You are on page 1of 32

PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441


D201020463478
Pendahuluan

Guru dianggap sebagai satu profesion yang paling murni. Ia juga dikatakan satu profesion yang
paling unik. Namun berbeza daripada profesion yang lain seperti doktor, peguam dan arkitek,
guru tidak mempunyai satu badan khas yang mengawal profesionalisme pengamal-
pengamalnya selain daripada Unit Tatatertib Jabatan Negeri. Di Malaysia, adakalanya guru yang
dianggap melanggar etika perguruan tidak akan diambil tindakan pecat atau lesen mengajar
guru berkenaan ditarik balik.

Oleh itu, di pihak guru, mereka harus mempunyai kualiti-kualiti yang boleh melahirkan pelajar-
pelajar yang dikehendaki oleh ibu bapa, masyarakat, sektor-sektor pekerjaan dan aspirasi
negara secara umumnya. Ini disebabkan sifat-sifat dan kualiti seorang guru akan memberi
impak kepada para pelajar, ibu bapa dan rakan-rakan seprofesion. Antara kualiti-kualiti tersebut
adalah mempunyai ilmu dan berjaya mempraktikkannya serta mempunyai rasa hormat dan
bersikap penyayang terhadap anak-anak muridnya (Feeny, Christensen, 1979) berperawakan
yang baik, bertenaga, bersifat humor, fleksibel dan peka (Feeny, Christensen & Moravcik, 1996).
Sementara Bottery (dalam Cribb, Gewirtz, 2001) mencadangkan guru-guru bertindak sebagai
penjaga dan pengantara nilai kepada kanak-kanak.

Di dalam perbincangan tajuk ini, kita akan melihat kepada pengertian etika secara umum
sebelum kita meninjau etika perguruan secara lebih dekat. Perbincangan juga akan melihat
prinsip-prinsip etika perguruan dengan terperinci dan nilai etika yang harus ada kepada seorang
pegawai pendidikan sebelum kita mengupas isu-isu yang berkaitan dengan etika perguruan
dengan lebih lanjut.

Pengertian Etika

Apabila kita membicarakan etika, satu perkataan yang sinonim dengannya ialah moral, yang
sangat berkait rapat malah seringkali diberi pengertian yang sama. Kita lihat perkaitan di antara
etika dan moral dalam penjelasan di bawah.

Etika berasal dari perkataan ethos dalam bahasa Greek. Mengikut Kamus Dwibahasa Dewan
(2002), ethos bermaksud nilai moral, sistem kepercayaan, budaya atau keperibadian sesuatu
bangsa. Manakala etika membawa pengertian satu sistem atau prinsip moral. Ia tidak lari
daripada satu lagi kata sinonimnya iaitu moral yang diertikan sebagai prinsip apa yang
dikatakan betul dan apa yang dikatakan salah. Feeny, Christensen & Moravcik (1996) meminta
para profesional supaya bertindak dengan penuh beradab kerana ia mencerminkan perkara
yang betul dan salah.Thiroux (2001), pula melihat etika sebagai satu teori mengenai tindakan
individu, penafsirannya terhadap sesuatu kejadian dan mengapa individu bertindak sedemikian.
Ia juga merupakan satu falsafah mengenai moral yang mementingkan tindakan seseorang
individu bukannya.
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441
D201020463478
Dapatlah kita membuat rumusan bahawa etika sebagai satu landasan nilai-nilai mulia yang
harus dipatuhi oleh kelompok-kelompok umum yang mana nilai-nilai baik atau salah itu bersifat
sejagat. Etika sebagai disiplin falsafah yang memberi perhatian khusus kepada penilaian kritikal
terhadap norma dan garis panduan tindakan individu yang piawai, yang mewajarkan
tindakannya Etika bertindak melicinkan dan memperkukuhkan nilai-nilai, kepercayaan dan
tanggungjawab dalam sesuatu profesion. Ia mampu menjadi satu norma dan standard
perlakuan-perlakuan ahli organisasi dan interaksi antara ahli-ahli organisasi tersebut Dengan
kata lain, etika bertindak sebagai cermin tingkah laku moral manusia.

Teori-teori Berkaitan Etika

Teori consequentialist , menurut Strike & Soltis (1998) mementingkan kesan daripada satu-satu
keputusan tindakan yang diambil. Oleh itu sesuatu tindakan perlakuan akan dianggap bermoral
jika ia membawa kesan yang lebih baik daripada tindakan alternatif. Namun begitu apakah kayu
pengukur untuk menilai tahap kesan sesuatu tindakan dengan kesan alternatif yang tidak
dilakukan? Adakah berlakunya penghakiman yang benar-benar sempurna?

Bertentangan dengan teori di atas, teori nonconsequentialist melihat peraturan moral


seharusnya bersifat sejagat. Menurut Strike & Soltis (1998) semua manusia mesti dilayan sama
sahaja. Sesuatu tindakan yang dianggap salah akan tetap salah biar apapun justifikasi ataupun
alasan untuk melakukan kesalahan itu. Pasti pendokong teori yang diperkenalkan oleh
Immanuel Kant ini tidak bersetuju dengan amalan mercy killing. Menurut kepercayaan
golongan Kantian lagi, niat berbuat jahat sudah mencukupi untuk kita mengatakan seseorang
itu tidak beretika.

"In law a man is guilty when he violates the rights of others. In ethics he is guilty if he only
thinks of doing so." -- Immanuel Kant dalam http://www.suhsd.k12.ca.us/edtech/healthtech/t-
ethics.htm

Satu lagi teori yang dikemukakan ialah teori virtue. Foo (2005) menggunakan istilah
keperibadian mulia untuk menjelaskan teori ini. Teori ini disarikan daripada falsafah Aristotle
tentang keperibadian mulia manusia yang terbahagi kepada keperibadian mulia bersifat
intelektual dan bersifat moral. Keperibadian mulia bersifat intelektual merangkumi kemampuan
seseorang untuk memahami, menaakul dan membuat penilaian. Manakala yang bersifat moral
pula menghendaki manusia agar berkelakuan baik seperti jujur, tabah dan pemurah.

Pernyataan Masalah
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441
D201020463478
Sekolah sebagai agen sosialisasi yang paling penting bertindak untuk melahirkan warga yang
mempunyai nilai-nilai sosial ( Mukherjee, 1978). Selain daripada itu ia berfungsi sebagai sebuah
institusi pembangunan sumber manusia yang melahirkan komoditi modal manusia yang
mempunyai sahsiah yang terpuji (Institut Aminudin Baki, 1997). Kamarudin Kachar (1989) pula
menegaskan, peranan yang harus dimainkan oleh pemimpin pendidikan untuk melaksanakan
dasar sistem pendidikan negara agar matlamat-matlamatnya tercapai. Pemimpin sekolah,
terutamanya, harus memiliki kecekapan, kebolehan dan sifat-sifat adil, amanah, berdedikasi,
berdaya usaha, bertanggungjawab, berdisiplin berakhlak tinggi.

Jelas kepada kita bahawa penerapan nilai dan moral terpuji harus ada dalam diri setiap insan
yang bernama guru. Nilai dan moral terpuji ini menjadi garis panduan kepada guru-guru yang
diikat dalam istilah etika perguruan. Profesion perguruan Malaysia juga mempunyai etika
perguruannya sendiri dikenali dengan nama Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia. Ia
dikendong setiap waktu mengajar oleh guru-guru, namun tidak pasti sama ada ia tercicir atau
tidak.

Masalahnya, walaupun kita mempunyai etika, peraturan dan undang-undang, masih berlaku
banyak kes pelanggaran etika perguruan sama ada oleh guru-guru atau pengetua. Radzuan
Hassan (1997) membangkitkan isu rasuah di kalangan pentadbir sekolah. Abdullah Bakri (1990)
pula menimbulkan persoalah pengabaian tugas oleh guru-guru dan pengetua terutama dalam
soal pelaksanaan pengajaran. Akhir sekali, Asnah Abdul Hamid (1996) menambah kepincangan
di kalangan profesional perguruan yang gagal menjadikan nilai dan etika profesional sebagai
garis panduan semasa menjalankan tugas dan melaksanakan tanggungjawab profesional
mereka.

Pernyataan-pernyataan di atas cukup merunsingkan masyarakat terutama apabila kes rasuah,


kes rogol, kes mencederakan pelajar dan sebagainya yang melibatkan subjek guru menjadi
topik hangat di dada akhbar yang melihat kes-kes begini sebagai satu sensasi. Oleh itu kupasan
penulisan ini akan berusaha untuk mengenengahkan isu-isu yang melibatkan etika profesion
perguruan serta mencadangkan beberapa amalan yang mampu menanganinya.

Kepentingan Etika Kepada Guru

Sebagai satu profesion, dunia perguruan akan berubah dari masa ke semasa. Nilai, peranan dan
tanggungjawab guru juga akan turut berubah. Guru sebagai satu entiti yang begitu unik kerana
pelanggan guru itu bukan sahaja pelajar, malah ibu bapa, masyarakat, sektor-sektor pekerjaan,
ahli-ahli politik dan negara merupakan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan di dalam
dunia pendidikan.Kod etika dikatakan sebagai cornerstones of a true profession (David Freitas,
dalam http://sdmultimedia.com/icce/CodeTE9.htm ) Dalam pengurusan Pendidikan pula, etika
yang baik mampu mengujudkan budaya kerja yang cemerlang dan hasilnya ialah ia berjaya
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441
D201020463478
mengeluarkan para pelajar yang bakal menjadi ahli masyarakat yang berkualitI. Kod etika dapat
membantu pentadbir sekolah memberi argumentasi terhadap masyarakat jika mereka
mempunyai pemahaman tentang kod etika guru ini.Selain itu, etika perguruan juga dapat
berfungsi sebagai panduarah dalam membantu guru melaksanakan apa yang dianggap betul.
Dengan itu, guru mampu menjadi role model kepada anak-anak muda.Masyarakat memandang
tinggi profesion-profesion yang lain dan melihat guru sebagai satu profesion tidak setaraf
doktor atau peguam atau jurutera yang mempunyai etika yang tetap dan dikawal oleh satu
badan pemantau yang berhak menghukum ahli-ahlinya. Jadi etika perguruan amat penting
untuk mengembalikan keyakinan masyarakat bahawa amalan profesionalisme perguruan
berasaskan persetujuan bersama.

Menurut Feeny, Christensen & Moravcik (1996), kod etika mampu bertindak sebagai panduan
kepada pengamal apabila wujudnya dilema dan membantu pengamal melaksanakan tugas-
tugas mereka. Selain daripada itu, kod etika dapat meyakinkan masyarakat tentang amalan-
amalan professional sesuatu profesion.

Moral Seorang Guru

Apakah yang dikehendaki daripada seorang guru? Persoalan ini mungkin amat sesuai juka kita
melihat kualiti-kualiti guru dan tanggungjawab yang bebani ke atas guru.

Cribb & Gewirtz (2001), mengharapkan guru bertindak sebagai orang perantara ibu bapa yang
mahukan anak-anak mereka menyerapi nilai-nilai yang sesuai dengan anak-anak mereka yang
bersifat passive imbiver. Guru-guru, selain bertindak sebagai in loco parentis, juga dikehendaki
menyampaikan dan mengindoktrinasikan para pelajarnya ke arah kebaikan. Beliau juga
menegaskan guru dalam membimbing pelajar harus bertindak sebagai fasilitator dan
mewujudkan suasana yang dapat memberi faedah kepada mereka bila mereka keluar dari
sistem pendidikan nanti.Feeny & Christensen (1979) meletakkan beberapa syarat untuk
menjadi guru yang berwibawa. Beliau harus memahami nilai-nilai yang perlu ada pada
seseorang guru seperti berilmu dan mempunyai rasa hormat serta menyayangi kanak-kanak. Ini
selari dengan prinsip-prinsip etika seorang guru yang wajib berilmu dan menyediakan kanak-
kanak ke arah menjadi insan yang berguna dan warganegara yang berdikari. Prinsip Lieberman (
dalam Foo, 2005) juga meletakkan tanggungjawab melahirkan warga yang berhemah kepada
ibu bapa. Maksudnya di sini pihak sekolah perlu berinteraksi dengan masyarakat secara mesra,
penuh kerjasama dan sikap yang membina.Selain daripada itu, dalam perlaksanaan sesuatu
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441
D201020463478
inovasi ke arah meningkatkan kualiti pelajar, Black (2001) memohon jasa baik masyarakat
supaya memberikan kebebasan kepada pihak sekolah dan guru untuk melaksanakan perubahan
supaya mereka dapat bekerja tanpa tekanan. Inilah bentuk kerjasama yang diperlukan seorang
guru dari masyarakat, bukan sahaja sokongan dan bantuan kewangan.

Kesimpulannya, seorang guru dengan pendapatan yang tidak setimpal (Foo, 2005) harus
menjalankan tugas-tugas yang semakin lama semakin membebankan. Inilah yang
mempengaruhi ramai guru terutama di Barat meninggalkan profesion ini.

Akauntabiliti Seorang Guru

Secara umumnya terdapat beberapa perkara yang wajar diambil perhatian oleh seorang guru
berkaitan dengan akauntabiliti guru ini. Mengikut Foo (2005) seorang guru harus mengelakkan
diri daripada mengindoktrinasikan pelajarnya dengan apa-apa fahaman atau kepercayaan atau
falsafah yang dipegangnya. Mereka mempunyai ruang dan peluang yang cukup luas untuk
melakukan perkara ini.Menjauhi amalan matlamat menghalalkan cara merupakan satu
tangungjawab kerana ia bertentangan dengan objektif utama pendidikan iaitu memindahkan
ilmu dan menanam nilai-nilai murni. Dalam isu penilaian, terdapat sekolah yang berusaha untuk
meningkatkan peratus kelulusan. Mereka akan melakukan apa sahaja, termasuklah
mengeluarkan nama pelajar yang dijangka gagal daripada daftar calon sekolah kepada calon
persendirian. Ini amalan tidak beretika seorang guru.

Menilai pelajar secara adil dan saksama. Adalah menjadi satu amalan tidak beretika jika
seseorang guru membuat penilaian berasaskan faktor bangsa, agama, kedudukan dan
sebagainya. Sistem penilaian peperiksaan awam sekarang banyak memberi ruang kepada guru-
guru membuat penilaian bagi subjek-subjek seperti bahasa, Sains Tulen, Kemahiran Hidup dan
sebagainya. Dikhuatiri guru akan menggunakan ini untuk merosakkan seseorang pelajar dengan
cara yang tidak bertanggungjawab.Terdapat banyak sekali kes, walaupun tidak ada data khusus,
di mana pihak sekolah memaparkan markah atau gred yang diperolehi pelajar kepada umum
seperti melekatkan rekod pencapaian pelajar di papan kenyataan. Sebenarnya ini menyalahi
etika keguruan yang memberi hak kerahsiaan kepada pelajar.Menggunakan kuasanya secara
bijaksana. Semua guru mengharapkan kedudukan autonomi mereka dalam menjalankan tugas
yang diamanahkan. Sekiranya kuasa ini tidak digunakan dengan bijak pasti berlaku
penyelewengan dan ini tidak sihat kepada organisasi pendidikan dalam usaha memartabatkan
profesion perguruan.

Prinsip-prinsip Etika Profesional


PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441
D201020463478
Mengikut Lieberman (1956) prinsip-prinsip Etika Profesion Perguruan harus merangkumi
prinsip tanggungjawab guru terhadap pelajar, perkongsian dengan ibu bapa, interaksi dengan
masyarakat, mutual respect dengan majikannya dan hubungan sesama rakan sekerja.Dalam
profesion perguruan, seorang guru bertanggungjawab membawa para pelajar ke arah
pemerolehan ilmu dan seterusnya menyediakan mereka ke arah amalan demokrasi. Guru juga
berperanan membantu mereka mencapai kebahagiaan hidup, menjadi orang yang berguna
kepada masyarakat dan negara dan individu yang berdikari. Ini merupakan prinsip etika
professional dalam hubungan antara guru dan murid.Dalam hubungan antara guru dan ibubapa
pula, ahli-ahli profesion perguruan berkongsi tugas dengan ibu bapa membentuk perlakuan
kanak-kanak ke arah matlamat akhir yang diterima masyarakat. Keberkesanan kaedah
pengajaran bergantung kepada hubungan kerjasama antara sekolah dan rumah. Guru
menggesa ibubapa sentiasa mengawasi aktiviti pelajar di rumah seperti membuat kerja rumah,
manakala ibubapa pula mengharap guru agar dapat menjadikan anak-anak mereka manusia
yang berjaya.

Profesion perguruan melibatkan bukan sahaja tingkah laku guru secara peribadi tetapi juga
merangkumi interaksi sekolah dengan masyarakat. Hubungan guru dengan masyarakat harus
berlangsung dalam suasana mesra, bersifat kerjasama, dan sikap yang membina. Masyarakat
sentiasa mengharapkan sekolah supaya melahirkan ahli masyarakat yang mampu menyumbang
kepada masyarakat dan negara. Guru-guru pula perlukan masyarakat di luar agar menyediakan
peluang-peluang untuk anak-anak didik mereka apabila mereka tamat persekolahan seperti
menyambung pelajaran atau bekerja.Ahli-ahli profesion perguruan tidak dapat lari daripada
tanggungjawab berkaitan dengan kariernya. Tanggungjawab ini bersifat tanggungjawab di
antara pekerja dengan majikan. Adalah amat molek jika hubungan ini bersifat mutual respect
dan saling mempercayai agar tugas dapat dilaksanakan dengan ikhlas. Jika amalan ini berjaya
dilaksanakan, pemantauan dan arahan daripada pihak atasan akan berlangsung dalam jumlah
yang sangat minimum dan guru-guru akan merasai bahawa mereka merupakan individu yang
sangat meyakinkan pihak atasan.

Adalah dikatakan profesion perguruan berbeza daripada profesion-profesion yang lain. Salah
satunya kerana keunikan hubungan antara seorang guru dengan rakan sekerjanya. Ada
keunikan hubungan dan kualiti professional antara sesama guru. Kerjasama antara guru dengan
rakan sejawat mampu memecahkan halangan yang sebesar manapun, terutama bila ia
melibatkan prubahan dalam kurikulum dan system pendidikan.

Prinsip oleh Lieberman ini diakui oleh Sufean Hussin (1996). Menurutnya, tanggungjawab
professional guru meliputi tanggungjawab terhadap pelajar; rakan sejawat dan profesion
perguruan; masyarakat dan negara; dan ibu bapa. Malah Sheila Worley dalam
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441
D201020463478
http://teacherweb.com/HI/MaryknollSchool-HighSchoolDivision/t.stm, New York State United
Teachers dalam http://www.highered.nysed.gov/tcert/resteachers/codeofethics.htm, guru-
guru Association of Unity Churches dalam http://www.unity.org/education/ltcode.html, David
Freitas dalam http://sdmultimedia.com/icce/CodeTE9.htm, Kod Etika Guru-guru Minnesota
dalam http://education.state.mn.us/html/012969.htm, Kod Etika Guru oleh Alabama Education
Association dalam http://www.shelbyed.k12.al.us/gbu.htm dan Tatasusila (Etika) Profesion
Perguruan Malaysia memperakui tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibubapa, rakan
sejawat, profesion perguruan, masyarakat dan negara dalam pembinaan etika perguruan.

Foo (2005) yang merumuskan kod etika universal oleh Larry Colero pula membincangkan enam
prinsip yang perlu dalam pembentukan kod etika perguruan. Pertama beliau melihat prinsip
kesaksamaan dimana setiap guru mesti melayan semua pelajar tanpa mengira bangsa, agama
atau kepercayaan. Sifat adil juga penting dalam mengambil apa-apa tindakan terhadap para
pelajar tanpa mengambil kira jantina, fahaman politik, tempat asal, latar belakang pelajar,
kemampuan akademik dan sebagainya.Kedua, prinsip keterbukaan di mana sifat jujur sangat
diutamakan. Selain dari pada itu, seorang guru tidak wajar mengaibkan rakan-rakan sejawatan
mereka dan tidak harus melobi dengan apa cara sekalipun untuk mendapat kenaikan pangkat
atau markah yang tinggi dalam penilaian prestasi tahunan.Prinsip seterusnya berkaitan dengan
prinsip kerahsiaan dimana guru diminta supaya menghormati hak kerahsiaan para pelajar.
Pelajar tidak harus dimalukan atau direndah-rendahkan dengan mendedahkan maklumat-
maklumat yang boleh memalukan atau menjatuhkan maruah atau merendahkan nilai diri dan
jati diri pelajarnya.

Prinsip ketekunan pula menghendaki guru mengesan potensi pelajar-pelajarnya dan sedia
menerima perbezaan individu pelajar dan seterusnya menjadikan ia asas untuk membimbing
mereka ke arah kecemerlangan.Prinsip kelima ialah prinsip kesetiaan terhadap profesionnya
yang menegah seorang guru daripada melakukan perkara-perkara yang tidak sopan. Prinsip ini
turut menuntut seorang guru bertindak sebagai ibu bapa ganti dalam usaha membentuk
tingkah laku pelajar ke arah matlamat yang ingin dicapai.. Akhir sekali guru dilarang mengajar
sesuatu yang boleh merosakkan ke[pentingan pelajar, ibu bapa dan negara.Prinsip terakhir
dalam pembentukan etika perguruan ialah prinsip mengelakkan konflik kepentingan peribadi.
Guru-guru disaran agar mengutamakan kepentingan pelajar lebih daripada kepentingan
masyarakat, persatuan atau peribadi. Prinsip ini turut melarang guru mengiklankan kelas-kelas
tuisyen yang beliau mempunyai kepentingan di dalamnya. Juga guru tidak boleh menerima atau
meminta hadiah daripada pelajar dan ibu bapa berkaitan dengan tugas-tugas keguruannya.

Prinsip Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia


PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441
D201020463478

Prinsip Pertama: Niat yang Betul

Prinsip ini menuntut agar setiap warga Kementerian melaksanakan tugas dengan niat yang
betul, sebagaimana yang dituntut oleh agama, selaras dengan nilai kerja yang dicadangkan.
Terdapat empat jangkaan nilai kerja yang diharapkan daripada amalan prinsip pertama ini,
iaitu:

Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), misi, matlamat dan objektif
Kementerian Pelajaran Malaysia;

Ikhlas menyempurnakan tanggungjawab terhadap agama dan negara;

Memberikan sumbangan bermutu; dan Sentiasa membarui niat untuk kebaikan.

Prinsip Kedua: Perlakuan yang Baik

Berdasarkan prinsip ini, semua warga Kementerian diseru agar melaksanakan tugas dengan
sempurna untuk mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Warga
Kementerian diminta agar mengamalkan nilai-nilai yang berikut semasa melakukan tugas
mereka.

 Menunjukkan penampilan diri, pertuturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa;

 Memberikan kepuasan kepada pelanggan; dan

 Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.

Prinsip Ketiga: Penggerak ke arah Kebaikan


PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441
D201020463478
 Setiap warga Kementerian Pelajaran Malaysia diseru supaya menjadi penggerak ke arah
kebaikan. Berikut merupakan apa yang disarankan berdasarkan prinsip ini.
 Menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju, berdaya saing dan dapat
mendorong seseorang melakukan kebaikan;
 Berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan cirri-ciri kecemerlangan dan
ketinggian kualiti yang menjadi sumber inspirasi kepada rakan sejawat; dan
 Sentiasa berusaha untuk menjadi pekerja yang baik.

Prinsip Keempat: Mengotakan Apa yang Dikatakan

Prinsip ini menuntut agar semua warga Kementerian sentiasa berusaha melaksanakan apa yang
dikatakan. Aspek ini amat penting kerana salah satu elemen yang amat penting dalam
pengurusan organisasi hari ini ialah memenuhi keperluan pelanggan dan memberikan kepuasan
kepada mereka. Untuk mematuhi prinsip ini, perlakuan-perlakuan seperti yang berikut haruslah
menjadi amalan:

Sentiasa menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan, sama ada
terhadap diri sendiri atau orang lain;

 Apa yang dilakukan mesti sesuai dengan apa yang diucapkan; dan
 Sentiasa menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan.

Prinsip Kelima: Berdisiplin dan Beradab

Warga Kementerian hendaklah sentiasa melakukan aktiviti yang berperaturan, mulia,


berdisiplin dan beradab. Semua warga Kementerian perlu mengamalkan perlakuan-perlakuan
seperti berikut:

 Sentiasa menjaga adab sopan seperti yang terkandung dalam ajaran agama;
 Sentiasa mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan; dan
 Sentiasa berpandukan prosedur serta kaedah yang sesuai dan betul.

Nilai-nilai Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia


PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441
D201020463478
Nilai Pertama: Amanah

Secara umumnya, amanah bermaksud sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas


tanpa menyalahkan kuasa dan kedudukan Berikut merupakan beberapa amalan amanah yang
dikemukakan:

 Sentiasa menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab, tanpa


menyeleweng dan cuai;
 Bersikap jujur serta setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa dan
kedudukan;
 Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang
ditetapkan serta tidak menggunakan masa pejabat untuk urusan peribadi;
 Berdisiplin dan mengawal diri serta tidak melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan
kepercayaan orang lain terhadap dirinya; dan
 Bertanggungjawab melaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Nilai Kedua: Benar

Nilai benar telah ditafsirkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai benar pada niat dan
perbuatan. Antara perlakuan yang diharapkan daripada warga Kementerian yang
memperlihatkan nilai ini adalah seperti yang berikut:

 Mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa niat
yang tersembunyi mahupun mengharapkan balasan;
 Bercakap benar dan menepati janji, tidak bercakap bohong dan mungkir janji;
 Bersedia untuk mempelajari atau menerima nasihat daripada orang lain dengan tidak
bersikap sombong atau angkuh;
 Memberikan atau menerima arahan yang jelas serta tepat dan tidak mengelirukan; dan
 Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama.

Nilai Ketiga: Bijaksana


PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441
D201020463478
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mentafsirkan nilai bijaksana sebagai menggunakan
pemikiran dengan bijaksana dengan membuat keputusan dan tindakan yang sesuai dengan
masa serta keadaan. Amalan-amalan yang diperakukan termasuklah:

 Menggunakan seluruh potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu


tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah;
 Sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti;
 Mempunyai fikiran dan pertimbangan yang rasional dalam menyelesaikan sesuatu
masalah tanpa mengikut perasaan serta emosi; dan
 Sentiasa meningkatkan ilmu, kepakaran dan profesionalisme.

Nilai Keempat: Bersyukur

Bersyukur bermaksud perasaan dan perlakuan yang menunjukkan penghargaan atas nikmat
atau pemberian yang diterima. Perlakuan-perlakuan yang dicadangkan ialah:

Sentiasa menghargai anugerah yang diterima tanpa menganggap kejayaan-kejayaan sebagai


hak;

 Bersedia memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa sebarang


prasangka, berdendam atau menabur fitnah;
 Tenang menghadapi masalah dan reda menerima ketetapan, kegagalan dan ujian serta
tidak berputus asa; dan
 Berpuas hati dengan nikmat yang diperolehi seperti ganjaran yang diterima dan
kemudahan yang disediakan.

Nilai kelima: Dedikasi

Dedikasi bermaksud berminat dan rela mengorbankan masa serta tenaga secara berterusan
dalam menghasilkan kerja yang berkualiti. Amalan-amalan atau nilai yang diharapkan adalah
seperti berikut:

Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia untuk menerima tugas dengan tidak mencari
helah;
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441
D201020463478
 Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan;
 Tekun dan rajin serta bersikap positif dalam melaksanakan tugas dan memastikan hasil
kerja sentiasa berkualiti;
 Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sabar, teliti dan ceria, tidak cuai atau
merungut; dan
 Cergas dan pantas bekerja dan hasilnya menepati kehendak organisasi.

Nilai keenam: Ikhlas

Ikhlas bermaksud menunaikan tanggungjawab dengan suci hati untuk menghasilkan kerja yang
terbaik tanpa mengharapkan ganjaran atau balasan. Amalan-amalan yang mencerminkan nilai
ini adalah seperti berikut:

 Menerima tanggungjawab dengan rela, hati yang suci, tidak berpura-pura atau berusaha
mengelakkan daripada tanggungjawab;
 Menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat organisasi, bukan kerana
pangkat, kedudukan atau mendapat perhatian orang lain; dan
 Memberikan layanan yang baik, tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan
tidak bersikap pilih kasih.

Nilai Ketujuh: Penyayang

Nilai penyayang membawa maksud perasaan dan perlakuan yang menunjukkan sikap
memahami, menghargai serta mengambil berat. Ia dapat ditunjukkan seperti berikut:

 Bersifat pemaaf dan penyayang, tidak berdendam, sombong atau suka meninggi diri;
 Menganggap setiap orang mempunyai harga diri yang perlu dihormati tanpa sebarang
prasangka buruk;
 Bertimbangrasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan tugas;
 Menjadikan organisasi sebagai sebuah keluarga besar yang penuh mesra; dan
 Bersifat simpati dan empati dalam menjalankan tugas seharian.

Pematuhan Etika Perguruan


PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441
D201020463478
Apabila kita membincangkan isu pematuhan etika perguruan, satu perkara yang harus kita
perbincangkan ialah Perintah Am Bab D - Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) Ini disebabkan semua penjawat awam adalah tertakluk kepada perintah ini
termasuklah guru. Kita lihat Bahagian II, Peraturan 4 (2) secara terperinci kerana ia sangat
signifikan dengan isu yang bakal kita bincangkan nanti.

Perintah Am Bab D; Bahagian II, Peraturan 4 (2)

Seorang pegawai tidak boleh:

(a) membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya;

(b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan


persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya;

(c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah
bahawa –

(i) dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya
hingga menjejaskan kegunaannya sebagai seorang pegawai awam; atau

(ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri;

(d) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama
perkhidmatan awam;

(e) kurang cekap atau kurang berusaha;

(f) tidak jujur atau tidak amanah;

(g) tidak bertanggungjawab;

(h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk
menyokong atau memajukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan awam, sama ada
tuntutan itu adalah tuntutan sendiri atau tuntutan anggota-anggota perkhidmatan awam yang
lain;

(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan
munasabah sebagai ingkar perintah; dan

(j) cuai dalam melaksanakan tugasnya.


PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441
D201020463478

Profesion perguruan di Malaysia juga mempunyai kod etikanya yang dikenali dengan nama
Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia. Lampiran etika ini terdapat di bahagian awal Buku
Rancangan Mengajar guru-guru. Kita perhatikan etika berkenaan.

Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia

1. Tanggungjawab Terhadap Pelajar.

1.1 Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.

1.2 Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,
emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

1.3 Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang
berhak mengetahuinya.

1.4 Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata
pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

1.5 Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan
dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami
mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

1.6 Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberi contoh
yang baik kepada pelajar.

2. Tanggungjawab Terhadap Ibubapa

2.1 Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak mereka.

2.2 Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumahtangga.

2.3 Menggangap semua maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai keadaan
rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan kepada
sesiapa kecuali mereka yang berhak mengetahuinya .

2.4 Memberi maklumat kepada ibubapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibubapa secara teliti dan bijaksana.
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441
D201020463478
2.5 Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi
pelajar.

2.6 Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibubapa atau penjaga mereka.

3. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara

3.1 Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan
pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukunegara.

3.2 Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai-nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna,
menghormati orang tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan
agama.

3.3 Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab
sebagai warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan
masyarakat.

4. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Perguruan

4.1 Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan
nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibubapa atau berbuat sesuatu yang boleh
menjatuhkan maruah seseorang guru.

4.2 Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.

4.3 Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggung-jawab kami dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

4.4 Sentiasa berusaha membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam
profesion perguruan.

4.5 Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

4.6 Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

1. Isu Penilaian
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441
D201020463478
Apabila kita menyentuh isu penilaian, kita harus berbalik kepada persoalan asas iaitu, apa
tujuan penilaian dalam aspek persekolahan. Bagi guru-guru di sekolah kita telah dilatih dengan
objektif sesuatu penilaian iaitu sebagai satu kayu pengukur apakah pelajar telah mahir dengan
dengan pengajaran kita. Hasil daripada analisis itu, guru dapat membuat sesuatu seperti
program pengayaan atau pemulihan. Atau mencari di mana kekuatan yang boleh kita
perkukuhkan atau kelemahan yang harus diperbaiki.

Namun kita telah biasa dengan fenomena yang melihat penilaian terhadap prestasi akademik
pelajar mencerminkan apa yang telah guru buat selama ini. Penilaian pentadbir, Pejabat
Pendidikan Daerah, ibu bapa serta masyarakat menjadi tekanan kepada guru, dan yang paling
serius jika ia menjadi asas kepada penilaian prestasi. Lalu guru-guru sekarang ini mengajar tidak
lagi bertujuan untuk mengembangkan potensi-potensi individu tetapi supaya para pelajarnya
lulus cemerlang. Sekolah tidak lagi menjadi institusi untuk membentuk peribadi pelajar, tetapi
sebagai sekolah tuisyen percuma.

Situasi begini menimbulkan isu yang lain pula, iaitu, sekolah harus meningkatkan pencapaian
akademiknya atau menerima penangan daripada pihak atasan. Berbagai cara dilakukan untuk
meningkatkan peratus pencapaian seperti menjadikan calon sekolah sebagai calon
persendirian, menghalang pelajar menduduki peperiksaan, dan yang paling dahsyat membantu
pelajar semasa peperiksaan.

Keadaan ini bertentangan dengan etika perguruan. Lihat Prinsip Etika KPM mengenai niat yang
betul, iaitu, berusaha “memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, misi, matlamat
dan objektif KPM”, Nilai Etika KPM berkaitan dengan nilai amanah iaitu “sentiasa menjalankan
tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab, tanpa menyeleweng dan cuai”, Tatasusila
Profesion Perguruan Malaysia; bahagian Tanggungjawab Terhadap Pelajar; ceraian kedua, iaitu,
“Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,
emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama” .

Satu lagi isu berkaitan ialah kebolehpercayaan ujian (Foo, 2005). Sistem pendidikan di negara
kita telah menetapkan di akhir tahun keenam pelajar menduduki UPSR; di tahun kesembilan,
PMR; dan kesebelas SPM.. Ini merupakan peperiksaan awam yang akan diduduki oleh semua
calon serentak mengikut jadual yang ditetapkan dan dinilai secara standard. Di pihak sekolah
pula, pelajar diajar oleh guru yang berbeza, kaedah berbeza, masalah berbeza, latar berbeza,
kemudahan berbeza, pendedahan berbeza walaupun kurikulumnya sama. Bukankah ini
menimbulkan isu kebolehpercayaan dalam sistem penilaian peperiksaan awam negara.
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441
D201020463478

Satu lagi persoalan yang boleh dibincangkan di sini ialah penilaian guru terhadap dirinya sendiri.
L. Dee Fink (1999), dalam satu artikelnya menyebut:

“Assuming that no one is perfect and therefore everyone has room for improvement,
evaluation is the means by which we try to identify which aspects of our teaching are good and
which need to be changed. The question then arises as who should take responsibility for doing
this evaluation. My believe is that evaluation is an inherent part of good teaching. Therefore it
is the teacher himself or herself who should take primary responsibility for doing the
evaluation." atas talian

http://www.angelfire.com/journal2/fakir_zamani/ceramah7.htm

Ini memberi implikasi bahawa guru harus menanamkan satu semangat “belajar sepanjang
hayat” di dalam diri mereka kerana ilmu semakin bertambah, inovasi di dalam mahupun di luar
dunia pendidikan berlangsung dengan pesat. Ilmu ICT, contohnya, harus dikuasai oleh guru. Kita
berharap agar tidak terdapat guru-guru yang tergolong dalam golongan laggard ataupun
menjadi penentang kepada pembaharuan-pembaharuan.

Kementerian Pelajaran disarankan agar mencari satu mekanisme terbaik untuk mengatasi
persoalan-persoalan ini. Pemantauan berterusan mungkin satu pendekatan terbaik untuk
meminimakan isu ini. Pihak pentadbir sekolah harus menjalankan tugas yang diamanahkan
seperti kerja pemantauan proses P & P secara lebih agresif.

Selain daripada itu, Bahagian Penilaian dan Peperiksaan di Jabatan Pelajaran Negeri atau pihak
Lembaga Peperiksaan Malaysia harus turun padang memantau apa yang dibuat oleh Setiausaha
Peperiksaan di sekolah-sekolah. Kita tidak mahu, kes dipapar di akhbar, barulah pihak
berkenaan melatah, “kita akan mengambil tindakan tegas terhadap sekolah terbabit”, satu
kenyataan retorik.

Disarankan juga sistem penilaian berasaskan sekolah yang ada sekarang ini distrukturkan
semula bagi mengatasi masalah kebolehpercayaan ujian. Mekanisme yang diwujudkan
sekarang ini walaupun mempunyai kebaikan, tetapi sering disalahgunakan oleh guru-guru
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441
D201020463478
penilai di sekolah. Akibatnya, markah yang diperolehi oleh para pelajar masih diragui
kesahannya.

2. Isu Nilai Amanah

Satu isu besar bagi sektor awam terbesar negara kita ialah menjaga lebih daripada 100 000
pegawai-pegawainya dan penempatannya pula sehingga ke tempat-tempat yang cuma boleh
dilalui melalui helikopter, bot, atau berjalan kaki selama dua atau tiga hari. Amat sukar
mengawal semua guru, dan tidak mustahil ada guru mengambil kesempatan daripada situasi-
situasi begini. Terdapat guru yang berniaga serta memiliki lesen kontraktor (walaupun atas
nama ahli keluarga). Di kawasan pedalaman, ramai guru aktif dengan politik kepartian. Kadang
kala mereka terlalu memberi tumpuan kepada politik hingga mengabaikan tugas di sekolah.
Mereka ini menjawat jawatan dalam parti di peringkat cawangan dan bahagian. Dengan
menggunakan pengaruh jawatan, mereka memperolehi ganjaran lumayan di arena politik.
Buletin Online (Okt 2005) dalam http://buletinonline.net/modules menceritakan kes seorang
guru yang aktif berpolitik dan memperoleh kontrak dari saluran politik sehingga mengabaikan
tangungjawab profesionnya. Ini merupakan satu contoh tipikal pelanggaran etika perguruan.

Kita lihat kod etika KPM dalam Nilai Amanah:

Sentiasa menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab, tanpa menyeleweng
dan cuai;

Bersikap jujur serta setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan dan
peruntukan dalam Perintah Am Bab D(c)dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi
faedahnya sendiri dan Tatasusila Profesion Perguruan Perkara 4; ceraian ii , iaitu,

“tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.”

Perkaitan dengan isu di atas, nilai amanah juga merupakan satu percanggahan besar terhadap
amalan rasuah.

Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (2002), dalam


http://myschoolnet.ppk.kpm.my/arkib/a_berita/tatatertib.htm., yang mengendalikan kes-kes
melibatkan guru siswazah, banyak kes-kes tatatertib yang tidak dihantar atau lewat sehingga
lebih setahun kepada pihak Pihak Berkuasa Tatatertib SPP. Daripada laporan ini, nyata sekali
perlakuan pelanggaran etika berlaku oleh pihak tertuduh dan di peringkat pegawai yang
bertanggungjawab.
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441
D201020463478
Badan Pencegah Rasuah, seperti yang dilaporkan oleh Marzita Abdullah (2004), dalam
http://www.mypendidik.net/portal/modules pula melaporkan kebanyakan pentadbir
pendidikan melakukan penyalahgunaan kuasa secara sengaja. Beberapa kes seperti penerimaan
wang daripada kontraktor, pemberian tiket kapalterbang, pembiayaan hotel dan pemalsuan
dokumen kerja pembaikan dilakukan dengan sengaja oleh pentadbir sekolah. Sebagai pegawai
perkhidmatan awam mereka telah melanggar tata kelakuan dan tatatertib Perintah Am Bab D;
Bahagian II; Peraturan 4(2) dalam hal-hal berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa.

Adalah disarankan guru-guru tidak membelakangkan kepentingan profesion perguruan mereka


daripada kepentingan peribadi. Jabatan Perkhidmatan awam pula dicadangkan bertindak
meluaskan larangan berpolitik kepada semua guru bukan sahaja kepada penjawat awam
kumpulan A.

Selain daripada itu, Unit Tatatertib Jabatan Pelajaran Negeri harus telus dalam menjalankan
tugas mereka dengan melaporkan kes-kes pelanggaran etika kepada pihak-pihak yang
berkenaan dengan segera setelah mendapati ada bukti kukuh untuk membuat pendakwaan ke
atas mereka. Kita tidak mahu pegawai-pegawai pendidikan

3. Isu Nilai Ikhlas- Keadilan

Satu isu yang dianggap remeh tetapi sebenarnya telah menggugat martabat profesion
perguruan. Dalam konteks keikhlasan, etika KPM meminta semua guru memberi layanan yang
baik, tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan tidak bersikap pilih kasih. Dengan
amalan ini profesion perguruan akan dihormati oleh masyarakat umum.

Satu persoalan yang berbangkit daripada isu ini ialah hak kesamarataan. Pelajar mempunyai
hak untuk dilayan sama rata oleh guru. Walaupun kita sedar akan kewujudan perbezaan
individu, ia tidak boleh menghalang kita daripada berlaku adil terhadap anak-anak didik kita.
Faktor latar keluarga, status sosio-ekonomi pelajar, perilaku pelajar dan rupa paras pelajar tidak
boleh menjadi penyebab kenapa guru bertindak sebaliknya. Keadilan harus dilihat dengan lebih
jauh lagi. Pelajar SES rendah perlu diberi lebih tumpuan pada kadarnya dan bantuan jika status
itu mempunyai korelasi dengan pencapaiannya yang rendah. Pelajar agresif harus diberi lebih
perhatian jika keagresifannya itu disebabkan oleh tiada perhatian di rumah.Satu sikap guru
yang kurang beretika ialah labeling. Ini satu fenomena yang meluas berlaku di sekolah-sekolah.
Walaupun ada guru yang berjaya menahan daripada menzahirkan kata-kata yang tidak
sewajarnya, tetapi tingkahlaku lain menjurus ke arah itu. Ada guru yang lambat masuk kelas
untuk mengajar kelas yang “kurang bijak” dan dalam iklim P & P yang kurang bersemangat.
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441
D201020463478
Situasi ini berlainan jika ia mengajar kelas “bijak”. Ada guru yang akan melepaskan keluhan bila
menjadi guru kelas tertentu dan wajahnya hilang ceria sepanjang tahun dengan perlantikan itu.

Adalah disyorkan agar guru mengamalkan sikap adil dan memberi peluang yang sama kepada
semua pelajarnya. Satu perkara yang sangat dipuji ialah memperkenalkan Makmal Komputer
kepada sekolah-sekolah tertentu. Ini memberi peluang kepada ramai pelajar yang tidak
berpeluang untuk mempelajari dan menggunakan komputer.

Selain daripada itu, bagi menangani masalah labeling adalah dicadangkan agar pihak pentadbir
sekolah mengambil inisiatif mengenakan tindakan ke atas guru yang mengamalkan sikap ini.
Perkataan-perkataan guru, seperti “bodoh”, “lembu” atau “anak haram” atau yang sepertinya,
merupakan kata-kata provokasi yang menghina yang tidak harus diluahkan walau dalam
keadaan apa sekalipun.

4. Isu Nilai Dedikasi-Keselamatan

Kita lihat apa yang terkandung di dalam nilai dedikasi Etika KPM:

“Guru harus menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sabar, teliti dan ceria, tidak cuai
atau merungut” dan Tatasusila Profesion Perguruan; Bahagian 1; Perkara 1.1

“Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.”

Nilai etika perguruan yang terpenting ialah tanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan
pelajar. Keselamatan pelajar berkait rapat dengan isu kecuaian. Pengetua dan guru-guru harus
melihatnya sebagai satu aspek penting dalam pengurusan sekolah. Keselamatan pelajar
menjadi satu tugas yang penuh cabaran digalas oleh guru dan pengetua. Kecuaian akan
menyebabkan ibu bapa mengambil tindakan mahkamah terhadap guru dan sekolah. Sekiranya
guru memahami dan menjalankan tugas mengikut etika yang ditetapkan, walaupun kes dibawa
ke mahkamah, undang-undang akan menyebelahi kita.

Masalahnya sekarang adakah sekolah, guru-guru terutamanya, telah mengambil langkah-


langkah keselamatan untuk menjauhi daripada berlakunya kecuaian. Kes pelajar dilanggar mati
di luar sekolah, adalah satu rujukan yang penting. Guru-guru yang beretika akan memastikan
anak-anak muridnya melintas jalan dengan selamat, bukan hanya mengharapkan pengawal
keselamatan sahaja. Pihak guru telah sedia maklum akan risiko kemalangan di kawasan
tersebut, ditambah lagi dengan umur pelajar yang masih rendah koordinasi mata dengan
tindakan. Guru-guru mungkin selamat daripada kes mahkamah, kerana ia berlaku di luar
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441
D201020463478
kawasan sekolah, tetapi nilai moral guru yang berhemah tinggi, penuh dedikasi akan tercalar
kerana kes sebegini. Masyarakat akan memandang rendah martabat guru yang mengambil
sikap tidak ambil peduli ini.

Dalam isu ini juga, guru-guru dinasihatkan agar mematuhi prosedur-prosedur keselamatan
terutama jika melakukan aktiviti yang berisiko seperti lawatan, perkelahan, sukan,
perkhemahan dan sebagainya. Mematuhi prosedur merupakan satu amalan etika perguruan.
Selain daripada itu adalah dicadangkan agar sistem kawalan keselamatan swasta sekarang di
mansuhkan dan digantikan dengan sistem kawalan keselamatan yang digunapakai oleh Bank
Simpanan Nasional.

5. Isu Nilai Bersyukur

Nilai bersyukur bolehlah jika kita katakan berterima kasih dan menghargai setiap pemberian,
anugerah dan nikmat yang diterima. Namun begitu adalah wajar bagi kita turut bersyukur
sekiranya sesuatu yang datang itu bukan dalam bentuk yang menyeronokkan kerana sudah
menjadi lumrah kehidupan adakalanya suka dan ada kalanya kita sedih; kadang-kadang pasang,
kadang-kadang surut; dan ada masanya di atas dan ada ketikanya kita di bawah. Itu juga kita
harus bersyukur, kerana tidak semestinya jika yang datang itu tidak baik, akan berakhir dengan
tidak baik. Di sini unsur reda membawa konsep nilai bersyukur. Dikatakan juga “pasti ada
hikmah di sebalik sesuatu kejadian.” Bagi masyarakat Islam bersyukur dilahirkan dengan puji-
pujian bagiNya.

Terdapat banyak aduan oleh pihak guru kepada pihak jabatan pendidikan yang
menggambarkan guru-guru tidak mempunyai nilai ini seperti dalam kes pembayaran skim
baucer tuisyen yang lewat diterima (lihat http://www.tranungkite.net/modules)

Satu elemen nilai kesyukuran dalam etika KPM ialah berpuas hati dengan nikmat yang
diperolehi seperti ganjaran yang diterima dan kemudahan yang disediakan. Seandainya guru-
guru dapat menyerapi nilai ini, mereka mampu melaksanakan tugas dengan hati yang tenang,
seronok dan lancar. Satu contoh, jika kita diarah mengajar kelas yang mencabar kesabaran kita,
seperti tahap akademik yang rendah dengan masalah disiplin sukar dikawal dan dilabel oleh
rakan-rakan, kita wajib bersyukur. Sebenarnya kita telah diberi peluang mengubah tingkahlaku
disiplin dan akademik kelas berkenaan. Tekadkan untuk melahirkan pelajar yang mampu
mengubah persepsi guru-guru lain. Hasilnya pasti kepuasan dan nikmat yang tidak terbeli
harganya.

Satu isu lagi ialah isu penempatan guru. Guru-guru yang dihantar bertugas di sekolah yang
mereka kurang ingini, berusaha untuk bertukar sekolah. Dalam satu ucapan, Fong Chan Onn
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441
D201020463478
(1997) menjelaskan ramai guru Bahasa Inggeris enggan bertugas di pedalaman (lihat
http://161.139.39.251/akhbar/teaching/1997/um97826.htm). Ada di kalangan mereka yang
bertukar karier semata-mata untuk bekerja di kawasan bandar-bandar besar. Sistem pendidikan
tidak memerlukan tenaga-tenaga yang kurang beretika ini. Ada pula guru merungut kerana
tidak diberi markah yang tinggi untuk Penilaian Prestasi. Ini semua merupakan contoh-contoh
guru kita yang kurang beretika kerana tidak menanamkan nilai kesyukuran dalam diri mereka.

Untuk mengatasi masalah ini, guru-guru harus mempunyai rasa reda dan anggap bahawa pasti
ada yang menunggu di sana yang kita belum tahu. Guru-guru yang enggan untuk dihantar
bertugas di kawasan pedalaman harus dihentikan kerana mereka merupakan golongan yang
tidak tahu bersyukur. Mereka tidak harus diberi muka dengan kelulusan permohonan
pertukaran atau pengubahsuaian penempatan kerana mereka merupakan professional yang
tidak beretika.

6. Isu Gangguan Seksual

Satu definisi gangguan seksual yang mudah ialah apa-apa perbuatan bersifat seksual yang tidak
diingini dan memberikan kesan sebagai satu gangguan secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi
atau fizikal. Bagi mendapatkan definasi yang lebih tepat mengenai gangguan seksual di tempat
kerja definisi United State Equal Employment Opportunity Commision (USEEOC) di Amerika
Syarikat adalah lebih sesuai untuk dibincangkan. Ia menyebut:

“Unwelcome sexual advance, requests for sexual favors and otherverbal or physical conduct of
a sexual nature when submission to or rejection of this conduct explicitly or implicitly affects an
individuals employment unreasonably interferes with an individual’s work performance or
creates an intimidating, hostile or offensive work environment.”

USEEOC.http://www.de2.psu.edu/harassment/legal/

Kita tidak harus terikat kepada pengertian itu sahaja, kerana, beberapa perkara lain harus
diambil perhatian iaitu pengganggu boleh juga seorang perempuan, tidak semestinya lelaki
sahaja. Seperkara lagi, pihak yang menjadi mangsa tidak semestinya subjek yang diganggu,
tetapi pihak yang terasa terganggu dengan perbuatan pemangsa. Situasi gangguan seksual yang
berlaku juga tidak semestinya memberi kesan kepada kedudukan mangsa dari segi kerja,
kenaikan pangkat atau pendapatannya.

Di sekolah, gangguan seksual boleh berlaku di antara pengetua – guru-guru (dan kakitangan) –
pelajar. Biasanya, yang menjadi mangsa ialah golongan pelajar. Di Malaysia, masalah yang
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441
D201020463478
berlaku ialah mangsa gagal membuat laporan kerana takut, malu atau tidak tahu ia sebenarnya
gangguan seksual. Undang-undang pula perlukan bukti kukuh untuk menerima pertuduhan.

Kita lihat satu kes serius di negeri China seperti yang dilapor oleh Berita Harian dalam
www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Dunia/20050911103703/Article/pp_index_html. Kes
seorang guru yang dihukum mati kerana kesalahan merogol 32 orang pelajarnya yang berusia
14 tahun selama dua tahun. Kes seperti ini juga berlaku dengan banyak sekali di Malaysia yang
melibatkan guru-guru biasa hingga pengetua sekolah agama. Satu kes di Tuaran pada 25 Feb.
2004 yang melibatkan kejadian rogol oleh seorang guru ke atas pelajar cacat di sekolah khas
seperti yang dilaporkan dalam http://www.network54.com/.

Satu langkah proaktif yang boleh dilakukan oleh bakal mangsa ialah mengelak daripada menjadi
mangsa. EVAW (End Violence Against Women International) pula mencadangkan dalam laman
web mereka (G:\About EVAW International.htm) perkara-perkara berikut harus dilakukan oleh
majikan.

a. Adakan satu polisi bertulis dan disebar dan di tampal di tempat kerja mengenai gangguan
seksual

b. Polisi tersebut harus mengandungi definisi yang jelas dengan penerangan dan

contoh yang sesuai.

c. Polisi harus mengandungi galakan daripada pengurusan untuk mangsa

membuat aduan.

d. Pihak pengurusan harus mengadakan latihan berterusan tentang anti-gangguan

seksual kepada kakitangannya.

Satu lagi langkah proaktif yang boleh diambil ialah menjadi ahli persatuan-persatuan tertentu
yang menjaga hal ehwal pekerja daripada gangguan seksual. Di Amerika Syarikat telah wujud
EVAW (End Violence Against Women) International yang antara lain bertujuan untuk membela
mangsa-mangsa gangguan seksual. Di Malaysia juga kita mempunyai cawangan Women’s Aid
Organisation (Persatuan Pertolongan Wanita). Ini termasuklah menyediakan pegawai-pegawai
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441
D201020463478
untuk membantu mangsa, mengambil tindakan yang sewajarnya yang akan memahamkan
golongan pemangsa daripada melakukan gangguan seksual dan membawa pemangsa ke muka
pengadilan. Persatuan sebegini harus di anggotai bukan sahaja oleh mereka yang pernah
menjadi mangsa atau mangsa-mangsa baru tetapi juga mereka yang tergolong daripada bakal
mangsa.

7. Isu Konten Etika Perguruan

Dalam kita melihat isu-isu di atas, bahagian terakhir perbincangan isu etika ini akan cuba
mengupas etika perguruan itu sendiri.

Pertama, adakah guru-guru kita tahu dan sedar akan wujudnya etika perguruan yang menjadi
garis panduan bagi semua guru di Malaysia ini? Etika perguruan Malaysia dibaca dengan nama
“Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia” yang terdapat di bahagian awal Buku Rekod
Pengajaran guru-guru (Mok Soon Sang, 2000).Adalah diingatkan tentang kepentingan guru-guru
supaya memartabatkan profesionalisme perguruan dengan cara memahami dan menghayati
etika perguruan. Namun begitu, sekiranya guru-guru sendiri tidak mengetahui tentang
keujudan etika perguruan ini, ia amat malang bagi dunia profesion perguruan.

Adakah terdapat kursus etika diajar dalam program pendidikan sama ada di universiti-universiti
atau di maktab-maktab (sekarang institusi) perguruan? Sehingga kini belum terdapat satu
kertas atau kursus khas untuk semua bakal guru dislotkan dalam program pengijazahan
perguruan selain daripada ia disisipkan dalam kuliah-kuliah pedagogi atau kursus pendidikan
lain.

Persoalan ketiga, adakah Pengetua atau Guru Besar menekankan perkara etika perguruan
sepanjang masa di sekolah? Atau sekurang-kurangnya pada mesyuarat guru? Pengetua atau
Guru Besar harus menghafal, memahami dan menghayati etika perguruan ini. Malang sekali,
mereka sendiri mungkin tidak dapat memberi penjelasan kepada guru-guru, apatah lagi untuk
dijadikan panduan menegur guru-guru ataupun membincangkannya dalam mesyuarat guru.
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441
D201020463478
Kelebihan menjadikan etika perguruan amalan pentadbir setiap hari dijangka akan turut
mempengaruhi staf-staf di bawahnya.

Persoalan seterusnya ialah, bagaimana mentafsir etika perguruan ini? Lain individu melihat atau
memahami atau mempunyai penafsiran yang berbeza-beza tentang sesuatu etika. Contohnya,
bagaimana seseorang guru akan menafsir Tatasusila Profesion Perguruan; Bahagian 1:
Tanggungjawab Terhadap Pelajar; Perkara 1.3 “Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit
mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya”. Seorang guru mungkin
akan menafsirkan keputusan ujian sekolah mahupun peperiksaan awam sebagai tidak termasuk
dalam tafsiran perkara ini. Keputusan ujian sepertinya akan dipaparkan secara terbuka pada
papan kenyataan sekolah. Guru-guru lain pula mungkin menafsir sebaliknya. Tetapi, sekiranya
sudah menjadi amalan sekolah tersebut, guru-guru ini juga akan mengubah penafsirannya
terhadap perkara ini. Akhirnya, walaupun amalan tersebut melanggar etika perguruan, ia tidak
lagi dipedulikan oleh pihak sekolah, lantas maruah pelajar dibiarkan jatuh akibat daripada
amalan yang tidak beretika ini.

Atau mungkin guru-guru sememangnya tidak mengetahui terdapat peruntukan-peruntukan


yang bertentangan dengan amalan mereka? Jika ini berlaku, agak malang bagi guru-guru
tersebut yang telah melakukan pelanggaran etika tanpa disedari. Selain daripada bahagian di
atas kita lihat pula contoh di Bahagian 4: Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan
Profesion; Perkara 4.6 “Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru”. Ramai guru yang tidak
menjadi ahli mana-mana persatuan atau kesatuan atau pertubuhan guru kerana tidak tahu
akan wujudnya peruntukan ini dalam etika perguruan. Mereka yang telah menjadi ahli juga,
mungkin menjadi ahli tanpa menyedari bahawa mereka telah melaksanakan satu perkara
daripada etika profesion merek

Persoalan keenam daripada isu etika guru ini ialah, adakah ia masih relevan dengan keadaan
semasa? Dengan perubahan dunia yang begitu pantas, etika perguruan kita sudah tidak lagi
sesuai kerana terdapat perkara-perkara yang tidak disentuh dalam etika kita tersebut.
Perkataan “Tatasusila” itu sendiri tidak lagi relevan dengan keadaan semasa. Lihat pula kepada
penggunaan ICT. Boleh dikatakan semua sekolah mempunyai kemudahan komputer sekurang-
kurangnya, malah kerajaan membelanjakan ratusan juta ringgit kepada sekolah-sekolah luar
bandar untuk menyediakan kelengkapan makmal komputer. Selain daripada itu, laluan internet
juga disediakan tanpa bayaran oleh pihak sekolah. Persoalannya, adakah etika kita sekarang ini
covers penggunaan ICT ?

Berita Harian (7 Jun 2005) menyiarkan artikel bertajuk “Kod etika Internet bendung khabar
angin” melihat internet ibarat pisau yang “boleh memotong dan juga membunuh”.
Kepincangan belia yang mengadap komputer sepanjang hari berchatting, melayari laman
porno, asyik bermain video game dan terdapat pula laman web yang menyebarkan fitnah
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441
D201020463478
terhadap individu atau atau kerajaan. Tindakan invividu atau kumpulan yang menyebarkan
fitnah melalui laman web juga berleluasa sehingga mampu menimbulkan panik kepada
masyarakat. Tindakan kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Multimedia,
menubuhkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bertujuan mengadakan forum dan
membincangkan “kod etika pengamal telekomunikasi dan multimedia” sangatlah dialu-alukan.
Etika guru-guru dalam penggunaan ICT ini juga harus dimaktubkan dalam etika perguruan.

Adalah disarankan agar pihak pengurusan sekolah mengambil berat akan etika profesion
perguruan supaya semua guru di bawah pentadbiran mereka akan lebih beretika semasa
menjalankan tugas. Paling tidak etika perguruan ini dibawa ke dalam mesyuarat guru pertama
setiap awal tahun untuk mengingatkan guru-guru tentang kepentingannya.

Pentadbir sekolah dicadangkan menyediakan satu checklist pelanggaran etika oleh guru-guru
sebagai semakan untuk dijadikan alat pengukuran dan penilaian sahsiah guru. Ini dijangka
mampu mengurangkan kes-kes guru bermasalah di sekolah. Pihak pentadbir harus faham Teori
Y (personaliti positif) tidak dimiliki oleh semua guru, malah ramai guru yang harus dipantau dan
diawasi (Teori X) sentiasa (Lunenburg dan Ornstein, 2004; Hanson, 2003; Owens, 1998). Guru-
guru di sekolah sudah biasa dengan sindrom “kucing tiada, tikus bermaharajalela”.

Di peringkat atasan pula, dicadangkan agar kod etika guru (Tatasusila Profesion Perguruan
Malaysia) digubal semula mengikut keperluan semasa. Penggubalan kod etika guru yang baru
harus mengambil kira pandangan guru-guru secara keseluruhannya. Kajian-kajian mengenai
keberkesanan kod etika guru harus dijalankan secara komprehensif guna untuk mengetahui
tahap kesedaran, pengetahuan dan amalan guru-guru bersesuaian dengan etika perguruan.

Kesimpulan

Guru-guru di Malaysia harus berasa bangga kerana profesion perguruan di Malaysia masih
dipandang tinggi oleh masyarakat dan negara, walaupun semakin pudar pengiktirafan tersebut.
Kerajaan masih memberikan peruntukan tertinggi kepada Kementerian Pelajaran dalam
Belanjawan Negara. Walaupun nilai ekonominya tidak berapa memberangsangkan, para guru
harus bersyukur kerana tugas guru merupakan ibadah yang sangat dituntut dalam agama dan
menjadi agenda utama kerajaan.

Kita telah melihat bagaimana sesuatu kod etika perguruan dibina. Bermula dengan teori-teori
yang berkaitan, permasalahan etika terutama yang berkaitan dengan dunia perguruan, diikuti
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441
D201020463478
dengan rasionalnya pembentukan sesuatu kod etika, nilai moral yang seharusnya ada pada
seorang guru dan tanggungjawab seorang guru.

Bahagian seterusnya, kita melihat kepada prinsip-prinsip dan nilai etika seorang guru yang juga
seorang penjawat awam. Bagi guru-guru, kita adalah terikat kepada etika Kementerian
Pelajaran, Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia dan Perintah Am. Guru-guru harus
mengamalkan etika-etika dan peraturan yang disediakan ini supaya masyarakat memandang
tinggi dan yakin kepada profesionalisme guru-guru Malaysia.

Bahagian terakhir kita telah didedahkan dengan beberapa isu yang berkaitan dengan
pematuhan etika perguruan. Terdapat tujuh isu yang diketengahkan, iaitu, isu penilaian; isu
amanah; isu ikhlas; isu dedikasi; isu bersyukur; isu gangguan seksual; dan isu sekitar etika
perguruan yang wujud pada masa ini. Beberapa cadangan juga disarankan dalam kupasan
setiap isu untuk memperbaiki keadaan yang wujud. Jelas kepada kita bahawa nilai etika guru-
guru banyak “dipalit arang” oleh segelintir yang tidak seharusnya menceburi bidang perguruan.

Adalah amat diharapkan agar guru-guru tidak akan melanggar etika perguruan kerana ia
merupakan landasan yang menuju kepada tingkahlaku yang akan dipandang tinggi oleh
masyarakat. Selain daripada itu, pematuhan etika perguruan akan meningkatkan martabat
guru-guru Malaysia.

BIBLIOGRAFI

 Buku Rujukan
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441
D201020463478

 Abdullah Bakri. 1990. Kepimpinan Pengajaran dan Konsep Kepimpinan Berpasukan .


Wawasan. Ogos 1990. 5 – 15.

 Asnah Abdul Hamid. 1996. Nilai dan Etika Profesional dalam Perkhidmatan Pendidikan.
Jurnal Pengurusan Pendidikan. Jld. 5. 29 – 40

 Berita Harian. 7 Jun 2005. Kod Etika Internet Bendung Khabar Angin.

 Black, P. 2001. Ideology, Evidence and the Raising of Standards dalam Dillon, J. dan
Maguire, M. (ed). Becoming A Teacher: Issues in Secondary Teaching. Buckingham:
Open University Press. 25 - 36.

 Cribb, A. dan Gewirtz, S. 2001. Values and Schooling dalam Dillon, J. dan Maguire, M.
(ed). Becoming A Teacher: Issues in Secondary Teaching. Buckingham: Open University
Press. 37 – 49.

 Feeney, S. dan Christensen, D. 1979. Who Am I In The Lives of Children?: An


Introduction to Teaching Young Children. Ohio : Charles E. Merill

 Feeney, S., Christensen, D. dan Moravcik, E. 1996. Who Am I In The Lives of Children? :
An Introduction to Teaching Young Children. New Jersey: Prentice Hall.

 Foo Say Fooi. 2005. Etika Perguruan : Jaminan Peningkatan Profesionalisme. Serdang:
Penerbit UPM.

 Hanson, E.M. 2003. Educational Administration and Organizational Behavior (Edisi 5).
Boston: Allyn and Bacon.
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441
D201020463478

 Institut Aminudin Baki. 1997. Profil Pengetua/Guru Besar Berkesan. Kementerian


Pendidikan Malaysia. 15 Disember 1997

 Kamarudin Hj. Kachar. 1989. Strategi Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur: Teks
Publishing.

 Lieberman, M. 1956. Education As A Profession. New Jersey: Prentice Hall.

 Lunenberg, F.C. dan Ornstein, A.C. 2004. Educational Administration: Concepts and
Practices (Edisi 4). Belmont: Wadsworth / Thomson

 Mok Soon Sang. 2000. Pendidikan di Malaysia (Edisi 7). Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman.

 Mukherjee, G.H. 1978. Sekolah dan Nilai Moral. Jurnal Kementerian Pelajaran Malaysia.
Jld. 23 (58) April 1978. 28 – 33.

 Omens, R.G. 1998. Organizational Behavior in Education (Edisi 6). Boston: Allyn and
Bacon.

 Radzuan Hassan. 1997. Utusan Melayu. 26 Okt. 1997.

 Strike, K. A. dan Soltis, J. F. 1998. The Ethics of Teaching. New York: Teacher College
Press.
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441
D201020463478
 Sufean Hussin, 1996. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah, Kuala
Lumpur: DBP.

 Thiroux J.P. 2001. Ethics, Theory and Practice ( Edisi 7 ). New Jersey : Prentice Hall.

 _____. 1996. Perintah-perintah Am: Bab A – Bab G, Kuala Lumpur: MDC

 Atas Talian

 Alabama Education Association. (tanpa tarikh). Code of Ethics. atas talian.


http://www.shelbyed.k12.al.us/gbu.htm (3 Sept. 2005)

 Association of Unity Churches. (tanpa tarikh). Code of Ethics. atas talian


http://www.unity.org/education/ltcode.html%20%203%209%202005 (3 Sept 2005)

 Azman Md. Nor. 25 Ogos 1997. Guru Bahasa Inggeris Enggan Ke Desa. atas talian.
http://161.139.39.251/akhbar/teaching/1997/um97826.htm ( 13 Sept. 2005)

 Berita Harian. 11 Sept. 2005. Guru Rogol 32 Pelajar. atas talian.


 http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Dunia/20050911103703/Article/pp_in
dex_html
 20050911103703/Article/pp_index_html (11 Sept 2005)
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441
D201020463478
 Buletin Online. 2004. Guru AJK UMNO Dungun Abai Tanggungjawab. atas talian
http://buletinonline.net/modules.php?name=News&file=article&sid=131 (9 Sept. 2005)

 EVAW. tanpa tarikh. EVAW International Mission Statement. (atas talian) G:\About
EVAW International.htm (3 Sept. 2005)

 Freitas, D. tanpa tarikh. A Professional Code of Ethics for Teacher Educators: A Proposal
to Stimulate Discussion and Debate. atas
talian.http://sdmultimedia.com/icce/CodeTE9.htm (3 Sept. 2005)
 Kant, I. (tanpa tarikh). Ethics. atas talian.
http://www.suhsd.k12.ca.us/edtech/healthtech/t-ethics.htm (3 Sept. 2005)

 Marzita Abdullah. 26 Mac 2004. Rasuah: Beberapa Kes Melibatkan Sekolah. atas talian.
http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.htm (15 Sept. 2005)

 New York State United Teachers. 2002. Seeking input on ethics code: Proposal lists six
guiding principles for teachers. atas talian.
http://www.nysut.org/newyorkteacher/2001-2002/020116ethics.html ( Sep 2005)

 Syuhada Choo Abdullah. 2002. Sikap Ketua Jabatan Lewat Lapor Kes
 Tatatertib. atas talian.
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/arkib/a_berita/2002/5aug_tatatertib.htm
 2002/5aug_tatatertib.htm ( 9 Sept. 2005)

 United State Equal Employment Opportunity Commision. (tanpa tarikh).


 Sexual Harassment. atas talian. http://www.de2.psu.edu/harassment/legal/ (12 Ogos
2005)
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI) 850508086441
D201020463478
 Worley S.M. (tanpa tarikh). About The Teacher. atas talian.
http://teacherweb.com/HI/MaryknollSchool-HighSchoolDivision/MrsWorleyEthics/t.stm
MrsWorleyEthics/t.stm (3 Sept. 2005)

 ______. Sept. 2005. Bayaran Skim Baucer Tuisyen Masih Belum Dijelaskan.atas talian.
http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article (11 Sept 2005)

 ______. 25 Feb. 2004. Guru Disyaki Rogol 2 Pelajar Bisu. atas talian.
 http://www.network54.com/ (11 Sept. 2005)

 ______ . 2001. Code of Ethics for Minnesota Teachers. atas talian.


 http://education.state.mn.us/html/012969.htm (3 Sept. 2005

You might also like