You are on page 1of 8

Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:

1.

“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ).
Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”
2.

“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya
aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.
3.

“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:


4.

“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”

Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,


Kemudian pula :
5.

“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara
keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke
dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang
mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.
Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:
6.

Maha Suci Allah


7.

Aku Pohon ampun kepada Allah

Sentiasa membaca doa ini :


8‫من الرَّ ِحي ِْم‬ ِ ‫ ِبسْ ِم‬.
ِ ْ‫هللا الرَّ ح‬
‫ص َم ِد مِنْ َشرِّ ُك ِّل ذِى حَ َس ٍد‬ َ ‫أُعِ ي ُْذهُ ِب‬
َّ ‫الوا ِح ِد ال‬
Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala
kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu

9.Surah Al-Ansyiqaq

Surah ini, seorang ustaz menyarankan mak cu membacanya. Mak cu rbanyakan bacaan surah ini
serta berdoa, lebih-lebih lagi bila dah dekat tarikh jangkaan bersalin. Syukur Alhamdulillah, mak cu
bersalin lebih mudah, cepat dan kesakitan semasa nak bersalin pun kurang, walaupun berat Adda
semasa lahir 4.1kg. Semasa mengandungkan Haziq, mak cu memperbanyakan lagi bacaan surah ini
serta jangan lupa berdoa semasa mengandungkan Adda. Alhamdulillah lagi mudah, lagi cepat dan lagi
kurang sakitya.

10.Sentiasa membaca surah Maryam.

11.Surah An-Nahl: ayat 78-80


[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui
sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal
fikiran); supaya kamu bersyukur.

Selusuh
Kebiasaannya, orang-orang tua akan menyuruh anak mereka meminta air selusuh daripada orang
tertentu bagi memudahkan bersalin.
Namun begitu, tidak ramai yang percaya akan keberkesanan air selusuh. Nasihat saya, jika tidak
percaya tidak perlu minta sebab ia tidak akan berkesan sedikit pun bahkan akan menambahkan sakit,
sakit hati tentunya.
Bagi yang meyakini air selusuh sebagai salah satu usaha pula perlulah mengambil berat penerangan
yang diberikan mengenai cara penggunaan selusuh ini.
Sebenarnya selusuh bukan sahaja berperanan memudahkan bersalin malahan sebenarnya boleh
digunakan untuk membetulkan kedudukan bayi songsang tetapi dengan kaedah yang berlainan.
Salah faham yang berlaku dalam masyarakat kita, perubatan Islam ini adalah pilihan terakhir selepas
semuanya perlu diubah. Saya sendiri tidak akan membenarkan isteri saya dibedah kerana kedudukan
anak yang songsang sebelum mencuba perubatan Islam, berdoa bersungguh-sungguh kepada AlLah.
Pernah berlaku~kisah benar~ seorang ini, anak dalam kandungan isteri dia songsang, dia meminta air
selusuh daripada individu tertentu agar dimudahkan bersalin tanpa perlu dibedah kerana doktor
menyarankan agar isterinya dibedah.
Ketika melahirkan anak, doktor tersebut terkejut kerana isteri lelaki tersebut tidak perlu dibedah dan
melahirkan anak dengan mudah, seolahnya tidak ada masalah sebelum ini.
Doktor tersebut berjumpa dengan si suami, meminta air selusuh yang berbaki kerana isteri doktor itu
menghadapi masalah yang sama;bakal dibedah.
Tidak lama selepas itu, doktor tersebut mengirimkan hadiah kepada yang membuat air selusuh
tersebut kerana isterinya yang sepatutnya dibedah dapat melahirkan anak secara normal.
Apa yang penting??? Bukan kerjasama yang penting di sini, tetapi keyakinan bahawa ALLAh mampu
melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya.
Memudahkan bersalin

Waalaikummussalam wbk. dan Assalammualaikum wbk. kembali

Dengan izin moderator budiman. Puan jangan panggil saya Ustaz kerana saya bukan Ustaz.
Saya cuma seorang hamba Allah yang cuba untuk senantiasa bertaqarrub kepada Allah swt.
dengan melaksanakan solat lima waktu, sedekah, puasa, amalan-amalan kebajikan, zikir,
amar ma’ruf nahi munkar dan lain-lainnya.

Cuba Puan membanyakkan membaca al-Quran. Antara ayat-ayat al-Quran dan surah yang
elok dibaca ketika hamil ialah surah Al-Fatihah, surah Yasin, surah At-Taubah, surah Yusuf,
surah Luqman, surah an-Nahl ayat 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Dengan membaca surah
dan ayat ini selain daripada ibadah ia juga dapt memudahkan Puan bersalin, mendapat
anak yang sihat, sempurna dan soleh.

Selain daripada itu, Puan digalakkan banyak mengingati Allah swt. dengan memohon
ampun dan taubat. Dengan amalan ini Allah swt. akan mengampunkan segala dosa yang
telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang
tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat
bersalin dengan tenang dan selamat.

[An-Nahl 78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak
mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan
serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur
[Al-A'raf 189] Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu,
dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang
hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya,
mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu
(ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah
suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):" Sesungguhnya jika Engkau
(wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-
orang yang bersyukur"

Selamat Melahirkan Cahaya Mata!


PETUA MEMUDAHKAN BERSALIN/MENGURANGKAN SAKIT BERSALIN:-

1. Dua minggu sebelum due tu, cuba amalkan makan telur separuh masak untuk
memberi tenaga.
2. Bila dah start sakit nak bersalin, telan sebiji telur mentah.
3. Selain telur mentah, masa dah rasa sakit tu, minum milo atau susu yang dibancuh
dengan planta. Mengikut kata mereka, untuk bagi laluan cepat terbukak. Sebelum
minum, baca selawat nabi (3x @ 7x), surah al-fatihah sekali, then baca doa nabi
yunus (3x@7x) yang berbunyi “La ilahailla anta subhanaka inni kuntum
minadzzolimiin”
4. Boleh jugak rebus epal hijau pastu makan masa tengah sakit tu.
5. Semasa mengandung, jaga tatasusila dengan suami n orang-orang sekeliling kita.
6. Minta maaf ngan suami, ibu bapa, ibu bapa mertua n sume orang masa dah dekat nak
bersalin tu.
7. Amalkan baca surah Maryam, yang ni memang telah disebut dalam Al-Quran.
8. Masa dalam labour room tu, banyakkan baca doa nabi Yunus berulang-ulang kali
beserta “Ya Fattah” banyak-banyak kali gak supaya laluan bayi cepat terbuka n
kurangkan sakit.
9. Minum air selusuh (better air yang telah dibacakan oleh hubby sendiri dengan ayat-
ayat tertentu) masa laluan dah terbuka.
10. Banyakkan minum air kelapa pada hujung-hujung nak bersalin tu. Amalkan juga
makan kurma dalam bilangan ganjil (3@7 biji).
11. Banyakkan berjalan..gi shopping ke, jalan-jalan kat taman ke or jalan-jalan dalam
umah pun boleh..asalkan banyak berjalan n jangan malas-malas, nanti susah nak
deliver.
12. Amalkan makan sayur bendi..kalo boleh, hari-hari la..
13. Untuk senaman pulak, masa kat bilik air duduk mencangkung dengan tangan
menahan kat dinding then cuba berdiri perlahan-lahan. Buat banyak-banyak kali tapi
janganla laju-laju sangat. Senaman ni boleh dibuat apabila usia kandungan tu dah
mencecah 38 weeks ke atas la..
14. Selain tu, duduk macam bersila pastu temukan kedua-dua tapak kaki, pegang jari-jari
kaki tu, tolakkan kedua-dua tapak kaki  ke arah vagina kita.
15. Masa meneran dalam labour room tu, baring sambil kaki/betis rapat ke peha dengan
tangan memegang buku lali untuk elakkan “dot dot” koyak atau koyak banyak.
16. Amalan menyapu minyak zaitun di sekeliling lubang faraj boleh melembutkan
bahagian tersebut, so takdelah mudah koyak semasa melahirkan. Amalkan semasa
bulan terakhir nak bersalin.
17. Petua dr fadzilah kamsah; isteri kena rajin main-main ngan janggut suami. Main-
main camne tu tak pastila plak..urut-urutla kot..
18. Masa tengah sakit tu, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila
sakit makin kuat, tarik nafas dan lepaskan pun cepat-cepat.
19. Amalkan baca surah Al-Insyiqaq ayat 1-4.
20. Masa dah dekat nak due, baca surah Abasa ayat 20 banyak-banyak.
21. Amalkan baca surah An-Nahl ayat 78.
22. Baca doa “Rabbi Yassir Wa La Tuassir Rabbi Tammim Bilqoir”.
23. Baca “Hanatun waladat maryam, maryam waladat isa, ukhruj ayyuhal maulud
biquatil maqbud, la haulawala quata illa billa hil ‘ali’ul adzim”.
24. Amalkan jugak baca “Ya Khaliq, Ya Bari’, Ya Musawwir” sebanyak 21x then hembus
ke dalam segelas air. Amalkan minum masa berbuka posa (kalo posa la..kalo xposa,
leh digunapakai ngan cara tersendiri).
Erm, takat ni je la petua-petua yang dapat aku kumpul untuk amalan bersama. Petua-petua
ni sekadar ikhtiar je, yang penting bertawakkal n berserah kat Allah s.w.t. Senang susah nak
bersalin ni ketentuanNya..kalo senang tu, dah kira rezeki memasingla kan..Aku harap petua-
petua ni dapat membantu ibu-ibu muda (muda ke? muda la..lom masuk 26 pun lagi..huhu~)
cam aku ni n of coz takde pengalaman (^_^)

You might also like