You are on page 1of 19

Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

1. Muka Hadapan

TAJUK :
RANCANGAN
PERNIAGAAN

Syarikat Los De’Licious


Restaurant & Bakeri Sdn.
Bhd

Unit 65, 66 & 67,


Commercial Centre,
Jalan Tun Jugah,
93350 Kuching,
Sarawak, Malaysia

FEBRUARI 2011

1
Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

2. Ringkasan Eksekutif

2.1 Takrif Ringkasan Eksekutif

Setiap kertas kerja / proposal yang melebihi 20 mukasurat perlu disertakan dengan ringkasan
eksekutif. Ringkasan Eksekutif hendaklah tidak melebihi 5 mukasurat dan disediakan akhir
sekali iaitu selepas keseluruhan kertas kerja disediakan. Ringkasan Eksekutif hendaklah
diletakkan di bahagian hadapan (selepas muka hadapan) kertas kerja tersebut.

2.2 Maklumat yang periu dinyatakan


 Maklumat ringkas organisasi / usahawan;
 Aktiviti perniagaan / perkhidmatan yang ditawarkan;
 Carta organisasi pasukan pengurusan;
 Produk, kumpulan sasaran, kawasan pasaran dan strategi pemasaran;
 Kos pelaburan projek dan pembiayaan yang diperlukan (yang mana berkenaan);
 Unjuran-unjuran kewangan yang disediakan - Aliran Tunai, Untung Rugi dan Kunci
Kira-Kira;
 Berdaya maju, mempunyai perancangan dan potensi di masa hadapan.

3. Mukasurat

Kandungan muka surat setiap tajuk utama dan sub-tajuk kandungan kertas kerja perlu disediakan bagi
memudahkan pembaca untuk membuat rujukan / semakan.

4. Pengenalan

Maklumat yang diperlukan dinyatakan

 Nama perniagaan dan tarikh ditubuhkan;


 Lokasi dan alamat perniagaan;
 Aktiviti utama perniagaan;
 Sejarah ringkas penubuhan dan perkembangan perniagaan;
 Pengalaman pengasas dalam bidang kerja dan perniagaan;
 Sebab-sebab menjalankan perniagaan;
 Hubungan / nilai perniagaan kepada persekitaran dan ekonomi Negara secara umum.

Contoh ‘Pengenalan’

SYARIKAT XYZ (XYZ) adalah sebuah perniagaan milikan tunggal telah ditubuhkan
secara rasmi pada 1 Jun 1003. Perniagaan ini beroperasi di Lot 471, Jalan Enggang
4, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur. XYZ merupakan sebuah syarikat
kontraktor elektrik yang terlibat di dalam kerja-kerja senggaraan, pemasangan,
pendawaian kabel (atas/bawah), membekal barangan elektrik serta berkelayakan
untuk mentauliahkan peralatan elektrik bagi kegunaan industri. Di samping itu, XYZ

2
Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

turut menyediakan perkhidmatan sampingan mekanikal dan elektrikal seperti


membekal dan memasang sistem pemadan api, saluran gas dan paip untuk bangunan,
sistem penghawa dingin dan lain-lain lagi. Perniagaan ini telah dijalankan selama
lebih 5 tahun oleh pemiliknya, walaupun baru lagi didaftarkan. Pemilik perniagaan
mempunyai lebih 8 tahun pengalaman kerja di dalam bidang elektrik.

XYZ amat berharap agar dapat turut serta menyumbang kepada perkembangan
ekonomi negara yang sedang berkembang. Syarikat ini turut ditubuhkan bagi
menyahut seruan kerajaan untuk mewujudkan perniagaan di bawah program
Masyarakat Perdagangan dan Perindutrian Bumiputera (MPPB). Perniagaan yang
dijalankan oleh XYZ mempunyai potensi untuk berdaya maju. Sehubungan itu, XYZ
berhasrat untuk meningkatkan kapasiti perniagaan dengan menambah bilangan
peralatan dan kelengkapan serta modal pusingan melalui pembiayaan MARA.
Melalui pembiayaan ini, XYZ akan turut meningkatkan prestasi pekhidmatan yang
ditawarkan dengan menumpukan lebih perhatian kepada pelanggan industri dan
premis-premis perniagaan.

5. Tujuan Kertas Kerja

Maklumat yang perlu dinyatakan

 Nyatakan tujuan dengan jelas;


 Jumlah Kos Pelaburan keseluruhan yang terlibat dan pecahanan penggunaannya;
 Nilai pembiayaan yang dipohon;
 Pengiraan pembiayaan dan nilai ansuran bulanan.

Contoh ‘Tujuan’

Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan rancangan


perniagaan XYZ, yang meliputi aspek pengurusan, pemasaran, perkhidmatan dan
kewangan syarikat kepada pihak MARA untuk mempertimbangkan permohonan
pembiayaan berjumlah RM50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu 5ahaja).
Tempoh pembiayaan adalah selama 5 tahun dan XYZ turut memohon tempoh
bernafas selama 3 bulan. Kos Pelaburan Projek adalah sebanyak RM??? di mana
RM??? dibiayai oleh pemilik, sementara baki RM??? adalah melalui pembiayaan
yang dipohon ini.

Pengiraan Pembiayaan :
Nilai Pembiayaan : RM???
Kadar Keuntungan : 6% setahun
Keuntungan Permbiayaan : RM??? @ 7% @ 5 TAHUN
1umlah Pembiayaan : RM??? + RM???
Bayaran Balik Bulanan : RM???/ 60bulan
Baran Bulanan : RM??? Sebulan

Kaedah pengiraan keuntungan pembiayaan kewangan

3
Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

Pengiraan keuntungan pembiayaan kewangan adalah dengan menggunakan Kaedah


Garis Lurus bagi memudahkan penyediaan Anggaran Aliran Tunai dan anggaran
bayaran balik pembiayaan. Bayaran bulanan sebenar adalah lebih kecil jika
menggunakan kaedah baki berkurangan.

6. Latar Belakang Perniagaan

Contoh ‘Latar Belakang Perniagaan’

Nama Perniagaan :
Alamat Berdattar . :
Alamat Operasi / Kedai :
No. Telefon :
No. Fax :
E-mail :
No. Daftar Perniagaan :
Tarikh Pendattaran/ Bila hendak mula operasi:
Aktiviti Perniagaan :
Bentuk Perniagaan : Milikan Tunggal/ Perkongsian
Modal Permulaan : RM ???
Bank : ???
Cawangan ???
No. Akaun
No. Lesen Kementerian Kewangan :
Tarikh Tamat Lesen :
Bidang Kerja Yang Didaftarkan :
Nama Pemilik :
No. K/P :

Dokumen yang perlu dilampirkan

 Salinan Daftar Perniagaan;


 Lesen Kementerian Kewangan (jika ada);
 Penyata Bank (6 bulan).

7. Latar Belakang Pemilik

Contoh ‘Latar Belakang Pemilik’

Nama :
Jawatan : Pengurus / Pemilik
Alamat Tetap :
Telefon :
No. Kad Pengenalan :
Tarikh Lahir :

4
Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

Bangsa / Agama : Melayu / Islam


Taraf Perkahwinan :
KeJulusan Akademik :
Pengamalan Kerja : Tahun / Jawatan / Majikan
Kursus Yang Pernah Dihadiri : Tarikh / Kursus / Penganjur

Dokumen yang perlu dilampirkan

 Salinan Sijil-sijil Kursus


 Dokumen Akademik (yang berkaitan)
 Salinan Perjanjian Perkongsian (jika ada)

8. Skop Perniagaan

Aktiviti perniagaan
Nyatakan akiviti utama perniagaan yang dijalankan.

Contoh:-
Di antara aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh XYZ adalah :
-
-

Produk / Perkhidmatan yang ditawarkan


Nyatakan produk / perkhidmatan yang ditawarkan.

Contoh:-
Berikut adalah produk/perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syarikat XYZ:
-
-

Potensi perniagaan
Nyatakan potensi perniagaan yang dijalankan.

Contoh:-
 Berdasarkan kepada analisa dan kajian pasaran yang dibuat, perniagaan ini
mempunyai potensi yang cukup besar untuk berkembang di sekitar 10%
hingga 20% setahun. Perniagaan masih di tahap awal dan mempunyai
potensi besar untuk berkembang di masa hadapan.

 Dengan usaha yang berterusan, XYZ telah mendapat tempat di kalangan


pelanggan berdasarkan kualiti perkhidmatan yang tinggi yang ditawarkan.

5
Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

Lokasi perniagaan yang strategik merupakan suatu kelebihan kepada XYZ


kerana dapat dikunjungi oleh pelanggan dengan mudah.

 Keadaan ekonomi negara yang terus berkembang positif turut menyumbang


kepada potensi perkembangan perniagaan XYZ. Pemulihan ekonomi negara
yang turut menyumbang kepada pembangunan Bandar ......... di mana
terdapat banyak kawasan industri dan komersil serta taman-taman
perumahan baru yang telah dibina, seperti Taman .........., Taman .............
Dan Taman ........, di samping taman perumahan sedia ada. Keadaan ini telah
meningkatkan saiz pasaran XYZ.

 Di antara faktor yang turut menyumbang kepada peningkatan potensi


perniagaan XYZ adalah tidak banyak perniagaan seumpama ini yang
dimiliki oleh syarikat Bumiputera di Bandar ............. . Ini merupakan satu
satu kelebihan kepada Syarikat XYZ untuk memonopoli pasaran kerana
majoriti penduduk Bandar ini dan kawasan sekitar adalah Bumiputera.

 Dengan penambahan modal pusingan yang lebih besar, XYZ akan dapat
menambahkan bilangan stok fizikal dan alatan ganti.

 Me1alui kepelbagaian tawaran perkhidmatan dan produk yang ditawarkan,


XYZ mampu memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan dl masa hadapan.
XYZ juga mampu menjadi pembekal utama di kawasan tersebut.

9. Pemasaran

Perkhidmatan dan harga yang ditawarkan

Senaraikan perkhidmatan yang ditawarkan dan harga.

Contoh:-

PERKHIDMATAN HARGA (RM) TEMPOH


PENYIAPAN

Kumpulan Sasaran

 Nyatakan kumpulan sasaran dan pelanggan yang berpotensi;


 Berikan pecahan mengikut kategori jantina, umur, kumpulan pendapatan dan
sebagainya.

Kawasan Pasaran

6
Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

Namakan taman perumahan, kompleks pejabat, kawasan perindustrian, sekolah, pejabat dan
sebagainya di kawasan sekitar premis

Saiz pasaran

Saiz pasaran ditentukan berdasarkan kumpulan sasaran yang berada di kawasan pasaran yang
telah dikenal pasti. Berikan anggaran saiz pasaran secara umum kerana saiz pasaran sebenar
agak sukar didapati tanpa melalui proses kajian pasaran yang menyeluruh. Bagaimanapun,
saiz pasaran perlu ditentukan dan dianggarkan bagi memudahkan membuat anggaran jualan.

Analisis pesaing

Senaraikan pesaing di kawasan pasaran. Buat analisis Kekuatan dan Kelemahan (Analisis
SWOT) untuk setiap pesaing.

Contoh:-

NAMA PERNIAGAAN & KEKUATAN KELEMAHAN


ALAMAT

Syer pasaran

Dikira berdasarkan pecahan peratus syer pesaing sedia ada dan peratus syer yang akan
diperolehi oleh perniagaan apabila memasuki pasaran.

Anggaran jualan / pendapatan tahun pertama

Dikira berdasarkan asas perniagaan pendapatan.

Strategi pemasaran

Promosi

Nyatakan promosi dan strategi pemasaran yang dilakukan.

Contoh:-
Di antara strategi promosi XYZ bagi menawarkan dan memperkenalkan
perkhidmatan ialah:
 Mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan;
 Memberikan profil perniagaan kepada bakal-bakal pelanggan;

7
Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

 Mengedarkan pamphlet dan ‘brochure’ secara berkala;


 Memberikan perkhidmatan yang lebih cekap, pantas dan tepat.

Lokasi

Nyatakan kelebihan lokasi perniagaan.

Contoh:-
Lokasi perniagaan Syarikat XYZ yang terletak di tepi jalan utama,
merupakan lokasi yang strategik untuk perniagaan yang dijalankan.

Harga

Nyatakan justifikasi penetapan harga bagi perkhidmatan yang ditawarkan.

Contoh:-
Penetapan harga bagi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh
Syarikat XYZ adalah berpatutan, kompetitif dan mengikut kadar pasaran
semasa.

Produk

Nyatakan kelebihan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Contoh:-
Produk yang ditawarkan kepada pelanggan adalah berkualiti dan setimpal
dengan harga yang ditawarkan. Perniagaan yang dijalankan adalah
mengikut perubahan teknolegi terkini dan kehendak pelanggan agar produk
dan perkhidmatan yang dijalankan sentiasa kekal kompetitif dan diterima
pelanggan.

Perhubungan pelanggan

Nyatakan strategi perhubungan pelanggan yang diberikan oleh syarikat.

Kos pemasaran

Nyatakan kos yang terlibat dengan aktiviti pemasaran yang dijalankan (jika ada).

Senarai kerja-kerja yang pernah dilaksanakan

Jika pernah melaksanakan kerja sebelum ini, sila nyatakan secara ringkas kerja-kerja yang
pernah dilaksanakan.

8
Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

Contoh:-

BIL KERJA-KERJA YANG PERNAH TEMPOH NILAI


DILAKSANAKAN (RM)

10. Rancangan Teknikal / Perkhidmatan

Lokasi premis

Nyatakan kedudukan lokasi premis, nama jalan utama, nama bangunan dan sebagainya.

Maklumat premis perniagaan

Nyatakan :
a. Alamat;
b. Bentuk binaan
c. Keluasan
d. Pemilik premis;
e. Tempoh sewaan;
f. Nilai sewaan bulanan;
g. Salinan perjanjian sewa.

Kemudahan asas

Nyatakan kemudahan asas yang terdapat di sekitar lokasi premis perniagaan.

Contoh:-
Premis XYZ memiliki segala kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan
telefon. Premis perniagaan kami terletak di tepi jalan utama ............. dan merupakan
kawasan komersil baru di Bandar ............... . Pejabat kami juga mempunyai ruang
kerja dan pameran yang luas dan dapat memberi keselesaan kepada para pelanggan
yang datang berkunjung.

Harta tetap dan peralatan yang dimiliki

9
Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

Harta tetap dan peralatan yang dimiliki perlu dinyatakan bagi memberi pandangan jelas
tentang kedudukan perniagaan yang dijalankan.

Contoh:-
Perniagaan ini telah dijalankan secara kecil-kecilan oleh pemilik ketika mula-mula
ditubuhkan. XYZ memiliki beberapa buah mesin dan peralatan yang dibeli secara
berperingkat-peringkat mengikut kemampuan perniagaan ketika itu. Aset tetap dan
kelengkapan yang dimiliki oleh XYZ adalah seperti jadual berikut:

BIL PERKARA TAHUN UNIT NILAI (RM) JUMLAH


DIBELI (RM)

JUMLAH

Harta tetap dan kelengkapan yang diperlukan

Kaitkan justifikasi permohonan pinjaman dengan peralatan yang telah dimiliki dan yang
masih diperlukan.

Contoh:-
Melalui pembiayaan kewangan yang dipohon ini, XYZ akan membeli beberapa lagi
aset dan kelengkapan tambahan yang diperlukan oleh syarikat kami seperti jadual di
bawah :

BIL PERKARA NILAI (RM) JUMLAH (RM)

JUMLAH

Stok barangan tambahan yang diperlukan

Nyatakan juga stok untuk barangan tambahan yang diperlukan.

Contoh:-
Di samping harta tetap dan kelengkapan bengkel yang diperlukan, pembiayaan
kewangan ini juga akan digunakan untuk membeli stok bekalan tambahan. Anggaran
keperluan bekalan tersebut adalah seperti berikut :

BIL PERKARA UNIT NILAI (RM) JUMLAH


(RM)

10
Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

JUMLAH

Senarai pembekal barang niaga

Setiap syarikat perlu ada senarai pembekal yang digunakan bagi mendapatkan bekalan
barangan bagi kerja-kerja yang dijalankan. Sekiranya syarikat masih baru ditubuhkan,
buat kaji selidik pembekal-pembekal yang boleh digunakan dengan harga yang
berpatutan.

Contoh:-
Bekalan barangan yang diperolehi oleh XYZ adalah daripada pembekal-pembekal
yang biasa berurus niaga dengan XYZ. Di antara pembekal yang membekalkan
barangan keperluan XYZ adalah seperti jadual di bawah :

BIL NAMA & ALAMAT JENIS BEKALAN CARA


PEMBAYARAN

Anggaran belian

Buatkan anggaran belian bagi kerja-kerja yang biasa dilakukan oleh syarikat.

Contoh:-
Anggaran yang disediakan di bawah adalah meliputi bahan-bahan yang biasa
digunakan untuk kerja-kerja mekanikal dan elektrikal.

BULAN TAHUN 1 (RM)


April
Mei
Jun
Julai
September
Oktober
November
Disember
Januari
Februari
Mac
JUMLAH

11
Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

Strategi perkhidmatan

Selain strategi pemasaran, nyatakan strategi perkhidmatan yang diatur oleh syarikat.

Contoh:-
XYZ telah mengatur strategi perkhidmatan yang kuat bagi mendapatkan pulangan
yang tinggi untuk kerja-kerja yang dilaksanakan, di samping meningkat tahap
perkhidmatan seperti berikut:

a) Menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti dan menangani segala masalah


dan rungutan pelanggan dengan segera;
b) Menerima kerja mengikut keupayaan dan kemampuan sahaja agar dapat
mengekalkan kualiti kerja;
c) Sentiasa berbincang dan memberikan khidmat nasihat yang terbaik kepada
pelanggan agar mereka sentiasa berpuas had terhadap perkhidmatan yang
diberikan secara keseluruhan, dan tidak bergantung kepada mutu kerja
sahaja.

Lain-lain maklumat yang difikirkan perlu

Perkara-perkara lain juga perlu dititikberatkan dan sekiranya difikirkan perlu, boleh
dimasukkan sekali ke dalam Kertas Kerja yang disediakan. Di antara perkara yang boleh
dinyatakan adalah :

i. Susunatur kedai;
ii. Aliran proses kerja;
iii. Kos tenaga kerja perkhidmatan / pengeluaran;
iv. Anggaran penggunaan bahan mentah sebulan (bagi sektor pengeluaran);
v. Contoh pengiraan kos (untuk satu projek).

11. Rancangan Pengurusan

Struktur organisasi

Sturktur organisasi yang ringkas dan jelas adalah penting bagi menggambarkan keseluruhan
struktur pengurusan syarikat.

Contoh:-
Struktur organisasi XYZ adalah merangkumi keseluruhan aspek pengurusan yang dibentuk
sebagai satu entiti perniagaan. Secara keseluruhan, struktur organisasi XYZ adalah seperti
berikut :

12
Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

Nama Perniagaan

PENGURUS/PEMILIK
Nama

BAHAGIAN KEWANGAN &


BAHAGIAN PEMASARAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN & TEKNIKAL
PENTADBIRAN

KERANI PEKERJA

Fungsi dan tanggungjawab

Senaraikan fungsi dan tanggungjawab kakitangan syarikat.

Contoh:-

11.2.1 Pengurus / Pemilik


Pengurus terlibat di dalam segala aspek pengurusan perniagaan, tetapi lebih
kepada aspek pentadbiran dan kewangan perniagaan. Pengurus
bertanggungjawab di dalam membuat belian bekalan dan kawalan stok.
Pengurus juga bertanggungjawab mengetuai kerja-kerja yang dilaksanakan
oleh syarikat setiap masa. Pengurus akan merancang pemasaran syarikat dan
mencari peluang peluang perniagaan dalam pasaran, di samping memastikan
perkembangan perniagaan berjalan dengan lancar, mengikut jadual
perancangan.

11.2.2 Bahagian Pemasaran


Bahagian Pemasaran bertanggungjawab untuk memasarkan barangan dan
produk yang dihasilkan oleh syarikat. Di samping itu, Bahagian Pemasaran
juga bertanggungjawab mencari pasaran baru , terutama sekali pasaran
komersil yang berurusan dengan premis-premis perniagaan, bangunan dan
kawasan industri.

11.2.3 Bahagian Perkhidmatan dan Teknikal


Bahagian Perkhidmatan dan Teknikal akan terlibat dalam memberikan
perkhidmatan kepada pelanggan yang meliputi kerja-kerja membekal,
memasang dan mentauliahkan peralatan, serta membaiki dan memantau kerja-
kerja pemasangan dan sebagainya. Pada masa ini, Ketua Bahagian dibantu oleh
2 orang pekerja yang mengendalikan urusan kerja di bahagian ini. Bilangan
kakitangan akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan
seiring dengan perkembangan perniagaan di masa hadapan.

13
Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

Gaji dan ganjaran

Nyatakan gaji yang diterima oleh pekerja dan justifikasi setiap pekerja mendapat gaji
yang diberikan kepada mereka.

Contoh:-
Syarikat XYZ memberikan pakej gaji yang berpatutan kepada kakitangannya. Gaji dan
ganjaran kakitangan bulanan kakitangan adalah seperti jadual di bawah :

BIL JAWATAN GAJI ELAUN KWSP PERKES JUMLAH


(RM) (RM) (RM) O (RM)
1 Pengurus
2 Penyelia
3 Pekerja # 1
4 Pekerja # 2
5 Pekerja # 3
JUMLAH

Perbelanjaan pengurusan

Anggarkan perbelanjaan pengurusan bulanan dengan mengambil kira peningkatan


kapasiti perniagaan yang disasarkan.

Contoh:-
Berikut adalah anggaran perbelanjaan pengurusan bulanan bagi Syarikat XYZ
mengikut pelan peningkatan kapasiti perniagaan :

BIL JENIS PERBELANJAAN JUMLAH (RM)


1 Gaji & Elaun Pengurus
2 Gaji & Elaun Pekerja
3 KWSP & PERKESO
4 Sewa Lot Perniagaan
5 Air & Elektrik
6 Telefon & Faks
7 Alatulis & Belanja Pejabat
8 Perjalanan & Pengangkutan
9 Tol & Parking
10 Senggaraan Kedai & Mesin
11 Keraian & Promosi
12 Belanja Pelbagai & Kontigensi
JUMLAH

Strategi pengurusan

Nyatakan kaedah pengurusn perniagaan yang dilaksanakan oleh syarikat.

Contoh:-

14
Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

Pengurusan perniagaan dan kakitangan yang baik dan sistematik adalah kaedah yang
penting di dalam usaha memajukan sesuatu perniagaan. XYZ telah mengatur beberapa
strategi pengurusan seperti berikut :
 Menerapkan semangat kerja berpasukan (team-work) di antara semua
kakitangan tanpa mengira jawatan dan bahagian, demi kepentingan bersama;
 Memberi bimbingan dan motivasi kepada kakitangan supaya dapat menunjukkan
prestasi kerja yang baik serta bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan;
 Setiap kakitangan, samada pekerja bawahan atau pengurusan sentiasa
berbincang dan memberi pendapat serta cadangan tentang pelaksanaan yang
terbaik untuk menghasilkan kerja yang sistematik dan produktif.

12. Aspek Kewangan

Kos pelaburan projek

Anggarkan kos pelaburan projek dengan mengambil kira peningkatan kapasiti perniagaan
yang disasarkan.

Contoh:-
Berdasarkan kapasiti perniagaan yang dirancang, XYZ telah mengganggarkan
kos pelaburan projek seperti jadual berikut :

BIL PERKARA/KETERANGAN UNIT HARGA / JUMLAH


UNIT (RM) (RM)
1) BELANJA PERMULAAN
Deposit Sewa Kedai
Deposit Utiliti
Daftar Perniagaan
Lesen Majlis Perbandaran
Dokumentasi & Guaman
Latihan & Kursus
Majlis Pelancaran
BIL PERKARA/KETERANGAN UNIT HARGA / JUMLAH
UNIT (RM) (RM)
2) PEMBELIAN ASET TETAP
Ubahsuai kedai & rak
Penghawa Dingin
Komputer
Mesin # 1
Mesin # 2
Mesin # 3

3) BELANJA OPERASI
Gaji & Elaun Pengurus
Gaji & Elaun Pekerja
KWSP & PERKESO
Sewa Lot Perniagaan
Air & Elektrik
Telefon & Faks
Alatulis & Belanja Pejabat
Perjalanan & Pengangkutan
Tol & Parking

15
Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

Senggaraan Kedai & Mesin


Keraian & Promosi
Belanja Pelbagai & Kontigensi
Stok Permulaan

JUMLAH KOS PELABURAN PROJEK

Sumber pembiayaan projek

Daripada jumlah kos pelaburan projek, asingkan kos yang akan dibiayai oleh syarikat dan
kos di bawah pembiayaan yang dipohon.

Contoh:-
Daripada jumlah kos pelaburan projek di atas, pecahan sumber projek yang telah
dirancang adalah seperti berikut:-

BI PERKARA/KETERANGAN JUMLA MODAL PEMBIAYAA SKIM


L H (RM) SENDIRI N SEWAAN
MESIN
(SSM)
1) BELANJA PERMULAAN
Deposit Sewa Kedai
Deposit Utiliti
Daftar Perniagaan
Lesen Majlis Perbandaran
Dokumentasi & Guaman
Latihan & Kursus
Majlis Pelancaran

BI PERKARA/KETERANGAN JUMLA MODAL PEMBIAYAA SKIM


L H (RM) SENDIRI N SEWAAN
MESIN
(SSM)
2) PEMBELIAN ASET TETAP
Ubahsuai kedai & rak
Penghawa Dingin
Komputer
Mesin # 1
Mesin # 2
Mesin # 3

3) BELANJA OPERASI
Gaji & Elaun Pengurus
Gaji & Elaun Pekerja
KWSP & PERKESO
Sewa Lot Perniagaan
Air & Elektrik

16
Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

Telefon & Faks


Alatulis & Belanja Pejabat
Perjalanan & Pengangkutan
Tol & Parking
Senggaraan Kedai & Mesin
Keraian & Promosi
Belanja Pelbagai &
Kontigensi
Stok Permulaan

JUMLAH KOS PELABURAN


PROJEK

Sumber kewangan yang diperlukan akan dibiayai sendiri sebanyak RM???


manakala baki sebanyak RM??? akan diperolehi daripada pihak MARA
melalui pembiayaan ini.

Anggaran aliran wang tunai

Nyatakan anggaran aliran wang tunai sebelum dan selepas pembiayan :

a) Sebelum pembiayaan (Bhgn A) dan selepas pembiayaan (Bhgn B) - 3 tahun pertama


sahaja;

b) Andaian-andaian kepada anggaran aliran tunai.

Contoh andaian :
 Pembiayaan ini diperolehi terlebih dahulu sebelum kapasiti operasi
dapat ditingkatkan.
 Anggaran aliran tunai dan prestasi kewangan disediakan selama 3
tahun selepas pembiayaan.
 Anggaran kutipan jualan yang dibuat adalah melalui jualan dibuat
secara tunai (50%) dan jualan melalui kemudahan kredit (50%).
 Belian daripada pembekal dibuat secara tunai atau bayaran tertunda
kurang 1 bulan.
 Kos kendalian dan pengurusan meningkat pada purata lebih kurang
5% setahun.

Penyata kewangan

Sediakan penyata kewangan seperti berikut :

a) Anggaran penyata pendapatan - 3 tahun selepas pembiayaan;

b) Penyediaan anggaran penyata pendapatan mengambil kira susutnilai aset melalui kaedah
garis lurus mengikut peratus susutnilai seperti berikut :

 Kelengkapan pejabat - 15%;


 Komputer dan pencetak - 50%
 Rak dan almari - 15%

17
Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

 Pendawaian dan ubahsuai - 10%

Anggaran kunci kira-kira

Anggaran kunci kira-kira perlu disediakan bagi memperlihatkan kedudukan aset, liabiliti dan
ekuiti pemilik di setiap hujung tahun anggaran yang disediakan.

13. Justifikasi Dan Penutup

Berikan justifikasi terhadap cadangan dan kertas kerja dan disediakan.

Contoh:-

Berdasarkan kepada perancangan dan unjuran pendapatan yang telah dibentangkan, XYZ
amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi adalah suatu perniagaan yang
menguntungkan dan dapat membawa pulangan yang lumayan.

Unjuran-unjuran yang dibuat untuk tahun pertama operasi selepas mendapat pembiayaan
adalah konservatif kerana mengambil kira faktor perniagaan yang masih di peringkat awal
pemasaran untuk dibekalkan kepada pelanggan.

XYZ telah membuat kajian dan perancangan yang sistematik bagi membolehkan perniagaan
berjalan dengan lancar. Oleh yang demikian, XYZ amat optimis bahawa perniagaan
berdaya maju dan mampu berkembang dengan lebih pesat di masa hadapan.

Adalah diharap semoga permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak
MARA kerana melalui cara ini sahaja perniagaan ini dapat dikembangkan. XYZ amat
berharap agar diberikan peluang untuk turut sama menjadi sebahagian daripada
Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang berjaya di Malaysia.

14. Senarai Lampiran

Salinan Kad Pengenalan;

Salinan laporan kewangan beraudit;

Salinan penyata akaun untuk 6 bulan terakhir;

Salinan daftasr perniagaan dan borang-borang berkanun;

Salinan perjanjian sewa premis;

18
Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

Gambar-gambar berkaitan – jika perlu;

Segala jadual dan maklumat anggaran kewangan.

19

You might also like