You are on page 1of 18

PENGHARGAAAN

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang

telah membantu saya menjayakan kerja kursus Sivik.

Ucapan terima kasih kepada guru Sivik saya, Puan Ng Lee Szee. Beliau telah

banyak membantu saya untuk menyiapkan projek ini. Beliau juga mengajar saya bagaimana

untuk meyiapkan projek tersebut.

Orang kedua yang saya ingin megucapkan terima kasih ialah ibu bapa saya.

Mereka telah menyediakan segala kemudahan asas untuk membolehkan saya menjalani

projek ini. Orang ketiga ialah taulan sekelas saya yang telah bertaut tangan dengan saya

untuk membincang dan saling membekalkan maklumat.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan sekali terima kasih kepada orang yang

membantu saya.

Terima Kasih!
OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif projek ini ialah untuk:

a) Mengenal pasti perayaan tradisional pelbagai kaum.

b) Bersikap terbuka terhadap adat resam tradisional kaum.

c) Mempromosikan budaya tradisional pelbagai kaum kepada warga sekolah.

d) Menghargai keunikan pakaian tradisional pelbagai kaum.

e) Menjadi warga negara yang patriotik, prihatin, dan bertanggungjawab terhadap masyarakat
dan keluarga.
RUMUSAN KAJIAN
Kepelbagaian Warisan Budaya Malaysia merupakan kebanggaan semua

rakyat Malaysia. Oleh itu, kita perlu mengekalkan adat resam dan pantang larang

yang diwarisi secara turun-temurun supaya tidak dilupai oleh generasi yang baru

dan mengelakkan segala perselingkihan faham antara sesama lain.

Selain itu, kita menghormati segala adat resam dan pantang larang

pelbagai kaum dan cuba membiarkan diri dengan kepelbagaian adat resam dan

pantang larang sesuatu kaum.

Kesimpulannya, walaupun kaum adalah tidak sama, tetapi kita perlu

mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum.


HASIL KAJIAN
Malaysia merupakan negara yang mempunyai berbilangan kaum. Setiap

kaum mempunyai adat resam dan pantang larang. Antara adat resam dan pantang

larang ialah kelahiran, kematian, perkhawinan, perayaan, dan lain-lain.

i)Adat Kelahiran
Bakal ibu akan melalui pelbagai adat semasa mangandung dan selepas

bersalin. Dalam masyarakat Melayu merangkumi adat melenggang perut, adat

bersalin, adat mencukur rambut bayi, adat bersalin, adat dalam pantang. Bakal ibu

berada dalam pantang selama 44 hari. Selama dalam pantang, si ibu tidak dibenarkan

berehatkan dalam keadaan berhawa dingin dan meminum air sejuk. Kaum Cina dan

India juga mengamalkan adat ini, penjagaan makanan, dan mencukur rambut bayi

yang lahir selepas satu bulan.


ii)Adat Perkhawinan
Terdapat banyak upacara yang dipratikkan oleh setiap kaum dalam adat

perkhawinan. Adat perkhawinan setiap kaum adalah hampir sama. Antara upacara

perkhawinan ialah pertemuan keluarga bakal pengantin, pemberian wang hantaran,

pemilihan tarikh atau hari perkhawinan, dan sebagainya. Pertemuan keluarga bakal

pengantin disertai dengan hantaran ‘buah tangan’ , wang tunai, dan lain-lain.

Contohnya, hantaran kaum Kadazan ialah kerbau dan beras. Selain itu, adat

perkhawinan juga mengalami proses merisik, meminang, bertunang,dan bersanding.

Tambahan pula, upacara minum teh juga diadakan pada hari perkhawinan kaum Cina.

Bukan itu sahaja, majlis perkhawinan kaum India biasanya diadakan di gereja.

iv)Budaya rumah terbuka kaum lain


Semasa melawat rumah kaum lain, tetamu perlulah mengikut segala adat dan

pantang larang mereka. Hal ini dapat mengelakan perselingkihan faham dan

pergaduhan antara satu sama lain.


Semasa melawat rumah orang Melayu, tetamu perlu cuba
mengikuti adat dan pantang larang mereka:

a) Tetamu perlu menanggalkan kasut di muka pintu atau di pangkal tangga.

b) Jika duduk di lantai, biasanya orang lelaki bersila manakala orang perempuan

bertempuh.

c) Apabila tuan rumah menghidangkan makanan, tetamu tidak boleh menolaknya.

d) Waktu yang paling sesuai untuk menziarahi mereka ialah pada sebelah petang atau

selepas waktu sembahyang Isyak.

e) Elakkan mengunjungi bayi yang baru lahir pada waktu senja atau malam. Memuji

bayi dengan ungkapan ‘cantik’ , ‘comel’ , ‘berat’ dan sebagai juga perlu dielakkan.

f) Sekiranya kujungan tetamu kerana kematian, maka kita perlu memakai pakaian

yang sesuai.
Semasa mengunjung ke rumah orang Cina, tetamu perlu:
a) Duduk di sebelah tuan rumah sebagai tanda hormat.

b) Mengunjungi rumah mereka sewaktu mereka tidak sedang makan.

c) Elakkan memuji bayi yang baru lahir dengan ungkapan seperti ‘comel’ dan sebagainya.

d) Memakai pakaian berwarna cerah semasa mengunjung untuk menghadiri majlis

perkhawinan

e) Sebaliknya, kalau berkunjung kerana ada kematian, tidak boleh memakai pakaian yang

berwarna-warni.

Semasa mengunjung rumah orang India:


a) Sebelum masuk ke rumah, kasut dihendaki ditanggalkan di luar pintu.

b) Jika makanan dihidangkan, tetamu tidak boleh menolak.

c) Jika tetamu hendak menerima atau memberi sesuatu daripada atau kapada tuan rumah,

tetamu mesti menggunakan tangan kanan.


d) Jika matlamat kunjungan ialah member atau mengutip wang, tidak sesuai

dillakukan pada hari Jumaat, malam.

e) Jika tetamu hendak meninggalkan rumah, mengucapkan “saya akan datang lagi”

untuk mengambil alih perkataan “saya pergi”.

v)Adat resam dan pantang kaum di Malaysia


Kaum Adat Resam Pantang Larang
Melayu/Islam > Jenazah perlu dimandika, dikafankan, >Dilarang meratapi jenazah
disembahyangkan, dikebumikan.
> Diadakan kenduri arwah dan bacaan tahlil.

Cina >Kain putih akan direndang pada pintu > Ahli keluarga dilarang
rumah. memakai barang kemas
dan pakaian cerah.

>Membakar kertas-kertas sembahyang.

>Upacara sembahyang diiringi dengan


bunyi-bunyian alat tradisional.

>Ahli keluarga diwajibkan menangis dan


meratapi si mati sebagai tanda hormat.

>Selama49 hari, anak lelaki dan cucu cicit


dilarang menggunting rambut.

India >Setelah jenazah dibawa keluar, rumah >Dilarang memasak selagi


hendaklah dicuci dan ahli keluarga jenazahke tempat
perlu mandi untuk membersihkan diri. pembakaran.

>Upacara pembakaran mayat biasanya >Wanita dilarang turut


diadakan. mengiringi jenazah ke
tempat pembakaran.

>Diadakan upacara sembahyang ‘karumathi’

Orang asli >Kanak-kanak diconteng arang atau kapur >Dilarang melakukan


pada telinga, kening dan dada- sebarang kerja- takut
Bertujuan mengelakkan gangguan. ditimpa becana.

>Rumah si mati ditabur pasir dan dipasang


api selama 6 hari.

vi)Perayaan Kaum Utama Di Malaysia


Kaum Perayaan
Kaum >Berpuasa pada bulan Ramadan.
Melayu/Isla
m > Sambutan Hari Raya Aldilfittri dan Aidil Adha- Bersembahyang di
masjid, menziarah kubur, mengunjungi saudara-mara dan
bermaaf-maafan.
> Sambutan Maal Hijrah mengikut kalender Islam.

Kaum Cina > Sambutan Tahun Baru Cina-Mengadakan makan malam bersama
keluarga.
> Dilarang menyapu lantai pada hari pertama Tahun Baru Cina.
> Percaya warna merah adalah warna bertuah.
> Pemberian ‘ang pau’.
> Sambutan Cap Goh Meh dan Perayaan Kuih Bulan mengikut
kalender Cina.

Kaum India > Sambutan Hari Deepavali (cahaya)- menghiasi rumah dengan lampu
pelita (vilaku), mandi minyak, berpakaian baru, bersembahyang,
atau ke kuil.
> Sambutan Thaipusam- ‘kavadi’ yang dihiasi dengan cantik dibawa
oleh penganut agama Hindu yang bernazar.
KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan 4 jenis kaedah untuk menyelaras dan menyempurna
kerja kursus saya ini iaitu temu ramah, perbincangan, rujukan dan internet.

a)Temu ramah

Saya telah menemu bual dengan jiran- jiran saya yang berbilang kaum. Dengan

kaedah ini, saya mampu mendapat banyak maklumat tentang adat resam dan pantang
larang mereka.

b)Perbincangan
Setelah maklumat kerja kursus diperoleh, saya pun boleh berbincang dengan
kawan-kawan saya walaupun kami harus menyiapkan projek ini secara individu.
Kami saling mengeluarkan pandangan dan cadangan masing-masing. Dengan
kaedah ini, saya dapat menyiapkan projek ini secara sempurna.

c) Rujukan

Kaedah ini juga amat penting kepada saya. Saya menggunakan buku-buku
rujukan yang mempunyai maklumat tentang tajuk ini.
d)Internet

Internet merupakan sumber yang mempunyai maklumat yang lebih luas dan

banyak. Ini membolehkan saya mendapat maklumat yang saya hendaki bagi tajuk
projek tersebut.
RUJUKAN
1) Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Vincent De Selva A/L SanthanaSamy, Lim Jin Fou,

Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan 3, Percetakan Rina Sdn. Bhd.

2) http://w.w.w. google. com.my

3) Goh Kim Bung, Sariza binti MD Salleh, Wei Paik Chin, Pendidikan Moral Tingkatan
3.
Isi Kandungan

Bilanga Tajuk Halaman


n
1 Penghargaan

2 Objektif Kajian
3 Kaedah Kajian
4 Hasil Kajian
5 Rumusan

6 Rujukan

vii) Adat Kematian


Masyarakat Cina begitu berpegang teguh kepada adat resam yang

berkaitandengan soal-soal kematian. Setiap adat yang dijalankan mempunyai maksud yang

tersendiri. Berikut adalah penerangan mengenai adat resam masyarakat Cina berkaitan

kematian.

Semasa Kematian
Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi

penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak

wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam

akhirat. Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Lazimnya

pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan. Oleh itu adalah

menjadi kewajipan masyarakat Cina menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu

meninggal dunia. Si mati turut dipakaikan dengan aksesori yang lain terutamanya wanita.

Kemudian mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang

diukir menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan logam. Ini adalah untuk

menunjukkan kedudukan seseorang semasa hidupnya.Apabila berlaku kematian, ahli

keluarga, saudara-mara dan sahabat handai dikehendakimenangis atau meratapi pemergian


si mati. Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat apabila si mati diletakkan di ruang tamu

sehinggalah diusung ke kawasan perkuburan ditanam. Lazimnya tangisan yang dilakukan

perlu diselitkan dengan kata-kata yang menunjukkan si mati telah membuat jasa. Tangisan

,mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali. Jika ini berlaku, roh si mati tidak akan

tenteram dan si mati akan tersiksa. Ada juga segelintir masyarakat Cina yang melupuskan

hutang piutang si mati dengan alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam

akhirat kelak. Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang lebih tua lebih baik

dan ini digalakkan dalam masyarakat Cina. Selain itu masyarakat Cina juga akan mengupah

lebih ramai untuk menangisi si mati. Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan menuju

ke kawasan perkuburan amat digalakkan. Tangisan ini seolah-olah menggambarkan

kesedihan keluarga dan sahabat handai terhadap kematian itu. Tangisan akan berlanjutan

sehingga mayat dikebumikan.

Seterusnya mayat akan dibawa ke jirat atau tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Pada zaman dahulu masyarakat Cina mengusung mayat dengan menggunakan pengusung

yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik . lazimnya ukiran tersebut mengikut status
si mati. Sekiranya si mati daripada golongan berada, ukiran lebih halus dan menarik

berbanding golongan biasa. Namun pada zaman sekarang mayat yang telah diletakkan ke

dalam keranda akan dimasukkan ke dalam lori kecil yang dikhaskan untuk menghantar mayat

ke tanah perkuburan.

Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu

akan mengiringinya. Lagu tersebut adalah berbentuk agama atau lagu-lagu tradisional

masyarakat Cina sebagai lambang kesedihan atau takziah. Tidak kurang juga mereka

mendendangkan lagu kegemaran si mati ketika hidup. Lazimnya pemuzik tersebut ditempah

khas untuk mengiringi jenazah. Iringan muzik akan bermula dari rumah sehinggalah mayat

dikebumikan. Biasanya iringan muzik tidak akan berhenti-henti supaya si mati dapat

dihiburkan sehingga berada di alam akhirat.

Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju

berwarna hitam. Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang dikatakan

mempersenda si mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara

kematian tersebut. Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap

dengan topi. Kemudian mereka akan memakai baju jejaring yang diperbuat daripada jut atau
sabut. Baju ini dipakai di bahagian luar baju hitam. Ketika mayat diusung dengan

menggunakan lori khas, beberapa kertas yang disalut logam akan dicampak sepanjang

sepanjang perjalanan. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina cara ini adalah untuk

memastikan roh boleh berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut.


SIVIK PORT FOLIO

NAMA: Ooi Tat Ren

KELAS: 3C3

NOMBOR : 27

CIKGU: Puan Ng Lee Szee

TAJUK: Adat Resam dan Pantang Larang

Kaum-kaum di Malaysia

You might also like