You are on page 1of 13

KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

TERHADAP TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS


BAB 1

LATAR BELAKANG KAJIAN

1.0 Pengenalan

Dewasa ini, kemajuan teknologi komputer telah pesat berkembang khususnya dalam

arena pendidikan. Pelbagai aplikasi telah diperkenalkan bagi meluaskan lagi peranan komputer

dalam pengajaran dan pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah

memperkenalkan variasi mod penggunaan komputer dalam mengintegrasikan teknologi

maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran di antaranya adalah

tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Penggunaan perisian kursus (courseware) melalui

kaedah pengajaran berbantukan komputer (PBK) juga telah diperkenalkan bagi membantu guru

dan murid memperkayakan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Melalui program PPSMI

kerajaan telah membelanjakan sejumlah peruntukan merekabentuk perisian kursus dan

mengedarkannya ke sekolah-sekolah. Ini bagi memmbolehkan guru sains dan matematik

mempersembahkan isi pengajaran dengan lebih berkesan dan membantu guru dan murid

memperkayakan sumber pengajaran (KPM, 2003). Pengajaran berbantukan komputer (PBK)

merupakan satu pendekatan yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan

pembelajaran. PBK juga dikenali sebagai Computer Aided Instruction (CAI), Computer Based

Instruction (CBI), Computer Assisted Testing (CAT), Computer Aided Learning (CAL) dan

Computer Based Learning (CBL) (Baharuddin, Rio dan Manimegalai, 2002). Namun yang demikian
menurut Zoraini Wati Abas (1993) ada dua cara guru boleh menggunakan komputer dalam

pengajaran Iaitu pertama Pengajaran Berintegrasikan Komputer (PBK) yang melibatkan

penggunaan komputer untuk mencapai objektif pengajaran. Ini kerana pendekatan pengajaran

tersebut dilakukan secara pengajaran terus (direct instruction) iaitu guru menyampaikan

maklumat kepada murid bagi mencapai objektif pengajaran. Kedua, Pengajaran Berbantukan

Komputer (PBK) yang melibatkan penggunaan komputer bagi mencapai objektif pembelajaran

namun dalam kaedah ini komputer digunakan oleh murid dan dikawal oleh mereka berdasarkan

beberapa mod pembelajaran yang dipersembahkan komputer seperti tutorial, penerokaan atau

aplikasi.

1.2 Pernyataan Masalah

Ramai guru menyatakan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran seperti

penggunaan perisian kursus PPSMI kurang memberi kesan kepada pengusaan murid dalam

matapelajaran sains. Ini memberikan gambaran negatif kepada guru bahawa penggunaan

komputer dalam bilik darjah tidak membawa natijah yang diharapkan khususnya apabila murid

berhadapan dengan kertas ujian. PBK telah lama diperkenalkan di dalam senario pendidikan di

Malaysia dan ia telah membawa perubahan dalam iklim pengajaran di sekolah. Pembelajaran

berbantukan komputer (PBK) dapat memberi impak yang baik dalam proses pengajaran dan

pembelajaran seseorang pelajar terutamanya pelajar yang berada pada tahap pencapaian

akademik rendah. Ini kerana pelajar-pelajar di tahap pencapaian akademik rendah kebiasaannya

memerlukan pelbagai kombinasi medium dalam pembelajaran mereka seperti visual yang
bergerak, animasi, teks, muzik dan grafik, di mana kesemua medium ini terdapat dalam

multimedia yang boleh didapati di dalam pembelajaran berbantukan komputer (Mohd Aris,

2007).

Pembelajaran sains memerlukan penumpuan terutama kepada pemerhatian kepada

sesuatu yang menjadi sebab dan akibat, justifikasi, meramal sesuatu dan mengaplikasi. Justeru,

murid yang lemah tumpuannya dalam pembelajaran didapati agak sukar mengusai kemahiran

proses sains walaupun mereka telah didedahkan dengan beberapa siri ekperimen di dalam

makmal sains. Persoalan adakah kaedah PBK dapat membantu murid memahami konsep asas

sains dan membantu mereka mahir dalam beberapa kemahiran asas sains yang dapat digunakan

bagi menjawab soalan peperikasaan khususnya pada bahagian B. Kajian ini bertujuan

menganalisa keberkesanan kaedah PBK terhadap pengusaan kemahiran proses sains murid dan

menerangkan pendekatan yang sesuai bagi meningkatkan penguasaan murid dalam subjek sains.

1.3 Objektif kajian

Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan penggunaan kaedah PBK terhadap

tahap penguasaan kemahiran proses sains dalam kalangan murid tahun 4. Disamping itu kajian

juga turut mahu mengenal pasti apakah pendekatan yang paling berkesan dalam kaedah PBK

yang boleh meningkatkan kemahiran proses sains. Disamping itu mahu mengenal pasti apakah

faktor yang menyebabkan murid sukar menguasai kemahiran proses sains melalui kaedah

pengajaran “chalk and talk” yang selalu di amalkan oleh guru di sekolah.
1.4 Persoalan kajian

Kajian ini akan cuba menjawab persoalan-persoalan utama seperti yang berikut:

a) Sejauh manakah keberkesanan penggunaan kaedah PBK dalam meningkatkan pengusaan

kemahiran proses sains dalam kalangan murid?

b) Apakah hubung kait penggunaan kaedah PBK terhadap prestasi pengusaan kemahiran

proses sains murid-murid lemah dan sederhana?

c) Sejauh manakah perbezaaan tahap penguasaan murid selepas menjalani pembelajaran

PBK di antara murid lemah, sederhana dan cemerlang?

1.5 Kepentingan kajian

Diharap kajian ini dapat menerangkan masalah yang dikaji iaitu keberkesanan kaedah

PBK terhadap penguasaan kemahiran proses sains dalam kalangan murid. Jesteru kajian ini dapat

mendedahkan beberapa maklumat penting kepada warga pendidik tentang keberkesanan kaedah

PBK dalam pengajaran sains. Seterusnya guru-guru dapat mengaplikasikan kaedah ini dalam

pengajaran seharian. Disamping itu kajian ini juga diharap akan membawa manfaat khususnya

kepada murid-murid. Adalah diharapkan guru-guru dapat memperbaiki mutu pengajaran mereka

untuk memberikan pengajaran yang berkesan kepada murid-murid. Pihak-pihak terbabit juga

seperti Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri juga adalah diharap mendapat
pendedahan tentang isu yang dikaji seterusnya dapat mengambil tindakan bagi menggalakan

guru mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi menyediakan pendidikan berkualiti di sekolah.

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini hanya terhad ke atas murid tahun 4 iaitu seramai 64 orang murid di sekolah

yang telah di kenal pasti. Oleh yang demikian, dapatan kajian ini juga hanya terhad

mengambarkan situasi dan senario sekolah dan murid yang dipilih. Disamping itu juga, kajian ini

terhad kepada kaedah serta metodologi yang telah dipilih yang memungkinkan dapatan atau

hasil kajian yang akan diperolehi.

1.7 Definisi Istilah

1.7.1 Kaedah PBK

Bermaksud suatu proses pembelajaran berasaskan komputer di mana komputer

digunakan sebagai alat untuk mendapatkan hasil pembelajaran. Komputer dalam kaedah ini

digunakan oleh murid dengan mengikuti beberapa mod asas pembelajaran berasaskan komputer.

1.7.2 Kemahiran Proses Sains

Bermaksud beberapa jenis kemahiran asas dalam proses sains yang digunakan dalam

ilmu sains seperti memerhati, membuat kesimpulan, objektif dan lain-lain.


BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini akan menerangkan serta mengupas beberapa teori berkaitan kajian yang

mempunyai hubungkait dengan masalah yang hendak dikaji. Disamping itu, akan menganalisa

beberapa kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk kajian. Dalam bab ini juga beberapa

rumusan dankesimpulan akan dikemukakan di akhir perbincangan.

2.2 PBK dalam pengajaran dan pembelajaran

PBK bermaksud membawa masuk komputer ke dalam pengajaran bagi membantu guru

mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah sebahagian daripada cara bagaimana

teknologi diintegrasikan dalam proses pengajaran di sekolah. Pengintegrasian teknologi

bermaksud menggunakan teknologi sebagai alat dalam pengajaran untuk mencapai objektif

pengajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005). Teknologi pula merujuk kepada bukan

sahaja alat yang dinamakan komputer, malah ia merupakan kaedah eletronik dan peralatan yang
digunakan untuk membantu pengajaran (Cradler, J., & Bridgforth, E., 1996). Fulan (2001)

pernah menyatakan kegunaan komputer sebagai alat dalam pengajaran sebagai berikut. “The

computer can act as an educational learning aid ....The teacher teaches by directing what and

how the students learn by deliberately selecting appropriate software or other resources

according to certain intentions”.

Berpandukan kepada kenyatan tersebut, terdapat beberapa peranan komputer dalam

pengajaran dan pembelajaran iaitu seperti yang dinyatakan Wentsworth & Earle (2005) iaitu

“pengajar” (Tutor), “alat” (Tools) dan “yang diajar” (Tutee). Komputer boleh menjadi pengajar

apabila ia telah mengambil alih sebahagian tugas seseorang guru menyampaikan isi pengajaran

sama seperti kaedah syarahan yang dipersembahkan guru. Di samping itu, komputer juga boleh

menjalankan tugas sebagai “alat pengajaran” (Tool) yang digunakan oleh guru bagi

menyampaikan pengajaran seperti tayangan video, persembahan pengajaran dan lain-lain. Ketiga

komputer juga boleh diprogramkan “di ajar” bagi menyelesaikan sesuatu pekerjaan manusia.

Penggunaan kaedah PBK mengadaptasi pendekatan konstruktif dalam menghasilkan

natijah pembelajaran iaitu murid disuruh membina pengetahuan sendiri di atas pengalaman sedia

ada. Pendekatan konstruktif ini percaya bahawa pengetahuan itu dibina sendiri oleh seseorang

melalui beberapa pengalaman yang telah dilalui. Dalam kaedah PBK biasanya murid-murid

disuruh melakukan tugas mereka dengan menggunakan komputer melalui beberapa cara seperti

mendengar dan menonton persembahan dari tutorial, menjawab soalan dan membuat simulasi

dan bermain. Dalam model pengajaran dan pembelajaran kontstruktif ini, ia mempunyai ciri-ciri

seperti guru berfungsi sebagai fasilitator, kerja projek dan pembelajaran berlaku secara aktif dan
kolaboratif (Roblyer, 2005). Penggunaan komputer dalam model pembelajaran ini menekankan

konsep pembelajaran arah kendiri seperti mengakses maklumat dan komputer digunakan oleh

murid bagi mempersembahkan hasil kerja.

Terdapat juga model PBK yang mengadaptasikan pendekatan teori tingkah laku atau

disebut behaviourist. Pendekatan ini juga bertujuan mencapai objektif pembelajaran yang

dikehendaki dengan kaedah tradisonal atau disebut pengajaran secara lansung. Perisian atau PBK

jenis ini mementingkan pemindahan maklumat kerana pada asasnya murid tidak disuruh

membina sendiri pengetahuan sehingalah mereka diberitahu. Terdapat beberapa cara

pembeajaran PBK dalam pendekatan ini iaitu kaedah tutorial dan latih tubi. Dalam kaedah latih

tubi misalnya murid akan diberikan sebanyak maklumat kemudia di akhir pembelajaran akan

disediakan beberapa soalan untuk kefahaman dan pengukuhan. Model pengajaran PBK seperti

ini merujuk kepada model pengajaran yang direka bentuk Gagne & Briggs (1979) yang dibina

berasaskan perubahan dalam peningkatan tingkah laku (behavioral performance change).

2.2 Literatur berkaitan

Salah satu daripada kaedah PBK dalam pengajaran adalah penggunaan simulasi dalam

tajuk pembelajaran tertentu. Melalui komputer suatu gambaran tentang peristiwa dan gambaran

yang realiti dapat dijelmakan dalam bentuk simulasi pada paparan komputer (PPK, 2005).

Menurut Geisert & Futrell (2006) pengajaran bersimulasi membolehkan realiti visual di bawa

ke dalam kelas dan membolehkan murid belajar lebih dari keadaan yang sebenar jika simulasi itu

benar-benar baik. Ini kerana simulasi mempunyai cirri-ciri keseronokan belajar, keserupaan
dengan reality dan kurang ketakutan dan kebimbangan (Maddux, dalam Geisert & Futrell,

2006). Menurut Bitter & Pierson (2005) antara kaedah yang berkesan dalam meningkatkan

pencapaian pelajar dalam sains adalah kaedah simulasi dan tutorial. Ini kerana kaedah ini

biasanya direka oleh guru yang merekabentuk satu-satu perisian dengan mengambil kira objektif

dan matlamat pembelajaran yang sesuai. Namun begitu kaedah ini dikatakan berkesan apabila

pelajar tidak mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang apa yang dipelajari sebelum

kaedah simulasi (Akban, dalam Bitter & Pierson 2005).

Kajian terhadap keberkesanan kaedah PBK dalam pengajaran telah lama menjadi fokus

perbincangan oleh para pengkaji semenjak PBK diperkenalkan di Malaysia. Terdapat banyak

kajian di Malaysia yang menumpukan PBK sebagai subjek kajian menganalisa kaedah PBK ini

secara spesifik dan berfokus kepada tajuk-tajuk kecil dalam kaedah PBK. Ini kerana kaedah PBK

mempunyai tafsiran dan pengertian yang luas yang terdiri daripada beberapa mod pembelajaran.

Kajian Shaharuddin Mat Salleh & Tuck (2003) medapati PBK mendatangkan hasil yang

positif terhadap minat dan kecenderungan murid untuk belajar matematik tajuk trigonometri.

Menurut kajian tersebut juga terdapat perbezaan signifikan antara markah yang diperolehi oleh

murid yang di kaji dalam pasca ujian setelah mendapat pengukuhan dalam PBK. Kajian juga

mendapati PBK yang dihasilkan KPM bertajuk trigonometri mempunyai cirri-ciri rekabentuk

PBK yang berkesan. Berdasarkan kajian tersebut juga dapat dirumuskan bahawa keberkesanan

PBK juga bergantung kepada rekabentuk program itu dibuat.


Sebuah lagi kajian yang dilakukan Mohd Aris Othman (2007) mendapati PBK juga

mendatangkan impak positif terhadap penguasaan murid dalam matapelajaran geografi. Daripada

hasil kajian tersebut didapati murid yang lemah dalam tajuk-tajuk tertentu telah dapat menguasai

matapelajaran tersebut setelah menghadiri beberapa siri PBK. Menurut beliau Pencapaian

akademik kumpulan eksperimen jelas menunjukkan prestasi akademik yang lebih tinggi

berbanding dengan kumpulan kawalan.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian yang akan dilakukan ini adalah berbentuk kajian ekperimen (Kuasi-

Eksperimen) .Rekabentuk kuasi-eksperimen digunakan untuk menggantikan reka berbentuk

eksperimen tulin apabila dalam proses pemilihan responden kajian, pengagihan secara rawak

tidak dapat dilakukan oleh penyelidik (Chua, 2006). Tambahan lagi, kajian ini dilakukan ke atas

individu yang sentiasa terdedah dengan ralat-ralat dari luar misalnya perbezaan jantina, umur,

latar belakang, pengalaman lepas, pengetahuan sedia ada, pengaruh persekitaran dan sebagainya.

Kesemua faktor berkenaan boleh mempengaruhi hasil eksperimen. Dalam perkataan lain,
penyelidik kurang yakin sama ada perubahan pada responden kumpulan rawatan pada akhir

eksperimen adalah disebabkan oleh rawatan yang diberikan kepadanya atau faktor-faktor luaran

yang lain.

3.2 Hipotesis Kajian

H1: Terdapat perbezaan signifikan antara markah ujian pra ujian dengan markah pasca ujian ke

atas kumpulan murid kawalan dan rawatan

H2: Terdapat perbezaan signifikan antara markah pasca ujian kumpulan murid lemah dan

cemerlang dalam kumpulan rawatan dengan markah pra ujian.

3.3 Populasi dan persampelan

Terdapat seramai 64 orang murid yang terlibat dalam kajian ini. Kesemua mereka adalah

terlibat dalam sampel kajian ini. Ini kerana hanya terdapat dua kelas sahaja di sekolah yang

dikaji.

3.4 Kaedah Persampelan

Pengkaji telah memilih persampelan secara rawak mudah dalam kajian ini. Ini kerana

persampelan jenis ini mudah dilakukan dan diurus. Di dalam persampelan rawak setiap unit di dalam

populasi mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Persampelan rawak

menunjukkan peluang yang sama untuk memasuki proses pemilihan .


Dalam persampelan ini murid akan dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan

murid lemah (KML) dan kumpulan murid menguasai (KMM). Pembahagian kumpulan ini bagi

memudahkan analisa dibuat kelak. Setiap orang murid dari setiap kumpulan akan diberi nombor

dan dipilih secara rawak. Setelah itu mereka akan dikumpulkan dalam dua kumpulan kajian iaitu

kumpulan rawatan (KR) dan kumpulan bukan kawalan (KBK). Kemudian Murid dalam KR akan

menjalani sesi rawatan (PBK) dan kumpulan bukan kawalan (KBK) akan menjalani proses

pembelajaran biasa.

3.5 Instrumen Kajian

Terdapat tiga bentuk instrumen kajian yang akan digunakan dalam kajian ini

a) Pra-ujian: Mengandungi soalan-soalan berkaitan kemahiran proses sains

b) Pasca ujian : Mengandungi soalan berkaitan tajuk yang telah dipelajari

c) Borang kaji selidik : Mengandungi soalan soal selidik bagi menganalisa


pendapat dan pandangan murid tentang PBK

You might also like