AuthorTopik: Kelebihan Qiamullail (Read 5706 times

)
0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.

alhaudhie

• • • o o
Kelebihan Qiamullail
« on: 08 September, 2007, 04:06:48 AM »

Posts: 1520

Kelebihan Qiamullail

1.

Daripada Abu Hurairah : Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku

tentang suatu amalan yang membolehkan aku masuk Syurga lalu nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya engkau akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Ibnu Habban dengan sanad sohih

2. Daripada Abdullah bin Salam katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Wahai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, jalinkanlah silaturrahim dan bangunlah untuk dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya kamu akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Tarmizi, Ahmad, Hakim, Darimi, Ibnu Majah dan Ibnu Saad dengan sanad sohih

3. Daripada Abu Hurairah katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah Muharram dan sembahyang sunat yang paling afdhal selepas solat fardhu ialah solat pada waktu malam –

Dikeluarkan oleh Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasaie, Ibnu Khuzaimah, Ahmad, Darimi, dan Baihaqi dengan sanad sohih

4. Daripada Abdullah ibnu Umar katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Wahai Abdullah ibnu Umar! Janganlah engkau menjadi seperti si Pulan di mana dia bangun pada waktu malam tetapi dia tidak melakukan ibadat qiamullail – Dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad dengan sanad sohih

http://members.tripod.com/~DarulUlum/BH21.htm
Logged
ISLAM untuk semua Bakper: Ustaz cakak ganung pekat. Jawak: Pasal ghama dok pahang biler cakap standark.

alhaudhie

• • • o o
Re: Kelebihan Qiamullail
« Jawab #1 on: 08 September, 2007, 11:24:58 AM »

Posts: 1520

§

Qiamullail adalah satu cara mendekatkan diri kepada Allah yang sangat dituntut oleh agama. Qiamullail adalah bangun sepertiga malam untuk melakukan ibadat tertentu seperti solat, doa, zikir dan sebagainya.

§
Qiamullail adalah sumber kekuatan rohani bagi orang mukmin

Lantas beliau berwudhu’ dan kembali ke bilik. akan saya diamkan sahaja. 11:30:32 AM » Posts: 1520 Imam Syahid Hassan Al-Banna menghadiri sebuah mu’tamar di Daqhaliah. Perlahan-lahan beliau berjalan ke tempat mengambil wudhu’ tanpa alas kaki risau kemungkinan Ustaz Umar terjaga mendengar derap bunyi selipar. disangka bahawa Ustaz Umar telah tidur. Imam Syahid mengulangi pertanyaan dan dijawab dengan jawapan yang sama. Beberapa minit kemudian.” Beberapa saat kemudian. Imam Syahid bertanya: “Wahai Umar. apakah kau sudah tidur?” Ustaz Umar menjawab: “Belum. Imam Syahid bersama dengan Ustaz Umar Tilmisani bergegas ke sebuah bilik berisi dua tempat tidur. Masing-masing dari keduanya pun berbaring di atas tempat pembaringannya. akh umar berkata dalam hati: “Jika Ustaz Hassan bertanya lagi kepada saya. Akhirnya. Selesai sahaja mu’tamar.Kemudian.” Setelah ditanya berkali-kali. Di ruang yang paling hujung.Banna keluar terhendap-hendap perlahan dari kamar tidurnya dengan terinjut-injut kakinya. beliau lalu membentang kain sejadahnya . Ustaz Hassan Al.Logged alhaudhie • • • • o o Re: Kelebihan Qiamullail « Jawab #2 on: 08 September. 2007.

Seperti yang dinyatakan dalam Surah Muzzammil.” Selain itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. qiamullail. dan orang-orang yang lain lagi berperang di jalan Allah. Allah telah mewajibkan qiamullail buat setahun lamanya. Pada zaman awal sahabat di mana jumlah orang Islam sangat sedikit dan golongan yang terdiri daripada As-Sabiqun Al-Awwalun yang rata-ratanya orang miskin dan lemah. tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. Madrasah tarbiyah Ramadahan telah mengajar kita untuk mengekang al-hawa yang menjadi antara musuh utama kita. Dia mengetahui bahwa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orangorang yang berjalan di muka bumi mencari sebagian karunia Allah. Perlulah dipastikan untuk kita tajarrud (menghilangkan. ayat 20: “Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwasanya kamu berdiri (sembahyang) kurang dari dua pertiga malam. dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. menanggalkan) segala bentuk jahiliyah dan unsur al hawa yang mendokong pelbagai nama di era moden ini. Maka dia memberi keringanan kepadamu. Ramadhan pergi. Walaupun. Ia merupakan antara langkah utama ynag perlu dititikberatkan dalam proses tarbiyah di mana Syed Muhammad Ahmad Al-Rasyid dalam bukunya ‘Al-Muntalaq’ menjelaskan kepentingan meninggalkan al hawa. Bulan Ramadhan yang baru sahaja pergi meninggalkan kita. dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Apabila ditanya oleh rakan sebilik dalam penjara mengapa beliau masih lagi sanggup untuk bangun solat malam walau telah seharian suntuk dipukul dan disiksa dengan dahsyat oleh regim zalim. Allah mengetahui bahwa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan batas-batas waktu-waktu itu. bukan sahaja membina fizikal yang kuat malah turut membentuk jiwa dan rohani yang teguh. Sepertimana yang dinyatakan oleh Syed Qutb. Karena itu Bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran. Rakannya menasihatkan supaya berehat sahaja kerana hari-hari berikutnya pasti akan ditempuh .dan mulai melaksanakan solat tahajjud. namun tidak menjadi alasan untuk kita tidak memperbanyak amalan-amalan ibadah terutamanya qiamullail. dan mohonlah ampunan kepada Allah. atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersama kamu. Maka Bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran dan Dirikanlah sembahyang. Kesempatan bulan Ramadhan dipenuhi dengan banyaknya amalan istimewa seperti terawih dan tida kurang juga qiam-qiam di malam hari.

insyaALLAH.redhoKa mathlubi. Insya Allah. 11:42:51 AM » Posts: 62 Ilahi.anta maqsudi.. 2007.. Moga kehadiran Ramadhan kali ini dpt kita penuhi dgn ibadat pdNYa dan marilah sama2 kita melatih dn memnbina diri utk melazimkn diri dgn amalan qiamulail ni.. Sama2lah kita merancang amaln ibadat kita sebaiknya dan merebut pahala dan rahmat yg melimpah di bulan Ramadhan ini. Logged Dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan. http://dakwah. Pahala ibadat di bulan Ramdhan digandakn sebyk 70kali ganda. sudah pasti aku tidak mampu untuk bertahan seksaan di siang hari. kalau dilihat sewaktu zaman rasulullah SAW dn para sahabat telah diwajibkn selama setahun solat malam. kecuali orang-orang yang menhadap Allah dengan hati yang bersih (Asy Syuara: 87-89) AsRaR • .(Yaitu) di hari harta dan anak tidak berguna.info/mutiarakisah/?p=23#more-23 Logged zinniratunnajua • • • • o o Re: Kelebihan Qiamullail « Jawab #3 on: 08 September.seksaan-seksaan yang lebih dahsyat....pentingnya qiamulail dalam proses membina aqidah yg mantap.” Moga-moga kita mengambil pengiktibaran untuk memartabatkan qiam antara amalan harian kita. Beliau dengan tenang menjawab: “Jika aku tidak bangun untuk qiam pada malam hari.

..redhailah perjalananku.. 07:24:27 AM » Posts: 206 hidup dengAn tArbiyyAh • lepas ni. Logged halawah .... sama2lah kte bangun sepertiga malam untuk melakukan Qiamulail. 2007. ditafsirkan..• • o o Re: Kelebihan Qiamullail « Jawab #4 on: 11 November..... 2008... maka kembara diteruskan.. Ya Allah. 07:33:53 AM » Posts: 206 hidup dengAn tArbiyyAh • byk kelebihan qiamulail ni Logged kadang-kadang keadaan sukar untuk dimengertikan. AsRaR • • • o o Re: Kelebihan Qiamullail « Jawab #5 on: 07 February....

maka dgn teman/kawan sebilik dan berikutnya. *Itupun jk kompt diwaktu mlm mudah On Line dibuka secara A LIVE.Jika ia seasrama.Yg paling penting niat ikhlas kpd Allah swt. Bagi yg sdh berpasangan dgn pasangannya.samalah kita bangunkan keluarga kita dgn mengerjakan solat Qiyamullail. Wallahu'alam bissawob. Sekurangnya diri sendirilah yg mendirikan.Dan makmurkan agama serta hidupkan Sunnah ummat MUhammad saw. 2008. Bagi yg jauh dr masjid maka mengajaklah siapa2 yg berdekatan utk mengerjakannya.Tergantung keadaan kesanggupan masing2. 10:18:46 AM » Posts: 1927 İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh Ya.tapi bukan solat berdepan dgn kompt .jika bersemangat dgn halaqian jk dirumah ada kompt+It buka lah sekadar motivetkan diri. Wassalam. Logged İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh halawah • .bg yg berdekatan dgn masjid itu lbh baik memakmurkan rumah Allah dgn mengajak org kampong seberapa yg ikhlas mendirikan."mendirikan "BaldatunThoyyibah Wa Rabbbulghafuuur"Amin.• • • • o Re: Kelebihan Qiamullail « Jawab #6 on: 07 February.

• • • o Re: Kelebihan Qiamullail « Jawab #7 on: 08 February. dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Imam Syahid mengulangi pertanyaan dan dijawab dengan jawapan yang sama. beliau lalu membentang kain sejadahnya dan mulai melaksanakan solat tahajjud. Selesai sahaja mu’tamar. akh umar berkata dalam hati: “Jika Ustaz Hassan bertanya lagi kepada saya. Di ruang yang paling hujung. 2007. Lantas beliau berwudhu’ dan kembali ke bilik.. Kemudian. Beberapa minit kemudian. Imam Syahid bersama dengan Ustaz Umar Tilmisani bergegas ke sebuah bilik berisi dua tempat tidur. Akhirnya.” Setelah ditanya berkali-kali.. Seperti yang dinyatakan dalam Surah Muzzammil.. Allah telah mewajibkan qiamullail buat setahun lamanya. Alhamdulillah tahap niat pertama menggerakkan diri sdh terlaksana krn niat yg suci maka Allah swt penggerak yg Utama. . Masing-masing dari keduanya pun berbaring di atas tempat pembaringannya. Quote Pada zaman awal sahabat di mana jumlah orang Islam sangat sedikit dan golongan yang terdiri daripada As-Sabiqun Al-Awwalun yang rata-ratanya orang miskin dan lemah.Berwudhu'lah. Perlahan-lahan beliau berjalan ke tempat mengambil wudhu’ tanpa alas kaki risau kemungkinan Ustaz Umar terjaga mendengar derap bunyi selipar.” Beberapa saat kemudian. apakah kau sudah tidur?” Ustaz Umar menjawab: “Belum.. Allah mengetahui bahwa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan batas-batas waktu-waktu itu.. Ustaz al Banna keluar terhendap-hendap perlahan dari kamar tidurnya dengan terinjut-injut kakinya. 11:30:32 AM Imam Syahid menghadiri sebuah mu’tamar di Daqhaliah.. 2008. ayat 20: “Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwasanya kamu berdiri (sembahyang) kurang dari dua pertiga malam. atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersama kamu. 04:51:55 AM » Posts: 1927 İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh Quote from: alhaudhie on 08 September.. Imam Syahid bertanya: “Wahai Umar. disangka bahawa Ustaz Umar telah tidur. akan saya diamkan sahaja.

Amin. http://dakwah..Amin. Logged kabbo • . Rakannya menasihatkan supaya berehat sahaja kerana hari-hari berikutnya pasti akan ditempuh seksaan-seksaan yang lebih dahsyat. dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Maka dia memberi keringanan kepadamu. dan orang-orang yang lain lagi berperang di jalan Allah.. Insya Allah.” Selain itu.info/mutiarakisah/?p=23#more-23[/b] Ya Allah Engkau menyaksikan kpd Hamba2mu yg thaat . Beliau dengan tenang menjawab: “Jika aku tidak bangun untuk qiam pada malam hari. qiamullail. bukan sahaja membina fizikal yang kuat malah turut membentuk jiwa dan rohani yang teguh.hanya Engkau sbg Hakim .Janji Allah itu tepati bagi Hamba2nya yg menepati janji. Maka Bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran dan Dirikanlah sembahyang. Karena itu Bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran.” Moga-moga kita mengambil pengiktibaran untuk memartabatkan qiam antara amalan harian kita.Mestilah yakin Allah swt tiada mungkiri janjinya.maka buktikanlah mertabat yg tlh Engkau tetapkan sbg Pembuktian Keagungan dan KeadilanMu dlm Kerajaan Muka Bumi yg Terbentang Luas seluruh Dunia. Quote Sepertimana yang dinyatakan oleh Syed Qutb. tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. Apabila ditanya oleh rakan sebilik dalam penjara mengapa beliau masih lagi sanggup untuk bangun solat malam walau telah seharian suntuk dipukul dan disiksa dengan dahsyat oleh regim zalim. Insya Allah . dan mohonlah ampunan kepada Allah. sudah pasti aku tidak mampu untuk bertahan seksaan di siang hari. dia mengetahui bahwa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orangorang yang berjalan di muka bumi mencari sebagian karunia Allah.maka Engkau Maha Melihat.

PANDUAN QIAMULLAIL Dipetik dan disusun oleh : Haji Yaakub b. Wasallam.. Hj. Logged Ummi Munaliza • • • • • o Re: Kelebihan Qiamullail « Jawab #9 on: 30 November.. boleh tak sahabat2 yang arif tentang qiamullail ini memberi sedikit info tentang step2 untuk melakukan ibadah ini.... 2009.• • o Re: Kelebihan Qiamullail « Jawab #8 on: 05 August. 12:05:52 AM » Posts: 2 Salam. 2009. Wasallam. 11:44:33 AM » Quote from: kabbo on 05 August. 12:05:52 AM Posts: 11640 Anniversary Ke 26 Salam. 2010. Hasan Dikeluarkan oleh : Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Logged .. boleh tak sahabat2 yang arif tentang qiamullail ini memberi sedikit info tentang step2 untuk melakukan ibadah ini.

. sebagai sembahyang tambahan bagimu. Penal Utama Baitul Muslim Ummi Munaliza • • • • • o Re: Kelebihan Qiamullail Posts: 11640 Anniversary Ke 26 « Jawab #10 on: 30 November. 2010. 12:24:04 PM » PANDUAN QIAMULLAIL Firman Allah Taala : ً َ ْ ُ َ ً ّ َ َ ْ ُ َّ ْ ُ ْ ُ ‫ادعوا ربكم تضرعا وخفية‬ (55 : ‫)العراف‬ Maksudnya : Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut Firman Allah Taala : ‫ومن الليل فتهجد به نافلة لك عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا‬ ً ُ ْ َ ً َ َ َ ّ َ َ َ َ ْ َ ْ َ َ َ َ َ ً َِ َ ِ ِ ْ ّ َ َ َ ِ ْ ّ َ ِ َ (79 : ‫)السراء‬ Maksudnya : Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya. semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. Pentadbiran Forum Halaqahnet.Pengurusan.

MUQADDIMAH QIAMULLAIL 1. tetapi orang-orang Islam itu disuruh mengikut baginda. menyatakan di dalam Al-Quran Al-Karim bahawa orang-orang yang sentiasa bertaqwa dan mengerjakan "Qiamullail" dengan beramal ibadat dan memohon keampunan dari Allah itu adalah orang-orang yang muhsinin. iaitu orang-orang yang berbuat kebajikan yang berhak mendapat balasan yang baik. Witir. Allah SWT. rahmat Allah dan Syurga. berzikir . dengan mengerjakan sembahyang sunat Tahajjud. 2010. Galakan Berbuat amal ibadat di tengah malam. Kelebihannya. sebagai sembahyang tambahan bagimu. Di dalam Al-Quran Al-Karim terdapat firman Allah SWT yang bermaksud : Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya. Firman Allah di dalam Al- . yang sangat-sangat digalakkan dalam Islam. serta lain-lain amalan seperti membaca Al-Quran . maka adalah suruhan Allah Taala itu merupakan suruhan juga terhadap orang-orang Islam Amnya Logged Ummi Munaliza • • • • • o Re: Kelebihan Qiamullail Posts: 11640 Anniversary Ke 26 « Jawab #11 on: 30 November. (Maksud ayat 79 Al-Isra') Suruhan dalam ayat yang tersebut ini. beristighfar. 12:26:05 PM » 2. walaupun ditujukan dengan khusus untuk Rasulullah SAW. semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. berdoa dan sebagainya adalah merupakan Qiamullail.

وعباد الرحمن الذين يمشون على الرض هونا وإذا خاطبهم الجاهلون قالوا سلما . ءاخذين ما ءاتاهم ربهم إنهم كانوا قبل ذلك محسنين . Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula. تتجافى جنوبهم عن المضاجع يدعون ربهم خوفا وطمعا‬ ً َ َ َ ً ْ َ ْ ُ َّ َ ُ ْ َ ِ ِ َ َ ْ ِ َ ْ ُ ُ ُُ َ َ َ َ َ ُ ِ ْ َ ْ َ َ ْ ُ َ ْ ِ َّ ِ ْ َ ِ ُ َّ َ ً ّ ُ ّ َ َ ِ ُ ّ ُ َ ِ َ ِ ّ َ ِ َ ِ ُ ِ ْ ُ َ ِّ .Quran : َ ُ ِ ْ َ ْ َ ْ ‫ِ ّ ْ ُ ّ ِ َ ِ َ ّ ٍ َ ُ ُ ٍ َ ِ ِ َ َ َ َ ُ ْ َ ّ ُ ْ ِ ّ ُ ْ َ ُ َ ْ َ َِ َ ُ ْ ِ ِ َ َ ُ َِ ً ِ َ ّ ْ ِ َ َ ْ َ ُ َ َ ِ ْ َ ْ َ ِ ه‬ ‫إن المتقين في جنات وعيون . Firman Allah Taala : ‫إنما يؤمن بآياتنا الذين إذا ذكروا بها خروا سجدا وسبحوا بحمد ربهم وهم ل يستكبرون . ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam. mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini. hadapkan kata-kata kepada mereka. Allah SWT. (18-15 : ‫)الذاريات‬ Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga. Firman Allah Taala : ‫. وبالسحار ُم يستغفرون‬ . Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri.orangorang yang bernakti dengan mengerjakan taat dan amal kebajikan. كانوا قليل من الليل ما يهجعون . Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Orang-orang yang melalui malam hari dengan bersahur dan berdiri untuk Tuhan mereka itu maksudnya ialah orang-orang yang sembahyang tahajjud di malam hari semata-mata kerana Allah Taala. dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab. والذين يبيتون لربهم سجدا وقياما‬ ً َِ َ ً ّ ُ ْ ِ َّ ِ َ ُ َِ َ ِ ّ َ ً َ َ ُ َ َ ُ ِ َ ْ ُ ُ َ َ َ َ َِ ً ْ َ ِ ْ َ ْ َ َ َ ُ ْ َ َ ِ ّ ِ َ ْ ّ ُ َ ِ َ (64-63: ‫)الفرقان‬ Maksudnya : Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya). (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. untuk mereka tidur. Orang-orang Abrar ini tempatnya di dalam Syurga yang penuh dengan berbagai-bagai nikmat. dengan matair-matair terpancar padanya. memuji-muji dan merakamkan sebutan baik terhadap orang-orang yang tersebut itu serta mengkategorikan mereka ke dalam jumlah hamba-hambaNya yang "Abrar". Dan di samping itu Allah SWT juga bersaksi dan mengakui bahawa mereka itu ialah orangorang yang beriman. mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).

yang mengkafaratkan bagi kesalahan-kesalahan. Itulah sebahagian dari ayat-ayat Quran yang menunjukan kelebihan Qiamullail-beribadat di tengah malam. mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh). mengetahuilah aku bahawa wajahnya bukanlah wajah manusia jenis pendusta . telah bersabda – Maksudnya : "Hendaklah kamu mengerjakan Qiamullai. Kata Abdullah selanjutnya : Apa yang mula-mula sekali aku dengar percakapannya ialah sabdanya : "Wahai manusia ! Kamu tebarkanlah salam. Dan berkata Suhal b. berjamulah makanan. dan aku adalah serorang dari mereka yang mengunjunginya. mencegah dari berbuat dusta dan membuang penyakit dari tubuh badan".َ ُ ِ ْ ُ ْ ُ َ ْ ‫َ ِ ّ َز‬ ‫. maka manakal aku memerhatikan mukanya dan aku telah mengenalnya. lalu berkata : Hai Muhammad ! Hiduplah atas apa cara yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan mati. kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh). Saad : Telah datang Jibril kepada Rasulullah SAW. dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Manakala di dalam hadis Rasulullah SAW. dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka. berkejaranlah orang ramai mengunjungi kepada baginda. (sedikit sangat tidur. . nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat". kerjakanlah apa yang tuan hamba mahu kerana dengannya tuan hamba akan dibalas. dan kerjakanlah sembahyang waktu malam di kala manusia sedang tidur. ke Madinah. hubungilah silaturrahim. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur. ومما ر َقناهم ينفقون‬ (16-15 : ‫)السجدة‬ Maksudnya : Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu. kerana iaitu ibadar kelaziman orang-orang soleh sebelum kamu dan juga menghampirkan kamu kepada Tuhan kamu. pula di antaranya ialah sebagaimana berikut : Berkata Abdullah bin Muslim : Pada permulaan Rasulullah SAW. dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.(Hadis Riwayat Tirmizi) Berkata Salman Al-Farisi : Rasulullah SAW. mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya).

Diantara hadis-hadis itu ialah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir. 12:35:39 PM » 3. malah terpulang kepada apa yang mudah bagi baginda mengerjakannya jua.dan cintailah sesiapa yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan meninggalkannya. di tengah-tengah malam atau di akhir malam. Logged Ummi Munaliza • • • • • o Re: Kelebihan Qiamullail Posts: 11640 Anniversary Ke 26 « Jawab #12 on: 30 November. Dan ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang mukmin itu ialah Qiamullai dan harga dirinya ialah terkayanya (tidak meminta-minta) dari manusia. 2010. adalah lebih afdhal dilewatkan sembahyang tahajjud itu sehingga kepada salah satu pertiga yang akhir dari malam. Bagaimanapun . maka kalau anada berminat menjadi seorang dari orang-orang yang menzikiri (mengingati) Allah pada saat yang tersebut . maka hendaklah anda lakukan. (At-Tirmizi) Dan dari Abi Hurairah (RA) beliau berkata bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : "Allah Azzawajalla turun pada tiap-tiap malam ke langit dunia ketika tinggal satu pertiga malam yang terakhir . sama ada pada awal malam. Waktunya Sembahyang malam itu harus dikerjakan. berdasarkan hadis-hadis yang lain. maka ia berfirman : " Sesiapa yang akan berdoa kepada aku akan aku . Ini berdasarkan riwayat Al-Hafiz : Bahawa tahajjud Rasulullah SAW itu tidak ada waktunya yang tetap.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA katanya : Rasulullah SAW telah menyuruh kami mengerjakan sembahyang malam dan baginda menggalakkannya sehingga ia bersabda : "Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang malam itu walaupun satu rakaat". 2010. (Al-Tibrani) Bagaimanapun . yakni pada jumlah yang paling tidaknya.daripada sebelas rakaat. Bilangan rakaatnya Sembahyang malam itu tidak ada baginya bilangan rakaat yang khusus. Aisyah RA berkata : Tidak pernah Rasulullah SAW (bersembahyang) lebih – samada pada bulan Ramadhan atau bulan lainnya. dan tidak pula ada had sempadan jumlahnya yang tertentu.perkenankan. Segala permohonan diterima pada ketika itu. Logged Ummi Munaliza • • • • • o Re: Kelebihan Qiamullail Posts: 11640 Anniversary Ke 26 « Jawab #13 on: 30 November. (Al-Bukhari) Maksud hadis ini : Bahawasanya pintu rahmat Allah itu terbuka pada malam hari seluasluasnya. khususnya pada akhir-akhir malam. maka boleh berhasil maksud Qiamullai pada minimumnya. 12:37:28 PM » 4. dengan mengerjakan hanya satu rakaat witir selepas mengerjakan sembahyang Fardhu Isyak. (Mula-mulanya) baginda sembahyang empat rakaat tetapi jangan ditanya tentang elok dan panjangnya rakaat-rakat . yang terlebih afdhalnya ialah selalu mengerjakan sebelas rakaat. Oleh itu. Sesiapa yang meminta ampun kepada aku akan aku ampuninya". iaitu boleh dibuat pilihan samada hendak dikerjakan sebanyak yang tersebut itu terus menerus sekaligus atau menceraikannya dengan mengerjakannya berdeket-deket beberapa rakaat dahulu dan kemudiannya beberapa rakaat lagi.

Aisyah bahawa mataku tidur kedua-duanya tetapi hatiku tidak tidur. yakni sunat yang sangat-sangat digalakkan supaya dikerjakan. adakah tuan hamba tidur sebelum daripada tuan hamba sembahyang witir ?" Jawab Rasulullah : "Hai." (Bukhari dan Muslim) Logged Ummi Munaliza • • • • • o Re: Kelebihan Qiamullail Posts: 11640 Anniversary Ke 26 « Jawab #14 on: 30 November. Kemudiannya baginda sembahyang pula tiga rakaat. selain daripada sembahyang Fardhu. Lalu (kata Aisyah). kemudian baginda sembahyang empat rakaat lagi. Ada tersebut dalam hadis Muslim : Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW : Sembahyang apakah yang terafdhal selain dari sembahyang fardhu? Jawab baginda : "Sembahyang Malam". aku bertanya : "Ya Rasulullah. 12:38:55 PM » 5. Segala sembahyang yang dikerjakan sebagai kumpulan witir itu adalah tahajjud. Sunat Muakkadah Tahajjud ialah nama bagi sembahyang-sembahyang sunat tambahan (nawafil) yang dikerjakan selepas bangkit daripada tidur di tengah Malam. Mengerjakan tahajjud di tengah malam hukumnya adalah sunat muakkadah. 2010. ialah sembahyang di tengah malam. Logged Ummi Munaliza • . Itu pun jangan ditanya tentang elok dan panjangnya rakaat-rakaat sembahyang itu.sembahyang itu. Dikatakan yang terutama sekali diantara sembahyang-sembahyang itu. Tahajjud.

kalau suatu kali ia luput dari mengerjakannya kerana uzur atau sakit atau lainnya. 12:43:28 PM » 6. maka bolehlah ia kerjakan gantinya pada siang hari sebanyak dua belas rakaat sebagai Qadha' tahajjud. 2010. Qadha' Tahajjud Orang yang biasa menrejakan sembahyang malam. daripada Aisyah RA yang menyatakan : Adalah Rasulullah SAW. maka . Berniat Ketika Hendak Tidur Orang yang berazam hendak bangkit di tengah malam kerana hendak Qiamullail. apabila baginda luput sembahyang malam dengan sebab sakit atau lainnya. Logged Ummi Munaliza • • • • • o Re: Kelebihan Qiamullail Posts: 11640 Anniversary Ke 26 « Jawab #16 on: 30 November.• • • • o Re: Kelebihan Qiamullail Posts: 11640 Anniversary Ke 26 « Jawab #15 on: 30 November. 12:44:18 PM » 7. Ini bersumberkan kepada hadis Muslim. maka baginda sembahyang pada siang hari dua belas rakaat. 2010.

Dan demikianlah juga sebaliknya-yakni isteri boleh melakukan perkara yang sama terhadap suaminya. Kejutan Famili (keluarga) Seorang suami yang bangkit mengerjakan Qiamullail di tengah malam adalah disunatkan baginya mengejutkan isterinya supaya bangkit beribadat sama. Tujuannya berbaut demikian ialah semoga ia mendapat pahala bagi apa yang telah diniatkannya itu sekiranya ia tidak bangkit kerana benar-benar tidak terjaga dari tidurnya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Barangsiapa tiba di hamparan tempat tidur serta ia berniat hendak bangkit mengerjakan sembahyang malam tetapi dia dikalahkan oleh matanya. 12:45:29 PM » 8. maka bolehlah suami mencari jalan menurut budi bicara yang baik suapaya isterinya itu bangkit. 2010. dan tidurnya itu pula merupakan sedekah kepadanya daripada Tuhannya".Yakni terus tertidur-sehingga waktu subuh. Jika isterinya itu enggan. maka dituliskan baginya (pahala) apa yang ia niatkan. (An-Nasai dan Ibnu Majah) Logged Ummi Munaliza • • • • • o Re: Kelebihan Qiamullail Posts: 11640 Anniversary Ke 26 « Jawab #17 on: 30 November. malah terus tidur. Rasulullah SAW telah bersabda : .disunatkan ketika hendak tidurnya ia berniat : Bahawa ia hendak bangkit malam nanti kerana hendak mengerjakan ibdat Qiamullail. hingga walaupun dengan merenjis air ke muka isterinya itu.

tetapi biarlah berkekalan tanpa meninggalkannya kecuali dalam kecemasa atau jika ada apa-apa halangan yang tak dapat dielakkan. Beribadat sekadar Minat Mengerjakan amal ibadat malam hari atau Qiamullail itu tidaklah merupakan satu kemestian. dengan keterlaluan sangat. Apabila tidak berminat atau penat maka hendaklah ia tidur ! (Muttafaq 'Alaih) Orang bertanya Rasulullah SAW : Apakah satu amalan yang lebih disukai Allah Taalah ? Baginda menjawab : "Yang berkekalan walaupun sedikit". kerana yang demikian itu bukanlah cara yang diingini. Malah buatlah sekadar minat dan termampu jua. ia merenjiskan air ke mukanya. Berkata Anas RA : Pada suatu masa Rasulullah SAW masuk ke dalam Masjid dan mendapati ada seutas tali tegang di antara dua batang tiang di situ. 12:46:36 PM » 9. sampai menjadi keberatan kepada diri atau mengganggu kesihatan atau menjejaskan tenaga bekerja mencari nafkah yang halal pada siang hari. Kalau isterinya itu enggan. (Bukhari dan Muslim) . Lalu Rasulullah SAW bersabda pula : Robaklah dia ! Hendaknya seseorang dari kamu itu bersembahyang sekadar cergasnya jua. apabila beliau malas atau pun penat ia berpaut pada tali itu. Juga Allah merahmati seorang isteri yang bangkit pada sebahagian malamnya lalu ia sembahyang dan mengejutkan suaminya. (Hadis Abu Daud) Logged Ummi Munaliza • • • • • o Re: Kelebihan Qiamullail Posts: 11640 Anniversary Ke 26 « Jawab #18 on: 30 November."Allah merahmati seorang suami yang bangkit dari sebahagian malam lalu ia sembahyang dan mengejutkan isterinya. 2010. Jikalau suaminya enggan maka ia merenjiskan air ke mukanya". Lalu baginda bertanya : Tali apa ini ? Jawab para sahabat : Untuk Zainab bersembahyang.

وهب لي من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب‬ Maksudnya : Segala puji itu bagi Allah Tuhan yang telah menghidupkan kita setelah ia matikan kita dan kepadanya jua kita dibangkitkan. segala puji itu bagi Allah Tuhan yang membangkitkan aku dari tidur dalam keadaan selamat sejahtera. lalu membaca : ‫الحمد ل الذي أحيانا بعدما أماتنا وإليه النشور . الحمد ل الذي رد علي روحي وعافاني في‬ ِ ْ ِ َ َ َ ِ ْ ُ ّ ََ ّ َ ّ ِ ْ َ َ ْ ُ ّ ِ ْ َ َِ َ َ َ َ َ َ ْ َ َ َ ْ َ ّ ِ ْ َ ّ ّ ‫جسدي وأذن لي بذكره . . Segala puji itu bagi Allah Tuhan yang telah menjadikan tidur dan jaga dari tidur. Aku mengaku bahawa Allah itu ialah yang menghidupkan orang yang mati. رب زدني علما ول تزغ قلبي بعد إذ هديتني‬ ِ َ ْ َ َ ْ ِ َ ْ َ ِ ْ َ ْ ِ ُ َ َ ً ْ ِ ِ ْ ِ ّ َ َ َ َ ْ َ َ ُ َ ْ ََ ْ ِ ْ َ ِ َ ُ ِ ْ َ ْ َ َ ِ ْ َ ِ َ ّ ُ ّ ُ ّ َ ْ َ ْ َ َ ِّ ً َ ْ َ َ ْ ُ ّ ْ ِ ِ ْ َ َ ‫. dan dialah yang berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu. وأسئلك رحمتك. ول‬ َْ َ ْ ِ ْ ُ َ ّ َ ُ َ ْ َ ِّ َ َ َ َ ْ ُ َ ْ َ ّ ِ َ َِ َ ِ ْ ِ َ ْ ّ َِ ْ ِ ِ ّ ِ َ ّ ُ َ َ َ ْ َ َ َ ُ َ ْ َ ُ َ ُ ّ ِ َ َِ ‫إله إل ال .Logged Ummi Munaliza • • • • • o Re: Kelebihan Qiamullail Posts: 11640 Anniversary Ke 26 « Jawab #19 on: 30 November. الحمد ل الذي خلق النوم واليقظة . Segala puji itu bagi Allah Tuhan yang telah mengembalikan rohku dan telah memberi afiat pada tubuh badanku serta mengizinkan aku mengingatinya. وهو على كل شيء قدير ، سبحان ال ، والحمد ِل . الحمد ل الذي بعثني سالما‬ ً ِ َ ْ ِ َ َ َ ّ ِ ْ َ َ َ َ َ َ ْ َ َ ْ ّ َ ََ ّ ّ ِ ْ َ َ ِِ ْ ِِ ْ ِ َ َِ َِ َ ّ َ َ ِ ُ ْ َ ْ َ ِ َ َ ْ ُ ٌ ْ ِ َ ٍ ْ َ ّ ُ ََ َ ُ َ ‫سويا ، أشهد أن ال يحي الموتى . 12:49:35 PM » ATURCARA MENGERJAKAN QIAMULLAIL 1. iaitu kira-kira sepertiga akhir malamnya dan terus membasuh muka serta bersugi giginya. ول حول ول قوة إل بال العلي العظيم ، ل إله إل أنت . سبحانك‬ ‫اللهم وبحمدك أستغفرك لذنبي . 2010. Bangkit Dari Tidur dan Doanya Seorang muslim itu sayugialah bangkit dari tidur malamnya pada waktu sahur. وال اكبر .

dan janganlah condongkan hati aku dari kebenaran setelah Engkau kurniakan hidayah padaku. dan bahawasanya Engkaulah sahaja yang sangat banyak memberi. Maha suci Allah. Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar melainkan Engkau jua. Aku pohon keampunanMu bagi dosaku dan aku pohon rahmatMu ya Allah. dan segala puji itu bagi Allah.Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah yang Maha Esa yang taiada sekutu bagiNya. Ya Allah . dan tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah. dan kurniakanlah juga kepada aku rahmat dari sisi kemurahanMu. dan Allah itu Maha Besar. yang empunya pemerintahan dan kepujian. dan dialah yang berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah. dan tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan kuasa Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Penyayang. Logged . Tambahlah ilmu pengetahuan kepadaMu. Maha Suci Engkau .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful