Professional Documents
Culture Documents
Pendidikan khas ialah satu bidang profesion yang berkaitan dengan kaedah,
teknik dan penyelidikan yang tersendiri. Kesemua ini menumpukan ke arah
pengurusan dan pembelajaran yang baik bagi menilai dan mematuhi kehendak-
kehendak khas. Dari segi praktiknya pendidikan khas merupakan pendidikan
secara individual dengan kaedah-kaedah pengurusan yang bersistematik dari
segi susunan fizikal, alatan-alatan khas dan kaedah pengajaran khas. Kesemua
yang dibuat ini semata-mata untuk menolong kanak-kanak khas untuk mencapai
kepuasan diri dari segi akedemik dan vokasional untuk membolehkan mereka
berdikari.
· perkembangan mental
· kestabilan emosi
· integrasi sosial
“ Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa iaitu
kanak-kanak yang dari segi intelek,fizikal, sosial dan emosi yang tidak mencapai
pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak dapat faedah
sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa.”
1
“ Kanak-kanak yang kebolehanya menyimpang daripada norma biasa, samada di
bawah purata atau di atas purata. Sehubungan dengan tu mereka memerlukan
pendidikan yang khas , kurikulum khas , alatan khas dan guru khas. Kanak-
kanak khas termasuk kanak-kanak pintar dan bermasalah pembelajaran.”
Sejarah
Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an dikalangan
sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau
kurang upaya penglihatan dan pendengaran.
2
membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978.
Manakala program untuk kanak-kanak ‘Bermasalah Pembelajaran’ baru bermula
pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan
kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan
bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan
kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran.
3
penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih,
diperkenalkan
1963 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat
penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih,
diperkenalkan
1977 Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di
Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras
1978 Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa
Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu
1983 Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan,
Setapak
Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian
Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh
1984 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel
Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-
Quran
Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan
Braille/Kerabunan, Kementerian Pendidikan untuk menyediakan
bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyenggaraan
alatan braille
4
Pendidikan untuk menggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan
Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh
Kementerian pendidikan
1979 Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah
pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan
Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan
Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan
1985 Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh,
Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku
Pendidikan Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II
Bahasa Malaysia Kod Tangan
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan
Pendidikan Vokasional dan Teknikal
1987 Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah
Alam
Program Percantuman/Inklusif
1962 Program pereantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan
dimulakan
1988 Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah
pembelajaran
1993 Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6
Bawah di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), Kuala
Lumpur
1994 Pembukaan kelas-kelas program inklusif seeara projek rintis di 14
buah sekolah di seluruh negara
1995 Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan
5
Rajah 1: Gambar contoh bagi sekolah rendah PK
6
Objektif Falsafah Pendidikan Khas menginginkan kanak-kanak khas ini
menguasai kemahiran berkomunikasi, menguasai kemahiran bergaul,
mengetahui dan memperkembangkan perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan
alam sekeliling.
Visi
Setiap pelajar, termasuk pelajar berkeperluan khas dapat mencapai potensi
pembelajaran mereka di dalam suasana persekolahan secara inklusif dengan
dibantu oleh guru-guru yang khusus dilatih.
Misi
Unit Pendidikan Khas bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan bagi
kanak-kanak berkeperlaun khas dan semua pelajar dengan persekolahan secara
inklusif dengan menganggap semua kanak-kanak itu adalah istimewa dengan
masing-masing mempunyai keperluan dan kebolehan berbeza.
‘Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia ‘ pada tahun 1948. Laporan ini
diperkukuhkan lagi oleh ‘ Deklarasi Dunia Tentang Penddikan Untuk Semua ‘
1990 yang dibuat di Jomtien Thailand. Lanjutan itu lahirlah Seksyen 41 daripada
Akta Pendidikan 1996.
7
5.2 Akta Pendidikan Khas
Akta pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan akta Pendidikan
1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan khas telah dimasukkan dalam akta
tersebut yang menyarankan bahawa:
41.1 tertakluk kepada sub seksyen (2) dan(3) menteri boleh melalui peraturan-
perturan menetapkan:
Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid
yang menerima pendidikan khas
Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi
pendidikan murid dalam kategori sekolah khas dan apa-apa perkara yang
difikirkan oleh menteri suaimanfaatkan atau perlu bagi maksud topik ini.
Seksyen 40 dan seksyen 41 dalam akta 1996 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai
era baru dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pelajaran di kehendaki
membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga
memperuntukan kuasa kepada menteri untuk menentukan tempoh persekolahan
dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa
ini kanak-kanak bekeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga umur 19
tahun.
8
Pada tahun 1962 kelas ini telah dimulakan bila 3 pelajar cacat penglihatan telah
belajar di kelas biasa dengan bantuan guru khas resos. Pada tahun 1993/94
seramai 3 orang pelajar cacat pendengaran telah ditempatkan ditingkatan enam
rendah di SMK(L) Methodist Kuala Lumpur . Sesi persekolahan 1994/95
bermulalah projek rintis 14 buah sekolah di Malaysia bagi program KKBP.
Akta Pendidikan 1996 ( Bah.11/4) dan akta pelajaran 116 membolehkan ihak
guru mengubahsuai kurikulum , kaedah atau teknik p&p mengikut kesesuaian
dan kemampuan murid. Ini memberi peluang kepada guru membentuk dan
mereka kurikulum vakasional dan kemahiran hidup diperingkat rendah dan
menengah.
9
Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat
yang berpontensi tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam
bidang yang diceburi apabila dewasa kelak. Corak kehidupan masa kini amatlah
memberi penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta kemahiran
Kecacatan seperti yang dialami oleh kanak -kanak spastik , buta , rencat akal
dan pekak teruk mudah dikenal pasti untuk diberikan program intervensi awal.
Tetapi , disfungsi perkembangan yang tidak ketara dan sudah dikenal pasti
banyak berlaku di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah
pembelajaran di sekolah. Sejak beberapa tahun kebelakangan , Kefahaman
tentang masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak telah berkembang
dengan pesatnya. Memang jelas bahawa masalah ini adalah kompleks dan
psikososial. Pengalaman hidup seseorang kanak -kanak itu mempunyai
pengaruh yang kuat terhadap perkembangan intelek dan perwatakannya.
Ibu bapa dan guru-guru juga kadang kala membuat tanggapan -tanggapan yang
mungkin kurang tepat terhadap kanak -kanak yang kurang maju dalam
pelajarannya. Si anak dikatakan malas , tidak bermotivasi , bodoh atau asyik
bermain sahaja. Terdapat pula sesetengah ibu bapa yang menyalahkan pihak
guru dengan mengatakan bahawa guru kurang berpengalaman , teknik mengajar
tidak berkesan , pilih kasih atau kurang memberikan perhatian kepada si anak.
Ramai ibu bapa mendaftarkan anak -anak mereka untuk mengikuti kelas
tambahan bagi meningkatkan kemajuan pelajaran mereka. Walaupun saya akui
10
usaha -usaha ini boleh membantu memperbaiki prestasi akademik sebahagian
besar kanak -kanak , tetapi masih ada lagi segolongan kanak -kanak yang
memerlukan bantuan pembelajaran yang lebih khusus.
Punca biologi merangkumi faktor faktor baka dan penyakit -penyakit yang
menjejaskan fungsi otak dan urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran (
asphyxia ), lembam lapisan otak (meningitis ) dan sawan yang berpanjangan
boleh menyebabkan disfungsi urat saraf ( neurologi dysfunction ).
Pakar kanak -kanak juga telah lama menyedari bahawa kandungan plumbum
yang tinggi dalam darah (lead poisoning ) seseorang kanak -kanak boleh
menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran. Selain itu, banyak lagi bahan
yang telah dikenal pasti sebagai punca masalah pembelajaran. Doktor dan ibu
bapa perlulah peka terhadap hal ini supaya dapat mengurangkan risiko anak
-anak terdedah kepada penggunaan bahan -bahan tersebut.
Satu kajian untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci punca -punca
kegagalan dalam pelajaran telah dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas
pemulihan di tiga buah sekolah di selangor dan kuala Lumpur oleh LPPKN
11
dengan kerjasama Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Antara punca-
punca yang dikenal pasti ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal
pelajaran anak-anak, kurang motivasi di kalangan kanak-kanak itu sendiri serta
lambat memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ada juga
kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat menguasai bahasa yang
seterusnya menjejaskan proses menguasai kemahiran membaca. Sesetengah
kanak-kanak pula menghadapi masalah lemah pengamatan (perceptual
weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri juga
turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak tersebut akan berasa
takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan sebayanya.
Ada satu kes yang melibatkan seorang kanak-kanak yang kurang baik daya
penglihatannya. Akibatnya, dia kurang nampak papan hitam didalam kelas.
Setelah dibawa kepada perhatian ibu bapanya, barulah cermin mata ditempah
untuknya. Pretasinya disekolah juga meningkat. Ada juga kanak-kanak yang
kurang daya pendengaran akibat cecair dalam telinga (serous otitis media) dan
ini sudah tentu boleh menjejaskan pelajarannya. Dia perlukan rawatan untuk
memperbaiki pendengarannya.
Ada pula kanak-kanak yang kelihatan pucat dan sering mengantuk didalam
kelas. Akibatnya, pretasi akademiknya merosot.
12
Kanak-kanak yang terencat akal mundur dalam pelajarannya kerana kebolehan
berfikir, tumpuan perhatian, perkembangan bahasa, pengamatan dan
keupayaannya memproses maklumat adalah lambat dibandingkan dengan
kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya. Kanak-kanak berusia lapan tahun
yang mempunyai tahap intelek (IQ) setaraf dengan kanak-kanak lima tahun
lazimnya masih sukar mengenal huruf. Kebolehannya sama ada dari segi
penguasan bahasa, keupayaan menjalani aktiviti-aktiviti harian atau pun
kemahiran sosial akan hanya setaraf dengan kanak-kanak yang berusia lima
tahun. Oleh itu, dia akan mendapati sukar untuk mengikut kurikulum didalam
darjah satu.
13
kesulitan membaca dan menulis. Mengajarnya membaca dan menulis
memerlukan kesabaran kerana perlu memberi penerangan berulang-ulang kali.
Kini, bilangan yang mahir dalam menjalankan penilaian terperinci keatas kanak
-kanak yang mengalami masalah pembelajaran bagi mengenal pasti unsur
-unsur disfungsi perkembangan (elements of devefunctions ) masih kurang.
Penilaian seperti ini perlu dijalankan untuk mengenal pasti ciri -ciri kekuatan dan
kelemahan yang terdapat pada seseorang kanak -kanak itu. Maklumat
-maklumat ini akan membolehkan pihak yang berkenaan memilih dan
menjalankan strategi -strategi pendidikan yang khas dengan berkesan ke atas
kanak -kanak tersebut. Cara rawatan atau latihan seharusnya berbeza diantara
seorang kanak -kanak dengan yang lain.
14
6.3 Kategori Murid Bermasalah Pembelajaran
Kadar kelaziman masalah mental di kalangan kanak-kanak ialah satu hingga tiga
peratus dan kajian mendapati kira-kira 10 peratus orang dewasa turut mengalami
masalah ini yang mungkin diperoleh ketika dewasa atau bermula sejak kecil.
Menurut Perunding Psikiatri PPUM Dr Subash Kumar Pillai, walaupun ada ibu
bapa menolak apabila dinasihatkan membawa anak berjumpa pakar psikiatri,
kebanyakannya bersetuju selepas memahami keadaan sebenar yang dialami
anak.
15
pelajaran dan sukar menyudahkan tugasan. Akibatnya, mereka akan ketinggalan
dalam pelajaran.
“Kanak-kanak ADD juga ada masalah sama seperti ADHD, bezanya mereka
tidak hiperaktif. Pada pandangan kasar mereka sama seperti kanak-kanak
normal lain, tetapi tidak dapat memberi tumpuan di bilik darjah. Mereka sering
dilabel sebagai pelajar malas, lembab dan diletakkan di dalam kelas terakhir,”
katanya.
Masalah kesihatan mental ini juga ada banyak peringkat dan sesetengahnya
hanya menunjukkan tanda di tempat tertentu seperti di sekolah atau rumah saja.
Namun isu lebih besar ialah kelewatan pengesanan dan diberi rawatan sehingga
menimbulkan masalah lain.
Tanda dan gejala tidak jelas atau tidak kelihatan. Ibu bapa menganggap
gejala dialami sebagai kenakalan biasa dan tiada kaitan dengan penyakit
mental.Sedangkan hakikatnya perlakuan kanak-kanak yang nampak
malas, tidak mahu belajar, suka menyendiri dan sukar menyiapkan
tugasan disebabkan penyakit dan mereka perlu dibantu dengan berjumpa
pakar untuk diberi rawatan sewajarnya.
Guru dan keluarga tidak tahu atau kurang jelas dengan gejala yang
ditunjukkan kanak-kanak.
Ramai ibu bapa tidak pasti ada rawatan mampu membantu anak mereka.
Tanda ADHD
16
Tanda ADHD boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Bukan semua
tanda ini ada pada kanak-kanak ADHD, tetapi untuk mengesahkan
seseorang kanak-kanak mengalami ADHD dia perlu menunjukkan tanda
di sekurang-kurangnya dua situasi contohnya di rumah dan sekolah.
Selalu mengelak, tidak suka atau tidak mahu melakukan kerja yang
memerlukan otak untuk berfikir.
Pelupa.
Tanda Hiperaktif
17
Tidak boleh duduk diam dan jika duduk, tangan atau kaki bergerak
(digoyangkan).
Sering meninggalkan tempat duduk dalam bilik darjah.
Berlari atau memanjat yang keterlaluan.
Sukar bermain sendiri.
Sentiasa bergerak seolah-olah di kakinya ada ‘motor’.
Terlalu banyak bercakap.
Tanda impulsif
“ADHD lebih kerap berlaku pada kanak-kanak lelaki (tiga kali ganda) tetapi tiada
siapa tahu sebabnya. Kanak-kanak ADHD menunjukkan kelakuan terlalu aktif,
tidak sabar menunggu giliran, terutama ketika beratur, dan tidak mampu
menumpukan perhatian pada satu-satu aktiviti.“Mereka juga biasanya menjawab
sebelum soalan habis ditanya dan kerap memotong cakap orang. Walaupun
memotong cakap orang adalah normal bagi kanak-kanak berumur enam hingga
tujuh tahun, tetapi untuk kanak-kanak ADHD ia keterlaluan dan menjadi
masalah.“Bukan mereka tidak mahu menumpukan perhatian atau sengaja
berkelakuan hiperaktif, tetapi ia berlaku di luar kawalan mereka. Malah, ADHD
antara faktor menyebabkan kanak-kanak selalu hilang apabila di tempat awam,
seperti pusat beli-belah,” katanya.
Uniknya kanak-kanak ADHD boleh menghafal dengan baik, tetapi bukan dalam
subjek pelajaran. Bahkan mereka juga berisiko untuk menipu (berlaku secara
automatik) untuk menyelamatkan diri daripada dimarahi ibu bapa atau guru.
18
ADHD atau ADD boleh memberi kesan besar dalam pencapaian akademik,
perkembangan sosial dan peningkatan kerjaya seseorang. Gangguan ini lebih
sukar dirawat jika masalah ini hanya dikesan ketika remaja kerana sudah
menjadi sebahagian kelakuan mereka.
Selain itu, hubungan keluarga yang keruh memburukkan lagi masalah ADHD
dan ADD anak. Faktor ini termasuk interaksi negatif antara ibu bapa dan adik
beradik, kawalan terlalu ketat, kemurungan ibu, sikap bapa yang anti sosial dan
masalah perkahwinan.
Bagi pesakit remaja, semua faktor ini menyebabkan mereka lebih rapat dengan
kawan dan cenderung mengabaikan keluarga, terutama ibu bapa yang sering
memarahi mereka.
Ia juga dianggap antara faktor yang boleh menyebabkan remaja ADHD dan ADD
lari dari rumah.
Kira-kira 30 hingga 40 peratus remaja ADHD keciciran pelajaran dan hanya lima
hingga 10 peratus berjaya belajar hingga ke peringkat tinggi.
Remaja ADHD juga menunjukkan sikap suka berlengah, melawan guru, terbabit
dalam aktiviti seks dan hamil pada usia sangat muda.
19
Justeru, ibu bapa dan guru perlu memberi lebih perhatian kepada kanak-kanak,
terutama jika mereka berkelakuan luar biasa berbanding kanak-kanak normal.
Antara cara yang boleh dilakukan ibu bapa ialah meluangkan masa melakukan
aktiviti bersama anak seperti bermain, bersembang, membaca atau tidur kerana
melalui cara ini mereka dapat mengesan perlakuan tidak normal.
Jadi apabila diberitahu anak anda perlu dirujuk pada pakar psikiatri, usah
melenting, sebaliknya ambil tindakan segera bagi mengesahkan sama ada anak
anda mengalami masalah kesihatan mental atau tidak.
Kanak-kanak ADHD
a) Tiga hingga lima peratus kanak-kanak mengalami masalah ini. Lebih terdapat
di kalangan kanak-kanak lelaki.
Gelisah
Tidak boleh duduk diam
Tidak mengikut arahan
Aktiviti motor yang keterlaluan
Tahap toleransi yang rendah kepada kekecewaan
Kesukaran dalam tumpuan (poor eye contact)
Tidak ada hubungan mata dengan ibu/bapa/penjaga apabila meminta
sesuatu.
20
d) Umur sebelum 8 tahun merupakan kekerapan berlaku ADHD dan akan
berkurang selepas itu dengan episod yang lebih singkat.
RAWATAN
1. Terapi Tingkahlaku
Beri maklum balas positif kepada kanak-kanak kerana tuas yang berjaya
dilakukan. Memuji jika kanak-kanak ini dapat berhenti dan memikir
mengenai sesuatu tugas walaupun belum memulanya.
2. Rawatan Ubatan
21
3. Latihan Tumpuan (Attention Training)
6. Intervensi Tingkahlaku
2) Pintar Cerdas
Dari istilah persekutuan Amerika Syarikat, maksud pintar cerdas yang ditujukan
kepada kanak-kanak,pelajar atau belia adalah mereka yang mempunyai potensi
dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik,
kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik
yang mengagumkan, serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan
yang lain dari yang lain atau istimewa yang tidak dapat diperolehi di sekolah
biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka.
Defenisi bagi Negara Kanada,pintar cerdas ditakrifkan sebagai suatu darjah
keupayaan intelektual yang luar biasa yang memerlukan pengalaman
pembelajaran yang berlainan daripada apa yang disediakan di sekolah biasa
untuk memenuhi tahap keupayaan akedemik dan potensi mereka.Di England,
pintar merujuk kepada 5 peratus teratas dari semua populasi sekolah di dalam
bidang akedemik manakala cerdas pula adalah 5 peratus teratas dari semua
bidang lain. Pelajar pintar adalah mereka yang memilki kebolehan tinggi untuk 1
atau lebih di dalam subjek akedemik. Mereka ini tidak perlu menjadi pintar untuk
semua subjek. Pelajar cerdas pula adalah mereka yang mempunyai kebolehan
tinggi dari segi sukan, muzik , lukisan atau seni persembahan.
Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar
cerdas:
Pengamatan tinggi
22
Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang
sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang
Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu
acara
Minat mendalam
Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa
sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut
Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai
topik serta mampu mengingati semula dengan cepat
23
Tahap penumpuan yang lama
Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih
lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya
pemikiran
24
Pandai berjenaka
Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-
rakan sebayanya langsung tidak memahami
Perkembangan asynchronous
Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan social adalah tidak sekata sebagai
contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun
inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dakanak-kanak 6
tahun dari segi emosinya.
25
orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa lain perlu mangambil berat supaya
mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain kearah
keburukkan. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa
dan guru
Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi
yang sensitif .
Sikap kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap kegagalan
sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa. Mereka ini memerlukan data-
data yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan yang diberikan, mereka
sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas untuk
bersosial. Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk
memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuloran, pencemaran, ketidak adilan
dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini mereka akan
mengalami masalah ‘introverted’ dan mungkin menjurus kearah “existential
depression”.
3) Sindrom Down
Mempunyai karakter fizikal yang boleh dikenal pasti dan keintelektualan yang
terhad disebabkan oleh ketidaknormalan pada pasangan kromosom ke 21
Keadaan ini boleh melibatkan kedua-dua jantina 1 : 1000 ke 1 : 1100
Sifat pada kepala,muka dan leher Iras muka hampir sama seperti orang mongol
Pangkal hidung kemek Jarak antara mata jauhdan belebihan Sifat pada tangan
dan lengan Jari jemari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke bawah
26
Tapak tangan biasanya terdapat satu garisan urat yang dinamakan “simian
crease”
Sifat pada kaki Jari-jari kaki agak pendek dan jarak antara ibu kaki dan jari kaki
agak jauh terpisah Tapak kaki biasanya leper Sifat pada otot Biasanya otot
lemah menyebabkan mereka menjadi lembik Lewat dalam perkembangan motor
kasar
27
melepaskannya Rangsangan – mengusap belakang telapak tangan bayi dengan
jari kita
Jangka hayat Pada tahun 1929 hanya 9 tahun Tetapi kini dengan kemajuan
teknologi perubatan,jangka hayat sehingga 50 tahun dan ke atas Diusia lebih 40
tahun keupayaan badan akan tuirun,hilang ingatan dan hilang kemampuan
mengurus diri
Pihak yang dapat membantu anak Sindrom Down Ibubapa – kasih sayang dan
perlindungan Doktor perubatan keluarga – Khidmat nasihat,sokongan dan
dorongan Pakar kanak-kanak – Kepakaran dalam masalah berkaitan Jururawat
Masyarakat – Perkhidmatan perawatan Jurupulih anggota,jurupulih cara kerja
dan jurupulih pertuturan – Latihan pemulihan Guru / pendidik – Memberi
pendidikan Masyarakat dan sukarelawan yang prihatin
Pilihan rawatan dan sekolah yang sesuai untuk kanak-kanak Sindrom Down
Peringkat 0 – 2 tahun :- Pemulihan di klinik tempatan atau hospital Peringkat 3 –
4 tahun :- Kanak-kanak boleh dibawa menghadiri pusat pemulihan di klinik
28
tempatan,hospital dan PDK Peringkat 5 – 6 tahun :- Digalakkan memasuki
TADIKA biasa atau meneruskan pemulihan di klinik,hospital dan PDK Peringkat
7 – 12 tahun :-Ke sekolah Integrasi P. Khas Peringkat 13-18 tahun :- Ke sekolah
Menengah Integrasi Peringkat 18 tahun ke atas:-Dihantar latihan vokasional
4) Autisme
Ibu bapa perlu tahu cara mengetuk ‘pintu rahsia’ anak sebelum boleh mendekati
dan berinteraksi dengan anak autisme. Jika pintu rahsia ini tidak ditemui, anak
anda makin sukar didekati dan mungkin terus hidup dalam dunianya sendiri.Anak
autisme sering dilabel sebagai kanak-kanak bodoh, degil, berkelakuan pelik,
mementingkan diri dan berkemungkinan besar keciciran dalam pelajaran.
Walaupun kebanyakan kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal, tetapi
melalui pendidikan sewajarnya mereka mampu memiliki kehidupan baik, malah
mungkin lebih berjaya daripada individu normal.
Dunia kanak-kanak autisme masih menjadi misteri kerana tiada siapa tahu apa
yang bermain dalam fikiran mereka, khususnya apabila mereka mula ‘buat
perangai’, sama ada tidak mengendahkan orang lain, asyik mengulangi perkara
sama atau melakukan perkara yang boleh mencederakan diri.
29
Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan
sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta
menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang; biasanya berkaitan minat, aktiviti
dan perangai.Dianggarkan satu daripada 500 kanak-kanak di Malaysia
mengalami masalah ini dan statistik menunjukkan kini ada kira-kira 47,000
penduduk negara kita menghidap autisme. Daripada jumlah ini, empat atau lima
orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulen yang mengakibatkan
mereka kehilangan keupayaan memahami keadaan sekeliling, kecuali diri
sendiri. Hampir 70 peratus kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal pada
tahap berbeza.
30
b. Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi - Lambat bercakap.- Mempunyai
masalah bercakap dan memahami percakapan orang.- Tidak boleh
berkomunikasi dengan baik.- Bercakap dalam nada pelik — seperti menyanyi
atau bercakap macam robot.- Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual
hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap).- Mungkin mengulang
perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya.- Kanak-kanak autisme dengan
sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan pertuturan mereka
kedengaran seperti orang dewasa.
c. Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan- Suka melakukan
perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah
terganggu jika disuruh melakukan perubahan.- Menunjukkan minat pelik,
contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan
berpusing dan memutar objek.- Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi
yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan.-
Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang.-
Tidak boleh duduk diam.- Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang
dewasa.
d. Masalah tingkah laku- Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan
ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah,
agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan
seperti mencederakan diri.- Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan
tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk. Jadi mereka biasanya terbabit
dalam masalah yang dicetuskan orang lain.- Tidak tahu bersosial — jika
melakukan kesalahan, ia sangat mudah dikesan.- Aktif tetapi berperangai pelik
— kanak-kanak autisme jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan
biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.
31
bodoh.“Kanak-kanak autisme bukan golongan berisiko atau bodoh, cuma guru
dan ibu bapa tidak tahu cara mendekati mereka.
Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai
bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme secara umumnya lebih perlahan
daripada kanak-kanak normal.“Bagaimanapun melalui pendidikan betul, individu
autisme boleh belajar di sekolah biasa dan berjaya dalam pelajaran. Malangnya
kurang pengetahuan ibu bapa dan guru menyebabkan ramai kanak-kanak
autisme membesar di bawah paras kemampuan,” kata Pengerusi Persatuan
Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom), Teh Beng Choon pada bengkel strategi
praktikal mendidik anak autisme anjuran bersama Nasom dan Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya.
Katanya, lebih awal masalah anak dikesan lebih baik, tetapi biasanya perkara ini
hanya disedari guru tadika apabila kanak-kanak dihantar ke sekolah.
Berdasarkan kajian, kanak-kanak autisme berumur empat hingga enam tahun
yang diberikan pendidikan khas menunjukkan perkembangan
memberangsangkan, boleh belajar di sekolah biasa, bermain dengan kanak-
kanak lain, malah fungsi pembelajaran juga bertambah baik.Panduan
membentuk hubungan sosial.Bagi mengatasi masalah sosial di sekolah seperti
tidak pandai berkawan, mementingkan diri sendiri dan sukar mengekalkan
tumpuan, beberapa langkah boleh diambil iaitu dari peringkat pra sekolah
lagi.Oleh kerana mereka tidak pandai berbual dan bergaul, ibu bapa boleh
32
menjemput kawan datang ke rumah.
Ini membuatkan anak berasa diterima, lebih yakin serta dapat mengelak mereka
menjadi mangsa buli.“Setiap kali cuba berkawan, ada saja kesalahan yang
mereka dilakukan. Ini membuatkan kanak-kanak autisme berasa tertekan dan
mula menyalahkan orang lain. Mereka mungkin jadi sombong, berlagak dan lebih
susah berkawan. Kanak-kanak autisme, terutama perempuan, ada
kecenderungan meniru perbuatan orang lain bagi membolehkan mereka diterima
sebagai kawan.“Yang ibu bapa dan guru perlu lakukan ialah memerhatikan jenis
permainan yang dimainkan rakan sebaya anak. Belajar cara dan peraturan
permainan supaya anda boleh bermain dengan anak.
Ketika ini mereka perlu belajar apa yang tidak boleh dicakap kerana kanak-kanak
autisme ‘sangat jujur’ dan kejujuran ini mungkin melukakan hati kawan.Pada
umur sembilan hingga 13 tahun, ibu bapa boleh menggunakan rancangan
televisyen seperti Mr Bean untuk mengajar anak apa yang tidak boleh dilakukan
kerana pada ketika ini anak autisme mula mengambil kira pandangan orang
terhadap diri mereka dan sedar wujudnya perbezaan jantina.“Kanak-kanak
33
autisme ada kemungkinan empat kali lebih tinggi menjadi mangsa buli. Mereka
masih tidak tahu apa perlu dilakukan jika diusik atau diejek kerana bimbang
dipulaukan. Rata-rata berasa rendah diri, cepat resah, mudah tertekan dan
pencapaian akademik juga lemah.“Walaupun mula pandai berkawan tetapi
dalam kebanyakan kes, persahabatan itu biasanya berakhir di pintu pagar
sekolah. Antara cara membantu meningkatkan keyakinan dan kemahiran
berkawan ialah menggalakkan mereka terbabit dalam pementasan drama atau
aktiviti berkumpulan serta membuat sistem mentor,” katanya.Perlu diingat, bukan
semua anak autisme ada masalah pembelajaran.
5) Disleksia
34
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf,
membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup
dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu
penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan
program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga
bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang
disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali
disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah
pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara
yang berlainan.
Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur,
jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa
kepada kanak-kanak.
Jenis-jenis Disleksia
35
perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi
menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga
tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan
konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori
Disleksia visual-auditori
Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk
memproses tulisan secara visual dan audio
.PUNCA-PUNCA DISLEKSIA
Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan
Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;
Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup
bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar.
Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan
perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan
kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum
Kematangan
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu
dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang
daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak
merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia
36
CIRI-CIRI DISLEKSIA
Kanak-kanak pra-sekolah :
- Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
- Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
- Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
- Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
- Tidak merangkak semasa bayi
- Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
- Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya
banyak soalanKanak-kanak
Sekolah Rendah :
6 hingga 9 tahun
- Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka
menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor
- Menggunakan jari untuk mengira dan membaca
- Keliru dengan kiri dan kanan
- Tulisan cermin atau terbalik
9 hingga 12 tahun
- Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
- Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
- Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
- Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
- Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
- Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa Sekolah Menengah :
- Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak
37
konsisten
- Kesukaran menulis karangan
- Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
- Kesukaran mempelajari bahasa lain
- Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
- Jenis orang yang suka senyap
- Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
- Kurang kemahiran bersosial
Membaca
Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan
maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan
membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka
censerung menterbalikkan perkataan seperti:
Batu – tuba
38
Gula – lagu
Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti
berikut:
Jam – jem
cat – cat
Menulis
Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke
atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan
tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga
cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik
Nombor
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang
berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan
39
simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :
3–5–8
9–6
6) Epilepsi (Sawan)
40
Rawatan Efektif Epilepsi
Dengan kemajuan terkini dalam bidang perubatan dan teknologi sekarang,
epilepsi dan serangan sawan bukan lagi satu halangan untuk menjalani
kehidupan yang aktif dan sempurna. Rawatan bagi epilepsi bukan sahaja bagi
menyembuhkan semua serangan sawan, tetapi juga untuk menguruskan
kehidupan keseluruhan pesakit.
Oleh itu, rawatan yang berkesan untuk epilepsi bermula dengan diagnosis yang
betul tentang jenis serangan sawan yang dialami pesakit kerana setiap jenis
penyakit ini memerlukan rawatan khusus dan berkesan.Perkara pertama yang
akan dilakukan oleh doktor ialah menyemak sejarah perubatan pesakit. Ini
termasuk soalan mengenai sejarah serangan sawan dalam keluarga pesakit dan
butiran lanjut mengenainya.
Seorang anggota keluarga atau mereka yang menyaksi serangan sawan mesti
hadir untuk memberi maklumat tambahan, terutama jika pesakit tidak sedarkan
diri.Ini biasanya akan disusuli dengan pemeriksaan fizikal dan neurologi untuk
mengenal pasti petanda fizikal berkaitan yang mungkin boleh menunjukkan
secara khusus sindrom epilepsi yang dialami pesakit.Doktor mungkin
mencadangkan ujian lanjut dijalankan untuk memahami dengan lebih mendalam
punca berlakunya serangan sawan dan mengesan sebarang keadaan yang tidak
normal dalam otak.
41
Rawatan moden yang biasa diberi untuk kebanyakan jenis penyakit epilepsi ialah
ubat atau kombinasi ubat anti-sawan yang lazim digunakan.Setiap pesakit
memberi reaksi yang berbeza terhadap ubat anti-sawan seperti reaksi mereka
terhadap makanan atau bahan-bahan lain yang masuk ke badan mereka. Oleh
itu, doktor akan cuba menentukan ubat anti-sawan dan program yang betul untuk
setiap pesakit dengan kesan sampingan yang minimum.
Sesetengah faktor akan diambil kira oleh doktor apabila memilih ubat anti-sawan
termasuk jenis sawan, umur pesakit dan jantina, tahap IQ dan isu kesihatan,
serta ubat-ubat lain yang mungkin diambil oleh pesakit.Bagi rawatan berkesan,
pesakit perlu memakan ubat seperti yang ditetapkan, dan sentiasa merujuk
kepada doktor sebelum mengambil ubatubatan yang lain, ubat yang dibeli di
kedai, atau rawatan herba.
Lagi lama tempoh mereka tidak mengalami serangan sawan, maka semakin
besar peluang untuk mereka menjalani kehidupan yang bebas dari epilepsi dan
lebih 50 peratus kanak- kanak berjaya bebas daripada serangan penyakit
42
itu.Pembedahan boleh membantu merawat punca-punca epilepsi lain, seperti
serangan sawan itu disebabkan oleh ketumbuhan, tumor atau punca-punca lain.
Jika punca-punca tersebut berjaya dirawat atau dibuang, pesakit tidak akan lagi
mengalami sawan.
Oleh itu, kira-kira lima peratus pesakit epilepsi boleh “diubati” melalui
pembedahan.Pembedahan juga boleh dilakukan untuk membuang tempat fokus
serangan sawan (kawasan otak di mana serangan sawan berasal), tetapi ia
hanya sesuai bagi sawan partial yang berasal dari satu kawasan khusus dalam
otak. Pesakit yang berpotensi dibedah perlu menjalani penilaian terperinci oleh
pakar neurologi sebelum pembedahan dan jika berpendapat pembedahan tidak
sesuai dilakukan, maka pesakit akan dinasihatkan supaya tidak melakukannya
dan menjalani rawatan pilihan yang lain.
Alat yang dikenali sebagai perangsang saraf vagus ditanam di bawah kulit dada
pesakit. Wayar dari alat tesebut diikat pada saraf vagus. Saraf vagus
menyambung otak ke jantung, paru-paru dan saluran usus dan perut. Alat ini
43
menjana denyutan elektrik dalam jarak masa tetap (interval), yang merangsang
saraf vagus.VNS boleh menjadi rawatan pilihan bagi mereka yang tidak
berkesan mengambil ubat anti-sawan dan pesakit yang atas apa-apa sebab,
dianggap tidak sesuai untuk menjalani pembedahan.
Bagaimanapun, kaedah rawatan ini mungkin mahal, tambahan pula, bateri yang
dipasang pada alat tersebut hanya tahan kira-kira selama lima tahun sahaja.Satu
lagi rawatan bagi epilepsi di kalangan kanak-kanak ialah diet ketogenik, yang
kaya lemak dan rendah karbohiderat. Ia bertujuan untuk mengekalkan ‘tahap
lapar’ (starvation mode) dalam badan bagi tempoh masa yang lama. Bila badan
dalam keadaan berpuasa, ia menghasilkan ketones (bahan yang terhasil bila
badan memecahkan lemak untuk menjana tenaga), yang menunjukkan badan
sedang membakar lemak dan bukannya glukos untuk menjana tenaga.
7) Cerebral Palsy
Sebelum Kelahiran
- Jangkitan dalam rahim
- Ibu mengalami darah tinggi, kancing manis, kurang darah ketika mengandung
- Pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung
44
Semasa Proses Kelahiran
- Kelahiran tidak cukup bulan
- Kecederaan semasa lahir
- Lemas semasa lahir
- Jangkitan semasa lahir
Punca-punca :
- Kekurangan bekalan oksigen (anoxia) – punca utama.
- Perkembangan otak yang tidak normal.
- Rembesan (intraeraneal bleeding).
- Demam kuning.
- Terhentak / terhempas / kejutan.
- Serangan kuman / penyakit.
Tanda-tanda :
- Bayi kelihatan lembik
- Lewat perkembangan
- Menggunakan sebelah tangan (hand preference)
- Masalah menyusu
- Kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dan
kurang tindak balas
45
- Sembelit
- Cepat marah
11 bulan mula merangkak, tetapi tidak mahu berjalan dan mereka biasanya akan
berdiri di hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah bimbang untuk bertapak.
46
otot otak (ivoluntary movements). Akibatnya seseorang kanak-kanak athetoid
menunjukkan gimik muka.Atxia - Pada prinsipnya kanak-kanak ataxia ini tidak
dapat duduk, berdiri dan berjalan. Kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk
mengawal keseimbangan badan dan kodinasi otot, bergantung kepada kadar
kepintasan yang dialaminya. Biasanya, jika kanak-kanak ini mampu berdiri dan
berjalan sekalipun, kakinya akan berkeadaan terkangkang luas bagi membantu
mandapat keseimbangan postur tersebut.Hypoytonik (Campuran sifat-sifat di
atas) – otot lembik
Oleh kerana itu, kita mesti memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke
Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin. Kalau kanak-kanak
tidak diberi latihan oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga untuk
jangka masa yang lama, kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya,
sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan
menjadi bengkok.
Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiap-tiap hari oleh Fisio
Terapist, Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah. Jikalau,
kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal juga,
mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka.
47
Terdapat tiga bentuk utama kelumpuhan otak iaitu Spasticity, Athetosis dan
Ataxia. Mereka yang mengalami ketiga-tiga bentuk kelumpuhan otak di atas
dikenali secara umum sebagai penyakit Cerebral Palsy atau spastic
Cortex atau Lapisan Luar OtakCortex atau lapisan luar otak terlibat dalam
pemikiran, pengetahuan dan sensasi.
Ciri utama yang dihadapi olah athetosis ialah pergerakan yang secara tidak
disengajakan dan mengganggu pergerakan yang normal dalam tubuh
manusia.SerebelumSerebelum ini terletak di bahagian asas atau dasar otak.
Bahagian ini berperanan ‘mentadbir’ fungsi tubuh manusia seperti koordinasi
opergerakan, gaya dan keseimbangan. Serebelum dihubungkan dengan pangkal
otak yang menghubungkan bahagian atas otak kepada saraf tulang
belakang.Kanak-kanak spastic yang menghadapi Ataxia berpunca daripada
kecederaan pada bahagian serebelum mengalami gaya melangkah yang tidak
stabil dan kesukaran dalam mengimbang badan.
Orang cacat spastic yang lebih mungkin sekali menghadapi lebih daridada satu
kategori asas biajnosa dan pengklasan menggambarkan kesukaran yang amat
48
sangat.Mengesan Kanak-kanak Spastik.Kanak-kanak spastic dapat dikesan dari
simtom-simtom yang ditunjukkan :Kesukaran sewaktu makanKanak-kanak
spastic akan mengalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah
makanan. Ini seringkali menyebabkan mereka muntah.
49
50