You are on page 1of 12

Senarai Kandungan

Tajuk halaman
Objektif Projek
Saya bersyukur kerana dapat menjalankan projek
sivik. Berikut ialah objektif projek saya.

i) Mengenal pasti sumbangan-sumbangan yang


dilakukan oleh pemimpin di negara kita

ii) Menerangkan sumbangan-sumbangan yang


dilakukan oleh pemimpin di negara kita

iii) Memahami cara pemimpin melakukan sumbangan


terhadap negara
Penghargaan
Kami dari kelas 47 ingin merakamkan ribuan
terima kasih kepada orang yang telah menolong
kami semasa menghadapi kesusahan dalam
menyiapkan folio sivik ini.

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima


kasih kepada keluarga kami yang banyak memberi
nasihat dan pertolongan.

Selain itu, kami hendak berterima kasih kepada


guru sivik kami, En. Lee. Dia telah member panduan
kepada kami semasa membuat folio ini.

Akhirnya, kami amat bersyukur kerana


mempunyai kawan-kawan yang sanggup membantu
kami tanpa memikirkan untungan.

Laporan disediakan oleh,

Ng Kian Hau
Sumbangan Pemimpin

Dr Mahathir

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama
penanya Che Det dilahirkan pada 20 Disember 1925, di Kedah. Beliau
merupakan anak bongsu daripada 9 adik-beradik, keluarga Mohamed Iskandar
dan Wan Tempawan Wan Hanapi. Ayahnya, Mohamad Iskandar, adalah
berbangsa India, anak kepada seorang Malayalee Muslim (yang berasal dari
[Kerala], India) dan ibunya berbangsa Melayu. Beliau mendapat pendidikan
awal di sekolah laki-laki melayu di seberang Perak, Alor Setar untuk tempoh 2
tahun sebelum menyambung di sekolah kerajaan beraliran Inggeris di Alor
Setar iaitu di Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau adalah Perdana Menteri
Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981
sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan
yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat
Malaysia.

Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan


kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui peningkatan
golongan miskin menjadi golongan pertengahan orang Melayu begitu ketara.
Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang
autokratik dan tidak dapat lari dituduh bersifat kronisme seperti
pemerintah-pemerintah lain di dunia.

Beliau juga merupakan seorang tokoh politik penting antarabangsa yang suka
berterus-terang dan disifatkan kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur
gagah nilai-nilai Asia — kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri —
sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme
dasar berkecuali (laissez-faire).

Dr Mahathir telah bertanggungjawab dengan apa yang dipanggil pembangunan


projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City
Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia
Super Coridor/MSC), yang akhirnya menjadi lambang kemegahan rakyat dan
diterima ramai.

Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa


Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia
sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Seperti dijangka
pada Oct 2003, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang
tertinggi di Malaysia atas jasanya yang teramat besar pada nusa dan bangsa.
Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau
merupakan pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di
Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.

Pada tahun-tahun awal pentadbirannya, Dr Mahathir telah melancarkan Dasar


Pandang ke
Timur, di mana kerajaan berpaling kepada negara-negara Timur yang maju
seperti Jepun dan
Korean Selatan untuk tujuan usaha sama, perdagangan, pendidikan tinggi dan
aspek-aspek
lain yang difikirkan bersesuian. Lebih kurang pada masa yang sama, Dr
Mahathir
memperkanalkan kempen ³Bersih, Cekap, Amanah´ yang bertujuan
meningkatkan
produktiviti dan menanamkan etika kerja serta usaha kea rah kecemerlangan.
Menyusul
selepas itu ialah kempen ³Kepimpinan Melalaui Teladan´ yang berhasrat
memupuk sifat-sifat
kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi dan diamalkan oleh segenap lapisan
kakitangan
Kerajaan. Barangkali, sumbangan Dr Mahathir yang paling signifikan ialah idea
dan
inisiatifnya dalam membawa Malaysia dari sebuah ekonomi berasakan
pertanian kepada yang
berasakan industry, pada pertengahan 1980an. Berikutan langkah berani
dalam percubaan
menyaingi nengara-negara maju (seperti terbukti dengan penubuhan HICOM
dan
pengeluaran kereta nasional pertama, Proton Saga pada tahun 1985 ), Dr
Mahathir
memperkenalkan pula slogan ³ Malaysia Boleh ³- yang pada hakikatnya bukan
sekadar
slogan kosong yang telah memungkinkan ramai rakyat Malaysia mencapai
kejayaan di
peringkat antarabangsa.

Pada 1990 Dr Mahathir melancarkan Wawasan 2020 pelan Sembilan cabaran


yang
menggariskan hasrat dan halatuju kerajaan dan rakyat Malaysia iaitu
mencapai taraf Negara
menjelang 2020. Taraf Negara maju yang dibayangkan Dr Mahathir bukanlah
yang meniru
cara hidup di negara-negara maju yang ada ketika ini, tetapi yang
berlandaskan moral dan
nilai-nilai murni mengikut acuan Malaysia sendiri. Pada 1996 Dr Mahatir
memacu Malaysia
setapak lagi meninggalkan era ekonomi pertanian mundur, kali ini kea rah
Zaman Maklumat,
dengan melancarkan Koridor Raya Multimedia(MSC). Ekonomi berasaskan
pengetahuan
yang dirangsangkan oleh pembinaan MSC adalah peringkat ketiga peralihan
ekonomi
Malaysia- yang akan membawa negara ke taraf negara maju menjelang 2020.
Antara lainnya,
projek MSC merangkumi aplikasi-aplikasi seperti kerajaan elektronik, tele-
perubatan, dan kad pintar serbaguna.

Di satu hujung MSC terletak Lapanganterbang Antarabangsa Kuala Lumpur


manakala di satu
hujung lagi adalah KLCC, pembangunan gergasi yang menampilkan bangunan
pejabat
tertinggi di dunia, Menara Berkembar Petronas. Juga terletak di sepanjang
koridor ini adalah
pusat penyelidikan dan pembangunan berteknologi tinggi, dan Putrajaya,
bandar pintar
pertama di dunia yang kini menjadi pusat pentadbiran Malaysia.Kesemua
projek berbilion-
ringgit ini, dan juga projek kereta nasional pertama Malaysia sera projek-
projek mewah yang
lain seperti Menara Kuala Lumpur, Jambatan Pulau Pinang dan banyak lagi
projek-projek
bertaraf dunia, kerap menghadapi kritikan sewaktu ianya mula dilaksanakan.
Namun Dr
Mahathir bukanlah seorang yang berpandangan cetek, seperti katanya : Kita
sudah biasa
dengan orang yang mengatakan apa yang kita buat itu salah, tapi kini telah
terbukti mereka
patut menarik balik kata-kata mereka pada hari kemudian.´
Tuanku Abdul Razak
Dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang, Allahyaraham Tun Abdul Razak
merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh
Fatimah bt Daud. Beliau keturunan bangsawan Bugis yang telah lama
merupakan ketua-ketua suku kaum Pahang.

Abang ipar Abdul Razak, Tun Hussein Onn, ialah penggantinya sebagai
Perdana Menteri ketiga. Anak sulungnya, Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul
Razak, menjadi Perdana Menteri Malaysia keenam menggantikan Tun Abdullah
bin Ahmad Badawi pada tahun 2009. Anak-anaknya yang lain ialah Datuk
Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir.

Antara sumbangannya ialah.

Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (4 Oktober


1971 hingga Februari 1984).

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 November 1974


hingga 31 Oktober 1976)

Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986.


Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh
Universiti Malaya pada 30 Jun 1979

Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh


Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang pada 28 Jun 1980.

Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh


University of Nottingham pada 11 Julai1986.

Dianugerah ‘Kerusi Kehormat’ oleh Lincoln’s lnn, London pada 1988

Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh


Universitas Gadja Mada, Jogjakarta, lndonesia pada 28 September
1990

Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh


Universiti Brunei Darussalam pada 30 Oktober 1990.

Dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh Universiti Chulalongkon, Bangkok,


Thailand pada 19 Disember 1990 Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal
College of Physician of lreland pada 2 Oktober 1991 Anugerah sebagai Ahli
Kehormat The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College
of Surgeons of England pada 1999.
Datuk Seri Najib

Dato' Seri Najib dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan anak
sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad
Noah.

Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku
Eskandar dan mendapat tiga anak: Mohd Nizar Najib (lahir 1978), Mohd
Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib. Pada tahun 1987 beliau bercerai
dengan Ku Yie dan berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan
mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib.
Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.

beliau telah memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia yang memupuk perpaduan


rakyat di antara kaum. Ia juga dijadikan tema kemerdekaan pada tahun 2009.
Terdapat dakwaan yang menyamakannya dengan Parti politik Gagasan One
Israel dan ada juga ura-ura DAP yang cuba mengalihkan perhatian dengan
retorik 'Middle Malaysia" yang dikatakan sama seperti 1 Malaysia.

Banyak pendapat telah dimajukan oleh pelbagai pihak tentang konsep 1


Malaysia yang telah perkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun
Abdul Razak apabila beliau mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan pada 3
April yang lalu.

Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah murni iaitu bagi memupuk dan
mengukuhkan perpaduan nasional satu matlamat yang telah menjadi
keutamaan setiap Perdana Menteri Malaysia semenjak Almarhum Tunku
Abdul Rahman lagi. Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini menjadi
keutamaan kepada mereka kerana mereka sedar tanpa usaha tersebut mana
mungkin Malaysia yang bersifat pelbagai kaum akan mampu mengekalkan
kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan makmur. Hari ini misi
dan visi mulia ini diteruskan pula oleh Najib.

Walaupun matlamatnya adalah murni namun ada pihak berkepentingan yang


cuba memutarbelitkan hasrat beliau dengan menyamakan konsep ini dengan
konsep Malaysian Malaysia atau Malaysia untuk orang Malaysia konsep yang
menjadi teras perjuangan DAP. Penyamaan ini telah menimbulkan kegusaran
kepada orang Melayu/bumiputera kerana ia satu konsep yang amat sensitif
kepada mereka. Sensitiviti terhadap konsep ini terbentuk kerana walaupun
konsep Malaysia untuk orang Malaysia ini berbunyi muluk dan bersifat halwa
telinga kepada pendengarnya namun ia tidak berpijak di bumi nyata kerana
gagal mengambil kira faktor sejarah dan realiti tempatan. Teras asas konsep
ini ialah penolakan kepada sebarang bentuk tindakan afirmatif dan
pelaksanaan prinsip meritokrasi sepenuhnya di dalam dasar-dasar negara
terutamanya dasar sosioekonomi. Di dalam konteks Malaysia ketiadaan
tindakan afirmatif dan pelaksanaan meritokrasi yang tidak mengambil kira
realiti ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum akan hanya menghasilkan
ketidakadilan serta ketidaksaksamaan yang akhirnya akan mengakibatkan
diskriminasi minoriti ke atas majoriti.

Konsep 1 Malaysia berbeza dari Malaysian Malaysia kerana konsep ini


bertunjangkan kepada realiti tempatan dan sejarah negara. Memahami dan
menghayati sejarah amat penting kerana seperti mana kata seorang Ahli
Falsafah Amerika berketurunan Sepanyol George Santayana, "Mereka yang
tidak belajar dari sejarah akan disumpah mengulanginya". Jika kita mengikuti
ucapan Najib semasa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2009
Peringkat Kebangsaan baru-baru ini kita akan mendapati beliau sebenarnya
telah pun membezakan antara kedua-dua konsep ini apabila memperincikan
tiga teras utama konsep 1 Malaysia iaitu penerimaan, kenegaraan dan keadilan
sosial.

Teras pertama 1 Malaysia yang beliau nyatakan ialah mengubah asas


perhubungan kaum di Malaysia dari konsep toleransi kepada konsep
penerimaan. Transformasi dari toleransi kepada penerimaan ini amat penting
kerana untuk Malaysia mencapai kemakmuran dan keharmonian ia memerlukan
iltizam rakyat Malaysia dari pelbagai kaum. Ini termasuklah bagi
merealisasikan matlamat untuk menjadi sebuah negara maju yang
berpendapatan tinggi serta bebas kemiskinan.

Untuk negara terus berada di hadapan keluk kejayaan semua rakyat Malaysia
perlu terus membina di atas persamaan yang ada dan pada masa yang sama
berlapang dada menerima perbezaan yang wujud di antara satu sama lain
tanpa bersikap menghakimi atau menilai. Kita perlu meraikan perbezaan yang
wujud sebagai sumber kekuatan bukannya terperangkap dengan polemik yang
berpunca dari perkara titik bengik sehingga melupakan matlamat besar
bersama.

You might also like