You are on page 1of 9

Cara Membuat Coleslaw Yang Sedap (Rasa Serupa / Mirip Macam

Coeslaw KFC)
Posted by Norhana / 4:13 PM /

makan begitu saja pun sedap...

setelah dicincang sehingga halus.perlukan kesabaran..


Bahan-bahan

Kobis Putih 1 kg
Lobak Merah 150 gram
Mayonis 200 gram
Susu Segar Kotak Kecik 4 sudu besar (kalau nak lebih 'milky' letak lebih)
Gula Pasir 5 sudu besar
Garam 1 sudu teh (rata)
Perahan limau nipis / limau kasturi 1 sudu besar
Bekas (plastic container / tupperware) yang mempunyai penutup.

Cara Membuatnya

Kobis dan lobak merah dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Setelah itu dihiris dan dicincang kecil-kecil.
Masukkan kobis dan lobak merah yang telah dicincang itu ke dalam bekas yang mempunyai penutup.
Biarkan sebentar.
Masukkan mayonnis, susu, gula pasir, garam dan perahan limau ke dalam mangkuk dan kacau sampai betul-betul
sebati. Tuangkan ramuan yang dah sebati itu ke dalam sayuran yang telah dicincang itu lalu dikacau sampai betul-
betul rata. Setelah itu, tutup bekas tu dan simpanlah dalam peti sejuk.
Coleslaw anda akan “matang” dan siap untuk disantap selepas 12 jam. Tanda coleslaw dah matang ialah ia berair
dan rasanya “smooth”.
Resepi Sos Keju Mirip KFC = Chezzy Wedges
Posted by Norhana / 10:08 PM /

Homemade Sos Keju = Chezzy Wedges

So ni resepinya:
Bahan-bahan
2 ½ sudu mentega
2 ½ sudu tepung gandum (kalau nak lagi pekat lebihkan tepung)
1 liter susu segar
4 sudu kecil garam (secukup rasa..kalau tak mau masin kenalah sukat dan rasa)
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu kecil serbuk lada putih
12 keping cheddar cheese (saya guna jenama cheesedale)
Sedikit pewarna kuning telur untuk cantikkan lagi warna chezzy

Cara-cara
Cairkan butter, masukkan tepung gandum, kacau jgn bagi berketul, masukkan susu, masukkan serbuk cili, serbuk
lada putih dan masukkan cheddar cheese… masak hingga kepekatan yang dikehendaki. Letak pewarna kuning telur
untuk naikkan seri chezzy. Mula2 nampak je cair..tapi bila dah sejuk sket dia jadi kental.
Coleslaw

Bahan-Bahan:

¼ biji kobis.
1 batang carrot dibuangkan kulit dan
dipotong hujung dan kepala carrot.
200gm Mayonis (5 sudu besar).
50ml Whipped Cream(High Fat Cream)[1
sudu besar].
½ biji lemon jus.
garam dan lada sulah secukup rasa.

Cara:

1. Hiriskan kobis nipis - nipis dengan pisau.


2. Carrot dihiris menggunakan cheese grater.
3. Ambilkan sebuah mangkuk besar dan campurkan kobis yang dihiris dan carrot
yang dihiris.
4. Masukkan Mayonis dan Whipped Cream.
5. Gaulkan sehingga rata.
6. Masukkan jus lemon.
7. Gaulkan sehingga rata.
8. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
9. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dihidangkan.

Cadangan Hidangan:

1. Whipped Cream boleh digantikan dengan susu segar + secubit garam yang
dididihkan dan disejukkan.
2. Coleslaw sesuai dengan hidangan fish n chip dan chicken chop.
3. Coleslaw boleh dijadikan hidangan salad mudah yang boleh dimakan dengan begitu
sahaja.

Bahan-bCrispy Potato Wedges


Wedges Berempah.Rangup diluar, lembut di dalam....
ahan ( 2 orang )
 2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
 2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
 1 sudu teh serbuk cili
 1 biji putih telur - dikocok
 Tepung gandum secukupnya untuk salut
 Garam

Cara-cara
1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong
berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan
toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi
dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur
kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.
PAU

 --Doh--
 500 gm tepung gandum
 1 1/2 sudu teh yis
 1/2 cawan gula pasir
 1/4 cawan minyak jagung
 1 1/4 cawan air suam
 --Inti--
 2 genggam kacang hitam / merah
 6 sudu gula pasir
 sedikit minyak

1. Inti : Rebus kacang dan gula sehingga lembut. Setelah air agak kering, masukkan sedikit minyak.
Rebus sehingga air kering. Sejukkan.
2. Larutkan gula dengan air suam.
3. Dalam mangkuk lain, satukan tepung, yis dan minyak jagung. Tuangkan air gula tadi sedikit demi
sedikit sambil sebatikan adunan sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Bahagikan doh kepada 15 bebola kecil. Letakkan di atas dulang yang ditaburi tepung. Biarkan
doh selama 10 minit.
5. Bulat-bulatkan doh, leperkan dan isikan inti. Tutupkan, bulat-bulatkan dan lapiskan dengan
kertas minyak yang telah dipotong kecil mengikut saiz doh. Buatlah sehingga habis. Selepas itu
biarkan doh pau menaik sekali ganda (kira-kira 40 minit).
6. Panaskan periuk kukus. Kukus kuih pau selama 10 minit.
7. Sedia untuk dihidang bersama kopi O..

Donut
yani@myresipi.com
cara buat donut bergambar

 200g tepung roti


 20g gula
 1/2 sudu kecil garam
 1 sudu kecil dry yeast
 140ml susu segar
 20g butter
 minyak masak untuk menggoreng
 sugar powder

1.

Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.

2.

Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.

3.

Masukkan pula butter

4.

Kacau sehingga sekata


5.

Bila dah jadi begini. Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai.

6.

Uli sehingga tak melekat ditangan

7.

Buatkan bentuk bulat

8.

Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2
kali ganda

9.

Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.

10.

Canaikan biar jadi bentuk seperti dalam gambar lebih kurang 15cm

11.

Bahagikan kepada bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit


12.

Uli biar jadi bentuk panjang

13.

Kemudian pulaskan seperti dalam gambar

14.

Rapatkan kedua-dua hujung. Doh akan jadi berpintal seperti dalam gambar. Lekat kuat-kuat
antara hujung supaya tak terbuka semasa menggoreng. Penaikkan lagi sehingga 1.5 kali ganda.

15. Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalik-balikkan
supaya betul-betul masak.

You might also like