You are on page 1of 92

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

EDU 3102

KOLEKSI SOALAN-SOALAN ULANGKAJI


EDU 3102

BAHAGIAN A

1. Fitrah manusia merujuk kepada

(A) kesempurnaan kendiri

(B) kemampuan intelek, rohani dan jasmani

(C) menyelesaikan segala rintangan yang dihadapi

(D) perkembangan kognitif, fizikal dan emosi kendiri

2. Faktor-faktor biologi dan persekitaran memainkan peranan yang signifikan


dalam menentukan perbezaan individu.

Manakah anatara pernyataan berikut tidak berkaitan?

(A) Individu boleh mengawal proses kematangan.

(B) Individu mencapai tahap kematangan pada kadar yang berbeza.

(C) Faktor persekitaran akan semakin mempengaruhi kanak-kanak


apabila usia mereka meningkat.

(D) Faktor baka mempengaruhi sebahagian besar proses perkembangan


kanak-kanak.

3. Kenyataan manakah yang berikut menerangkan perkembangan motor kanak-


kanak?

(A) Perkembangan motor dikuasai oleh perkembangan neurologikal.

(B) Perkembangan kognitif mendahului perkembangan motor.

(C) Penguasaan kemahiran motor disebabkan oleh kombinasi


perkembangan fizikal, pembelajaran dan motivasi.

(D) Perkembangan motor dikuasai oleh pengalaman seperti latihan


jasmani merangsang pembentukan litar neural dalam otak.

4. Sistem mikro, meso dan makro adalah bahagian-bahagian yang terdapat


dalam salah satu daripada teori yang berikut.

(A) Teori Psikoanalitik Erikson

(B) Teori Pembelajaran Sosial Bandura

(C) Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky

(D) Teori Sistem Ekologikal Bronfenbrenner

2
EDU 3102

5.
 Memberi respons apabila namanya dipanggi
 Menggerakkan kepala dan mata apabila mendengar suara
 Mengeluarkan bunyi (babbling) apabila melihat orang lain

Tujuan utama bayi bertindak sedemikian adalah kerana

(A) sensitif dengan persekitaran.

(B) melatih menyebut perkataan.

(C) menarik perhatian orang lain.

(D) ingin memenuhi keperluan fisiologi.

6. Perkembangan sosio-emosi kanak-kanak dianggap prasyarat kepada


perkembangan kognitif.

Perkara penting dalam perkembangan sosio-emosi kanak-kanak adalah

I. pandangan kendiri

II. kebolehan menaakul

III. pengawalan perasaannya

IV. perhubungan antara kanak-kanak itu sendiri

V. perhubungan antara kanak-kanak dengan orang dewasa

(A) I, II dan III sahaja

(B) II, III dan IV sahaja

(C) I, II, IV dan V sahaja

(D) I, III, IV dan V sahaja

7. Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan


personaliti seseorang individu ialah

I. pemakanan

II. pengaruh sekolah

III. hobi dan kegemaran

IV. suasana fizikal dalam bilik darjah

V. suasana harmoni dalam keluarga

3
EDU 3102

(A) I, II dan III sahaja

(B) I, II dan V sahaja

(C) I, III dan V sahaja

(D) II, IV dan V sahaja

8. Konsep “keperluan khas” merujuk kepada kanak-kanak yang

I. boleh dididik jika mereka mampu mengurus diri sendiri

II. memerlukan program pendidkan yang dirancang khas untuk


mereka

III. memerlukan rancangan pengajaran berkumpulan yang


disediakan oleh guru

IV. dianggap boleh diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan


formal

V. cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk


belajar seperti murid normal

(A) I, III dan IV sahaja

(B) I, II, IV dan V sahaja

(C) II, III, IV dan V sahaja

(D) I, II, III dan V sahaja

9. Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang boleh dididik di sekolah


normal adalah seperti berikut kecuali kanak-kanak dalam kategori

(A) lembam dan hiperaktif

(B) Sindrom Down dan autistik

(C) masalah pertuturan dan terencat akal minima

(D) palsi serebral dan terencat akal yang serius

10.
Semasa di tahun satu, Fifi telah mula diajar dengan kemahiran
membaca. Guru kelas Fifi mendapati Fifi mengalami kesukaran
menguasai kemahiran tersebut. Secara fizikalnya, Fifi merupakan
seorang kanak-kanak yang aktif dan tidak memperllihatkan kesukaran
dalam aktiviti hariannya.
Masalah Fifi ini berterusan hingga Fifi memasuki tahun dua dan
dia masih tidak dapat menguasai bunyi perkataan, mengeja, membaca
atau menulis.

4
EDU 3102

Kenyataan di atas menunjukkan bahawa Fifi adalah seorang kanak-kanak


berkeperluan khas dalam golongan

(A) spastik

(B) hiperaktif

(C) disleksia

(D) terencat akal serius

11. Ciri utama fitrah manusia ialah

(A) bersemangat, estetika, kebendaan

(B) ingin tahu, malu, takut dan berpotensi

(C) ketuhanan, kebendaan dan kesedaran

(D) kewujudan, keajaiban dan keunggulan

12. Kanak-kanak adalah berbeza daripada segi fizikal, kognitif, sosial, emosi dan
psikomotor. Guru boleh melayani perbezaan individu dengan mengambil
langkah-langkah berikut:

I. aktiviti pengayaan dan pemulihan

II. menyediakan set induksi yang menarik dan berkesan

III. memberi perhatian dan layanan individu yang sama rata

IV. berempati dengan pelajar dan berusaha untuk membantu


mereka

V. memastikan ada keseragaman dalam menggunakan jenis


penilaian

(A) I dan IV sahaja

(B) IV dan V sahaja

(C) I, II dan IV sahaja

(D) I, III dan IV sahaja

13. Amin berusia 11 tahun dan berkebolehan untuk bermain alat muzik dengan
baik. Ibu bapanya menyedari bahawa minat dan kebolehannya dalam bidang
ini amat memberangsangkan kerana pada peringkat ini

(A) perkembangan potensinya berkembang

(B) koordinasi pendengaran dan psikomotornya bertambah baik

5
EDU 3102

(C) kematangan otot dan fizikalnya telah mencapai tahap yang maksimum

(D) pendengarannya bertambah baik dan dia boleh membezakan


bunyi- bunyi yang berlainan

14. Pertumbuhan dan perkembangan manusia berlaku mengikut prinsip-prinsip


berikut kecuali

(A) kepala ke kaki

(B) kadar yang sama

(C) konkrit ke abstrak

(D) arah tangan ke tepi

15. Guru sering kali menghadapi masalah murid-murid yang berbeza dari segi
kognitif. Faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan keupayaan kognitif
ialah

I. amalan pemakanan

II. kecekapan berbahasa

III. pengaruh sosio-ekonomi keluarga

IV. baka yang diwarisi daripada ibu bapa

(A) I, II dan III sahaja

(B) I, II dan IV sahaja

(C) I, III dan IV sahaja

(D) II, III dan IV sahaja

16. Menurut Erik Erikson, kanak-kanak melalui siri perkembangan sosio-emosi


yang tertentu. Antara berikut, peringkat dan kategori umur manakah yang
betul?

(A) Inisiatif lawan Perasaan Salah – 18 bulan hingga 3 tahun

(B) Industri lawan Perasaan Rendah – 3 tahun hingga 6 tahun

(C) Autonomi lawan Malu dan Keraguan – 6 tahun hingga 12 tahun

(D) Identiti lawan Perasaan Serba Salah – peringkat remaja

17. Cikgu Jefri mempunyai personaliti yang sihat. Apa maksud personaliti?

(A) Merangkumi aspek fizikal

(B) Membawa erti yang sama dengan watak

6
EDU 3102

(C) Mewakili keseluruhan corak tingkah laku manusia

(D) Mewakili sesuatu yang kita warisi daripada ibu bapa

18. Kanak-kanak berkeperluan khas bermaksud kanak-kanak yang

(A) cacat anggota sahaja

(B) hilang keupayaan mental

(C) tidak mempunyai risiko gagal dalam pelajaran

(D) kanak-kanak yang mempunyai kecacatan mengikut definisi akta


atau undang-undang sesebuah negara

19. Situasi manakah yang sesuai menjelaskan konsep kanak-kanak berkeperluan


khas?

(A) Mei Ling tergolong dalam kategori disleksia. Dia mengalami kecacatan
neurologi tetapi mempunyai kelebihan intelek yang luas dan mahir
menyelesaikan jigsaw puzzle.

(B) Adi Putra tergolong dalam kategori pintar cerdas. Dia


menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik.

(C) Muthu tergolong dalam kategori autisme. Dia mengalami kekeliruan


memahami hala kiri dan kanan, bawah dan atas, kebalikan huruf atau
nombor tertentu.

(D) Anne tergolong dalam kategori Attention Deficit Hyperactive Disorder


(ADHD). Usia kronologinya tidak sama dengan usia mentalnya.

20. Pelajar lembam didefinisikan sebagai pelajar yang gagal melaksanakan kerja
normal sekolah.

Manakah antara berikut menunjukkan guru gagal membantu pelajar lembam?

(A) Gunakan bahasa mudah.

(B) Menyediakan bahan bacaan yang bersaiz besar

(C) Memberikan tugasan yang sesuai dengan tahap kognitif pelajar

(D) Menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang


kondusif

21. Pernyataan berikut yang manakah paling tepat menggambarkan fitrah


kejadian manusia?

(A) Manusia adalah “Tuhan” bagi alam semesta

(B) Manusia mampu menyelesaikan segala masalah

7
EDU 3102

(C) Manusia merupakan kejadian alam yang sempurna

(D) Manusia mempunyai sifat, tabiat, bakat dan pelbagai kecerdasan

22. Proses perkembangan biologi seseorang kanak-kanak dipengaruhi oleh

(A) perubahan jasmani individu

(B) baka dan persekitaran kanak-kanak

(C) genetik keluarga dan sosial masyarakat

(D) genetik keluarga dan pertumbuhan otak kanak-kanak tersebut

23. Dalam teori perkembangan kognitif Piaget, kanak-kanak sudah boleh


menggunakan skema-skema fizikal yang mudah pada peringkat

(A) pra-operasi

(B) sensori motor / deria

(C) operasi formal

(D) operasi konkrit

24.
Ahmad merupakan seorang murid tahun dua. Semasa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berlangsung, Ahmad sering kali tidak
dapat menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan dan sentiasa
memerlukan penyeliaan daripada guru yang mengajar.

Selain itu, Ahmad juga sering mengganggu murid-murid lain dan


menyatakan sesuatu tanpa berfikir. Malah kadang kala keterlaluan
dalam pergerakan fizikal dan tidak boleh diam.

Kenyataan di atas menunjukkan bahawa Ahmad adalah seorang kanak-kanak


berkeperluan khas dalam golongan

(A) Disleksia

(B) Hiperaktif

(C) Attention-Deficit

(D) Strange-Situation

25. Guru boleh membantu perkembangan bahasa pada peringkat kanak-kanak


dengan

(A) menggunakan scaffolding

8
EDU 3102

(B) menggalakkan kanak-kanak bercakap sendiri

(C) menggalakkan kanak-kanak untuk bertanya soalan

(D) luangkan masa untuk mendengar percakapan kanak-kanak

26. Menurut teori perkembangan moral Kohlberg penaakulan moral berkait rapat
dengan perkembangan kognitif seseorang individu.

Kenyataan berikut adalah peringkat penaakulan moral Kohlberg kecuali

(A) Peringkat moral peribadi

(B) Peringkat moral heteronomus

(C) Peringkat moral transisi

(D) Peringkat moral autonomus

27.
 Cenderung untuk membuat tugas yang terbaik dan lebih sempurna
 Berusaha memperbaiki kesilapan diri dan memuaskan kehendak
diri
 Mula memikirkan cara untuk berbakti kepada orang yang tidak
berkemampuan

Berdasarkan Hierarki Keperluan Manusia Abraham Maslow (1970), ciri-ciri di


atas terdapat dalam peringkat keperluan

(A) fisiologi

(B) keselamatan

(C) penghargaan kendiri

(D) penyempurnaan kendiri

28. Menurut Piaget, proses pemikiran berubah secara menyeluruh bermula


selepas lahir sehingga mencapai kematangan.

Antara berikut, yang manakah bukan faktor yang mempengaruhi proses


pemikiran individu?

(A) Keseimbangan

(B) Kematangan fizikal

(C) Pengalaman sosial

(D) Interaksi individu dengan persekitaran

9
EDU 3102

29. Kecerdasan pemikiran dan tingkah laku individu terdiri daripada tiga aspek
iaitu proses kognitif, pengetahuan sedia ada dan persekitaran kontekstual
yang saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Ciri-ciri di atas adalah berdasarkan

(A) Teori Psikoanalitik Erikson

(B) Teori Kecerdasan Triarchic

(C) Teori Perkembangan Kognitif

(D) Teori Pembelajaran Sosial Bandura

30.
 Tahap 1 : Pra-Konvensional
 Tahap 2 : Konvensional
 Tahap 3 : Pos-Konvensional

Tahap-tahap perkembangan moral seseorang individu seperti di atas merujuk


kepada teori yang dikemukakan oleh

(A) Jean Piaget

(B) Erik H. Erikson

(C) Noam Chomsky

(D) Lawrence Kohlberg

31. Helah Bela-Diri atau Defense Mechanism yang dikemukakan oleh Sigmund
Freud adalah usaha secara kebiasaan atau tidak sedar dilakukan oleh
individiu apabila berasa terancam.

Jenis-jenis helah bela diri yang dikemukakan oleh Sigmund Freud ialah

I. resepsi

II. projeksi

III. kepasifan

IV. rasionalisasi

V. pemindahan

(A) I, II dan III sahaja

(B) I, III dan V sahaja

(C) II, IV dan V sahaja

10
EDU 3102

(D) III, IV dan V sahaja

32.
 Lemah dalam ejaan
 Masalah yang diwarisi
 Membaca secara perlahan
 Mencampur-adukkan perkataan yang berbunyi sama

Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran di atas merupakan


kanak-kanak daripada golongan yang bermasalah dari segi

(A) Disleksia

(B) Attention Deficit

(C) Masalah Pertuturan

(D) Muscular Dystrophy

33. Konsep “Pendidikan Inklusif” merujuk kepada

(A) pendidikan khas kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah


pembelajaran di sekolah khas

(B) kanak-kanak berkeperluan khas yang dimasukkan ke dalam


pendidikan kanak-kanak biasa

(C) pendidikan yang diberi secara percuma kepada kanak-kanak yang


mempunyai masalah kesihatan

(D) kanak-kanak istimewa yang ditempatkan di dalam sekolah khas bagi


tujuan pendidikan yang lebih baik

34.
Siti pelajar tahun tiga di sebuah sekolah awam. Siti merupakan pelajar
yang sentiasa menunjukkan keinginan untuk mengetahui sesuatu yang
lebih daripada rakan-rakan dalam kelasnya.

Selain itu, Siti juga mempunyai kebolehan yang tinggi dan cepat belajar
jika dibandingkan dengan rakan sebayanya.

Program-program yang boleh diambil oleh guru-guru untuk membantu Siti


dalam pembelajaran adalah seperti berikut kecuali

(A) pengayaan

(B) pemecutan

(C) pengasingan

(D) penggabungan

11
EDU 3102

35. Konsep “adaptasi”, “asimilasi” dan “akomodasi” ialah proses perkembangan


kognitif individu yang dikemukakan oleh

(A) Jean Piaget

(B) Erik H. Erikson

(C) Naom Chomsky

(D) Lawrence Kohlberg

36. Selain daripada di rumah, pembentukan personaliti dalam kalangan kanak-


kanak di sekolah boleh berlaku melalui faktor-faktor berikut kecuali

(A) kurikulum tersembunyi

(B) pembimbing rakan sebaya

(C) budaya sekolah penyayang

(D) pembinaan modal insan

37.  Ali berumur 8 tahun


 Ali kanak-kanak lelaki
 Ali aktif dalam kegiatan di luar bilik darjah
 Ali lebih rendah berbading kanak-kanak perempuan yang
sebayanya

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk dilaksanakan oleh


guru untuk Ali ialah

(A) membaca buku cerita yang menarik

(B) melaksanakan aktiviti ceramah dan kaunseling

(C) menyediakan aktiviti-aktiviti yang lasak di padang

(D) menjalankan aktiviti-aktiviti permainan untuk perkembangan otot halus

38. Fasa pembenihan dalam peringkat pranatal menunjukkan ciri-ciri berikut


kecuali

(A) proses mitosis berlaku

(B) zigot bergerak ke rahim

(C) organ utama bertambah saiz

(D) zigot membentuk 23 kromosom

12
EDU 3102

39.
Penglibatan ibu bapa di dalam aktiviti kanak-kanak di sekolah boleh
memberi sokongan yang membantu kemajuan akademik kanak-kanak.

Ciri Teori Sistem Ekologi oleh Urie Bronfenbrenner (1989) di atas adalah
terkandung dalam

(A) ekosistem

(B) mikrosistem

(C) mesosistem

(D) makrosistem

40. Pilih susunan peringkat-peringkat perkembangan fizikal individu yang tepat.

I. bayi

II. fetal

III. zigot

IV. embrio

V. pembenihan

(A) II, IV, V, IV, III

(B) I, II, III, IV, V

(C) I, II, III, V, IV

(D) V, III, IV, II, I

41. Pernyataan yang manakah di bawah ini yang paling tepat menggambarkan
fitrah kejadian manusia.

(A) Manusia umpama “Tuhan” bagi semesta alam

(B) Manusia berupaya mengatasi semua masalah

(C) Manusia merupakan kejadian alam yang sempurna

(D) Manusia mempunyai sifat, tabiat, bakat dan pelbagai kecerdasan

42. Proses perkembangan biologi seseorang kanak-kanak dipengaruhi oleh

(A) perubahan fizikal kanak-kanak

(B) baka dan persekitaran kanak-kanak

(C) genetik keluarga dan sosial masyarakat

13
EDU 3102

(D) genetik keluarga dan pertumbuhan otak kanak-kanak tersebut

43.
Interaksi antara kanak-kanak dengan ibu bapa, pihak sekolah dan jiran
tetangga membantu perkembangan sosial kanak-kanak.

Ciri Teori Sistem Ekologi oleh Urie Bronfenbrenner (1989) di atas adalah
terkandung dalam

(A) ekosistem

(B) mikrosistem

(C) mesosistem

(D) makrosistem

44. Suzana ialah kanak-kanak berusia 10 tahun dan mempunyai kebolehan


bermain alat muzik dengan baik. Ibu bapanya peka terhadap keupayaan
Suzana ini kerana pada tahap ini

(A) potensi beliau sedang berkembang

(B) koordinasi kemahiran mendengar dan kebolehan psikomotor


semakin baik

(C) kebolehan mendengarnya telah bertambah tajam dan berupaya


membezakan bunyi

(D) beliau telah mencapai tahap perkembangan otot dan kematangan


fizikal yang maksimum

45.
Cikgu Z telah menjalankan aktiviti-aktiviti melukis dan bermain alat muzik
dengan murid-murid di kelasnya. Aktiviti-aktiviti ini dpat
menambahbaikkan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada.

Pada peringkat perkembangan fizikal manakah aktiviti ini berlaku?

(A) Bayi (lahir hingga 2 tahun)

(B) Awal kanak-kanak (2 – 6 tahun)

(C) Kanak-kanak (7-12 tahun)

(D) Awal remaja (12 – 15 tahun)

46. Mengikut kefahaman psikoanalisis Sigmund Freud (1961), peringkat-


peringkat perkembangan kanak-kanak berdasarkan peringkat berikut kecuali

(A) Peringkat oral (lahir hingga setahun)

14
EDU 3102

(B) Peringkat kubul (dua hingga tiga tahun)

(C) Peringkat latency (enam hingga baligh)

(D) Peringkat genital (selepas baligh hingga dewasa)

47. Gopi merupakan murid yang paling rendah dalam kelasnya. Setiap kali
diadakan pertandingan sukan dalam kalangan rakan-rakan sebaya, dia tidak
pernah dipilih bermain. Keadaan ini menimbulkan rasa kurang senang pada
dirinya. Sebagai guru, apakah tindakan yang paling wajar bagi menolongnya.

(A) membenarkannya menjauhi dirinya daripada ahli-ahli kumpulan sebaya


itu

(B) memujuknya mengambil bahagian dalam gerak kerja kumpulan

(C) menolongnya membina kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam


kumpulan sebayanya

(D) menggalakkan bercampur gaul dengan rakan-rakan yang sama


ketinggiannya

48. Mengikut Naom Chomsky (1957), kanak-kanak kurang mampu belajar


peraturan dan organisasi ayat secara langsung. Mereka dilahirkan dengan
Language Acquistion Deficit (LAD).

Pernyataan berikut yang manakah benar mengenai teori Chomsky?

(A) Pengaruh ibu bapa dan guru penting dalam perkembangan bahasa
kanak-kanak

(B) Keluarga dan persekitaran mempunyai pengaruh kuat ke atas


kemahiran bahasa

(C) Ibu bapa dari golongan profesional menyediakan persekitaran untuk


perkembangan bahasa yang lebih baik

(D) Kanak-kanak mempunyai kebolehan untuk mengesan tatabahasa dan


penggunaan bahasa secara semulajadi

49. Teori Perkembangan Emosi Freud menyatakan bahawa

(A) personaliti manusia mempengaruhi perkembangan emosi manusia

(B) perkembangan emosi manusia tiada kaitan dengan perkembangan


fizikal

(C) perkembangan emosi dan personaliti adalah mengikut pertambahan


umur manusia

(D) perkembangan emosi manusia adalah berkaitan rapat dengan


perkembangan fizikal

15
EDU 3102

50. Menurut Erik Erikson, kanak-kanak melalui peringkat-peringkat


perkembangan psikososial mengikut tahap perkembangan umur.

(A) Identiti lawan Kekeliruan – 12 tahun hingga 18 tahun

(B) Autonomi lawan Keraguan – 6 tahun hingga 12 tahun

(C) Inisiatif lawan Rasa Bersalah – 1 tahun hingga 3 tahun

(D) Industri lawan Rasa Rendah Diri – 3 tahun hingga 6 tahun

51. Apakah cara yang sesuai dilakukan oleh guru apabila berdepan dengan
kanak-kanak yang mempunyai masalah ketidakpercayaan semenjak kecil?

(A) menetapkan rutin bilik darjah

(B) memenuhi keperluan fisiiologi kanak-kanak tersebut

(C) melantik kanak-kanak tersebut sebagai ketua darjah

(D) menggalak kanak-kanak tersebut bersaing dengan murid lain

52. Berikut adalah implikasi pemkembangan sosio-emosi terhadap proses


pengajaran dan pembelajaran kecuali

(A) Guru meminta murid menerangkan perspektif orang lain terhadap


sesuatu situasi

(B) Guru membantu pelajar menilai permasalahan yang sedang mereka


hadapi dan yang akan mereka hadapi

(C) Guru menggunakan strategi bercerita dan melakukan pembentangan


di dalam kelas menggalakkan mereka menggunakan bahasa dan
berkomunikasi

(D) Guru mempastikan murid saling mendengar antara satu sama lain
semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran

53. Seseorang yang mempunyai konsep kendiri positif akan sentiasa dalam
keadaan berikut kecuali

(A) berani mengingkari arahan guru

(B) menujukkan kreativiti yang maksima dalam sebarang daya usahanya

(C) mempunyai motivasi yang tinggi terhadap tugasan yang diberikan

(D) berani mencuba walaupun tidak pasti jawapannya yang sebenar

54. Watak personaliti seseorang paling dipengaruhi oleh faktor berikut.

(A) pengaruh media

16
EDU 3102

(B) pengaruh rakan sebaya

(C) kualiti asuhan sewaktu kecilnya

(D) pengaruh ibu bapa dan peranan guru khasnya di sekolah rendah

55. Personaliti terdiri daripada dua aspek yang utama iaitu “watak” dan “trait”.
Trait membawa maksud

(A) cara berfikir individu yang kritis dan kreatif

(B) tingkah laku individu yang kukuh dan stabil

(C) ciri-ciri individu seperti persepsi, nilai, kecerdasan dan motivasi

(D) ciri-ciri yang agak kukuh seperti personaliti introvert dan


ekstrovert

56. Cikgu Ahmad mendapati Budi mempunyai ciri-ciri berikut:

 Sangat mahir dalam matematik


 Sering hidup dalam dunia sendiri
 Kurang bercakap
Budi mengalami masalah

(A) Autisme

(B) Disleksia

(C) Sindrom Down

(D) Cerebral Palsy

57. Antara tingkah laku berikut, yang manakah menunjukkan ciri kanak-kanak
bermasalah pembelajaran?

(A) suka bercakap

(B) suka menconteng

(C) tumpuan perhatian singkat

(D) sering tidak hadir ke sekolah

58. Punca berlakunya Sindrom Down ialah

(A) kecacatan neurologi

(B) kerosakan pada sistem saraf pusat

(C) kelebihan satu kromosom dalam sel

17
EDU 3102

(D) kandungan biokimia berlebihan dalam badan

59. Cikgu Hamid mengambil tindakan berikut ke atas Mimi dalam kelas:

 Tempatkan dia di sudut yang senyap dan berhampiran dengan tempat duduk
guru

 Sering menegur dan memberi motivasi kepadanya

 Banyak memberi peluang kepadanya untuk mengambil bahagian dalam


aktiviti kelas

 Memberi tugasan yang mudah kepadanya

Mengapakah Cikgu Hamid bertindak demikian?

(A) lembam

(B) terencat akal

(C) bermasalah pendengaran

(D) ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder)

60. Tujuan utama pendidikan inklusif adalah untuk

(A) memberi peluang pendidikan yang menyeluruh kepada kanak-kanak

(B) memberi peluang kepada ibu bapa untuk bekerjasama dalam sistem
pendidikan kanak-kanak biasa

(C) mewajibkan ibu bapa kanak-kanak bekeperluan khas memberi


pendidikan menyeluruh kepada anak mereka

(D) memberi peluang kepada kanak-kanak berkeperluan khas


mendapat pendidikan yang menyeluruh seperti kanak-kanak biasa
61. Antara berikut yang manakah bukan aspek dalam potensi perkembangan
manusia?
(A) Perkembangan sosial
(B) Perkembangan emosi
(C) Perkembangan sahsiah
(D) Perkembangan jasmani

62. Baka adalah salah satu faktor perkembangan kanak-kanak. Baka merujuk
kepada
(A) ciri-ciri fizikal pada seseorang individu.

18
EDU 3102

(B) ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibubapa


kepada anak-anaknya.
(C) semua pengalaman seseorang individu akan hadapi di rumah,
bersama jiran, sekolah dan masyarakat di mana dia berada.
(D) bidang yang mengkaji perkembangan fizikal dan persekitaran dalam
perkembangan individu.

63. Peringkat prenatal ialah selama 9 bulan dan terbahagi kepada tiga fasa.
Antara berikut yang manakah yang bukan fasa-fasa prenatal?
(A) Pembenihan
(B) Kelahiran
(C) Embrio
(D) Fetal

64. Piaget mengenalpasti empat faktor yang saling berkait yang boleh
mempengaruhi proses pemikiran individu.
Antara penyataan berikut, yang manakah pernyataan yang tepat berdasarkan
kenyataan di atas?
I. Keseimbangan
II. Kematangan biologi
III. Interaksi individu dengan persekitaran
IV. Pengalaman sosial
(A) I dan II
(B) I, III, IV
(C) I, III, IV
(D) I, II, III dan IV
65. Teori psikososial Erikson adalah berdasarkan prinsip-prinsip berikut kecuali
(A) setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama
(B) perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu
(C) kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan
perkembangan tahap yang berikutnya
(D) individu bergantung pada diri sendiri tanpa bantuan orang lain

66. Antara berikut, yang manakah contoh perkembangan emosi yang positif?
(A) cinta , keyakinan , sanjungan , penghormatan , kebanggaan ,
kepuasan , bertanggungjawab
(B) cinta, kepuasan belajar, kepuasan dalam bersukan

19
EDU 3102

(C) hormati diri sendiri, sanjungan kepada orang lain


(D) bertanggungjawab kepada tugas dan keluarga

67. Antara yang berikut manakah jenis personaliti menurut Carl Jung?
(A) Ekstrovert, introvert dan ambivert
(B) Ekstravaganza, introvert dan ambivia
(C) Ekstrovett, introvett dan ambivia
(D) Ekstravaganza, intonasi dan ambivert

68. Kategori Kanak-Kanak Berkeperluan Khas kecuali


(A) Masalah kecacatan fizikal
(B) Masalah penglihatan
(C) Masalah pendengaran
(D) Masalah sakit mulut

69. Baka mempengaruhi perbezaan individu daripada aspek


kognitif, fizikal dan emosi.

Penyataan berikut menerangkan tentang


(A) fitrah kejadian manusia mengikut perspektif agama
(B) fitrah kejadian manusia mengikut perspektif biologi
(C) fitrah kejadian manusia dan kaitannya dengan potensi
(D) perkembangan rohani

70. “Setiap individu berbeza dari segi biologi dan genetik.“ Teori tersebut
dikemukakan oleh :
(A) Jean Piaget
(B) Vladimir Lenin
(C) Dobzhansky
(D) Bronfenbrenner

71.
Dapat bermain menggunakan imaginasi, perkembangan
bahasa yang cepat, penggunaan otot-otot halus dan
kebolehan bersosial.

Penyataan berikut menerangkan tentang


(A) peringkat bayi
(B) peringkat awal kanak-kanak
(C) peringkat kanak-kanak
(D) peringkat awal remaja

20
EDU 3102

72.

SPERM OVUM
A

ZIGOT

EMBRIO

FETAL

BAYI

Gambarajah di atas menerangkan


(A) proses meiosis
(B) proses mitosis
(C) proses persenyawaan
(D) proses pembentukan bayi

73. Proses persenyawaan berlaku apabila


(A) sperma bapa bersatu dengan ovum ibu
(B) zigot membahagi dua dan setiap bahagian melalui pembahagian sel
(C) setiap ovum mencapai tahap kematangan setiap 28 hari di dalam ovari
(D) ovum ibu bergabung dengan sperma bapa di bahagian atas tiub
falopio bersebelahan dengan ovari

74. Pada peringkat awal kanak-kanak iaitu pada umur 2 – 6 tahun, pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas guru hendaklah seperti berikut.
(A) Guru hendaklah membantu kanak-kanak setakat mana yang perlu
dan elakkan daripada membanding antara kanak-kanak kerana
mereka berkembang pada tahap yang berbeza
(B) Guru boleh merancang aktiviti seperti ceramah dan kaunseling
(C) Kanak-kanak hendaklah diberi kesedaran tentang gaya hidup sihat
terutamanya dari segi pemakanan, senaman, dan mengelakkan aktiviti
negatif seperti merokok dan mengambil dadah
(D) Guru hendaklah merancang aktiviti senaman supaya menyeronokkan
dan menjadikannya satu aktiviti sosial yang sihat

75. Perspektif Nativis berasaskan kepada teori perkembangan otak yang lebih
cenderung melihat perkembangan bahasa berlaku secara dalaman dan
diwarisi. Siapakah yang mempelopori perspektif ini?
21
EDU 3102

(A) Ivan Pavlov


(B) Naom Chomsky
(C) Skinner
(D) Thorndike

76. Pada peringkat ini, egosentrik kanak-kanak mula luput secara beransur-
ansur. Peringkat apakah yang dimaksudkan dalam pernyataan ini?
(A) Peringkat Operasi Formal
(B) Peringkat sensori motor
(C) Peringkat pra operasi
(D) Peringkat Operasi Konkrit

77. Emosi manusia adalah satu fenomena khas.


Ketawa menunjukkan kita gembira. Ketawa boleh menghapuskan perasaan
runsing , dengki , marah , hina atau rendah diri dan sebagainya.

Antara berikut, ketawa merupakan salah satu daripada emosi

(A) terkawal
(B) positif
(C) gembira
(D) riang

78. Cinta, dendam, keyakinan, sanjungan, murung, penghormatan, kebanggaan,


kepuasan, bertanggungjawab dan sebagainya adalah sebahagian daripada
emosi?
I. negatif
II. pasif
III. aktif
IV. positif

(A) I dan II sahaja


(B) II dan III sahaja
(C) I dan IV sahaja
(D) II, III dan IV

79. Antara berikut yang manakah maksud introspeksi?


(A) Emosi ini mempengaruhi kesihatan dan membawa perasaan pesimistik
(B) Kaedah perubatan yang digunakan oleh pesakit mental
(C) Penyakit yang selalu dialami orang dewasa
(D) Satu cara untuk mengenalpasti emosi kendiri

80. Antara berikut, yang manakah bukan merupakan peranan guru dalam
membentuk perkembangan personaliti murid.
(A) Selalu memarahi murid sekiranya membuat kesalahan
(B) Menyerahkan bulat-bulat kepada ibu bapa untuk menentukan hala tuju
anak-anak mereka
(C) Sentiasa memahami tingkah laku murid-murid
(D) Tidak mengambil perhatian kepada mereka

22
EDU 3102

81.
 Kebakaan
 Pengalaman awal individu
 Latar belakang sekolah
 Pengaruh keluarga
 Peranan media
 Pemakanan
 Pengaruh sosiobudaya

Penyataan di atas merupakan


(A) faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan personaliti
(B) peranan guru dalam membentuk personaliti murid
(C) konsep kendiri seseorang
(D) teori Behaviourisme

82. Antara berikut, pilih faktor yang boleh menyebabkan terbentuknya konsep
kendiri yang negatif kepada kanak-kanak.
I. kemerosotan nilai-nilai murni
II. pengaruh persekitaran
III. selalu meminta pertolongan
IV. ibu bapa yang menaruh harapan yang terlalu tinggi kepada
anak-anak
(A) I sahaja
(B) I, II dan IV
(C) I, II dan III
(D) Semua di atas

83. Epilepsi adalah


(A) kesukaran bergerak kerana tidak dapat mengkoordinasi badan
(B) penyakit sawan yang disebabkan oleh masalah neurologi yang
menyebabkan kanak-kanak mengeletar
(C) kecacatan pada tulang belakang yang boleh menyebabkan
kelumpuhan pada bahagian bawah badan
(D) kanak-kanak yang anggota badannya tidak sempurna

84. Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran, guru haruslah


(A) bercakap dengan jelas dan jangan membelakangkan kanak-kanak
ini semasa memberi arahan atau semasa mengajar
(B) menjerit atau meninggikan suara kepada mereka sekiranya mereka
tidak dengar
(C) memberi perhatian kepada susunan bilik darjah
(D) mengajar mereka di kawasan yang bising

85. Pilih penyataan yang betul.


I. Masalah pendengaran terbahagi kepada dua iaitu separa pekak
dan pekak
II. Guru boleh menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai
saiz cetakan yang besar dan sesuai bagi kanak-kanak yang
mempunyai masalah penglihatan

23
EDU 3102

III. Kanak-kanak keperluan khas tidak boleh diberi persekolahan


dan diajar kerana mereka menyusahkan guru-guru
IV. Asthma adalah masalah pernafasan yang berlaku apabila tiub
bronchial daripada saluran pernafasan kerongkong menjadi
sempit

(A) I, II dan III


(B) I, III dan IV
(C) I, II dan IV
(D) II, III dan IV

86.
 Mulut sentiasa terbuka
 Lidah yang tebal, kasar dan pendek
 Mata sentiasa berair dan merah
 Mata sepet dan bentuk muka yang kecil
 Berbadan gempal dan pendek
 Badan yang agak bongkok
 Suka bermanja
 Suka bermain
 Dapat bergaul dengan orang lain dengan baik

Pernyataan di atas menerangkan


(A) lembam
(B) terencat akal
(C) autisme
(D) Sindrom Down

87. Sebagai seorang guru, kita


(A) sentiasa membuat perhitungan atau perbandingan antara kanak-kanak
(B) hendaklah mempunyai sikap yang baik dan mempunyai
kemahiran bagi membantu kanak-kanak keperluan khas ini
(C) boleh berputus asa apabila gagal mendidika kanak-kanak keperluan
khas
(D) menengking dan menjerit ke arah kanak-kanak apabila gagal
mengawal mereka

88. Komponen utama nitrogen dalam DNA adalah seperti berikut, kecuali
(A) Adenina
(B) Timina
(C) Sitosina
(D) Nukleotida

24
EDU 3102

89. Berikut merupakan prinsip dalam teori Havighurst, kecuali


(A) Pada setiap peringkat perkembangan, manusia ada tugas yang perlu
dicapai.
(B) Keupayaan menyempurnakan tugas tersebut dengan jayanya akan
membawa kebahagian kepada individu.
(C) Perkembangan individu mengikut jadual waktu yang tetap, urutan
dan pola tertentu.
(D) Perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nialai-nilai,
norma dan budaya masyarakat.
90. Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya
termasuklah faktor persekitaran. Apakah faktor yang lain selain daripada
faktor tersebut?

(A) Rakan sebaya


(B) Baka
(C) Penduduk
(D) Iklim

91. Menurut Carl Jung terdapat tiga jenis personaliti seseorang individu. Antara
berikut, yang manakah bukan jenis personaliti seseorang individu yang
dinyatakan oleh Carl Jung?
(A) Ekstrovert
(B) Introvert
(C) Id
(D) Ambivet

92. Perkembangan personaliti individu dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut


kecuali
(A) Latar belakang sekolah
(B) Peranan media
(C) Baka
(D) Haiwan ternakan

93. Potensi merujuk kepada keupayaan dan kebolehan manusia yang terpendam
dalam diri seseorang yang membolehkan manusia berkembang maju ke

25
EDU 3102

hadapan.
Antara berikut, yang manakah tidak boleh menghuraikan potensi manusia?
(A) Perkembangan intelek
(B) Perkembangan rohani
(C) Perkembangan kesihatan
(D) Perkembangan jasmani

94. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan mula belajar tugas dan aktiviti yang
akan digunakan dalam alam dewasa. Mula menjalin hubungan dengan
rakan sebaya dan memahami peraturan.
Penyataan diatas menerangkan perkembangan kanak-kanak pada peringkat
(A) Peringkat awal kanak-kanak (3-8 tahun)
(B) Peringkat kanak-kanak (9-11 tahun)
(C) Peringkat awal remaja (12-15 tahun)
(D) Peringkat remaja (15-20 tahun)

95. Berdasarkan Teori Perkembangan Kognitif Piaget iaitu semasa berusia 7-11
tahun kanak-kanak mengalami suatu tahap yang dinamakan

(A) operasi formal


(B) pra operasi
(C) operasi konkrit
(D) operasi motor

96. Pada umur yang berapakah bayi tersebut mula meniru sebarang pergerakan
yang dilihat?
(A) 4-8 bulan
(B) 8 bulan- 1 tahun
(C) 1-1.5 tahun
(D) 1.5- 2 tahun

97. Umumnya, pada usia berapakah kanak-kanak tahu bagaimana untuk


menggunakan perkataan?
(A) 6 bulan
(B) 15 bulan
(C) 3 tahun
(D) 5 tahun

98. Antara yang berikut merupakan komponen yang terdapat dalam emosi
kecuali
(A) komponen kognitif
(B) komponen fisiologikal

26
EDU 3102

(C) komponen behavorial


(D) komponen psikomotor

99. Apakah faktor yang mempengaruhi personaliti dalam perkembangan kendiri?


(A) Rakan sebaya
(B) Guru
(C) Persekitaran
(D) Makanan

100.
 penyakit sawan yang disebabkan masalah neurologi
 menyebabkan kanak-kanak menggeletar.

Mengikut ciri-ciri di atas, apakah jenis penyakit tersebut?


(A) Spina bifida
(B) Limb deficiencies
(C) Cerebral palsy
(D) Epilepsi

101. Secara biologi, manusia diklasifikasikan sebagai Homo sapiens. Apakah


yang dimaksudkan dengan Homo sapiens?
(A) Beruk yang mempunyai keupayaan, pemikiran dan kecergasaan yang
tinggi berbanding beruk jenis yang lain.
(B) Binatang yang melalui proses pembesaran atau pertumbuhan yang
luar biasa.
(C) Sebuah spesies primate dari golongan mamalia yang dilengkapi otak
berkemampuan tinggi.
(D) Haiwan daripada golongan mamalia yang mempunyai kemampuan
berfikir yang tinggi.
102. Berikut merupakan konsep perkembangan kanak-kanak kecuali
(A) Perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi
dapat dilihat dari sifat baru yang berlainan dari sifat yang lebih awal
(B) Perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioekonomi individu
yang bermula dari peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat
(C) Perubahan yang bersifat kualitatif, tersusun, bertahap dan berterusan
pada diri manusia bermula semenjak percambahan sel sehingga ke
akhir hayat organisma

27
EDU 3102

(D) Keadaan dimana manusia mengalami proses pembesaran dan


pertumbuhan berdasarkan fitrah kejadian manusia
103. Baka merupakan antara faktor-faktor perkembangan kanak-kanak. Berikut
merupakan penerangan bagi faktor baka kecuali
(A) Baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan melalui ibu bapa kepada
anak-anaknya melalui gen.
(B) Baka ialah ciri-ciri biologi yang diturunkan melalui ibu bapa kepada
anak-anaknya melalui gen.
(C) Baka menentukan persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya,
di kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat
seperti kebolehan , minat dan kawalan emosi.
(D) Baka menentukan segala proses pembesaran seoarang kanak-
kanak.
104. Penyataan berikut merupakan prinsip perkembangan kanak-kanak kecuali
(A) Proses perkembangan kanak-kanak berlaku secara tertib atau teratur
(B) Perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada
keadaan umum kepada keadaan spesifik.
(C) Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak adalah satu proses
yang berlaku secara berterusan.
(D) Perkembangan kanak-kanak bergantung sepenuhnya kepada
persekitaran kanak-kanak tersebut.

105. Kenyataan berikut merupakan fakta prinsip-prinsip perkembangan fizikal


kanak-kanak kecuali
(A) Perkembangan bermula dari kepala dan beransur ke kaki.
(B) Arah perkembangan berlaku daripada luar badan dan berterusan
ke tengah.
(C) Aspek berbeza berkembang pada tahap yang berbeza.
(D) Kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik.

106. Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam


perkara berikut kecuali

28
EDU 3102

(A) ketinggian
(B) berat badan
(C) menjadi lebih kuat
(D) pertambahan bilangan mata

107. Antara perkara berikut, yang manakah merupakan faktor-faktor yang


mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak.
I. Baka dan keturunan
II. Pemakanan
III. Status sosio-ekonomi
IV. Cita-cita
(A) I, II, III
(B) I, II, IV
(C) I, III, IV
(D) II, III, IV

108. Antara perkara berikut merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi


perkembangan kognitif kanak-kanak, kecuali
(A) Persekitaran yang melingkunginya, seperti rumah dan sekolah
(B) sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupannya
(C) pengaruh rakan sebaya
(D) pemakanan

109. Antara kenyataan berikut, yang manakah bukan ciri-ciri yang terdapat dalam
perkembangan bahasa kanak-kanak pada peringkat 2- 6 tahun.
(A) Berkembang kepada 3-5 patah perkataan.
(B) Menggunakan gaya bahasa yang salah
(C) Sifat egosentrik masih menguasai kanak-kanak pada peringkat ini.
(D) Boleh bercakap dengan fasih tanpa kesalahan tatabahasa.

110. Sejak dari lahir lagi bayi sudah mempunyai berbagai jenis emosi. Berikut
merupakan emosi yang ada pada bayi pada enam bulan pertama, kecuali ..
(A) Sedih
(B) Gembira
29
EDU 3102

(C) Takut
(D) Rasa bersalah

111. Antara pernyataan berikut, yang manakah merujuk kepada senyuman bayi
iaitu senyuman reflektif?
(A) Seperti bayi yang tersenyum sewaktu tidur iaitu tanpa rangsangan
luar.
(B) Senyuman bayi apabila rasa selesa, selamat dan disayangi.
(C) Senyuman bayi apabila diusik.
(D) Seperti bayi yang tersenyum ketika dibelai.

112. Yang manakah antara faktor-faktor yang mempengaruhi perlekatan dalam


perkembangan sosio-emosi kanak-kanak?
I. Peluang untuk perlekatan
II. Situasi keluarga
III. Pengalaman kanak-kanak
IV. Kualiti asuhan
(A) I, II, III
(B) I, II, IV
(C) I, III, IV
(D) II, III, IV

113. Berikut merupakan konsep kendiri yang diberikan oleh beberapa golongan
yang terlibat aktif dalam Perkembangan Kanak-Kanak kecuali
(A) Kendiri merupakan pengangan hidup seseorang berdasarkan cara
pemikiran individu
(B) Satu organisasi atau aturan persepsi yang konsisten yang dilihat
sebagai “aku”, “saya” atau “diri”
(C) Seseorang individu tentang dirinya kepada orang lain secara sedar
dengan menggunakan perkataan “saya” atau “aku”
(D) Penerimaan orang lain terhadap dirinya dan bagaimana layanan yang
diperolehi daripada keluarga, masyarakat dan persekitaran

30
EDU 3102

114. Setiap individu mempunyai konsep kendiri sama ada dari segi positif ataupun
negatif bergantung kepada keperluan persekitarannya. Bagaimanakah cara
untuk mengenali konsep kendiri seseorang?
(A) Gaya bercakap, cara bertindak, tingkah laku yang ditunjukkan dan
cara seseorang berinteraksi dengan persekitaran.
(B) Gaya berjalan, kewangan dan kemewahan.
(C) Cara bertindak, berfikiran waras, menerima teguran dan pendapat
orang lain mengenai dirinya dengan baik.
(D) Bertasusila, beradap.sopan santun bersesuaian dengan ciri-ciri
masyarakat Timur, beretika dalam tugas dan mudah berkerjasama
dengan kumpulan masyarakat.

115. Carl Jung telah mengklasifikasikan 3 jenis personaliti. Penyataan manakah


yang tidak menerangkan personaliti jenis introvert.
(A) Lebih menumpukan kepada aspek dalaman.
(B) Introvet mempunyai ciri individu uan pasif, pemalu, sensitive, gemar
berseorangan, cermat, reflekstif dan sentiasa berfikir dahulu sebelum
melakukan sesuatu kerja, boleh dipercayai dan bersedia menanggung
risiko.
(C) Suka bergaul, aktif, dan sentiasa bersosial dalam masyarakat
(D) Golongan ini suka merancang perkara-perkara akan datang dan suka
akan kehidupan yang teratur.

116. Berikut adalah masalah-masalah pembelajaran akademik kecuali :


(A) Membaca
(B) Menaakul
(C) Menulis
(D) Mengira

117. Manakah antara berikut bukan langkah/ kaedah menangani kanak-kanak


bermasalah tingkah laku :
(A) Hukuman ringan
(B) Mengajar tingkah laku yang
(C) Peneguhan positif
(D) Tidak peduli

31
EDU 3102

118. Berikut adalah ciri-ciri kanak-kanak keperluan khas kecuali :


(A) Kecacatan fizikal
(B) Deria bau
(C) Penglihatan
(D) Pertuturan

119. Kanak-kanak sindrom down mempunyai tahap IQ yang rendah. Manakah


antara berikut adalah tahap IQ kanak-kanak sindrom down :
(A) 10-50
(B) 20-60
(C) 30-80
(D) 40-90

120. Manakah antara berikut bukan kecacatan fizikal?


(A) Epilepsi
(B) Limb deficiencies
(C) Muscular dystrophy
(D) Sense of smell disability

121. "Merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi
dengan skema yang sedia ada". Hal ini menerangkan
(A) skema
(B) asimilasi
(C) akomodasi
(D) adaptasi

122. Terdapat ............... tahap perkembangan kognitif yang diperkenalkan oleh


Jean Piaget.
(A) 1
(B) 2
(C) 3
(D) 4

32
EDU 3102

123. Tahap sensori motor dikenali juga sebagai


(A) tahap praoperasi
(B) tahap deria motor
(C) tahap operasi konkrit
(D) tahap operasi formal

124. Yang mana satu bukan sebahagian daripada superego?


(A) Hati nurani (conscience)
(B) Prinsip keseronokan (pleasure principle)
(C) Keunggulan ego (ego ideal)
(D) Kesempurnaan kendiri (Self Actualization)

125. Bahagian manakah yang menyebabkan kanak-kanak dapat menahan


masalah anal sehingga mereka sampai ke tandas?
(A) Id
(B) Ego
(C) Superego

126. Pada tahap manakah naluri seks menjadi dominan?


(A) Latency
(B) Phallic
(C) Genital

127. Pada tahap manakah kanak-kanak mula bergaul dengan rakan sama jantina
dan hubungan dengan ibu bapa menjadi stabil?
(A) Latency
(B) Phallic
(C) Genital

128. Apakah kecenderungan dalam kajian Sigmund Freud?


(A) Kesedaran manusia
(B) Keseparuhan kesedaran manusia
(C) Ketidaksedaran manusia

129. Pada stuktur personaliti yang mana satukah merupakan bahagian tidak
sedar?
(A) Id
(B) Ego
(C) Superego

130. Menurut Freud, semua tingkah laku adalah didorong oleh


(A) Id
(B) Ego
(C) Superego

33
EDU 3102

131. Mengikut teori Sigmund Freud, personaliti dewasa manusia terbentuk pada
umur berapa tahun?
(A) 3
(B) 5
(C) 7

132. Jika seseorang remaja tidak menjaga kebersihan bilik tidurnya, mengikut
Freud pada tahap perkembangan manakah tidak dipuaskan?
(A) Oral
(B) Anal
(C) Phallic

133. Yang mana satukah bukan merupakan contoh personaliti penahanan anal?
(A) Kedekut
(B) Terlalu kemas
(C) Suka bercakap

134. Apakah ciri-ciri yang dikatakan seseorang telah mencapai tahap yang terakhir
iaitu tahap genital?
I. Tubuh badan mengalami kematangan
II. Pemikiran sedang berkembang secara tidak anjal
III. Tidak mengalami kecelaruan
(A) I dan II
(B) II dan III
(C) I dan III

135. Pada peringkat yang manakah manusia itu akan mempunyai kepuasan
daripada mulut?
(A) Tahap Anal
(B) Tahap Oral
(C) Tahap Latency

136. Kompleks oedipus berlaku pada ..............apabila tanpa disedari ianya tertarik
kepada .................nya.
(A) kanak-kanak perempuan, bapa
(B) kanak-kanak lelaki, bapa
(C) kanak-kanak lelaki, ibu

137. Kompleks elektra berlaku pada ............. apabila tanpa disedari ianya tertarik
kepada ...............nya.
(A) kanak-kanak perempuan, bapa
(B) kanak-kanak lelaki, bapa
(C) kanak-kanak lelaki, ibu

34
EDU 3102

138. Peringkat falik yang paling kritikal ini akan menentukan


kepesatan .................. yang berkembang dalam diri seorang individu.
(A) Mulut
(B) Otak
(C) Seksual

139. Menurut teori psikologi perkembangan Freud, pada peringkat manakah


individu mula dengan peranan sosialisasi, pelaksanaan aktiviti berkelompok,
mula dengan penarikan interaksi seksual dan persediaan perkahwinan,
berkeluarga dan penetapan vokasional?
(A) tahap genital
(B) tahap dewasa
(C) tahap phallic

140. Pada peringkat manakah manusia itu harus dijaga dengan baik supaya dia
tidak termakan bahan yang merbahaya?
(A) tahap oral
(B) tahap anal
(C) tahap latency

141. Pada peringkat manakah kes merogol paling mungkin berlaku?


(A) tahap phallic
(B) tahap latency
(C) tahap genital

142. Dalam perkembangan deria motor, berapakah tahap yang didasarkan


pembahagian mengikut umur?
(A) 2
(B) 4
(C) 6
(D) 8

143. Pada umur yang berapakah bayi tersebut mula meniru sebarang pergerakan
yang dilihat?
(A) 4 – 8 bulan
(B) 8 bulan – 1 tahun
(C) 1 – 1.5 tahun
(D) 1.5 – 2 tahun

144. Pernyataan manakah yang salah?


(A) Pada umur 1-4 bulan, bayi mula bertindak balas dengan
menggerakkan kepala dan mata pada sumber bayi.
(B) Pada umur 8-12 bulan, bayi mengalami proses cuba jaya yang mudah.
(C) Sejak lahir hingga 1 bulan, bayi masih tidak mampu melakukan

35
EDU 3102

gerakan.
(D) Kanak-kanak belum berkeupayaan untuk memahami aktiviti permainan
pada umur 19 bulan.

145. Apakah yang berlaku pada kanak-kanak berumur 1 tahun 5 bulan?


(A) berlakunya proses peniruan
(B) mengalami proses cuba jaya yang mudah
(C) hanya mampu melakukan genggaman
(D) mula memahami fungsi individu dalam rumahtangga

146. Apakah unsur-unsur yang ada pada tahap deria motor?


I. pemahaman tentang akibat dan ruang
II. dapat membuat keputusan
III. konsep tentang objek
IV. kebolehan mengira
(A) I dan II
(B) II dan III
(C) III dan IV
(D) I dan III

36
EDU 3102

BAHAGIAN B
1. (a) Dari perspektif Islam, Al-Ghazali menyatakan tentang dua unsur
berkaitan dengan keperluan manusia, iaitu
(i) ____________________________________________________

(ii) ____________________________________________________

(b) Nyatakan tiga cara bagaimana seseorang guru dapat membantu


semasa proses pertumbuhan dan perkembangan sosial muridnya.

(i) ____________________________________________________

(ii) ____________________________________________________

(iii) ____________________________________________________

(c) Perkembangan konsep kendiri kanak-kanak kelihatan dalam aktiviti


sosialisasi kanak-kanak seperti

(i) ____________________________________________________

(ii) ____________________________________________________

(iii) ____________________________________________________

2. (a) “Murid bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang


mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh
diajar (educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal.”

(Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia)

Nyatakan enam kategori masalah pembelajaran.

(i) ____________________________________________________

(ii) ____________________________________________________

(iii) ____________________________________________________

(iv) ____________________________________________________

(v) ____________________________________________________

(vi) ____________________________________________________

(b) Nyatakan lima perwatakan fizikal kanak-kanak Sindrom Down.

(i) ____________________________________________________

(ii) ____________________________________________________

(iii) ____________________________________________________

37
EDU 3102

(iv) ____________________________________________________

(v) ____________________________________________________

3. (a) Perkembangan manusia meliputi aspek fizikal, kognitif, emosi, sosial


dan rohani.

Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia.

i. baka

ii. persekitaran

(b) Menurut Robert Havighurst (1952) perkembangan kanak-kanak


dipengaruhi oleh beberapa faktor.

Nyatakan 3 faktor yang membentuk perkembangan kanak-kanak.

i. budaya / persekitaran

ii. biologi

iii. sosial

(c) Anda mendapati seorang murid mempunyai tanda-tanda konsep kendiri


negatif, iaitu dia memencilkan diri daripada rakan-rakannya, kurang
yakin diri dan terlalu sensitif terhadap teguran.

Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, jelaskan lima cara anda


boleh membantu murid tersebut membentuk konsep kendiri positif.

i. membina keyakinan diri : mukrid perlu mengetahui kekuatan


dan kelemahan mereka. Murid lemah dalam sesuatu bidang
adalah cemerlang dalam bidang lain.

ii. mengelola aktiviti pembelajaran yang sesuai : guru merancang


aktiviti P&P yang sesuai dengan kebolehan dan minat mereka.

iii. memberi motivasi dengan menggunakan ujian dan ganjaran :


guru menggunakan pujian dan ganjaran bagi menunjukkan
pengiktirafan dan penghargaan terhadap hasil kerja murid.

iv. menganjurkan kem motivasi dan kem bina semangat : kem


dikelolakan untuk murid lemah pencapaian akademik supaya
dapat membentuk konsep kendiri positif.

v. bekerjasama dalam kumpulan

4. (a) Dua ciri tingkah laku kanak-kanak autisme ialah:

i. Perkembangan bahasa yang lambat atau tiada langsung

ii. Sukar diajak bercakap

38
EDU 3102

iii. Suka bersendirian

iv. Sensitif pada sentuhan

v. Tidak suka bermain dengan rakan sebaya

vi. Berada dalam dunia mereka sendiri

(b) Huraikan empat cara bagaimana seseorang guru boleh menggalakkan


perkembangan sosio-emosi positif kanak-kanak dalam bilik darjah.

i. Gunakan cara belajar melalui bermain yang terancang untuk


membolehkan pembelajaran yang meyeronokkan

ii. Mengajar kanak-kanak memahami hak-hak orang lain

iii. Guru memberikan pujian dan peneguhan positif untuk


memotivasikan kewujudan sosio-emosi yang baik

iv. Guru menjadi “role model” dengan menunjukkan sikap


prososial dan kemahiran beremosi semasa mengajar

5. (a) Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif


kerana ia tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku (Atan Long, 1980).

Beri tiga sebab mengapa dikatakan perkembangan bersifat kualitatif.

i. Perkembangan perubahan yang berurutan dan kekal dalam


diri seorang

ii. Perkembangan adalah hasil dari pembelajaran

iii. Perkembangan adalah hasil dari pengalaman dan kematangan

iv. Penyesuaian dirinya dengan persekitaran

v. Bagaimana seseorang berubah mengikut peredaran masa

vi. Perkembangan melibatkan personaliti, sosial, kognitif serta


bahasa

(b) Cikgu Alif seorang guru yang ditugas menjalankan aktiviti kokurikulum
di sekolah rendah.

Apakah tiga perkara yang Cikgu Alif perlu mengambil kira semasa
merancang untuk mengajar pelajar yang berbeza dari segi
perkembangan fizikal?

i. Jenis kemahiran sesuai mengikut unur dan tahap

ii. Guru perlu peka tentang proses perubahan yang mengikut


peraturan semula jadi

39
EDU 3102

iii. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sesuai dengan keupayaan


fizikal pelajar

iv. Aktiviti mesti berdasarkan pengalaman dan pengetahuan


sedia ada pelajar

v. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan


tahap perkembangan fizikal kanak-kanak

(c) Nyatakan dua sebab mengapa pentingnya guru mengenali personaliti


murid.

i. Merancang penggunaan strategi pembelajaran yang sesuai

ii. Mengenal pasti potensi murid yang berbeza

iii. Membina personaliti murid yang unggul

iv. Mengendalikan personaliti murid yang berbeza

6. (a) Terdapat pelajar yang bermasalah pembelajaran berada di kelas


normal. Bagaimanakah pelajar normal menyesuaikan diri mereka
supaya boleh berinteraksi dengan pelajar berkenaan?

i. Elak menyebut perkara yang sensitif tentang kecacatan


mereka. Contohnya : jangan guna perkataan yang menyentuh
perasaan

ii. Menganggap pelajar berkenaan mempunyai hak yang sama


seperti pelajar normal. Contohnya : dapat berkongsi penggunaan
kemudahan bilik darjah

iii. Melibatkan diri dalam aktiviti sekolah tanpa mengira status.


Contohnya : boleh memegang jawatan seperti pelajar normal

(b) Sebagai seorang kanak-kanak pintar cerdaas, kemukakan lima


cadangan bagaimana guru boleh membantu beliau mencapai objektif
pembelajaran.

i. Membantu mengadaptasi bahan kurikulum dan teknik


mengajar untuk memenuhi keperluan murid berkeperluan khas

ii. Mengubahsuai tugas untuk memenuhi keperluan murid

iii. Membantu memperkembangkan tingkah laku dan akademik


murid

iv. Menyediakan sumber bahan pembelajaran yang relevan


dengan tahap keintelektualannya

v. Mengatur jadual pembelajaran yang fleksibel berorientasikan


pencapaian akademik

40
EDU 3102

vi. Mengwujudkan interaksi sosial yang sihat di antara pelajar


pintar dengan pelajar normal

vii. Menggunakan model pengajaran bertumpukan potensi murid


dalam mencapai pendidikan seimbang dan hasilan tingakh laku
yang seimbang

7. (a) Senaraikan dua perbezaan antara perkembangan dan pertumbuhan


kanak-kanak.

i. Pertumbuhan berbentuk kuantitatif. Perkembangan


berbentuk kualitatif

ii. Pertumbuhan emosi bermaksud mempunyai emosi

Perkembangan emosi bermaksud dapat mengurus emosi

(b) Nyatakan tiga cara persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan


kanak-kanak.

i. Rakan sebaya boleh mempengaruhi minat kanak-kanak


dalam pencapaian akademik

ii. Ibu bapa yang memukul anak mereka boleh mempengaruhi


perkembangan personaliti yang ganas

iii. Peluang untuk menonton telivisyen mempengaruhi


perkembangan bahasa

8. (a) Menurut Piaget, kanak-kanak aktif membentuk kefahaman terhadap


persekitaran melalui empat tahap perkembangan kognitif. Dua proses
penting dalam pembinaan kefahaman terhadap persekitaran ialah
organisasi dan adaptasi.

Jelaskan dua cara bagaimana adaptasi dilakukan.

i. Asimilasi : menerap pengalaman baru dengan pengalaman


lama

ii. Akomodasi : mengadaptasi keperluan situasi dan


menyesuaikan dengan struktur kognitif supaya ilmu pengetahuan
dapat dipertingkatkan ke tahap lebih tinggi

(b) Sebagai seorang guru sekolah rendah, anda haruslah tumpukan


perhatian terhadap pembelajaran kanak-kanak dalam peringkat operasi
konkrit serta memahami kebolehan mereka.

Bagaimanakah anda dapat membantu murid-murid dalam memahami


konsep yang diajar dengan berkesan?

i. Kaitkan dengan situasi sebenar

41
EDU 3102

ii. Pengenalan konsep harus dikaitkan dengan contoh-contoh


yang konkrit

iii. Libatkan pelajar secara aktif dalam pengajaran dan


pembelajaran

9. (a) Carl Jung mengklasifikasikan personaliti kepada tiga jenis iaitu


ekstrovert, introvert dan ambivert. Jelaskan ketiga-tiga jenis personaliti
tersebut.

i. Ekstrovert : Merujuk kepada pelajar berkebolehan dan


kecerdasan kognitif, suka bergaul, cepat mengeluarkan pendapat,
mudah mesra, kreatif dan lebih bersifat terbuka

ii. Introvert : Merujuk kepada personaliti yang tidak menyenangi


bersama orang lain, lebih suka menyendiri, tidak suka dengan
orang baru, tidak suka berbicara di depan umum, kurang percaya
diri, pemalu dan pendiam

iii. Ambivert : Merujuk kepada pelajar yang mempunyai ciri


gabungan ekstrovert dan introvert, seperti pelajar yang pintar
aktif tetapi lebih cenderung belajar bersendirian daripada
berkumpulan

(b) Huraikan bagaimana guru dapat menggunakan teori personaliti untuk


membantu mengatasi murid bermasalah.

i. Beri perhatian kepada pelajar yang bermasalah supaya


mereka dapat merasa diberi perhatian oleh guru sama seperti
pelajar lain.

ii. Memahami masalah pelajar serta memberi bimbingan dan


dorongan dalam mencapai matlamat hidup seperti cita-cita,
keperluan, perasaan, kebolehan, kemahiran dan perancangan diri.

10. (a) Nyatakan empat ciri kanak-kanak yang mempunyai malash


pengelihatan.

i. Pengelihatan terbatas

ii. Buta

iii. Tahap pengelihatan berada di antara 20/70 atau 20/200


dengan penggunaan lensa

iv. Pengelihatan terhad kepada objek yang dekat

v. Lebih bergantung kepada pendengaran dan sentuhan

vi. Kecerdasan normal

vii. Kadang-kadang mempunyai masalah pendengaran

42
EDU 3102

viii. Perkembangan psikomotor agak terhad

ix. Mempunyai konsep kendiri rendah

(b) Cadangkan tiga cara guru membantu kanak-kanak masalah


pengelihatan dalam pengajaran dan pembelajaran.

i. Menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz


cetakan yang besar

ii. Menggunakan bahan audio untuk membantu pembelajaran

iii. Menyediakan bahan bacaan yang jelas

iv. Memberikan aktiviti “hands-on”

v. Semasa menulis di papan putih, guru boleh menyebut


secara lisan, bahan yang ditulis

11. (a) Senaraikan dua perbezaan antara perkembangan dan pertumbuhan kanak-
kanak.

Pertumbuhan Perkembangan

Perubahan bersifat kuantitatif Perubahan bersifat kualitatif

Jasmani – bertambah kemahiran


Jasmani – saiz, berat, bilangan menggunakan anggota seperti
giri bertambah motor halus / kasar, merangkak,
lari, lompat

Mental – perkembangan
Sosial – mula berinteraksi dengan
kemahiran menggunakan bahasa,
ahli di luar keluarga seperti jiran,
angka, pemikiran, penaakulan,
rakan sebaya, guru dll.
bentuk konsep, ingatan

Sosial – menyedari perbezaan


Emosi – tumbuh perasaan suka,
antara lelaki dan perempuan,
duka, marah, sayang, cemburu
peranannya, disiplin kumpulan,
dll.
penyesuaian dengan rakan

Emosi – tumbuh perasan suka, Emosi – berupaya menguasai


duka, marah, sayang, cemburu perasaan, mengawal perasaan
dll. ketika marah / cemburu dll.

(b) Cikgu Aini sedang merancang aktiviti untuk membantu perkembangan


fizikal murid-muridnya yang berada pada peringkat umur 7 – 12 tahun.
Cadangkan tiga aktiviti yang boleh Cikgu Aini jalankan.

Bermain alat-alat muzik

43
EDU 3102

Melukis
Bermain bola
Aktiviti senaman
Bermain
Bersukan
Menari
Berenang

12. Jean Piaget membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap dan
perlu diambil kira oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

(a) Huraikan tiga implikasi teori perkembangan Piaget terhadap


perkembangan kognitif dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.

 Memeringkatkan isi dari senang ke sukar, konkrit ke abstrak, yang


diketahui kepada sesuatu yang baru
 Pengetahuan baru dan kompleks boleh digunakan untuk mengubah
sruktur kognitif (skemata) untuk proses akomodasi dan asimilasi
 Perkembangan individu berlaku pada kadar yang berbeza, oleh itu guru
perlu kenal pasti peringkat perkembangan murid
 Melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran

(b) Cadangkan dua aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh seorang guru
bagi memperkembangkan kanak-kanak di peringkat pra operasi.

 Pra-operasi (2 – 7 tahun) awal kanak-kanak


 Mula guna simbol – aktiviti mengenal huruf, perkataan yang mudah dan
gambar atau isyarat
 Mula berbahasa – aktiviti membaca, bertutur, aktiviti menulis, aktiviti
melukis
 Berinteraksi dan berkomunikasi – aktiviti bermain ( pretend play), main
peranan
 Boleh mengingat semula peristiwa – aktiviti bercerita
 Guna ABM konkrit
 Arahan yang jelas dan ringkas
 Galakkan aktiviti hands-on
 Pelbagaikan aktiviti

13. (a) Nyatakan empat ciri murid yang mempunyai personaliti ekstrovert.

 Berani mencuba
 Pandangan terbuka
 Mudah bersosialisasi dengan orang lain
 Sedia menerima teguran, kritikan dan pendapat orang lain
 Suka aktiviti lasak
 Mempunyai penuh keyakinan diri sendiri

44
EDU 3102

(b) Berikan tiga cara bagaimana guru dapat membantu murid membentuk
konsep kendiri positif.

 Guru perlu peka dengan kebolehan dan minat setiap murid melalui
komunikasi berkesan
 Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang berpusatkan murid
 Guru perlu memberi sokongan dan dorongan serta membimbing dan
menasihati murid agar mereka berkebolehan dan berkeyakinan
 Guru perlu menyediakan aktiviti luar bilik darjah seperti gerak kerja
kokurikulum, berkumpulan, kepimpinan dan sebagainya
 Memberi peneguhan yang bersesuaian

14. (a) Senaraikan empat ciri kanak-kanak yang bermasalah disleksia

 Tidak dapat membezakan, membuat interpretasi / ingat perkataan yang


dilihat
 Sukar membaca / tersekat-sekat dalam bacaannya / tidak dapat
membaca langsung
 Mempunyai kadar pengamatan yang lambat
 Cenderung kepada kebalikan huruf (b,d) atau songsangan huruf (spa ,
sap)
 Lemah dalam ejaan dan tulisan
 Kurang kesedaran dan minat terhadap buku

(b) Cadangkan tiga cara seseorang guru dapat menolong kanak-kanak


bermasalah disleksia dalam kelas yang normal.

 Gunakan perkataan mudah suai yang khas


 Gunakan “komputer bercakap” dalam P&P kanak-kanak tersebut
 Gunakan CD rom
 Gunakan pita rakaman untuk merakam maklumat
 Berikan masa lebih lama untuk menyelesaikan tugasannya

15. Persekitaran menyumbang kepada perbezaan individu dalam fitrah kejadian


manusia. Berikan empat daripada lima aspek perbezaan individu berserta
huraiannya.

i. Latar belakang keluarga. Didikan dan asuhan ibubapa dengan cara yang
betul seperti suasana isi rumah yang mesra dan penuh kasih sayang,
serta makanan yang berzat dan seimbang.
ii. Pengaruh rakan sebaya seperti rakan yang baik akhlaknya dan tinggi
kecerdasannya dapat membantu membentuk keperibadian positif.
iii. Sumber teknologi seperti maklumat yang diperoleh daripada bahan
bacaan seperti surat khabar, majalah, televisyen, radio dan internet.

45
EDU 3102

iv. Guru dan sekolah. Guru yang penyayang, cekap menguruskan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran akan melahirkan murid yang berilmu,
berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

16. Pertumbuhan ialah perubahan yang dapat dilihat dengan nyata dan diukur
daripada satu peringkat ke peringkat yang lain. Nyatakan lima ciri
pertumbuhan beserta huraiannya.

i. Petumbuhan manusia bersifat kuantitatif, ia dapat dilihat dan diukur.


ii. Saiz dan struktur badan bertambah dan kanak-kanak kelihatan lebih
besar secara fizikal.
iii. Saiz otak dan organ dalaman bertambah. Pertambahan saiz otak
memberi kanak-kanak keupayaan yang lebih untuk menaakul dan
mengingat. Oleh itu, pertumbuhan melibatkan aspek kognitif dan fizikal.
iv. Pertumbuhan dipengaruhi oleh baka atau keturunan, kematangan,
kesihatan ibubapa dan persekitaran individu tersebut.
v. Kadar pertumbuhan berbeza daripada individu ke individu dan ia
berlaku peringkat demi peringkat.

17. Nyatakan peringkat-peringkat perkembangan fizikal .


 Prenatal
 Bayi (lahir hingga 2 tahun )
 Awal kanak-kanak (2-6 tahun)
 Kanak-kanak (7-12 tahun)
 Awal remaja (12-15 tahun)
18. Nyatakan perkembangan kognitif kanak-kanak peringkat Pra Operasi (2-7
tahun)
 Mula menggambar dan merancang skema
 Mewakili sesuatu dengan symbol mental iaitu dengan bahasa,
gambar atau isyarat
 Berupaya mengingat semula peristiwa yang sudah berlaku dan
boleh membanding dua peristiwa yang berlaku
 Permainan membayangkan (pretend play)

46
EDU 3102

 Pemahaman kanak-kanak menganai objek bergantung pada ciri-


ciri yang nampak jelas dan nyata
19. Bagaimanakah ibubapa boleh membantu perkembangan bahasa pada
peringkat bayi?
 Berbual dengan bayi,dapat membantu meningkatkan
perkembangan bahasa
 Bercakap dengan bayi,seolah-olah mereka memahami apa yang
dicakapkan
 Gaya bahasa yang sesuai atau selesa untuk berkomunikasi
dengan bayi
20. (a) Bagaimanakah ibu bapa boleh membantu perkembangan bahasa pada
peringkat kanak-kanak?
 Teruskan bercakap dan berbual dengan kanak-kanak
 Luangkan masa untuk mendengar percakapan kanak-kanak
 Elakkan mengejak kanak-kanak ketika bercakap
 Elakkan membandingkan kanak-kanak dengan rakan sebaya

(b) Nyatakan 3 kemahiran bahasa setelah kanak-kanak meningkat


remaja?
 Memanipulasikan bahasa kepada bentuk peribahasa,
perumpamaan, sajak, puisi dan sebagainya
 Kemahiran menulis berkembang
 Mencipta dialek mereka sendiri

21. (a) Berikan tiga daripada lapan peringkat perkembangan psikososial


Erikson.

 asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan


 autonomi lawan keraguan
 inisiatif lawan rasa bersalah
 industri lawan rasa rendah diri
 identity lawan kekeliruan identiti
 keintiman lawan keasingan
 generativiti lawan kekakuan
 integriti lawan kekecewaan

47
EDU 3102

(b) Masalah Kecacatan Fizikal


 Kanak-kanak mengalami ketidakupayaan fizikal
 Gaya tubuh badan yang tidak seimbang dan menggigil
 Boleh berbentuk neurologi -otak dan urat saraf
 Kelukaan ortopedik - luka pada tulang,sendi,otot
 Mengalami masalah sendi yang kaku dan tidak ada koordinasi

22. Pengertian konsep personaliti adalah ciri dinamik dan tersusun yang dimiliki
oleh individu secara unik.
(a) Nyatakan tiga jenis personaliti dan huraikan.
i. Ekstrovert
- Lebih kepada dunia luaran dari dalaman
- Aktif, rileks, mudah bercakap
ii. Introvert
- Menumpukan aspek dalaman
- Sifat pemalu, sensitif, pasif
iii. Ambivert
- Mempunyai ciri Ekstravert dan Introvert

(b) Nyatakan enam jenis pengelasan perkembangan personaliti oleh


Eduard Spranger.
 Kognitif – Seorang berintelek
 Berekonomi – Cenderung kepada aspek yang praktik
 Keindahan – Cenderung menghayati keindahan
 Bermasyarakat – Suka berkawan
 Berkuasa Politik – Kemahuan menguasai orang lain
 Beragama – Mencari perpaduan di antara alam dan manusia

23. (a) Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan personaliti


individu.
 pola genetik pada persenyawaan
 Faktor Pengalaman Awal

48
EDU 3102

 Latar belakang sekolah


 Pengaruh keluarga
 Peranan Media
 Pemakanan
 Pengaruh sosiobudaya
(b) Takrifkan konsep kendiri positif.
Konsep kendiri positif bermaksud seseorang itu percaya dan yakin kepada
diri sendiri secara lebih sihat,mempunyai minat yang baik dan objektif serta
tidak terlalu sensitif. Konsep kendiri positif juga meliputi sikapmenerima
kritikan orang lain dengan fikiran terbuka dan memberikan pandangan jika
wujud keadaan yang tidak baik dan tidak stabil.

24. (a) Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan


seseorang.
 Baka merujuk kepada ciri – ciri biologi atau gen- gen yang
diperturunkan melalui ibubapa kepada anak – anak. Trait yang
diwarisi daripada ibubapa terkandung dalam gen ini. Ia menguasai
perkembangan manusia dan adlah unit bagi setiap individu. saiz,
bentuk badan, ketinggian, rambut dan warna mata adalah faktor baka
yang individu warisi daripada ibubapa.
 Persekitaran merujuk kepada semua pengalaman seseorang
individu hadapi dirumah, jiran, sekolah dan masyarakat. Ini juga
termasuk pengalaman sebelum dan selepas kelahiran. Pengalaman
sebelum lahir merangkumi pemakanan dan kesihatan ibubapa.
(b) Terangkan mengenai genetik tingkah laku.
 Genetik tingkah laku adalah bidang yang mengkaji peranan baka dan
persekitaran dalam perkembangan individu. kajian keatas kembar
seiras dan anak angkat menunjukkan faktor persekitaran memainkan
peranan dalam perkembangan mereka pada peringkat awal tetapi
pengaruh baka lebih menonjol apabila mereka meningkat dewasa.

49
EDU 3102

25. Kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit berkebolehan berfikir secara


logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit.
(a) Nyatakan tiga prinsip asas konsep pengekalan(conservation).
 Prinsip identiti – mereka tahu sekiranya tiada bilangan yanag
ditambah atau dikurangkan, bilangan/amaun objek adalah sama
walaupun bentuknya berubah
 Prinsip ganti rugi - mereka tahu sesuatu sesuatu perubahan pada
satu segi akan diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain
 Prinsip keterbalikan – pelajar boleh mengulang proses yang berlaku
secara mental kepada keadaan asal semula
(b) Senaraikan empat perkembangan fizikal kanak–kanak pada peringkat
operasi konkrit.
i. Pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti
ii. Kanak – kanak menghampiri akil baligh
iii. Pertumbuhan dan perkembangan kemahiran – kemahiran
psikomotor
iv. Psikomotor kasar lebih cekap. Psikomotor halus lebih baik

26. Pengalaman unik hanya diketahui oleh individu tersebut. Setiap individu akan
bertindak secara tersendiri terhadap tekanan sosial yang dihadapinya. Ini
disebabkan oleh perbezaan kekuatan fizikal, kepekaan dan ketahanan diri
individu.
(a) Berikan empat jenis pengalaman awal bagi setiap individu.
 Latar belakang sekolah- amalan sekolah, aktiviti P&P, kokurikulum
 Pengaruh keluarga – suasana keluarga, kasih sayang, latar belakang
keluarga
 Peranan media – cara maklumat disampaikan
 Pemakanan – jenis makanan
 Pengaruh sosiobudaya – pendidikan, agama, gaya hidup

27. Masalah kecacatan fizikal merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami


ketidakupayaan fizikal dan memerlukan pengubatan atau peralatan khas
seperti pendakap gigi atau kerusi roda.
Senaraikan empat jenis kecacatan fizikal dan ciri-cirinya.

50
EDU 3102

 Cerebral palsy – kesukaran untuk bergerak kerana tidak dapat


mengkoordinasikan badan
 Epilepsi – penyakit sawan yang menyebabkan kanak-kanak menggeletar
 Spina bifida – kecacatan tulang belakang, lumpuh pada bahagian bawah
badan
 Muscular dystrophy – kemerosotan kekuatan otot, memerlukan kerusi
roda
 Limb deficiencies – anggota badan tidak sempurna
 Asthma – masalah pernafasan
 Diabetes – kencing manis. Pancreas tidak dapat mengawal peningkatan
gula dalam darah
 Leukemia – peningkatan sel darah putih secara mendadak

28. 22 pasang kromosom pertama dipanggil ____________. (autosom)


29. Nyatakan dua jenis teori perkembangan kanak-kanak beserta
huraiannya.
(a) Teori Perkembangan Arnold Gesell
kanak-kanak perlu diberikan peluang berkembang pada kadar
sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana
telah mencapai peringkat usia perkembangan tersebut.
(b) Teori Perkembangan Jean Piaget
Perkembangan kognitif dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu
sensorimotor (lahir hingga 2 tahun), pra operasi (2-7 tahun),
operasi konkrit (7-11 tahun) dan operasi formal (11 tahun ke
atas).
30. Nyatakan lima aspek perbezaan dalam seseorang individu.

 Sosial
 Kognitif
 Emosi
 Fizikal
 Rohani

51
EDU 3102

31. Konsep kendiri meliputi keseluruhan perkembangan personaliti seseorang


individu. Apakah ciri konsep kendiri positif?
 Bertanggungjawab
 Boleh bertolak ansur dengan kekecewaan
 Pemurah
 Menghadapi cabaran dengan penuh semangat
 Menghargai

32. Potensi manusia boleh dihuraikan melalui lima aspek.


Senaraikan aspek-aspek tersebut.
(a) Perkembangan intelek
- Daya pemikiran, cara berfikir, mereka cipta dan menaakul
(b) Perkembangan rohani
- Kepercayaan beragama.nilai dan norma masyarakat serta
pelakuan peribadi individu
(c) Perkembangan sosial
- Hubungan individu dengan orang lain
(d) Perkembangan emosi
- Keadaan dimana seseorang dapat memahami perasaan diri
sendiri dan orang lain
(e) Perkembagan jasmani
- Merujuk kepada kebolehan atau keupayaan fizikal dalam aktiviti
permainan dan bersukan

33. Terdapat empat aspek perbezaan dalam seseorang individu.


Nyatakan dan huraikan.
Kognitif : kebolehan menyelesaikan masalah, berbahasa,
berfikir secara logik, menaakul dan mengira
Emosi : kebolehan, mengenali, mengawal, dan megurus
perasaan serta sikap sabar dan toleransi terhadap
orang lain
Sosial : kemahiran interaksi, bergantung samada individu
tersebut bersifat introvert atau ekstrovet

52
EDU 3102

Fizikal : perbezaan dari segi jantina,paras rupa, berat,


ketinggian, jenis, dan warna rambut dan mata

34. Nyatakan dua konsep penting berserta huraian yang diutarakan oleh Jean
Piaget dalam teori kognitif.

(a) Skema
Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk
melakukan sesuatu dengan cara tertentu.
Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan
beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti
gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa,memegang,
serta menggerakkan tangan dan kaki.
Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang
benda yang tidak menyakitkan.
Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang
tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu.
Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi
bertindakbalas dengan persekitarannya.

(b) Asimilasi
Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru
diperolehi dengan skema yang sedia ada.
Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti
sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru
diperolehi.
Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji
epal. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema
memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya.
Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan
yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".

(c) Akomodasi
Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami
perubahan.
Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi
(menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam
perolehan kognitif kanak-kanak.
Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses
pembelajaran.
Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak
ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya
dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.

(d) Adaptasi
Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara
akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.
Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai
kecenderungan sejadi

53
EDU 3102

untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak


persekitaran.

35. Terdapat beberapa komponen di dalam perkembangan bahasa.


Senaraikan kesemua komponen-komponen tersebut.

36. Nyatakan kepentingan kecerdasan emosi dalam membentuk perkembangan


sosio-emosi.
 memahami emosi diri sendiri
 mengurus emosi
 memanfaatkan emosi
 membaca emosi
 mengurus hubungan

37. Jelaskan dua cara guru membantu murid dalam membentuk perkembangan
konsep kendiri.
(a) Memberi peluang kepada murid untuk meneroka kebolehan
sendiri menggunakan bakat yang ada dalam diri murid tersebut.
Beri peluang kepada murid bermasalah agar mereka tidak rasa
dipinggirkan dan disisihkan
(b) Peka dengan kebolehan dan minat murid
Komunikasi dan interaksi yang baik antara guru dan murid amat
penting untuk kenalpasti kebolehan mereka. Dengan ini guru
menggunakan kebolehan murid untuk tingkatkan konsep kendiri
Memahami masalah murid serta member bimbingan dan
dorongan dalam mencapai matlamat hidup
(c) Rancang aktiviti berpusatkan murid
Beri peluang kepada murid untuk menonjolkan kebolehan di
dalam bilik darjah di samping membimbing yang ketinggalan bina
konsep kendiri yang baik

38. Nyatakan empat ciri kanak-kanak masalah pengelihatan.


(a) mengerutkan mata atau menutup sebelah mata untuk tujuan
penglihatan
(b) menggosok mata tanpa sebab, dan menyebabkan mata merah dan
membengkak
(c) kanak-kanak sering mengadu sakit mata dan loya

54
EDU 3102

(d) kanak-kanak akan memegang buku terlalu dekat atau jauh ketika
membaca untuk mengimbangi penglihatan

39. (a) Secara umumnya terdapat beberapa prinsip perkembangan kanak-


kanak. Berikan dua contoh prinsip perkembangan kanak-kanak dan
huraikan.
Berlaku secara mengikut aturan-perubahan dalam pertumbuhan.
Perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih
spesifik-pertumbuhan.
Perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara berterusan-
corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar
perkembangan manusai berbeza-perkembangan adalah hasil interaksi di
antara kematangan dan pembelajaran.
(b) Berikan faktor perkembangan kanak-kanak dan huraikan secara
ringkas.
BAKA
Baka ialah gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak.
Baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-
anaknya melalui gen.
Baka ialah ciri-ciri biologi yang diturunkan melalui ibu bapa kepada
anak-anaknya melalui gen.
Baka menentukan persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di
kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti
kebolehan, minat dan kawalan emosi
Baka terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri
keturunan.

PERSEKITARAN
Merujuk kepada keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak.
Ini termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir.
Keadaan sebelum lahir merujuk kepada corak pemakanan, gaya hidup
dan kesihatan si ibu.
Keadaan selepas lahir pula adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan,
sosio ekonomi, tahap pendidikan, keluarga, rakan-rakan, ibadat, media
55
EDU 3102

dan persekitaran dunia.

Mengikut teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), menjelaskan


bahawa perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis sistem
ekologi iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan
kronosistem. Menurut Bronfenbrenner, kelima-lima sistem ekologi ini
adalah mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.
Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat dimana kanak-kanak
lebih banyak menghabiskan masa dan interaksi secara langsung di
dalam persekitaran itu.
Mesosistem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dengan 2
mikrosistem.
Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak
melibatkan kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil
dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak
tersebut.
Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang melibatkan
norma-norma, nilai dan amalan masyarakat.
Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu
tempoh masa.

40. Perkembangan bahasa dan sosio-emosi kanak-kanak merupakan aspek yang


penting selain daripada perkembangan fizikal dan kognitif bayi. Banyak pihak
yang bertanggungjawab bagi memastikan perkembangan bahasa dan sosio-
emosi kanak-kanak berjalan dengan lancar.
(a) Berkenaan dengan pernyataan di atas, bagaimanakah ibubapa boleh
membantu perkembangan bahasa pada peringkat bayi.
 Berikan rangsangan-rangsangan bunyi dan perkataan yang
sesuai untuk bayi.
 Bercakap dengan bayi seolah-olah mereka memahami apa
yang dicakapkan.
 Gunakan bahasa yang mudah tetapi jelas dadn betul gaya
bahasanya.

56
EDU 3102

 Gunakan intonasi, memek muka dan emosi yang sesuai


dengan bayi.

(b) Berkenaan dengan pernyataan di atas, bagaimanakah ibubapa boleh


membantu perkembangan sosio-emosi pada peringkat kanak-kanak.
 Teruskan bercakap dan berbual dengan kanak-kanak.
 Gunakan bahasa yang mudah dan betul.
 Elakkan daripada membandingkan mereka dengan rakan
sebaya yang lain.
 Cuba untuk tidak memotong percakapan kanak-kanak atau
menolong memberi idea kepada percakapan mereka.

(c) Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang berada di peringkat awal kanak-


kanak yang mula memahami emosi?
 mempunyai peningkatan dalam perbendaharaan emosi
 boleh melabel emosi dengan tepat terhadap dirinya dan emosi
orang lain.
 boleh bercakap tentang akibat sesuatu emosi dan boleh
mengenalpasti kaitan emosi dengan situasi tertentu.
 menggunakan bahasa emosi semasa bermain.

41. (a) Nyatakan konsep kendiri dan huraikan.

Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau


cara dia menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk
membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada
orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya
melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi
keyakinan dan harga dirinya.

Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu


gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya,
persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan

57
EDU 3102

persekitarannya.Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai cara


memahami konsep kendiri.

Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats
(1963), berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara-iaitu
tanggapan diri seseorang individu-proses yang menentukan tingkah
laku seseorang individu

Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu


organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik
lahir daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut
seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku perasaan dan fikiran.

(b) Berikan 2 jenis personaliti dan huraikan yang digariskan oleh Carl
Gustav Jung.

Ekstrovert - lebih kepada pergaulan, memberi perhatian dan bercampur


dengan orang lain, peramah, tidak mudah risau, tidak mudah malu,
berminat sukan, mudah menyesuaikan diri, sangat aktif dan suka
bersosial, tidak suka berlajar atau bekerja secara berseorangan.

Introvert - menumpukan kepada aspek dalaman-introvert bermakna


mengambil berat tentang diri sendiri, individu yang pasif, pemalu,
sensitif, gemar berseorangan, cermat, bersedia menanggung risiko,
tidak mudah marah, tidak bercita-cita tinggi.

Ambivert - mempunyai kedua-dua ciri diatas, penggabungan kedua-dua


ciri di atas, bersikap aktif, sensiitf, optimatik dan gemar berseorangan.

(c) Nyatakan pengertian personaliti.


Bahasa Latin-Personaliti berasal daripada Bahasa Latin iaitu persona
yang bermaksud topeng muka - Topeng muka ini di gunakan oleh
pelakon–pelakon Yunani di atas pentas untuk berlakon. Mereka
memakai topeng yang bersesuaian dengan watak mereka yang hendak
dipersembahkan.

58
EDU 3102

Pembentukan Psikologi - Personaliti merujuk kepada pembentukan


psikologi seseorang individu secara kesuluruhan. Ini merangkumi
pelbagai aspek seperti perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat,
kepercayaan, cita-cita, nilai-nilai, personaliti seseorang individu
dibayangkan oleh kecenderungannya untuk bertingkah laku mengikut
suatu cara tertentu.

MISHEL (1968)-Pada pandangan Mishel personaliti adalah pola-pola atau


tingkah laku seseorang individu yang dijelmakan dalam kehidupan
seharian masing-masing-Ini bermaksud segala kerja atau kegiatan yang
dilakukan oleh seseorang dapat mengambarkan personaliti mereka yang
sebenar.

ALLPORT (1961) pula mendefinisikan personaliti sebagai satu


organisasi dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang
menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Dinamik
membawa maksud perubahan yang boleh berlaku di dalam kualiti
tingkah laku seseorang individu. Organisasi membawa implikasi
bahawa semua trait seperti kerajinan, kesabaran dan daya tuju adalah
saling berkait. Sistem psikofizikal pula merujuk kepada tabiat, sikap,
nilai, kepercayaan, kebiasaan, emosi dan sentimen yang terdapat dalam
bentuk psikologi tetapi yang mempunyai asas fizikal di dalam urat saraf
dan tubuh badan.

HANS EYSENCK (1981) mendefinisikan personaliti sebagai organisasi


watak, perangai, intelek, bentuk badan yang agak stabil dan yang
menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap persekitarannya.

KAGEN,J & SEGAL,J (1988) mentakrifkan personaliti sebagai corak


kesuluruhan seseorang individu yang merangkumi pelbagai aspek
termasuk cara dia berfikir, berasa, bertingkah laku dan cara berhubung
dengan alam sekitarnya.

59
EDU 3102

WATSON (1919) berpendapat bahawa personaliti merupakan teori


tingkah laku seseorang dan behaviorisme.
42. (a) Nyatakan lima masalah tingkah laku dalaman.
Kebimbangan, sedih, bersikap apatetik, menyendiri, perasaan serba
salah, perasaan rendah diri, terlalu sensitif, keasyikan memikiran
tentang sesuatu perkara.

(b) Nyatakan lima masalah tingkah laku luaran.


Mengingkar, menentang, agresif, argumentatif, cenderung menyalahkan
orang lain, destruktif, menipu, sukar mengawal diri.

60
EDU 3102

BAHAGIAN C
1. (a) Kajian Ainsworth (1973) tentang strange situation mendapati bahawa
bayi tidak berasa senang dengan kehadiran orang yang tidak dikenali.
Huraikan prosedur kajian Ainsworth berdasarkan aspek-aspek seperti
berikut:
i. Situasi yang agak asing
ii. Kerisauan bila melihat orang yang tidak dikenali
iii. Kerisauan apabila dipisahkan daripada orang yang sering
didampinginya
iv. Rujukan keselamatan (safe base)
(b) Dalam bilik darjah Cikgu Ismail terdapat dua orang pelajar yang
bermasalah pembelajaran. Mereka menonjolkan ciri-ciri seperti
berikut:
Pelajar A : - Kerap memulakan pergaduhan
- Berlari keliling bilik darjah apabila guru sibuk
melayani pelajar lain
- Sentiasa bergerak (on the go) seolah-olah
digerakkan oleh motor dalaman
Pelajar B : - Artikulasi sebutan “nacik” untuk “nasi”, “be’ak”
untuk “berak” dan “ammanimal” untuk “animal”
- Kelancaran : Gagap. Pelajar melakukan
pengulangan dan pemanjangan sebuatan
“baaapa” untuk “bapa”.
Merujuk kepada kes setiap pelajar di atas, huraikan satu punca
berlakunya masalah pembelajaran pelajar tersebut dan satu cadangan
bagaimana guru boleh mengatasi masalah pembelajaran bagi setiap
murid di atas.

2. (a) Menurut Erik Erikson, lapan peringkat perkembangan sosio-emosi


kanak-kanak akan mempengaruhi tingkah laku semasa dewasa.
Jelaskan mana-mana peringkat perkembangan sosio-emosi seseorang
kanak-kanak dan cabaran yang dihadapinya pada setiap peringkat
perkembangan tersebut.
Peringkat Psikososial Umur Cabaran
Percaya lawan tidak percaya 0-1 tahun Perasaan bahawa dunia adalah
tempat yang selamat
Autonomi lawan malu dan 1 – 3 tahun Kesedaran bahawa seseorang adalah
kurang percaya bebas untuk membuat keputusan
Usaha lawan rasa bersalah 3 – 6 tahun Kerelaan utuk mencuba benda baru
dan keupayaan untuk menerima
kegagalan

61 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011


EDU 3102

Kerajinan lawan rasa rendah 6 – baligh Mempelajari kemahiran asas dan


diri kerjasama dengan orang lain
Identiti lawan kekeliruan remaja Mengembangkan rasa keupayaan
yang berkekalan
Kemesraan lawan awal dewasa Menunjukkan hubungan mesra antara
pengasingan satu sama lain
Generativiti lawan statik pertengahan Memberi sumbangan kepada
dewasa masyarakat
Integriti lawan kegagalan tua Menghargai kehidupan diri

(b) Kanak-kanak pintar cerdas secara semula jadi menunjukkan ciri-ciri


pembelajaran yang cemerlang.

Senaraikan lima ciri pembelajaran cemerlang tersebut.

i. Mereka mempunyai kuasa pemerhatian dan dapat mengesan


maklumat secara terpeinci.
ii. Banyak membaca buku dan majalah yang sesuai kepada kanak-kanak
yang lebih dewasa.
iii. Mereka menggemari aktiviti intelektual.
iv. Mereka mempunyai kuasa pengamatan, konsep dan sintesis yang
berkembang baik.
v. Mereka dapat mengaitkan hubungan kesan dan akibat.
vi. Mereka sering menanyakan soalan dan mendapatkan maklumat.
vii. Mereka kritis, dapat menilai dengan tepat dan dapat mengesan yang
tidak konsisten.
viii. Mereka menyimpan maklumat yang banyak dan pelbagai topid dan
dapat mengingat kembali dengan cepat.
ix. Mereka mudah menguasai prinsip-prinsip dan membuat generalisasi
tentang sesuatu peristiwa, orang atau objek.
x. Mereka cepat menanggap kesamaan, keserupaan, perbezaan dan
anomili.
xi. Mereka sering menganalisis komponen yang kompleks secara
sistematik.

(c) Sebagai seorang guru pendidikan khas cadangkan lima aktiviti untuk
pelajar pintar cerdas dalam bilik darjah.

i. Kajian tambahan dalam sesuatu mata pelajaran – papan buletin,


poster
ii. Mewujudkan bahan resos yang mudah diakses dalam bilik darjah.
iii. Mengingatkan pustakawan untuk menyediakan bahan-bahan yang
pada aras yang tinggi mengikut minat pelajar.
iv. Beri bahan-bahan yang mencabar.
v. Susun bahan supaya kanak-kanak dapat mengakses tanpa bantuan.
vi. Sediakan peluang untuk kanak-kanak mengakses maklumat melalui
ICT.

62 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011


EDU 3102

3. (a) Teori Sosio-Emosi Bowlby (1989) menekankan teori Ethology (Theory


of Attachment).

i. Secara ringkas terangkan tiga aspek dalam Teori Perapatan (Theory


of Attachment).

i. Semua haiwan dan manusia dilahirkan dengan isyarat


semula jadi yang mempengaruhi perkembangan tingkah
laku sosial seperti merapatkan kepada orang yang
didampingi.
ii. Hubungan perapatan yang erat mempengaruhi kehidupan
sepanjang hayat individu seperti hubunga kuat antara ibu
dengan anak.
iii. Perapatan yang terbentuk dari jalanan kasih sayang akan
mengeratkan hubungan kuat antara dua orang.

ii. Cadangkan dua cara bagaimana guru boleh mengeratkan hubungan


dengan pelajar berdasarkan kepada Teori Perapatan (Theory of
Attachment).

i. Menambahkan kekerapan interaksi dengan pelajar


ii. Menambahkan keyakinan perhubungan antara guru dan
pelajar
iii. Memahami keperluan dan aspirasi pelajar
iv. Guru perlu lebih profesional dan menaruh kepercayaan
kepada pelajar
v. Interaksi antara guru dan murid perlu tekal / konsisten
vi. Guru berperanan sebagai pakar rujuk / mentor dan
kaunselor
vii. Selalu mengambil berat masalah peribadi pelajar

(b) Amin menghadapi masalah pembelajaran Matematik. Dia sukar


mengingat makna untuk simbol atau sukar menyelesaikan masalah
matematik. Tambahan pula dia sukar ikut turutan dalam
menyelesaikan masalah.

i. Jelaskan empat simptom lain yang mungkin terdapat pada Amin.

i. Kurang keupayaan mengumpul atau memproses makluat


yang diterima dalam ingatan
ii. Keupayaan intelek pada tahap sederhana atau melebihi
tahap sederhana
iii. Kesukaran memproses maklumat dari ingatanjangka
pendek dan jangka panjang
iv. Kepayahan untuk memberi fokus kepada proses
pembelajaran dalam kelas
v. Sukar bercampur dan berkongsi maklumat atau pendapat
dalam kumpulan
vi. Sukar menyuarakan pendapat dalam kerja kumpulan

63 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011


EDU 3102

vii. Lambat untuk membuat keputusan dan saling bergantung


kepada rakan sebaya untuk bertindak

ii. Bagaimanakah guru boleh membantu Amin yang dikategorikan


sebagai kanak-kanak lembam dalam pelajarannya.

i. Mengubah pengajaran yang abstrak kepada yang konkrit :


kemahiran membaca
ii. Elak daripada membuat generalisasi – elak daripada
menyuruh pelajar mengaplikasikan konsep kepada situasi
baru dengan memberi arahan lengkap
iii. Pembentukan sub-skill – kanak-kanak boleh menggunakan
kemahiran asas untuk perkembangan kemahiran lanjutan
iv. Pengajaran secara terus (direct instruction) – pelajar
memberi maklumbalas secara terus dengan menggunakan
strategi motivasi
v. Rancangan pendidikan individu (RPI) – guru menyediakan
RPI khas untuk keperluan pelajar iaitu strategi ABM dan
aktiviti

4. (a) Jelaskan secara terpeinci ciri-ciri perkembangan kognitif peringkat


operasi konkrit menurut pandangan J. Piaget yang boleh dimanfaatkan
oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

 Kebolehan berfikir secara logik tetapi terikat dalam situasi yang


konkrit
 Sudah boleh menguasai konsep pengekalan (conservation)
 Sudah menguasai proses pengelasan
 Boleh menyusun mengikut siri atau secara bersiri; dan
 Mula bersosial semasa bermain atau membuat aktiviti bersama

(b) Huraikan implikasi perkembangan kognitif peringkat operasi konkrit


oleh J. Piaget tersebut terhadap pengajaran dan pembelajaran guru
dalam usaha untuk meletakbetul (repositioning) tingkah laku murid
dalam bilik darjah.

 Boleh terus menggunakan bahan yang konkrit untuk murid


mempelajari sesuatu yang baru
 Memberi peluang kepada murid untuk memanipulasi dan menguji
objek-objek yang digunakan dalam aktiviti dalam bilik darjah
 Memastikan bahawa aktiviti-aktiviti pembentangan dan
pembacaan adalah ringkas dan tersusun
 Menggunakan contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan dengan
pengalaman sedia ada murid; dan
 Memperkenalkan soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah
yang memerlukan pemikiran logik dan analitik

64 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011


EDU 3102

5. (a) Terangkan dengan terpeinci peranan-peranan guru untuk membentuk


personaliti distintif iaitu merangkumi pemikiran dan emosi supaya
murid-murid dapat mengadaptasikan diri dengan kehidupan mereka.

 Memastikan murid-murid mengambil bahagian secara aktif dalam


pengajaran dan pembelajaran
 Kaedah mengajar, aktiviti-aktiviti serta bahan pengajaran dan
pembelajaran hendaklah dirancang berdasarkan kebolehan murid
 Mengadakan banyak aktiviti kumpulan dalam bilik darjah
 Menjalankan sesi kaunseling dengan murid introvert
 Mendedahkan murid dengan aktiviti luar

(b) Bincangkan cara-cara guru dapat membantu pembentukkan konsep


kendiri dalam kalangan murid-murid supaya mereka mempunyai
pandangan yang positif untuk menyesuaikan diri dengan orang lain
dan persekitaran dengan mudah.

 Hendaklah menerima murid seadanya


 Merancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
kebolehan murid-murid
 Hendaklan mengelakkan unsur-unsur diskriminasi dalam
kalangan murid-murid
 Mengelak daripada mencetuskan suasana persaingan yang tidak
positif dalam bilik darjah
 Menggalakkan penyertaan sercara menyeluruh dalam semua
aktiviti yang dirancangkan atau dijalankan

6. (a) Huraikan ciri-ciri kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan


penjagaan yang khusus dari aspek masalah fizikal.

 Mengalami ketidakupayaan fizikal seperti tubuh badan yang tidak


seimbang dan menggigil
 Mengalami ketiakupayaan neurologi yang melibatkan otak dan
urat saraf rosak
 Mengalami kelukaan ortopedik sepert luka tulang, sendi dan otot
 Mengalami masalah sendi-sendi yang kaku
 Mengalami masalah koordinasi motor

(b) Huraikan implikasi-implikasi kanak-kanak bermasalah kecacatan fizikal


terhadap pengjaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

 Penggunaan pemegang buku untuk membantu kanak-kanak yang


tidak berupaya memegang buku
 Penggunaan buku teks elektronik
 Penggunaan komputer
 Penggunaan pen dan pensil khas yang tidak memerlukan tekanan
yang kuat
 Guru perlu mengetahui prosedur untuk membantu kanak-kanak
seperti penyakit sawan

65 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011


EDU 3102

7. Manusia memahami dunia luar atau persekitaran melalui proses berfikir.


Perkembangan intelek berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman
baru dengan mengaiktkannya kepada pengalaman lampau.

(a) Berikan empat faktor yang mempengaruhi perkembangan intelek


kanak-kanak.

BAKA

 Kecacatan mental – rencatan mental oleh pewarisan gen yang resesif


daripada ibu bapa. Contoh penyakit fenilketonuria
 Kecerdasan – mewarisi bentuk fisikal, kelenjar deria, otak dan bentuk
lain yang penting untuk perkembangan kecerdasan. Contoh : Sindrom
Down
 Kromosom yang lebih / kurang

INTELEK

 Pemakanan – ikan utuk perkembangan otak


 Keluarga / ibu bapa / adik beradik
 Rakan sebaya
 Sekolah
 Guru
 Sebaran am – TV pendidikan / media masa
 Tempat tinggal, kemudahan (bandar / luar bandar)
 masyarakat

(b) Cadangkan lima cara seorang guru boleh menggalakkan


perkembangan bahasa dalam kalangan kanak-kanak (7 – 12 tahun).

 Kaitkan kemahiran berbahasa dengan pengalaman konkrit dan


kontekstual
 Gunakan strategi P&P yang pelbagai seperti nyanyian, bercerita,
permainan silang kata, perbincangan kumpulan
 Beri peluang dan ruang untuk kanak-kanak menggunakan bahasa
seperti pertandingan pidato, berbahas, forum dll.
 Galakkan kanak-kanak membaca buku / majalah / internet dll. untuk
mendapat maklumat dan tidak bergantung kepada maklumat daripada
guru
 Gunakan ICT semasa mengajar bahasa – untuk menarik minat
 Adakan kempen budaya membaca
 Adakan pelbagai pertandingan bahasa supaya kanak-kanak mempunyai
peluang utuk menunjukkan kemahiran berbahasa

8. Mei Lan mempunyai jenis personaliti yang introvert semasa di kelas.

(a) Berikan empat cara pelaksanaan seorang guru untuk mengelakkan


Mei Lan daripada terus mengasingkan diri semasa proses pengajaran
dan pembelajaran.

66 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011


EDU 3102

 Jangan terlalu memberi beliau bergantung kepada guru kelasnya 100%


 Membimbing serta menggalakkan beliau untuk lebih aktif menyertai
aktiviti dalam kumpulan
 Memberi motivasi konsep kendiri positif
 Merujuk pelajar berjumpa dengan kaunselor
 Beri pujian bila beliau berjaya
 Beri peluang yang lebih untuk beliau memberi pendapat / mengambil
bahagian dalam aktiviti P&P

(b) Cadangkan lima cara bagaimana rakan sebaya dapat


menggalakkannya supaya Mei Lan aktif.

 Rakan sebaya perlu bergaul dengan beliau


 Mengajak Mei Lan menyertai aktiviti-aktivit pembentangan dalam
kumpulan
 Jangan mentertawakan Mei Lan sekiranya beliau melakukan sebarang
kesilapan dalam kumpulan
 Jangan mengasingkan beliau ketika dalam kumpulan
 Memuji kelebihan Mei Lan jika beliau melakukan sebarang kebaikan

9. Pelajar pintar cerdas menunjukkan kebolehan atau potensi dalam aktiviti


intelek serta bakat khas.

(a) Huraikan lima ciri pelajar pintar-cerdas.

 Keupayaan berfikiran kreatif


 Kebolehan intelek am
 Kebolehan akademik khas
 Berkebolehan dalam satu atau lebih kesenian
 Mudah membuat penyesuaian dari segi sosial dan emosi
 Berupaya memandang jauh ke hadapan

(b) Jelaskan lima implikasi pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas


terhadap pengajaran dan pembelajaran.

 Perancangan bahan dan strategi pengajaran dan pembelajaran dan cara


pelaksanaan hendaklah difikirkan bersama antara guru resos dan guru
biasa
 Strategi yang berbeza
 Bahan pembelajaran hendaklah diindividukan
 Bahan pembelajaran yang lebih mudah atau mencabar mengikut
keperluan pelajar
 Cara penilaian yang berbeza
 Ujian khas perlu disediakan untuk mengambil kira keperluan pelajar
istimewa
 Usaha secara kolaboratif guru biasa dengan guru resos

67 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011


EDU 3102

10. Peringkat perkembangan kanak-kanak adalah hasil daripada pengaruh


proses-proses biologi, kognitif dan sosio-emosi. Huraikan pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak melalui peringkat-peringkatnya.
 Peringkat bayi iaitu individu berusia antara 0 hingga 2 tahun : Pada
peringkat ini kadar pertumbuhan bayi agak cepat. Pada peringkat ini,
sifat-sifat asas manusia seperti bahasa, kebolehan fizikal, kebolehan
menjalin perhubungan emosi mula kelihatan.
 Peringkat awal kanak-kanak iaitu individu berusia antara 3 hingga 8
tahun- Pada peringkat ini, kanak-kanak dapat bermain menggunakan
imaginasi, perkembangan bahasa yang cepat, mula menggunaan otot-
otot halus dan berkebolehan bersosial.
 Peringkat kanak-kanak iaitu individu berusia antara 9 hingga 11 tahun -
Pada peringkat ini, kanak-kanak mula belajar tugas dan aktiviti yang
akan digunakan dalam alam dewasa. Mereka mula menjalin hubungan
dengan rakan sebaya dan memahami boleh peraturan.
 Peringkat awal remaja iaitu individu berusia antara 12 hingga 15 tahun :
Pada peringkat ini, mereka sensitif terhadap paras rupa dan perubahan
fizikal yang dialami. Mereka boleh berfikir secara abstrak, logikal dan
sistematik.
 Peringkat remaja iaitu individu berusia antara 15 hingga 20 tahun - Pada
peringkat ini mereka menjalinkan perhubungan yang rapat dengan rakan
sebaya dan keinginan untuk berdikari mula timbul.

11. Mengetahui perkembangan fizikal kanak-kanak (7-12tahun) dapat membantu


guru dalam merangka pembelajaran dan pengajaran yang sesuai diperingkat
umur ini. Bincangkan implikasi kepada pengajaran dan pembalajaran kanak-
kanak (7-12tahun) di dalam kelas.

 Ajar bermain alat-alat muzik dan aktiviti-aktiviti seperti melukis.


 Libatkan dalam aktiviti permainan dan latihan-latihan seperti
berenang, gimnastik untuk menguatkan otot, daya tahan serta
membina pergerakan yang lebih cekap

68 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011


EDU 3102

 Sediakan aktiviti-aktiviti yang lasak untuk kanak-kanak lelaki,


misalnya bola sepak dan permainan atau sukan yang sesuai untuk
kanak-kanak perempuan misalnya bola jaring
 Aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan
kepada kanak-kanak. Perbezaan saiz, berat badan dengan rakan
sebaya, lebih-lebih lagi jika kanak-kanak tersebut terlebih berat
badan boleh menimbulkan masalah sosial dan masalah penyesuaian
12. Nyatakan 4 peringkat perkembangan kognitif Jean Piaget dan jelaskan setiap
peringkat perkembangan tersebut.

Peringkat Sensorimotor
 Peringkat Sensorimotor berlaku pada umur bayi dilahirkan hingga
berumur 2 tahun
 Peringkat permulaan dalam perkembangan kognitif
 Bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari
tentang persekitarannya
 Bayi boleh mengkoordinasikan maklumat deria dengan kebolehan
motor untuk membentuk skema tingkah laku
 Merasa puas menggunakan mulut untuk merasa dan menghisap
 Piaget menyifatkan aktiviti ini sebagai permulaan proses menyelesai
masalah dalam kehidupan
 Melakukan imitasi terhadap tingkahlaku yang dilihat atau
diperhatikan
 Mencapai tahap pengekalan objek iaitu kebolehan untuk
menggambarkan objek di dalam memori

Peringkat Pra Operasi


 Berlaku pada kanak-kanak yang berumur antara 2 hingga 7 tahun
 Mula menggunakan minda untuk membentuk skema-skema baru
 Menggambarkan dan merancang pergerakan aktiviti dengan
menggunakan minda untuk membentuk skema
 Dapat mewakili sesuatu dengan symbol mental
 Menceritakan pengalaman mereka dengan ayat-ayat yang mudah.
 Permainan membayangkan

69 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011


EDU 3102

 Bersifat intuitif
 Sikap egosentrik

Peringkat Operasi Konkrit


 Berlaku pada kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 11 tahun
 Berkebolehan berfikir secara logik
 Memahami proses transformasi,keterbalikan dan menaakul
 Menguasai 3 peringkat asas iaitu prinsip identiti ,ganti rugi, keterbalikan
 Juga menguasai proses pengelasan
 Berubah daripada pemikiran egosentrik kepada pemikiran decentered
 Tidak boleh membuat hipotesis
 Tidak boleh menyelesaikan soalan abstrak

Peringkat Operasi Formal


 Berlaku pada kanak-kanak yang berumur 11 tahun dan ke atas
 Boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea
 Membuat jangkaan atau andaian berdasarkan fakta
 Boleh memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis
 Berfikir secara abstrak,sistematik dan boleh membuat hipotesis
 Tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri
 Susah menerima pandangan dan pendapat orang lain

13. Apakah implikasi perkembangan bahasa dalam proses pengajaran dan


pembelajaran?
 Mengaitkan kemahiran berbahasa dengan pengalaman yang konkrit
Contohnya, apabila kanak-kanak melakukan sesuatu aktiviti, suruh
mereka ceritakan bagaimana mereka melakukan aktiviti tersebut.
Semasa sesi membaca,beri tumpuan kepada perkataan yang susah.
Terangkan makna perkataan dengan ayat yang mudah difahami.

 Gunakan strategi pengajaran yang pelbagai.


Contohnya, dalam pengajaran bahasa kedua,pasangkan kanak-kanak
dengan rakan sebaya yang lebih mahir dalam kedua-dua bahasa

70 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011


EDU 3102

(bahasa ibunda dan bahasa kedua). Guru menggunakan strategi


bercerita, simulasi, sumbangsaran, pembelajaran koperatif yang
menonjolkan kemahiran berbahasa.

 Beri peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan bahasa.


Contohnya, dalam aktiviti berkumpulan,setiap ahli diberi peluang untuk
menceritakan hasil kerja masing-masing. Galakkan pembentangan di
dalam kelas. Beri peluang kepada kanak-kanak member maklum balas
terhadap aktiviti yang dilakukan.

14. Nyatakan implikasi proses pengajaran dan pembelajaran dalam peringkat


pertama iaitu asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan

Apabila berdepan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah


ketidakpercayaan, guru harus menetapkan rutin bilik darjah yang
berkala dan tetap supaya timbul rasa percaya ke atas sesuatu rutin yang
tetap dan tidak berubah-ubah. Kanak-kanak ini juga perlu dilayan
dengan mesra dan diambil berat. Kasih sayang dan perhatian yang
berterusan perlu diberi kepada mereka. Kanak-kanak ini juga boleh
diletakkan dalam sistem rakan sebaya yang mana terdapat seorang
rakan yang sesuai bertindak sebagai pembantu semasa P&P.

15. Bincangkan cara bagaimana guru dapat membantu dalam pembentukan konsep kendiri
positif pada kanak-kanak.
i. Menerusi Unit Bimbingan dan Kerjaya
•Guru memahami masalah murid secara psikologi
•Memberi keyakinan kepada murid
•Guru sama-sama menyelesaikan masalah
ii. Menerusi gerak kerja kokurikulum
•Membentuk sikap tolong menolong
•Sifat kepimpinan
•Bergaul dengan orang ramai
iii. Menerusi mata pelajaran tertentu sepertiPendidikan Agama dan Moral

71 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011


EDU 3102

•Guru dapat membantu murid menjadi orang bergunakepada diri sendiri dan
masyarakat
•Wujudnya nilai-nilai murni
iv. Menerusi lawatan tertentu
•Persatuan ditubuhkan untuk membentuk personaliti positif di kalangan ahli.
Contohnya Kelab Kembara,menjadikan ahli cergas, tabah, berani hadapi cabaran.
Aktiviti-aktiviti kumpulan dan projek 

v. Melatih bekerja dalam kumpulan


•Berdikari
•Berdisiplin

16. Bincangkan ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas menggunakan contoh-


contoh setiap satunya.

SINDROM DOWN
 Mulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat
 Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung terjelir
 Mata sentiasa berair dan merah
 Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada
kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata
 Bentuk muka yang kecil

SPASTIK
 Sejenis kecacatan atau ketidaksempurnaan anggota tubuh badan
 Tidak mencapai objek yang ditunjukkan
 Tidak berupaya mengangkut badan
 Tidak berupaya berpijak atau berdiri
 Tidak berupaya memegang objek

AUTISME
 Perlakuan yang bongkak
 Ketawa dengan tiba-tiba
 Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap

72 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011


EDU 3102

 Tidak mengenali bahaya


 Tidak merasai kesakitan
 Menangis dan marah tanpa sebab
 Permainan yang luar biasa

CACAT AKAL (RINGAN)


 Idiot
o Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin
mencederakan diri sendiri
 Imbersil
o Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih
 Moron
o Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas
o Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa
o Lambat berjalan dan lambat bercakap
 Lembab
o Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan
situasi sekolah biasa

CACAT AKAL (BERAT)


 Kesukaran ketika makan dan selalu muntah
 Mengigit sesuatu dalam mulut dan tidak mahu mengeluarkannya
 Air liur yang meleleh tanpa kawalan
 Sukar bernafas
 Sukar tidur dan terjaga waktu malam
 Selalu menangis
 Sukar bercakap dan memahami orang lain

HIPERAKTIF
 Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya
 Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan
 Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan
warna
 Tidur yang tidak tetap
73 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011
EDU 3102

 Terlalu kerap menangis atau ketawa


HIPOAKTIF
 Suka berkhayal
 Murang dan menyendiri
 Aktiviti fizikal yang pasif
 Tiada respond pada persekitaran
 Suka termenung

PINTAR CERDAS
 Suka mencari helah
 Kebolehan yang luar biasa
 Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi
 Pergaulan dengan kanak-kanak lain
 Perkembangan bahasa yang lambat

17. (a) Terangkan peringkat operasi formal kanak- kanak.

Pada peringkat operasi formal, kanak–kanak boleh melakukan proses


mental ke atas idea–idea dan membuat jangkaan atau andaian
berdasarkan fakta. Pemikiran mereka tidak lagi terikat kepada bahan–
bahan konkrit. Mereka sudah boleh memikirkan idea secara abstrak dan
membuat hipotesis. Kanak –kanak pada peringkat ini boleh mengkaji
masalah–masalah abstrak secara sistematik dan membuat generalisasi
terhadap masalah tersebut. Antara ciri– ciri pemikiran formal adalah
berfikir secara abstrak. Kanak–kanak boleh berfikir secara abstrak
seperti menyelesaikan masalah–masalah matematik di mana perwakilan
abstrak. Mereka juga boleh berfikir secara sistematik untuk memberi
beberapa kemungkinan penyelesaian. Selain itu, mereka juga boleh
membuat hipotesis dan mencari alternatif peneyelesaian masalah.
Mereka boleh menakul secra induktif dan deduktif. Penaakulan deduktif
bermaksud pemikiran daripada yang am kepada yang khusus. Melalui
fakta–fakta yang dipelajari seperti keperluan asas tumbuhan untuk
membuat makanan, kanak–kanak boleh memberi contoh keadaan–
keadaan yang memungkinkan tumbuhan hidup dengan subur. Manakala
pemikiran induktif ialah berfikir aspek yang khusus kepada aspek
74 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011
EDU 3102

generalisasi yang lebih luas. Dengan mengkaji kesan pencemaran alam


sekarang mereka boleh membuat hipotesis tentang apa yang akan
terjadi kepada bandar- bandar besar yang mengalami pencemaran teruk
pada 10 tahun akan datang. Kebolehan mereka memikirkan
penyelesaian–penyelesaian yang mungkin secara induktif atau deduktif
memungkinkan kereka membuat kajian dan menggunakan pemikiran
saintifik.

(b) Terangkan implikasi peringkat operasi formal kanak-kanak terhadap


proses pengajaran dan pembelajaran.

 Guru bolehlah menggunakan bahan yang konkrit untuk


mengillustrasikan konsep yang lebih kompleks. Penggunaan bahan
3D, model, carta rajah, pengalaman pelajar sendiri sebagai
permulaan kepada pengajaran yang lebih kompleks.
 Guru mestilah memberi peluang kepada pelajar menyelesaikan
masalah dengan sendiri
 Bimbing pelajar untuk membuat andaian–andaian penyelesaian dan
membuat hipotesis. Dengan pendedahan yang diberikan pada
peringkat sebelum ini, beri lebih banyak peluang untuk pelajar
menyelesaikan masalah dengan sendiri
 Bimbing pelajar untuk membuat andaian–andaian penyelesaian.
 Galakkan pemikiran secra kristis dan kreatif
 Beri peluang kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah serta
memberi sebab kepada penyelesaian yang dikemukakan
 Suruh pelajar bentangkan idea dan kritik idea yang dikemukan
 Kemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikat dengan fakta–
fakta. Biarkan pelajar meneroka dan mangkaji sendiri konsep
tersebut
 Terima pendapat pelajar dan bimbing pelajar untuk belajar menerima
pendapat orang lain

75 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011


EDU 3102

18. Carl Rogers (1950) mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran
persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya juga persepsi dirinya
berbanding dengan orang lain di persekitaran. Nilai-nilai diri yang dilihat
adalah berkaitan dengan pengalaman yang telah dilalui dan matlamat hidup
jangka masa depan.
(a) Berikan dua ciri konsep kendiri positif dan huraikan bagaimana individu
tersebut apabila mengalami masalah.
 Mempunyai personaliti yang harmonis dan seimbang
 Bersifat tenang dan penuh ketabahan apabila menghadapi cabaran
 Menikmati lebih banyak kejayaan daripada kegagalan
 Bersikap bertimbang rasa serta pandangan terbuka
 Mempunyai pandangan positif terhadap diri sendiri
 Merasa bangga diri sendiri dan berani mencuba
 Mudah bersosialisasi dengan orang lain
 Mudah diterima oleh orang lain
(b) Berikan tiga faktor terbentuknya konsep kendiri negatif dan kaitkan
dengan kehidupan seharian.
 Pengaruh baka ke atas ciri-ciri fizikal serta kecerdasan
 Bentuk tubuh badan mempengaruhi sahsiah
 Keadaan fizikal mempengaruhi perubahan tingkah laku
 Emosi mempengaruhi perasaan
 Pengaruh keluarga membentuk sikap dan kepercayaan
 Kebudayaan mempengaruhi persepsi diri dan persepsi orang lain
terhadapnya
 Pengaruh sekolah yang mengubah tingkah laku sesuai dengan
aspirasi kumpulan sebaya atau gurunya
 Status sosial keluarga mempengaruhi pembentukan sahsiah
sesesorang

19. Menurut Dasar Pendidikan Khas di Malaysia, murid-murid bekeperluan khas


merujuk kepada murid-murid yang mengalami kecacatan penglihatan.
Kategori kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran di bawah tanggungan

76 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011


EDU 3102

Kementerian Pelajaran termasuklah sindrom down, autisme ringan, attention


deficit hyperactive disorder (ADHD), terencat akal minimum dan masalah
pembelajaran spesifik seperti disleksia.
(a) Berikan ciri-ciri kanak-kanak yang mengidap attention deficit
hyperaktie disorder (ADHD).
 Tidak dapat mengekalkan perhatian
 Mudah mengalih perhatian
 Sukar menyiapkan satu tugasan
 Pelupa
 Sifat hiperaktif
 Pergerakan fizikal yang keterlaluan

(b) Sebagai seorang guru pemulihan, terdapat seorang daripada murid


anda mengidap penyakit ADHD. Bagaimanakah anda mengendalikan murid
sepertinya?
 Kedudukan tempat duduk berhampiran dengan tempat duduk kguru
agar senang diawasi tingkah lakunya
 Menggunakan prinsip peneguhan agar mereka diberi peneguhan
positif apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang baik
 Peraturan dan prosedur di dalam bilik darjah dipaparkan dengan
jelas dan nyata
 Objektif pembelajaran haruslah dinyatakan dengan ekspilit dan murid
menjawab dengan segera
 Semasa mengajar, arahan perlu ringkas dan perlu diulang agar murid
memahami dengan jelas
 Beri tugasan yang ringkas
 Beri peluang kepada murid untuk libatkan diri dalam aktiviti yang
aktif

20. Huraikan perbezaan di antara pertumbuhan dan perkembangan dari aspek


fizikal, kognitif, emosi dan sosial.

77 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011


EDU 3102

Ciri-ciri Pertumbuhan Perkembangan

Fizikal Peningkatan dalam saiz Proses individu


seperti perubahan tinggi, memperkembangkan kemahiran
berat badan dan gigi. psikomotor. Kemahiran
menggunakan anggota badan,
misalnya seorang bayi mula
memusing badan, duduk
kemudian merangkak, berdiri,
berjalan dan berlari.

Kognitif Keupayaan berfikir Kemahiran membaca, menulis,


mengira,berfikir secara kreatif
dan kritis.

Emosi Perasaan gembira, sayang, Kemahiran mengurus dan


marah dan cemburu. mengawal emosi.

Sosial Menjalin perhubungan Kemahiran menjalin


dengan ibu bapa, keluarga, perhubungan sosial dan
rakan dan mereka di menunjukkan perlakuan baik dan
persekitaran individu tersebut. sesuai mengikut norma-norma
masyarakat.

21. Berikan peringkat-peringkat dalam perkembangan kanak-kanak serta ciri-


cirinya.

 Peringkat bayi ( 0-2 tahun) iaitu pada peringkat ini kadar ciri-ciri
pertumbuhan cepat seperti sifat-sifat asas manusia, bahasa,
kebolehan fizikal dan kebolehan menjalin perhubungan emosi mula
kelihatan.
 Peringkat awal kanak-kanak (3-8 tahun) iaiatu dapat bermain
menggunakan imaginasi, perkembangan bahasa yang cepat,
penggunaan otot-otot halus dan kebolehan bersosial.
 Peringkat kanak-kanak ( 9-11 tahun ) iaitu kanak-kanak mula belajar
tugas dan aktiviti yang akan digunakan dalam alam dewasa. Mula
menjalin hubungan dengan rakan sebaya dan memahami peraturan.
 Peringkat awal remaja ( 12-15 tahun ) iaitu sensitif terhadap paras
rupa dan perubahan fizikal yang dialami. Boleh berfikir secara
abstrak, logikal dan sistematik.
 Peringkat remaja ( 15-20 tahun ) iaitu perhubungan yang rapat
dengan rakan sebaya dan keinginan berdikari.

78 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011


EDU 3102

22. Perkembangan emosi berlaku daripada peringkat bayi sehingga remaja.


Apakah implikasi perkembangan emosi terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran?
i. Bina asas kepercayaan di dalam bilik darjah
 Memberi layanan sama rata terhadap semua murid
 Elakkan daripada memberi hukuman/layanan berdasarkan khabar
angin
ii. Bantu murid menyedari emosi dan meluahkan perasaan.
 Galakkan murid menulis jurnal untuk luahan emosi.
 Jelaskan dan ceritakan emosi anda sendiri dalam situasi-situasi
tertentu.
iii. Bantu pelajar mengenali emosi orang lain
 Dalam aktiviti berkumpulan,suruh pelajar meneka emosi rakan
pada sesuatu situasi.
 Semasa murid menonton filem atau mebaca cerita, minta mereka
kenal pasti emosi karektor-karektor dalam situasi tersebut.
iv. Bincangkan strategi-strategi mengawal emosi
 Beri alternatif yang boleh digunakan untuk mengawal emosi
seperti berhenti sejenak atau membuat rasionalisasi.
 Ceritakan pengalaman anda sendiri bagaimana untuk mengawal
perasaan marah, kecewa dan gelisah.

23. Helah diri bermaksud usaha yang dilakukan secara kebiasaan sama ada
secara sedar atau tidak sedar oleh seseorang bagi mempertahankan ego,
ancaman dan kebimbangannya. Nyatakan jenis-jenis helah bela diri beserta
huraian dan contoh yang lengkap.
(a) Rasionalisasi
Memberi penerangan atau alasan yang munasabah terhadap sesuatu
tingkahlaku untuk melindungi motif yang sebenar dan mepertahankan
ego. Contohnya seorang murid yang gagal dalam peperiksaan akan
memberi alasan bahawa dia gagal kerana guru bersikap pilih kasih.

79 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011


EDU 3102

(b) Projeksi
Satu tindakan yang dilakukan oleh individu untuk membalikkan
konflik yang terdapat dalam dirinya kepada orang lain. Contohnya
seorang abang yang dimarahi oleh ayahnya memindahkan
kemarahannya kepada adik-adiknya.
(c) Fantasi
Seseorang cuba mengurangkan ketegangan dengan cara
berkhayal dan membentuk situasi yang lebih selesa daripada
keadaan sebenar. Contohnya seorang yang miskin berfantasi
untuk menjadi kaya.
(d) Identifikasi
Seseorang yang cuba menutup kelemahan diri dengan
menyifatkan dirinya sama seperti orang lain yang mempunyai
kuasa atau kelebihan. Contohnya seorang remaja menyatakan
beliau rapat dengan kumpulan sorak sekolah untuk
mengidentifikasikan dirinya sebagai seorang yang popular.

24. Terangkan ciri-ciri kanak-kanak peringkat praoperasi dan operasi konkrit.

TAHAP PRAOPERASI (2-7 TAHUN)

Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan
bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam
permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas
lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap
yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak
adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif
mereka sahaja.

Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak


menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :
i. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku
yang ketara seperti kebolehan mengira.

80 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011


EDU 3102

ii. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan
dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.

iii. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan
sesuatu pengukuhan tingkah laku.

Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan
pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan.
Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh
perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses
pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa
lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang
statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian
mental.

Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu :
(a) Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun )
(b) Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun )
Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan
memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka
belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran.

Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang,


ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap
hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama
proses kognitif dalam tahap ini iaitu ‘egocentrism’, ‘konsep sebab-akibat’,
‘peningkatan perolehan bahasa’ dan ‘pembentukan identiti diri’.

Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan ; iaitu pengetahuan
bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan @ keadaan fizikal
sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu
bahawa jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila
bentuk dan susunannya berubah.

81 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011


EDU 3102

TAHAP OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN)

Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa
kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi
berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan
ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu
yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya
semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat
orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-
rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman
persekolahan.

Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula
memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep
nombor, berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan
sesuatu benda atau objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini
masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak
seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka
hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali
haiwan, tumbuhan dan sebagainya.

Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada
tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak
boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.

25. Terangkan perkembangan dan konsep-konsep yang telah dapat difahami


oleh kanak-kanak pada tahap Operasi Konkrit.

i. Kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada
tahap praoperasi.
ii. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar
bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih
dewasa.

82 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011


EDU 3102

iii. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula


menerima pendapat orang lain
iv. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan
yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman
persekolahan.
v. Kanak-kanak mula memahami unsur-unsur pemikiran logik
vi. Kanak-kanak faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan
padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau
objek. Cthnya Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau
objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya
vii. kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul
tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan,
makna hidup.

26. Berdasarkan teori Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak terbahagi


kepada empat bahagian. Senaraikan dan huraikan kesemua bahagian-
bahagian tersebut.

27. Di dalam perkembangan kanak-kanak, perkembangan bahasa mereka adalah


sangat penting. Terdapat beberapa komponen di dalam perkembangan
bahasa. Senaraikan dan jelaskan kelima-lima komponen tersebut.

28. Jelaskan bagainakah cara guru membantu murid dalam menguruskan


emosi diri mereka?

(a) Amalkan sikap kepimpinan demokratik


-       Wujudkan interaksi dua hala guru dan murid
-       Dorong murid berinteraksi sesame mereka
(b) Mengelolakan banyak aktiviti kumpulan
-       Dapat memberi peluang kepada murid untuk interaksi sesama
mereka.
-       Perlu rancang aktiviti yang sesuai dengan tahap mereka.
(c) Menggunakan teknik menyoal
-       Untuk dpatkan tindak bals dan respon dari murid
-       Dapat libatkan diri secara aktif

83 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011


EDU 3102

(d) Menggunakan percakapan yang sesuai


-       Galakkan murid mengemukakan pendapat dan idea mereka
-       Teknik memuji dan sokongan bagi membakar semangat
(e) Menggunakan strategi memusatkan murid
-       Kaedah perbincangan kumpulan bagi mengumpul murid dalam
satu kumpulan
-       Libatkan diri secara lansung

29. Terangkan dan huraikan 3 ciri konsep kendiri positif.

(a) Bebas membuat pilihan dan keputusan sendiri


Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif akan
sentiasa merasa bebas untuk membuat pilihan dan keputusan.
Jarang berdepan dengan dilema atau kekeliruan dalam membuat
sebarang keputusan atau pilihan. Mereka tidak teragak-agak
dalam membuat keputusan dan boleh membuat pilihan tanpa
terikat dengan pengaruh rakan serta desakan keluarga.
(b) Selalu merasa gembira
Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif akan selalu
kelihatan riang dan gembira. Walaupun mereka mempunyai
masalah, mereka pandai menyembunyikan masalah tersebut.
Mereka tidak pernah mengeluh dan menganggap masalah
tersebut sebagai satu cabaran yang perlu diatasi. Tahap
kegembiraan mereka akan bertambah sekiranya masalah tersebut
dapat diatasi. Sekiranya tidak, mereka akan merujuk kepada
orang yang boelh dipercayai dan
memahami diri mereka untuk bantuan nasihat.
(c) Mudah berkawan
Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif didapati
senang membuat kawan dan disenangi oleh orang persekitaran.
Sikap mereka yang tidak sombong dan pandai menghargai rakan
serta sentiasa membantu menyebabkan rakan suka mendampingi
mereka.

84 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011


EDU 3102

30. Bincangkan implikasi kanak-kanak masalah kecacatan fizikal kepada proses


pengajaran dan pembelajaran.
 guru perlu berpengatahuan tentang masalah yang dihadapi muridnya.
Misalnya mengetahui prosedur bagaimana mengurus seorang kanak-
kanak yang diserang sawan atau asma
 guru juga perlu jelas tentang kesan masalah fizikal ini ke atas
perkembangan psikososial kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak ini
kadang-kadang tidak memahami penyakit yang mereka alami dan
menghadapi masalah penyesuaian
 guru perlu peka kepada keperluan murid. Misalnya seseorang kanak-
kanak cerebral palsy boleh menggunakan computer atau pen serta
pensil yang tidak memerlukan tekanan yang kuat sekiranya menulis
 penggunaan pemegang buku ‘book holders’ atau buku teks elektronik
dapat membantu kanak-kanak kurang upaya memegang buku
 guru haruslah member sokongan dan dorongan kepada kanak-kanak ini
untuk meningkatkan keyakinan diri mereka supaya mereka merasa
boleh serta berkeyakinan menguruskan diri sendiri dengan baik
 guru juga haruslah memberi perhatian terhadap susunan bilik darjah.
Susunan bilik darjah seharusnya memudahkan pergerakan kanak-kanak
dna memberikan mereka akses yang mudah kepada bahan-bahan
pembelajaran

31. Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak merupakan aspek yang


penting untuk proses perkembangan kanak-kanak. Banyak pihak yang
bertanggungjawab bagi memastikan perkembangan fizikal dan kognitif
kanak-kanak berjalan dengan lancar. Perkembangan fizikal dan kognitif
kanak-kanak juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
(a) Berdasarkan pernyataan di atas, apakah faktor-faktor yang
mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak?

Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau


keturunan dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-
ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri
seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Baka

85 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011


EDU 3102

diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. Baka ini


boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan
had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak
pandai.

Di samping faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-


ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi,
guru dan sekolah pula mempengaruhi perkembangan individu dalam
setiap peringkat pertumbuhannya.

Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan


manusia. Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan
individu ialah suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-
ekonomi keluarga. Adalah telah diketahui umum, perbezaan suasana
rumah, makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluarga melahirkan
perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya.
Misalnya :

 Kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra


dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami
perkembangan emosi yang sihat.
 Makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-
kanak memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna.
 Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik
akan mengalami perkembangan potensi, tingkah laku dan
emosi dengan sempurna

Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu


perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana
keluarga ini berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan
seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-
anak mereka.

86 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011


EDU 3102

(b) Berdasarkan pernyataan di atas, apakah faktor-faktor yang


mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak?

Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan


kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi
dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya
yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan
potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi
dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-
nilai murni yang positif daripada mereka.

Perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh


persekitaran yang melingkunginya, seperti rumah dan sekolah
Masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan
dan kepercayaan masyarakat yang berbeza mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak dalam aspek sosio-emosi, personaliti
dan mental. Misalnya:
 Perbezaan nilai hidup membentuk perbezaan falsafah hidup
di kalangan individu.
 Perbezaan kebudayaan dan agama melahirkan perbezaan
cara hidup serta tingkah laku manusia.
 Masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya
dengan membentuk sikap yang sihat seperti
bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral, beretika serta
kuat beragama dengan nilai kerohanian yang sempurna.
 Masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan
mempengaruhi sikap manusia yang mementingkan diri
sendiri dan bersikap materialistik, serta mengabaikan nilai
kerohanian dan nilai kejiwaan.
 Kebudayaan masyarakat yang menitikberatkan kepada
keagamaan akan melahirkan individu yang beriman.

Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya


kepada sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupannya.

87 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011


EDU 3102

Sumber teknologi ini merujuk kepada maklumat-maklumat yang


diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti suratkhabar,
majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Seperti yang
kita ketahui bahawa pendedahan kanak-kanak kepada sumber
teknologi yang sihat akan meningkatkan kadar perkembangan
kognitif, emosi dan sosialnya. Sebaliknya, kanak- kanak yang
didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan,
kuning atau kezaliman, akan membentuk sikap yang negatif dan
personaliti yang tidak diingini.

Guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting


dalam perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan
sosialnya. Guru yang bersifat penyayang dan cekap menguruskan
aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah akan
melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran negara. Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi
dengan kemudahan-kemudahan pengajaran-pembelajaran akan
membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar.

Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama


diberi tugas untuk memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Tugas murni ini telah dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang diisytiharkan pada tahun 1988.

32. (a) Persatuan Terencat Akal Amerika (AAMR) mendefinisikan terencat


akal sebagai satu ketidakupayaan yang dapat dilihat melalui fungsi
intelek serta tingkahlaku penyesuaian seperti komunikasi, penjagaan

88 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011


EDU 3102

diri dan kemahiran social yang amat terhad. Nyatakan kategori kanak-
kanak yang tergolong dalam terencat akal berserta huraiannya.

(b) Masalah kecacatan fizikal adalah salah satu daripada ciri-ciri kanak-
kanak kerperluan khas. Nyatakan lima kecacatan fizikal beserta huraiannya.
Sindrom down
 kecacatan kromosom yang ke-21
 berlaku dalam satu per lapan lapan ratus kelahiran
 ciri seperti mulut terbuka, lidah tebal dan pendek, mata berair dan
merah, mata sepet dan muka yang kiecil, gemapl, pendek dan
bongkok, suka bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan baik.

Autisme
 cacat mental seumur hidup
 masalah komunikasi kerana tidak boleh entafsir air muka dan
gerak isyarat
 tabiat stereotaip
 lebih minatbarang permainandaripada berinteraksi

Pintar cerdas
 memerlukan sokongan
 ciri seperti kebolehan mempelajari lebih cepat, keinginan untuk
tahu yang lebih, menetapkan matlamat tinggi, mahir member
idea,kebolehan memimpin, empati kepada orang lain

Cerebral palsy
 kesukaran bergerak akibat koordinasi
 sebab neurologi motor yang berfungsi baik
 ada kecacatan lain seperti penglihatan, pertuturan dan terencat
akal

Epilepsi
 penyakit sawan

89 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011


EDU 3102

 masalah neurologi
 menggeletar

Spina bifida
 kecacatan tulang belakang
 lumpuh bahagian bawah
 boleh diubati dengan pembedahan

Muscular dystrophy
 merosot kekuatan otot
 perlu kerusi roda
 kecerdasan tidak terjejas

Limb deficiencies
 anggota tidak sempurna
 kemalangan semasa kelahiran
 boleh dilatih guna anggota palsu

33. (a) Nyatakan peranan guru dalam membentuk perkembangan personaliti


individu.
 Sensitif dengan potensi murid- memberi galakkan dan dorongan
kepada murid-murid untuk menggilap potensi kanak-kanak-
galakan dan dorongan mampu membentuk personaliti yang baik
 Menerima hakikat bahawa setiap individu berbeza dan unik-
berbeza dariapada segi kognitif, emosi, fizikal, dan personality-
memberi bimbingan kepada kanak-kanak untuk lebih
mengahadapi cabaran dan dugaaan hidup
 Memahamikeperluan murid mengikut peringkat umur-guru
mempunyai pengetahuan tentang ilumu psikologi kanak-kanak
 Membina imej kendiri posifif- guru perlu membantu kanak-kanak
membina konsep kendiri yang positif-menjadi diri mereka lebih
berdikari dan berkeyakinan tinggi untuk melibatkan diri dalam
menjalani kehidupan yang mencabar

90 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011


EDU 3102

(b) Berikan contoh faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan


personaliti.
 Faktor kebakaan dihubungkaitan dengan kecerdasaan dan juga
bentuk tubuh - wujud pola genetik semasa persenyawaan
mempengaruhi perkembangan personaliti individu
 Faktor pengalaman awal individu
Pengalaman unik pada individu itu sahaja - individu akan
bertindak secara sendirinya terhadap tekanan sosial yang
dihadapinya - penekanan kepentingan pengalaman awal oleh
Freud dalam perkembangan personaliti-persekitaran
individu seperti budaya, adat resam, nilai dan cara hidup
masyarakat, juga mempengaruhi perkembangan personaliti
individu
 Latar belakang sekolah- suasana sekolah yang kondusif dari segi
fizikal, emosi dan sosioal menyumbang kepada perkembangan
personaliti yang bpositif dikalangan kanak-kanak. Sekolah
sebagai tempat bimbingan dan pembentukan personaliti individu-
guru memainkan peranan dalam pembentukan personaliti kanak-
kanak - sekolah turut menyumbang kepada personality individu
yang tidak seimbang - aktiviti-aktiviti yang baik mampu
mengalakkan pembentukan peribadi kanak-kanak.
 Pengaruh keluarga - banyak mempengaruhi pembentukan
personalitI kerana banyak masa dihabiskan bersama keluarga-ibu
bapa harus memberI kebebasan untuk bermain sambil memerhati
setiap pergerakan anak-anak untuk mengelak kejadian buruk
berlaku.
 Peranan media - banyak maklumat dapat disampaikan secara
terus kepada kanak-kanak - maklumat tersebuta akan
mempengaruhi kanak-kanak- menerangkann implikasi dan motif
yang baik dalam menyampaikan maklumat melalui media.
 Pemakanan - digalakkan memakan makanan yang berzat, bersih,
dan halal.

91 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011


EDU 3102

 Pengaruh sosialbudaya - tanap didikan agama kanak-kanak


mudah terpengaruh dengan gejala negatif; gaya hidup bebas;
terikut-ikut dengan zaman moden

34. Terangkan lima tahap perkembangan yang ditekankan di dalam teori


perkembangan psikoseksual Freud secara ringkas?

35. Apakah konflik yang berlaku pada perkembangan tahap phallic dan kesannya
terhadap personaliti dewasa?

36. Apakah aktiviti yang dilakukan oleh orang dewasa yang menunjukkan mereka
telah terlekat pada tahap oral dan anal. 

37. Terangkan perkembangan dan konsep-konsep yang telah dapat difahami


oleh kanak-kanak pada tahap Operasi Konkrit.

92 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

You might also like