 2005 Siri Teks Referens SPM Geografi Tingkatan 4 dan 5
Petaling Jaya Pearson Malay Sdn Bhd
Fokus PMR Tingkatan 1, 2 dan 3

Internet
http://my.opera.com/karanganbm/blog/masalah-pencemaran-faktor-faktor-
penyebab-dan-langkah-langkah-untuk-mengatasinya

Orang Sumber

Encik Fadzil Bin Patman Seorang Guru di SMK Lok Yuk. Akhir kata
diharapkan maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk
menghasilkan sebuah kerja kursus yang bermutu.

- SMK LOK YUK-

22
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK

LAMPIRAN 1

Borang Soal Selidik

Pencemaran Alam Sekitar Likas

23

You might also like