You are on page 1of 5

Hukum Memakai Inai

bagi Perempuan dan Lelaki


Disusun oleh : Mohammad Naqib bin Hamdan

Apakah itu inai?


Inai adalah sejenis tumbuhan yang digunakan untuk mewarnakan rambut khususnya. Ia juga
boleh digunakan untuk berubat. Malah, terdapat juga tumbuhan-tumbuhan lain yang boleh
digunakan untuk mewarnakan rambut seperti katam, za’faran, waras dan sebagainya. Tetapi,
bagi kita di Malaysia, inai lebih popular dan selalu digunapakai.

Lelaki mewarnakan rambut dengan inai. Manakah yang lebih afdal antara
membiarkan rambut beruban (berwarna putih) atau mewarnakannya?
Imam Syaukani menaqalkan kata-kata Al-Qadi ‘Iyyadh : Para sahabat dan tabien berbeza
pendapat dalam masalah mewarnakan rambut. Sebahagiannya mengatakan mewarnakannya lebih
afdal, dan sebahagian yang lain pula mengatakan membiarkannya beruban (biarkannya berwarna
putih) itu lebih afdal.

Dalil yang digunakan oleh pendapat pertama adalah berdasarkan sabda Rasulullah saw :

“Tukarlah (warnakan) uban kamu, dan janganlah kamu menyerupai orang Yahudi”.

[Diriwayatkan oleh Tarmizi dari Abi Hurairah. Katanya : Hadis Hasan Sohih]

Dan di dalam riwayat yang lain, ada tambahan : “Juga orang Nasrani”.

[Diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Hibban]

Juga sabda Nabi saw :

“Sesungguhnya Yahudi dan Nasrani tidak mewarnakan rambut. Maka hendaklah


kamu berbeza dengan mereka”.

[Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim]

Kesemua hadis ini menunjukkan bahawa ‘illah (sebab) mewarnakan rambut dan uban adalah
supaya berbeza dengan orang Yahudi dan Nasrani. Ini menunjukkan keharusan mewarnakan

1|Page
rambut. Malah Rasulullah saw sangat mengambil berat akan hal ini, iaitu supaya berbeza dengan
mereka. Baginda juga menyuruh umatnya berbuat sedemikian.

Namun begitu, perlu difahami di sini bahawa suruhan dari baginda saw ini bukanlah
menunjukkan ia ada satu kewajipan.

Perempuan dan inai :

i. Perempuan yang sudah berkahwin


ii. Perempuan yang tidak berkahwin
Para fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa mewarnakan uban dengan inai atau yang
seumpamanya adalah harus bagi perempuan sebagaimana ia harus bagi lelaki berdasarkan hadis-
hadis yang disebutkan tadi.

Malah bagi perempuan yang sudah berkahwin atau hamba sahaya, digalakkan bagi mereka
mewarnakan tapak tangan dan tapak kaki dengan inai atau yang seumpamanya setiap waktu
kecuali waktu ihram. Ini kerana ia adalah salah satu perhiasan (solekan), dan ia dituntut kepada
isteri untuk suaminya, atau hamba sahaya kepada tuannya. Namun begitu, dia mesti mendapat
kebenaran dari suaminya.

Adapun bagi perempuan yang tidak berkahwin atau bukan hamba, maka ulama Hanafiyyah,
Malikiyyah dan Syafieyyah mengatakan bahawa : adalah makruh bagi mereka mewarnakan
tapak tangan dan tapak kaki tanpa ada keperluan kerana ditakuti fitnah, dan haram memerahkan
kedua pipi dan menghitamkan hujung jari (walaupun dengan inai).

Wuduk orang yang berinai


Para ulama bersepakat mengatakan jika inai itu masih berada di anggota wuduk dan menghalang
air dari terkena kuliat, maka wuduknya tidak sah.

Tetapi jika ia sudah dihilangkan dan hanya tinggal kesan – seperti warna – maka wuduk dan
mandi janabahnya sah kerana ia hanya warna sahaja. Warna tidak menghalang air dari terkena
kulit.

Berinai untuk berubat


Para fuqaha membenarkan berubat menggunakan inai. Ini berdasarkan hadis Salma – hamba
lelaki Rasulullah saw :

2|Page
Dia telah mengadu kepada Rasulullah mengenai kepalanya.

Rasulullah saw bersabda : “Pergilah berbekam”.

Lalu dia mengadu akan kakinya pula.

Sabda baginda saw : “Pergilah berinai”.

[Hadis riwayat Abu Daud, Tarmizi, Ibnu Majah dan Ahmad]

Mewarnakan rambut dengan warna putih


Makruh mewarnakan janggut yang berwarna hitam kepada warna putih, supaya dia kelihatan tua
dan dihormati oleh orang lain. Jika ini tujuannya, maka ia adalah tujuan yang salah.

Tetapi jika dia mempunyai tujuan yang baik, maka ia dibenarkan.

Perempuan berhaid mewarnakan rambut


Jumhur fuqaha membenarkan perempuan yang berhaid untuk mewarnakan rambut berdasarkan
apa yang diriwayatkan bahawa :

Seorang perempuan telah bertanya kepada ‘Aisyah ra : Adakah perempuan yang berhaid
boleh berinai?

Jawab ‘Aisyah : Sesungguhnya kami (ketika berhaid), memakai inai dan Nabi saw
tidak melarang kami darinya.

[Hadis riwayat Ibnu Majah, sanadnya sahih]

Dan juga riwayat :

Sesungguhnya isteri-isteri Ibnu Umar berinai, dan mereka dalam keadaan haid.

[Ad-Darimi, dengan sanad dari Nafi’]

Ibnu Rusyd berkata : Tidak ada masalah membenarkan perempuan haid atau janabah (berhadas
besar) berinai kerana warna yang ada pada tanganya tidak menghalang dari mengangkat hadas
ketika mandi. Malah tidak ada pendapat yang mengatakan ia makruh.

3|Page
Perempuan yang dalam tempoh ‘iddah memakai inai
Ulama bersepakat mengatakan perempuan yang di dalam tempoh ‘iddah tidak dibenarkan berinai
selama mana dia masih di dalam tempoh itu. Ini berdasarkan hadis dari Ummi Salamah, katanya:

Rasulullah saw masuk berjumpa aku ketika Abu Salamah (suaminya) meninggal, dan
baginda bersabda kepada aku : “Janganlah kamu menyikat rambutmu dengan
pewangi, dan jangan mewarnakan dengan inai”.

Aku bertanya : Dengan apa aku boleh menyikat?

Jawab baginda saw : “Dengan pohon bidara, engkau membuat sanggul di kepala
engkau”.

[Hadis riwayat Abu Daud, An-Nasaie]

Mewarnakan rambut bayi yang baru lahir


Para fuqaha – antaranya Imam Malik, Syafie, Ahmad, Az-Zuhri dan Ibnu Munzir – mengatakan
makruh melumurkan kepala bayi dengan darah binatang aqiqah, kerana darah itu najis dan kotor.

Namun mereka bersepakat bahawa dibenarkan mewarnakan rambut bayi dengan za’faran dan
khuluq (sejenis wangian). Ini berdasarkan kata-kata Buraidah ra :

Sesungguhnya kami pada zaman jahiliyyah, jika salah seorang dari kami melahirkan
anak lelaki, kami akan menyembelih seekor kambing dan melumurkan kepalanya dengan
darah kambing itu. Tetapi setelah ALLAH mendatangkan islam, kami menyembelih
kambing, mencukur kepalanya dan melumurkan dengan za’faran.

[Diriwayatkan oleh Ahmad dan An-Nasaie, sanadnya sahih]

Adapun bagi mazhab Hanafi, aqiqah tidak dituntut di sisi mereka.

Lelaki memakai inai


Fuqaha mengharuskan bagi lelaki memakai inai pada kepala dan janggutnya untuk mewarnakan
ubannya sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis sebelum ini.

Keharusan ini meliputi seluruh anggota badan kecuali tapak tangan dan tapak kaki melainkan
dengan sebab yang munasabah. Ini kerana, ia menyerupai perempuan, dan menyerupai
perempuan itu adalah dilarang.

4|Page
Malah majoriti fuqaha Syafieyyah dan sebahagian fuqaha Hanabilah mengharamkannya.
Manakala sebahagian fuqaha Hanabilah yang lain, juga fuqaha Hanafiah mengatakan ia makruh.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah saw :

“Sesungguhnya ALLAH swt melaknat perempuan yang menyerupai lelaki dan lelaki
yang menyerupai perempuan”.

[Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas ra. Hadis ini sahih]

Orang yang sedang berihram memakai inai


Fuqaha Hanabilah membenarkan bagi orang yang berihram untuk memakai inai diseluruh
badannya kecuali kepala, kerana menutup kepala ketika berihram itu adalah dilarang. Bagi
perempuan pula, ia juga dibenarkan berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ikrimah ra, katanya:

Sesungguhnya ‘Aisyah dan isteri-isteri Nabi saw memakai inai ketika mereka berihram.

[Hadis riwayat At-Tobroni]

Fuqaha Syafieyyah pula membenarkan lelaki memakai inai diseluruh anggota badannya kecuali
tangan dan kaki melainkan ia satu keperluan. Adapun perempuan, ia adalah makruh memakai
inai kecuali perempuan yang di dalam tempoh ‘iddah dengan sebab kematian suami kerana ia
haram bagi mereka.

Manakala fuqaha Hanafiyyah dan Malikiyyah, mereka melarang orang yang sedang berihram
dari memakai inai pada mana-mana anggota badan tidak kira lelaki atau perempuan, kerana ia
dikira sebagai wangian dan ia adalah dilarang. Sabda Rasulullah saw kepada Ummi Salamah :

“Janganlah kamu memakai wangian ketika kamu sedang berihram. Janganlah kamu
memakai inai, kerana ia adalah wangian”.

[Hadis riwayat At-Tobroni dari Ummi Sulaim ra]

Wallahu’alam.

* Artikel ini adalah ringkasan dari kitab Mausu’ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah (2/277-285).
Terjemahan yang dibuat bukanlah terjemahan perkata, tetapi ia telah diubahsuai bagi
memudahkan kefahaman pembaca.

* Jika ada sebarang kesilapan, harap dibetulkan. Mana yang baik itu dari ALLAH swt, dan yang
silap itu adalah kelemahan penulis sendiri.

5|Page

You might also like