You are on page 1of 4

SPM CONTOH KARANGAN

Semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat semakin luntur kerana banyak


pihak kurang melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan.Jelaskan
langkah-langkah yang wajar dilaksanakan untuk menyuburkan semangat
patriotisme.
__________________________________________________________________________________
Pelbagai projek pembangunan negara kita,Malaysia kini berada di landasan yang
kukuh sejak kemerdekaan yang dicapai sejak 52 tahun dahulu.Kemerdekaan yang
dicapai ini haruslah dijadi sesuatu yang dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia kerana
kita telah bebas daripada jajahan kuasa asing.Dewasa ini, negara kita sedang mengorak
langkah ke arah menju taraf sebagai negara yang maju seperti negara England dan Jepun
yang kian maju.Hal ini selaras dengan hasrat dan visi kudsi negara kita untuk mencapai
Wawasan 2020 yang telah diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.
Mahathir. Kita sayugialah berasa bangga dengan negera kita dalam pembinaan bangunan
yang bertaraf antarabangsa seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kula
Lumpur(KLIA) dan Menra Kula Lumpur. Namun semua ini tidak membawa erti
sekiranya kemelut semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat yang semakin
luntur tidak diatasi.

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap
empat penjuru dunia ini tentang isu semangat patriotisme dalam kalangan
masyarakat.Statistik yang sahih lagi tepat yang dikeluarkan oleh Kementerian
Kemanusiaan pada tahun 2008 jelas menunjukkan kepada kita bahawa semangat
patriotisme dalam kalangan masyarakat semakin luntar.Hal ini berlaku demikian kerana
banyak pihak kurang melibatkan diri dalam program-program yang
dianjurkan.Fenomena ini sering menghiasi dada akhbar-akhbar tempatan.Sekarang,
bukanlah masa untuk kita menuding jari dan menyalahkan sesiapa.Agenda kita sekarang
ialah bertindak.Sebagai Khalifah Allah yang dikurniakan akal fikiran dan bergelar insan
kamil, kita haruslah menggembleng tenaga untuk mengatasi masalah ini yang sudah
lama bernanah dalam negara kita.Jikalau diri kita tidak berusaha dan hanya
menyalahkan orang lain, diri kita yang akan mendapat malu seperti yang
diungkapkan dalam pantun yang berbunyi :

Burung merbuk terbang melayang,


Hinggap setenggak di dahan mati,
Kalau menepuk air di dulang
Nanti memercik ke muka sendiri.
Persoalannya, apakah langkah yang wajar dilaksanakan untuk menyuburkan semangat
patriotisme di kalangan masyarakat?

COPYRIGHT@E-LEARNING FOR SPM


SPM CONTOH KARANGAN

Langkah yang paling mujarab adalah bermula daripada diri kita.Marcus Aurelis
pernah mengatakan bahawa jangan membuang masa memikirkan cara hendak
menjadi orang yang baik, tetapi mulakan daripada diri sendiri.Oleh itu, kita
berperanan signnifikan untuk menyuburkan semangat patriotisme dalam negara kita.Kita
haruslah giat melibatkan diri dalam program-program patriotisme yang dianjurkan oleh
pihak-pihak tertentu tidak kira sama ada pihak kerajaan ataupun pihak bukan
kerajaan.Rententan itu,kita juga haruslah menonton lebih banyak filem-filem atau siaran
televisyen yang berunsur patriotisme.Hal ini secara tidak langsungnya dapat menyemai
semagat patriotisme dalam diri kita.Selain filem-filem dan siaran televisyen, kita juga
sayugialah acap kali mendengar lagu-lagu yang berunsurkan patriotisme seperti
Keranamu Malaysia.

Sementara itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha
menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.Ibu bapa merupakan
orang yang paling rapat dan mesra dengan anak-anak.Anak-anak menghabiskan
kebanyakan masa bersama-sama dengan mereka.Oleh itu, telah menjadi obligasi ibu
bapa untuk mendidik anak-anak mereka supaya mempunyai semangat
patriotisme.Mereka perlulah sentiasa membeli bahan bacaan seperti Majalah Bulan
Melayu yang menerapkan banyak unsur patriotisme untuk anak-anak mereka sebagai
hadiah.Anak-anak yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang ini
mudah diajar dan disuntikan dengan semangat patriotisme.Bak kata pepatah, 'melentur
buluh biarlah dari rebungnya'. Ibu bapa juga patut menjadikan diri mereka teladan
dengan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.Hal ini kerana menurut teori
Polvo, usia anak-anak ialah usia meniru.Mereka akan meniru tingkah laku ibu bapa
mereka.

Langkah yang seterusnya ilah pihak masyarakat haruslah sering mengadakan


kempen-kempen seperti 'Cintailah Negara Kita'. Hal ini adalah untuk menyuburkan
semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.Kempen sebegini mampu
mendedahkan kepada golongan rakyat tentang peri pentingnya mempunyai semangat
patriotisme dalam jiwa mereka. Kempen-kempen tersebut haruslah diadakan secara
berterusan dan bukannya seperti 'hangat-hangat tahi ayam' Mereka juga tidak sepatutnya
menjalankan kempen-kempen tersebut bagai 'melepaskan batuk di tangga'. Selain itu,
masyarakat juga boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang mampu menyuburkan
semangat patriotisme.Contohnya, masyarakat boleh mengadakan aktiviti seperti
sambutan Hari Kemerdekaan Negara kita melalui pertubuhan seperti Rukun
Tetangga.Bertitik tolak daripada aktiviti rersebut, semangat patriotisme dalam jiwa
rakyat Malaysia dapat dipupuk atau disuburkan.

COPYRIGHT@E-LEARNING FOR SPM


SPM CONTOH KARANGAN

Di samping itu, pihak kerajaan juga memainkan peranan yang amat besar dalam
usaha menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia,Pihak
kerajaan dapat memainkan peranan mereka melalui media massa seperti televisyen dan
radio.Mereka harusnya menyarankan agar pihak media senantiasa menyiarkan program-
program yang dapat menyuburkan semangat patriotisme.Iklan-iklan dalam televisyen
harulah dapat menyemai atau menyuntik semangat patriotisme ke dalam sanubari
rakyat.Sehubungan dengan itu,pihak kerajaan juga harus menampalkan poster-poster
berkaitan dengan pejuang-pejuang kemerdekaan pada masa silam pada dinding premis-
premis di sepanjang jalan raya. Dengan ini, rakyat dapat selalu diingatkan agar
menghargai sumbangan pejuang silam dan ini secara tidak langsungnya akan melahirkan
perasaan cinta akan negara yang membawa kepada kewujudan semangat patriotisme
yang tinggi.

Pernahkah terlintas dalam benak fikiran anda bahawa pihak sekolah juga berupaya
dalam usaha menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat? Sememangnya
pihak sekolah mampu memainkan peranan tersebut.Menurut kata Tun Abdullah
b.Ahmad Badawi, sekolah atau alma mater merupakan kilang yang menghasilkan
produk modal insan yang cemerlang dan mempunyai semangat patriotisme yang
tinggi. Guru diibarat sebagai lilin yang mebakar dirinya, tidak pernah mengenal rasa
jemu dan letih memberi ajaran kepada anak bangsanya.Tanpa guru, siapalah kita.
Maka, guru memainkan peranan yang penting dalam memberi didikan seperti
menceritakan sejarah negara kita agar pelajar dapat mengetahui betapa susahnya pejuang
masa dahulu bertungkus lumus untuk mendapat kemerdekaan negara.Dengan ini,
pelajar-pelajar dapat mempunyai semangat untuk mempertahankan negara daripada
ancaman atau pencerobohan luar. Pihak sekolah pula harus mengadakan sambutan
kemerdekaan setiap tahun untuk menyegarkan dan mengelakkan kehilangan semangat
patriotisme dalam kalangan rakyat.

COPYRIGHT@E-LEARNING FOR SPM


SPM CONTOH KARANGAN

Secara konlusinya, semua pihak haruslah menjangkau sehabis tangan dalam


menjalankan usaha menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.
Prinsip 'bagai aur dengan tebing' dan ' ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni'
haruslah dijadikan pegangan dan prinsip mereka.Janganlah meranapkan impiam
negara kita untuk mencapai Wawasan 2020.Marilah kita bersama-sama
menyuburkan semula semangat patriotisme untuk menzahirkan iltizam Malaysia
untuk 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi' dengan negara gergasi di persada
antarabangsa. Ingatlah, semangat patriotisme penting supaya negara kita tidak
dijajah sekali lagi. Biar matahari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau dan
biarlah Malaysia menjadi sebiji bintang yang terang di dunia!

COPYRIGHT@E-LEARNING FOR SPM

You might also like