You are on page 1of 25

Tarian Tradisional Orang Kenyah

(Datun Julud)

Wan Amilia Bt Wan Ahmad


Nur Adibah Bt Kapli
Noor Hafizah Bt Hashim
Engku Amalina Bt Engku Yusoff
Zahera Azlea Bt Zaaba
Pengenalan
• Tarian kenyah adalah tarian suku kaum Kenyah di Sarawak
yang terdiri daripada pelbagai jenis.Salah satu jenis ini yang
popular ialah datun julud.
• Tarian ini biasanya dipersembahkan
untuk meraikan kedatangan para pengunjung ke rumah
panjang.
• Pada umumnya,para penari tarian ini terdiri daripada
lapan orang wanita yang akan menari mengikut alunan alat
muzik sape.
• Peralatan utama dalam tarian kenyah ialah
bulu-bulu burung kenyalang.Bulu-bulu ini
menghiasi kedua-dua belah tangan
setiap penari.
• Ayunan tangan yang dihiasi bulu-bulu
kenyalang serta gerak tari yang lemah lembut
inilah yang menyebabkan tarian kenyah
sungguh unik dan tersendiri
Datun Julud
• Tarian Kenyalang adalah sebuah tarian tradisional suku kaum
Kenyah di Sarawak.
• Tarian ini dicipta oleh seorang putera Kenyah bernama Nyik
Selong bagi menggambarkan kegembiraan serta kesyukuran.
• Pada masa dahulu tarian ini dipersembahkan sewaktu
perayaan kemasyarakatan bagi menyambut kepulangan para
pahlawan dari berburu, atau sewaktu perayaan tahunan yang
menandakan tamatnya musim menuai.
• Tarian ini diiringi bunyi alat muzik sape dan dipersembahkan
oleh seorang penari wanita, menggunakan kipas tangan
anggun yang diperbuat daripada bulu burung kenyalang yang
melambangkan sayap burung suci tersebut.
Pakaian
• Disebabkan tarian Datun Julud ini merupakan tarian untuk
berhibur di rumah panjang, maka tiada pakaian khas
digunakan.
• Tetapi sekiranya ada tetamu kenamaan atau untuk
menyambut hari-hari perayaan beberapa corak pakaian
tradisioal yang digunakan di antaranya ialah penutup
kepala yang dihiasi manik dan bulu kambing.
• Baju dan sarung ( taah ) dihiasi dengan ukiran tradisi yang
diperbuat daripada manik dan labuci.
• Penari wanita memakai baju berlengan pendek dan kain
bermotif tradisi.
• Pakaian tradisional yang pelbagai corak dan
motif ini dibuat menggunakan tenunan
tangan.
• Di tangan penari wanita pula memegang kipas
yang diperbuat daripada bulu burung
enggang.
• Dalam tarian ini juga bulu-bulu burung yang
dilekatkan di celah jari kedua-dua belah
tangan penari wanita hanyalah sebagai
perhiasan.
• Penari lelaki pula selalunya membawa perisai
“ Terabai” dan parang panjang “Ilang” semasa
menari.
• Di kepala penari lelaki juga dihias dengan topi
yang dilekatkaan dengan bulu burung
Kenyalang.
• Baju yang digunakan penari lelaki juga kadang-
kadang ialah baju yang diperbuat daripada
kulit kayu Kemedu atau kulit kambing sunong.
Repetoire Lagu Kenyah
• Kaum Kenyah mempunyai pelbagai lagu yang mempunyai melodi dan
ritma yang menarik, dan kebanyakannya menggunakan skel pentatonik.
Di rumah panjang Kenyah, belian dadu (lagu tarian panjang) dinyanyikan
secara acapella (tanpa iringan) semasa peserta menari mengikut arah
lawan jam sepanjang serambi (ruai) rumah panjang.
• Gerakan tarian (tu’ut dadu) adalah mudah.
• Langkah asas adalah melangkah kaki kanan, mengheret kaki kiri, dan
sebaliknya. Kadang kala, kaki akan dihentak setiap empat kiraan ataupun
pada hujung frasa.
• Walau bagaimanapun, terdapat variasi gerakan yang mengiringi lagu-
lagu khusus.
• Satu ciri menarik lagu tarian ini ialah kebanyakan lagu belian dadu
adalah lagu pentatonik (skel pentatonik: d r m s l d’).
Contoh lagu kenyah
Alat Muzik Kenyah
• Ensemble muzik kenyah, biasanya mengandungi sape, satu
atau dua buah jatung utang dan pelbagai alat lain seperti
harmonika, lutong, suling dan gitar.,botol berisi air, maracas
dan sape bio (sejenis sape besar dengan satu tali sahaja).
• Jenis alat tidak tetap dan berbeza dari satu kampung ke satu
kampong yang lain.
• Dalam ensembel, sebuah sape dan sebuah jatung utang
memainkan melodi secara unison manakala sape kedua atau
jatung utang kedua memainkan ostinato bermelodi ataupun
melodi berbalas.
• Ketiga-tiga alat ini menggunakan skel pentatonik.
SAPE
• Sape diukir daripada kayu aro (ataupun kayu lain seperti
meranti).
• Seperti gitar, sape   mempunyai badan yang memanjang
dengan bahagian belakang badan dibiarkan terbuka serta
“berleher” yang pendek.
• Ia dihias indah  dengan pelbagai corak ukiran yang
berwarna-warni.
• Umumnya, setiap alat muzik sape mempunyai ukuran lebih
kurang 130  sentimeter panjang dan 20 sentimeter lebar.
• Kategori kordofon dan merupakan sejenis lut yang dipetik.
• dimainkan oleh kaum lelaki sahaja.
• Zaman dahulu, dua utas tali rotan digunakan.
Pada masa kini, tiga hingga empat tali logam
atau nilon dipasangkan pada badan sape(fius,
tali nilon,tali brek basikal atau tali gitar. )
• Dimainkan dengan cara memetik talinya tetapi
rupa bentuknya berbeza-beza.
• Biasanya sape  dimainkan dalam tema yang
berbeza  bagi mengiringi tarian Ngajat atau
Datun Julud.  
Jatung Utang
• Gambang kayu daripada suku kaum Orang Ulu.
• Mengandungi di antara tujuh hingga sepuluh keping kayu
yang setiap satu berbeza dari segi saiz dan tebalnya.
• Ia digantung dengan sepasang tali di atas kotak
dengungan.
• Alat ini dimainkan dengan menggunakan kayu dan
menghasilkan muzik instrumental.
• Kadangkala ia digabungkan dengan sape untuk
mengiringi tarian.
• Merupakan alat dalam kategori zailofon
Gambar Jatung Utang
Lutong
• Lutong adalah alat jenis petikan kordofon dengan
enam tali, dengan pic m, r, s, s, d’ d.
• Alat ini biasanya dimainkan oleh kaum
perempuan dengan petikan ibu jari dan jari
telunjuk sahaja.
• Lutong boleh dimainkan dalam ensembel atau
pun berduet.
• Boleh didapati di sebuah kampung Kenyah iaitu
Long Semiyang di Ulu Baram.
ALAQ TAU

• Sebuah ritual yang dilakukan warga Dayak


Kenyah di Samarinda, Kalimantan Timur
sebelum memulai masa tanam padi.
• Tujuan- mohon petunjuk dalam memilih
waktu yang tepat untuk menanam padi.
• Ritual dimulakan dengan membaca doa yang
dilakukan oleh tetua adat.
• Waktu yang tepat biasanya didasarkan dalam
bentuk koordinat tertentu dari matahari yang
dibaca tetua adat.
• Kemudian, dilanjutkan dengan tarian yang
berhubungan dengan kehidupan agraris warga
seperti tari pangpagaq, tari udoq aban, dan
tari anyam tali.
TARI PANGPAGAQ
• Tarian yang menggambarkan upaya
menangkap binatang yang masuk ke dalam
kawasan pertanian.
• Gerakannya melompat-lompat di antara kayu
dengan rentak teratur seperti hendak
menjebak binatang.
TARI UDOQ ABAN
• Juga dikanali sebagai tarian topeng.
• Tarian untuk mengusir roh jahat dan hama
padi menjelang musim penan tiba.
TARI ANYAM TALI
•Tarian ini berasal dari suku Dayak Kenyah.
•Semula, tarian ini dinamakan “KANCET MENYAM TALI”
berarti Tarian Anyam Tali.
•Para penari memegang tali atau pita beraneka warna
yang menjadi lambang atau symbol dari agama yang
berbilang, suku, adat, budaya dan agama masyarakat yang
tinggal di Kalimantan Timur.
•Pita tersebut kemudian dianyam menjadi simpul yang
terpadu.
•Tarian Persatuan dan Kesatuan.

You might also like