You are on page 1of 8

Pengurusan Kelas

•Pengurusan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) merupakan satu tempat di mana
setiap murid menghabiskan sebahagian besar masanya di bangku sekolah.
•Pengurusan dan penyusunan kemudahan fizikal/ perabot bilik darjah.
•Peraturan-peraturan bilik darjah
•Pembahagian kumpulan pengajaran dan pembelajaran
•Pengurusan tingkah laku
•Penjadualan
•Penyimpanan rekod
•Stesen-stesen pembelajaran ngelolaan yang berkesan dapat membantu proses pengajaran
pembelajaran dengan lebih baik.

Pengurusan bilik darjah secara umumnya mengandungi komponen-komponen seperti berikut :


•Penyusunan kemudahan fizikal/ perabot bilik darjah.
•Peraturan-peraturan bilik darjah
•Pembahagian kumpulan pengajaran dan pembelajaran
•Pengurusan tingkah laku
•Penjadualan
•Penyimpanan rekod
•Stesen-stesen pembelajaran

Penyusunan Kemudahan Fizikal Perabot Bilik Darjah

•Membolehkan aktiviti dijalankan dengan terancang


•Mengurangkan kebisingan dan gangguan
•Memupuk interaksi murid
•Menambahkan masa yang dihabiskan dalam aktiviti pembelajaran
•Membolehkan guru yang memantau aktiviti murid

Cara penyusunan Bilik Darjah Harus Membolehkan

•Guru dan murid bergerak tanpa halangan .


•Memudahkan guru untuk mendapatkan bahan bantu mengajar
•Guru dapat menimpukan perhatian kepada semua murid

Ruang Pengajaran dan Pembelajaran

•Ruang belajar untuk kumpulan besar .


•Ruang belajar untuk kumpulan kecil
•Sudut rekreasi
•Tempat audio-visual
•Sudut bacaan
•Sudut pameran
•Sudut 'time out'
•Tempat letak peralatan membersihkan diri
•Sudut pengurusan kebersihan diri
•Sudut tempat letak peralatan kebersihan bilik darjah
•Sudut maklumat murid
•Sudut peralatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran

Peraturan Bilik Darjah Peraturan perlu diwujudkan untuk situasi-situasi tertentu seperti :

•Aktiviti keluar masuk kelas


•Menggunakan perabot, peralatan dan bahan-bahan yang dikongsi bersama seperti almari, rak,
alat tulis, komputer dan lain-lain .
•Meninggalkan tempat duduk
•Menyerahkan kerja yang telah siap .
•Menjaga kebersihan bilik darjah
•Padang permainan
•Perhimpunan dan sebagainya.
SOALAN__
 
1. Penglibatan sokongan Pelbagai pihak sangat penting dalam pelaksanaan program
pendidikan pemulihan. Bincangkan contoh-contoh yang sesuai 5 halangan yang timbul dalam
usaha mewujudkan khidmat sokongan dalam program pemulihan disekolah.
 
2. Susunan kelas yang sesuai dapat mewujudkan pembelajaran serta menggalakkan interaksi 2
hala dan pelbagai hala didalam kelas. Bincangkan mana-mana empat model susunan kelas
yang sesuai untuk program Pemulihan. Analisa kekuatan dan kelemahan model-model
tersebut.
 
3. Murid-murid yang telah menguasai kemahiran membaca dan mengira sepatutnya tidak perlu
mengikuti kelas pemulihan khas. Bincangkan bagaiman guru pemulihan membuat keputusan
untuk memberhentikan program pemulihan khas terhadap seseorang murid. Cadangkan
tindakan susulan yang perlu diambil oleh guru pemulihan setelah murid ini diberhentikan
daripada program pemulihan khas.
 
Solalan struktur____
 
1. Walaupun prog.pemulihan khas telah dijalankan secara intensif sejak tahun 80-an, tetapi
pelaksanaan program masih lagi tidak dapat dijalankan dengan berkesan kerana pelbagai
masalah. Apakah 3 halangan yang menjejaskan pelaksanaan kelas pendidikan pemulihan.
 
a) Keberkesanan kelas pemulihan
 
2. Murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran seperti disleksia mengikutipembelajaran
dalam kelas arus perdana secara inklusif.
 
(a) Senaraikan 3 faktor yang perlu dipertimbangkan dalam melaksanakan pendidikan inklusif.
 
(b) Huraikan perbezaan aspek pengurusan program pendidikan khas dan pemulihan khas.
 
3. Murid2 pemulihan tidak mengalami sebarang kecacatan tetapi memperlihatkan ciri2 khusus
yang berbeza daripada murid biasa.
 
(a) Analisa kesan2 pelabelan ke atas murid pemulihan.
 
(b) Cadangkan 3 langkah untuk mengatasi masalah pelabelan ke atas murid pemulihan
 
4. Guru pemulihan berdepan dengan pelbagai jenis kepelbagaian kompetensi murid dalam
kelas pemulihan.
 
(a) huraikan masalah2 yang timbul akibat kepelbagaian kompetensi murid dalam kelas.
 
(c) Cdangkan langkah2 untuk mengatasi kepelbagaian kompetensi murid di dalam kelas agar
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancer.
 
TAJUK UTAMA
 
• Strategi & penempatan pljr
 
• Profesionalisme guru
 
• Pelaksanaan pengajaran
 
• Isu pelabelan dan pengasingan’
 
• Isu pengrusan prog.pemulihan khas
 
• Tindakan susulan pengawasan penyeliaan dan komunikasi
 
• Kepelbagaian kompetensi murid
PENDIDIKAN INKLUSIF
•“Inklusif” berasal drp perkataan bahasa Inggeris “inclusive” yg bermaksud “merangkumi”.
•Istilah inklusif membawa maksud mengintegrasikan pelajar berkeperluan khas ke dlm bilik
darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dlm keadaan
normal spt pelajar biasa, tanpa mengira status (Naim,1997)
 
  Pendidikan inklusif terbahagi   kepada dua jenis,iaitu:
 
(i)Pendidikan inklusif separuh masa iaitu bentuk program di mana pelajar hanya dimasukkan ke
kelas biasa utk mengikuti pembelajaran biasa bagi beberapa mata pelajaran sahaja.
 
(ii)  Pendidikan inklusif sepenuh masa iaitu bentuk program di mana pelajar dimasukkan ke
kelas biasa utk mengikuti pembelajaran biasa bagi semua mata pelajaran (Naim,1997).
 
Objektif Pendidikan  Inklusif
 
•Barirah (1995) menyenaraikan empat objektif pendidikan inklusif spt berikut:
•Meningkatkan kesedaran kanak-kanak normal tentang kanak-kanak berkeperluan khas
bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada ahli masyarakat
•Memberi peluang kpd kanak-kanak khas utk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yg
normal dan menyertai aktiviti yg disediakan utk mereka.
•Memberi pengetahuan dan kemahiran kpd kanak-kanak khas yg setanding dengan kanak-
kanak normal utk meningkatkan konsep kendiri mereka.
•Untuk mengelak drp berlakunya diskriminasi dlm pendidikan dan kemudahan yg telah
dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran.
 
Deschenes et al. (1994) menggariskan sembilan jenis penyesuaian dlm strategi pengajaran yg
boleh dijadikan panduan dlm pelaksanaan program pendidikan inklusif :
•Saiz-menyesuaikan jumlah perkara/pelajaran yg pelajar sepatutnya belajar/capai
•Masa-menyesuaikan masa bagi setiap pengajaran ataupun ujian
•Tahap sokongan-menyesuaikan bantuan secara individu kpd pelajar yg memerlukannya
•Input-menyesuaikan cara pengajaran dengan tahap pencapaian/keupayaan seseorang pelajar,
supaya mereka lebih memahami apa yg diajar.
 •Kesukaran-menyesuaikan tahap kemahiran, jenis masalah atau cara bagaimana pelajar boleh
menyelesaikan tugas yg diberikan.
•Output-menyesuaikan cara bagaimana pelajar boleh memberi tindak balas terhadap arahan yg
diberikan.
•Penglibatan-menyesuaikan cara pengajaran dan pembelajaran supaya semua pelajar terlibat
di dalamnya.
•Pilihan-menyesuaikan sasaran pencapaian atau matlamat yg ingin dicapai.
•Kurikulum-menyesuaikan kurikulum berdasarkan mata pelajaran, gaya pembelajaran dan
minat pelajar utk membantu setiap pelajar mencapai matlamat masing-masing.
5.3 Pengurusan Kelas 
5.3.1 Cara Melaksanakan Kelas Pemulihan
Disyorkan 2 alternatif seperti berikut :
i. Sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah, murid-murid untuk kelas
pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam
sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja.
Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak melebihi 15
orang.
 
ii. Sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan
bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang.
 
iii. Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu
kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang. Pemilihan mana-mana satu
alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan di antara Guru Kelas Pemulihan Khas
dengan guru besar dan guru-guru asas.
 
iv. Bagi Sekolah Kurang Murid (SKM) pelaksanaan dilakukan berdasarkan kesesuaian sekolah.
 
5.3.2 Jadual Kedatangan Murid
Buku Jadual Kedatangan Murid di kelas pemulihan khas hendaklah disediakan bagi merekod
kehadiran murid setiap hari.
5.3.3 Fizikal Kelas
i. Sekolah-sekolah yang dibekalkan dengan kemudahan sebuah bilik darjah dengan keluasan 3
bay khusus untuk kelas pemulihan khas sebagaimana dalam pelan asal dan surat penyerahan
bangunan perlu dikekalkan sebagai kelas pemulihan khas.
ii. Sebuah bilik yang kondusif berukuran 3 bay hendaklah disediakan oleh pihak sekolah.
Susunatur kelas ini tertakluk kepada pelan yang telah diluluskan dalam projek brif RMK 9
seperti di lampiran.
iii. Sekolah-sekolah yang tiada kemudahan seperti dalam perkara (i) dan (ii) di atas hendaklah
mengusahakan ruang sekurang-kurangnya dengan keluasan 2 bay.
 
5.3.4 Peralatan dan perabot asas
Peralatan dan perabot asas perlu disediakan secukupnya bersesuaian dengan keperluan guru
dan murid.
 

You might also like