P. 1
Rekod anekdot

Rekod anekdot

|Views: 2,386|Likes:
Published by SyuHada SaKeri

More info:

Published by: SyuHada SaKeri on May 25, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/08/2013

pdf

text

original

Rekod anekdot Rekod anekdot adalah penulisan yang ringkas, tepat dan padat mengenai peristiwa dan perubahan

yang signifikan yang berlaku pada seseorang murid. Guru boleh menerangkan peristiwa tingkah laku atau insiden dengan perkataan atau gambar.Oleh itu, guru perlu sediakan buku kecil atau helaian kertas yang diletakkan ditempat yang mudah dicapai. Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot adalah nama kanak-kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku. Ulasan guru dan tindakan guru. Guru dapat mengambil tindakan susulan yang sesuai bagi membantu murid itu. Kegunaan rekod anekdot: Bagi merekod tingkah laku kanak-kanak yang khusus bagi tujuan perancangan aktiviti individu dan bagi kes konferensi. Kebaikan rekod anekdot: ‡ Pemerhati tidak memerlukan sebarang latihan bagi membuat rekod ini.‡ Pemerhatian ini terbuka(tiada penutup. Pemerhati mencatatkan apa sahaja yang beliau dapat saksikan dan t idak terhad kepada sejenis tingkah laku ataupun catatan.‡ Pemerhati boleh mencatat apa sahaja kejadian yang tidak diduga tidak kira dimana ia berlaku kerana pemerhati hanya perlu mencatatkannya kemudian.‡ Pemerhati hanya perlu mencatat tingkah laku yang diperlukan sahaja dan melupakan perkara atau tingkah laku lain Keburukan rekod anekdot: ‡ Rekod ini tidak memberi gambaran yang lengkap kerana ia hanya merekodkankejadian yang diperlukan oleh pemerhati sahaja.‡ Ketetapan rekod ini sangat bergantung pada ingatan pemerhati kerana rekod inidibuat selepas kejadian itu berlaku. Selalunya catatan atau rekod adalah kurangmendalam.‡ Kejadian mungkin berlaku diluar konteks dan ini menyebabkan interpretasi kurangtepat ataupun digunakan secara berat sebelah.‡ Sukar direkod atau dianalisis dan tidak sesuai digunakan dalam kajian saintifik

Model µtop-down¶ Model ini merujuk kepada pandangan oleh Goodman (1967) yang menyatakan pembaca membawa bersama mereka pengetahuan, jangkaan, andaian dan soalan pada teks dan memberikan pemahaman yang asas berhubung dengan perbendaharaan kata. Mereka membaca sehinggalah jangkaannya diperakukan. Model ini mencadangkan pemprosesan teks bermula dalam minda pembaca. Menurut perspektif ini, pembaca mengenal pasti huruf dan perkataan hanya bagi memastikan andaian yang dibuat ke atas isi kandungan teks itu wujud. Pengkaji bersetuju pemahaman adalah asas bagi kemahiran mengekodkan grafikyang terdapat dalam teks. Makna dibawa ke dalam teks dan bukannya berpunca daripada cetakan teks itu. Model ini menghuraikan beberapa perkara penting sebagi panduan. Antaranya ialah : a) Model ini menegaskan perkara atau makna yang pembaca bawa pada teks yang dibaca. b) Menyatakan pembaca membaca teks dengan dipandu oleh makna. c) Timbul daripada aspek keseluruhan teks pada bahagian-bahagian yang akhirnya mewujudkan makna. d) Dikenali juga sebagai model µDalam ke Luar¶, µBerpandukan Konsep¶ atau µKeseluruhan ke Bahagian¶. Frank Smith merumuskan terdapat beberapa ciri yang berkaitan dengan model membaca ini iaitu : a) Membaca bukan hanya mengekodkan bahasa tulisan pada bahasa lisan b) Membaca tidak melibatkan memproses setiap huruf dan setiap kata. c) Membaca adalah proses membawa makna dalam teks dan bukannya mengeluarkan makna daripada teks bacaan

Matlamat model membaca ini mementingkan pembinaan makna bagi memberikan tindak balas daripada teks. Ini memerlukan penggunaan pembacaan secara interaktif dengan menggunakan grafemik, sintaksis dan isyarat semantik bagi membina makna. Selain daripada itu, model ini menganjurkan aktiviti membaca bersifat interaktif iaitu seseorang yang menggunakan teks yang dicetak sebagai input dan makna sebagai hasil. Di samping itu, pembaca juga menetapkan input semasa berinteraksi dengan teks

Jenis Pemerhatian Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai/diperhati , iaitu:y Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan(judgement) y Memerhati apa yang telah dirancang secara ³open ended´ y Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang Strategi Pelaksanaan Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan menggunakan strategi dan cara serta kriteria terentu. t Antaranya ialah y y y y y Fungsi dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif pemerhatian tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan

1. Penilaian melalui pemerhatian : y digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran y dibuat oleh pelajar (individu /kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran y dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan sepert projek i 2. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/pelajar merancang tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya seperti y y y menjalankan aktiviti pemulihan/pengukuhan meningkatkan motivasi pelajar mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai dengan minat dan keupayaan serta prestasi pelajar

3. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat refleksi terhadap keberkesanan peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudahcara, pendidik dan mentor. 4. Pemerhatian yang terancang membantu guru : y Mengetahui sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran dan apakah yang mendorong/menolak minat tersebut y Mengesan sama ada strategi pengajaran guru memberi kesan yang positif y Mengesan kemampuan atau tahap pemikiran pelajar y Mengesan tahap penguasaan bahasa pelajar y Menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancangan y Mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap pelajar terhadap pelajaran , rakan sebaya dan terhadap diri sendiri

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->