You are on page 1of 4

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI CUACA DAN IKLIM DI MALAYSIA

1) Kedudukan


Kedudukan Malaysia di kawasan Khatulistiwa menyebabkannya tidak

mengalami kemarau yang melampau.

Malaysia menerima pancaran matahari sepanjang tahun dengan purata

enam jam sehari.

Malaysia juga berkeadaan lembap sepanjang tahun.

Malaysia juga bebas daripada ancaman taufan dan siklon tropika

disebabkan oleh kedudukan.


p
ti
o
iM
Biasanya, kawasan yang dipengaruhi oleh angin siklon tropika ialah

antara garisan lintang 6°U hingga 20°U.

Siklon tropika merupakan ribut kencang yang bertiup menuju ke

kawasan tekanan rendah di lautan tropika. 


g
A
n
a
k
u
d
e
K
 Negara-negara yang duduk di kawasan khatulistiwa tidak ada empat

musim, iaitu musim bunga, musim panas, musim gugur dan musim sejuk.

 Oleh itu, suhu Malaysia tiada perbezaan yang besar.

2) Angin Monsun

 Monsun Timur Laut bermula dari awal bulan November dan berakhir

pada bulan Mac.

 Pada musim ini, kawasan Asia Tengah mengalami musim sejuk dan

menghasilkan satu kawasan tekanan udara tinggi. 

 Pada masa yang sama, kawasan pedalaman Australia pula mengalami

musim panas dan menghasilkan satu kawasan tekanan udara rendah.

 Perbezaan tekanan udara di antara kedua-dua kawasan tersebut

mengakibatkan aliran udara dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan

tekanan rendah.

 Oleh itu, angin bertiup keluar dari Asia Tengah menuju ke kawasan

pedalaman Australia.

 Angin ini merentasi negara kita sebagai angin Monsun Timur Laut.

 Angin Monsun Timur Laut yang bertiup dari Laut China Selatan

membawa hujan bukit yang lebat ke kawasan tanah tinggi pantai timur

Semenanjung Malaysia, bahagian tengah Banjaran Titiwangsa, pantai

utara Sabah, dan hampir seluruh negeri Sarawak.

 Monsun Barat Daya bermula pada pertengahan bulan Mei hingga akhir

bulan September. Semasa musim ini, kawasan Asia Tengah mengalami

musim panas dan menghasilkan satu kawasan tekanan tinggi. Kawasan

pedalaman Australia pula mengalami musim sejuk dan meanghasilkan

satu kawasan tekanan tinggi. Oleh itu ,angin bertiup keluar dari
kawasan pendalaman Australia ke kawasan Asia Tengah. Angin ini

merentasi negara kita sebagai angin Monsun Barat Daya.

 Tiupan angin Monsun Barat Daya membawa hujan yang lebat ke Bukit

Larut di Banjaran bintang dan Gunung Jerai(melebihi 2000mm).

 Kawasan Gunung Batu Putih di Banjaran Titiwangsa ,tanah tinggi di

Terengganu, pantai barat Sabah , serta kawasan tanah tinggi di

pedalaman Sarawak turut menerima hujan lebat .

 Daerah Kuala Pilah merupakan kawasan yang sangat kering pada Monsun

Barat Daya kerana kawasan inin terlindung daripada angin yang

membawa hujan .

 Jumlah hujan yang diterimanya kurang daripada 750mm. Kawasan-

kawasan lain menerima hujan sederhana .

3) Ketinggian

 Suhu kawasan Subang Jaya adalah lebih tinggi berbanding dengan suhu

di Tanah Tinggi Cameron .

 Min suhu tahunan di Subang Jaya ialah 27.7*C,manakala min suhu

tahunan di Tanah Tinggi Cameron ialah 17.8*C.

 Keadaan ini disebabkan oleh Tanah Tinggi Cameron terletak di kawasan

tanah rendah(40m).

 Suhu turun dengan kadar 1*C bagi setiap kenaikan 165 meter .

 Kesimpulannya , suhu tempatan di Malaysia dipengaruhi oleh ketinggian.

 Lapisan udara yang lebih hampir dengan permukaan bumi lebih banyak

dipanaskan oleh haba dari bumi .

 Lapisan udara yang semakin tinggi kurang mendapat haba dari bumi.

 Oleh itu ,kawasan yang lebih tinggi mempunyai suhu yang lebih rendah .
4) Kepulauan

 Malaysia dikelilingi oleh kawasan laut yang luas.

 Pada waktu siang,kawasan laut yang lambat menerima haba(panas)

merendahkan suhu di kawasan pinggir pantai dan menjadikannya sederhana

panas .

 Keadaan tersebut dipengaruhi oleh bayu laut .

 Pada waktu malam, kawasan laut yang lambat kehilangan haba(sejuk)

meninggikan suhu di kawasan pinggir pantai dan menjadikan sederhana sejuk .

 Keadaan tersebut dipengaruhi oleh bayu darat.

 Sifat kepulauan dan proses penyederhanaan laut menyebabkan Malaysia

mengalami julat suhu tahunan yang kecil.

You might also like