You are on page 1of 9

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

TAHUN 6

(PKSR 1, 2011)
[ Masa : 1 jam]

Arahan: Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian
B. Jawab semua soalan dan tulis dalam ruangan yang disediakan.

Bahagian A

1. Kepentingan mengamalkan sikap berdisplin ialah

A. mudah diterima dalam sesuatu kelompok.


B. menghilangkan perasaan rendah diri.
C. membentuk sahsiah diri yang baik.
D. membentuk keyakinan diri.

2. Satu cara untuk mendisiplinkan diri di perpustakaan ialah

A. bercakap sesuka hati.


B. mengoyak gambar yang disukai yang terdapat dalam buku cerita.
C. senyap dan meletakkan buku di tempat asal.
D. membawa keluar bahan bacaan secara senyap tanpa pengetahuan guru.

3. Individu yang suka melanggar peraturan yang ditetapkan menunjukkan dia bersikap

A. mengelakkan pembaziran.
B. mempunyai masa rehat yang mengcukupi.
C. melakukan aktiviti yang disukai.
D. menilai kesilapan yang pernah dilakukan.

4. Alya telah dinobatkan sebagai murid contoh di sekolahnya. Pada pendapat kamu,
mengapakah dia dipilih ?

A. Dia menjadi murid kesayangan guru dan kawan-kawannya.


B. Dia rajin membuat kerja rumah.
C. Penghargaan kerana dia seorang murid yang berdisiplin dan mengamalkan
sikap terpuji.
D. Dia suka mengampu guru besar.
1
5. Tempat beribadat ialah tempat untuk

A. mengulangkaji pelajaran.
B. beriadah.
C. bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan.
D. berbual-bual.

6. Adab ketika makan adalah seperti yang berikut, kecuali

A. Mengunyah makanan dengan perlahan tanpa mengeluarkan bunyi yang kuat.


B. Tidak bercakap-cakap semasa mengunyah makanan.
C. Membaca doa sebelum makan.
D. Bergurau senda semasa makan.

7. Kita patut _______ masa yang ada kerana masa yang berlalu tidak akan kembali.

A. menghargai C. melepaskan

B. melupakan D. membiarkan

8. Bagaimanakah kita dapat menguruskan masa dengan baik semasa berada di rumah ?

A. Menampalkan nota penting di dinding bilik.


B. Meminta ibu mengingatkan kita tentang perkara yang perlu dilakukan.
C. Menyediakan jadual aktiviti harian dan menampalkannya di dinding bilik.
D. Sentiasa mengunci jam loceng untuk mengingatkan diri perkara yang perlu dilakukan.

9. Pilih pernyataan yang benar tentang masa.

I Masa ibarat besi keras.


II Masa tidak boleh dijual beli.
III Masa lapang boleh digunakan dalam pelbagai cara.

A. I sahaja. C. II dan III.

B. I dan II. D. III sahaja.

10. Individu yang suka melanggar peraturan yang ditetapkan menunjukkan dia bersikap

A. tidak bertanggungjawab. C. tidak bertimbang rasa.

B. tidak perihatin. D. tidak berdisiplin.


2

11. Sebelum melakukan sebarang aktiviti dalam bilik darjah ketika waktu senggang
kita patut meminta_________guru terlebih dahulu.

A. pesanan C. amaran

B. teguran D. kebenaran

12. Susun situasi di bawah mengikut kepentingan masa.

I Menonton televisyen.
II Mengulang kaji pelajaran.
III Bermain dengan kawan.
IV Menolong ibu.

A. III, IV, II dan I C. II, IV, III, dan I

B. I, II, III, dan IV D. I, III, IV, dan II

13. Kata-kata hikmat manakah yang betul ?

A. Masa itu waktu.


B. Masa itu permata.
C. Masa itu buku.
D. Masa itu emas.

14 . Mengapakah kita harus mengamalkan adab-adab berpakaian dalam kehidupan


seharian ?

A. Menunjukkan bahawa kita mempunyai banyak pakaian.


B. Menunjukkan keperibadian dan sahsiah yang baik.
C. Agar kita mudah didampingi.
D. Supaya kita dihargai dan dipuji.

15. Waktu yang sesuai untuk pergi menziarah ialah

A. waktu pagi. C. waktu senja.

B. waktu tengah malam. D. waktu tuan rumah sedang makan.


16. Apakah kesannya jika kita tidak menguruskan masa dengan baik ?

A. Kita akan gagal dalam peperiksaan.


B. Kita akan membazir wang dan tidak pandai berjimat cermat.
C. Kita akan melakukan sesuatu perkara dalam keadaan tergesa-gesa.
D. Kita akan membazir masa dan melakukan perkara-perkara yang tidak penting.

17. Tanggungjawab ahli keluarga harus dilakukan bersama-sama. Apakah


kepentingannya ?

A. Melicinkan tugas dan mewujudkan keharmonian rumah tangga.


B. Menjaga nama baik keluarga.
C. Agar menjadi ikutan keluarga lain.
D. Melahirkan rasa bahagia ibu dan bapa.

18. Pernyataan yang berikut adalah tanggungjawab sebagai bapa, kecuali

A. menjaga keselamatan keluarga. C. menyediakan tempat tinggal yang selesa.

B. mencari nafkah. D. belajar bersunggah-sungguh.

19. Apakah kesan yang akan terjadi sekiranya ahli keluarga tidak memainkan peranan
masing-masing ?

A. Rumah tangga menjadi porak peranda.


B. Hidup dalam keadaan bahagia.
C. Hidup dalam keadaan kesederhanan.
D. Hidup dalam keadaan berduka.

20. Berikan maksud jiran dengan tepat.

A. Jiran ialah yang rapat dengan kita.


B. Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan tempat tinggal kita dan saling
membantu antara satu sama lain.
C. Jiran merupakan ahli keluarga kita.
D. Jiran terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum.

21. Kepentingan mengamalkan semangat kejiranan ialah

A. menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita.


B. mengisi masa lapang dengan menziarahi jiran.
C. memudahkan kita meminta bantuan daripada jiran-jiran.
D. Mewujudkan suasana hidup yang harmoni.
22. Kita patut ________ anak jiran yang terjatuh di taman permainan dan memberitahu
ibu bapanya.

A. membiarkan C. memuji

B. memarahinya D. membantu

23. Sikap yang tidak patut ada bagi mewujudkan keharmonian bersama jiran ialah

A. tolenrasi. C. cemburu dan dengki.

B. saling membantu. D. bertanggungjawab.

24. Mengapakah kita harus mengenali jiran kita ?

A. Supaya senang meminta bantuan.


B. Kerana guru memberi tugasan yang memerlukan kita menyerah jiran.
C. Mewujudkan suasana harmoni dan kesepakatan.
D. Supaya mudah kita mengintip pergerakan jiran.

25. Cara untuk menyelesaikan masalah dengan anggota keluarga ialah ….

A. berbincang
B. bertengkar
C. berdendam
D. memencilkan diri

26. Yang manakah antara yang berikut sikap jiran yang prihatin?

A. Puan Mastura menjenguk jirannya yang sakit.


B. Puan Wong tidak bertegur sapa dengan jirannya.
C. Puan Lina tidak boleh melihat kelebihan jirannya..
D. Johari merosakkan basikal jirannya.

27. Seni tari yang diwarisi oleh masyarakat Melayu adalah seperti berikut, kecuali

A. tarian inang.
B. tarian kipas.
C. tarian makyung
D. tarian canggung.

28. Antara berikut yang manakah bukan tujuan kita mengamalkan adab berpakaian
yang sesuai ketika menghadiri sesuatu majlis?

A. Supaya kita tidak berasa janggal atau kekok.


B. Menjaga air muka dan maruah diri.
C. Menonjolkan diri dalam sesuatu majlis.
D. Menghormati tuan rumah.

29. Tarian ngajat popular di negeri

A. Sabah
B. Sarawak
C. Terengganu
D. Pahang

30. Pakaian bagaimanakah yang sesuai dipakai semasa mengunjungi rumah


ibadat?

A. pakaian sukan
B. skirt pendek
C. pakaian yang sopan
D. seluar pendek
Bahagian B

A. Nyatakan dua peraturan bagi setiap tempat yang berikut.

1. Perpustakaan.

a. ____________________________________________________________

b. ____________________________________________________________

2. Kantin.

a. ____________________________________________________________

b. ____________________________________________________________

2
3. Makmal sains.

a. ___________________________________________________________

b. ___________________________________________________________

4. Makmal komputer.

a. ___________________________________________________________

b. ___________________________________________________________
5. Bilik Kemahiran Hidup.

a. ___________________________________________________________

b. ___________________________________________________________

( 10 markah )

B. Tulis BENAR pada pernyataan yang benar dan SALAH pada pernyataan yang
tidak benar.

1. Seorang bapa membuat kerja-kerja rumah, manakala tugas mencari nafkah


diserahkan kepada seorang ibu.

2. Seorang ibu perlu menyediakan makanan yang berzat untuk anggota keluarga.

3. Semua keputusan dalam sesebuah keluarga dibuat oleh ibu kerana ibu
menghabiskan banyak masa di rumah.

4. Sikap buruk seseorang akan menjatuhkan maruah keluarga.

5. Mendidik anak merupakan tugas ibu sahaja.

6. Ibu bapa zaman sekarang tidak perlu mengambil tahu akan perlakuan anak-anak
mereka.

7. Seorang bapa perlu memastikan anggota keluarganya sentiasa berada dalam


keadaan sihat dan selamat.

8. Seorang bapa perlu keluar bekerja dari pagi hingga larut malam untuk menyara
keluarga.
9. Seorang anak yang akan menghadapi peperiksaan tidak perlu membuat apa-apa
kerja di rumah.

10. Ibu bapa tidak boleh menegur anak mereka yang membuat kesalahan kerana anak
mereka mungkin akan lari rumah.

( 10 markah )

-SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI DAYAK 2011-

You might also like