P. 1
Pelaburan Emas

Pelaburan Emas

|Views: 577|Likes:
Pelaburan Emas merupakan sebuah buku mengenai pelabura emas terbaru di pasaran. Diterbitkan oleh PTS Profesional Publishing Sdn Bhd, ia mengandungi 163 muka surat. Buku ini ditulis oleh Mohamad Saat Bin Sukami.

Konsep pelanuran yang dibawakan melalui buku amat mudah difahami tetapi begitu menarik. Ia menggabungkan tiga aspek dalam satu iaitu 1) Pelaburan Emas 2) Pendekatan Perancangan Kewangan, dan 3) Strategi Pelaburan. Terkandung di dalamnya juga limu-ilmu teknikal mengenai emas yang dengannya seseorang yang tidak mengenali emas boleh menjadi mahir. Ianya amat penting bagi anda yang minat untuk menceburi bidang pelaburan emas agar tidak terpedaya atau mudah rugi.

Buku ini boleh di dapati di kedai-kedai buku serta outlet-outlet lain seluruh Malaysia dan juga secara online di http://pelaburanemas.110mb.com.
Pelaburan Emas merupakan sebuah buku mengenai pelabura emas terbaru di pasaran. Diterbitkan oleh PTS Profesional Publishing Sdn Bhd, ia mengandungi 163 muka surat. Buku ini ditulis oleh Mohamad Saat Bin Sukami.

Konsep pelanuran yang dibawakan melalui buku amat mudah difahami tetapi begitu menarik. Ia menggabungkan tiga aspek dalam satu iaitu 1) Pelaburan Emas 2) Pendekatan Perancangan Kewangan, dan 3) Strategi Pelaburan. Terkandung di dalamnya juga limu-ilmu teknikal mengenai emas yang dengannya seseorang yang tidak mengenali emas boleh menjadi mahir. Ianya amat penting bagi anda yang minat untuk menceburi bidang pelaburan emas agar tidak terpedaya atau mudah rugi.

Buku ini boleh di dapati di kedai-kedai buku serta outlet-outlet lain seluruh Malaysia dan juga secara online di http://pelaburanemas.110mb.com.

More info:

Published by: Mohamad Saat Bin Sukami on May 26, 2011
Copyright:Traditional Copyright: All rights reserved

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF or read online from Scribd
See more
See less

02/23/2012

pdf

Mohamad Saat Sukami

PTS PROFESSIONAL PUBLISHING SDN. BHD. (678274-D) No. 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia Tel: +6 03 6188 0316 Faks: +6 03 6185 4960 E-mel: ptsprofessional@pts.com.my Laman web rasmi PTS: www.pts.com.my Kedai buku online PTS: www.bookcafe.com.my Facebook: www.facebook.com/bukupts Twitter: www.twitter.com/bukupts Hak cipta Mohamad Saat bin Sukami Cetakan Pertama 2011 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Diterbitkan oleh: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. No.12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia. Tel: 03 6188 0316 Faks: 03 6185 4960 Laman web: www.ptspro.com.my E-mel: ptsprofessional@pts.com.my Pengurus: Aizat Abd Razak (aizat@pts.com.my) Editor Perolehan (Bisnes dan Pengurusan) : Fatin Farhana Hasan (fatin@pts.com.my) Editor Pengurusan (Bisnes dan Pengurusan) : Nurul Husna Yaakup (nurulhusna@pts.com.my) Editor: M.K Riza Susun Atur: Razi Abd. Samad Kulit dan grafik: Mohd Fauzi Burhanudin (fauzi@pts.com.my)

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Mohamad Saat Sukami Pelaburan emas / Saat Sukami. ISBN 978-967-369-108-1 1. Gold. 2. Gems as an Investment. I. Judul. 332.63

Penerbit berusaha sedaya upaya memastikan buku yang diterbit ini mengandungi maklumat yang tepat dan berautoriti daripada segi subjek yang dibincangkan. Penerbit dan penulis buku ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan, perakaunan atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca. Sekiranya nasihat atau bantuan pakar diperlukan, sila dapatkan nasihat dan khidmat profesional daripada pakar yang berkelayakan.

Diedarkan oleh: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Tel: +6 03 6188 0316 Faks: +6 03 6189 0316 E-mel: sales@pts.com.my Pengurus Pemasaran : Nor Hazizam Ab. Rahman (norhazizam@pts.com.my) Pengurus Jualan : Nazrul Samsudin (nazruls@pts.com.my) Koordinator Jualan & Khidmat Pelanggan: Khalilah Mad (khalilah@pts.com.my)

Buku-buku terbitan PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. boleh dibeli pada harga diskaun istimewa bagi tujuan kegunaan pelajar, promosi jualan, seminar dan latihan korporat. Maklumat lanjut, sila hubungi bahagian Jualan dan Khidmat Pelanggan, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Muka Taip Teks: Arno Pro Saiz Taip Teks: 12 Dicetak oleh: C.T Book Makers Sdn. Bhd. Lot 530 & 531, Jalan Perusahaan 3, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Selangor.

Dedikasi

Ayahanda tercinta, Haji Sukami bin Kasmani, tidak mungkin jasa abah dapat dibalas. Hanya doa dipanjangkan buat abah. Allahyarhamah ibunda tercinta, Hajah Manisah Abdullah, semoga damai di sisi Ilahi. Kepada isteri tercinta, terima kasih kerana memahami usaha ini.

Kandungan

Prakata

ix

BAHAGIAN 1
Bab1 Pengenalan Bab 2 Sifat-Sifat Emas Bab 3 Kegunaan-Kegunaan Emas Bab 4 Sumber-Sumber Emas Bab 5 Ukuran Timbangan Emas Bab 6 Jenis-jenis Emas Bab 7 Kaedah Menentukan Ketulenan Emas

1
3 13 19 25 29 35 45

bahagian 2
Bab 8 Kaedah Penentuan Harga Emas Bab 9 Bentuk-bentuk Pelaburan Emas di Malaysia Bab 10 Pembekal-pembekal Pelaburan Emas di Malaysia

51
53 57 63

bahagian 3
Bab 11 Perancangan Sebelum Melabur Bab 12 Risiko Pelaburan Emas Bab 13 Strategi Pelaburan Emas

67
69 87 93

bahagian 4
Bab 14 Penipuan dalam Pelaburan Emas Bab 15 Pengiraan Zakat Penutup Glosari Istilah Bibliografi Lampiran 1 Kegunaan-kegunaan Emas Lampiran 2 Trend Permintaan Berbanding Pengeluaran Emas Lampiran 3 Cara Wang Kertas Dicipta Lampiran 4 Beberapa Contoh Syiling Emas bagi Pelaburan Lampiran 5 Beberapa Contoh Bar Emas bagi Pelaburan Lampiran 6 Kaedah Penentuan Ketumpatan dan Kualiti Emas Biodata Penulis Nota

107
109 115 119 121 135 141 143 145 149 151 153 159 161

Prakata
lhamdulillah, setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi. Tidak ada pujian melainkan milik-Nya jua. Sesungguhnya tanpa izinNya, tiadalah buku ini berjaya diterbitkan. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah. Setinggi-tinggi terima kasih dirafakkan khusus kepada saudara yang sedang menatap helaian-helaian buku ini. Tanpa kesudian saudara membeli dan membacanya, tiada maknanya buku ini ditulis. Besar harapan semoga saudara mendapat manfaat daripada kandungan-kandungan buku ini yang tidaklah sebaik mana, jauh sekali daripada sempurna. Kepada editor kanan PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., Tuan Aizat Abdul Razak, jutaan terima kasih diucapkan kerana masih memberi kepercayaan kepada saya bagi meneruskan penulisan buku ini. Kepada warga PTS sekalian, tanpa usaha kamu semua, sudah tentu buku ini tidak akan ada di pasaran. Apabila meletusnya perang di Kemboja, ramai rakyatnya tidak mempunyai pilihan selain lari meninggalkan tanah air bagi menyelamatkan diri. Sebahagian daripada mangsa peperangan yang menjadi pelarian menuju ke Malaysia dengan seribu harapan bagi memulakan hidup baru. Ramai antara mereka mendarat di selatan tanah air, terutamanya daerah Kota Tinggi dan Mersing. Atas pertimbangan tertentu dan ihsan kerajaan Malaysia, sebahagian mereka mendapat peluang hidup bersama-sama rakyat Malaysia tanpa perlu dikurung di dalam kem-kem pelarian. Semenjak itu, bermula kehidupan baru mereka di bumi asing tanpa sebarang keistimewaan.

A

Atas kudrat dan kesungguhan mereka melakukan apa sahaja pekerjaan terutamanya menjaja kain dari rumah ke rumah. Kini selepas beberapa dekad, kehidupan mereka rata-rata sudah berubah sepenuhnya. Sebahagian mereka sudah mendapat kerakyatan Malaysia. Namun yang lebih penting daripada itu, mereka secara amnya lebih kaya daripada penduduk tempatan sendiri. Daripada sehelai sepinggang, mereka kini menguasai deretan bazar tekstil di tengah-tengah bandar Kota Tinggi dan ramai antara mereka memiliki banglo di Ulu Tiram, tidak jauh dari Kota Tinggi. Memang sudah menjadi adat, orang yang berusaha lambat laun pasti berjaya. Namun dalam hal perniagaan, walau sekecil mana sekalipun, tetap memerlukan modal bagi memulakannya. Daripada manakah orangorang Kemboja ini mendapat modal mereka? Rupa-rupanya rahsia mereka pada apa yang mereka bawa ke negara ini suatu waktu dahulu. Ketika mereka melarikan diri, mereka terpaksa mengorbankan seluruh harta benda. Semuanya terpaksa mereka tinggalkan dan dirampas oleh rejim Khmer Rouge. Namun dalam keadaan tergesa-gesa mereka masih sempat membawa bersama beberapa keping ataupun ketul emas. Bukannya Kemboja tidak ada mata wang ketika itu, malah mata wang Dolar Amerika cukup banyak. Namun mereka sedar, dalam situasi perang, duit tidak akan ada nilai lagi. Emas pula dalam bentuk apa sekalipun, tetap diterima walau ke mana sahaja mereka pergi. Pengalaman orang-orang Kemboja itu memang banyak memberikan pengajaran. Betapa peranan emas dapat menyelamatkan kelangsungan hidup mereka dan generasi seterusnya. Pada pertengahan tahun 90-an, ekonomi Malaysia benar-benar berada di puncaknya sehingga negara mendapat gelaran sebagai salah satu daripada “Tiga Harimau Asia”. Namun perkembangan itu dengan mudah direntap oleh aktiviti jahat penyangak mata wang yang melakukan konspirasi kepada negara-negara di Asia Tenggara. Mujur negara kita mempunyai rizab emas yang tinggi ketika itu. Sebahagian daripadanya dicairkan bagi menyelamatkan ekonomi negara daripada terus runtuh. Bersama-sama dengan tambatan dan kawalan nilai mata wang Ringgit oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Perdana Menteri, Malaysia dapat diselamatkan daripada terus tersungkur dan terpaksa meminjam daripada IMF seperti beberapa negara jiran lain yang turut terjejas.

x

Prakata

Pengalaman orang Kemboja dan keadaan ekonomi negara yang diserang membuktikan peranan emas dalam menyelamatkan situasi yang genting. Kini, suasana ekonomi semasa di seluruh dunia tidak menentu dengan harga barang keperluan harian yang terus meningkat (terutamanya minyak), kadar pengangguran yang semakin tinggi di banyak negara, penghasilan yang produktif tetapi tidak menguntungkan, dan bermacam-macam lagi masalah bersangkut dengan ekonomi. Wang tidak lagi berperanan bagi memudahkan kehidupan kita, malah wang kini semakin menjadi punca bebanan kepada kita. Gaji meskipun semakin banyak, tetapi semakin tidak mencukupi. Ramai yang hidup bergantung pada pinjaman dan penggunaan kad kredit. Lambat laun, pinjaman dan penggunaan kad kredit memakan diri peminjam itu sendiri apabila ramai yang diisytiharkan muflis pada usia muda. Nampaknya kita tidak dapat bergantung pada wang sematamata bagi menjalani hidup kita sehari-hari. Wang tunai kini semakin kehilangan kuasa akibat ‘dimakan’ oleh inflasi. Sesuatu perlu dilakukan bagi menyelamatkan diri kita. Sesuatu diperlukan bagi menambat nilai wang daripada terus mengecut, tidak kira sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Seperti pengalaman orang Kemboja dan negara menyelamatkan diri menggunakan emas, kita juga mesti menggunakan cara yang sama. Sejak 10 tahun yang lalu, harga emas di pasaran dunia tidak pernah turun dalam erti kata yang sebenar. Dalam tempoh itu, nilai emas meningkat sebanyak lebih 450 peratus! Sekiranya kita bandingkan, sebenarnya nilai wang kita mengecut menjadi tidak sampai 20 peratus berbanding emas sejak satu dekad yang lalu. Sekiranya gaji kita sekarang RM3,000 sebulan, jumlah itu sebenarnya lebih kecil nilainya berbanding gaji RM1,500 satu dekad yang lalu. Apakah kita akan terus membiarkan diri kita turut sama ‘dikecutkan’ bersama dengan kecutnya nilai wang kita itu? Sekiranya hendak menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa tanpa disedari, elok kita mula mendedahkan diri kepada ‘sinaran’ emas pula. Buku ini cuba menyorot satu per satu perkara berkaitan emas dan cara kita dapat memanfaatkannya bagi kepentingan diri. Buku ini dibahagikan kepada empat bahagian berdasarkan fungsi. Setiap bahagian dipecahkan kepada bab-bab yang lebih kecil berdasarkan tajuk perbincangan.

xi

Dalam bahagian pertama, saudara didedahkan tentang aspek-aspek fizikal, luaran, dan sebagainya mengenai emas, tetapi tidak meliputi aspek pelaburan. Bahagian kedua menceritakan tentang cara harga emas ditentukan, kaedah pelaburan yang dapat dijalankan di Malaysia dan juga tempat hendak membuat pelaburan. Bahagian ketiga menceritakan tentang beberapa aspek pelaburan termasuk soal analisis, risiko, dan strategi. Tidak seperti buku-buku mengenai pelaburan yang lain, buku ini menggunakan pendekatan fungsi ataupun kegunaan pelaburan dalam kehidupan kita sehari-hari. Buku ini tidak membincangkan secara mendalam aspek teknikal seperti trend turun naik harga, spekulasi, harga spot, dan sebagainya. Buku ini lebih menjurus kepada cara memanfaatkan emas bagi melawan tekanan inflasi dalam cara yang lebih santai. Bahagian terakhir buku ini memberi penerangan mengenai penipuan dalam pelaburan emas yang mesti kita ambil perhatian dan cara-cara mengira zakat. Setiap bab dan bahagian dibahagi berdasarkan fungsi semata-mata dan bukannya kapasiti. Ada sebilangan bab yang lebih panjang berbanding bab-bab yang lain. Sebagai penulis, saya sentiasa mengharapkan supaya dapat melakukan yang terbaik. Namun, sebagai manusia yang fitrahnya serba kekurangan, saya pastinya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Justeru itu, pastinya akan terdapat beberapa kesilapan yang tidak saya sedari dalam buku ini. Oleh itu, terlebih dahulu saya pohon kemaafan daripada saudara yang budiman. Harapan saya supaya buku ini dapat memberi sedikit peningkatan pengetahuan kepada saudara selepas membacanya. Sesungguhnya ilmu itu adalah milik Allah dan yang terbaik itu datangnya hanya daripada Allah. Segala kekurangan itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri. Selamat membaca dan semoga dilimpahi ilmu dan rahmat Allah. Insya-Allah. Mohamad Saat Bin Sukami Penulis bebas. 8 Mac 2011 http://pelaburanemas.110mb.com
xii

bahagian 1

Bab 1

Pengenalan

S

ejarah penggunaan emas dalam kehidupan manusia memang lama. Dapat dikatakan ianya hampir seusia dengan sejarah manusia sendiri. Hampir tidak ada bangsa di dunia ini yang menolak emas sebagai logam yang berharga. Ia sentiasa dinilai begitu tinggi berbanding logam-logam ‘mewah’ yang lain. Sekiranya ia ‘tewas’ dari segi harga sekalipun, ia masih ‘menang’ dari sudut penerimaan. Sejak awal tamadun manusia lagi emas sudah digunakan dalam kapasiti yang menggambarkan ketinggian nilainya. Sehingga sekarang, walaupun kemajuan teknologi dan tamadun menyaksikan banyak logam lain digunakan sebagai perhiasan ataupun kegunaan-kegunaan lain, emas tetap menduduki tempat pertama sebagai pilihan. Selain perhiasan, emas begitu cemerlang dalam bidang perubatan, elektronik, aeroangkasa dan yang utama sekarang ini adalah peranannya dalam bidang ekonomi. Sekiranya suatu masa dahulu emas pernah ‘dilupakan’ sebagai wadah pelaburan, kini peranannya kembali menyinar sebagaimana sifat emas itu sendiri. Sekiranya kita menjenguk kembali sekitar 15 hingga 20 tahun ke belakang, kita mungkin mengakui yang ketika itu kita seolah-olah tidak memberi perhatian kepada peranan emas dalam bidang ekonomi. Pada ketika itu saham, bon, hartanah, dan lain-lain bentuk pelaburan menjadi pilihan yang mengujakan. Namun, perkembangan ekonomi menyaksikan betapa pelaburanpelaburan itu satu demi satu jatuh merudum dan mengakibatkan

kerugian yang bukan sedikit kepada pelaburnya. Ramai yang terpingapinga kerananya. Ramai pelabur-pelabur kecil (seperti kebanyakan kita) menjadi keliru dan hairan sebab ia ‘tiba-tiba’ berlaku. Ketika itu kita menjadi hairan kerana selama bertahun-tahun ekonomi sudah berkembang begitu pesat. Pelbagai industri muncul di sana sini. Gaji dan bonus pekerja bagaikan bulan jatuh ke riba. Laporan, unjuran, dan ramalan ekonomi tidak ada yang mengatakan perkara negatif. Namun, tiba-tiba sahaja ekonomi menjadi hancur. Selepas kejatuhan ekonomi, baru ramai orang yang menyedari di sebalik kejatuhan yang tidak diduga rupa-rupanya ada ‘benda’ yang tidak tergugat, iaitu emas. Dalam situasi ekonomi merudum dengan dahsyat, dan ketika nilai mata wang menyusut, emas dengan senyap bergerak melawan arus. Nilainya secara perlahan-lahan mulai naik dan semakin lama kenaikan itu semakin ketara. Negara-negara yang mempunyai rizab emas yang banyak, ekonominya dapat diselamatkan dengan lebih pantas. Begitu juga bagi mereka yang pernah beringat ketika ekonomi cemerlang sebelumnya, mereka dapati pelaburan mereka yang selama ini ‘tidur’ tiba-tiba bangkit menunjukkan belang, walaupun mereka sebenarnya tidak pernah berniat melabur dengan cara membeli emas. Kini emas menunjukkan kehebatannya dan manusia kembali ‘memburunya’. Namun seperti pelaburan-pelaburan lain yang pernah cemerlang pada masa lalu, adakah kita yakin yang emas benar-benar memberikan keuntungan kepada kita? Ataupun adakah sekali lagi kita hanyut bersama-sama leburnya pelaburan kita yang gagal? Buku ini cuba membincangkan serba sedikit mengenai peranan emas dalam membantu kita merancang pelaburan masa depan. Buku ini bukan satu manual intensif bagi pelabur-pelabur yang bersifat agresif bagi menjana keuntungan segera seperti di pasaran saham ataupun derivatif yang lain. Buku ini lebih sesuai bagi mereka yang bersifat ingin tahu ataupun entry level dalam memperkenalkan konsep pelaburan dengan menggunakan emas. Tidak ada sebarang tip diberikan di dalam buku ini yang memberikan jaminan setiap pelaburan emas saudara pasti membawa keuntungan lumayan. Tidak sama sekali. Untung ataupun tidak bergantung pada
4

Pengenalan

kebijaksanaan saudara sendiri dalam menyusun strategi pelaburan yang berkesan. Namun begitu, buku ini berusaha memandu saudara bagi mencapai kebijaksanaan itu. Secara keseluruhan, buku ini ditulis bagi memberikan maklumat teknikal berkaitan emas secara fizikal dan beberapa teknik pelaburannya. Saudara digalakkan membaca keseluruhannya bagi mendapatkan sebanyak mungkin maklumat itu, tetapi saudara juga boleh memilih ‘melompat’ kepada bab-bab yang saudara sukai kerana setiap bab tidak disusun secara tegar. Saudara tidak akan ketinggalan maklumat penting sekiranya memilih ‘melompat’ ketika membacanya kerana mungkin saudara sudah sedia tahu mengenai topik itu. Walau bagaimanapun, setiap bab mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Mengapa Emas Mahal
Biasanya sesuatu barang menjadi mahal kerana dua sebab utama, iaitu sama ada kerana ianya sedikit ataupun kerana ianya mempunyai banyak kelebihan. Emas memiliki kedua-dua ciri itu. Tidak seperti logam lain, kuantiti emas di seluruh dunia adalah amat sedikit. Dianggarkan sekiranya keseluruhan emas yang pernah dikeluarkan dari perut bumi di seluruh dunia dikumpulkan, ianya sekadar membentuk sebuah bongkah kiub dengan setiap sisinya berukuran 19 ela sahaja. Syarikat GFMS Ltd pada akhir tahun 2006 menganggarkan sekitar 158,000 tan sahaja emas yang sudah dikeluarkan dari perut bumi yang mana 66 peratus daripadanya sudah dihasilkan sebelum tahun 1950. Tidak semua tempat di dunia ini dapat ditemui emas. Di lombong yang banyak menghasilkan emas dunia sekalipun iaitu di Afrika Selatan, bagi setiap satu tan bijih yang dilombong hanya sekitar lapan hingga 10 auns emas sahaja yang dapat dihasilkan. Ada juga lombong dedah yang hanya memperoleh sekitar tiga hingga empat gram bagi setiap tan bijih. Di sebalik penghasilan yang sedikit itu, emas mempunyai kegunaan yang banyak. Sebab itu permintaan emas sentiasa melebihi kapasiti pengeluaran. Bab 3 di dalam buku ini menyenaraikan beberapa kegunaan emas dalam kehidupan seharian. Penggunaan utama emas sejak dahulu lagi adalah bagi dijadikan sebagai barang perhiasan ataupun barang kemas.

5

Menyentuh tentang permintaan berbanding penawaran (ataupun pengeluaran), statistik terkini yang dikeluarkan oleh World Gold Council (WGC) melalui laporannya iaitu Gold Demand Trends Full Year 2010 menunjukkan pada tahun 2010, permintaan emas adalah sebanyak 3,812 tan berbanding penawarannya sebanyak 2,543 tan sahaja dari lombong. Ini bermakna terdapat perbezaan ataupun lebihan permintaan sebanyak 1,269 tan ataupun kira-kira 50 peratus! Lampiran 2 menyenaraikan ringkasan statistik permintaan berbanding penawaran sejak tahun 1997 seperti yang dikeluarkan oleh WGC. Lebihan permintaan yang sebegini besar sudah cukup bagi membuatkan harga emas sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Selain faktor permintaan langsung yang tinggi, banyak faktor lain yang memberikan pengaruh secara langsung ataupun tidak langsung kepada kenaikan harga emas setiap tahun. Suasana politik seluruh dunia, perubahan polisi sesebuah negara besar, bencana alam yang serius, peperangan, kemarau, dan juga kenaikan harga komoditi utama dunia terutamanya minyak mampu menyebabkan harga emas berubah. Itu semua sebahagian daripada faktor yang dapat mempengaruhi harga emas, namun kadangkala perubahan besar pada salah satu faktor itu memberi hanya sedikit impak kepada kenaikan harga emas di pasaran dunia. Ada satu faktor utama yang banyak memberikan pengaruh kepada kenaikan harga emas iaitu kenaikan kadar inflasi. Apabila memperkatakan kadar inflasi ini, kita mesti mengaitkannya dengan mata wang kerana secara langsung inflasi mengubah nilai sesuatu mata wang. Apakah sebenarnya inflasi dan apa kaitannya dalam menjadikan harga emas meningkat? Inflasi secara mudah membawa maksud penyusutan nilai wang. Kesan inflasi yang dapat diperhatikan adalah kenaikan pada harga barang. Sebelum memahami kaitan itu, kita perlu terlebih dahulu memahami tentang wang kertas yang kita gunakan selama ini, wang kertas yang dikenali sebagai wang fiat.

Wang Kertas Fiat
Wang kertas yang kita gunakan dalam urusan jual beli seharian dikenali sebagai wang fiat. Wang fiat bermakna wang yang hanya mempunyai nilai muka, tetapi tidak mempunyai nilai intrinsik. Nilai intrinsik bermaksud
6

Pengenalan

nilai sebenar sesuatu benda. Nilai muka pula bermaksud nilai yang tertera pada wang kertas itu. Ianya adalah nilai yang ‘diarah bagi digunakan’ oleh undang-undang. Pada hakikatnya, kertas wang itu sendiri tidak mempunyai apaapa nilai. Sekiranya ada pun, mungkin nilainya amat sedikit (mungkin kurang daripada satu sen sehelai). Ianya seumpama sekeping cek. Apabila sekeping cek ditulis dengan nama kita dan ditulis juga jumlah yang hendak diberikan kepada kita, cek itu menjadi bernilai kepada kita. Tuan punya cek itu mempunyai kuasa mengarahkan pembayaran itu dibuat kepada kita. Sekiranya cek itu jatuh kepada orang lain, ia tidak mempunyai apa-apa nilai kepada orang itu kerana cek itu hanya dimaksudkan kepada kita sahaja. Begitulah halnya dengan wang kertas, ia tidak laku sekiranya digunakan di negara luar. Namun persoalannya, bagaimanakah penggunaan wang kertas dapat menerbitkan inflasi dan seterusnya meningkatkan harga emas? Jawapannya terletak pada cara wang fiat itu sendiri dicipta. Lampiran 3 menerangkan kaedah tentang wang fiat dicipta oleh pihak bank melalui sistem fractional reserved banking. Wang fiat dihasilkan tanpa disandarkan pada sebarang aset berharga. Ia tidak langsung disandarkan pada emas seperti sangkaan kebanyakan orang ramai. Pendek kata, wang kertas fiat dicipta begitu sahaja. Dalam erti kata yang mudah, wang kertas fiat dicipta daripada angin. Wang kertas ini dicipta dengan cara memberikan pinjaman kepada sesiapa yang memerlukan sedangkan sebelumnya wang itu tidak pernah wujud. Setiap kali wang itu dicipta, kuantiti wang yang beredar di pasaran bertambah berganda-ganda. Disebabkan wang itu diperoleh daripada pinjaman, oleh itu ia perlu dipulangkan semula. Masalahnya, bank mengenakan riba dalam bentuk faedah. Maknanya bayaran balik kepada bank menjadi lebih berbanding wang yang dipinjamkan. Oleh itu, di mana masalahnya? Masalahnya begini. Cuba kita bayangkan ketika kita hendak membeli sebuah kereta. Katakan harga kereta itu RM40,000 dan kita membelinya dengan wang yang dipinjam daripada bank sepenuhnya. Katakan bank mengenakan faedah sebanyak 10 peratus setahun dan tempoh pinjaman selama lima tahun. Selepas lima tahun, kita membayar kepada bank wang sejumlah RM60,000 (RM40,000 ribu pinjaman + RM20,000 faedah).
7

Sekarang cuba kita lihat pada nilai dan bandingkannya, iaitu nilai kereta dan nilai wang. Ketika kita beli kereta, nilainya adalah sebuah kereta. Ketika kita habis membayar pinjaman, nilainya tetap sebuah kereta. Sekarang cuba kita bandingkan pula dengan nilai wang. Ketika kita mula-mula membeli kereta, nilai wang kita adalah RM40,000, tetapi apabila kita membayar, nilai itu berganda kepada RM60,000! (Abaikan sementara faktor usia dan keadaan fizikal kereta. Anggapkan kereta itu sentiasa elok selepas lima tahun, sama macam baru dibeli.) Sekarang bandingkan satu dengan satu. Adakah nilai kereta kita meningkat? Ya, sebab kita membayar RM60,000 iaitu lebih daripada harga asal kereta itu. Adakah nilai wang kita meningkat? Tidak, kerana bagi kereta yang sama, kita perlu membayar harga yang lebih. Tidak ada sebarang penambahan nilai pada kereta itu selepas lima tahun dibeli. Oleh itu, apa yang sebenarnya berlaku menerusi analogi kisah di atas adalah, setiap kali wang fiat dihasilkan melalui sistem FRR, nilainya akan menyusut. Penyusutan nilai wang ini yang dikenali sebagai inflasi. Kadar inflasi sebenarnya adalah kadar penyusutan wang. Kaitan inflasi pada wang kertas fiat dengan emas mudah difahami. Wang fiat digunakan secara meluas dalam semua urusan jual beli termasuk bagi membeli emas. Berbanding kereta, emas tidak mengalami sebarang susut nilai. Kereta menjadi semakin uzur apabila semakin lama digunakan. Ini memberikan susut nilai kepadanya. Seiring dengan penyusutan nilai kereta, nilai wang kita juga menyusut sama. Berbeza dengan emas, walaupun digunakan selama mana sekalipun ia tidak menyusut nilainya, malah semakin naik. Penyusutan nilai wang sentiasa berterusan selagi kita menggunakan wang fiat kerana proses penghasilannya tetap sama. Dengan kata lain, dari setahun ke setahun nilai wang simpanan kita semakin menyusut walaupun jumlahnya tidak berkurangan. Sekiranya dilihat situasi ini kepada soal pelaburan, kita perlu bertanya ataupun menyemak semula, adakah wang yang kita laburkan itu benar-benar memberikan pulangan?

Kesan Inflasi ke Atas Pelaburan
Sekiranya inflasi bermaksud penyusutan nilai wang kita, ia tentunya dapat diukur. Apabila kita katakan nilai inflasi sebanyak lima peratus setahun,
8

Pengenalan

itu bermakna nilai sebenar wang kita berkurangan sebanyak lima peratus setiap tahun walaupun nilai mukanya masih tetap sama. Katakan kita melabur dalam saham amanah yang memberikan pulangan dividen sebanyak lima peratus setahun, pada akhir tempoh pelaburan, kita sebenarnya rugi walaupun jumlah wang kita bertambah.

Rajah 1.1 Graf nilai pelaburan berbanding nilai sebenar

Jadual di bawah ini adalah ilustrasi mudah bagi pelaburan yang memberi pulangan lima peratus dalam situasi inflasi yang juga sebanyak lima peratus setahun selama lima tahun.
Tahun 2011 2012 2013 2014 2015 Pelaburan RM1,000.00 RM1,050.00 RM1,102.50 RM1,157.63 RM1,215.51 Dividen RM50.00 RM52.50 RM55.13 RM57.88 RM60.78 Kesan Inflasi RM52.50 RM52.37 RM49.62 RM47.01 RM44.55 Nilai Sebenar RM997.50 RM945.13 RM895.51 RM848.50 RM803.95

Jadual 1.2: Ilustrasi kesan inflasi ke atas pelaburan saham amanah

Perincian bagi ilustrasi di atas tidak perlu dihuraikan di sini. Apa yang penting kita perhatikan adalah, sungguhpun jumlah akhir hasil pelaburan
9

kita adalah sebanyak RM1,215.51, iaitu lebih banyak daripada jumlah pelaburan asal, namun nilai sebenarnya hanya RM 803.95 ataupun berkurang sebanyak RM196.05. Itu adalah kesan inflasi yang jelas merugikan pelaburan kita.

Menambat Nilai Menggunakan Emas
Oleh kerana inflasi begitu jelas mengikis pelaburan dalam jangka waktu yang panjang, adalah perlu bagi seseorang yang hendak melabur memikirkan cara bagi ‘melawan’ semula inflasi itu. Sekiranya wang disimpan begitu sahaja sekalipun, kesan inflasi tetap terkena padanya malah kesannya lebih teruk lagi. Salah satu cara yang praktikal bagi mengekang kesan inflasi adalah dengan cara menambat wang kita pada sesuatu yang tidak jatuh nilainya. Emas mempunyai kapasiti dan keupayaan terbaik bagi tujuan ini. Suka diingatkan di sini, apa yang lebih penting dalam hal ini adalah bagi menambat nilai dan bukannya jumlah ataupun harga. Bagi memahami perbezaan nilai dan harga ini, mari kita perhatikan senario berikut. Dikatakan pada zaman Rasulullah, harga seekor kambing adalah satu Dinar. Selepas lebih 1,400 tahun berlalu, iaitu pada zaman sekarang, harga seekor kambing masih tetap sekitar satu Dinar. Mungkin agak pelik bunyinya sekiranya kita menganggap satu Dinar seumpama satu Ringgit. Memang benar suatu masa dahulu satu Ringgit bernilai tinggi sehingga dapat membeli sebuah basikal. Namun ianya berlainan sama sekali dengan Dinar. Dinar adalah wang syiling yang diperbuat daripada emas 22 karat seberat 4.25 gram. sekiranya dinilai pada harga semasa, satu Dinar bersamaan dengan RM665.00. Ini sememangnya anggaran harga bagi seekor kambing. Satu dekad dahulu harga emas memang rendah, begitu juga dengan harga kambing. Oleh itu, sekiranya dibandingkan nilai Dinar emas satu dekad dahulu dengan nilai sekarang (dengan kambing sebagai bandingan) kita dapati nilainya tidak berubah. Berdasarkan analogi itu, perlu bagi kita menjadikan emas sebagai tambatan bagi melindungi nilai pelaburan kita. Mungkin kita beranggapan lebih menguntungkan sekiranya kita melabur dalam portfolio yang cepat meningkat nilainya seperti rumah ataupun hartanah yang lain. Memang

10

Pengenalan

benar sektor hartanah mampu memberikan pulangan yang tinggi, tetapi ia mempunyai kelemahan tersendiri, antaranya: Ianya bergantung pada lokasi – kita perlu membuat kajian yang mendalam ke atas sesuatu hartanah secara spesifik dan betulbetul faham dengan lokasi hartanah itu terletak. Apabila kita ingin menambah portfolio pelaburan hartanah, kadangkala (biasanya) kita membuat pelaburan di lokasi yang lain pula. Satu lagi kajian perlu dilakukan kerana pastinya situasi di lokasi baru itu berlainan dangan hartanah sebelumnya. Seperti pelaburan yang lain juga, pemantauan adalah perlu. Tanpa pemantauan, dengan mudah pelaburan kita akan musnah. Sekiranya pelaburan kita terletak di banyak lokasi berasingan, payah bagi kita membuat pemantauan. Modal yang tinggi. Sekalipun kita berkemampuan, penentuan jumlah pelaburan yang hendak kita buat bukan bergantung pada kita semata-mata. Dalam erti kata lain, sekiranya sebuah rumah itu berharga RM200,000, kita kena beli dengan harga itu. Kita tidak dapat membeli separuh bahagian rumah sahaja seperti yang kita mahukan. Hartanah bukan pelaburan yang mudah cair. Dalam erti kata lain, apabila keadaan memerlukan kita membuat ‘exit’ tidak mudah bagi kita melaksanakannya selagi tiada pembeli yang mahukannya. Hartanah memerlukan penyelenggaraan yang tentunya menggunakan kos. Tidak kira berapa besar jumlahnya, ia juga adalah sebahagian daripada kos pelaburan dalam hartanah itu dan belum tentu ianya memberikan pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Atas faktor-faktor itu, emas begitu jelas sesuai dijadikan penambat bagi melindungi nilai pelaburan kita. Dalam situasi bagaimanakah kita perlu menambat pelaburan kita. Satu contoh terbaik adalah sekiranya kita mempunyai matlamat spesifik yang ingin kita capai pada masa hadapan, contohnya kita ingin membuka

11

perniagaan dalam tempoh 10 tahun akan datang. Sebelum tiba masanya kita merasakan perlu bagi menyimpan wang sebagai modal supaya tidak perlu terlalu bergantung pada pinjaman semata-mata dan tempoh 10 tahun adalah sesuai bagi kita belajar selok-belok berniaga dengan betul. Dalam situasi sebegini, kita mahukan satu tempat ataupun kaedah bagi menyimpan wang dengan selamat dan tidak terhakis nilainya, tetapi kita tidak mahu terlalu mendalami bidang pelaburan yang tidak begitu berkaitan dengan perniagaan yang ingin kita jalankan. Oleh itu, pemilihan emas adalah yang terbaik kerana nilainya terjaga. Sebelum kita melihat lebih jauh cara menggunakan emas sebagai alat bagi pelaburan, ada baiknya kita lihat dahulu beberapa perkara mengenai emas. Bab berikutnya menerangkan perihal sifat-sifat emas dan diperincikan serba sedikit sifat-sifat emas secara fizikal dan kimia serta keistimewaannya berbanding logam-logam lain. Sebelum meneruskan ke bab-bab berikutnya, beberapa perkara tambahan perlu kita fahami dahulu iaitu: Tempoh ataupun jangka waktu pelaburan. Pelaburan emas lebih sesuai dilakukan dalam tempoh jangka masa sederhana dan panjang. Oleh itu, tempoh di bawah enam bulan biasanya tidak memberikan apa-apa keuntungan. Pelaburan emas tidak melibatkan pembayaran dividen bonus ataupun sebarang insentif seperti unit percuma. Pelaburan emas tidak semestinya dilakukan melalui institusi pelaburan seperti saham ataupun produk derivatif yang lain. Pelaburan emas juga tiada sempadan had umur. Sesiapa juga dapat melabur melaluinya termasuk kanak-kanak.

12

Bab 2

Sifat-Sifat Emas

agi mengenali emas, tidak sah sekiranya kita tidak mengetahui sifat-sifatnya. Tanpa pengetahuan tentang sifat-sifat emas, kita mungkin mudah diperdaya oleh orang yang tidak bertanggungjawab yang mahu mengaut keuntungan mudah dengan menjual emas palsu. Beberapa sifat emas yang perlu kita ketahui adalah seperti yang berikut. Warna Kekerasan Ketumpatan Sifat kimia – stabil, lengai Pengalir elektrik yang baik Pemantul haba yang baik

B

Warna
Emas tulen berwarna kuning cemerlang. Emas adalah satu-satunya logam yang berwarna kuning biarpun ketika berkeadaan bijih. Logam lain yang mempunyai warna yang hampir kepada emas adalah tembaga, tetapi ia agak kemerah-merahan sedikit. Berbeza dengan emas, tembaga tidak wujud sebagai logam tulen di dalam tanah, sebaliknya ia berada dalam keadaan oksidanya yang tidak berwarna kuning.

Bab 3

KegunaanKegunaan Emas

S

ifat fizikal emas yang unik seperti tidak karat, mudah dilentur, dan mampu mengalirkan elektrik dengan baik menjadikannya sebagai pilihan dalam pelbagai kegunaan. Begitu juga nilai intrinsik yang ada padanya membuatkan ianya menjadi pilihan dalam berbagai sektor ekonomi. Beberapa kegunaan emas dihuraikan di dalam bab ini bagi memberi gambaran sebab-sebab permintaan emas tidak pernah surut.

Barang Kemas
Reputasi emas sebagai barang kemas tidak dapat dinafikan sejak berkurun lamanya. Emas diterima oleh semua manusia tidak kira apa jua bangsa dan pegangan agama. Kilauan emas yang berwarna kuning mempunyai tarikan tersendiri yang tidak dapat ditandingi oleh logam-logam lain. Emas membangkitkan nilai emosional bagi pemakainya yang sukar ditafsirkan oleh kata-kata. Selain itu, emas juga selesa dipakai berbanding logam lain. Sesetengah orang mempunyai alahan apabila memakai perhiasan yang diperbuat daripada logam lain seperti perak dan platinum, tetapi emas tidak pernah memberikan sebarang alahan. Ini disebabkan emas adalah sejenis logam yang lengai secara kimia. Ia tidak bertindak balas dengan apa-apa jua bahan kimia termasuk peluh. Peluh adalah penyebab utama berlakunya alahan kepada pemakai barang kemas kerana ia mengandungi asid.

Bab 4

SumberSumber Emas

engetahuan tentang dari mana emas diperoleh membuatkan kita faham sebab nilai emas sentiasa meningkat naik. Ianya berkaitan secara langsung dengan aspek penawaran berbanding permintaan secara keseluruhan. Secara umumnya, emas diperoleh daripada tiga sumber utama iaitu daripada bijih (perlombongan), skrap (dan alat elektronik), dan bank pusat.

P

Daripada Bijih (Perlombongan)
Emas dilombong sama ada secara kecil-kecilan dengan menggunakan peralatan ringkas (seperti cangkul dan dulang) sehingga kepada secara besar-besaran dengan menggunakan jentera berat. Teknik perlombongan ringkas biasanya dilakukan secara bersendirian ataupun dalam kumpulan kecil. Jenis emas yang dilombong melalui teknik ini dikenali dalam bidang geologi sebagai emas plaser iaitu emas yang terhimpun dalam mendakan yang dikenali sebagai aluvium. Mendakan sebegini biasanya didapati di lengkuk-lengkuk sebelah dalam sungai yang tohor airnya. Selain daripada itu, aluvium juga didapati di hilir sungai yang berhampiran dangan laut. Emas plaser asalnya datang dari dalam batuan pejal. Akibat daripada proses luluhawa, batuan pejal menjadi rapuh dan pecah membebaskan bersamanya butiran-butiran halus emas. Butiran-

Bab 5

Ukuran Timbangan Emas

kuran timbangan emas bukan setakat menunjukkan berat emas semata-mata. Secara umumnya emas tidak didagangkan dalam bentuk serbuk yang membolehkan kita berdagang mengikut sukatan yang kita kehendaki. Emas juga tidak dijual secara sebahagian-sebahagian. Kita tidak dapat membeli separuh kepingan emas. Oleh itu, unit ukuran timbangan emas bagi tujuan pelaburan secara umumnya adalah tetap dan seragam. Pelbagai jenis unit ukuran timbangan digunakan dalam menetapkan berat seunit artikel emas. Bagi barang kemas, ukuran timbangan bagi setiap artikel adalah tidak sama. Terdapat beberapa jenis ukuran timbangan yang kini tidak lagi diguna pakai dan digantikan dengan timbangan utama yang diterima ramai.

U

Ukuran Timbangan Utama
Ukuran timbangan emas yang digunakan di seluruh dunia adalah berbezabeza berdasarkan lokasi negara pengeluar dan penggunanya. Unit ukuran yang meluas digunakan adalah troy ounce dan gram. Penggunaan unit ini sentiasa disilang rujuk antara satu sama lain. Oleh itu, bagi mengira pertukaran, suatu kadar yang tetap dikeluarkan dan dipatuhi di seluruh dunia. Unit-unit ukuran berat dan negara penggunanya serta skala pertukaran antara unit diringkaskan dalam jadual-jadual berikut.

Bab 6

Jenis-Jenis Emas

engenali dan memahami jenis-jenis produk emas yang ada di pasaran menjadikan kita mahir dalam bidang pelaburan emas. Produk emas dihasilkan dalam pelbagai bentuk berdasarkan kegunaan dan permintaan. Secara umum, terdapat tiga bentuk utama emas dihasilkan iaitu jongkong (bar), syiling, dan barang kemas. Apabila emas mula-mula dihasilkan dari lombong, bentuk utama yang dibuat adalah jongkong. Jongkong ini dijual kepada pengusaha hiliran bagi menghasilkan pelbagai bentuk. Bukan semua produk emas menjadi pilihan pelabur. Produk berbentuk bar dan syiling menjadi pilihan utama pelabur. Walaupun barang kemas seperti rantai dan gelang mempunyai nilai pelaburan yang hampir serupa dengan bar dan syiling namun rantai dan gelang lebih digunakan sebagai barang perhiasan. Di sesetengah negara seperti China, Thailand dan Hong Kong bentuk ketulan seperti sampan menjadi pilihan.

M

Bar Emas (Kepingan Emas)
Bar emas merujuk kepada jongkong emas bersaiz lebih kecil. Bar dihasilkan melalui dua kaedah, iaitu secara tuangan (cast) dan tempaan (mint). Kandungan emas di dalam jongkong asal tidak seratus peratus murni. Ia mengandungi sedikit benda asing seperti logam lain ataupun amalgam semasa proses peleburan yang merendahkan kualitinya. Semasa

Bab 7

Kaedah Menentukan Ketulenan Emas

enentuan paras kualiti penting bagi mengetahui kuantiti sebenar kandungan emas di dalam sesuatu artikel yang kita miliki. Walaupun kita membeli artikel emas dari kedai yang sama, prosedur penentuan ketulenan ini tetap dijalankan bagi melindungi pedagang emas daripada risiko penipuan. Pada masa dahulu, emas diuji secara fizikal dengan menggigit ataupun membakar sedikit emas itu. Idea di sebalik ujian-ujian itu adalah seperti berikut.

P

Ujian Gigitan
Emas adalah logam yang lembut dan mudah dilentur. Apabila digigit ia meninggalkan kesan lekukan sedikit padanya. Logam lain (yang berwarna kuning) tidak mempunyai sifat sebegini kerana sifatnya yang lebih keras. Namun ujian ini hanya dapat diguna pakai pada emas tulen ataupun yang tinggi ketulenannya. Logam yang lebih rendah paras ketulenannya adalah keras. Ujian ini juga ada hadnya kerana ia hanya dapat diguna pakai pada barang kemas tertentu sahaja. Selain itu, tidak ada piawaian yang dapat diikuti bagi membolehkan ujian gigitan dilakukan bagi menentukan ketulenan emas. Bagi kebanyakan artikel emas kita tidak mahu keadaan fizikal yang tidak sempurna kerana ia menjatuhkan nilainya. Sedikit calar sudah cukup bagi menjatuhkan nilainya apatah lagi lekukan.

bahagian 2

Bab 8

Kaedah Penentuan Harga Emas

Kaedah London Fix
Secara asasnya harga emas ditentukan berdasarkan kepada permintaan dan penawaran di pasaran terbuka. Walau bagaimanapun terdapat kaedah utama dalam penetapan harga yang dipersetujui oleh semua yang terlibat dalam industri ini. Ianya ditentukan oleh pasaran utama yang dikenali sebagai London Gold Market Fixing Ltd (LGMF). Bagi menetapkan harga emas, lima buah pusat dagangan antarabangsa yang menganggotai LGMF iaitu New York, London, Zurich, Tokyo, dan Hong Kong akan bermesyuarat melalui telefon sebanyak dua kali sehari iaitu pada pukul 10.30 pagi dan 3.00 petang waktu London. Harga bersih jualan dan belian diselaraskan oleh wakil dari kelimalima pusat ini dan satu harga yang seragam dikeluarkan yang dikenali sebagai ‘London Fix’. Harga emas yang ditetapkan adalah dalam nilai Dolar Amerika (USD), Pound Sterling Britain (£), dan Euro (€). Harga London Fix ini menjadi penanda aras yang diikuti di serata dunia dalam menetapkan harga emas tempatan. Harga asas emas di Malaysia ditentukan oleh Bank Negara Malaysia. Rujukan harga emas semasa sentiasa dapat diperoleh melalui laman webnya dan harga ini turut dikongsi sama oleh banyak laman web bank,

Bab 9

Bentuk-bentuk Pelaburan Emas di Malaysia

S
i. ii. iii. iv.

ecara umumnya bagi membuat pelaburan emas di Malaysia, seseorang itu dapat menggunakan salah satu kaedah berikut: Emas Fizikal Dinar Emas Akaun Pelaburan Emas Barang Kemas

Setiap satu mempunyai kelebihannya tersendiri berdasarkan kemampuan seseorang individu.

Emas Fizikal
Apabila dikatakan pelaburan dengan menggunakan emas fizikal, ia membawa maksud melabur dalam apa-apa bentuk artikel emas. Walau bagaimanapun, dalam konteks pelaburan emas, barang kemas selalunya tidak dirujuk bagi tujuan ini. Emas fizikal bagi tujuan pelaburan merangkumi: Kepingan emas Syiling emas Dinar emas Jongkong emas

Bab 10

PembekalPembekal Pelaburan Emas di Malaysia

S

ebelum ini kita sudah melihat bentuk-bentuk pelaburan emas yang dapat dilakukan di negara kita. Kini kita melihat pula tempat bagi membeli produk-produk pelaburan emas yang sesuai bagi kita. Jadual 10.1 menyenaraikan beberapa pembekal yang terdiri daripada syarikat dan agensi yang menawarkan pelaburan emas dan produk-produk yang mereka tawarkan. Harus diingat, senarai berikut bukan muktamad kerana ada juga pembekal yang tidak disenaraikan di sini tetapi berpotensi dijadikan tempat melabur.
Pembekal Bank Negara Malaysia (BNM) Maybank Bhd Kelantan Golden Trade Sdn Bhd Public Fine Gold International Sdn Bhd Public Bank Bhd Produk Kijang Emas Kijang Emas Akaun Simpanan Emas Dinar Emas Kelantan Public Gold Bar Public Dinar Public Jewellery Public Bank Gold Investment Account Canadian Gold Maple Leaf Australian Kangaroo Gold Nugget Swiss Kinebar Swiss Pamp Gold Singapore Lion Gold Coin Gold Account-i

UOB Bank

Kuwait Finance House

bahagian 3

Bab 11

Perancangan Sebelum Melabur

da pepatah mengatakan, tidak ada orang yang merancang gagal, tetapi ramai orang yang gagal merancang. Memang benar, merancang adalah aspek yang penting apabila kita hendak melakukan sesuatu pelaburan. Ada sesetengah orang langsung tidak melakukan perancangan, mereka sekadar mengikut orang lain yang mereka lihat sudah berjaya. Hakikatnya, apabila mereka menceburi dalam sesuatu pelaburan, mereka gagal. Semuanya hanya disebabkan oleh 2T iaitu takut dan tamak. Seperti bentuk pelaburan lain, pelaburan emas juga memerlukan kita membuat perancangan bagi mengatasi 2T itu. Antara aspek yang perlu diberi perhatian dalam membuat perancangan adalah: Membuat analisis dasar dan teknikal Menetapkan matlamat Membuat rancangan pelaburan yang munasabah Menyediakan rekod catatan Menyusun strategi Berdisiplin

A

Bab 12

Risiko Pelaburan Emas

S

eperti bentuk pelaburan yang lain, pelaburan emas juga terdedah kepada risiko. Risiko bermaksud keupayaan kita bagi mendapat rugi ataupun kehilangan nilai pelaburan. Antara risiko pelaburan yang mungkin dihadapi dalam pelaburan emas termasuklah: Risiko fizikal Risiko kimia Risiko kecairan Risiko kebakaran Risiko harga pasaran Risiko susut harga Risiko kewangan Risiko penipuan Risiko kecurian Risiko tidak terduga Kecuali tiga risiko terakhir, kelebihan emas dalam menghadapi risiko-risiko di atas adalah ia tidak mengalami kehilangan nilai secara keseluruhan. Ini amat berbeza dengan risiko pelaburan saham dan sekuriti terbitan yang lain. Bab ini menghuraikan serba sedikit kesan risiko ke atas pelaburan

Bab 13

Strategi Pelaburan Emas

S

ecara umumnya, pelaburan emas lebih sesuai dijalankan dalam jangka panjang. Jangka panjang bermaksud lebih dari setahun. Di Malaysia tidak terdapat pasaran derivatif emas seperti di negara luar. Oleh itu, dagangan emas di Malaysia kurang bersifat spekulatif dan tidak melibatkan aktiviti yang agresif seperti spot dan pasaran hadapan. Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna pasaran emas kita terlalu perlahan ataupun statik sehingga tidak sesuai dibuat pelaburan. Ia lebih sesuai dijadikan sebagai pelaburan berbentuk ‘konservatif ’ yang tidak melibatkan tekanan tinggi. Sungguhpun sifatnya yang konservatif, emas adalah wadah yang berkesan terutamanya dalam melindungi nilai aset pelaburan daripada kerugian dan menjadikan emas instrumen pelaburan jangka panjang yang menguntungkan. Dalam bab ini beberapa strategi dijelaskan bagi bentuk pelaburan jangka panjang itu. Bagi sesetengah strategi, ada sedikit sentuhan agresif yang lebih berisiko, tetapi masih lagi selamat dilakukan. Kebanyakan strategi yang dijelaskan dalam bab ini adalah hasil kreativiti dan pengalaman pelabur yang sudah beberapa tahun menceburkan diri dalam pelaburan emas di Malaysia.

bahagian 4

Bab 14

Penipuan dalam Pelaburan Emas

alam keghairahan melakukan pelaburan ini, kadangkala ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dengan sengaja mengambil kesempatan bagi mendapat keuntungan mudah dengan menipu orang ramai melalui pelbagai cara. Mereka mengambil kesempatan daripada trend semasa yang memilih emas sebagai wadah pelaburan dengan memperkenalkan skim-skim yang nampak seolaholah menarik dan menguntungkan, walhal apa yang dilakukan hanyalah mengaburi mata orang ramai sambil menggelapkan wang pelanggannya. Biasanya orang seperti ini mempamerkan diri sebagai syarikat yang kukuh dan berwibawa melebihi daripada institusi pelaburan sedia ada yang lebih berpengalaman. Modus operandi yang digunakan mereka begitu meyakinkan sehingga orang yang menjadi mangsa tidak menyedari mereka sedang ditipu. Berikut dinyatakan beberapa bentuk penipuan sama ada yang dilakukan melalui syarikat ataupun orang perseorangan.

D

Jual Emas, Gadai, dan Bayar Dividen Bulanan
Modus operandi penipuan cara ini adalah pelanggan dikehendaki mengikat perjanjian bersama syarikat bagi membeli emas daripada mereka. Selepas itu emas itu digadai di kedai pajak gadai ataupun ArRahnu atas nama pelanggan itu. Ini adalah bagi meyakinkan pelanggan

Bab 15

Pengiraan Zakat

Z

akat pada istilahnya bermaksud bersih. Mengeluarkan zakat bermaksud kita membersihkan harta kita daripada memiliki hak orang lain, kerana dalam harta yang kita miliki terdapat hak bagi orangorang yang berkelayakan iaitu para asnaf. Emas adalah harta yang diwajibkan zakat apabila cukup nisab dan haulnya. Nisab merujuk kepada berat minimum bagi dikenakan zakat manakala haul adalah tempoh masa bagi mengeluarkan zakat. Hukum membayar zakat emas adalah wajib berdasarkan firman Allah yang bermaksud. ‘Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat), maka khabarkan kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka ini adalah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu’ (at-Taubah; ayat 34-35)

Penutup

S

udah dikisahkan ketika Nabi Adam diusir dari syurga, semua makhluk bersedih kecuali emas. Lalu Allah bertanya kepadanya, kenapa ia tidak bersedih seperti yang lain. Maka dijawab oleh emas ‘Kenapa harus aku bersedih, sedangkan Adam dan Hawa sudah melanggar perintah Allah dengan memakan buah larangan.’ Sejak daripada itu Allah menjadikan emas sebagai barang yang dipandang tinggi oleh manusia. Sejak halaman pertama buku ini ditulis, tidak ada satu pun bab yang menceritakan sebab manusia memandang tinggi kepada emas hingga sampai ke bab terakhir ini. Sememangnya sekiranya difikirkan tentang sifat-sifat keistimewaan yang ada pada emas, ada juga pada unsur-unsur lain walaupun tidak terangkum bersama sebanyak emas. Emas juga sebenarnya bukanlah logam yang paling mahal dan paling sedikit. Logam yang mahal adalah platinum manakala kuantiti perak sebenarnya jauh lebih sedikit berbanding emas. Tetapi keistimewaan emas rupa-rupanya memang dianugerahkan oleh Allah Maha Pencipta. Sebab itu sebagai hamba-Nya kita tidak dapat lari daripada tertarik hati kepada emas. Selagi manusia wujud, mereka tetap menghargai emas. Justeru itu, amat sukar mengatakan pada masa hadapan emas akan hilang kredibilitinya dan tidak lagi menjadi wadah pilihan manusia dalam bidang perdagangan. Buat masa ini wang kertas masih mendominasi kaedah perdagangan barang dengan menjadi medium pertukaran. Namun, senario terkini menyaksikan ia semakin hilang kehebatannya apabila nilai wang kertas semakin hari semakin jatuh sehingga hampir menyamai nilai kertas biasa. Semua ini berlaku kerana wang itu sendiri

dicipta oleh manusia yang lemah dan nilainya diperoleh secara paksa berbanding emas yang diiktiraf sendiri oleh manusia. Kesimpulannya, selagi emas wujud selagi itu ia dihargai manusia biar apa pun wadah yang cuba menggantikannya. Sekiranya kita memiliki emas, jaga emas itu dengan baik kerana kelak ia akan menjaga kita kembali. Emas mempunyai aura tersendiri, seolah-olah mampu menarik lebih banyak lagi emas lain kepada pemiliknya. Sekiranya kita tidak memiliki emas sekarang, usahakanlah bagi mula memilikinya biarpun sedikit. Sejarah membuktikan emas memang dapat disorokkan, tetapi nilainya tidak dapat disorokkan sama sekali.

120

Glosari Istilah

Aeroangkasa Afdal Agen Agresif Akaun Simpanan Emas Akreditasi Alahan Aluvium Aloi Amalgam Analisis dasar

Atmosfera bumi dan ruang yang melampauinya. Lebih baik, lebih utama. Wakil. Aktif, lawan bagi pasif. Akaun simpanan dalam bank dengan denominasinya disebut dalam gram emas. Pengiktirafan rasmi kepada sesuatu kursus institusi selepas dinilai dan didapati memenuhi segala kriteria, syarat, dan kualiti yang ditetapkan. Alergi. Tanah lanar halus yang subur hasil daripada mendapan lumpur, pasir, selut, dan sebagainya semasa banjir, terutamanya di dataran banjir, dasar sungai, dan muara. Sebatian beberapa jenis logam, pancalogam Aloi yang terdiri daripada campuran merkuri dengan satu ataupun lebih bahan lain. Penyelidikan ataupun penghuraian sesuatu perkara berpandukan fakta-fakta dasar ataupun asasnya.

Analisis teknikal Analogi Anting-anting Artikel Asid pekat Auns BAFIA Bahara

Bank Pusat Bar emas Bazar Benua Bercalar Bermeteri Berongga Bhat Bijih

Penyelidikan ataupun penghuraian sesuatu perkara berpandukan pergerakan harga pasaran. Persamaan dalam sesuatu hal ataupun sesuatu sifat. Juga disebut kiasan. Perhiasan yang digantung pada cuping telinga. Barangan emas. Asid yang tidak banyak bercampur dengan air. Unit sukatan imperial bagi timbangan berat. Ringkasan bagi Bank and Financial Institution Act. Unit timbangan berat dahulu kala. Kapasitinya tidak sama bergantung pada barang yang hendak ditimbang. Bank yang mengawasi perjalanan ekonomi negara dengan cara mengawal pergerakan bank-bank perdagangan dan menyimpan wang kerajaan serta bank-bank yang lain. Emas dalam bentuk kepingan ataupun bongkah kecil. Kelompok kedai kecil ataupun gerai tempat menjual berbagai-bagai jenis barang Tanah ataupun daratan yang luas di dunia ini seperti Asia, Afrika, Amerika, Australia, dan Eropah. Garis bekas terkena sesuatu yang tajam. Bertutup rapat, tidak dimaksudkan bagi dibuka. Lubang ataupun liang pada sesuatu. Unit ukuran kewangan yang digunakan di Thailand. Batu ataupun pasir yang di dalamnya ada logam.

122

Bibliografi
Micheal W. George, Minerals Yearbook – Gold (2007). USA: U.S. Geological Survey, 2006. “5 Tael Bars,” 2007, www.goldbarsworldwide.com. “A Brief Introduction to Gold and Silver Bullion,” www. silvermountain-llc.com, Silver Mountain, USA. A Guide To Investing In Gold. World Gold Council, USA, 2008. A Guide to the London Precious Metals Markets, The London Bullion Market Association, UK. Nik Bienkowski, A Golden Rule in Risk Management. Gold Bullion Limited, Australia. Mohamed Saeed Shingeri, A Model of Pure Interest-Free Banking. Malaysia: Synergy Books International, 2000. Graham Tuckwell, A New Approach to Gold Investment. Lisbon: The LBMA Precious Metals Conference, 2003. Jill Leyland, A Touch of Gold: Gold Mining’s Importance to Lowerincome Countries. World Gold Council, 2003. Nik Abdul Aziz Nik Mat, Akhlak Bermuamalat. Malaysia: Anbakri Publika Sdn. Bhd. , 2008. Eric Sprott, As Safe As Gold. USA: Sprott Asset Management, 2008.

Balance Of Payment Manual 5th Edition, International Moneytary Fund. “Bar Manufacturer,” 2009, www.goldbarsworldwide.com. “Bar Type Definition,” 2009, www.goldbarsworldwide.com. “Bar Type,” 2009, www.goldbarsworldwide.com. “Bar Weight and Purities,” 2009, www.goldbarsworldwide.com. “Categories of Gold Bars,” 2009, www.goldbarsworldwide.com. Central Bank Gold Reserves - A historical perspective since 1845. World Gold Council: Timothy Green, 1999. Commodity Prices and the Influence of the US Dollar. World Gold Council: Nikos Kavalis, 2009. Katharine Pulvermacher, Commodity Returns and the Economic Cycle. World Gold Council, 2005. Himadri Bhattacharya, Deregulation of Gold in India. UK: World Gold Council, 2002. Richard W. Rahn, Digital Money & Its Impact on Gold. UK: World Gold Council, 2000. Salmy Edawati Yaacob dan Ab. Mumin Ab. Ghani, Dinar Emas: Realiti Semasa Penggunaannya Di Malaysia. Malaysia: Utusan Publications & Distributors, 2009. “Diverse Range Of Gold Investment Bars,” 2009, www. goldbarsworldwide.com “Emas-emas yang Hilang Versi 1,” 2009, www.rahsiaemas.com. Malaysia. W. W. Staley, Elementary Methods of Placer Mines. USA: Idaho Bureau Of Mines And Geology, 1944. Andrew Digeson White, Fiat Money Inflation In France. UK: D Appleton-Century Company Incorporated, 1784.
136

Lampiran 1

Kegunaankegunaan Emas
Bidang 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Perhiasan Perdagangan Pelaburan Perubatan Perindustrian Elektronik Aeroangkasa Sukan Nanoteknologi Kegunaan Gelang, cincin, rantai, loket, tiara, subang, anting-anting, butang baju, mahkota, dan jam tangan. Wang syiling, dinar emas, dan penyelesaian perdagangan peringkat antarabangsa. Syiling emas bulion, bar emas kecil bulion, dinar emas, jongkong emas, rizab bank pusat, alat penyimpan nilai. Gigi palsu, rheumatoid artritis, sakit jantung, kanser, dan farmaseutikal. Pemangkin, saduran logam, saduran cermin, penyulingan petroleum, dan sel bahan api. Pin jumper, bridge wire, industri semikonduktor, telefon bimbit, komputer, dan kalkulator. Lapisan pelindung topi keledar angkasawan, lapisan pelindung satelit, dan peralatan daripada sinaran infra-merah. Pingat. Penjagaan alam sekitar dan kawalan pencemaran merkuri.

Lampiran 2

Trend Permintaan Berbanding Pengeluaran Emas
Tahun 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 Permintaan 4,189 tan 3,843 tan 3,922 tan 3,800 tan 3,729 tan 3,363 tan 3,207 tan 3,515 tan 3,753 tan 3,435 tan 3,571 tan 3,812 tan 3,493 tan 3,812 tan Penawaran 2,179 tan 2,322 tan 2,042 tan 2,464 tan 2,108 tan 2,047 tan 2,060 tan 2,332 tan 2,543 tan Perbezaan 1184 tan 885 tan 1473 tan 1289 tan 1327 tan 1524 tan 1752 tan 1161 tan 1269 tan Peratus Perbezaan 54 % 38 % 72 % 52 % 63 % 74 % 85 % 50 % 50 % Kenaikan Permintaan -346 tan 79 tan -122 tan -71 tan -366 tan -156 tan 308 tan 238 tan -318 tan 136 tan 241 tan -319 tan 319 tan

Lampiran 3

Cara Wang Kertas Dicipta

S

istem kewangan yang diamalkan oleh negara kita dan seluruh dunia dikenali sebagai sistem ‘Fractional Reserve’. Wang kertas dicipta melalui kaedah perkadaran yang dikenali sebagai ‘Fractional Reserved Ratio’ atau ringkasnya FRR. Melalui kaedah ini, wang dicipta bukan atas sandaran emas ataupun sebarang komoditi yang berharga, sebaliknya dicipta daripada ‘angin’ melalui pemberian pinjaman berserta riba (interest). FRR merujuk kepada satu kadar jumlah deposit minimum yang mesti dikekalkan oleh bank dalam satu-satu masa bagi memenuhi keperluan pengeluaran wang. Kadar ini ditetapkan oleh bank pusat dan di Malaysia ianya ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan dikenali sebagai ‘Statutory Reserve Requirement (SRR) Ratio.’ Katakan kadar SRR ditetapkan adalah 10 peratus. Ini bermakna bagi setiap RM1 deposit yang bank ada, undang-undang membenarkan bank mencipta RM9 dalam bentuk pinjaman. Katakan sebuah bank, namakannya sebagai AnaBank, mempunyai RM1 juta dalam depositnya. Deposit ini mungkin terdiri daripada kombinasi modal dan simpanan pelanggannya. Dengan deposit dipegang sebanyak RM1 juta, AnaBank dibenarkan mencipta sebanyak RM9 juta dalam bentuk pinjaman. Katakan sebuah syarikat pembinaan bernama Ente Construction membuat pinjaman sebanyak RM9 juta daripada AnaBank dengan tempoh pembayaran balik secara bulanan selama setahun dan bunga sebanyak 10 peratus setahun. Pihak Ente Construction bersetuju dan sekeping cek atas nama Ente Construction dikeluarkan sebanyak RM9 juta. Dengan pinjaman itu Ente Construction dapat membuat pembayaran kepada

Lampiran 4

Beberapa Contoh Syiling Emas bagi Pelaburan

Kijang Emas Malaysia, 999, ½, ¼, 1 troy ounce

Dinar Kerajaan Perak, 99.9 2 Dinar

Public Dinar, 916 10 Dinar

Public Gold 999.9 50 gram

Dinar Kelantan, 916 ½ Dinar

Public Gold, 999.9 1 Dinar

Belgium Leopold, 900 0.1867 troy ounce

American Buffalo, 9999, 1.0, 1/2, 1/4, 1/10 troy ounce

Australian Nugget / Kangaroo, 9999 1, 1/2, 1/4, 1/10 troy ounce

Austrian Philharmonics, 9999 1, 1/2, 1/4, 1/10 troy ounce

Canadian Maple Leaf, 9999 1, 1/2, 1/4, 1/10 troy ounce

South African Krugerrands, 9999 1, 1/2, 1/4, 1/10 troy ounce

American Eagle, 916, 1.0, 1/2, 1/4, 1/10 troy ounce

Chinese Panda, 999 1, 1/2, 1/4, 1/10, 1/20 troy ounce

Argentina 5 Peso, 900 0.2334 troy ounce

150

Lampiran 5

Beberapa Contoh Bar Emas bagi Pelaburan

Johnson Matthey 1 kilo Gold Bars

PAMP Suisse 100 gram Gold Bars

Perth Mint 1 oz Gold Bars

Perth Mint 10 oz Gold Bars

PAMP Suisse 1 Kilo Gold Bars

Kitco 1 oz Gold Bars

Credit Suisse 1 oz Gold Bars

PAMP Suisse 10 oz Gold Bars

Lampiran 6

Kaedah Penentuan Ketumpatan dan Kualiti Emas
Kaedah Timbangan (Penentuan Ketumpatan)
Salah satu kaedah penentuan ketumpatan dilakukan dengan menggunakan alat penimbang seperti dalam lakaran di bawah.

Rajah 6.1: Alat penimbang

Asas bagi menentukan ketumpatan melalui kaedah ini adalah berdasarkan fakta berat di dalam air adalah lebih ringan berbanding berat di dalam udara. Ini disebabkan oleh daya apungan yang dialami apabila sesuatu

Mengenai Penulis
ohamad Saat bin Sukami adalah seorang penulis bebas yang mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak tahun 2008. Beliau banyak membuat kajian dan penyelidikan secara bebas dalam pelbagai bidang termasuk bidang sains dan teknologi, pengurusan, kewangan, pelaburan, pertanian, aeroangkasa, dan robotik. Latar belakang akademik beliau adalah dalam bidang kimia dan dari segi profesion, beliau bertugas sebagai seorang ahli kimia. Namun begitu, latar belakang tersebut tidak menghalang minat beliau bagi membuat kajian dan penyelidikan yang di luar bidang hakiki beliau. Dalam bidang pelaburan, beliau mendapat pendedahan sejak tahun 1998, di mana beliau pernah menduduki peperiksaan bagi mendapatkan lesen Suruhanjaya Sekuriti (SC) bagi kelayakan sebagai Dealer Representative (Remisier) di Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia) pada tahun 1999. Beliau juga turut memperoleh lesen daripada The Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FMUTM) bagi kelayakan sebagai agen KL Mutul Fund (kini MMA-KL Mutual Fund) pada tahun 1999. Beliau turut berpengalaman memasarkan produkproduk insurans di bawah naungan syarikat Malaysian Assurance Alliance (MAA) dengan menggunakan pendekatan dan kaedah Pengurusan Kewangan Peribadi (Personal Financial Planning). Pelaburan emas berjaya meraih perhatian beliau sejak tahun 2001. Pada ketika itu, syiling bulion emas pertama negara, iaitu Kijang Emas mula diperkenalkan di pasaran pelaburan. Sejak itu, beliau mula berminat bagi mengkaji dan menyelidiki bidang pelaburan emas secara lebih mendalam. Kegawatan dan kejatuhan ekonomi, mata wang, dan

M

pasaran pelaburan yang berlaku berulang-ulang serta tekanan kenaikan harga barang menjejaskan hidup orang ramai terutamanya yang membuat pelaburan kecil-kecilan. Keadaan ini menyebabkan timbulnya inisiatif dalam diri beliau bagi menulis perkara yang dapat membantu meningkatkan kembali keyakinan orang ramai dalam merancang masa hadapan kewangan mereka melalui pelaburan emas. Sebagai penulis bebas, beliau percaya ilmu sepatutnya tidak mempunyai sempadan, walaupun tidak menafikan pentingnya disiplin dan pengkhususan. Justeru beliau berpendapat, apabila ilmu itu disebarkan dan dibuktikan tiada sebarang percanggahan, kita tidak seharusnya menolak atau menafikan ilmu itu sekalipun orang yang menyampaikannya bukanlah seorang yang benar-benar pakar. Atas prinsip itu, penulis menulis buku Pelaburan Emas ini kerana apa yang terkandung di dalamnya adalah himpunan ilmu dan pengetahuan yang sudah sedia ada. Bagi penulis, beliau sekadar menghimpun dan menyusun semula ilmu berkaitan pelaburan emas sahaja.

160

164

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->