You are on page 1of 10

1.

LAGU PATRIOTIK

Malaysia adalah sebuah negara yang maju dan makmur. Walaupun Malaysia
didiami bangsa-bangsa yang berlainan kaum tetapi rakyat masih hidup dalam
keamanan.

Dari Zaman Pendudukan Jepun, diikuti dengan Zaman Darurat seterusnya


mencapai kemerdekaan sehingga Zaman Teknologi ini negara kita telah
menghadapi pelbagai masalah yang perlu dihadapi. Walau Bagaimanapun, di
bawah pemimpin-pemimpin negara kita yang bijaksana tambah dengan
perpaduan rakyat yang begitu erat, masalah-masalah telah dapat diatasi.
Pemimpin-pemimpin negara ini perlulah kita dihargai dan disanjungi.

Kini, negara kita maju dalam pelbagai bidang. Setiap bidang telah diceburi oleh
rakyat Malaysia. Itulah menunjukkan kepandaian rakyat negara kita, Malaysia.
Inilah kebanggaan kita.

1.1 LAGU PATRIOTIK MALAYSIA

1.1.1 Lagu Negaru Ku

1.1.1.1 Sejarah Lagu Negara Ku

Adalah dipercayai lagu Negaraku adalah diambil sempena lagu Kebangsaan


Negeri Perak, iaitu yang dikenali dengan ‘Terang Bulan’. Lirik lagu ini dikatakan
telah ditulis oleh seorang lelaki Peranchis yang bernama Pierre Jean de
Beranger dan dibawa ke negeri Perak oleh Raja Abdullah dan liriknya diubah
suai dan juga lagu ini telah diberikan nama “Allah Lanjutkan Usia Sultan“. Versi
cerita kedua adalah semasa Sultan Idris Murshidul’adzam Shah (Marhum
Rahmatullah) menjadi Sultan of Perak dari tahun 1887 hingga 1916, semasa
pertabalan Monarki England, King Edward VII pada tahun 1901, Sultan Idris
yang pada masa itu berada di England sebagai wakil Sultaqn-Sultan
Melayu FEDERATED MALAY STATES. Apabila Sultan Idris sampai di pelabuhan
Southampton, pegawai protikol kolonial telah bertanya kepada beliau tentang
lagu kebangsaan Perak, pada masa itu Negeri Perak tidak mempunyai lagu
Kebangsaa dan Raja Harun bin Sultan Abdullah, setiausaha sulit Sultan
mengatakan mereka ada tetapi tidak membawanya dan mengatakan dia tahu lirk
dan terus memberikan bunyi melalui siulannya dan pada masa itu dikatakan lagu
kebangsaan Perak pertama kali dimainkan di Britain. Lagu ini telah diubahsuia
oleh Felix Mendelssohn pada tahun 1947 dan dinamakan Mamula Moon atau
Terang Bulan, iaitu lagu yang sama dimainkan semasa pertabalan  King Edward
VII. 
Lagu ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh
Tunku Abdul Rahman pada 5 Ogos 1957. Upacara pemilihan ini berlangsung di
Dewan Polis Depoh. Sebanyak 4 buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan
Pancaragam Polis Diraja. Keputusan hakim ini kemudian telah dikemukakan
kepada Majlis Raja-raja Melayu.

Bahasa Malatsia Bahasa Inggeris

Negaraku, tanah tumpahnya darahku, My country, the land where my blood has spilt.
Rakyat hidup, bersatu dan maju, The people living united and progressive,
Rahmat Bahagia, Tuhan kurniakan, May God bestow blessing and happiness,
Raja kita, selamat bertakhta. May our King have a successful reign.
Rahmat Bahagia, Tuhan kurniakan, May God bestow blessing and happiness,
Raja kita, selamat bertakhta. May our King have a successful reign.

Setelah dipersetujui, kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1,000 kepada


pengubah untuk mencipta seni katanya. Tawaran ini telah dimenangi oleh Encik
Saiful Bahri dan lagu kebangsaan 'Negaraku' gubahan beliau terdapat dalam 3
versi.

Rentak lagu Negaraku telah ditukar lebih rancak oleh Dr. Mahathir. Lagu
Negaraku baru dipersembahkan buat kali pertama pada sambutan Ambang
Merdeka di Dataran Merdeka tengah malam 30 Ogos 2003 selepas Dr. Mahathir
melaungkan "Merdeka" tujuh kali. Lirik Negaraku baru masih sama. Cuma
permulaan lagu itu perlahan seperti irama lagu Negaraku yang asal dan
pergerakannya akan berlaju.

1.1.1.2 Lirik Lagu Negaru ku

1.1.1.3 PERANAN LAGU KEBANGSAAN MALAYSIA

Peranan Lagu Kebangsaan bukan sahaja untuk membangkitkan semangat


patriotik terhadap negara bahkan ianya melambangkan sosiobudaya serta
mempaparkan cita-cita, hasrat dan harapan bangsa negara berkenaan. Lagu
Kebangsaan Malaysia dinamakan Negaraku. Maksud lirik lagu Negaraku ialah
menyeru rakyat dari berbagai bangsa, agama dan sosiobudaya hidup bersatu
padu dan mengejar pelbagai kemajuan. Di samping itu lagu ini memohon rahmat
dan kebahagiaan dari Allah untuk kesejahteraan raja, rakyat dan negara tercinta
Malaysia. Lagu Negaraku asalnya berentak moderato sama seperti kebanyakan
negara-negara beraja lain di dunia. Walau bagaimanapun sesuai dengan
perkembangan sosioekonomi negara, pada 30 Ogos 1993 iaitu sempena
menyambut Perayaan Hari Kebangsaan tahun 1993, kerajaan telah mengubah
rentaknya kepada rentak march iaitu lebih cepat dan penuh bersemangat.
Rakyat Malaysia yang cintakan negara dan raja perlu mengetahui lebih dalam
mengenai Negaraku supaya lebih bersemangat patrioti

1.1.1.3.1 PERATURAN MEMAINKAN LAGU NEGARAKU

Peraturan memainkan Lagu Kebangsaan Negaraku adalah terkandung


dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968. Mengikut akta tersebut, lagu
kebangsaan mempunyai tiga bentuk salinan atau naskhah iaitu:

 Naskhah Penuh atau Naskhah Diraja Lagu Kebangsaan


 Naskhah Ringkas lagu kebangsaan yang mengandungi lapan baris yang
mula-mula dan lapan baris yang penghabisan dan dikenali sebagai
Naskhah Ringkas
 Naskhah Pendek mempunyai lapan baris yang terakhir.

1.1.1.3.2 NASKHAH PENUH

Naskhah Penuh dimainkan pada peristiwa-peristiwa berikut:

 Apabila sesuatu penghormatan diberi kepada Seri Paduka Baginda Yang


di-Pertuan Agong.
 Apabila suatu penghormatan diberi kepada Timbalan Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa menjalankan tugas-tugas Yang di-
Pertuan Agong.
 Apabila suatu penghormatan diberi kepada seorang Raja yang dilantik
bagi menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong mengikut Ordinan
(Menjalankan Tugas-tugas) Yang di-Pertuan Agong, 1957.
 Apabila panji-panji Diraja dikibarkan bagi melambangkan kehadiran Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
 Pada segala peristiwa apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
hadir sendiri.
 Di sekolah-sekolah bagi maksud mengajar murid-murid sekolah menyanyi
lagu kebangsaan.
 Dalam peristiwa lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong.
 Pada semua peristiwa apabila lagu kebangsaan dinyanyikan, Naskhah
Penuh atau Naskhah Diraja hendaklah dinyanyikan.
 Pada semua sambutan rasmi, pembesar-pembesar luar negara di mana
penghormatan diberi, Naskhah Penuh hendaklah dimainkan selepas
sahaja lagu bagi negeri pembesar yang membuat lawatan itu dimainkan.
Maksud pembesar luar negera di sini ialah Ketua Negara atau Ketua
Kerajaan sesebuah negara. Pada semua peristiwa rasmi yang diadakan
oleh pembesar-pembesar luar negara di dalam Malaysia bagi merayakan
hari-hari kebangsaan atau peristiwa-peristiwa kebangsaan yang lain,
maka Naskhah Penuh hendaklah dimainkan selepas sahaja lagu bagi
negara pembesar luar negara itu dimainkan. Maksud pembesar luar
negara di sini ialah Pesuruhjaya Tinggi atau Duta Besar.

1.1.1.3.3 NASKHAH RINGKAS

Naskhah Ringkas ini mengandungi lapan baris bar yang pertama dan lapan
bar yang terakhir iaitu dengan meninggalkan rangkap antara rangkap A
dan B. Naskhah Ringkas dimainkan bagi memberi hormat dalam Majlis-
Majlis Rasmi kepada:

 Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.


 Tuan-tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang,
Sarawak dan Sabah.
 Wakil rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong apabila Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diwakili oleh salah seorang Duli
Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu. Dalam keadaan begini lagu kebangsaan
negeri Duli Yang Maha Mulia Raja Melayu yang berkenaan hendaklah
dimainkan sepenuhnya terlebih dahulu dan kemudian barulah diikuti
dengan Lagu Kebangsaan Naskhah Ringkas.
 Wakil-wakil Diplomat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di luar
negara.
 Majlis Minum Selamat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan
iringan muzik.
 Mana-mana iringan lain sebagaimana yang ditetapkan dengan titah Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

1.1.1.3.4 NASKHAH PENDEK

Naskhah Pendek mengandungi lapan bar yang terakhir. Naskhah Pendek


dimainkan dalam keadaan-keadaan seperti berikut:

 Pada mana-mana peristiwa rasmi apabila Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong atau wakilnya tidak hadir, tetapi salah seorang daripada
Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu hadir, maka naskhah pendek
hendaklah dimainkan pada masa tamatnya peristiwa itu selepas sahaja lagu
negeri yang berkenaan itu dimainkan.
 Apabila tamatnya sesuatu hiburan seperti tayangan gambar atau tamatnya
rancangan televisyen.

1.1.1.3.5 MEMAINKAN LAGU KEBANGSAAN DAN NEGERI

Dalam majlis peringkat Persekutuan, jika Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong atau wakil rasminya tidak berangkat hadir, tetapi salah seorang daripada
Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berangkat hadir, lagu kebangsaan
naskhah ringkas hendaklah dimainkan pada akhir majlis tersebut setelah lagu
kebangsaan Negeri Duli Yang Maha Mulia Raja Melayu yang bekenaan
dimainkan.

1.1.1.3.6 MENGHORMATI LAGU KEBANGSAAN

 Apabila lagu kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan atau bila naskhah ringkas
atau naskhah pendek dimainkan semua orang yang hadir hendaklah berdiri
sebagai tanda hormat.
 Jika lagu kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan dalam masa sesuatu
penyiaran tersebut maka memberi hormat ini adalah dikecualikan.
 Seseorang yang dengan sengaja menunjukkan tidak hormat kepada lagu
kebangsaan di mana-mana tempat awam boleh dikenakan dengan tidak lebih
daripada satu ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu
bulan.
 Perbuatan yang mungkin merendahkan kemuliaan lagu kebangsaan pada
pandangan awam adalah dianggap tidak menghormati lagu kebangsaan.
Pegawai-pegawai Polis diberi kuasa untuk menangkap dengan tiada waran orang
yang tidak menghormati lagu kebangsaan.

1.2 KEPENTINGAN LAGU-LAGU PATRIOTIK

Sejak kebelakangan ini, banyak diperkatakan tentang pemupukan semula semangat


kebangsaan atau nasionalisme dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.
Gesaan ini memang wajar memandangkan generasi muda khususnya pelajar tidak
lagi bersemangat kebangsaan seperti generasi sebelum merdeka. Lebih tepat kalau
dikatakan semangat cinta akan negara dalam kalangan generasi muda kini adalah
longgar, lemah, dan tidak bermaya seperti seseorang yang tidak makan 10 hari. Pada
marcapada yang pesat membangun dalam teknologi maklumat ini, semangat
patriotik adalah penting untuk membina jati yang kental dan kuat agar dapat
mewujudkan perpaduan nasional. Oleh itu adalah penting lagu-lagu patriotik
dimainkan untuk kesedaran para remaja tentang kepentingan martabat Negara.
Pelbagai usaha boleh dilakukan untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam
kalangan remaja kini. Pertamanya, mereka hendaklah digalakkan untuk mengenali
tokoh-tokoh yang memperjuang untuk kemerdekaan negara dan mereka juga
hendaklah didedahkan kepada jasa-jasa serta pengorbanaan pejuang tanah air kita
agar golongan remaja kita sedar dan insaf, bak kata pepatah “Tak kenal maka tidak
cinta”.Kalau generasi muda tahu akan pahit maung dan susah payahnya tokoh-tokoh
pada zaman silam memperjuangkan kemerdekaan negara , tentunya mereka tidak
tergamak menghancurkan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi kini dengan
tindakan-tindakan negatif.

Pihak sekolah pula hendaklah menanam semangat cinta akan negara dalam diri
setiap pelajar dengan mrnyelitkan kecintaan kepada bangsa dan negara dalam
setiap subjek seperti , bekerjasama, tolong-menolong, bertoleransi serta berbudi
bahasa. Para pendidik hendaklah menggunakan beberapa minit daripada jadual
pengajaran sesuatu mata pelajaran untuk menanamkan semangat kecintaan kepada
bangsa dan negara. Pendidikan perlu menyuntik semangat juang dan keyakinan diri
dalam diri setiap pelajar. Mereka perlu didedahkan dengan semangat “Malaysia
Boleh” seperti yang dilakukan oleh Datuk Azhar Mansur dan para pendaki Gunung
Everest. Semangat cinta akan negara juga hendaklah dipupuk pada peringkat awal
persekolahan lagi.Ibu bapa hendaklah mengasuh anak-anak mereka supaya
menghormati keutuhan dan kedaulatan negara.

Selain itu,generasi muda hendaklah digalakkan melawat tempat-tempat bersejarah.


Pemerhatian mereka kepada kesan-kesan peninggalan sejarah akan melahirkan
semangat juang untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
Misalnya, kunjungan ke tempat-tempat yang bersejarah seperti Bandar Hilir, Melaka
akan mengingatkan mereka kepada sejarah hitam negara ketika dijajah oleh
Portugis,Belanda dan Inggeris.

Di samping itu,golongan muda juga perlu selalu didedahkan kepada Jalur Gemilang
yang berkibar megah pada sepanjang masa dan perayaan Hari Kebangsaan setiap
tahun itu sepatutnya dijadikan wadah untuk memperbaharui azam mempertahan
kemerdekaan pada masa depan. Mereka perlu diberi kesedaran betapa pentingnya
erti kemerdekaan terhadap sesebuah negara.

Seterusnya,mereka juga perlu didedahkan kepada lagu-lagu patriotik terutama lagu


“Negara ” untuk menyemaikan rasa cinta dan taat kepada negara.Pihak -pihak yang
tertentu seperti Persatuan Sejarah Malaysia hendaklah menganjurkan pertandingan
menulis esei bertemakan semangat patriotik dalam kalangan pelajar dan generasi
muda. Peraduan seperti ini akan memberi kesempatan kepada golongan muda
untuk mengumpulkan bahan-bahan sejarah yang banyak dalam akhbar-akhbar.
Pengumpulan bahan-bahan sejarah ini secara tidak langsung akan mencelikkan
mereka kepada sejarah perjuangan generasi silam demi kemerdekaan negara
daripada belenggu penjajah.
Kesimpulannya, kerajaan hendaklah memupukkan semangat cinta akan negara
dalam setiap orang rakyat, khususnya dalam kalangan remaja supaya dapat
melahirkan seorang modal insan yang cinta akan negara dan pemimpin yang
berwibawa untuk masa yang akan datang.

 1.1.1.3 Lagu-lagu Patriotik Malaysia

a. Kerana Mu Malaysia;
b. Malaysia Tanah Airku
c. Tanggal 31
d. Jalur Gemilang
e. Malaysia Tercinta
f. Wawasan 2020
g. Pahlawan Ku
h. Nasionalisme Teras PErpaduan
i. Tanah Air Ku
j. Wira Negara

1.2 LAGU PATRIOTIK NEGARA JIRAN

1.2.1 Lirik Allah Peliharakan Sultan – Lagu Kebangsaan Brunei

Ya Allah lanjutkanlah Usia


Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Adil berdaulat menaungi nusa
Memimpin rakyat kekal bahagia
Hidup sentosa Negara dan Sultan
Ilahi selamatkan Brunei Darussalam

Lagu ini ditulis oleh Pengiran Haji Mohamed Yusuf bin Abdul Rahim dan digubah oleh
Awang Haji Besar bin Sagap pada tahun 1947. Ia diberi status rasmi pada tahun 1951.
1.2.2 Indonesia Raya - Lagu Kebangsaan Republik Indonesia

Ciptaan : W.R. Supratman / Wage Rudolf Supratman

Indonesia tanah airku


Tanah tumpah darahku
Disanalah aku berdiri
Jadi pandu ibuku
Indonesia kebangsaanku
Bangsa dan Tanah Airku
Marilah kita berseru
Indonesia bersatu

Hiduplah tanahku
Hiduplah negriku
Bangsaku Rakyatku semuanya
Bangunlah jiwanya
Bangunlah badannya
Untuk Indonesia Raya

Indonesia Raya
Merdeka Merdeka
Tanahku negriku yang kucinta

Indonesia Raya
Merdeka Merdeka
Hiduplah Indonesia Raya

Indonesia Raya
Merdeka Merdeka
Tanahku negriku yang kucinta

Indonesia Raya
Merdeka Merdeka
Hiduplah Indonesia Raya

Indonesia Tanah yang mulia


Tanah kita yang kaya
Di sanalah aku berada Untuk slama-lamanya
Indonesia Tanah pusaka Pusaka Kita semuanya
Marilah kita mendoa Indonesia bahagia

Suburlah Tanahnya Suburlah jiwanya


Bangsanya Rakyatnya semuanya
Sadarlah hatinya Sadarlah budinya
Untuk Indonesia Raya

Indonesia Tanah yang suci Tanah kita yang sakti


Disanalah aku berdiri 'njaga ibu sejati
Indonesia! Tanah berseri Tanah yang aku sayangi
Marilah kita berjanji Indonesia abadi

Slamatlah Rakyatnya Slamatlah putranya


Pulaunya lautnya semuanya
Majulah Negrinya Majulah Pandunya
Untuk Indonesia Raya

1.2.3 Lagu kebangsaan Thailand- Phleng Chat Tha

Pra thet thai ruam luead nu'a chat chu'a thai

Pen pra cha rat pha thai kho'ng thai thuk suan

Yu dam rong khong wai dai thang muan

Duay thai luan mai rak sa mak khi

Thai ni rak sa ngop tae thu'ng rop mai khlat

Ek ka raj ja mai hai khrai khom khi

Sa la luead thuk yat pen chat p'hli

Tha loeng pra thet chat thai tha wi mi chai ch'yo


1.http://www.yynr.org/2008/11/29/sejarah-asal-lagu-negaraku-origin-of-negaraku-
terang-bulan-vs-mamula-moon/
2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Lambang_Malaysia
3. http://hsien88.tripod.com/am.html
4. http://www.malaysianmonarchy.org.my/malaysianmonarchy/?q=ms/lagu
5. http://liriklagu.co.cc/tag/seni-kata-lagu-kebangsaan-thailand
6.
http://organisasi.org/indonesia_raya_lagu_kebangsaan_republik_indonesia_lagu_wajib
_nasional
7. http://id.wikipedia.org/wiki/Phleng_Chat_Thai

You might also like