You are on page 1of 20

PENGHARGAAN

Alhamdullilah Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya dapat kami
menyiapkan tugasan ini. Di dalam kesempatan ini, Kami ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada pensyarah kami iaitu En Asmawi bin Muhammad kerana telah memberi tunjuk
ajar dan bimbingan yang tidak berbelah bagi.Tanpa pertolongan beliau mungkin sukar untuk
kami meyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Selain itu,terima kasih juga kepada ibu bapa kami yang banyak memberi dorongan dan
bantuan dari segi kos untuk menyiapkan tugasan ini,tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang
turut membantu dan sentiasa memberi sokongan kepada kami dalam menyiapkan tugasan
dengan baik.

1
PENGENALAN

Data kos, indeks kos dan analisis kos merupakan antara aktiviti yang penting dalam
industri binaan. Asas kejayaan sistem perancangan dan kawalan kos bergantung kepada
penggunaan maklumat kos yang sesuai.

Data kos semasa peringkat awal proses reka bentuk selalunya berkaitan dengan fungsi
dan rekabentuk pembinaan. Semasa peringkat rekabentuk lanjutan, kos adalah berkait rapat
dengan kuntiti kerja-kerja bangunan dan bagi kerja kejuruteraan awam pula kos lebih ditentukan
oleh-proses yang terlibat. Analisis kos pula merupakan satu perancangan dan kawalan kos yang
sangat berguna. Analisis kos sesuatu projek pembinaan boleh menyediakan maklumat data kos
yang berguna kepada jurukur bahan. Indeks kos pula digunakan bagi mengukur perubahan harga
mengikut masa bagi sumber-sumber yang digunakan seperti kos buruh, bahan dan jentera.

Semua maklumat-maklumat mengenai perancangan kos ini boleh didapati di firam


jurukur bahan. Contohnya analisis kos boleh didapati dalam jurnal professional dan jurnal
pertukangan kerja. Indeks kos boleh didapati di JKR dan JPM. Data kos pula boleh diperolehi
daripada pembelian terus atau langganan daripada JKR, JPM dan ISM.

2
DEFINISI ANALISIS KOS

 Kos analisis merupakan pecahan secara sistematik data kos bagi memudahkan
pemeriksaan dan perbandingan kos - I.H Seely, 1996, (4th ed), ms 211
 Pecahan sistematik data kos, secara amnya mengikut elemen struktur, bagi memudahkan
penyediaan data kos di masa akan datang – A. Ashworth, 1998, ( 3rd ed), ms 129

ANALISIS KOS ELEMEN (AKE)


 Adalah pecahan sistematik terhadap kos bangunan bagi klien menentukan kos tiap-
tiap elemen :
 Analisis dibuat dalam erti kata yang sebenar untuk digunakan oleh pereka
bentuk dan klien bagi projek akan datang dengan yang demikian
perbandingan antara dua atau lebih bangunan dapat dibuat.
 Ianya adalah ringkasan maklumat kos projek yang dikumpulkan daripada
Senarai Bahan.
 Selain daripada analisis kos, maklumat seperti ringkasan spesifikasi projek
dan maklumat projek secara keseluruhan juga disertakan di dalam AKE.
 Kos yang diperolehi daripada analisis kos adalah tidak memadai untuk menentukan
harga sebenar.
 Kos ini diperkenalkan bagi menyediakan maklumat data terutamanya untuk proses
perancangan kos.

3
DEFINISI DATA KOS

 Data kos pada peringkat awal proses rekabentuk selalunya berkaitan dengan fungsi dan
rekabentuk bangunan. Semasa peringkat rekabentuk lanjutan, kos adalah berkait rapat
dengan kualiti dan spesifikasi pembinaan. Umumnya beranggapan kos adalah berkait
rapat dengan kuantiti bagi kerja-kerja bangunan dan bagi kerja-kerja kejuruteraan awam
pula kos ditentukan oleh proses-proses yang terlibat.
 Diperlukan bagi meramal dan mengawal aaktiviti pembinaan. Ia juga adalah data yang
kritikal bagi menetukan samada anggaran itu munasabah atau tidak.

STRUKTUR DATA KOS


 Diperlukan berbeza mengikut peringkat kerja bermula dari mengenalpasti
komponen. Asas kos sehingga harga tender diperolehi.
 Struktur kos komponen bahan yang merangkumi kos asas bahan,
pengangkutan, pembaziran, penyimpanan dan lain-lain bagi kerja-kerja
kerangka tiang.

4
DEFINISI INDEKS KOS

 Indeks merupakan nombor-nombor indeks yang digunakan untuk mengukur perubahan


harga antara tender-tender yang diperolehi pada masa berlainan. Jub perlu mengkaji
indeks ini bersama tren arah aliran masa depan kos, samada turun atau naik dan menilai
perbezaan menurut lokasi untuk membuat penyelarasan harga pada maklumat kos yang
lepas.
 Indeks kos merupakan “indeks input” yang mengukur perubahan mengikut masabagi
sumber-sumber yang digunakan seperti kos buruh, bahan dan jentera.
 Ianya mengukur perubahan kos yang dibayar oleh kontraktor
 Juga dikenali sebagai oleh indeks faktor kos
 Disediakan untuk jumlah keseluruhan kos bangunan atau jenis bangunan bagi
menunjukkan pertambahan kos secara am.
 Indeks juga boleh disediakan untuk satu elemen atau satu pertukangan didalam proses
pembinaan.

5
TUJUAN DATA KOS, ANALISIS KOS DAN
INDEKS KOS

ANALISIS KOS

Tujuan analisis kos

Disediakan bagi projek bangunan


Untuk menunjukkan hubungan kos antara beberapa seksyen/bahagian bangunan
sekiranya ada.
Untuk membenarkan perbandingan kos dengan projek-projek yang lain.
Untuk menyediakan maklumat data terutamanya untuk proses perancangan kos

Kepentingan analisis kos

Pengetahuan
Untuk membolehkan klien dan pereka bentuk mengetahui dan menghargai
bagaimana kos elemen diagihkan di antara satu sama lain dan dibandingkan
dengan kos keseluruhan bangunan.

6
Penilaian
Untuk membolehkan klien dan pereka bentuk mendapat idea bagaimana kos
diagihkan bagi mendapatkan reka bentuk yang seimbang.Ianya penting untuk
mengetahui keberkesanan kos dan kualiti yang sepatutnya diberikan kepada
bangunan.

Tindakan pemulihan terakhir


Boleh digunakan untuk mengetahui/mencari sumber ‘lebihan perbelanjaan’
sebaik-baik sahaja tender diterima,iaitu dengan membandingkan anggaran
dengan harga tender harga.Ini membolehkan tindakan pemulihan akhir dapat
diambil.

Perancangan
Analisis kos digunakan sebagai sumber maklumat kos bagi membuat
perancangan kos projek bangunan akan datang.

7
DATA KOS

Tujuan data kos

Meramal dan mengawal aktiviti pembinaan.


Merupakan data yang kritikal bagi menetukan sama ada sesuatu anggaran
itu munasabah atau tidak.
Mengawal pengurusan kontrak terutama di dalam prosedur bayaran
kemajuan dan akaun akhir.
Menganggarkan kos cadangan sesuatu projek dan juga mengawal reka bentuk
bagi menjamin angka-angka yang dihasilkan adalah sebanding atau hamper
dengan anggaran tender.
Mengimbangkan kos di dalam anggaran kos bagi menjamin wang
dibelanjakan mengikut keutamaan klien.
Perbincangan kadar harga dengan kotraktor untuk tujuan realisasi kos dan
mempercepatkan penyerahan tender.

Kepentingan data kos

Meramal kos
Maklumat –maklumat seperti kos pelbagai jenis bangunan,kadar unit
elemen,kadar harga di dalam senarai bahan dan lain-lain,boleh digunakan
untuk meramal kos.

8
Perbandingan kos
Kegunaan data kos disini bukan setakat untuk mendapatlkan apakah nilai
sebenar bangunan atau komponen tetapi juga untuk membuat perbandingan
pilihan terbaik item yang mempunyai fungsi yang sama atau perbandingan
bangunan yang berlainan rekabentuk.

Perimbangan kos
Di dalam menentukan bajetdidalam kawalan kos sesuatu bangunan adalah
penting untuk menagihkan kos keseluruhan kepada unit-unit yang kecil atau
elemen.

9
INDEKS KOS

Tujuan indeks kos

Kesemua data kos yang digunakan oleh jurukur bahan adalah terdiri
daripada data sejarah.
Apabila data ini digunakan untuk menyediakan rancangan kos atau
anggaran,maklumat ini perlu diselaraskan dengan menggunakan indeks.
Nombor-nombor indeks digunakan samada untuk mengemaskini
maklumat kos sejarah kepada kadar harga semasa
Digunakan untuk membuat ramalan tren harga dan kos pada masa
hadapan.

Kepentingan indeks kos

Perancangan kos
Proses perancangan kos memerlukan penggunaan yang berkesan
terhadap sejumlah besar maklumat kos sejarah.
Bagi membolehkan rancangan kos digunakan sebaik mungkin data-data
perlu dikemaskini dengan menggunakan indeks.
Kos keseluruhan projek,kadar harga elemen,boleh dikemaskini
menggunakan formula:

Kadar harga baru(semasa)= kadar harga kasar x indeks semasa

Indeks dasar

10
Dari formula ini ,peratus perubahan dapat dikira:

% perubahan= indeks semasa-indeks dasar x 100%

Indeks dasar

Ramalan

Paten/tren indeks semasa boleh diteruskan kepada satu tarikh di masa akan
datang.Walaubagaimanapun ia hendaklah dibuat dengan berhati hati.Unjuran indeks
akan datang mudah diramal sekiranya keadaan pasaran dan harga stabil.

11
SUMBER-SUMBER DATA KOS

Data-data teknikal

 Terdapat banyak data kos yang diperlukan oleh jurukur bahan diterbitkan di dalam jurnal,
majalah dan lain-lain yang berkaitan dengan reka bentuk, bangunan, pengurusan dan
industry pembinaan dan alam bina.
 Antara maklumat yang boleh didapati ialah harga sumber-sumber pembinaan
terutamanya harga bahan, upah buruh dan sewa beli jentera. Majalah ‘The Malaysian
Surveyor’ yang diterbitkan oleh ISM mengandungi maklumat kos seperti analisis kos
elemen, kajian harga bahan-bahan dan upah buruh, kadar upah asas buruh dan buruh sub-
kontrak dan laporan ringkas hartanah di Malaysia.
 Majalah yang diterbitkan sebanyak empat kali setahun ini juga mengandungi artikel-
artikel berkaitan profession jurukur bahan, hartanah, ukur tanah, ukur bangunan,
pembinaan dan aktiviti ISM.

Buku-buku data harga

 Buku-buku data harga dianggap sumber data harga tradisi di Negara seperti United
Kingdom yang selalunya diterbitkan secara tahunan oleh beberapa organisasi terkenal.
Walau bagaimnanpun, buku data harga belum dibukukan lagi di Negara ini.
 Buku-buku terbitan luar Negara boleh digunakan sekiranya kita membuat kerja-kerja
pembinaan diluar Negara.
 Antara maklumat yang boleh didapati dalam buku-buku data ialah yuran konsultan, kadar
upah pelbagai jenis buruh, kadar harga bahan, angkatap buruh, indeks kos bangunan, had
kos bangunan dan lain-lain.

12
Servis Maklumat

 Pertubuhan Jurukur Malaysia (ISM) di bawah Jawatankuasa Kecil Maklumat Kos


menyediakan Analisis Kos Elemen (AKE) yang diterbitkan di dalam majalah “The
Malaysia Surveyor’” dan juga untuk langganan .AKE terdiri daripada 3 borang utama
iaitu Borang 1, Borang 2 dan Borang 3. Borang 1 mengandungi maklumat berkaitan
projek secara keseluruhan dan maklumat bangunan yang dibuat analisi. Borang 2
mengandungi ringkasan kos-kos elemen dan Borang 3 merujuk kepada spesifikasi
ringkas projek.
 Selain dari menerbitkan “The Malaysian Surveyor”. Jawatankuasa ini menerbitkan juga
Manual Penyediaan Analisis Kos Elemen (Manual for the Preparation of Elemental Cost
Analysis) dan juga Malaysian Standard Method od Measurement of Building Works (2nd
Edition) (SMM).

Dokumen tender / kontrak dan Senarai Bahan

 Dokumen tender/kontrak dan senarai bahan adalah sumber utama yang digunakan oleh
jurukur bahan.
 Firma ukur bahan mempunyai banyak sumber untuk projek yang berlainan reka bentuk
dan jenis.Antara maklumat yang boleh didapati ialah kadar harga tiap-tiap elemen, kos
keseluruhan projek,kadar asas harga bahan,buruh,jentera,tempoh kontrak dan tempoh
kecacatan kontrak.

Terbitan Kerajaan

 Kerajaan adalah klien utama industry pembinaan dan semakin hari penglibatan kerajaan
bertambah sama ada dari aspek ramaln kos yang dihasilkan dan juga aspek penyelidikan
dan pembangunan industri pembinaan.Jabatan jabatan kerajaan seperti JKR dan jabatan
peranakaan Malaysia (JPM) menerbitkan beberapa maklumat penting untuk industry
pembinaan.Rujuk data kos JKR dan JPM.

13
Data kos Jabatan Kos Raya

JKR dibawah Unit Pembagunan dan Khidmat Kos .Cawangan kontrak dan Ukur Bahan misalnya
menerbitkan beberapa buku dan data kos.Antaranya:

a) Kos Purata Semeter Persegi Kerja-kerja Pembinaan Bangunan Diterbitkan dalam bentuk
buku sebanyak dua kali setahun.Maklumat- maklumat yang terkandung dalam buku ini
adalah:
 Angkatunjuk harga tender bunaan bangunan dan factor lokaliti
 Kos kerja awklan
 Kos purata semester persegi kerja-kerja utama bangunan
 Kos pakar kerja dalam bangunan
 kos kerja luar bangunan (dengan atau tiada cerucuk)

b) Jadual kadar harga

Buku jadual kadar harga dikeluarkan dalam dua bentuk iaitu:

 Jadual kadar harga kerja-kerja kecil dan memperbaiki

Jadual kadar harga ini megandungi empat bahagian utama

Bahagian 1 – Megandungi panduan penggunaan jadual, tambahan peratusan,


tambahan untuk kerja-kerja yang berkaitan , asas pengiraan dan bayaran
kerjahari
Bahagian 2 – Penerangan penggunaan barang-barang buatan tempatan.
Bahagian 3- Kadar harga untuk upah buruh, sewa loji dan harga bahan-bahan
binaan.
Bahagian 4 – Jadual kadar harga mengikut pertukangan

 Jadual kadar harga (untuk kegunaan tender berasaskan lukisan dan spesifikasi)

c) Panduan kos binaan (bagi penyediaan anggaran kos awal)

14
Bahagian I – Kaedah penyediaan anggaran kos awal
Bahagian 2 – Panduan kos untuk penyediaan anggaran kos awal
Bahagian 3 - Contoh-contoh pengiraan kos awal

Data kos Perangkaan Malaysia (JPM)

 Maklumat yang boleh diperolehi daripada JPM ialah indeks kos bahan binaan yang
dikenali dengan nama Siaran Khas 1 (untuk kerja-kerja kejuruteraan awam) dan Siaran
Khas 2 (untuk kerja-kerja pembinaan bangunan dan struktur) bagi Semenanjung
Malaysia.
 Siaran khas ini dikeluarkan secara bulanan dan boleh diberi terus atau secara langganan.

Lain-lain terbitan kerajaan

 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Bank Negara Malaysia juga
menerbitkan terutamanya polisi-polisi berkaitan kos, kadar faedah pinjaman, polisi-polisi
berkaiatan buruh.

Komen-komen ekonomi

 Komen-komen ekonomi boleh diperolehi dari semasa ke semasa melalui media cetakan
dan lain-lain media.
 Komen-komen ini sering diterbitkan terutama apabila berlaku perubahan polisi oleh
kerajaan.

15
Maklumat terdapat di firma Jurukur Bahan

 Katalog dan senarai harga pertukangan kerja


 Katalog dan senarai harga jentera dan peralatan pembinaan sama ada untuk dibeli atau
disewa.
 Secara amnya, analisis kos yang disediakan di firma jurukur bahan , sumber berikut lebih
baik dari sumber yang diperolehi daripada jurnal pertukangan atau ISM kerana jurukur
bahan boleh menggunakan pengetahuannyamengenai keadaan tapak, ekonomi semasa.

16
KAEDAH PENGIRAAN INDEKS KOS

 Hampir kesemua data kos yang digunakan oleh jurukur bahan adalah terdiri daripada data
sejarah. Apabila data ini digunakan untuk menyediakan rancangan kos atau anggaran,
maklumat ini perlu diselaraskan dengan menggunakan indeks. Nombor-nombor indeks
digunakan samada untuk mengemaskini maklumat kos sejarah kepada kadar harga
semasa atau untuk membuat ramalan trend harga dan kos pada masa hadapan. Berikut
adalah kegunaan biasa indeks :

Perancangan kos

Proses perancangan kos memerlukan penggunaan yang berkesan terhadap sejumlah besar
maklumat kos sejarah. Bagi membolehkan rancangan kos digunakan sebaik mungkin data-data
perlu dikemaskini dengan menggunakan indeks. Kos keseluruhan projek, kadar harga elemen,
dan lain-lain boleh dikemaskini dengan menggunakan formula :

Kadar harga baru (semasa) = kadar harga dasar x Indeks semasa

Indeks dasar

Dari formula ini, peratus perubahan harga dapat dikira :

% Perubahan = Indeks semasa – Indeks dasar x 100%

Indeks dasar

Ramalan

17
Paten / indeks semasa boleh diteruskan kepada satu tarkh di masa akan datang. Walau
bagaimanapun, ianya hendaklah dibuat dengan berhati-hati. Unjuran indeks akan datang mudah
diramal sekiranya keadaan pasaran dan harga stabil.

Pelarasan Turun-Naik Harga

Indeks digunakan untuk mengira kenaikkan kos pembinaan bagi kontrak yang menggunakan
klausa Syarat Perubahan Harga (iaitu kontrak yang memberi bahan-bahan, upah buruh, jentera
dan pengurusan).

Perbandingan Harga

Kos bahan-bahan dan proses-proses yang berlainan tidak berubah pada kadar harga yang sama.
Oleh yang demikian, indeks boleh digunakan untuk mengukur perubahan ini dan juga untuk
melihat perbezaan kos antara satu kompenen yang lain dalam satu-satu tempoh.

Penilaian keadaan pasaran

Keadaan pasaran juga mempengaruhi harga yang akan dibayar oleh klien (disamping kos
bangunan). Indeks harga tender menagmbil kira perkara ini.

Indeks Keadaan Pasaran = Indeks Harga Tender

Indeks Kos Bangunan

Apresiasi Harga

Nombor-nombor indeks boleh digunakan untuk mengemaskini harga di dalam senarai bahan atau
lain-lain sumber kepada harga semasa/akan datang. Proses yang digunakan adalah sama seperti
di dalam proses perancangan kos.

18
Indeks Laspeyre dan Paasche

Sebahagian daripada nombor-nombor indeks dikenali dengan nama penulis/penciptanya.

Indeks Laspeyre menggunakan indeks dasar dan dinyatakan oleh formula :

Harga semasa x Kuantiti dasar x 100

Kuantiti dasar x Harga dasar

Indeks Paasche menggunakan indeks tahun semasa di dalam pengiraan :

Harga semasa x Kuantiti semasa x 100

Harga dasar x Kuantiti semasa

Indeks Laspeyre sering digunakan disebabkan kesukaran menentukan kuantiti semasa.

Pilihan ketiga ialah menggunakan indeks yang dikira menggunakan formula :

Harga semasa x Kuantiti semasa x 100

Harga dasar x Kuantiti dasar

Formula ini akan mengukur perubahan harga selain dari faktor inflasi sahaja.

19
KESIMPULAN

Melalui tugasan ini, banyak input yang berguna kepada kami sebagai pelajar Ukur
Bahan yang dapat di manfaatkan selepas ini. Data kos, indeks kos dan analisis kos merupakan
aktiviti yang amat penting dalam pembinaan.

Data kos semasa peringkat awal proses reka bentuk selalunya berkaitan dengan fungsi
dan rekabentuk pembinaan. Semasa peringkat rekabentuk lanjutan, kos adalah berkait rapat
dengan kuntiti kerja-kerja bangunan dan bagi kerja kejuruteraan awam pula kos lebih ditentukan
oleh-proses yang terlibat. Analisis kos pula merupakan satu perancangan dan kawalan kos yang
sangat berguna. Analisis kos sesuatu projek pembinaan boleh menyediakan maklumat data kos
yang berguna kepada jurukur bahan. Indeks kos pula digunakan bagi mengukur perubahan harga
mengikut masa bagi sumber-sumber yang digunakan seperti kos buruh, bahan dan jentera.

Kesimpulannya, proses perancangan kos haruslah dilakukan dengan teliti dan berkesan
supaya proses-proses dalam permulaaan dan akhir pembinaan dapat dijalan dengan jayanya. Kita
sebagai pelajar program Ukur Bahan harus mempelajari sistem-sistem ini supaya dapat
dipraktikkan pada masa akan datang.

20

You might also like